About Me

My Photo
seorang yang.. kadang2 baik, selalunya jahat. kadang2 kurus, selalunya buncit. kadang2 bising, selalunya diam. kadang2 main basketball, selalunya main pondok2. tapi.. aku Forever21. Forever a son. Forever kawan. Forever hamba Tuhan.

Thou.Thinkers.

Saturday, August 17, 2013

Ensiklopedia Tudung: A Guy's Guide to Hijab


assalamualaikum! hai. selamat hari raya ke berapa dah ntah. oh, sepuluh! ^^ dah mengucap panjang tengok berat badan sendiri? dah puasa enam? 

time-time raya ni kan... memang musim orang bergaya. macam2 pesen baju raya ada. ok kalo baju melayu tu memang template dia dah camtu, takleh buat apa sangat. boleh tambah2 lace, sulam sikit2 ja kat tangan leher semua tu. sorry dudes.

tapi!

pelbagai jenis dan gaya tudung/bertudung . sumber

kalo baju pompuan... hamboih... meriah! beratus warna, beribu gaya! duit pon silap2 beribu gak belanja. hahaha. anyway aku tanak citer pasal baju harini. aku nak share pasal tudung! pesen2 tudung doluu2 sampai la terkini. letih oo buat research, observation, survey pasal tudung ni. segala tok nenek jenis tudung ada sekarang. tapi alhamdulillah... konsensus tu ada. hehe. 

jom kita tengok pesen2 tudung serta pro dan kons-nya. jangan risau, insyaAllah sume gambor2 kat entri ni syaria compliant. hehe.. auumm!

ok let's start.

kalo doluu2 kan... orang tak pakai tudung sangat. banyak free-hair. tapi ada jugak pengaruh2 fesyen menular meresap ke jiwa2 para wanita masa tu. maka, atas kesedaran yang ada, terciptalah tudung jenis skaf (scarf). paling simple. kecik je. letak atas kepala, ikat kat belakang or kat bawah dagu. siap. yay~

pros - senang nak pakai. corak pelbagai. pengudaraan baik! nampak trendy gaya Europe.
cons - of course tutup rambut.. tapi bahagian leher dan dada memang wide open lah. ehe.. kalo salah pilih jenis kain tudung (satin for example), panas kepala karang.. berpeluh.. rambut berbuah. hiks~

tudung 'scarf' . sori lukis tak lawa.. T_____T

so bila centu.. ada la yang komplen. tak sesuai. tak kena dengan agama. aa.. betul la tu. jadi? jadi scarf punya opposite time2 tu ialah tudung labuh! ^^

tudung labuh ni bukan baru. dari zaman our great great tok nek tok wan onyang kita lagi dah ada. paling syaria compliant. so kalo dulu sape pakai tudung labuh ni... orang leh take a guess la. samada budak sekolah arab, budak ma'ahad, budak tahfiz, or ustajah. selalunya la.. tapi sekarang tudung labuh dah jadi trend yang bawak positive vibe. yay!! kudos!


tudung labuh . sumber

dulu2 tudung labuh ni tak banyak kaler. hitam or kelabu je yang popular. tapi sekarang dah ada kaler2 yang bersesuaian dengan baju dan seumpamanya. ada gak yang berniqab, so nak match la dengan tudung tu kan. aa~

pros -simple. bertepatan dengan saranan agama islam, tutup rambut tutup dada, longgar, selesa, santek, sejuk mata nengoknye. =)
cons - err... well some of them told me panas sikit pakai tudung labuh ni. dan sambungannya... biar panas dunia jangan panas akhirat sana. em em. legit2. hihi


itu zaman2 70an, 80an... bila masuk 90an... boom! era tudung bawal bermula!! haa... tudung bawal ni paling lejen setakat ni. nanti aku buat entri khas pasal tudung bawal je. muehehehe...

