About Me

My Photo
seorang yang.. kadang2 baik, selalunya jahat. kadang2 kurus, selalunya buncit. kadang2 bising, selalunya diam. kadang2 main basketball, selalunya main pondok2. tapi.. aku Forever21. Forever a son. Forever kawan. Forever hamba Tuhan.

Thou.Thinkers.

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan: Day 28 - Last Night of Ramadhan

tonight...

i performed the last 'teraweh' for this ramadhan.

sad. i feel sad.

why?

too many things...

...

what if..

tonight's the last night i could perform teraweh?

tomorrow's really the last day of fasting for me?

what if..

this is the last Ramadhan for me to celebrate..

the coming raya ... is the last one for me to cheer..

...

have i done enough deeds?

have i done enough prayers?

am i really forgiven?

by them and others?

...

dear God, Most Merciful, Most Gracious.

i am nothing but my all - thanking You...

for all the goodness and Your blessings; i could give none in return compared to everything You have given me all along..

thank You, Allah.

...

..

.

dear God..

You know..how hard i've been praying for them, ayte?

You know... how much i love them.. You do know, how much i miss them...

so Lord, please..

please...

keep them in Your love. keep them safe in a good place... the place of all the good men and all the loved ones of Yours.

is it too much?.. sorry.. can't help it.

...

mama... abah...

kengkawan adik semua seronok, mama... semua hepi, abah... sebab dapat beraya kat rumah, kat kampung... dengan mak ayah dorang..

ok.. ada kawan2 adik yang terpaksa dok jauh...beraya kat perantauan... beraya tanpa keluarga kat sisi...

tapi...

dorang still boleh webcam dengan adik beradik dorang..

dorang still boleh hantar kad raya balek rumah... terima kad raya dari rumah...

dorang still boleh... call mak ayah dorang...

dengar suara mak ayah dorang...kan?

tak macam adik.......

...

mama

adik rindu mama...

adik rindu nak anyam ketupat dengan mama...

adik rindu nak bakaq bahulu dengan mama...

adik rindu nak buat kek, buat kuih raya...masak rendang... dengan mama.

adik rindu...nak dengar suara mama...

adik rindu nak peluk mama... nak salam mama... nak cium pipi mama....

adik rindu mama sangat2~


abah...

adik rindu abah...

adik rindu nasi himpit yang abah buat...

adik rindu pasang pelita dengan abah...

adik rindu kena marah dengan abah... kena beletiaq dengan abah...

adik rindu ... nak dengar suara abah...

adik rindu nak peluk abah... nak salam abah...cium dahi abah...

adik rindu abah...

...

..

.

semoga...mama dan abah... tenang di sana.


selamat hari raya

mama, abah.

Friday, August 26, 2011

Ramadhan: Day 26 - Merdeka Raya :: Rayakan Kemerdekaan!!

hari ni dah 26 Ogos 2011. tu tak lama lagi kita akan sambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 54! bila? 31 Ogos la~ raya kedua, insyaAllah. ^^

nah intro! lagu feveret sepanjang zaman.



nice kan? ^^

wah~ seingat aku la... ni first time kot hari raya jatuh betul2 dekat dengan hari sambutan ulangtahon kemerdekaan negara.

dulu, bila raya dekat2 dengan tahun baru Cina, kita panggil Gong Xi Raya (kongsi raya). bila raya dekat2 dengan Deepavali, kita namakan Deepa-Raya. orang Malaysia ni memang kreatif. ade je yang nak di-modify-nye. hihi. kali ni, kita ada apa? yeah!! Merdeka-Raya.


nampak tu? kenapa kita sebut merdeka-raya; walopon kita raya dulu, baru sambut hari kebangsaan. haa.. tu tandanya nak ingatkan kita, yang sambutan ulangtahun kemerdekaan ni pon penting gak! kne bagi priority. =). (ekceli, sebab sedap sebut je kot..hee. aku je memandai tafsir mcm lain. ^^")

tau la korang sebok2 nak raya, kan. tapi aku harap, jangan la kita sampai terlupa, terabai nak memperingati perjuangan dan pengorbanan yang generasi terdahulu sampai la sekarang dan curahkan demi nak mengecapi dan mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati ni.


tolonglah. mana2 rakyat sesebuah negara pon sanggup bergolok gadai, bersabung nyawa semata-mata nak bebas dari jajahan. kita yang dah dapat kemerdekaan ni - sayangnya - ada pulak yang tak tau bersyukur. siap sanggup nak gadai maruah negara! apa la punya manusia... haih..

aku berpesan pada diri sendiri, dan jugak seluruh rakyat Malaysia. nyatakanlah, tunjukkanlah rasa kesyukuran dan berterima kasih, serta sifat menghargai kita atas kurnia nikmat kemerdekaan yang kita ada sekarang.


banyak cara yang boleh kita buat untuk tunjukkan rasa syukur dan bangga kita dengan kemerdekaan Malaysia. paling koman - kibarkanlah Jalur Gemilang~ dan berdoalah, agar Malaysia kita yang tercinta, harmoni dan sejahtera untuk tahun ni dan tahun2 mendatang. ok? =)

usaha2 laen? hehe. leh tengok contoh2 yang tersedia. kalau kreatif, bikin baru yang lagi unik dan memorable! yeaahh!! enjoy! ^^




oh by the way. korang tau tak, tahun ni - sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dibuat serentak dengan sambutan Hari Malaysia; 16 September nanti? ^^

untuk keterangan lanjut, sila lawat portal rasmi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan: Day 25 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Buluh Laa - Edisi "Teman Bangge Teman Orang Perak!"

baru2 ni trafik ke blog aku tetiba meriah dengan kehadiran viewer dari enjin carian Google. dan entri yang paling banyak di-view, ialah entri siri "Oh Meriam Buluh". (naik ke page 1 carian google dengan katakunci 'meriam buluh', 'meriam tanah', dan 'baju raya'. wheee!

beberapa hari lepas, ada seorang pensyarah warga England dari sebuah univ kat Bristol yang buat kajian sejarah Melayu dan kepulauan Melayu, hantar emel kat aku. sebab? sebab dia kagum dengan keunikan tradisi buat dan main meriam buluh yang kaum Melayu amalkan, dan mintak aku ceritakan pengalaman.



dan ada member2 aku yang cakap camni. "pandai ko buat meriam buluh ye. eh ko orang mana? Perak? patut la ko tere buat meriam!" hahahaha. aku tak paham perkaitannya. tapi, bangga2! hee.

jadi di entri terakhir untuk siri Oh Meriam Buluh ni, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua pembaca dan pengikut setia, serta korang2 yang dah bagi macam2 respon pasal blog dan entri aku nih. time kaseh, arigatou, thank you! ^^

entri kali ni - meriam buluh!



kalo entri-entri yang lepas aku cerita macam mana nak buat dan main meriam kan? macam meriam tanah dan meriam katak. tapi untuk entri meriam buluh ni...

mula2 aku nak cakap pasal langkah2 keselamatan kalau nak buat dan main meriam buluh.

1. cari/guna buluh yang sesuai
please please please. bukan semua buluh sesuai untuk dibuat meriam ye. buluh jepun takleh. buluh kuning takleh. buluh bemban takleh. buluh lemang - lagi la tak bleyh guna. cari la buluh yang berdiameter lebih dari 6 inci. kalo bleh, kulit buluh tu sendiri tebalnya lebih dari 1 inci. biasanya kami guna buluh gajah/tabung or buluh hutan.

2. ambik buluh yang matang. tak muda sangat, tak tua sangat.
buluh muda berat air. buluh agak lembut lagi, so kemungkinan untuk meriam meletup dengan bunyi yang tak sedap adalah tinggi. kalau buluh tua sangat, memang la kering. tapi tu jugak la nak buat kaki, tangan, muka, badan korang bersepai macam buluh jugak. hehe. camna nak tau buluh tu best ke tak? korang try jentik2 buluh tu. aku nak ajar tak reti, tapi kalo aku dengar sendiri bunyinye, leh tau elok ke tak.

3. ikat buluh dengan getah tayar (tayar dalam) atau dawai.
biasanya aku sendiri tak ikat meriam buluh - sebab dah tere pilih buluh yang paling baek (konon). hehe. tapi, sebagai peringatan, aku nasihatkan - ikat getah tayar/dawai kat badan buluh (antara ruas2 buluh). ni untuk elakkan dari korang terkena serpihan2 buluh sekiranya meriam korang meletop dan berkecai dengan meriahnya. kalo korang dah betol2 pro je...um...pikir lah sindri. hehe

4. JANGAN guna diesel/petrol untuk ganti minyak tanah.
ok. ni part ekstremist. selalu aku ajar guna air dengan kabad kan? kapi kali ni aku nak gtau - kalau nak meriam meletup dengan lebih power, korang leh ganti air dengan minyak tanah. hehe..
kabad + air + api = TEBABOOOMMM~!!!
kabad + minyak tanah + api = KABOOOOOOOOMMMMMMMMM!!!!!!
ada paham? hehe. 
tapi! jangan guna diesel or petrol! sebabnye... kalo diesel, kabad cepat kering, hancur, dan gas tak sempat nak banyak. so meletop tak kuat. kalo petrol... erm.. meibi rambut korang je yang hangus, or telinga korang je berdarah...ataupon semua yang dok kat meriam tu bleh register siap2...nak masuk hospital bahagia ke, atau hospital swasta (wad jagaan rapi).


5. JANGAN buat bengong letak mercun (terutamaya mercun bola/ketupat/badak) dalam meriam buluh.
elok2 bleh main banyak round... jadi takleh men teros. samada sebab meriam korang hancur, or tangan/muka yang hancur.

6. paling penting nih - JANGAN CAKAP BESAR/berlagak sangat time buat/main meriam.
orang tua2 kata... beringat sebelom kena. Tuhan tak suka kita menunjuk2, cakap besar, riak takbur segala. so walopon korang tere buat meriam, tere bancuh kabad, berani cucuh meriam dari jarak dekat... korang kena ingat, korang selamat pon dengan izin-Nya tau. haa... so kalo Dia nak teach you a lesson... anytime anywhere je Dia mampu. so, jangan bongkak takbur angkuh, kutuk orang laen, etc etc. k? baca doa mintak diselamatkan dari sebarang mala petaka dan bala bencana. seronok2 gak, tapi kena la tau limit. hehe.

7. benda2 lain yang remeh temeh, macam... jarak antara pelita/api dengan meriam, kuantiti kabad yang nak diguna, risiko2 dimarahi jiran dan dikejar warga surau dan pihak berkuasa tempatan, kemiskinan akibat banyak berbelanja beli kabad dan minyak tanah, dan laen2 yang berkaitan... rasanya aku takyah mention kat sini kot. masing2 pandai pikir dah kan? sendiri bikin, sendiri tanggung! hahaha

meh sinih nak tunjuk kehebatan meriam.



nih. from other vantage point. hehe



sekadar berkongsi pengalaman. main meriam gelung dan meriam tanah lebih selamat dari main meriam buluh. ^^ banyak faktor yang bleh menjelaskan kenyataan aku nih. tapi malas nak tulih. korang pikir la sendiri kenapa eh. huhu. cuma, meriam buluh adalah pemula khazanah tradisi main meriam menjelang hari raya. =)

mungkin... di lain kali kot (taktau la bila kan..hehe), aku cerita cemana nak buat meriam buluh.

until next time~... thanks for reading!!! ^^

*****

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. ok, saya izinkan korang share. just kreditkan ke page ni je.^^ thanks~ hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan: Day 23 - Two Days Recap

Sunday, 21st August 2011 / 21st Ramadhan 1432 Hijri
- went back. headed Sungai Bakap, Penang; for my 1st jamming with northern ukulele players.

- arrived at Abang Fathi's place. coincidentally, other players arrived at the same time. yeay!

- had an introductory and ice-breaker minutes, before we started jammin'. boy, we sounded nice, we had a great time. you can watch THIS and here.


credit to abang Ahmad Fathi dan Sharizan Othman. for the vids and picture. ^^

- finished at 5 like that. somewhat sayonara. headed home - Sungai Burung, Perak.

*****

- safely HOME at 6 plus. parked my car right in front of my house. felt like cryin'. miss home. missed home. been missing home - for too much.

- walked along the road. village folks - they seemed happy seeing me there. we greeted each other, had a small talk, Q&A session. met my old buddy, Ijam. we talked about our childhood.

- 7 plus. helped Pak Ude and Mak Ude preparing for iftar. been 5 long years since the last time celebrating Ramadhan with them.

*****

- after performing Maghrib, went out to accompany Ijam to pekan Tanjung Piandang. we chatted about things and ramadhan memories.

- we met Ijam's friend, then straight to a very familiar house (to me). a triple storey house. the one and only in that pekan.

- something fishy. felt uneasy. what's wrong? not sure.

- bagi salam. a voice replied. one person came out to welcome us. oh...my...god. it's her.

- it's that girl's house. the girl of my age. the girl my friends were crazy about. the girl that my colleagues tried to pair her up with me (which led to a disastrous failure). shoot. all those kenangan in secondary school...

- oh. she did not notice me. must be the (my) long hair. but yeah, that's so her. acknowledged that deep brown eyes.

- Ijam and his buddy shopped for packets and boxes of firecrackers. aha, that house is somewhat a 'shop' where people look for firecrackers and fireworks with low price. it's family business.

- she packed the stuff for her customers. helped her with packing. guess she had this "eh!?" moment as she looked surprised as she got a closer look on me.

- remained speechless to each other.

- yeah ain't no teraweh. =="


*******

Monday, 22nd August 2011 / 22nd Ramadhan 1432 Hijri
- woke up at 5 in the morning. sahur. headache; caught a flu. a bit feverish.

- the memories of Ramadhan with mom and dad; lingering in my head. still, could hear their voices. talked to myself; don't cry.

- had a long chat with Mak Ude. listened to lots of news, updates and stories. just realized that too many good things happened beyond my knowledge.

- marriages and separations, births and deaths. life's.

*****

- went to my primary school, SK Sungai Burung. missed my teachers.

- searched for them. found them! En. Abdul Manaf, Pn. Norizan, Pn. Saleha. the only super senior teachers at the school. they taught me well, alhamdulillah.

- had a great time chatting with three of them. thank God they still remember me, as they are always in my heart.

*****

- stopped at Pak Ngah's place. paying him and Mak Ngah a visit. they have taken a good care of me since my childhood; and up till now, they still do.

- typical questions expected. and answered.

- had to spill the milk. told them what happened between me and Ira. they were dumbfounded - speechless - as their hopes and dreams were crushed and crumpled... like..

- the awkward silence moment. knew it. saw this coming.

- had to break the silence with a cough. we started chatting again. they tried to cheer me up; life goes on etc etc. infact, they tried to cheer themselves up.

- felt sorry for them. yeah, they put their faith in me and her. but what more can be done - perhaps that's the best decision for both of us.

- explained in details, yet came to the common conclusion. "takde jodoh, pakngah. nak buat macam mana. doa2 la yang terbaek buat kami masing2, ye pakngah, makngah."

- slowly, we changed the topics of conversation.


*****

- went to my secondary school; SMK Raja Lope Nor Rashid. had this thought in mind - school visit day, today?

- went finding the old timers and the great teachers of mine. yeay, they're there.

- had fun trolling each other. man, me teachers are so sporting and supportive. proud having them as my educators.

- jolly good time.

*****

- dropped by Paksu's place at Simpang Empat Tasek Mutiara, Penang. my sis commanded me to claim the kuih raya from Maksu.

- hundreds of biscuits packed in numbers of boxes. the heck, they looked delicious. they should taste delicious.

*****

- off to SK Batu Maung, Penang; the island side.

- returning two books to a teacher.

- entered some of the classes. the pupils greeted me happily, cheerfully! everybody was rushing to salam me. some even requested to hug me. the kids shouted their hearts out - they miss me.

- almost cried. touched with the warm greetings from the children. felt their love. =']

- looked for Pn Siow Koi Fong; my "mak angkat". simply the best. entered her class, 2A, while she was teaching. the kids welcomed me warm.

- another great and fun conversation. yeah. she's so motherly. glad being her '3rd son'. hehe

- took a peek into 2B. they saw me. goodness, the entire class rushed to greet me, salam and everything.

- saw her! Mastura! she's the most adorable pupil in 2B. cute, bright, and cheerful. pendiam at times, but she paid attention to my teaching. never missed to salam me, tiap kali waktu balek dari sekolah. =)

- walked around. stumbled into ustazah Norina. chatted a while, before heading to 1A.

- my sunshine's there!! Dhiya!!! =D really, she's MY sunshine. she makes me happy, when skies are grey. haha. missed her so much.

- time to go back. back to Sungai Petani.


p.s: yeah. memang back to schoolssss.. hehe

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan: Day 20 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Palong/Gelung

yeahhahahaha~~ gelak jahat. ok aku dah cerita pasal meriam katak, dengan meriam tanah. kali ni sampai la giliran kita berceloteh pasal satu lagi jenis meriam yang cukup common dalam kalangan para pejuang tradisi - meriam palong.

korang tau tak palong tu apa? ok, palong tu ialah satu gelung yang diperbuat daripada konkrit. biasanya orang buat saliran air kat bendang2, kat bawah tanah, bawah bangunan. kalo korang pegi kat sawah, then kat tali air besar tu korang leh tengok gelung/paip konkrit ni sepanjang2 bendang. tapi skarang dah banyak ganti dengan paip getah dah.

tengok. kuat tak kuatnye gelung konkrit. skarang tau kenapa kitorang guna buat meriam? hehe 


palong ni biasanya sebutan kampung la, especially kat tempat aku. selalu orang panggil meriam gelung/paip je. daripada semua2 jenis meriam yang aku main dan perkenalkan kat korang, meriam palong ni la yang paling senang nak buat. jom, tutorial!! =D

bahan-bahan- palong/gelung konkrit (kalo rasa nak buat banyak meriam, cari la 3-4 gelung. hehe)
- dua kerat kayu tebal/buluh (nak buat tongkat)
- tali (tak kesah la tali apa, janji buleh buat ikat. dan tahan pressure)
- tin milo (tak tau kenapa aku suka guna tin milo. sebab ia sehat dan kuat kot!)
- paku
- kabad dan air
- pelita/lilin dan buluh/kayu pencucuh (macam tak biasa lak..hee)

dan ni cara-cara buat dan main
- memula 'cross'-kan kayu/buluh tebal tu. buat bentuk 'X'. ikat kuat2 dengan tali, takot nanti terburai masa main meriam, rosak la suasana. hehe. dah buat tongkat X tu, pacak steady2 kat tanah.

- amik gelung tadi, setup kat atas tongkat tu. pastikan pangkal meriam kat tanah, dan muncung meriam ada kat atas tongkat tadi, menghala ke atas.

- amik tin milo, tebuk satu lubang kat tepi tin. (ni la tempat cucuh nanti)

- amik kabad, campur dengan air elok2. pastuh cepat2 pasang kat pangkal meriam!

- tutup lubang pencucuh tadi dengan jari untuk beberapa second. lepas tu nyalakan api kat kayu/buluh pencucuh....dok jaoh2 sket... hala kat meriam....daann......

gambaran penulis bermain meriam gelung. xD

KEBABOOOOOMMMMMM!!!!!

voila!! ^^

senang kan? hehehe. tak payah nak setup macam meriam tanah. ini lebeyh kurang macam "plug n play" je. haha.

atas sebab2 keselamatan, aku nak nasihatkan;
1. pastikan gelung konkrit korang tu dalam keadaan baek. elakkan guna gelung yang retak atau nipis. walaupon konkrit, tapi struktur dia jadi tak kuat kalau dah terlalu usang atau retak. careful ye. 
2. sediakan ketul2 bata 3-4 bijik untuk korang tampan kat belakang tin masa cucuh meriam. ni untuk elakkan tin daripada pecah or terbang ke belakang dan mensepaikan muka or mana2 anggota badan. 
3. jangan curi gelung kat bendang orang! satgi tak berkat, memang ada la yang saket. hehe...

selain gelung konkrit, korang bleyh ganti dengan paip lain yang sama atau lebih kuat dan berdaya tahan. pengalaman aku la... dulu pernah sekali tu....

korang tau tiang telekom? alaa... tiang talipon yang telekom dok pasang kabel tuuu... yang besi warna hitam tuuu... haa. pernah sekali tu ada satu tiang telekom ni dorang tinggalkan kat kampung aku. rezeki la pulak, sebab kabel2nya semua takde; tak pasang lagi, so selamat la kan. punya jahat la kami Tuhan je yang tau, aku dengan kengkawan pi gergaji tiang tu dari pangkal tiang, sampai la ke hujung, dekat2 area wayar tu. tiang tu besi kuat, so takde sebarang kerisauan langsung nak main. =D! dalam dia kosong, so memang perfect la kan?. bwahahaha
for the record, itu la meriam gelung/paip yang paling dasat pernah kami buat. dah la panjang bermeter-meter, kebal lak tuh. dan sebabkan meriam tu besi... letupan yang dihasilkan sangat-sangatlah memekakkan telinga dengan bunyi yang cukup padu dan berdesing. ngeee... seingat aku la.. kami ulang-guna meriam ni ... 3 kali bulan posa kot - sebelom kena curi dek penyamun mana tah..==" amaran!! jangan mencuri tiang TM atau TNB. bahaya dan BERDOSA!

oh lupa nak pesan! JANGAN buat benda bodoh seperti memasukkan mercun bola ke dalam meriam. sumpah, ni SANGAT BAHAYA. aku tegah sekeras-kerasnya daripada buat perkara bangang ni. seronok2 gak, ekstrem2 gak. tapi agak2 la... k? trust me; you wouldn't like the aftermath.

so amcam? hehe. siri Oh Meriam Buluh nak sampai ke penghujung dah! entri terakhir dalam siri ni - The Legendary Meriam Buluh!! nantikannya! =D

.....

