Sunday, April 29, 2012

Roti Canai Cicah Air Mata

tadi, on the way nak balek dari puncak alam ke bandar baru bangi, aku stop kejap kat tesco extra shah alam. buat apa? 

aku nak beli minyak enjin tesco. bukan enjin tesco, tapi minyak tu, dijual dan berjenama tesco. murah la. sesuai kot untuk ford buruk aku nih. hehe

lepas beli minyak dan tuang ke dalam enjin ford, aku pon baru teringat... yang aku seharian suntuk tak makan apa2 langsung lagi. huk... pastuh aku nampak ada restoran hameed nasi kandar. sebelah tesco tu je. em, boleh lah. auumm..

dah duduk2 kat meja yang aku rasa macam best je duduk, makan kat situ... aku pon order laa makanan. roti canai 2, teh o suam gelas 1.


dalam aku dok tengok ulasan match bolasepak Malaysia vs Sri Lanka kat tv flat screen 32 inci tu, makanan pon sampai. cayalah, kuah dal campur kuah daging pedas. feverettoo~~

bismillaah...

memang aku lapor sangat. tapi belom tahap aku gelojoh buruk lantak lagi. hehe. so aku suap slow2 masuk mulut. sekeping sekeping... masuk potongan roti canai yang ke empat, mata aku ter perasan something..

asal aku cakap something je, mesti korang ingat hantu kan? haha. bukanlah~~ mula2 tu aku dok tengok recap match bola kat tv, sambil suap roti canai. memang berselera beb! nak2 pulak Malaysia menang besor kaw2 punyaaa.. tapi bila pandangan aku teralih kat satu meja kat depan aku nih.... mata, otak, hati, telinga, ...semua organ2 aku tu tertumpu kat dorang.

sape?



tu, pakcik pakai baju kaler hijau pastel, dengan brader t-shirt putih tu. sape dorang tu??

sumpah aku tak kenal. tapi.. apa yang aku kenal pasal dorang.. berdasarkan perbualan dorang yang aku terdengar (mula2 ter- la... lepas tu aku curik dengar sampai habes teros...ampun~~).. si pemuda berbaju putih itu adalah anak kepada pakcik berkopiah tu.

and yes. pakcik tu buta kedua-dua belah matanya..

once mata-telinga aku terpaksi kat dorang... aku terus sebak... aku terus sayu... rasa kesian, rasa simpati.. aku tak mampu pun nak suap roti canai yang dok melekat kat hujung garfu besi kat tangan kanan aku ni masuk mulut aku dah... walhal sebelum tu aku amat2 berselera kot.


ya Allah... 


aku terus perhatikan dorang. aku perhatikan pakcik tu makan... tangannya menyuap nasi ke mulut. mulutnya mengunyah. tapi matanya tertutup rapat. ada masa tangan pakcik tu tercari-cari lauk yang ada kat tepi2 pinggan tu...

aku nampak tangan kanan brader tu capai tangan kanan ayah dia, dan halakan kat lauk yang dicari. barulah pakcik tu dapat gaul2kan lauk dengan nasik, dan suapkan ke mulut. hati aku yang tadinya sebak... sayu... terus meruntun. serentak tu jugak mata aku bergenang..



tangan aku masih pegang garfu bertatahkan kepingan roti canai .. dalam bising2 bunyi kenderaan lalu lalang tepi restoran tu, aku dapat dengar perbualan dorang. si anak cerita pasal kerja, cerita pasal keluarga. si anak tanya ayahnya tentang makanan yang dijamah... sedap ke tak, nak tambah lagi ke tidak. rendah, lembut nada brader tu cakap dengan ayah dia. cukup sifat hormatnya, toma'ninahnya, adabnya...

pakcik tu dalam menyuap dan mengunyah, sempat jugak jawab soalan2 anak dia tu. ada masanya pakcik tu berjenaka. dorang pun sama2 senyum, gelak. ceria

mata aku makin tebal takungan airnya... tangan aku dah terketar-ketar... jangan nanges an, jangan nanges. malu, orang ramai tengok...

...

ada satu ketika... si anak tengah tengok tv kat atas tu... dan masa tu jugak si ayah dah habis makan. aku terdengar...

"mana air ayah?

.. sambil tangan kiri pakcik tu teraba-raba perlahan sekitar atas meja makan, mencari gelas air... gelas air yang ada betul2 depan dia...


dan saat ni jugaklah... mata aku yang tadinya buat empangan, bertakung air... terus banjir. deras air mata turun dari kelopak, mengalir ke pipi, terus ke dagu.. menitis atas kepingan roti canai kat hujung garfu yang aku pegang dari tadi lagi...

aku nampak seorang pemuda, seorang anak... yang sedang teman seorang tua, seorang ayah... ayahnya yang buta.. makan. 
sedih. terharu. insaf. aku tak dapat nak jelaskan dengan kata2....

aku menangis.

