SOCIALIZATION

Wednesday, August 7, 2013

Adab Beraya dan Berhari Raya


assalamualaikum! salam sejahtera ke atas kamu. dah siap potong daging perap ayam rebus kerang kopek udang beli santan goreng kerisik hiris bawang cari lengkuas cabut serai potong halia anyam ketupat isi lemang basuh beras sapu sawang cat rumah lap kipas vakum karpet basuh kusyen cari saprah iron baju gantung kad reply mesej raya semua?

ohooii... dah nak raya ooiii...



amcam? semua preparation dah setel? pergh.. power. +1. well... kalo ikotkan hari ni mungkin hari terakhir ramadhan taon ni. huk.. sedeyh. yeah i know orang akan cakap "eleh sedih la sangat. ibadat tak banyak mana pun." and that's the point. sebab ibadat tak ramai la aku sedeyh. tah dapat peluang ber-ramadan lagi ke tidak lepas ni aku pon taktau. ntah2 raya esok pon aku tak sempat. haa.. em~ jadi, alhamdulillah, kita syukur dapat manfaatkan ramadhan kali ni dengan cara kita. semoga ibadah dan amalan kita diterimaNya. moga yang baek-baek sahaja. doa ye. =)

anyway

raya! aku nak cakap pasal adab beraya. berhari raya. kalau nak ikotkan, banyak benda buleh cerita pasal adab berhari raya ni. all in all, kita berbalik pada agama lah. tu tunjang kita. ^^ korang boleh klik kat SINI  untuk lebih penjelasan tentang adab-adab dalam islam dan hukum hakam berkaitan hari raya. now, aku nak kongsi pendapat tentang adab beraya pulak.

beraya kat sini aku istilahkan sebagai pergi bertandang ke rumah orang dan terima kunjungan orang ke rumah kita. ada do's and don'ts dia. amende!? haaa...




1. kalau pegi umah orang, jangan ada benci expectations. what kills a good story kat tv? yes, iklan. so dalam journey korang nak beraya tu, expectations tu iklan la. hehe. jangan expect tuan rumah nak layan kau macam YB macam menteri, or nak hidang makan sesedap, bagi duit raya etc. kamoonn.. cer pegi umah orang dengan niat nak ziarah, nak bermaafan, nak amik peluang tanya kabor... kan ke elok tu?

then, kalau buleh jangan laa membandingbezantarakan rumah2 yang kita kunjungi. mula2 pegi umah pak mat jual soratkabor tu, makan ketupat rendang daging. pastu rumah kak maznah janda meletop yang pak husin bilal berkenan tu, makan buffet ayam golek kambing bakor spaghetti lasagna segala tok nenek semua ada. korang pon compare la.. "raya sini lagi syok kan? tadi rumah pak mat makan rendang daging je." haa... tak elok oiii... 


2. lepas tu... bila bertandang umah orang.. kena hormat tuan rumah. nak masuk bagi salam. kalo 3 kali bagi salam takde orang sahut/jawab, sila paham. mungkin tuan rumah takde, or sebok, or tanak korang beraya situ. hahaha padan muka. tapi bagi salam pon kena la kuat... ini bagi salam macam nak tanya jawapan soalan objektif masa exam SPM kat member sebelah.. selow nak mampuih! memang malaikat pon tepuk dahi~~ kalo umah ada loceng, tekan loceng. kalo tadek... laung salam kekuat. ASSALAMUALAIKOOOOOMMMM!! OOO TUAN RUMAAHH!! JANGAN LA KEDEKUT SANGAT!! JEMPUT LA KAMI MASOKK!! PANAIH KAT LUAQ NI OOOOIII!!!

dah masuk rumah, jangan tunjuk perangai huduh korang tu please. jangan dok buat pi duduk teros kat kusyen or meja makan or depan tv. amboih seropa rumah sendiri pulak. ~.~ pi cari tuan rumah, beraya dulu. kalu korang tak mumaiyiz lagi syok la, buleh salam ikot dan. sukahati je nak salam semua. hehe. tapi kita dah besor kan? haa.. takleh selamber je sua tangan sambut tangan sumorang. adab, adab jugak. agama jangan tolak tepi. know your mahram and non-mahram. nak cerita pasal dengan sapa kita boleh/tak boleh salam pun panjang. so korang boleh la google2, bukak2 quran lepas ni ye. =)


aurat muslimah . sumber gambor


3. makan! Allah... korang pon tau korang nak beraya banyak rumah lagi kan. ni baru rumah skandal skarang. japgi nak gi umah ex-skandal nombor 3 plak. pastu jawatankuasa alumni bekas-bekas kekasih korang pun jemput ke rumah dorang; kena pergi tu, tanda #walaupunkitajauhterpisahtapikitakawanselamanya. si dia pun cakap mak ayah suruh datang ke rumah raya ni, nak menengok kata deme. tu tak kira rumah crush lagi - pon kena jemput - tentu2 la nak pegi! secondary crush lagi. apa pepatah korang tu; kalau tak dapat orangnya, dapat beraya instagram twitpic gambor sesama sekeping dua pon jadilah? haa... so makan berpada-pada.