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. okay, saya izinkan share. just kreditkan ke page ni je. ^^ thanks~ hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

p.s; dah sepuluh malam terakhir ni. banyakkan ibadat oooii.. hehe

Friday, August 19, 2011

Ramadhan: Day 19 - Kalakatar!! - Apakah? Haa! Batu 5 Parit Buntar Marii!!

waaaaaarrghh!! wadai KALAKATAR!! pernah dengaq? nandu kah? bisa kah makan nya? hehe

kuih kalakatar


ni mai aku nak habaq pi kat hangpa. wadai (kueh) kalakatar ni cukup femes kat area kampung aku dulu. kat mana? haaa... kat Parit Buntar! dan aku rasa almaklum dah, yang area parit buntar-bagan serai ni cukup terkenal dengan kependudukan orang2 Banjar! jadi apa kaitan?

kueh kalakatar adalah specialty orang Banjar!

perrghh~... walopon aku bukan orang banjar, tapi aku dengan family aku cukup suka kueh kalakatar nih. cemana lak bleh suka? hehe. kami dok kat kampung. area kampung aku tu, ramai orang banjar. dan lagi ramai orang banjar dok kat kampung2 dekat2 situ - parit tok ngah, parit tok hin, parit gumpong, telok pial... banyak la. daripada nama2 kampung pon hangpa leh tau tu nama2 banjar.

*take note. aku akan *basurah banjar sket2 walopon tak reti. hehe*

jadi, dari *haloi lagi aku dah terbiasa dengan budaya *urang banjar neh. lauknya, masaknya, *ngupenya. hehe. kalau takat2 pisang salai tu, bleh kata tiap2 minggu musti angah buat lah. (angah = ibu jagaan aku time aku kecik2. arwah mama abah sebok, keja. so angah la yang dok bela aku). wadai kiping pon selalu gak. tapi kena ada majlis2 tertentu la. balungan hayam, dengan murtabak pisang. kecoq ayaq lioq. haha.


wadai kalakatar


tapi kalakatar jugak yang *nyaman!! kalau ada *aroh ligat ja urang *bagawian *ulah kalakatar. tapi paling femes time bulan posa la. kalau kat pekan batu 5 dengan kuala kurau, benda ni paling laku antara kueh2 yang laen. sebabnya? sedap!! especially kalau ada anak2 kampung yang baru balek ke rumah, balek dari ibukota - memang depa aim kalakatar dulu ah! (sedangkan aku yang dok kat kampung pon pulun kalakatar, ni pulak orang jarang2 makan. hehe)

kueh ni macam bengkang. bengkang ubi tuu.. yang kuning2 tuuu. sapa tak pernah makan bengkang, sure2 lagi tak pernah makan kalakatar. hahaha. tapi kueh kalakatar ni kaler puteh susu! kenapa? sebab~ dia dibuat dari isi nyoq muda! isi kelape mudee~ ^^ sedap oooooo. kalau bengkang ubi tu keras2 liat sket kan? kalakatar ni lembut je. manis2 ayu gitu. rasanya lemak2 manis, kalau berkerak lagi cun!! =D

lemak manis (alah amboi amboi)
santan kelape (alah amboi amboi)
ku pandanglah manis (alah amboi amboi)
anak siape~~ ^^



hm, aku cadang nak letak resipi kat sini. tapi cam tak best lak, sebab bukan original resipi aku. so, aku bagi link. ce tengok SINI dengan SINI dan SINI

walaupon aku pandai masak lauk2, dan reti la sket kueh2 tradisional ni, tapi dalam family aku cuma arwah mama je pandai buat kalakatar. even kak aku yang tere masak bagai pon tak reti buat kalakatar. tapi bukan nak brag la kan - bagi aku setakat yang aku pernah rasa, makan ni... hanya orang banjar je yang betul2 tau cemana buat kalakatar dengan kesedapan yang ori dan sebetulnya. ^^

nak buat kalakatar tak la susah. tapi renyah sikit. tambah2 *bahari kala *kada oven, microwave segala. so bila bulan posa, aku suka suroh angah buat kalakatar. rajin la orang tua tu pi kait nyoq muda kat pokok nyoq tepi rumah tu semata-mata nak turut kehendak aku. heee. kait la dalam 2-3 bijik - 2 bijik buat kalakatar, sebijik aku ratah. ^^ gigih la angah kikis isi nyoq muda tu, lepas tu kerat halus2. selalu angah perli aku "awaknya haloi ja, tapi parot ganal." hahaha

sementara dia buat adunan, aku pulak sediakan dapoq. part ni yang renyah. pakai dapoq kayu beb~ tak main la dapur gas, microwave oven bagai. jenuh la cari kayu, pelekat api. bila angah dah siap bancuh, masuk bekas, lepas tu masuk dalam periuk. kalakatar original buat stail bakaq arang beb~. pasang api kat bawah periuk, dengan atas periuk. baru caraa!! orang sekarang banyak pakai oven... lepas tu ada yang buat stail kukus. wuuu...belengaih. tak sedap. kalakatar yang dibakar gak yang terbaek! ^^



wah, rindunya. entri ni dah buatkan aku sendiri terlioq. haha

kepada hangpa yang tak besa makan/try kalakatar... cuba la cari kat bazar2 ramadhan. kot2 ada. well, mungkin ada dengan nama lain. bingka kelape contohnya. hehe. tapi, taktau la sama sedapnya ke tak dengan yang ori hasil air tangan kulaan banjar. hehe.

KALAKATAR FOR THE WIN!!! xD

::glosari::
haloi- kecil/kecik
urang - orang
ngupe - mengopi/minum kopi (ngeteh!)
nyaman - sedap
aroh - kenduri
bagawian - bekerja
ulah - buat
bahari - dulu2
kada - tiada
"awaknya haloi ja, tapi parot ganal" - badan kecik, tapi perot besaq

*UPDATE
aku baru je call angah - pesan, mintak dia tolong buat kalakatar. yeaaahh!! lusa balek kampung, ambik kalakatar! hahaha =D

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan: Day 18 - Riang Ria Malam Moreh Dulu-Dulu!

sesetengah tempat sebut morei. tapi tak kesah la kan; maksudnya sama - makan2! hahaha.

perkataan moreh ni cukup femes bila time bulan posa. tapi korang tau tak, moreh ni dalam bulan2 laen pon femes gak. hehe. normally, surau sesebuah qaryah atau masjid akan buat moreh pada hari khamis (malam jumaat) lepas solat isya'.

cuma bezanya, kalau bulan2 biasa, kalau moreh seminggu sekali tu; makanannya grand sket! huhu. ikot tempat la. normally nasik ayam ke, lauk ayam masak merah ke, daging masak pedas ke. yang penting, grand. bihun goreng pon dikira grand tau! ^^


tapi, berbeza dengan bulan puasa. sebabkan waktu berbuka posa tadi dah disediakan makanan yang cukup grand, so bila sampai time moreh, mungkin dikurengkan sket level grandnya tu. kalo biasa2 moreh makan nasik tomato, ayam pedas segala kan - bila sampai time moreh, maybe buat mee goreng, pulut kuning, pulut durian (kalau musim la), nasik himpit, etc etc.

meh aku cerita pengalaman aku sebagai budak kampung plak. moreh di bulan puasa. hehe

dulu, nak dapat makan moreh grand2 ni, rasanya kena tunggu sepuluh malam terakhir ramadhan. sebab orang kampung tak banyak duit sangat, jadi nak buat grand2 tiap2 minggu...payah la sikit. so, dari awal ramadhan, ajk surau akan kutip duit dari penduduk kampung, dan kumpul duit sumbangan untuk buat satu majlis moreh yang grand. sebabkan perlukan duit yang agak banyak, jadi kena la ambik masa.^^ so, hujung2 ramadhan la yang paling sesuai.