tudung bawal ni dapat nama sebab kain tudung tu patsegi sama macam ikan bawal tu. mula2 ada bawal plain je... pastu sikit2 orang mula design2 bagi menarik. bawal plain dengan batu, bawal plain dengan kerawang tepi, kerawang belakang (hujung).. then ada bawal ekslusif dengan hiasan manik dan bunga timbul, bunga atas kepala, etc. now bila dah malas sarat2 tu orang tukor kaler lak. bawal corak2 meriah, 2-tone, tiga tone... macam2! tapi bagi aku, bawal plain/kerawang jugak terbaek. ahaha

setengah orang tak prefer bawal sebab kain dia jarang dan/atau singkat. for your information, ada je bawal yang kain dia tak jarang, dan ada jugak bawal bidang 60. itu semua atas pilihan masing2. pergh.. kaw2 aku bekap tudung bawal. hahahaha 


dua yang tengah tu. satu tudung bawal gaya lepas, satu silang ke bahu. santek kan? em! ^^ 


pros - simple. santek. bawal senang nak dipakai! letak atas kepala, kelepet tepi muka sket, tarik bagi sama hujung dia, pin kat bawah dagu dengan kat dada... siap! bawal stail lepas. or boleh silang hujung bawal ke bahu, pon santek! senang nak iron. sesuai untuk semua peringkat umur. sape je pakai otometik nampak sopan santek sesuai ayu anggun lawa manis cun jelita menawan semua2 lah! tak panas tak mahal tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. 

cons - takde. tudung bawal takde cacat celanya. hahahaha. ok la~ jenis kain dan gaya pemakai je yang mungkin membuatkan tudung bawal tak berapa syaria compliant tapi tu semua atas pilihan si pemakai so tudung bawal tak salah. hiks jadah bias gila aku ni. em em. #teamtudungbawal #teamkurungcotton #ultrasbawal 


well.. tudung bawal ni kalo nak lagi kemas memang la lipat2 bagai. dan orang pon dah makin malas.. so? so... sape cipta tudung malas dia WIN la!! hahaha

lepas zaman kegemilangan bawal, ada pendatang baru! ini permulaan era pesen tudung yang macam2. pencabar pertama tudung bawal ialah tudung malas! ohooo... kalo tak silap aku asalnya dari indonesia. kenapa aku kata tudung malas? sebab tudung ni ready-made plug-n-play. nak pakai takyah kelebet2 bagai. serelom je kat kepala. siap. tak ke malas tu? haha


tudung ekin si bini mawi. sumber


well, mula2 tudung malas ni kaler hitam je. kelabu. lepas tu... boom! kemunculan tudung ekin! apa pulak tudung ekin tu!? well.. frankly speaking tudung ekin ialah tudung malas yang berwarna-warni. kenapa ekin? sebab ekin (mawi) yang kabornye jadi pelopor tudung jenis tu kat malaysia. katanya~~

pros - senang gila nak pakai. yang malas2 tu sure suka. hahaha. material kain yang sejuk, sedap pakai. tak perlu iron. ada awning keras. kalo angin tipu ke, hujan ribut ke.. awning maintain je. lol!
cons - normally agak singkat.. cukup2 paras dada je. then kain dia jenis jatuh/melekap... so kalo tak kena gaya kat dada tu.. err.. em. itulah. haa~


bosan. bosan. bila mawi dan ekin dah tak sepopular zaman2 gemilang dorang tu... gegadis fashionistas pon cari alternatif baru. try punya try... maka wujudlah pulak gaya bertudung shawl dan pashmina!!

mula2 shawl meletop dulu. pergh.. masa tu pasar malam, butik semua pakat jual selendang. lawa2 semua. then mula la era penggunaan youtube untuk mereka yang kreatif - buat tutorial camno nak belit-belit shawl sebagai hijab. boom!! jadi hit!! gegadis pejuang shawl pon mula berani pakai shawl ke kelas, kuliah dan opis. hehe...