*****

aku hepi dapat tengok dunia. boleh tengok tv, tengok wayang, tengok gadis2 ayu dancomel bertudung bawal, baca buku baca blog baca tweet. aku boleh senyum, gelak, sedih, marah, kecewa, ... semua boleyh dengan apa yang aku nampak.

tapi... aku jaaaarang sangat beringat... macam mana kalau aku takde dah nikmat mata ni? macam mana kalau Tuhan tarik balek nikmat penglihatan ni? aku boleh sedap2 makan roti canai. aku boleh kenal itu roti canai. tapi pakcik tu? 
dia tahu ke dia makan apa tu? dia tahu ke macam mana rupa makanan yang dia makan tu? dia tahu ke sape yang ada kat sekeliling dia masa tu? dia tahu tak gelas air limau suam yang dia order tu ada betul2 depan dia je?? 
dia tak tahu, weh.. dia tak tahu! dia tak boleyh tengok macam kita, tak boleh melihat macam kita!

tapi kenapa ..

walau dengan semua kekurangan tu... aku dengar dan aku tengok...dia masih boleh ucap alhamdulillah dengan senyuman lepas dia habis makan.. ? jadi kat mana taraf kita untuk lupa bersyukur dan berterima kasih kat Tuhan bila masih lagi boleh tengok makanan yang kita nak suap masuk mulut kita?

*****

bila pakcik tu cakap nak basuh tangan, terus anak dia bangun, pimpin ayah dia yang buta tu ke sinki. dorang masih lagi bersembang dengan ceria. tengoklah, senyuman dorang. =')




lepas dorang beredar... barulah aku dapat suap roti canai cicah air mata tu ke mulut aku. yes.. aku tengok roti canai tu dah kembang kena air mata. tapi aku bersyukur, aku masih dapat tengok..


ya Allah, Kau bahagiakanlah kedua anak-beranak ni dengan limpah kurnia Mu, ya Allah.

dan

Kau jadikanlah kami  di antara, dan dalam kalangan mereka yang bersyukur. ameenn.


Saturday, April 28, 2012

Hanya Sekepal Dua - Lapan

Assalamualaikum

hoi hooooiii!! Tora datang lagi!! hahaha. ok, A'an is back woot woot!! fine, takde orang nak woot woot-kan aku... so terpaksa la woot-wooot-kan diri sendiri.. =p



se-hengat aku lah... sangat lama kot aku tak menulis entri untuk blog tepian jalan nih. kan? wuwuuu... rindu2...

sempena ituuu.. aku nak ucap beribu riban terima kaseh kat korang2 yang still, sudi lagi jengah2, jenguk2 blog aku nih. terharu seh... nak2 plak bila ada yang request suroh tulis entri baru lekas2... 
yaaa... buat kesekian kalinya lagi, lekas2 itulah yang tak dapat aku penuhi. ya Rabb. 3-4 minggu lepas memang hectic, memang siyes bizi. apakah yang telah terjadi? meh kita buat recap.

2 - 5 April 2012
minggu last training team softball sekolah... pergh... siyes pedih bai~ pagi2 turon padang pukol 8, start training... sampai la kul 10 setengah pagi. kat kuale slangor ni, pukul 9 lebeyh tu dah membakar dah mentari-nye.. huhu. tu baru pagi! petang pon turon padang jugaaakk.. kul 4 setengah camtu, sampai kul 6 setengah. adooihh.. selain waktu2 tu, tetap ada kelas. tetap kena mengajor... hokhok... sampaikan aku kena bawak budak turon padang, blajar English kat tepi padang, sambil coaching budak2 softball. handal tak aku? hahaha xD