masa tu, sure aku tak makan kat rumah. bukak posa kat surau. tu pon makan sikit je. kenapa? sebab simpan perut, nak sumbat ayam, udang, ikan, kerang, daging, kentang, hati segala time moreh nanti. hahaha. keji kan? LOL

time moreh grand tu, memang aku antara petugas2 sukarela yang menawarkan diri jadi bentara - angkat2 pinggan, basuh2 talam bagai. satu, sebab aku muda. dua, sebab buat kerja2 semua tu dengan kawan2. tiga, untung2 nasib, dapat upah dari tok siak/tok imam. dan empat, itu lah peluang terbaek nak makan lebeyh!

biasa la, bila makan tu, ada lauk2 lebih yang tak habis - sekor dua udang ke, tiga-pat bijik kerang ke, dua-tiga ketul ayam/daging ke... jadii!! tu la matlamat aku! rembat semua yang lebeyh2 tak abis tu masuk perot! haha. sesetengah orang mesti kata "eii..makan bekas orang..eii"... hehe. takpe la. kami dididik supaya tak membazir~ selagi makanan tu bersih, halal, kami terima seadanya. budak kampung~ ^^

tengok, dorang jamu apa? bubur!! xD

kalau moreh biasa2 tu, kami makan simple2 je. menu paling kerap jumpak - bubur. tak kesah la bubur nasik ke, bubur kacang hijau ke, kacang hitam ke, bubur chacha ke... yang penting bubur. pernah sekali ramadhan tu, 3 minggu berturut-turut mengkedaghah bubur kacang hijau je tiap2 kali moreh. naik muak lak. ==" hehe

aku plak hantu sket bubur2 kacang nih. nak2 lagi kalau bubur beras pulut hitam yang gebu2 tu. uuuuihh! pantang jumpak! hehe. nak pulak ada santan. perghh!! memang aku tak main meriam ah malam moreh tu. pulun makan! hahaha. pernah tu, sedap sangat dorang masak bubur, aku sampai nak bawak balek rumah. sebabkan takde bekas/tupperware segala, aku rembat gayung air (orang utara kata cebok ayaq) tu, cedok bubur penuh2, bawak lari. hahahaha. memang kena tempik! lantak la, esoknya aku jugak yang tukang azan kat surau. =p hihi

uuuu... sedapnye....uuuu~~

kalau time masak bubur kacang hijau pon syok gak! bukan syok makan, tapi syok main. lol! biasanya dorang tak masak semua kacang yang dibeli. akan ada lebih2 sikit, kompem. paling koman dalam setengah kilo mesti ada yang tak dimasak. so, time orang solat teraweh 20 rakaat kan... aku dengan kengkawan solat 8 rakaat je. lepas lapan tu.. terus pi kat tempat masak, cari kacang hijau dengan straw. buat apa? main lah!!! main tembak2, perang2. syok gilaa!! hahaha

nak main kat luar surau...gelap. takdak lampu sangat. yang ada pon pelita je la. so, nak selamat dari terjatuh dalam lubang ke, parit ke, terpijak ular ke... kami main dalam surau. xD memang pecah perot ah tahan gelak! orang solat kat depan, kami main tembak2 kacang hijau kat belakang. caraaaaa~ bwahahaha. tapi kami baek jugak la. nak2 hujung teraweh tu, kami siap2kan hidangan, kaut bubur letak dalam mangkuk, tuang air, pecah2kan biskut kering... hee.. cover2 ^^ so lepas je witir, selesai solat, semua leh terus duduk makan. haa.. tak jadi nak marah~ hekhekhek xD

peluru terbaek dari ladang!

nak lagi jahat? bila kami tak puas hati dengan sapa2 la kan... kami amik bubur...tuang dalam/atas kasut orang tu. lepas tu cabut!! pernah gak kami tuang dalam tangki minyak motor pakcik X ni. orang tua tu suka bising, marah kami tak bersebab. >=p so, sebagai tanda protes, time dia tengah solat teraweh, kami ambik semangkuk bubur kacang, bukak seat motor dia~... bukak penutup tangki... tuaaaanng!! kacau2 dengan kayu sikit, pastuh lariii!!! hahahaha. takpa, dah beraya denga dia, mintak ampun dah pon (tapi tak cakap pon salah apa kami dah buat. xD)

nak lagi lagi jahat? waktu hari moreh grand, time orang tengah teraweh, kami pi bukak tempat isi minyak hitam kat motor tu... kami sumbat lebihan daging, udang, sayur dalam tu. >=D sori la, sapa suroh bagi lingkup meriam yang kami buat. hehe..

tapi tu semua tinggal kenangan~ ^^ rindu plak. hehe.

aku taktau la, apa yang membuatkan moreh sekarang tak semeriah dulu. mungkin ikot tempat kot - pekan dengan kampung tak sama. atau pon, budak2 sekarang tak reti lagi nak berseronok macam zaman aku budak2 dulu. hehe. rugi la korang. eh silap, rugi la diorang~~ ^^

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan: Day 16 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Tanah

salam!!

korang ingat lagi cerita aku pasal meriam katak? haa. tu baru mukadimah ye. hehe. kali ni aku nak eksplen pasal sejenis lagi meriam, yang lagi ekstrem dari meriam katak - meriam tanah.

kenapa meriam tanah? ok, basically, cara kerja meriam ni sama je dengan meriam katak - isi kabad, cucuh, meletup. yang membezakan dua ni ialah, meriam tanah dibuat lebih grand dari meriam katak. camna tu? meh aku ajor cemana cara buat dan main meriam tanah.

bahan-bahan yang diperlukan.
- sekurang-kurangnya 5 tin susu tepung 2kg (senang cakap, Milo tin besor). pastikan semuanya sama saiz
- pisau/gunting besi
- cangkul
- karbaid (mulai kali ni, aku akan simplekan dengan ejaan 'kabad' je ye..hehe) dan air
- pelita/lilin dengan buluh/kayu pencucuh

cara2 buat meriam.
- nak buat meriam ni kompleks sikit. kalau ada 5 tin milo, 4 daripada 5 tin tu korang kena buang penutup dan bontotnya sekali. maknanya, bahagian bawah/lapik tin tu kena gunting buang, supaya tin jadi macam gelung/lohong. bleh bayangkan tak? aku maleh nak lukis... hahaha.

meriam tanah in the making


- tinggalkan satu tin tak bertebuk sebab nak buat isi kabad nanti. lepas dah tebok tin yang diperlukan, korang ambik cangkul dan mula mengorek/mencangkul tanah. untuk apa? untuk muatkan semua tin yang ada. kalau boleh, cari kawasan bertebing, macam tepi2 parit ke, kat batas bendang ke. hehe

*PERINGATAN: korek tanah biar cukup2 dalam dan lebar untuk korang tanam meriam tu. kalau boleh, biat muat2 saiz tin je. ini untuk elakkan tin (meriam) daripada melambung/bersepai masa cucuh nanti.
meriam tanah versi pro


- dah korek lubang kat tanah, korang isi dengan tin2 yang dah ditebuk tu. susun rapat2! bagi kejab. lepas dah susun, timbus dengan tanah sebagai langkah keselamatan. hehe

- tebuk satu lubang kecik kat tin yang tak dibuang bahagian bawah tadi. jangan tebok kat bontot tin. tapi tebuk kat body/tepi tin. tin ni lah yang kita guna untuk isi kabad dan cucuh meriam (portable bottom).

