Friday, September 30, 2011

Welcome, October ! A-Month Celebration


ATTENTION PLEASE!

sebagai seorang yang sangat menyayangi bulan Oktober, aku rasa nak buat one-month celebration. hahaha. kau gilo ke an? yes!! memang aku gila. aku gilakan keceriaan dan kemeriahan! =D
as a person that really loves October, I feel like having a one-month celebration. hahaha. are you crazy, a'an? yes! I am crazy. craze of happenings and happiness! 

so, apa aku nak buat? haa... event ni specially dedicated untuk anda; Children of October!
so what am I gonna do? haa... this event is specially dedicated for you - Children of October!

yep2. mulai esok, 1st Oct 2011 sampai la 31 Oct 2011, aku nak bagi hadiah kat korang2 yang dilahirkan a.k.a sambut birthday dalam bulan Oktober. ^^
yeap2. starting tomorrow, Oct 1 2011 until Oct 31 3011, I'll be giving presents for those who were born, and celebrate their birthday(s) in October.

|| please take note: aku tak kaya, aku bukan orang senang. tapi, aku buat camni sebab aku rasa nak menghargai. selalunya, aku bagi hadiah kat kengkawan sempena ulangtahon kelahiran aku. but this time, rasa nak buat laen sikit. hee... jadi, aku cuma dan cuba buat apa yang termampu lah ye. ^^
do take note. I'm not rich. I'm not silver-spoon-fed child. but I'm doing this because I feel like appreciating. normally I'll be giving presents to my friends for my birthday. but this time, I'm giving it a twist. hee... so, I just do whatever I can, and can afford, ayte? ^^

ha! camne nak dapat hadiah dari aku? senang je.
so how to get your present? it's easy!
1. cari aku. or tak kesah la kalo terserempak kat tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat pasar pagi ke... yang penting mesti real-time face-to-face. webcam, skype, YM, video call dan seumpamanya (virtual) tak dikira. hehe.
find me. doesn't matter if you stumble upon me anywhere, any-when, anyhow. just make sure it's real-time face-to-face occasion. virtual meeting is not counted. hehe

2. pastikan hari yang korang jumpak aku tu, adalah hari ulangtahon kelahiran korang! baru bleh aku bagi hadiah. contoh; birthday korang 7 Oct. maka terjumpaklah dengan aku 7hb tu - bukan hari/tarikh lain. klo korang terawal or terlepas tarikh...hehe.. sowi~ takde KIV ye. ^^
make sure that you meet me on your BIRTHDAY! then only you can clain your present. example; if your birthday is on Oct 7, so see me on the 7th - not on other date/day. if you 're too early or too late... hehe.. sorry... no KIV. ^^ 

3. buktikan haritu birthday korang. buat la camne pon. paling senang tunjuk IC or lesen memandu je. tapi klo korang ada cara lain pon ok je. asalkan aku tau dan yakin haritu birthday korang. jangan tipu plak! hahaha
prove it that that day is your birthday. show me proof, e.g. driving licence, your ID, etc. but tell me no lie! or else... hahaha

4. dah setel 1-3 tu, maka insyaAllah, ada la hadiah dari aku untuk korang, sempena hari yang berbahagia itu. =)
once you have fulfilled the previous steps, insyaAllah, you'll get your birthday present. =) 

DISCLAIMER
- sumpah takde hidden agenda dengan event nih. siyes, aku just nak celebrate dan appreciate October-born kids. tu je. ^^
I swear there's no such thing as hidden agenda behind this event. seriously, I just wanna celebrate and appreciate October-born kids. that's all. ^^

- event nih terbuka buat semua manusia (diulang.. m.a.n.u.s.i.a) tanpa mengira umur, bangsa, agama, pangkat, darjat, warna kulit, bentuk badan, rupa paras, bahasa pertuturan, kewarganegaraan dan seangkatan dengannya.
this event is open for all regardless your age, race, religion, beliefs, skin colour, physical appeal, languages, nationality and the like.

- hadiah tak tetap dan tak tentu. bleh berubah ikot keadaan semasa. maksud aku, kalo time tu aku mampu hadiahkan kereta Lamborghini Murcielargo, dapat la Lamborghini tu kat korang. kalo time tu aku mampu belanja teh o ais je, maka teh o ais je lah ye. hihi...
presents are not fixed. changes can/may be applied accordingly. (I don't feel like translating the rest..hihi)

- korang boleh demand hadiah sebab hari tu birthday korang. just dapat tak dapat tu, aku yang tentukan. lol!
you can/may ask for whatever you want for your birthday. but it's up to me to grant it or not. LOL!

- insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk win-win situation. so takde la korang rasa menyesal terserempak dgn aku haritu~ hee...
I'll do my best to ensure we can seal a win-win situation. We'll see how it goes. hee...

baek!! itu sahaja pengumuman untuk hari ni. semoga usaha ni dapat keberkatan dan keredhaanNya.  amiiinn~ ^^
that's all folk! Godspeed. God bless. amen. ^^

Thursday, September 29, 2011

Wake Me Up When September Ends

dah... bangun2. September dah nak abes dah pon. as for today, harini dah 29. esok hari terakhir dalam bulan September. so bangun la hari ni. kelipak kelipuk mata, kedip2 tonyoh mata, tepuk2 pipi, menguap puas2. =)

bagi aku, frasa "Wake me up when September ends" tu sangat kena dengan situasi sekarang. kenapa? hehe... lemme take you back into June... dari bulan enam haritu, aku sangat tak produktif dan tak proaktif. dari bulan jun sampai la september, aku gagal dalam mendapatkan kerja. aku gagal dalam melakukan aktiviti2 berfaedah. aku gagal dalam mengekalkan berat badan under 55kg...