6 April 2012 
seharian berpanas terik yang membahang.. memasakkan kulit dan isi aku. siyes beb, kuale slangor panasnye laen macam... adoiihh. rentung guaa! sebab dari pagi sampai senja berpanas kat padang, ada kerusus teknikal padang, kepegawaian dan kepengadilan softball MSSD kuale slangor kat skola yang bakal jadi tuan umah kejohanan nnt. hoho... kat sini alhamdulillah - baaaanyak ilmu aku dapat timba dari otai2 sukan nih. berbaloi kot burnt nih... ekeke

tanah lindungan jam. LOL


9, 10, 12, 13 April 2012
yeaaahhh!! minggu kejohanan softball peringkat MSSD kuale slangor! banyak weh skola yang hantar. ada banyak kategori gak. Under 12 lelaki/perempuan, under 15 lelaki/perempuan dan under 18 lelaki/perempuan. memandangkan skola aku skola rendah, so bawak under 12 je la. dua team. aku pegi kejohanan atas dua tiket jugak. satu, jurulatih pasukan skolah... dua, pengadil kejohanan. nak bahasa sedap sket; Umpire. hahaha. gilos!! mane penah aku jadik pengadil softball weh~~ ye, memang aku player sukan ni duluuuu... tapi player tak same dgn pengadil ouh! haha. nasib le~ orang bagi kepercayaan kan, so aku terima dengan berbesar hati. =)

alhamdulillah. banyak pahit manis sepanjang kejohanan ni beb. gadoh2, protes2, kutuk2, sume jalan. nanti la, bila dah ada gambor game, aku uplod skali dengan entri yang penuh aksi ye! ^^ oh! untuk kejohanan ni, team under 12 perempuan skola aku nombot 3. team laki bungkus awal... hihik. takpe2, memang dah prepare utk situasi camtu. 1st timer la katakan~ ^^ syukuuurrr. dan hasilnyaa...


rentung... hahaha


berakhir di situ? hahaha. i thought so... but...

16 - 19 April 2012
perrghh.. gua kene pegi Pangkor beb!! bukan holiday, bukan honeymoooonnn.. tapi berkhidmat sebagai 'saya yang menurut perintah'.. hahaha. dapat surat daripada Jbtn Pljrn Slangor - kene pegi kursus orientasi guru baharuuu~~ nampak macam best kan? kursus kat pulau... leh rileks2.. pantai... bleeergghh. harapan pelesu itu semoa. hahaha. ceramah memanjang! siyes takde aktiviti luar sangat. dah la tu, bagi keje bukan maen banyak deme nih. wuwuuu~~ serabuuutt. tapi ok la, banyak input dapat kat sana. berguna weh, berguna. nak kerja lagi 34 tahun yo! hehe..

aku ingatkan balek dari situ dah leh masuk skolah... ropenye...

20 April 2012 
latihan pusat softball MSSD kuale slangor. kenapakah? ngeh... aku dipilih sbgai jurulatih 1, bwk team softball daerah, under 12 pompuan, lawan state level kat Gombak, minggu berikotnye. whooooaaa!! sumbat nih, sumbat... besor laa tanggungjawab dan amanah yang diberikan...huk huk. bilakah aku punyai masa nak mengajooorr.. bila plak nak tanda2 buku budak, nak siap2kan folio bagai.. wuwuu... apakan daya.. "saya yang menurut perintah"

21 April 2012
sekolah ganti.... sempena raya haji bulan 10 nanti.. wuwuuu.. nak rehaaaaaaattt~~~

23 - 26 April 2012
yeaaaaaahhh!! minggu kemuncak kesebokkan!! merantau la aku bertugas outstation. hahaha. ye la, dah tak kje kat skola, memang outstation la kan. di SM Teknik Gombak, berlangsungnye kejohanan sofbol majlis sukan skola2 selangor (state level). berkampung la segala team2 power2 dari berbagai daerah kat negeri merah kunin nih. peergghh... cuak beb. sendat perot memikior opponent yang grand2, yg lagi berpengalaman. hehe.. dan kecuakkan aku tu berasas la... kitorang tak mampu pegi jaoh, team yg aku bawak dpt tmpat ketiga kumpulan je. sedeyh betol... wuwuu~~ takpe lah kot. pengalaman mematangkan, insyaAllah. tahniah ye anak2! usaha korang2 chekgu hargai sgt2. sori termarah, tertinggi suara, terjerkah bla bla bla... standard la coach kan. hahaha =p

hehe... habes sudaaa kesah softball kali ini~~ err.. softball je kot. next week ada tugas baruuuu... heh??

2 Mei ... sampai bila pon aku taktau...
dilamar sebagai guru tari pandu puteri tunas. aaaaarrgghh!! T____T ye, memang aku suke menari. memang jiwaku rona2 seni. tapi.. tapi tapi... start tarikh tu, kena datang skola tetiap hari kul 12. ajar budak menari dari kul 12 tghari sampai kul 1... uwaaaaa >.< tu belom campur kena kareograf choir sempena hari guru ni pulak! mati laa cemniiii~~~ hahaha. but then again... inilah hakikatnye keje sebagai chekgu. =) so, sape cakap kje cekgu senang? hehehe

ngeh!!... amende aku membebel nih. hahaha. jom! layan telatah bebudak yang sempat aku simpan dalam memori. ^^

*****

kelas : yeaaaayyy!! sir masuk kelaaaaaass!!
aku   : hello class. kenal cikgu lagi tak?
kelas : kenaaaaaaaalll~~
aku   : rindu cikgu tak??
kelas : rinduuuuuuuuu~~
aku   : ingat nama cikgu lagi tak?
kelas : ingaaaaaaaattt!! sir azhan zaffuaaaaann!!
budak : sir azlan typewriter!!