- dah siap semua tu? hehe. isi kabad dalam tin. masukkan air. sumbat tin kat pangkal meriam dengan lubang pencucuh menghala ke atas. tutup lubang pencucuh untuk beberapa second (nak perangkap gas). amik kayu/buluh pencucuh, nyalakan dengan api.... halakan api pencucuh kat lubang tin berisi kabad tadi..dan...

TEBABOOOOOOMMMMM!!!!!


voila! =D

hehehe. syok ooooo! aku cukup suka main meriam tanah. sebabnya, saiz tin bleh dipelbagaikan. lagi besar tin, lagi kuat bunyi meriam. dan lagi panjang susunan tin, lagi padu bunyi meriam.

kalau time aku dulu, aku rajin main meriam ni dengan ijam, ajib, pian, piji. biasanya aku la penyumbang terbesar tin2 untuk buat meriam. gigih, sebulan dua sebelom posa dah start kumpul tin. tin kena banyak, sebab ada kemungkinan tin pecah sepanjang main. biasa la, penggunaan secara ekstrem.. hehe ^^ main pulak dekat2 dengan surau. memang terbaik lah!! lepas je witir, terus turun main meriam. cara kan? lagi cara bila tok imam surau pun tolong cucuh meriam - bukan apa... mintak restu, ambik berkat~ haha!

okes. itu je untuk kali ni. meriam gelung dan meriam buluh akan menyusul!!

amcam? ada bran? hahaha

...

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. okay saya izinkan. just kreditkan ke page ni je. thanks for sharing. hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

Monday, August 15, 2011

Ramadhan: Day 15 - Ensiklopedia Baju Raya (Lelaki)

fuh... harini hari memburu baju raya lagi bagi aku. ada kisah di sebalik pencarian hari ni. tapi nanti lah aku cerita part tu. sekarang, meh kita tengok sambungan cerita baju raya semalam.

untuk lelaki kaum melayu, pakaian paling femes sempena raya ialah "baju melayu". kalau mengikut sejarah/fakta, baju melayu untuk lelaki pon dipanggil 'baju kurung' jugak satu ketika dulu. kenapa? sebab fungsinya sama dengan baju kurung bagi pompuan - mengurung tubuh si pemakai. tapi, lama-kelamaan, masyarakat lebih senang menggunakan istilah baju kurung untuk pakaian golongan wanita, dan baju melayu diistilahkan kat pakaian kaum lelaki~.

bagi lelaki, tak banyak sangat variasi yang ada (tak macam pompuan... untung laa...hehe). cuma terdapat beberapa jenis je yang popular;
baju melayu teluk belanga baju melayu cekak musang baju melayu raihan baju melayu jawa

meh aku cerita satu2.

baju melayu teluk belanga
baju ni lebih popular kat negeri2 wilayah selatan semenanjung Malaysia, terutama negeri Johor. sebab tu kekadang baju ni jugak dikenali sebagai baju melayu johor. dan atas beberapa faktor, pengaruh baju teluk belanga ni jugak meluas ke negeri pahang.

jenis teluk belanga

kenapa teluk belanga? sebab, kononnya baju ni mula diperkenalkan kat Teluk Belanga, Singapura. dan kononnya lagi, Sultan Abu Bakar (sultan johor ketika tu) yang men-design cara jahitan baju teluk belanga ni, sempena memperingati Teluk Belanga sebagai ibu negeri Johor - sebelom berpindah ke Johor Bahru. so, kira ambik nama je la sebab dah ter-design masa kat 'teluk belanga' lagi. lama2, baju melayu ni terus jadi ciri khas masyarakat melayu kat johor terutamanya.


leher teluk belanga


apa benda teluk belanga? sebenornye, itu nama jenis jahitan kat leher baju melayu tu. jahitan ni la yang menjadi dan merupakan ciri utama yang membezakan baju melayu teluk belanga dengan baju melayu cekak musang. potongan leher baju melayu teluk belanga hanya dijahit dengan cara sulaman keliling, dengan berbelah pendek kat depan baju serta berbutang satu. jenis sulaman pulak normally orang guna sulam Mata Lalat dengan Tulang Belut. ada lagi, tapi aku yang taktau. hehe..


baju melayu cekak musang
baju ni pulak bukanlah diperbuat dari kulit musang atau binatang seumpamanya. hehe. itu pon nama jahitan. baju melayu cekak musang lebih terkenal kat negeri2 wilayah utara dan tengah semenanjung Malaysia. rasanya Sabah dengan Sarawak pon lebih mempopularkan baju melayu jenis ni berbanding teluk belanga.

leher cekak musang

aku kurang maklum tentang sape pulak yang reka baju melayu cekak musang ni. tapi menurut bacaan dan pengkisahan yang aku tau, cekak musang mula diperkenal lepas zaman perdagangan pesat kat Johor (johor lagi...hahaha), dan mungkin berciri pengaruh India. kononnya cekak musang dulu direka untuk golongan diraja dan bangsawan, bagi membezakan dengan pakaian rakyat biasa.


cekak musang merujuk kat jahitan tengkuk baju. kalau istilah sekarang, kita panggil 'kolar'. leher baju dijahit bercekak tinggi (lebeyh kurang lebar satu ibu jari lebih sikit..^^") dan berdiri menegak 'mencekak' leher/tengkuk pemakai. masih berbelah sejengkal dari leher ke dada (macam teluk belanga) tetapi ditambah dua butang/kancing di cekak (leher) dan tiga lagi butang menuruni dada.

persamaan bagi kedua-dua jenis baju melayu nih ialah - dua2 berpoket tiga (satu kat dada sebelah kiri, dua kat kiri-kanan perot), segak dilengkapkan dengan seluar longgar yang sedondon (sama warna) baju, beserta sampin. bezanya cuma - baju melayu teluk belanga dipakai dengan baju diluar sampin, dan baju melayu cekak musang dipakai dengan baju kat dalam sampin (tuck-in).

ni gaya pakai baju melayu teluk belanga 




Fahrin Ahmad berbaju melayu cekak musang
ni pulak gaya pakai baju melayu cekak musang

baju melayu raihan popular lepas kemunculan kumpulan nasyid Raihan. dorang ni bila buat persembahan suka pakai satu jenis baju yang masa tu belom femes dalam kalangan masyarakat melayu. lepas dorang femes, tetiba je baju tu pon jadi femes - lekat dengan nama pem-femes-nya sekali. maka jadilah baju melayu Raihan~

banyak beza dengan baju melayu teluk belanga dan cekak musang. baju raihan normally tak berpoket (kalau ada pon tinggal 1 je kat dada) macam cekak musang dan teluk belanga. baju raihan jugak dibutang dari leher sampailah ke bawah baju - macam kemeja (cuma, butangnya disembunyikan). lebih kepada gaya santai, baju raihan tampak elok without sampin, dan normally tak disertakan dengan seluar sedondon (bleh pakai slack hitam; masuk semua kaler baju). basically, ni kira trend baru la. modern sket. hehe

wlopon popular, tapi baju raihan kurang diminati berbanding cekak musang/teluk belanga 



tu la serba sikit info pasal baju melayu bagi orang laki~~.... tu jugak la jenis2 baju yang aku dok hunt berhari2 sepanjang ramadhan nih. haha. sumpah cakap, sangat banyak dan teramat banyak pilihan. macam2 pesen ada sekarang. kaler pon cantik2. siap bersulam tengkuk, poket bagai. ^^

sepanjang idop aku, baju raya aku semuanya cekak musang. opkos bersampin. tapi kekadang aku pakai gaya teluk belanga jugak (baju kat luar sampin). hihik. so maybe kali ni nak carik jenis teluk belanga kot.