apa je yg aku buat selama 4 bulan nih? haa... bukan aku tak carik keja. aku cari la. tapi sesungguhnya Tuhan maha kaya, satu kerja bergaji pon tak sangkut dengan aku. so, aku end up hari2 ajar budak2 mengaji, ajar English, etc etc. lepas tuh, aku dok tensen sebab dok area sinih takleh main basketball. aku tak dapat nak bersukan! memang la, orang kata kalo nak bersenam tu, tak payah nanti ada padang - lari keliling rumah pon kira bersenam. but that's not my thing~ huuu..


paling aku tensen - bab makan. sumpah aku cakap, makin2 aku nak jaga makan, makin kuat lak aku makan. dah la akak aku ni pandai masak. bila masak asik sedap je... mana aku tak suap nasi dengan lauk masuk mulut?? haih... lepas tu, stress, sebab rasa badan naik. sebab perot lagi tinggi dari dada. stress, sebab bila pakai seluar saiz 28, dah mula rasa ketat kat pinggang. ngee~


dan paling2 aku risau, super stressing... ialah menanti posting kerja. aduhh... tobat la letih dok rumah tak buat apa. i'm not a TV person. siyes, aku bukan rajin sangat tengok tv. tapi rajin gak la tengok Nat Geo, Discovery, History Channel tu. bleh tambah ilmu. sementara dok jadi penunggu setia surat pinangan dari kementerian nih, berapa ratus dah duit aku habis beli buku, beli bahan bacaan. sebab? bosannye lah dok umah.... tu tak kira duit aku habis isi minyak keta, bayar tol, pergi merata ikot suka je, sebab tak tau nak buat apa kat umah. hmm... nasib aku tak beli PS3/Xbox360 je. siyes aku dah survey bendalah tu haritu. hehe..

aku risau... sebab aku dah lama sangat berhibernasi nih. yelah, consider tido la tu, dh dok umah tak buat apa pon! aku risau aku takleh nak recall knowledge yang aku simpan hasil belajar 6 tahun sebagai guru pelatih bila diperlukan nanti. parang kalau tak diasah, lagikan tumpul. samalah dengan ilmu. kalo ko tak guna, tak share, mana nak datang pengalaman, nak mantapkan ilmu dan skill yang ada tu?


dibuatnye aku layan kemalasan nih... sebab dah terbiasa berbulan2 dok saje macam nih... susah la aku nak kickstart balek bila kena mengajar nanti. siyes. aku takot lingkup anak orang je. tapi nak buat macam mana. aku cuma mampu buat dan berusaha apa yang terdaya je la. mudah2an ada berkat.

nak malapkan lagi masa depan, aku dah give-up dengan penantian posting kerja ni. sebab? sebab baru2 ni government announce macam2 khabar yang... ada pro dan kontra nye. haritu, kitorang dicanang-canang akan ber-posting bulan 7. paling lambat bulan 8. alih2, habis bulan lapan, habok pon tarak. lepas tu, naik harapan kata hujung bulan 9 dan awal bulan 10. tengok2, memang la ada posting. tapi bukan aku dan kengkawan seperjuangan. tapi geng2 GSTT dan KPLI PPC yang dapat perkhabaran gembira tu.

hancur luluh hati aku. sumpah aku terasa dengan tindakan gov. bukan aku nak kata GSTT dan KPLI PPC tu tak layak or sort. bukan aku nak cakap kami lagi berhak dapat posting dulu berbanding dorang. tapi, apa relevannya govmen bagi berita gembira kat 13,000+ GSTT dan KPLI PPC tapi takde perkhabaran langsung pasal kitorang budak2 TESL/TEYL cohort 4 ni, yang jumlahnya lbeyh kurang 3,000 nih?.

sedeyh sangat. rasa macam tak dipedulikkan. kalo taknak amik kitorang posting lagi pon, at least bagitau la kan. bagi black n white, senang kitorang nak urus hidup. nak posting taon depan ke, lapan belas taon depan ke... lantak la kalo dah itu agendanye. tapi bagitau la awal2. ni, nak keje sementara pon tak boleh, tak dapat. sebab? takot2 nanti dah kerja, tetiba dapat posting. positive thinking pon ada limit kot. ni kes gantung tak bertali ni yang aku cukup pantang. haih.


hari2 dari start bulan julai tu aku tunggu posmen datang dengan penuh harapan. tiap kali posmen datang mesti aku berdoa, moga antara surat2 yang dia sumbat dalam peti depan rumah tu, ada la surat posting aku. tapi... sampai hari ni... semua tu tinggal harapan.

aku surf web guna google chrome. rank no 1 kat widget 'most visited' ni... dah jadi page MOE. second baru fb, then twitter, then yahoo, NFL dan google+. nampak sangat aku lawat page MOE lagi kerap dari aku check fb dgn twitter aku. haa... punya la berharapan, kot2 la bleh check online... tapi... sampai hari ni... hanya kehampaan yang aku jengah. haih~

sebab tu... i really... really hope... "somebody" to wake me up - when September ends. letih spending months in despair. tu baru chapter posting. belom kira bab laen2 lagi. macam....

anywhooooo~~

October is just around the corner, baby!!


wohooo!! ok, kalo korang nak kata aku bias pon, kata lah. sebab to me, bulan oktober a.k.a bulan sepuloh adalah antara bulan yang penuh dengan warna warni. banyak dan insyaAllah BANYAK good things selalunya happen in October.

dah. abeh dah pasal september. now lemme cerita why aku sangat2 welcoming October nih.

January is the 1st month of the year. macam Monday blues, January pon kira slow2 blues jgk. tak rancak. hehe.

February baru nak up sket. normally Chinese New Year dlm bulan Feb. and.. tu je lah pon. hahaha.

March? ok la, ada cuti sekolah. banyak kendurik. what more? no idea. lol!.

April macam soft2 touch gittew. cam romantik je nama April nih. tapi tu la, padan dengan nama, April pon tak meriah sangat. cuti pon takde.. hahaha

May agak uptrend. banyak gak la event dalam bulan May. hari ibu, hari guru, hari buruh, harimau. siap cuti sekolah start hujung bulan. haa. but still, tu je? kikiki

June ada apa ek? ok, cuti skolah dah abeh. kena start study. kalo yg dah abeh study, bulan nih bulan buang masa, perabih duit elaun. bwahaha

July sangat kritikal. duit dah abih, simpanan takde, blanja tetap nak belanja. camne tu? ok, mula stress. LOL!