*****

budak : sir, kenapa sir...
aku     : em? kenapa apa?
budak : err... kenapa sirr.... gelap?

yes... semua kelas yang aku masuk, mesti ada budak tanya soalan tu...=__="

*****

budak : sir, sir pegi mane? kami semua rindu sir.
aku     : tipulah. manade kamu rindu sir.
budak : betol sir. kami hari2 pegi masuk bilek guru, cari sir. tapi sir takde..
aku     : *senyum... speechless. touched.*

*****

budak : ustaz, kenapa ustaz gelap?
aku     : saya kena kerja tepi pantai, atas gunung, dekat dengan matahari. sebab tu terbakar.
budak : kesiannye. nanti hari guru saye bagi ustaz ubat. bagi baik kulit ustaz yg terbakar ni

*****

budak : sir. sir pegi mane. sir marah kami ke?
aku     : tak laa.. sir tak marah kamu pun. kenapa?
budak : cikgu cakap sir marah kami sebab kami nakal. tak dengar cakap sir. sebab tu sir tak masuk kelas.
aku     : aaa... ok. memang sir marah. kalau kamu tak dengar cakap sir, tak buat keja yang sir bagi, sir tak masuk kelas kamu dah lepas ni. ok?
budak : alaa sir... masuk la kelas kami... kami baik dah sir...

*****

aku        : kenapa ramai tak datang hari ni?
budak A : ramai yang balik kampung, sir.
budak B : saye pun taknak datang isnin nanti, sir. mak saye kate isnin cuti sampai selase
aku         : berapa ramai yang taknak datang isnin minggu depan?
22 daripada 35 budak angkat tangan...

*****

budak : tiicher, kenapa tiicher ... jadi gelap?
aku     : cikgu kerja kilang kicap hari tu, sebab tu jadi macam ni. tengok ni.
aku pun tunjuk la lengan yang sekerat 'burnt' sekerat cerah...
budak : oh. tiicher, tiicher kawen la dengan kakak saye. 
aku     : kenapa pulak cikgu kena kawen dengan kakak kamu?
budak : sebab... kakak saye keje hospital. kakak saye putih, macam tiicher dulu-dulu.
aku     : lepas tu?
budak : kalau tiicher kawen dengan kakak saye, nanti tiicher jadi putih balik. saye pun boleh dapat adik baru.

*****

budak : sir, harijadi sir bile?
aku     : kamu agak2 bila?
budak : em... same dengan saye kot.
aku     : ye? harijadi kamu bila?
budak : same dengan sir laaa~

*****

p.s; kalo korang follow twitter aku - @MerchantofMilan (sempat lagi promo tu...) maybe korang noticed aku ada tweet2 pasal seram2 kan? even kat facebook pon aku ada update ... hehe...

yep. aku akan bongkarkan segala yang boleh dalam entri2 lepas nih. kisah benar ye... hihihi... tungguuuu~~ 

Sunday, April 15, 2012

Battleship (2012) - Movie Review


Battleship 2012

okes... haritu Battleship trending worldwide kat twitter. especially on its opening day. so.. maksudnya, filem tu menjadi sebutan la. hehe

bagi korang yang tak tau... Battleship ni diamik sempena nama sejenis board game oleh Hasbro. dan memang permainan tu jenis strategy, perang2 kapal perang di laut. kecik2 dulu aku pernah ada game ni satu set... erm, aku da tak ingat camna boleh missing in action bendalah tu. hikhik. tapi permainan tu best!


Battleship classic game


actually movie ni punya promo dah lama... lepas transformers 3 haritu dah ada dah. tapi ramai dok fokus kat The Avengers yang nak tayang bulan May nanti. so, battleship ni tak la disebut-sebut sangat.... sampai la keluar kat wayang dua-tiga hari lepas.

aku sebagai peminat filem aksi sejati, agak ter-excited la nak tengok kan. nak2 pulak citer yang ala2 military, perang2, letup2 bagai nih. oh well, boys will be boys. chewah! hahaha. so punya semangat nak tengok, semalam aku pegi Alamanda, konon2 nak tengok la. wahh.. GSC Alamanda bukak 4 panggung serentak hanya untuk tayang Battleship. pergh~ siap 5 kaunter khas untuk citer ni je!