tudung selendang/shawl . ni paling simple yang aku dapat cari. laen2 semua belas2 step dia. ~.~ . sumber


pros - shawl biasanya nipis, so air ventilation memang cun. syok je kepala, tak panas. gaya tudung yang laen daripada kebiasaan. yang muka bujur paling lawa pakai shawl belit2. *coughs*
cons - time consuming. nak belit shawl tu saja dah berapa jam. kang tak jadi kena buat balek. pastu ada possibility mati tercekik/terbelit selendang kat leher tu. darah tak jalan. em em. oh, sebab dia nipis.. so agak transparent. lagi see-thru daripada bawal. aa~


disebabkan shawl/selendang tu nipis... tak berapa syaria compliant... maka pencinta agama cari alternatif dan penambahbaikan untuk pesen shawl. tup tup. boom!! viral kat malaysia, bertudung gaya Hana Tajima - pakai pashmina! thanks to youtube, again.

pashmina ni sama je macam shawl. belit2 dia level labyrinth jugak. bezanya cuma pashmina ni lagi up. material dia sedap pakai, lembut. well maybe panas sket kot sebab sedikit tebal banding dengan shawl biasa. then dia banyak corak! lawa2 weh. kalo sape yang kreatif tu memang2 sesuai pakai pashmina. yang muda belia paling banyak pakai pashmina. baru indie! ekeke


ni snippet daripada video ntahsapentahni buat tutorial pakai pashmina. level belit; 34 . sumber


pros - pashmina tak jarang. tak transparent tak see thru. banyak corak banyak design, tapi gaya pakai dia lagi banyak! luls. bidang pashmina besor, so belit kepala belit leher doblas tigablas round pon still banyak lebih dan cukup kain untuk tutup dada. dah la santek2, murah2 lak tudung pashmina ni. haa
cons - well korang mungkin berharap malaysia ni tak panas sangat... atau mungkin korang takde keperluan nak toleh2 kiri kanan belakang sangat bagi mengelakkan suffocation yang severe...


ada satu lagi adik kepada tudung jenis shawl. nama dia half moon. haaa... ini paling baru setakat pengetahuan aku. 

actually dia sama je macam shawl, selendang. cuma... rekaan dia semi bulat. hemisphere. separa bulan. hence, half moon. spesis ni belit-belit macam shawl macam pashmina jugak. cuma bezanya halfmoon banyak main dengan warna dan design. paling common half-moon 2-3 tone. then eksklusif sket, ada jenis jahit bunga timbul/tampal atas. cara pakai pon unik... memang aku takleh nak mengajuk kat sini sebab tak reti. lol~


si fatin liyana pakai shawl half moon . sumber

pros - separuh bulat, tak petak macam shawl/pashmina
cons - separuh bulat, tak petak macam shawl/pashmina..


bila gegadis pejuang fashion penat nak belit2.. dorang nak back to basic lak. maka... meletop satu lagi gaya/jenis tudung... tudung syria.

aku tak pasti samada memang asal dia dari Syria or camna. tapi tu la nama dia. tudung syria ni benornye upgraded version of tudung ekin/malas je. bezanya ekin ada awning, syria tadek awning. kalo ada awning pon pendek je... kalo hujan abeh mekap luntur. hahaha. then tudung syria ni benornye yang mulakan trend color combo dan corak2 yang lebih daring. tompok2 harimau bintang, belang2 zebra....


tudung syria jugak ni. tapi versi labuh. kain lycra sama macam tudung ekin. sumber

pros - lebih kurang sama je macam tudung ekin. cuma takde awning je la. then variasi corak,warna dan pattern yang lebih uptodate dan menarik.
cons - normally tudung syria ni di-design singkat. bila singkat ni... tak berapa menutup dada la kan. so... pepandai la nak tutup camna. unless memang nak uji iman kaum adam la kan... hiks


kenal heliza helmi? haa... dia pon dah trending dengan tudung heliza - nye dah sekarang.

dulu yang aku tau heliza ni pakai tudung syria labuh je. tah camne dia bleh pi belit tudung tu jadi pesen2, makan wujudlah tudung heliza~ aku tak pasti tudung heliza tu merujuk kepada jenis tudung atau cara pemakaian (macam heliza) , tapi nama tu legit la. so pros n cons dia korang bleh buat perbincangan secara berkumpulan kot. 20 markah. em em...


heliza pon penin nak eksplen camne dia bleh trending-kan pesen tudung dengan nama dia. haha

noharom penat ropenye citer pasal tudung dan pesen2 tudung ni...~.~ last! paling latest sekarang, tengah hit - tudung 2-3 layer or nama lainnya aku panggil tudung tingkat.