August... lagi laaa penin kepala. time duit takde la macam2 benda nak jadi. siyes, taktau la bagi korang, tapi bagi aku... Ogos selalunya jadi bulan ujian. penuh dugaan ouh!

September adalah denouement bagi chaotic August. biasanya bulan September suasana jadi tenang, kecoh2 pon dah reda... mula nak sprout events and happenings. bulan 9 kan ada cuti skolah..hehe. oh lupa lak! the 9/11 tu. aa, yang tu tak tenang. hee...


OCTOBER!!


November. denouement bagi October. I find November as romantic and calming. taktau kenapa. hm...

December lebih kurang October la. banyak kejadian yang menceriakan suasana. tapi tak semeriah bulan sepuloh, despite it's my second favourite month in a year. but yeah, December sgt subjektif ye.

erk... kata nak cerita pasal Oktober? hahaha. keji sangat kan, tipu orang. ^^ bukan la. pasal Oktober, aku cerita starting 1st Oct la~ ^^ insyaAllah, aku akan cuba update hari2. dan hari2 ada info pasal bulan Oktober. wheee! ^^

dah. letih menaip, tenung laptop dari tadi. jom, menari!


***************

p.s; sori sebab lama tak update blog n entry. sebok sket ujung2 nih. heee... takpe la, most of the time aku merapu je banyak. bukan ilmiah sgt entri2 aku ni ha. tak rugi kalo tak baca. ^^ tapi, buat korang yang sudi baca, even just view page ni je pon, aku hargai2 sangat2.


sorry kalo aku banyak buang masa korang, baca entri ntahapapantah kat sini. dan, thanks sangat, terima kasih sebab sudi buang masa korang kat sini. ehe. ^^

Friday, September 23, 2011

Special Report: The UARS! The Debris

Regarding UARS (Upper Atmosphere Research Satellite)


MAJOR COMPONENTS OF THE SATELLITE TO HIT EARTH


  • 27kg High Gain Antenna assembly impacting at 159km/h

  • 25kg forward bulkhead fitting impacting at 285km/h

  • 61kg Solar Stellar Pointing Platform gimbal impacting at 209km/h

  • 158kg Solar Stellar Pointing Platform structure impacting at 209km/h

  • 5kg fuel tanks impacting at 95km/h

  • 50kg batteries impacting at 235km/h

  • 1.8kg wheel rims impacting at 386km/h

  • 3.2kg housing impacting at 281km/h

  • 1kg bracket impacting at 64km/h

  • 5kg base plate impacting at 130km/h

  • 500g extension impacting at 76km/h
*Malaysia is among the countries within its impact zone.

Sources: The Aerospace Corporation and The Washington Post


Read more, HERE!

Thursday, September 22, 2011

To Err Is To Human


"HOW and when does the Malaysian education system degenerate into the absurd? 
The quick answer is NOT when some students can't read or write in their teens, NOT when it is saddled with impoverished dropouts and NOT when it produces more academic laggards than sterling ones.
The disturbing answer is when headmasters and teachers, under immense pressure from kiasu parents and also to fulfil their KPIs, apply the law of the jungle on their students, that if you don't make the cut in grades, you'll be rounded up as fodder -- neglected, ignored or fed to the predators."
Above is the excerpt from an article in today's New Straits Times by Azmi Anshar ( mishar@nst.com.my ).


warning. this entry might contain harsh words, curses and banter stuffs. i will try to make them as mild as possible.


what the hell was that!?? school!? preventing the pupils from taking exams!? why - because they're too stoooopid to even write their names in the space provided? now you tell me - penting sangat2 ke peratus kelulusan dan pencapaian sekolah tu, berbanding pencapaian budak2 tu sendiri!!?

"That day has regrettably happened on Sept 13-14 after a primary school in Sarawak deliberately prevented "academically weak" pupils from sitting for the UPSR examinations to ensure that the three did not "contaminate" the forecasted overall high scoring results."

dear God... this should have not happened. that was not the intention of our Falsafah Pendidikan Kebangsaan. holistically yes we want our pupils to be the A-class all rounders. but that's not the way it should be carried out.

I feel sorry for the kids, and their parents. (i wonder why the parents dropped their police reports against the school). however, thankfully the higher authorities have had them set for the boys' UPSR on October 4th - 6th. now that's the right thing to do.

let's not go to the question of ' salah siapa?' teachers pointing at the pupils for being academically challenged (duhh..), parents pointing the teachers for being 'lazy and/or not doing the teaching job properly' (take note as my language is painfully plain as i have to minimize the amount of dosa i'm collecting by using the inappropriate words) or simply 'incapable of teaching' a.k.a tak layak jadi cikgu. even more, the school admins blaming all parties - teachers, pupils and parents; even the system - for everything/anything that suits not their high-end goals.

"Because of the mushrooming of super private schools that entertain every parental whim, national schools are greatly pressured to produce perfect annual results; their schools must be among the top 10 every time UPSR, PMR or SPM results are announced."
I recommend you to read full article in today's New Straits Time, page 6. or, you can just read it online HERE, and think about it.

...
..
.

now i'm looking at myself. i'm sitting here reading the news, and bantering what dissatisfies me. i wonder, will i be able to prevent myself from being the like of those i banter?

will i be able to change and make-correct whatever wrongness in the system to provide a better education for my pupils; our future generation?

will i be a good teacher?