Battleship (Japan)


aku pon berjaya la selit2kan diri dalam barisan yang padat dengan manusia yang beratur nak beli tiket, nak tengok Battleship. agak2 45 minit jugak la nak sampai kat hujung line beratur tu. sabar punya sabar... sekali aku dah nak sampai kaunter dah - GSC buat pengumuman... seatings utk kesemua 4 panggung tayangan Battleship... sold out. full house beb!. keji siot... =___="

sebab tu la aku culik Yazid ajak tengok citer tu arini... haha. nasib la mamat hensem tu sudi. same place, alamanda. tayangan kul 3. wheee! finally!!

orait. itu mukadimah. ni baru nak masuk isi2 penting pasal citer tu. hehehe

******

Battleship citer pasal kapal2 perang, dan peperangan sehari-dua dengan makhluk asing. simple je. citer dia tak meleret-leret sampai 4-5 tahun pon. start perang hari ni, esok dah abeh. hahaha. plot dia? ok. ada pihak yang jumpak planet asing yang kononnya mirip bumi dan boleh tampung kehidupan. so dorang bina satelit apa ntah kat Hawaii, dan hantar signal ke planet tu untuk try berkomunikasi - kot2 ada makhluk~

sekali tu... lepas hantar signal ke sana... makhluk asing kat sana pon reply~... dan bukan takat reply balas signal. dorang hantar rombongan teros ke bumi. 5 bijik spaceship teros. gedebak gedebik gedebuk, alien2 tu sume landing la kat lautan pasifik...



... yang kebetulannya masa tu hari RIMPAC. amende tu? hari spesel bagi negara2 yang ada armada tentera2 laut (Navy) yang berkaliber... senang cakap awesome habis la~ hehe. so masa dorang tengah nak buat latihan peprangan laut tu, masa tu jugak lah kapal2 angkasa alien tadi tu landing kat bumi... betol2 dekat dengan tempat latihan dorang.

so kat situ mula la dorang discover yang alien dah datang nak bikin onar kat bumi. motip sebenor alien2 tu bertandang ke bumi... aku sendiri tak pasti. tah2 sampai je sini, teros buat kacau. macam jiran korang yang takde adab laa... datang rumah orang, dah la tak dijemput... pepandai je masuk dapur, amik nasik lauk2 semua, makan. lepas tu buat semak dalam rumah. hahahaha

in the end... macam biasalah... hero dan perwira perang menyelamatkan keadaan~ sekian saje cerita 2 jam 11 minit ituu~~ hehehe

*****

huh? aku review macam hampeh? LOL! aku tak kata pon aku nak review bagi korang puas hati. ekeke. ok2, aku nak tambah sket2 lagi. ^^

bagi aku, cerita ni agak lemah dari segi plot. bagi yang kurang rajin nak berfikir, citer ni syok la layan. plot dia simple - alien datang buat kacau --> kita tak suka alien jahat --> kita hapuskan alien tu --> bumi pon selamat. senang kan? dah la perang lebeyh kurang 24 jam je. ekeke. haa.. kemudian, macam biasa lah. bila cerita pasal ketenteraan Amerika ni, kita pon tau macam mana dorang punya gah kan. dan itulah yang nak ditonjolkan jugak - US Navy is the best in the world. =) ok tak nafikan, ada bantuan panglima perang dari Jepun (yeaaayy!!) tapi... armory, fleets, war naval semua tu US punya. yang tewaskan alien tu pon, US Navy, guna battleship US. kapal Jepun awal2 dah karam... hahaha. pendek kata, if it's not an American who saves the day, nobody does. hehe




kalo nak cakap kekuatan cerita... em, tentu2 kat grafik dan aksi letop2 dia la. sape suka cerita transformers, most likely akan suka cerita ni. memang epic laa dia punya kebaboomm segala bagai. kalo ada 3D, mungkin lagi cun. hehe. kendian... citer dia tak serius sangat. ade je part yang korang boleh gelak, or at least senyum - even masa2 kritikal tengah tembak2 letop2 tu. hihi.

