About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Sunday, March 31, 2013

Di Sebalik "Fine" Si Dia


assalamualaikum! hai saya demam. saya ok.

orang kata... pompuan ni biasanya mulut cakap laen. tapi hati cakap laen. tak tally. alignment lari. hahaha. betol ke? okeh. berdasarkan pengalaman pembacaan dan kajian yang aku dah buat, ada jugak la beberapa indikator yang bleh kita gunapakai dalam nak detect maksud sebenornye di sebalik frasa2 feveret gegadis comel pashmina dan shawl nih. aku list-kan the top 5!





1. "Fine"

ini paling fofulerr. ko tanya la apa pun.. kalo dia jawab "it's fine" or "i'm fine" or seumpamanya tu... take note - it's not fine. lagi2 kalo korang tengah serabut2 buat pilihan nak tetapkan warna baju pengantin nanti ke, tengah argue nak balek kampung mana bila raya nanti ke... sampai satu level dia cakap "fine" tu.. maknanya dia fedap dah. uhuu... awkward moment 4 saat~


2. "Ikut awak lah"

bunyik macam bagi permission kan. haha.. silap banyak aa kalo korang pikir camtu. biasanya pompuan cakap camni bila dia dah malas nak dengar alasan korang. cakap camne pon tak guna.. so? hehe.. dalam bahasa lainnya, "ikot awak lah" ni boleh dibaca sebagai "lantak lah" .. or kasar sikit.. "mampos ah" . hahaha


3. "apa-apa je"

dia langsung tak maksudkan apa2 je. actually dia nak jugak yang dia nak tu. siyes. tolong la take note. kalo korang buat taktau je.. nanti kuar la ayat baru.. like "awak tak pernah cuba pun nak paham saya!" .. been there? ekeke


4. "nak kena diet"

dia taknak pon. dia nak makan cam biasa je. cuma dia rasa tak comfortable bila tengok orang laen konon2 lagi slim daripada dia. rasa insecure gittew~ hiks. so nak buat apa? reverse psychology je. dia just nak dengar korang cakap "takdelah. tengok ok je" or "takpayah ngengada. nak keding camne lagi? cam bini popeye?" hahaha . senyum la dia lepas tu. teros ajak gi makan. luls!


5. "awak rasa?"

bunyik macam dia bagi option kat korang utk buat pilihan. or tolong pilihkan. well.. it's not really 50-50 kinda thing. dia dah ada something in mind. mesti salah satu drpd pilihan yg ada tu dia dah pilih. ekeke. keje korang ialah tanya balek dia prefer yang mana, kenapa, etc etc. then... agree on that. tah-daaahh!! first world problem solved. xD


tu semua cara2 nak decode bahasa orang pompuan la. and cara nak elak daripada keluar ayat "lelaki semua sama." hahaha. 

eh kejap. korang ingat pompuan je ada ayat2 lazim camtu? laki pon ada tau. tapi maybe maksud dia berbeza banyak sebab lelaki biasanya lebih telus daripada pompuan, apa yang dia cakap tu maknanya itulah yang dia maksudkan sikit la. jom tengok top 5 jugak!

one difference between men and women



1. "Fine"

fine. itulah. memang fine. kitorang ok je. siyes. no, really. apsal pompuan susah sangat nak caya ni? hahaha


2. "Ikut awak lah"

siyesly, memang nak ikot awak. je. kitorang takde idea dah ni nak makan kat mana, nak study kat mana, nak tempah baju kat sape, nak order kek bila... kalo kitorang ada idea kitorang dah cakap. masalahnye takde. so ikot awak lah, ok? ^^


3. "apa-apa je"

awak rasa baju tu cantik? ok. oh awak tak berkenan pulak baju tadi, nak baju yang purple tu? yang hijau tu? aa. ok. siyes. =)


4. "tak payah kot"

lelaki kalo cakap "tak payah kot", maksudnya dia dah pikir 2-3 ratus tahun ke hadapan. dan dia maksudkannya. so kalo korang buat jugak wlopon dah dengan titah "tak payah kot" tu... kalo jadi apa2 nanti korang akan dengar lak ayat.. "orang cakap taknak dengar..." . uhuu.. rasa ditikam-tikam tak? =p


5. "awak rasa?"