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa Korang Takleh Gerak Serentak!??

sejak aku pandai bawak kereta  sejak aku ada lesen kereta, aku dah mula bertanyakan - dan sering bertanyakan soalan nih;

"apsal para pemandu tak leh synchronize-kan timing bergerak??"


di suatu hari yang indah... korang drive keta. nak pegi... mana2 lah yang korang nak pegi. lepas tu kan, dalam dok syok bawak keta nih... korang layan lagu kat radio. speed pon maintain, takde nak rushing2. berhemah la katakan.

at one point, korang tau kat depan tu ada lampu trafik. ni kat jalan lurus nih, so dari jauh korang dah leh nampak traffic light tu. memandangkan simpang tu selalu sebok, so traffic light tu ada siap board elektronik yang countdown masa utk lampu merah dan hijau.

korang pon slowkan kenderaan sebab dah nampak kereta banyak berhenti kat laluan korang (lampu merah la maksudnye). berjaya je korang stop kat kereta paling last berhenti depan korang tu, korang pon tarik handbrake, dan free-kan gear.

korang pon sambil dengar2 radio, layan lagu, sambil2 usha tengok berapa banyak keta beratur tunggu lampu hijau. takde la panjang benor keta beratur. rasanya sekali lampu hijau, turn korang la. sure lepas ni... (that's not what you think, but what you wish actually. hee)

korang tengok kat papan elektronik countdown kat lampu trafik. ada +/- 20 (merah) seconds lagi.

by right within that 20 few seconds, korang sebagai pemandu yang berhemah dan sentiasa alert dengan persekitaran dah ready - bila nak masuk gear, nak tekan clutch, nak lepas handbrake and tekan minyak.

05
04
03
02
01
00

ting! lampu dah hijau.

wah! 59 seconds to go! 58... 57.. ok sempat2.

.......................................
....................
.........
....
..
.


apsal banyak keta tak gerak lagi nih?? apsal baru lepas sikit je??

30 seconds... uih jauh nih. takpe, dengan keupayaan matematik dan semantik serta ilmu agama, korang bleh agak jarak korang dengan simpang tu. sempat2.

22 seconds.. wei apsal keta depan nih tak gerak lagii???  dah bazir almost 40 seconds kot! ha! keta depan korang baru nak masuk gear, nak lepas brek, nak tekan minyak - walhal keta yang tadi kat depan keta yang kat depan korang tu dah tinggal spot dia nearly setengah tiang dah. zZzz~..

ha! gerak pon! kemon2... sembilan saat to go. sempat2!

04 (hijau)
03 (hijau)
02 (hijau)
01 (hijau)
00 (merah)

99 (merah)

dan korang ter-berhenti kat betol2 'petak' pertama... kat garisan sempadan... betul2 sebelah traffic light.

dan kalau lampu trafik tu buleh gelak... dia dah gelak kaw2 kat korang...

sebab?

SEBAB??

.............

sebab within than precious 59 seconds tu... kalo semua orang dah bersedia nak bergerak pada waktunya... bukan takat korang... berbelas bijik lagi kenderaan lain yang beratur kat belakang korang akan lepas dengan jayanya.

ini design lampu trafik untuk kemudahan pemandu yang buta warna. sekadar info-hiasan

so... ada tak korang penah terfikir...

kenapa dalam the last 5-7 seconds sebelom lampu hijau tu... pemandu2 kat depan korang tak masuk gear siap2? dan bila the lampu hits green colour, kenapa tak boleh semua orang tekan minyak slow2... gerak sama2? kan ke ada timer kat lampu tu? takkan takleh bajet~~

dan kenapa... kenapa mesti tunggu kereta depan dah gerak... baru nak --> pijak clutch --> masuk gear --> lepas brek --> tekan minyak....

dan paling best...

"kenapa mesti aku yang sangkut kat lampu merah niiii!!!!!""

Friday, September 16, 2011

Merdekalah Malaysia Raya!!

Selamat Hari Malaysia, Malaysia!

alhamdulillah. aku rasa amat sangatlah berbangganya terlahir pada 1987 dan masih hidup sampai hari ni. 23 tahun (forever21) aku bernyawa dan berlari mengejar kaki pelangi, aku sempat saksikan sendiri jatuh bangun Malaysia, suram gemilang Malaysia, datang pergi perubahan dan memacam lagi.

syukur.


sempena hari ni, 16 September 2011, di mana negara kita buat sambutan ulangtahun Kemerdekaan serentak dengan Hari Malaysia, in conjunction dengan Aidilfitri jugak, aku pon tanak lepaskan peluang nak bercerita tentang apa yang aku rasa hari ni.

kenangan.

incase korang tak alert, tema Hari Malaysia kali ni ialah Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. kalau diperhatikan pada perarakan sambutan pagi tadi kat Dataran Merdeka (yang aku tengok secara langsung dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi kat TV1, TV3), memang tampak jelas usaha kerajaan nak link-kan orang2 lama atau generasi emas dengan generasi muda sekarang.

yah! kita tak lari dari cliche sambutan - ada perarakan, ada pancaragam, ada persembahan kebudayaan, dan jugak formasi2 khusus bertemakan sambutan, dengan lagu2 patriotik lama dan baru. cuma, yang aku nampak... ada anjakan paradigma kat orang2 sekarang sambut ulangtahun kemerdekaan - sedikit berbeza dengan dulu2.

apa yang aku perhatikan, generasi sekarang lebih garang dan kreatif dalam mempelbagaikan cara dorang tunjukkan rasa cinta dan menghargai kemerdekaan dan Malaysia.

