Tuesday, May 31, 2011

Monday's Child

Monday's child is fair of face,
Tuesday's child is full of grace,

Wednesday's child is full of woe,
Thursday's child has far to go,

Friday's child is loving and giving,
Saturday's child works hard for his living,

And the child that is born on Sunday
Is bonny and blithe, and good and gay.

-Anonymous-

*take note here, 'gay' in the poem means 'happy', - has nothing to do with today's gay with capital G. ^^

Saturday, May 28, 2011

mari bermotivasi!

kalau ikot saranan Lev Vygotsky, motivasi tu penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak, lebeh2 lagi dalam ruang lingkup sosialisasi dorg. Bruner pon ada cakap camtu... Rodgers pon cakap lebeyh kurang tu.

dalam aku dok belek2 thunderclaps zaman highschool dulu...ada la satu nukilan ni... majalah skolah tahun 2004, tahun akhir aku kat skola menengah.

nukilan tu sepatutnya memotivasikan pembaca... tapi.. aku tak tau la samada aku ni seorang constructualist ke, post-modernist ke, oren sunkist ke... hm..

bila aku baca nukilan tu..or lebeyh tepat lagi - resipi senandung kejayaan (tu tajuk tulisannye ye).. aku bleh bayangkan sebijik2 item/ingredient resipi tu, secara detail... then segala perbuatan/steps tu terproses secara otometik dlm otak ni. resultnya? aku bleh bantai gelak guling2.. ^^"

nah. aku re-post kat sini. just a sharing. ingat, ini bertujuan untuk memotivasikan anda dalam pelajaran, bukan utk jd bahan gelak...mcm yg aku buat tiap kali aku baca resipi ni.. ehe...(ampun~...)

RESIPI SENANDUNG KEJAYAAN

bahan-bahan

buku secukupnya (ikut selera)
sebiji ketekunan
sebakul kerajinan
4 hiris keinsafan (dimayang)
5 keping kasih sayang
beberapa potong nasihat
beberapa ulas doa
sedikit hasad dengki (dihancur dan dilumat-lumatkan)
secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
segenggam harapan
1/3 cawan air mata
semangkuk keazaman
sekuntum senyuman (untuk hiasan)

cara membuatnya

1. buku dipotong mengikut kemahuan. gaulkan buku dengan azam dan biarkannya bersama ketekunan
2. ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter usaha.
3. keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama.
4. pijarkan air mata, tumiskan keinsafan dan gorengkan hingga bangkit aromanya (untuk menimbulkan kesedaran)
5. kemudian masukkan bahan yang telah diganti tadi, kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
6. masukkan pula buku dan campurkan dengan usaha dan didihkan.
7. tambahkan pula kerajinan.
8. akhirnya masukkan kesungguhan dan doa.
9. bila sudah berjaya, rasakan nikmatnya. jika kurang sedap, tambahkan lagi ketekunan dengan secukupnya.
10. masak sehingga pandai, kemudian angkat. apabila sejuk, hidangkan dengan sebuah kebanggaan.
11. taburkan kesyukuran dan hiasi dengan sekuntum senyuman.


satu-satunya part yang aku tak gelak guling-guling - step #11. hehehe...

awat la hang ni a'an oii... ^^"

Monday, May 16, 2011

Nampak Tak, Ada Bunny Kat Bulan?


full moon. sejak kecik lagi aku sangat, teramat suka tengok bulan penuh. aku ingat lagi.. seusia aku 2 tahun lbeyh, mama suka bawak aku dok kat luar rumah waktu malam time bulan penuh... aku dudok atas riba mama.. kami dok kat atas bangku kayu kat pokok jambu kat depan rumah tu... dan tengok bulan sama2. =) sambil layan angin malam yang sepoi2 sejuk tu, mama suka nyanyikan lagu2 lama kat aku. kekadang lagu omputeh, kekadang lagu melayu. haha.

agaknya dari situ kot...aku disemai dengan rasa suka menghayati keindahan bulan purnama ni.. sampai la sekarang.. sampaikan aku cipta sendiri kisah tentang bulan. ^^

bagi those yang knal aku..dorg mostly dah tau.. ada 'arnab' kat bulan. hehe... ap benda tu? haa.. meh aku nak cerita.. semuanya bermula dengan kesah kejadian bulan tu sendiri....





dulu kan.. duluuuu sangat2... ada satu alien ni...dia suka menjelajah angkasa lepas tau. dia suka singgah merata planet, nak tengok apa speselnya tempat2 tu. satu hari... dia sampai la kat planet bumi~. dia parking spaceship dia tu kat satu tanah lapang ni.. rupa2nya situ ladang lembu!