ni umpama nak tentukan hidup dan mati. so kalo korang pilih A, maka A lah yang akan dia pilih. kalo B, maka B lah jadi pilihan. tapi don't worry, kalo jadi apa2 yang tak best upon pilihan yang korang cadangkan tu, lelaki takkan salahkan korang ye gegadis somell bertudung bawal sekalian. dorang akan nyesal sket sebab tak pilih option laen, tapi apadehal... we keep calm and carry on! #winwalkwave . auuumm





soooo.... komen? (mati laa aku kena bash pasni...) hahaha


Friday, March 22, 2013

10 Tanda Korang Kena Friendzoned [WARNING - Truth Hurts]



olla senoritas! besame mucho. luls~ ^^

lately aku banyak dengor orang kena sailang. wuhuuu... kesian kat yang kena sailang tu. musti marah gegiler kan? em em... tapikan... kalo kena sailang korang rasa marah (maybe).. kalo kena friendzoned, korang rasa camna ek?




wait.. korang tau tak maksud friendzoned tu apa? mihmihmih... itu perbendaharaan kata yang baru. baru je fofulerr setaon dua kebelakangan nih. sama naik la dengan sailang. hehehe. friendzoned tu maksudnya macam "just friends" la... or dalam ertikata kasor sket... orang tu maleh layan kau lebih2 macam yang kau harapkan. aww... 

penah kena? penah buat kat orang? atotototo... hahaha. aku nak share kat sini, apa tanda-tanda korang kena friendzoned dengan beliau/mereka. sila tabahkan hati siap2.. =p


1. Tak pernah mulakan call/mesej

asik2 korang je yang call. asik2 korang je yang mesej dia. dia reply jugak... tapi tu la. reply je la. takde lak nak tetibekan hari korang dengan mesej "hai. watpe tu?" atau "morning! dah sarapan?" or "sehat?" macam yang korang dok buat almost hari2 tu kan... satu yang korang mesej, satu la dia reply. try la bila2 pon, centu gak gayanya. sah la, korang kat level 34 of friendzonalization. hiks~


2. Selalu keluar dalam kumpulan yang ramai

kalo betol orang tu nak kenal korang je... takdenye dia soh roger satu batalion kawan2 yang korang kenal untuk keluar sekali. ngehngeh... memang killjoy la bagi korang. tapi bagi dia, lagi ramai lagi baek. dia just taknak korang pikir bukan2. kata kawan~~ .. =p






3. Jarak

tak kesah la korang duduk ke, berdiri ke, berjalan ke... mesti berjarak punyalah dengan dia. kalo makan semeja tu.. payah la korang nak dapat dok sebelah or betol2 depan dia - unless kawan2 korang bersubahat dah pakat reserved seats sendiri. camne nak detect fungsi jarak ni? makin dekat korang dengan dia, makin tak banyak dia bercakap dengan korang. hakhak... terasa tak? sila2. xD


4. Sembang takde objektif

sembang lebat ni bukan maksud aku dia menipu. tapi ... dia sembang segala macam tok nenek topik dengan korang. tak berfokus langsung. kalo betol nak kenal orang, korang akan sembang hal2 hidup masing2 - cakap pasal kawan2, keluarga, kerja/kerjaya, interests and preferences... seumpamanya lah. tapi tengok2, dia ajak sembang pasal drama tv semalam, pasal banjir, pasal jiran dia gaduh... yang pelik2 ah. hihi... sedor2 le yang korang ni tengah menuju ambang kehampaan. luls~


typo kat situ. "Hit Like An Arrow" . malas nak edit. luls~

5. Ada je alasan
selalunya kalo orang tu betol2 nak kat korang, or at least nak bagi korang peluang... dia akan sedaya upaya carik peluang nak kenal korang. tapi tapi... bila korang ajak kuar ramai2 main boling, dia kensel. bila ajak pegi charity event pun dia kensel. tapi bila kawan laen ajak ... nak pulak dia. haa... bukan nak ngelak daripada korang. bukan tak suka. cuma korang ni tak berapa nak penting sangat bagi dia. uhuk.. tak reti-reti bahasa lagi? atototo... jangan aa nanges, baru 5.. ada lagi 5... simpan dulu ayor mata tu ye. hahaha


6. Cakap pasal orang laen

dalam korang sebok2 nak kenal dia... korang pon tanya la, orang camne yang dia suka. dia pon cerita la ciri2 orang tu bagi menjawab soalan korang. tup tup dia sebut "kalo macam si mat luthfi ----- ok jugak kan? hahaha" or "saya suka la tengok anwar hadi ------- tu. sejuk je mata!" or "bertuahnya kalau dapat kenal aiman azlan ----- tu?" ... dah kena pulak ciri2 yang disebut tu banyak takde kat korang... hoho... lagi mau tanya ka? xD