zaman dah maju. sekarang kita lebih senang nak sampaikan sesuatu mesej; tak kesah la secara eksplisit atau implisit. paling ketara, kita ada lagu2 baru yang digubah mengikot peredaran semasa. kalau budak2 muda sekarang suka lagi berunsur hiphop, r&b, pop dan etc, so kita ada lagu2 patriotik yang disesuaikan dengan jiwa orang muda sekarang. video pon macam tu. iklan kat tv pon macam tu. even pertandingan2 berkaitan pon semuanya menjurus ke arah menarik minat generasi muda belia. tapi tujuannya masih sama; nak pupuk semangat patriotisme dalam jiwa kita. beza cuma - pendekatan dan method je. ^^


zaman dulu? hahaha. takde la aku idop zaman gi sekolah pakai songkok tapi ber-short warna biru gelap tu kan.  hee... cuma aku teringat zaman kanak2... zaman sekolah... cemana aku beriya-iya sangat bila tiba je sambutan ulangtahun kemerdekaan. ^^

dah budak kampung, aku pon sambut cara budak kampung la. yep, kibarkan bendera itu wajib! aku dengan abah mesti masuk hutan, nak cari buluh sebab nak buat tiang bendera, nak pacak depan rumah. lepas tu, basikal aku mesti ber-bendera jugak! paling koman mesti ada 2 - satu kat handle, satu lagi kat pelantar belakang. haha!

pernah aku amik upah panjat pokok nyoq (pokok kelape~) untuk pasang bendera kat pucuk pokok. terbaek lah! upahnye tak mahal pon..berapa kupang je untuk satu bendera. tapi aku buat jugak, sebab aku rasa bangga bila dapat tengok bendera Malaysia tu berkibar megah tinggi di angkasa. bleh aku berlagak dengan member - tu aku la yang pasang. hehehe

time sekolah paling syok. muka aku tak pernah miss koir, nyanyi lagu2 patriotik. wahaha. bukan la aku nyanyi sedap sangat pon. tapi.. ntah. cekgu2 malas nak select lain kot. lagipon, aku memang sentiasa bersemangat bila nyanyi lagu patriotik. hee... lagu yang paling aku suka - "Nyalakan Tekad". seram sejuk tiap kali nyanyi lagu tu. bergemuruh jiwa ouh! (Faizal Tahir pulak. hehe).

zaman sekarang ada lagi ke bendera Malaysia yang 20sen tu? yang tiang bendera ada cekelat bulat2 kecik warna warni tu. =D sangat nostalgia okeyh! ha..bendera tu la yang aku usung ke hulu ke hilir, pegi skolah balek skolah. pegi sekolah arab (kafa) pon aku selit bendera 20sen tu kat songkok tau! hahaha.


hm! itu dulu~ sekarang dah lain. ^^ bendera pon dah makin berkualiti. pasang kat kereta, motor, bumbung rumah. terbaik lah! lagu2 pon dan makin rancak, makin trendy - which is good la, maknanya kita alert dengan perkembangan. just, aku prefer the oldies kot. the evergreens. hehe.

tapi..yang aku noticed jugak... rakyat Malaysia ni cukup suka shopping time2 nih. haha. ok tak salahkan sesapa. betol la...shopping time ada sale. jimat. tapi tu la... tak ramai yang sudi sertai perbarisan, perarakan, pancaragam etc. em, memang la ada, cuma bilangannye agak kureng memberangsangkan - berbanding ribuan lagi yang berhabisan kat shoppin complex. haha. takpe lah. perbezaan individu. orang kata aku kuno; aku terima. ^^

anyway! hari ni aku cukup hepi! =D

thank you, God. thanks for Your blessings.

"Kemegahan Negaraku"



Selamat Hari Malaysia!

Thursday, September 15, 2011

Johnny English Reborn review

hahahahaha.


Rowan Atkinson belom pernah mengecewakan peminat komedi dan peminatnya sendiri khususnya.

kalo ramai tak kenal Rowan Atkinson, mesti korang familiar dengan nama Mr. Bean. kan? hee. just bayangkan, lawak2 Mr. Bean tu ditransfer ke cerita aksi dengan plot yang lebih serius - still kelakar! hahaha

Plot summary by IMDB

Rowan Atkinson returns to the role of the accidental secret agent who doesn't know fear or danger in the comedy spy-thriller Johnny English Reborn. In his latest adventure, the most unlikely intelligence officer in Her Majesty's Secret Service must stop a group of international assassins before they eliminate a world leader and cause global chaos. In the years since MI-7's top spy vanished off the grid, he has been honing his unique skills in a remote region of Asia. But when his agency superiors learn of an attempt against the Chinese premier's life, they must hunt down the highly unorthodox agent. Now that the world needs him once again, Johnny English is back in action. With one shot at redemption, he must employ the latest in hi-tech gadgets to unravel a web of conspiracy that runs throughout the KGB, CIA and even MI-7. With mere days until a heads of state conference, one man must use every trick in his playbook to protect us all. For Johnny English, disaster may be an option, but failure never is.


okeh. ni review aku. sori kalo terciter spoilers. ^^

English dah lama hilang. kononnya pegi bertapa. and yes dia bertapa kat Tibet, kat Shaolin Temple. dari start cerita korang dah akan senyum. dan tak payah la nak cover gelak kecik2... surely akan LOL sangat2. hehehe

English larikan diri ke satu temple kat Tibet sebab nak refleksi diri sebab kononnya dia la punca misi last dia gagal, (presiden yang sepatutnya dilindungi mati "dalam pengawasan" English). tapi, atas request client MI-7 (organisasi perisikan British yang menyediakan perkhidmatan spy - even untuk orang awam. haha) English dipanggil balek ke MI-7 untuk selesaikan misi.