tapi tu la. nak buat macam mana... hati belom terpaut. belom jumpak 'the one'. hee...

p.s; korang dah buat/beli baju raya? kaler apa? bagi idea sket! =D

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan: Day 14 - Ensiklopedia Baju Raya (Wanita)

sempena kegagalan aku hari ni dalam misi mencari baju melayu untuk raya nanti, aku terasa nak buat entri pasal baju2 tradisi masyarakat melayu.

mari mulakan Ensiklopedia Baju Tradisional Masyarakat Melayu; Edisi A'an.

untuk orang pompuan, sangat banyak jenis baju untuk dorang pilih dan pakai. pada asasnya ada dua jenis yang utama; baju kurung dan baju kebaya. dari situ, ditambah pulak dengan kekreatipan dan ketelitian manusia, maka wujudlah macam2 lagi jenis baju daripada keduanya.

untuk baju kurung, antaranya ada;
baju kurung (biasa) baju kurung piping baju kurung pesak gantung baju kurung kedah baju kurung riau/pahang baju kurung moden

dan untuk baju kebaya, antara yang popular;
kebaya nyonya kebaya labuh (johor/pahang) kebaya singkat (kedah) kebaya moden

tambahan! baju kebarung. pernah dengar? haaa. ^^

ni baju kurung pahang. 



apa beza kurung dengan kebaya? okeyh. meh aku nak cerita pasal baju kurung dulu. kalo mengikut ceritanya, wanita melayu dulu2 suka berkemban je. tapi, sejak kedatangan Islam ke tanah melayu, barulah timbul kesedaran untuk menutup tubuh badan dengan lebih 'berhikmah'. jadi, selain diperkenalkan jubah dan hijab, orang-orang melayu telah mengubahsuaipadankan dengan kreatifnya - satu persalinan baju dan kain yang dipasangkan; "mengurung" tubuh si pemakai. haa!! dari situ la dapatnya nama 'baju kurung'! ^^

sesuai dengan namanya, baju kurung secara tradisinya longgar dan labuh, menutup badan dari leher sampai ke buku lali. bagi baju, lengan dipanjangkan sampai ke pergelangan tangan, dan dilabuhkan sampai ke bawah lutut. kain pulak dipakai dari atas pinggang sampai tutup buku lali.

ini kebaya biasa/moden 



berbeza dengan baju kurung, baju kebaya terhasil dari pengaruh Indonesia (jawa), bugis dan elemen2 china dan siam. asalnya fungsi kebaya adalah sama dengan baju kurung iaitu untuk 'mengurung' tubuh pemakai. Cuma bezanya baju kebaya berbelah dan berpesak kat depan baju, normally dipakai sebagai pakaian kat luar rumah atau ke majlis2 tertentu. dulu, kebaya belah panjang ini terkenal kat Melaka, Perak, Selangor dan Kedah. kebaya terdahulunya dikenali sebagai ‘baju panjang’ atau 'baju belah panjang' sebelom lekat dengan nama kebaya. tradisi ni berkembang menjadi kebaya bertangan panjang, berpesak lurus kat depan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga beranak.

basically kurung dengan kebaya aku suka kategorikan dalam tiga jenis je. kurung/kebaya biasa, kedah serta pahang/johor. hehe. kenapa cam spesel je kurung/kebaya kedah, johor dan pahang nih? ok, kalau baju kurung biasa, bajunya labuh sampai melepasi bawah lutut sikit. kalau kurung johor/pahang, biasanya baju dipanjangkan ke bawah lutut, lebih daripada kurung biasa. sebab tu kadang2 kurung johor/pahang ni orang panggil kurung labuh.

ni baju kurung kedah 



kalau kurung kedah pulak, bajunya singkat! haha. labuhnya sekadar melepasi paras punggung, tak sampai lutut pon. lengan baju jugak dipendekkan 1/4 daripada lengan kurung biasa. dan kebiasaannya jugak, kurung kedah diperbuat daripada cotton. kenapa jadi singkat, aku pon tak pasti. meibi kat belah2 utara ni panas kot. hehe. pengaruh siam pun mungkin jgk. =]

kebaya pon lebeyh kurang camtu. labuh kebaya biasa, normally sama paras punggung (bahagian belakang) dan labuh sikit kat bahagian belah depan (tapi tak sampai lutut). kebaya kedah, macam biasa - singkat depan belakang sampai atas paras punggung, dan lengan baju disingkatkan hampir ke siku. bagi kebaya labuh, pesaknya besor sikit dari biasa, dan longgar sikit berbanding kebaya biasa dan kedah (tapi still...well..you know. hahaha). labuh bajunya jugak dilebihkan kadang2 sampai/melebihi lutut.

ni la kebaya labuh 



kebaya sinonim dengan pakaian kain batik atau bertenun songket supaya memeriahkan lagi baju yang sedia meriah. oleh sebab kebaya adalah ketat, kainnya normally dibelah bagi memudahkan pemakai berjalan cover2 vogue gittew~ =D

tapi yang pasti, kesemua jenis baju kurung adalah longgar, selesa bagi pergerakan serta sopan dipandang; manakala kesemua jenis kebaya adalah 'cukup' ketat dan cutting-nya memang bertujuan menampilkan aset kewanitaan serta menyerlahkan your 'S' curves. haa..betol, ni fakta ye. huhu.

nak tau lebih lanjut, or versi orang lain? klik SINI.

kejap. kenapa aku buat entri pasal baju raya pompuan lak??

sebab... seharian aku berpenat lelah cari baju melayu untuk aku pakai raya nanti - tapi takdak yang berkenan di hati. in the end, aku beli sepasang BAJU KURUNG warna biru lembut berbunga halus, bersulam kat tangan. ==" bertambah lagi la koleksi baju 'bakal bini' aku~ hahaha. berangan. buatnya kau tak kawen, an... ha, pakai la sendirik! xD

nanti aku buat entri pasal baju melayu untuk laki pulak, ok? ngee...

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan: Day 13 - Suci Lagi Menyucikan

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”


dulu kan. aku ingat zakat fitrah ni hanya dikenakan kat orang2 kaya. sebab tiap2 kali malam raya, aku selalu nampak Pak Unggai (orang paling kaya dalam kampung aku) pi bayaq zakat fitrah kat umah Tok Tam (jiran sebelah rumah aku). oh ya, arwah dah pon Tok Tam ni. Al-Fatihah.

Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW,
Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

siyes, malam raya je mesti berduyun-duyun orang datang rumah Tok Tam. lepas isyak kompem penuh. dah macam raya pulak aku tengok. hahaha. masa tu aku anggap semua yang pi bayaq zakat tu, orang2 kaya lah, macam Pak Unggai. tapi, tiba2 aku perasan - aik, abah pon pi bayaq zakat? siap aku tanya abah lagi;

"Abah, kita ni kaya ka? kenapa nak kena bayaq zakat macam Pak Unggai?" hahaha. naif kan soalan aku? biasa la~ ^^ so, malam tu jugak dia eksplen benda yang aku tak paham langsung - sampailah aku belajaq sendiri kat sekolah.

syarat-syarat wajib zakat fitrah
a. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
b. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
c. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.

ok? hehe

huih, zaman aku kekecik dulu, rajin oh ikot abah pi bayaq zakat kat rumah Tok Tam. seingat aku la, sempat lagi aku tengok upacara "sorong beras-tarik beras" antara Tok Tam (sebagai 'amil zakat) dengan pakcik2 nih. comel lah! aku bagi kau beras, cakap sikit2, lepas tu Tok Tam lak amik beras tu, cakap2 sikit lagi. lepas tu baca doa~~ ^^ comel kan? haa. kenapa beras??