7. Cuba kenenkan korang dengan kawan dia

hahaha. ini ultimate joykill orang kata. elok2 korang berkenan kat dia ni.. tetiba dia boleh cakap yang kawan dia tu nampak sesuai dengan korang. dia pon cerita la pom pang pom pang pasal kawan dia tu - dengan harapan/niat nak kenalkan korang kat kawan tu. dia bukan apa.. sebagai kawan, dia nak tengok korang gembira - dengan orang lain. -_____- tak ke korang rasa awkward ... laen yang dihajat, laen yang nak dapat. hihi.. tu tandanya dia tak berapa into you... em em..*pats shoulder*


8. Kurang eye contact
well... maybe dia ikot tuntutan agama. kena redupkan pandangan. jauhi zina mata, zina hati, zina segala jenis zina. tapi secara psikologinya, less eye contact = less interested. bayangkan la, korang dok sembang2 dengan dia ni... korang tanya, dia jawab. korang buat lawak, dia gelak - tapi mata melilau. kekadang sambil jawab soalan korang or gelak tu, mata dia dok tenung henset kat tangan ke, tengok kiri kanan, perati orang lain ke... aa.. korang dah boleh start tekan X kat penjuru kanan browser korang ni ye... hiks



9. Tak banyak tanya 

korang dengan semangat membara nak ta'aruf ni kononnya - tanya soalan memacam! dia pon dengan steadynye, jawab je sume soalan kau. tapi kan... kenapa korang je yang tanya, dia je jawab? bila lak dia nak tanya? sampai terpaksa korang jawab soalan yang korang tanya kat dia tu just sebab nak intro-kan diri. ngee... nak tunggu dia tanya.. memang harapan laa.. em em


10. Gelap masa depan

takde. takdenye dia nak cakap "jumpa lagi insyaAllah" atau "next time ye!" atau "thank you so much for today!" ... memang tak la~ hewhew. sebaliknya, korang yang gigih cakap "kalau ada jodoh, jumpe lagi ye. eh" pastu gelak2 konon2 lawak.. padahal dia senyum je dengar, takde respon verbal pon. hak... finishing yang memang finished ah bagi korang. luls~...




amcam? teguh baca sampai abes? kental jiwa korang ek.. walopon korang yang buat semua2 tu kat friendzone-list korang. hahahaha xD

em em... a friendly reminder. tak semua yang aku cakap kat atas ni betol tau. jangan buat rujukan abadi pulak. ~.~ banyak je faktor yang memungkinkan dan menidakkannya. jadi, pepandai korang la nak nilai dan buat pertimbangan. all in all, berusahalah ke arah yang halal dengan berlandaskan cara islam dan syariat. insyaAllah~ ^^


dah. jangan nanges dah. k? hihi..



Friday, March 15, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhtiga


assalamualaikum. salam sejahtera. dah khatam quran? ^^




uhuuu... bulan yang sebok!! segala tok nenek dorang nak buat dalam sebulan dua yang mulia ni. tiada istilah honeymoon ataupon hari raya ye kawan2. everyday is busy day.

standard la kot... kalo bab pengurusan pentadbiran tu, segala data diri dan kerjaya kena key in. kena register. e-ooperrasii lah, e-espiyelji lah, e-gtukar lah. eh. hihi... (maaf segala singkatan dan shortform terpaksa dicacamarbakan bagi mengelakkan carian2 hot golongan pendidik masuk ke blog ni...=p) ha! lepas tu dengan aku jadik setiyausahaa pepereksaan dan pnyelaras bersama espipibies lagi... kne daftar cekgu, kne daftar kelas, budak... kalo sikit takpe gak. ini... huuu... tabah2..

tu baru hal2 kepengkeranian. blom aku citer hal kelas. haha.. time2 ni la kementewian nak turon, jabatan pelajawan nak turon, nazeerr, pipidi.. semua lah! nak tengok skola lah, kelas lah, cekgu lah... dengan budak2 aku sendiri blajornye tak seberapa, kejenye lagilah ntah kemana... mana aku tak garu kepala? luls... 