oh! erm... nak cerita ke tak eh... kang klo cakap jadi spoiler plak. haha. takpe lah, aku cakap sket2 je. dalam cerita ni, nama Navy Malaysia ada disebut, tahu? seingat aku... yang tersenarai dan disebut dalam citer nih... erm.. Jepun, Malaysia, Australia... ada lagi tapi aku lupa. FYI, angkatan laut Malaysia memang diiktiraf US sebagai antara navy yang terbaek di dunia. ini fakta tau, bukan tipu2. lagipon, Malaysia antara rakan dagang Amerika yang kuat. jadi, tak salah kot dorang nak amik hati kita dengan selitkan 4-5 saat mention pasal Malaysia. at least benda baek... tak macam kisah Black Hawk Down dulu tuu.. if you know what i mean. ^^


tak lengkap kalo tak cerita pasal hero - heroin Battleship. ok la jugak. scene dorang bercium ada 2 kali je... awal2 cerita tu agak rrrawrrr jugak la. kalo yang bawak anak2 kecik tu.. maybe kena tutupkan mata dorang bagi mengelakkan soalan2 lanjutan. hahaha.



lastly! aku punya prediction selepas tengok cerita nih... dan kalau lah cerita Battleship ni meletop kaw2.

1. permainan klasik Battleship akan jadi popular semula. silap2 Hasbro akan keluarkan edisi2 khas Battleship.

2. harga permainan Battleship dan model2 permainan (collectors item) akan naik. sebelom2 ni takde la mahal sangat... siyes.

3. ramai yang berminat nak jadi tentera laut / Navy.

4. ramai yang berangan nak bersuamikan seorang Navy. (sebab hero2 dia hensem~)

5. orang akan kaitkan Malaysia sebagai supporter Amerika. hahaha...

6. Rihanna akan muncul dalam banyak lagi filem.

7. filem2 bertemakan patriotism akan bercambah dan ada market yang lebih baek. tak lupa jugak kat filem Titanic 3D... =p

8. para gamers akan mengagung-agungkan game Halo (kenapa? hehe... tengok cerita ni baru tau)

9. para pengkaji dan extra terrestrial believers akan buat review serius mengenai alien2 yang digambarkan dalam cerita ni. pantang betol dorang nih... ekeke

10. hubungan baik antara Jepun dan Amerika semakin erat, dan Amerika akan terus digambarkan sebagai penyelamat dunia.



wheee~~ puas baca? penat laa... takyah pikir banyak. ada rm 12, pegi beli tiket, tengok sendiri. then reflect. ok? ^^

Saturday, April 14, 2012

Pulangkan (versi PTPTN)



Pulangkan (Misha Omar) versi PTPTN

 (Ex-student)
 Sedikit bunga yang menggoda
 Sekadar dipandang usah dibayar
 Kau pasti tak percaya
 Duitku bukan
 Untukmu sayang...

 (Pegawai PTPTN)
 Tiada kusangka kau sungguh kejam
 Kau peramkan hutang yang kau pinjam
 Namun takkan bahgia kehidupanmu
 Bila engkau berkonvo
 Kau milikku

(Pegawai PTPTN)
Pulangkan hutang-hutangku~

(Ex-student)
Oh hentikanlah menghantuiku...

(Pegawai PTPTN) 
Pulangkan oh pulangkanlah padaku~~


(Ex-student)
Kupulangkan semua hutangku

(Pegawai PTPTN)
Yang dikau peram tanpa relaku~

(Ex-student)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih~~

 (Pegawai PTPTN)
 Tiada kemaafan di sini..
 Kau hutang tak bayar sesen pun lagi
 Akan kujejakimu ke mana jua
 Hingga akhir masa
 Sayaaaaanggg~~ 
heeeee...

Lagu : Pulangkan (versi PTPTN)
Penyanyi : Pegawai PTPTN dan Ex-Student IPT
Lirik: Unknown
Komposer : yang kompos lagu Pulangkan - Misha Omar

All rights reserved. (c) ^^


lagu ni dah lama.. zaman2 friendster dulu dah wujud. saje la aku up-kan balek... bersempena dorang dok kecoh2 hal PTPTN sekarang ni kan. ekeke. jangan marah haaa... =p

Wednesday, April 11, 2012

Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 14


Assalamualaikum

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.

Patik berbesar hati dengan penuh takzim ingin mengambil kesempatan 
merafak sembah menjunjung kasih
sempena sempurnanya
istiadat pertabalan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
dan
Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon


sebagai

Yang di-Pertuan Agong ke-14
dan
Raja Permaisuri Agong

pada hari ini, 11 April 2012, bersamaan 19 Jamadil Awal 1433 Hijrah
dalam satu majlis penuh istiadat Diraja
di Balai Rongseri, Istana Negara


*****

Baginda Tuanku mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Sultan/Raja pertama di negara kita ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kedua kalinya. Tuanku Abdul Halim pertama kali menjadi Ketua Negara bagi tempoh lima tahun bermula 21 September 1970 hingga 20 September 1975 sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, bersama Isteri Pertama Tuanku iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah. Ketika itu baginda Tuanku berusia 43 tahun.