tengah dia dok melilau tengok kawasan tu.. tetiba alien tu terserempak dengan pemilik ladang. kita namakan dia Pak Cik Leman. Pak Leman ni baik orangnya. peramah. mesra rakyat. so, bila dia jumpak alien tu..dia tak takut pon! dia buat apa? haa... dia siap jemput alien tu minum2 kat rumah dia lagi. hahaha. dorang pon dudok la bersembang, tukar2 cerita, pengalaman hidup, etc. dah lama berborak, Pak Leman pon jamu la alien tu minum. biasa la, orang datang rumah, kena jamu2 sket. hehe. Pak Leman bagi alien tu minum susu lembu segar dari ladang.

alien tu pon teguk lah susu lembu yang dihidang... tetiba mata alien tu terbeliak! bukan keracunan ye, tapi terkejut! minuman tu sedap sangat! dia tak pernah rasa minuman sesedap tu seblom nih. maklum la, planet laen manada lembuu...^^ dia punya hepi, siap request nak bawak balik baaaaaanyak susu lembu ke planet dia, nak perkenalkan kat penghuni planet. Pak Leman ok je. punya la baik, Pak Leman mintak 2 hari utk dia penuhkan satu tangki besor susu lembu utk alien tu bawak balek. alien tu punya seronok, dia setuju! lpas tu dia pon balek ke planet dia, amik something from his place untuk di-tukarganti-kan dengan susu lembu semua tu.

lepas 2 hari, alien tu datang balik ke bumi, macam yg dijanjikan. so, dia pon sumbat masuk tangki yang penuh susu lembu tu naik spaceship dia...  dan sebagai hadiah atau ganti, dia trade dengan batu2 berwarna warni dari planet dia sebagai pertukaran. Pak Leman pon terima la seadanya. banyak gila dia bagi batu kaler2 tu, sampai Pak Leman takde tempat nak simpan kat rumah dia. so.. Pak Leman pon korek la tanah kat ladang dia dalam2... tanam semua batu tu dalam tanah. haaa... dari situ la asalnya batu2 permata, berlian, emas segala yang kita ada hari ni! ^^

alien tu plak...balek ke angkasa lepas dengan girangnya.. hepi la, dah dapat apa yang dia nak! tapi kan. on the way balek ke planet dia tu... tangki susu bocor plak!! alamak~... habis! habis semua susu lembu tu mencurah-curah keluar dari spaceship dia... kesian alien tu. lepas tu susu lembu tadi... terapung apung, terawang-awang la kat angkasa lepas tuu~.. dengan kuasa Tuhan.. lepas sekian lama floating, susu yang banyak2 tu tetiba melekat kat sebijik bintang kecik ni. lama kelamaan... bintang tu makin membesar, menebal... disaluti susu beku! itu la asalnya bulan yang kita dok tengok malam2 skrg!! =D sebab tu org ckp bulan diperbuat daripada kejuuu~ ^^

haha. tu my version of the creation of the moon. copyright, xde ciplak cte org eh.. hehe. then, korang noticed tak.. ada bunny on the moon? ada arnab kat bulan! cmna leh ada ek? ^^

dulu.. ada sekor arnab ni.. satu malam bulan penuh, dia gi lepak2 kat dataran rumput yang lapang. lepas habis makan, arnab pon baring2 la kat tanah.. sambil merenung ke langit, tengok bulan penuh yang cerah sangat. tengah syok2 dia layan sentimental tu... tetiba ada sekor cengkerik.. lompat, hinggap atas hidung arnab. terkedip-kedip mata arnab tengok cengkerik tu. tetiba lagi, cengkerik tu lompat straight ke langit! arnab kagum! sebab dia nampak cengkerik tu lompat straight ke bulan! terkebil-kebil kejap, arnab pon tertanya-tanya... apa ada kat bulan eh?

so, lps habis pikir, arnab amik keputusan nak ikot cengkerik pegi ke bulan. dia cakap, kalo cengkerik yang kecik tu bleh lompat sampai bulan, takkan dia tak boleh kan? so arnab pon mula melompat. dia lompat dari tanah ke atas pokok, dari pokok ke atas bukit, dari bukit ke puncak gunung, dari puncak gunung ke atas awan - dari awan ke awan lagi..dan lagi..dan lagi...dan awan lagi... sampai lah akhirnya, dia landing kat atas permukaan bulan~

sampai je dia kat bulan...arnab tengok sekeliling...mula2 dia cari cengkerik tu. puas dah tengok kiri kanan depan belakang, cengkerik tadi takde... arnab pon duduk rehat sekejap kat tempat dia landing tu.. tak larat nak pegi mana, penat melompat tadi. hehe.. dah lama sikit.. dia pon rasa bosan..sebab takde apa pon kat bulan. lapaaang je... so arnab nak balik ke bumi~...tapi kan...