makan tu bajet2 . agak2 sedap sangat, ok la rasa lebih sket. tapi jangan melantak sampai kenyang kat satu rumah! karang pegi umah orang laen korang dah tak makan plak. haa... kecik ati tuan rumah weh. siyes. orang melayu ni wajibnya pegi umah kena makan. kalo tak makan tu tanda tak sudi. kalo tak tambah nasik/makan tandanya nak habaq makanan tak sedap. so... mintak bungkus. hahahaha. ngek. know your limit ok? gauge your consumption. penting ni. jaga diri sendiri dan jaga hati orang laen, demi kemasylahatan bersama. hehe... 


4. bila bersembang tu... jaga bahasa. kontrol gelak beb. jangan over2. and kalo bersembang tu pikir2 topik yang sesuai. yang sensitip2 cuba elakkan... atau tak berlebihan. orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengor2... kalo kuih tak sedap, telan je. simpan dalam ati. jangan dah kunyah rasa tak sedap pastu cakap "makcik buat ke kuih ni? siyes tak sedap makcik.." pastu letak balek biskot korang dah gigit tu dalam balang... ~.~ bior berlainan pendapat ke apa ke, janji jangan sampai gadoh. jangan sampai mencemar kemurnian dan keharmonian hari raya yang ceria. =)


sumber: facebook habib jewels

5. paling penting! ni. ni paling penting. JANGAN asik main henpon time beraya kat rumah orang. elok2 ramai2 dok berkumpul, makan bersembang... korang dok belek henpon... main twitter main facebook instagram gambor langsir kusyen biskot lauk raya semua bagai. hamboih. ni aku paling pantang. sekali-sekala time awkward moment tu, bleh la gtau kat kawan2 kat timeline yang korang tengah kebas muka sebab tertumpahkan air sirap bandung yang baru dituang oleh anak tuan rumah yang cun/kacak tu sebab neves tengok si dia sampai tak berkedip mata masa nak amik biskot yang tak sedap tu sebab korang taktau sangat nak buat apa dah nak cover excited yang bergelodak di jiwa tu. em em... tapi kalo tengah sembang dengan tuan rumah, dengan orang lebih tua yang patut kita hormat... jangan la main henpon. silent, off, anything. give yourself a good time borak2 macam orang normal. boleh? orait.

6. set masa! timing tu penting ooo... memang la korang seronok dapat beraya kat rumah crush korang... lagi2 dia plak melayan korang sembang makan segala. rasa takmau balek! tapi beringat la sama... korang maybe ada rumah laen yang nak dikunjungi, yang perlu diziarahi. or kalo korang dengan kawan2, kena pikir gak kawan2 korang tu nak kemana2 pulak. don't be selfish tau. takdenye kalau jodoh tak kemana. jodoh pun reti berjalan, tahu? dia pon nak kemana-mana jugak. dia nak beraya ke lain jugak.. kannye nak ngadap muka sangap korang je. jangan sampai tuan rumah cakap "aa.. kitorang nak beraya ke rumah sebelah ni, jom la ikot sekali." .. tu tanda korang kena halau cara halus la tu. tak paham lagi taktau la. ekeke. so time your time wisely. ok?

7. bawak duit raya. haaa... ni strategi. especially kalo korang bertandang ke rumah enche/cik bakal kan. biasanya akan ada budak2 kecik. adik dia ke, anak sepupu dia ke, cucu cicit mak ayah dia ke... jadi! layan la kanak2 tu~ kalo korang naturally suka main dengan budak2, then +1 dah. tapi kalo tak biasa... inilah masanya nak biasa2kan. orang tua2 suka tengok anak2 muda yang pandai layan kekanak. dorang akan ada rasa kebolehpercayaan kat orang2 yang good with kids ni. siyes. aku study psychology ok.. hahaha. so time nak balek tu... agak2 tak ramai budaknye, hulur2 la duit raya kat deme... kalo ramai pon takpe asal korang mampu la. jangan memilih budak lak! itu resis namanya. lol!


bagi duit raya ikot kemampuan ye. tak mampu, takpe. hehe


noharom panjang nak arwah aku tulih kali ni. pointnye sikit je.. merapu je lebeyh! hahaha.

aku sembang semua2 ni secara general lah ye. bab2 khusus macam pakaian, transportation, alergik, status n relationship, korang punya circle of life etc etc tu... kena pikir sendiri la. kalau pakai baju kain chiffon tu, make sure jugak la dalam dia lining tak jarang. songkok sama hitam, butang baju melayu kaler laen2 derr. hahaha.

all in all.. aku doakan raya korang ceria happening selamat dan penuh barakah. jangan membazir ye. itu amalan geng korang yang baru balek daripada bercuti panjang. hehe. selamat hari raya!


No comments: