SOCIALIZATION

Tuesday, December 4, 2012

Tetanda Penyakit Angau Kus Kus


ini... by the time korang baca title ni je, korang mesti dah senyum sampai tinge. al maklumlah... hati dah berbunga-bunga. ye tak? ekeke




penah dengar istilah "angau" kan? haa... aku percaya ramai dalam kalangan kita korang yang penah dilambung-lambung, dilantun-lantun angau. haha. eleh takyah dalih laa... nampak benor nak nipunye. hihi.

tido tak kenyang.. makan tak basah.. mandi tak lena...
bagi korang yang sentiasa menidakkan situasi ang-hau korang tu... aa, meh aku nak bagi pencerahan - yang sebenornye korang ni dah wojib kawen. hahaha. baca2. pasni tengok kawan2 korang jugak. kot2 ada yang kena sindrom2 yang aku sebot nanti ni... bawak2 la dia pegi kursus kawen yeh. lol~

mohon izin guru2 antropologi, sosiolinguistik dan psikologi saya ye. nak share sini. ^^


tanda-tanda korang angau

1. hilang selera makan.

korang asik pikir diaaaaa je. sikit2 dia. sikit2 dia. banyak2 pon dia. ~.~" bila ni berlaku, badan korang akan hasilkan lebih "dopamine" (hormon hepi, hormon kenyang) daripada biasa. sebab tu la.. korang makan pon sikit je. so betul la... orang kata.. sampai makan pun tak lalu.. ekeke. bukan tak lalu, tapi korang rasa makan sikit camtu pon dah cukup. acaner? wink wink. hahaha





2. buang tebiat

ni satu pesen lagi. buang tebiat ni maksudnya korang buat something out of ordinary. benda yang tak biasa buat - korang buat. contohnya... tak pernah2 korang menyapu halaman rumah, vacuum karpet, basuh pinggan bla bla bla... tetibe sehari dua ni korang rasa terlebeyh rajin lak. semua benda yang tak pernah2 buat tu korang ringan tulang je. kena2 kalo mak ayah korang tengok perubahan ni... dengar je la dorang tanya.. "aih, ko ni buang tebiat ke Tipah? tak pernah2 bangun awal pagi ni..." dan seumpamanye~ ^^


3. terpancar di wajah 
serius beb. bila korang angau, korang rasa hepi. bila rasa hepi, hormon hepi tu akan buat kelancaran darah dalam badan. paling ketara, korang akan nampak berseri-seri wajahnye. orang kampung kata.."it's glowing" . hehe. ini saintifik tau. =) lagi satu... orang akan perasan korang lebih ceria, lebih suka senyum... tak pasal2 je sengih, senyum. gilo hapo. hahaha. memang ekau gilo. gilo kek si milah tuuu. hikhik. layankan aje laa, orang tengah bahagia~ 


4. menaik-taraf penampilan diri

ini ... paling ketara kot. dalam lingkungan buang tebiat jugak la ni. hahaha. korang akan lebih jaga penampilan diri berbanding sebelomnya. kalo dulu zaman2 bujang trang-tang-tang, yang lelakinya pakai selebet nak mampos. mandi pon 2-3 hari sekali. jeans tu ikot2 gaya...tak pernah basoh kot sejak beli. nasib beli bundle je yang korang basoh - takot kurap owner baju suar tu lekat kat korang lak. hihi. yang pompuannya pulak... dulu2 masa single and available and ever ready to mingle... pakai rileks2 je. santai... tak layan heels2 ni. flipper je. tak pon snickers. rambut tu ikot2 tak sikat pon tak kesah... 

bila dah angau... haaa

yang laki ni menyemat bukan main! dulu jeans koyak2 kat kaki suar pon layan, skrg takde daaahh. imej mau jaga beb. mandi 4-5 kali sehari. botol perfume tu kalo susun2 ... buleh sama tinggi bumbung rumah dah. sikat wajib selit dalam poket! baju nak uptodate je... fit mesti mau, baru terampil otot2 lengan korang. kekonon nak tarik perhatian si dia yang selama ni lalu depan korang dalam kuliah buat dek je tak pandang korang langsung. dah pulak tu jalan sambil tutup idong dek busuknye bau korang ni.. hiokhiok. "sekarang aku dah pakai bedak tebal2.. cantek taaakk~~"

kalo yang pompuan... tiada lain. segala yang mereka lakukan, demi hanya untuk mendapatkan redha Ilahi dalam mencari teman hati yakni bakal suami. (sori lelaki.. aku bias. aku puji pompuan tapi kutuk laki. hihihi) =p


5. berangan 
ni buah berangan . lulz~

sape tak pernah berangan kat sini, angkat tangan? sape angkat tangan tu beda'ah je bak kata orang perak. nipu benor ghopenye. haha. bagi korang yang ada someone yang terberkenan kat hati... paling2 koman korang mesti akan berangan nak kawen dengan dia. tol tak?? haaa...
elok la berangan camtu. bagi aku, itu sebahagian daripada doa jugak. datang drpd niat yang baek. =) selain tu? hoh... korang berangan nak kuar makan dgn dia, nak pegi library sama2 dgn dia, nak study sama2, nak masak untuk dia... bla bla bla... atototo.... shuuweeitnyew~ .. ekeke. tak salah berangan, tapi jaga batas ye bang, ye kak.. ^^


6. jadi perisau tegar

pagi wish morning. malam wish gudnite. kejap2 tanya kaba. kejap2 tanya dah makan ke belom. kejap2 bagitau korang ada kat mana, buat apa, etcetera2 - wlopon orang tu tak tanya pon. hakhak. angau oiii... bulih2 korang nak cakap doplopatjam dengan dia. mesej2 takyah kira la.. penuh inbox dgn mesej dia. dia text "ok!" pon korang simpan - siap print sekerin lagi. wakaka. kalo pegi kuliah... tak nampak kelibat si dia... korang dah tak tentu arah. mula la tanya orang kiri kanan... mana dia, apa dah jadi, bla bla bla. amboihh... dah camtu gayanye pon korang nak berdalih dengan hati sendiri ye, tanak ngaku korang dah angau kat dia... hikhik


7. jadi pencemburu celik

celik la jugak. tak buta sangat. sebab korang sedor diri. sape la korang ni nak jelly2 kat dia tu kan. tapi... arrrgghh!! kenapa dia pi layan mamat tu!? kenapa dia kuar library dengan minah tu!? kenapa dia senyum2 tengok henpon - padahal korang tak pegang tepon pon masa tu. kenapa itu kenapa ini... bleergghh... rasa menikam-nikam jiwa kan? tudiaa... sabaq cek, sabaq... ingat sket, tu baru crush... belom bini/laki korang nak jelly2 menonong je. sila banyakkan solat sunat ye. mohon cerah ati, mintak diberi petunjuk, dipermudahkan urusan . bior yang baek2 aje, insyaAllah. ^^




8. indahnya hidup ini

terasa idop lebih bermakna. hokhok. camne tu? ini ... subjektif. nak hurai "bermakna" atau "meaningful" ni .. depends kat orang tu jugak. so... korang sendiri tau kott... =p ekeke


9. banyak cakap pasal dia dengan orang len 
korang ada kawan baek. best frens la kan. tak kesah la best fren korang laki ke pompuan ke... kot mana pon korang koman2 mesti nak cerita pasal si dia yang korang angaukan tu kat dorang. paling takde pon - korang nak cerita kenapa korang suka kat dia. betol tak? betol tak? terasa kan? hahaha. sampai satu tahap, korang mintak pendapat kawan2 - acaner nak pegi ke next step; more than just crash bandicoot. LOL.. sape main video game korang tau la nama tu. hekhek 
dan sekarang... trendnya ialah - gitau kat parents. haaa.. hambik. direct cerita kat adek beradek, kat mak ayah. bagos la camtu... at least dorang tau. bleh dorang pantau level angau korang ni. takpe. kalo jadi kita nak pi kira bagi. insyaAllah, benda baek Tuhan tolong. ^^


10. penyokong harimau malaya tegar

korang ni kalo buleh2 hadiahkan helikopter kat dia tu... helikopter lah dia dapat. hahaha. perumpamaannya camtu la. korang akan support all out! dia nak exam ke, nak ambik lesen ke, nak kuar keje ke... semua korang sokong. apa yang terbaek bagi dia, itulah yang terbaek bagi korang. korang akan coba jadi seberguna mungkin bagi dia. pergh... harap2 ada la jodoh korang dengan yang berkenaan tu ye. 

indirectly.. ramai yang tak tahu... bilamana kita mula mendoakan seseorang secara spesifik dan berterusan... tandanya ada sesuatu yang Allah aturkan.


amcam? ahaa.. ada yang tengah sengih2 tu... kena idong sendiri lettew. hikhik


anyways.

apa yang aku share ni hanyalah kajian saintifik bidang2 sains tertentu. bagi kita yang beragama Islam, kita kena ingat - kita ada agama nak dijaga. kita ada suruhan dan larangan nak dipatuhi. tak salah kot ada hati kat someone. tapi kena usaha la. usaha apa? paling penting, usaha perbaiki diri kita dulu. yang tak elok tu, kita perelokkan. yang dah elok tu, kita murnikan lagi. ye? then... good things will come to those whom do good, be good - because of Him.

insyaAllah. Dia Perancang terbaik. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui... ^^


p.s; buat sahabat baekku, Ijan, Amy, Ucin dan Hafiz - entri ni khas untuk korang yang sampai sudah tanak ngaku yang korang dah angau!! jadi sila terasa teruk2!!! hahaha xD

7 comments:

Aesya Zealous said...

amboi2.. semua ciri2 penyakit ni takde kat aku. bahaha

Antara said...

amboii.. maknanya semua tu ada kat org yg angau kt kau la! bhahaha xD

Anisa Hang Tuah said...

Ololoo A'an

kau pun tengah angau haaa

huehuee

MohdIzwan said...

yes...tiada satu pon ada...

so..belum angau lg..hahaha...

Unknown said...

salam
angau ni kadang2 bagus, yelah bila angau kita jadi semangat nak perbaiki diri jadi yang terbaik utk org tu.

semangat utk bangun dari jatuh,cekal dan tabah hadapi kesakitan bila si dia tiup semangat untuk kita

Tapi kalau angau pada yang tak sudi kadang kala buat orang yg tak sudi tu meluat pun ada. Ye la bila jadi perisau tegar org yg tak sudi jadi meluat pun ada.siang malam asik terhegeh2 wish morning, awak dah mkn? update saya plis..risaunye. padahal org tu tak hingin pun kau tau pasal dia.haaaa..itu bahaya. kena cepat sedar diri dan elak dari cederakan hati sendiri.

cemburu juga kadang kala merimaskan jika terlalu cemburu, dan kadang kala buat kita tahu dia syg sgt pada kita.

angau kus kus tu belum khatam lagi. tak tau tahap dia macam angin sepoi2 bahasa ke tak.haha

Antara said...

@nis - belom weh. masih menjadi langau je. hahaha

@onney - orang angau kat hang. sebab tu la. ekeke

@puteriberibiru - indeed!! hahaha

Ally Leman said...

aku...
7,8,9,10..
dptmug tuka wrna utkhadiah besday..pakai mug tu je memanjang kt inspen...