Menerusi Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, Tuanku Abdul Halim dilantik mengikut Sistem Giliran yang diamalkan sistem pemerintahan beraja negara. Hari ini, pada usia 84 tahun, baginda sekali lagi selamat menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon.

*****

Dengan demikian, patik bersama rakyat jelata
menjunjung kasih taat setia
terhadap negara dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan Raja Permaisuri
Semoga Malaysia bertambah makmur dan sentosa di bawah naungan duli Tuanku.

Daulat Tuanku

Saturday, April 7, 2012

Hanya Sekepal Dua - Tujuh

Assalamualaikum, salam sejahtera.

apa khabar Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand? how's your day, Jepun, Australia, United Kingdom, Mesir, Amerika? ^^

lama aku tak menulis dalam siri sekepal dua ni. wuwuuu... thank you, terima kaseh kat korang yang tanya khabar. kenapa lama tak menulis, tak update, etc etc.

actually bukan aku malas. tapi... ada dua kekangan. satu, kekangan masa. humangai.. banyak botul kojo den duo tigo minggu lopeh. ado yo den kono buek eh. siang malam pagi potang! wuwuuu...

sekolah lantik aku sebagai head coach utk team softball. ok la tu...alhamdulillah, diberi kepercayaan. tapi kan... sebelum2 ni sekolah ni takde pasukan softball. so ni first time buat team, memang kacau bilau sket la... dah la pulak, tournament antara sekolah peringkat daerah kuala selangor only a few weeks daripada minggu team ni ditubuhkan.

siyesly cakap... memang tak cukup masa nak train budak. nak pulak budak2 yang main semuanya budak pagi (darjah 5 dan 6), dan aku pulak ngajor petang... memang serabut lah. previous week paling hectic. pagi petang kena train budak2. tetiap hari datang pagi, coaching dari pukul 8 smpai kul 10.30. budak2 tu tak masuk kelas. petang pun kena train dorang gak - kul 4 sampai 6.30. dah aku pulak yang tak masuk kelas...adeh laa~~

bukan apa, kesian kat budak2 yang aku ajor... asik tak masuk kelas je... tapi nak buat camne kan. dah itu arahannya... siap kuar surat lagi. kena steady jugak lah. em..

keduanya... aku demam. demam teruk.. 2 minggu straight aku demam kuat. tak baek2... even dah pegi klinik, dah amik ubat. dua kali aku pegi klinik. ubat pon sampai habis dah. sekarang? still demam... haih~

bukan la nak mengeluh.. tapi.. letih jugak la dalam situasi sekarang. dengan sekolahnye, dengan saketnye... memang tak fit for work. siyes... saket kepala memang jem. pastuh dengan panas badannye... awal2 hari tu suhu cecah 38.6 darjah celcius. ngee.. memang lunyai la seminggu pertama tu. muntah je kejenye. lagi terok muntah bila makan dan makan ubat. tido plak tak cukup, asik terjaga... pastuh takleh lelap. memang takde istilah rehat yang cukup...huk..

tapi tu la... orang cakap saket ni, kifarah dosa... aku pikir positip camni je - dosa aku banyak sangat, so Tuhan bagi cleansing process dengan saket camni. lagi teruk saket, lagi lama saket, so insyaAllah harap2 banyak la dosa aku yg boleh dihapus... wuwuu~~ ameenn~

okes. aku taknak bebel panjang pasal aku. itu bukan tujuan entri kali ni. haha. nah, aku letak banyak sket koleksi dialog budak2 yang sedikit sebanyak jadi pengubat duka dan lara aku time2 saket.. hehe. enjoice!

*****

budak A : sir, sir pernah pegi London?
aku         : tak pernah. kenapa?
budak B : sir, saye pernah pergi London!
aku         : oye? London tu dekat mana?
budak B : dekat rumah tok saye.
aku         : rumah tok kamu dekat mana?
budak B : dekat Kedah

*****

aku     : what is 'flood'?
kelas   : daraaaahh
aku     : no. that one is 'blood'. flood maksudnya banjir. hah, kamu! main2! what is blood?
budak : eksiden!

*****

budak : sir, nak pegi tandas~
aku     : in English...
budak : sir, please go to toilet.