*spoilers* disebabkan Pegasus (agent Pamela Thornton/director kat MI-7) tak yakin dengan English, dia assign agent Tucker, a soon-to-be-21yo-chap sebagai sidekick English. kat sini jugak English berjumpak dengan ejen2 lain, dapatkan gajet dan weaponry baru, serta berkenalan dengan Kate Summer, psychologist terbaek! haha.

misinya? kena pergi ke Hong Kong dan hapuskan penjahat2 yang nak bunuh orang2 berkepentingan kat Asia, dan - *spoiler* bongkar pasal Vortex - agensi yang framed English masa last mission dulu. apa/sapa Vortex tu?

heee... tamoh la citer lebeyh2. kang tak syok la korang nak tengok kaann~ ^^


anyway! nak citer sket2 apa yang aku suka pasal Johnny English Reborn nih. first of all, lawak2 Rowan Atkinson or agent Johnny English dalam citer nih sangat mengundang gelak besor! =D ok, I have to admit; ada antara scenes yang bila aku tengok, dah bleh agak apa nak jadi lepas tuh. tapi, walopon dah bleh agak, aku still tak leh elak daripada gelak kaw2 when it happens. haha. paling koman pon aku akan senyum lebar laa.. hee ^^

second, the gadgets. whoaaa! i'm so lovin' the English's Rolls Royce Phantom. yeah... British beloved baby. super smexaaaay!!! uh-huh know itu mungkin hanya untuk filem... tapi still aku suka!! especially bila English sebut 'bonnet' dan RR Phantom bukak hood, show off the hysterically mouth-watering superb engine. just listen to the description, baby. ^^ dan! tak ketinggalan... kerusi roda custom-made yang English curik daripada.... hehehe. description speed-shifter kat wheelchair tu memang LOL sangat lah! -

Normal | Fast | V.Fast | F.Fast |

aku rasa korang leh teka apa maksud V. dengan F. tu... hahaha.


okeh, takmoh spoil banyak2. nak tau lebih gi tengok sendiri. berani jamin - kalo korang peminat Mr. Bean, aku rasa citer Johnny English Reborn ni antara citer yang korang tak patut miss - comedy lovers; you'll love it! ^^ for other reviews, leh tengok kat SINI

rating stars untuk plot, aku bagi 3/5. tapi rating untuk LOL moments, aku bagi 4+ /5!!!

Tuesday, September 13, 2011

Sunday, September 11, 2011

9/11: Numbers & Facts


2,977
Total victims of the attacks on Sept. 11, 2001.

343
Fire Department of New York personnel killed at the World Trade Center.

60
Police officers killed at the WTC.

17,400
Approximate number of workers at the WTC when the planes hit.

21,817
Human remains recovered from the destruction.

9.006
Remains never matched to a victim.

1,121
Victims never identified through remains.

289
Number of intact bodies pulled from the rubble of the World Trade Center. Most families of victims received only body parts - or only death certificates.

2
Age of the youngest victim. Christine Hanson was travelling with her parents to Disneyland in California when Flight 175 was hijacked. Eight children were killed in the attacks, all of them passengers on hijacked airliners.




200
People believed to have jumped of fallen from the twin towers before their collapse, according to USA Today survey, witness photographs, videos and testimony.


56 & 102 minutes was the time the burning twin towers stood.

12 seconds was all it took for them to fall.

2.3
Magnitude, on Richter scale, of the seismic impact of the north tower's collapse.

93
Nationalities of victims.

29.9 million ounces of silver recovered from a Bank of Nova Scotia vault below the towers.

300
Approximate number of search and rescue dogs deployed at the World Trade Center, Fresh Kills landfill and the Pentagon.

7
Days passed before Christie Whitman, the Environment Protection Agency administrator, said the air in New York was "safe to breathe."

99
Days passed before Governor George E. Pataki declared the fires had been extinguished.

261
Days passed before last piece of steel, a 58-tonne segment of column, was carted away.


****************

following 9.11.2001.

779 
Detainees at Guantanamo Bay, Cuba since 2002.

26 million
Lighters confisticated at airports in the three years they were banned.

16,000
Names on the US government's "No Fly" list.

US$2.08 million
Average government settlement for families of those killed.

80,680
Service members treated for post-traumatic stress disorder.

13,065
Minimum number of people found to have 9/11-related asthma and other lower respiratory ailments.

10,320
People found to have 9/11-related post-traumatic stress disorder and other mental illnesses.



3000
Estimated number of children who lost a parent on 9/11.

36
Newborns named Osama in the United States in 2001.

55
Newborns named Osama from 2002 to 2009.

93
Percentage of Muslim Americans who believe their fellow Muslims are loyal to the United States.

48
Percentage who believe they have experienced racial or religious discrimination in the past years.

2005
The year "jihadist" was added to the Merriam-Webster College Dictionary.

45
Feature films that were postponed or re-edited after the attacks. A Jackie Chan movie called Nosebleed, about a window-washer at the World Trade Center who foils a terrorist plot, was cancelled.

source: New Sunday Times, September 11, 2011.

Remembering September 11, 2001

this is indeed "geez-another-post-about-nineleven-blablabla" kinda thing. well, to most people, it is. i don't know about other bloggers, but all i'm trying to do here... is to deliver my thoughts and feelings upon what happened back in 2001... and what's happening, here and now in 2011.

ten years. one-'O'. big ten, fellas. a split second could determine one's life and death - then how about ten years? on this very date, the world, and especially America - we are all mourning over the loss of lives in one of the darkest hours in history.

by right you should have known the "102 minutes that changed America." hence, i guess my explanation about this 'infamous' history might only bring you the expected boredom. nevertheless, that ain't my intention upon writing this very entry.

back in 2001, the world blamed religious movements upon what happened on 9/11. nonetheless, Islam. why so? because terrorism was claimed in the name of Islam; in the name of "the right thing to do."


three things i'd like to highlight here...

one. the victims of and in the tragedy. thousands of innocent lives were killed due to the attack. working mothers, fathers of children, family guys, happy souls, noblemen and cheerful ladies; you name it. had had them wrong to justify their fate? who were we... are we... to tell to even ourselves, that they got what they deserved? i feel sorry for their families, their husbands and wives, sons and daughters of all ages, relatives and friends... and how i wish they knew, that everybody wishes that time could be turned back, for at least a few minutes before 'it' happened. may God bless them souls.

two. the terrorists. for God sake why did you guys do that?? revenge? unsatisfied, dissatisfaction? redeeming rights and condemning wrongs? the best part was... the attack was proudly claimed in the name of "do the just" and religion. correct me if i'm wrong, but do tell me - why Islamophobia is surprisingly 'popular' after the attack? why every man with beards were eyed and labelled 'suspicious' if not directly 'terrorist'? why women with hijab were forced to take off their face-cover and scanned thoroughly? by right, the 'deeds' that those people committed in the attack somehow have put Muslims and Islam itself in a big cauldron of hot boiling soup. even worse, it's a 'fitna', a false accusation on the holy religion! now who has to shoulder the blame?