Kadar bayaran mengikut cari asal ialah 1 gantang Baghdah makanan asasi seperti beras atau mengikut sukatan/timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan.

zaman dulu2 orang kampung lebih suka bayar zakat fitrah guna beras. alhamdulillah, aku sebagai anak kampung sempat la merasa pengalaman tu, tengok abah bayarkan zakat fitrah untuk diri dia dan kami sekeluarga dengan timbangan beras. hehe. tapi lama kelamaan, cara bayaran ni pon berubah. orang makin senang bayar zakat guna "cash" je. aku rasa, dah takdak kot orang bayar zakat dengan beras lagi sekarang ni.

kenapa malam raya?? heee. ni pon dulu aku tanya abah jugak. tak boleh ka bayar time laen? waktu bulan posa takleh bayar zakat ke? kena tunggu raya? hihihi. banyak tanya lak kau, Aan. masa tu, mama yang tolong eksplen. tapi resultnya sama, aku bukan paham pon.. keluar je "oooooo..." tapi haram tak paham. xD

waktu-waktu membayar zakat fitrah
Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Waktu Afdhal iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
Waktu Makruh iaitu selepas solat Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

haaa... sebab tu la kalau kita tengok, malam raya je mesti 'amil2 zakat ni sebok. kekadang dari lepas isya' tu, bawak sampai ke pukul 3-4 pagi. dah pulak, lepas subuh pon ada orang cari lagi kat surau/masjid. sampai la terketaq-ketaq nak solat sunat Aidilfitri pon, ada lagi yang baru teringat nak bayaq. hahaha. takpe lah, janji bayor ye~ ^^

nah, ni sebagai panduan. kadar terkini zakat fitrah bagi tahun 2011 masehi/ 1432 hijrah.

nota
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah di kawasan di mana kita mencari rezeki. Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).

alhamdulillah. saya dah tunaikan tuntutan dan tanggungjawab~ ^^ anda, bila lagi? =D


p.s: orang kata, kalau paling koman seminggu sekali boleh beli ayam percik untuk berbuka puasa... kalau boleh sehari dekat/lebih RM10 untuk berbuka... takkan zakat fitrah yang one-shot tak sampai RM10 tu pon tak leh bayar kan.. hee...

Friday, August 12, 2011

Ramadhan: Day 12 - Tiga Kali Seminggu




Medeni menelan air liur, memberani diri; suara bapanya yang mendorong satu ikatan halal bergemaan. "Zan...demi masa, demi masa yang manusia saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran...aku ingin melamarmu, Zan."

Khali.

"Terima?" Medeni bersuara lagi, ragu-ragu.

Zanjabila ketawa perlahan. "Kalau kau dapat menjawab salah satu teka-teki yang dilampirkan oleh Nuh Ha Mim dalam kitabnya."

Medeni menghela nafas. "Demi masa, aku akan mencuba."

Zanjabila sambung ketawa lalu bersuara perlahan, "Terangkan apakah kubur yang berjalan bersama penghuninya?"

Medeni menyahut, "Kubur tersebut ialah ikan yang menelan Nabi Yunus sehingga baginda dibawa mengelilingi tujuh lautan."

"Apakah makhluk yang dapat mengingatkan bangsanya, tetapi bukan dalam kalangan jin atau manusia?"

"Semut dalam kisah Nabi Sulaiman. Semut tersebut bersuara: 'Wahai paras semut! Masuklah ke dalam sarang anda agar tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dalam keadaan mereka tidak sedar'."

Zanjabila menggumam, soalan terakhir yang sukar tentu sahaja akan membuatkan Medeni berkeringat. "Apakah lima makhluk yang berjalan di muka bumi ini, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya."

Medeni berkerut. "Zan..."

"Jawablah!" Zanjabila teruja bermain-main begitu. Jika benar Medeni menekuni subjek yang mereka dalami, tentu sahaja soalan tersebut tidak menjadi kudis.

"Lima makhluk tersebut ialah; Nabi Adam, Isterinya Siti Hawa, unta Nabi Saleh, kambing Nabi Ibrahim yang digantikan oleh Allah tatkala keazamannya untuk mengorbankan Nabi Ismail dan..."

"Tak dapat?" Zanjabila berdebar.


-(petikan dari cerpen "Cinta Medeni" karya Dr. Faisal Tehrani dalam kumpulan cerpen beliau; Tiga Kali Seminggu-)


secara jujurnya, aku bukanlah seorang penggemar novel. tapi, dalam kekecualian, ada beberapa karya penulis tertentu yang benar dekat dengan jiwa aku.

karya2 Dr. Faisal Tehrani belum pernah menghampakan. memetik kata2 beliau, karya2nya "jauh lebih matang, hidup imaginasinya, tajam kritikan, sarat gurau, sendat wacana, provokatif, bakal mengundang 'resah' dan dihadirkan daripada pengalaman yang panjang" (Dr. Faisal Tehrani, 2010).

sekadar berkongsi. aku sarankan korang baca karya2 beliau; setidak-tidaknya berjinak-jinaklah dengan penulisan matang yang padat dengan bukan sekadar emosi, tetapi ilmu dan ilmiah, dalam kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu, terbitan Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.


p/s: wanita memang suka menguji?

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan: Day 11 - So Far yet So Far

aku rasa, semua orang ada impian kan? ada harapan. ada benda yang kita nak. kan?

aku pon camtu gak! ada je benda yang aku nak sangat2. tapi, biasalah. bukan semuanya tu bleh senang2 je nak makbul. kikiki. sebab tu ada istilah b.e.r.a.n.g.a.n. xD haaa kat sini, my top duniawi punya things-to-do/get. sort of yang aku impikan (berangan!!) la. but realistically speaking; not achievable kot. well, not in the mean time. lol

yosha!! ni my current 21 IMpossible stuff and matters. =D


- memiliki Ford Mustang (vintage/classic)
- Shelby GT 500 (1965)
- front row kat NBA Finals Game 7 between Lakers and Celtics;
- basketball camp dengan Tracy McGrady, Steve Nash
- bola American Football; NFL official
- Helmet Payton Manning (Colt's QB) hahaha
- jersey Anaheim Ducks
- a whole sunny day kat Disneyland. wheee!
- spent a week in winter kat Osaka-Kyoto
- makan MACARON dekat kaki Eiffel Tower
- masak rendang daging kat Itali
- perform kat Istana Budaya. waaahh gittew! lol!
- attend konsert AEROSMITH!!! (tolong la datang Malaysia~ please....)
- perfect 100% on Dragonforce's "Through Fire And Flames"; difficulty mode - expert
- bela rubah (red fox)
- gaya rambut ala2 Steven Tyler, Nagase Tomoya,
- set permainan keretapi; siap landscape kawasan pergunungan~
- Digimon digivice 1st generation (version 1-5)
- loket batu serpihan meteor (or at least batu yang kena panah petir..ngehngehngeh)
- menang main game Super Mario sampai stage last tanpa mati skali pon
- kalahkan Syed Nurhafiz dalam gusti lengan ...=="

hahahaha xD

jadi, sila isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan pilihan yang diberi.

"You ______ always get what you want."
a. can
b. could
c. will
d. can't
e. dont'
f. won't

lalalalaa..... ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...