*****

budak pompuan : ustaz, kenapa budak laki kene sunat?
aku                    : errm... kamu rasa kenapa?
budak pompuan : sebab kalau tak sunat nanti tak boleh kawen.
aku                    : haa... betul la tu~~ kenapa kamu tanya? 
budak pompuan : sebab saye nak kawen dengan E bila dia besar nanti. 
aku                    : kenapa tak nak kawen sekarang?
budak pompuan : saye kecik lagi... dia pun tak sunat lagi...
aku                    : mana kamu tahu dia tak sunat lagi?
budak pompuan : dia cakap kat saye

*****

budak : sir... M cakap sir hensem.
aku     : tipuuuu...
budak : sir, kami baru lepas solat sir. kami tak tipuu. tak boleh tipu lepas solat
aku     : oohh... habis tu waktu lain boleh?
budak : boleh! haritu sir cakap jangan tipu sir je. tipu orang lain takpe
aku     : cikgu gurau laaaa~~ =__="

*****

budak A : pinjam pensel warna
budak B : takde. aku tak bawak arini
budak A : alaaa... habis tu kau tak bawak kaler (colour) ke?
budak B : bawak! 

*****

budak lelaki       : sir, nak sharp!
aku                    : okay
budak pompuan : sir, nak menggeruk pensel
aku                    : ha??  (diam kejap...) oooohh!! oh, ok. ha pegi2.. 

*****

aku    : what is this? (lukis gambar kapal terbang kat whiteboard)
kelas  : aeroplane!!
aku    : how do you spell aeroplane?
kelas  : a-e-r-o-p-l-a-n-e, aeroplane!
budak : tiicher! kenapa tiicher eja lain??
aku    : EH!! 

yeah... aku tulis AEROSMITH. hahahahaha xD


p.s;.. lapaaar... siyes tengah lapar skrg nih...=(

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday - Budak Kampung


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Terima kasih, abah... sebab ajar adik berenang sejak adik kecik lagi

adik rindu abah

Ramli bin Pilus
(13 Nov 1938 - 5 April 2007)

Al-Fatihah

Monday, April 2, 2012

Restoran Yang Mengkucar-Kacirkan Pemikiran

tadi lepas maghrib... aku lapaq sangat2... so sementara berselera di kala demam nih, aku decide nak makan.. since aku tak makan apa2 pon hari ni... bukak posa dengan air paip je tadi. ehe..

cut it short, aku pegi round2 taman astakona... err, bukan. taman shah alam 2.. area2 shop-lot dia tu. hm.. banyak gak kedai makan. tapi tetau nak makan apa~

tetiba aku terpandang satu kafe ni... nii... nii~ (tengok gambaq)




macam best... so aku tengok2 la menu dia~~ huih. semua makanan arab dan western. ngee.. dalam wallet ada suploh hengget je. T____T

tetiba aku terpandang kat satu lagi stream kafe ni.. "nasi ayam - RM 4.50" waahh! cara lah! ok masih dalam bajet. set. makan sini. wheee~ ^^. anyway.. itu makanan paling murah kt situ. hahaha

so aku order nasik ayam satu set, dengan barli suam~ 

aku perati la keliling... hensem jugak deco dalam kedai nih.. 



tu kat depan tu.. ada ruang untuk live performance ouh! ok takde tarian tiang , excuse me... tapi live band tetiap malam pukol 10 onwards... tak sure lak tutup kul berapa kedai ni.. 

haa... ingin aku tegaskan. owner/pengurus kedai ni ialah melayu... restoran ni bertemakan arab. tengok contoh2 makanan dia ek..



tapikan... hehehe

yang mengkucarkacirkan otak aku ialah... 

1. restoran ni tema arab... tapi .. dorang pasang lagu (background music) bahasa Spanish! siyesly!! mula2 aku noticed lagu O Sole Mio - nyanyian arwahnye Luciano Pavarotti! lepas tu... lagu Granada nyanyian Jose Carreras!! 

korang tak pernah dengar? sila youtube tajuk2 lagu dan penyanyi tersebut. yes macam sangat awesome aku tahu lagu2 seumpamanya beserta penyanyi sekali... but what can i say~ that's the fact. bwahaha =D

ok. seriously, dorang tak pasang lagu arab, or english, or malay... lol!


2. pemilik orang Malaysia. restoran tema Arab. pasang lagu Sepanyol. tapi jual... air... air...



hahahahahahahahaha. kau hado!??? xD


kalo korang nak merasa suasana international dan multicultural semasa makan... meh la ke kafe nih. tak tau kat mana, takpe... be my guess.. maybe next time dia pasang lagu Jepun pulak? ekeke ^^