victims of 9.11.2001.

three. those who put in faith that 9/11 was the teaching of Islam. as a Muslim, i can confirm you, that Islam teaches no terrorism. Islam promotes love, peace and harmony. and i believe, other religions discard violence and terrorism from their teachings as well. what was claimed as an act of religious belief was totally individuals'. or perhaps, some misconceptions about their beliefs, and what they wanted to believe. never would a religion command its followers to commit such wrong-doings. in Islam, putting something not at its right place is already a sin; zalim. hence, i beg all readers; i beg the world - don't just a religion by its followers. if you want to know about Islam, read the Koran (al-Quran) and hadith. you'll understand the meaning of Islam, and the true way of living as Muslim.

and you know what - as much as Christians and other religions condemn the recent Norway Massacre, Muslims all over the world condemn terrorism and the wrong-doings committed by those misled so-called Muslims.

read up articles, writings and news about 9/11. learn from the past, today, for a better future. God bless.

and yes, America. In God We Trust.

Friday, September 9, 2011

It's Friday Night Fever!

sudah2 la...emo pasal 6% tax tu.. selagi tak di-kansel kan benda tu, selagi tu nak emo... apa pon tak boleh. so, lepak2 dulu. serahkan pada yang pakar. hahaks!

hm.. cam best lak kalo seminggu sekali aku intro lagu feveret kat blog. haha. syok sendiri namenye. ^^ tak kesah la, janji hepi. wheee!!

let's salsa!



nak nyanyi? nah LIRIK 

Thursday, September 8, 2011

Gua Nak Kembali Ke Public Phone!!

dah tiba masa untuk kita kembali ke jalan yang benar... = =" bertaubatlah. kembalilah ke pangkuan telefon awam.


hari ni naek news.

meh aku ringkaskan - "prepaid kena 6% cukai"

paham tak? prepaid. topup, paham? reload, paham??

*****

so lepas ni... bila beli kad reload/topup RM5, kita kena bayor RM5.20. kalo kita topup RM10, kena bayar RM10.60. sepuloh hengget enam kupang..

aaaaaaaaaaarrrrrrgghh!!

amcam? rindu tak saat2 seumpama ni? kau pernah? hahaha

aku nak revert ke telefon awam. *dah mula kumpul duit syiling*

cam best lak, gayut lelama kat public phone. ahaks!! tapi... nak gayut dengan sape ntah...= ="

Mari Belajar Kajian Tempatan!

Malaysiana 101. Hang ingat hang tere?? Tengok ni!


Negeri pertama jajahan langit kat Malaysia?
- Perlis Indra Kayangan


Negeri yang selalunya cukup dari segala aspek? 
- Kedah (k, dah.)

Negeri paling ramai penduduk.
- Perak (terlalu ramai sampai ada yang dok kat parit, sungai, dinding dan lumut) = ="

Negeri paling jauh dari mana-mana negeri pun di Malaysia. 
- Johor (jaoh hooo!!)

Tempat paling lawa kat Perlis? 
- Beseri

Tempat paling bersejarah kat Kedah.
- Gajah Mati - Langgar - Pokok Sena.

Daerah terbesar kat Malaysia
- Selama (Perak + Kedah) = ="

Pusat teleport di Malaysia
- Serdang (Kedah - Selangor), Ayer Hitam (Pulau Pinang - Melaka - Johor)

Pekan paling besor kat Malaysia
- Pekan, Pahang. lalala....

Nak jadi dewasa pi kat sini.
- Jawi

Daerah kelahiran ahli sukan 'handball' ternama.
- Baling

Daerah-daerah yang cemerlang
- Seberang Jaya, Subang Jaya, Petaling Jaya, Ampang Jaya, Kulai Jaya

Pencatat indeks kualiti udara terendah di Malaysia
- Jelebu, Negeri Sembilan

Tempat untuk mereka yang setia
- Seri Menanti, N. Sembilan

Tempat tumpuan haiwan liar
- Alor Gajah, Kubu Gajah, Gajah Mati

Binaan semulajadi
- Masjid Tanah, Melaka

Tempat yang selalu tipu penduduknya
- Kota Tinggi (nama je tinggi, tapi time hujan banjir gak.) hee...

Kawasan kegemaran kanak-kanak
- Jeli

Kawasan paling tinggi isipadu penduduknya
- Tumpat, Kelantan

Tempat paling kurang perindustrian di Terengganu
- Chukai

Daerah hidupan laut terbesar di Sabah
- Kota Belud

Tempat paling tenteram di Sarawak
- Sri Aman

Kampung-kampung yang comel di Labuan
- Layang-Layangan, Rancha-Rancha, Patau-Patau

oh lupe..

Daerah penduduk-penduduk yang gagah
- Tikam Batu

lalalaaa.... ^^"

*jangan marah haaa... =D

Tuesday, September 6, 2011

Antara Kucing dan Hamster, Aku Pilih Rubah

sekarang ni kecoh pasal isu Petknode (ntah betol ke tak aku eja nih). ala, asmara asrama haiwan peliharaan tuuu. yang pemilik2 kucing belaan pilih untuk jaga baby2 dorang time cuti panjang or time dorang takde kat umah.

dulu aku tak pernah dengor pasal petknode nih...sampai la raya tadi - sepupu aku kat Bangi balek beraya kat kampong tanpa kucing2 kesayangan dorang. ajaib bin aneh la aku kan. selalunya dorang bawak balek sama. yelah, kalo bior kat umah tu... mati kering la kucing2 tu tak makan. takde orang jaga.