alamak!! kenapa takleh gerak ni!?? oh no! arnab terbenam kat permukaan bulan! dia terlekat, tak bleh gerak kaki, tak bleh bangun pon. permukaan bulan lembut sangat...sebab tu la dia terbenam~ kan bulan diperbuat daripada keju~?? =D

so... sampai la hari ni..kalo tiap kali bulan penoh...kita leh nampak ada sekor arnab besor kat bulan. tak caya? try tengok masa full moon. ^^ tau kenapa serigala menyalak time bulan penuh? sebab dorang nampak sekor arnab yang sangat besar kat bulan! ^^

hehehe... ni pon my own version of kisah bunny on the moon. ^^ dah lame kot aku ngarot psl cte nih... 2006 klo xsilap. obviously ctenye simple je... terhasil pon sebab i want something fun to share with my friends, with my colleagues, with you. org cakap, sharing is caring. hee...


for me, full moon is one special thing. that's why.. i always dedicate it..to special persons... and buat mama.. thanks sebab didik adik dengan baik... ajar adik erti menghargai...=)

so lepas ni...bila korg tengok bulan penuh... leh la tanya kat orang kat sebelah... "tau tak kenapa ada arnab kat bulan?" ^^









Sunday, May 1, 2011

Dialog2 Kekanak Riang: Week 10

chekgu: sekarang ni waktu apa~?
kelas : PSV~!!
chekgu: pandai~. PSV tu apa?
budak : pendidikan islam!!

**************************

budak : chekgu, chekgu nak pindah dah ka?
chekgu: ha. chekgu nak pindah dah.
budak : chekgu pindah sekolah mana? kami nak ambik borang tukaq sekolah, nak ikot chekgu

**************************

budak : sir, nak nombor talipon!
chekgu: pi mintak kebenaran kat guru besaq (joking)
budak : (lari pi opis)
chekgu: ooii!!

**************************

chekgu : what day is today?
budak A: holiday!
budak B: yesterday!
budak A: tomorrow!
budak C: krismas!

**************************

budak 1 : sir... sir jangan la pindah.. nanti sapa nak ajaq kami B.I..
budak 2 : sir2, kalau kami bagi hadiah besaq, sir jangan tukaq sekolah tau. esok kami bagi tau.

**************************

budak : ={
chekgu: em?
budak : ='{
chekgu: ala...namo la cmtu.. jgn nanges ek. =')
budak : *pelok kaki chekgu*
budak-budak : *join group hug* sir... jgn pindah~
chekgu: T.T

**************************

budak : cekgu, dalam banyak2 kuda, kuda apa dok dalam laut!
chekgu: kuda laut la... =)
budak : salah! jawapannya kuda naik feri lepaih tu ada orang tolak dia jatuh dalam laut. hahaha. kuda laut bukan kuda sir!!
chekgu: hang mai sat...

**************************

budak : =|
chekgu: =|
budak : =) sir, nah *bagi bunga ros...adiah* sir.. jgn pindah boleh~?

**************************

budak : sir tipu!!! sir cakap sir nak ajaq kami sampai pandai!! ni sir nk pindah, bila sir nak ajaq kami!!?? sir tipuuu!!! *nanges* takmau kawan sir!

**************************


=') 10 minggu.. 10 minggu yang penuh suka, tawa, lara... 10 minggu yang mengajar aku erti berkongsi, bercerita, bersama-sama... 10 minggu yang mencoretkan sejuta kenangan... 10 minggu yang cukup berharga...

aku sayang anak2 murid aku... semua. semua yang aku ajar, yang aku marah, yang aku tegur, yang aku mintak tolong... sebab tu.. aku sedeh sgt..bila nak tinggalkan sekolah.. sebab aku tak dapat lagi bergelak tawa bersuka ria dengan budak2 tu dah... at least, tak macam selalu.. tak macam the previous 10 weeks...

kenangan... sangat banyak. haha.. semua yang aku tulis dari week 1 sampai la week 10 ni.. sumenye betul tau! tiada rekaan. aku catat/ingat sebijik-sebijik mcm apa yang dituturkan. yang kelakar tu, kelakar la. yang sdey2 tu... em.. mcm tu la. terpulanglah kepada ketinggian penaakulan imaginasi masing2 yang membaca ni utk menggambarkan situasi2 tu ye..ehe. tapi ni cuma antaranya saje.. kalo ikotkan...sangat banyak lagi yang nak aku ceritakan, kongsi dekat sini. tapi, biarlah yang laen2 tu jadik memori indah peribadi ye.. ^^

nah! aku xrajin sangat uplod gambo2 ni..so bila aku uplod, maknanya.. ini something special. ^^







em. sekalung. setinggi-tinggi penghargaan kepada KAMU! YOU! yes. you. ^^ sebab sudi membaca menda2 ngarut nih. ehe.. kepada followers, loyal readers, commentators,~ thanks sangat2 kat korang ye. really appreciate your time spent here. =D jumpa lagi di entry yang laen!! ^^