err.. dulu2 aku panggil tudung rumpai laut sebab desing ropol2 dia tu. ekeke. tapi sejak2 dorang tambah layer ladi 2-3 layer.. bertingkat-tingkat lak rumpai dia. em em.. tudung tingkat or tudung layer ni variant tudung ekin jugak macam tudung syria. cumanya tudung ekin satu layer/tingkat.. tudung ni banyak tingkat. ada ground floor, mezzanine dan L1. kekadang sampai L2. ahaks

pros and cons dia lebih kurang macam tudung ekin dan tudung syria jugak. cuma sebab jenis ni tengah up sekarang.. harga dia bleh tahan mahal la... and design, coloration pon fresh2. pepandai la korang pilih ikot kemampuan. tepuk purse, tanya suami. eh. =p


tudung tingkat or tudung 3 layer . sumber


hooooiiii penat!!

banyak lagi jenis2 dan gaya tudung yang ada. macam tudung siti nurhaliza, tudung diana amir, tudung fareeda, tudung aidijuma, bawal 2-3 layer, jenis kain jenis material bla bla bla.... tunggu aku kaya sikit, aku terbitkan buku pasal sulalatus salatin tudung dan hijab kat malaysia ni ye. ahaha

yep. tu serba sedikit pasal tudung dan hijab yang dapat aku share dengan korang. maap la pengetahuan pon cetek. tak pandai sangat bab2 ni. so kalo ada salah silap tu, mohon betulkan ye. tegur2 la. leh aku tambah ilmu. =)


all in all... 

that's right bebeh! yang penting istiqamah ^^ sumber


wallahualam~ thanks sebab sudi buang masa kat sini! kalo rasa berguna bleh print out bagi kat jiran. xD


p.s - gadis bertudung bawal tetap paling WIN. wheee!! #teamtudungbawal #ultrasbawal


8 comments:

Nur Intan Syafinaz said...

Yeay!Aku tetap dengan tudung bawal.tudung lain tak reti guna.muahhahaha

haniekunie said...

Kau tertinggal zaman tudung wardina. Kegemilangan pashmina tu.. Lepas zaman bawal boom..

Ros Anisza said...

semua jenis tudung ni aku pakai.. sangatlah bersetuju dengan kronologi fesyen tudung yang dikaji oleh sir an an ni.. tapi, sebenarnya tudung syiria tu keluar lepas tudung malas..kemudia barulah munculnya shawl half moon. kirenya hals moon fesyen yg ahak terkini daripada tudung syiria.. yg tudung si heliza tu tak tahu la pulak.. baru malam ni aku tahu akan kewujudannya..

eh, terpanjang pulak komennye..hahahha

Ros Anisza said...

tersangatla setuju dengan kronologi fesyen tudung yang dikaji oleh sir an an ni. tapi, sebenarnya, tudung syiria tu muncul selepas kewujudan tudung malas. kirenya tudung syiria tu muncul dulu barulah shawl half moon muncul. shawl halfmoon boleh la dikatakan sebagai fesyen tudung yang terkini. pasal tudung si heliza ni tak dapatlah nak diketahui sebab malam ni baru aku tahu akan kewujudannya. semua jenis fesyen tudung aku dah pernah cuba kecuali tusung heliza. hahahha. walaubagaimanapun, tudung bawal tetap win di hati sebab selesa dan ringkas untuk digayakan.

eh, terbanyak pulak komennya.

antara said...

ooohhh.. orait2! tenkiu sangat perbetul info. :D thanks!!

thanks jugak komen, tantan, hani, nisa! ^^

neyra shazeyra said...

Saya penjual tudung bawal corak yg material xpayah iron dan mmg x kedut. Mudah terbentuk. Salah satu spesis tuding malas tp versi bawal. Hahahah

athirarozie said...

Yeay! muka kita masukk.

dan, seriously, memang pandai pakai tudung bawal je pun.

mntak maaf tudung-tudung lain.
sobs

antara said...

@shazeyra - preview sket! haha

@athirra - sebab tu awak the best! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...