tanya punya tanya, rupa2nya dorang hantor kekucing tu kat hotel haiwan peliharaan. ooooo... baru la aku tau, benda macam tu wujud. sori la, budak kampung bela kucing takde hotel2 bagai. ada sangkar tikus dengan reban ayam je. hehe

ni bukan kucing. ni Arctic Fox. my favourite mammal. hehe

hm... aku plak terpikir... kalo ada hotel kucing/anjing macam hotel untuk manusia... mesti ada tempat penginapan laen, kan? apsal tak hantor ke rumah pengasih ke, resort ke... ada homestay tak? hehe

balek kat citer pekond. no, ini bukan typo. aku memang suka sebut Petknode as pekond. |pe-kon|. senang, tak tergeliat lidah.

uuuuiih.. kesian sangat la aku tengok kucing2 yang mati tuu... lagi kesian aku tengok owner2 menatang2 yang terseksa tu... tapi, lagi lagi aku kesian bila tengok pemilik dan pekerja2 kat Petknode tu... sebab? sebab dorang jenuh nak menjawab dengan Tuhan nanti.

kemon la. sah2 orang bagi pets dorang kat ko untuk dijaga dengan baek, kan? dah memang tu pon tujuan ko bukak pusat jagaan haiwan, kan?? dah tu kenapa la gamak gi menzalimi haiwan tu semua~... kalo tau tak mampu, jangan terima. dah jadi camni, baru la nak gelabah, nak nyesal bagai..~

siap bold "good care". good la sangat~

ni kes pecah amanah la ni. haa.. Nabi pernah cakap... kalo tak mampu nak pikul amanah, lebih baek jangan terima daripada kita memungkirinya kelak. yang jadi masalahnya kat sini, bila tau tak mampu, tapi nak gak kata "Yes We Can!", you can count on us! don't worry - be happy! your pets are in good hands bla bla bla.

sedih aku dengan manusia2 yang taknak guna akal elok2 nih. duit mau, tapi buat keja takmau. buat lak cincai2. hambik, silap2 haram la jadinye. wallahualam. em... aku taknak emo lebeyh2. Tuhan tau what best for them.

eh kejap...aku melalut apa nih? lari jaoh dari tajuk la!! haha =D

ok2. meh sentuh pasal tajuk sikit.

aku seorang yang suka kucing. tapi aku lagi suka arnab daripada kucing. aku suka bela hamster, tapi aku prefer untuk bela hedgehog berbanding hamster. dan impian aku adalah nak bela raccoon dan musang artik.

sangat Americanized, kan? hahaha ^^

Monday, September 5, 2011

Mentibang Laut??

korang tau tak mentibang tu apa? korang tau tak mentibang laut tu apa??

pernah dengar tak nama mentibang laut tu?? pernah tengok?? pernah makan (!?)?

haaa... kalau tak silap aku laa... mentibang laut ni dari kecik lagi kita dah dok sebut2. tapi biasanya kita guna time nak maki atau kutuk orang la. sebagai contoh;

"mentibang laut punya budak! aku pesan beli sardin, hang beli milo tin!"

ataupon..

"ko ni betol2 mentibang laut la... soalan senang camni pon ko takleh jawab."

jadi kan... benda ni buatkan aku terfikir... mentibang laut ni menatang bengong ke? lemau tahap mana sangat sampai jadi adjective dan dirujuk kat orang atau perlakuan yang kita tak suka?

dari dulu aku dok tanya kat manusia sekeliling - dari sekecik2 budak yang pandai menjawab, sampai la ke orang2 tua yang hidop sangat lama dan insyaAllah banyak pengalamannya. "mentibang laut tu apa dia?"

paling best bila aku tanya kat orang yang memang selalu sebut dan guna perkataan "mentibang laut" tu sendiri. nak tau apa jawapan dorang? ni antara jawapn yang fofuler ye..

1. ntah.
2. menatang yang hidop dalam laut, tapi taktau rupa dia macam mana.
3. menatang macam umang-umang, tapi boleh terbang. (huh!?)
4. menatang macam obor-obor.
5. adik-beradik mentimun laut.

obviously... masyarakat Malaysia ni masih ramai yang belom certain pasal mentibang laut. takyah kata kat orang, aku sendiri sampai sekarang tak yakin yang mentibang laut adalah menatang ni;


sebab menatang ni aku panggil "belangkas". we'olls urban sangat kowt~... hahahaha

paling best...korang leh tengok kat SINI. ^^

hehehe... nanti aku cerita pasal adik beradik mentibang laut pulak - si mentarang dan mentibang darat. bwahaha!

Sunday, September 4, 2011

Bersawang!


waaahh!! interface blogspot (blogger.com) dah baruu! cantik dan kemas. suka! suka! hehehe.

ngee... berhabuk bersawang abeh blog... lama tak jenguk. raya sakan punya pasal (sebenornye takde internet ==") hehehe. lama siot tak blogwalk dan post entri.


banyak sangat nak diceritakan nih! slow2 la eh? kita share baek punyaa!! ^^ for now...nak tido kot... penat liao!! hahaha =D zzz~~

UPDATE!

aku nak puji gak lagi pasal upgrade yang blogspot dah buat.

lawa seh! kemas oooo... clean-neat-tidy. aku suka sangat. senang nak menaip. nak insert gambor, music, video dan pautan. hehe. bila menaip pon rasa sejuk je. bwahaha.

elok la. yang dulu tu ada teknikal sikit2. nak preview entry pon kekadang original post jadi celaru. so aku harap blogspot dah fix bendalah seumpama tu. bukan apa, so far blogger masih sayangkan Blogspot/blogger.com. kalo banyak flaw nanti... makin ramai la yang pakai Wordpress, Tumblr dan laen2. (well.. aku sendiri dah pakai WP dengan Tumblr. hahaha)

apsal dorang upgrade time2 ni eh? ada agenda tak? hm... mana la tau... ni nak ulangtahon 9/11 nih... macam2 dah aku baca kat tenet. yang baek ada, yang tak baek pon ada. haih...dunia2~

apa yang best pasal September ek? hm... oh!! em..