siyes. hampir hari2 aku jadi abah kat anak2 aku ni. mithali tak mithali, tu aku tak tau la. yang aku tau, segala kebajikan budak2 ni memang atas kepala dengan bahu aku lah. kejap2 budak demam... kne antor gi klinik. tak pon antor balek rumah. kejap2 budak injured jatuh luka... kne rawat luka tu time tu jugak... kejap2 budak muntah dalam kelas.. kne jadi cleaner kejap, bersihkan muntah dorang tu, then salinkan baju seluar semua. hm hm.. tinggal budak2 ni tak panggil aku abah/ayah je lagi. hahaha

dah tu.. musim2 ni jugak laa segala kejohanan sokan nak diadakan. bola baling pon time ni, olahraga pon time ni, takraw, bolasepak, softball, kawad kaki, kompang formasi, pertandingan tarian... ngee...

aku head coach sofbol. memandangkan sofbol bukan sukan utama skola nih, jadiknya budak2 aku pon bukan la dalam kalangan "tetap dan berpencen". hahaha. rata2 memang atlet, tapi dorang join sukan laen gak. dah tu? haa... time training musti clash. cekgu2 laen dah booking budak2 ni utk team dorang... dah tinggal laa aku dok polish yang mana ada. hewhew... at the same time boss suroh aku assist team tarian; jadik pengurus dan jurulatih tari ... serta... jurulatih kompang formasi. ngaaa... yang lagi saket kepala, pertandingan tiga2 bendalah tu suma dalam 2 minggu yang sama nanti! brrr.. kalo buleh cerakin2kan badan aku nih, aku dah divide 4-5 dah. hahaha

so.. itulah secara ringkas idop aku lately~ pagi kul 7.30 dah berkayuh ke skolah, treneng bola lisut sampai kul 10+ .. then kul 12 da masuk skola balek, utk ngajor sesi petang. ada masa2 sket, pikir pasal tarian dgn kompang formasi. sabtu takyah cakap aa... berapa kali je sabtu dalam 3 bulan ni yang betol2 free... laen sume ada aktiviti skola. huhu...

serabut kan? korang baca pon maybe sambil kerut2 dahi. tapi taktau laa kalo korang baca sambil gelak guling2 cakap "padan muka kau, sape soh jadi cekgu? hahaha" kat aku. ekeke.

tapi tu la. rejeki Tuhan bagi camni. ada la yang dia plan utk aku ni, insyaAllah. ^^ naseb laa ada budak2 yang hari2 buat aku tergelak dan hilang tensen dengan lawak2 innocent dorang tu. hihi. yok, dah lama kan aku tak post pasal dorang? korang siap rindu2 lagi... tapi kat dorang la kan, kannye kat aku pon. em em.. hiks.

nah! enjoice!! ^^

****

kelas relief tahun 1
me         : assalamualaikum class
kelas      : waalaikumussalam . . .
budak    : ustaz razif!
me         : ha? kenapa razif?
budak    : sebab saya tak pandai sebut nama ustaz "azhan", jadi saya sebut la nama yang lain
me         : tu kamu sebut betul tu??
budak    : eh.. ha'ah la! 

****

kelas relief tahun 3
budak A : sir! kenapa sir tak ajar kami English dah...
budak B : ha'ah la sir... kami rindu sir~
me          : ye ke rindu? tah2 kamu seronok cekgu tak ajar kamu dah...
budak B : manade sir... kitorang hari2 tunggu sir masuk kelas kitorang
me          : kenapa?
budak A : kalo sir masuk sir slalu ajar nyanyi, main game! tak belajar teruk2!

****

nampak budak teraburkan buku yang dia bawak . . .
me      : haa... bawak elok2 sket *sambil tolong kutipkan buku*
budak : eh ticer jangan la macam ni... malu la kalau kawan saya nampak
me      : kenapa pulak?
budak : ye la... tadi dia nak tolong saya cakap tak payah..
me      : dah tu kamu menyesal la sekarang?
budak : tak la... tapi malu la kalau ketua kelas tak larat bawak buku... err.. ticer, tolong... tapi jangan bagitau kelas saya yang ticer tolong saya tau!

****

me         : baek, cekgu nak tanya... sape kat sini yang dah takde mak atau ayah? atau takde dua2 dah?
ada 2-3 orang budak angkat tangan
me         : ha, kamu... siapa yang dah takde?
budak 1 : ayah. 
me         : oh... sejak bila? kenapa meninggal?
budak 1 : saya tak ingat bila. em... sebab sakit
me         : takziah ye. banyak2 doa kat ayah tau. aa.. kamu?
budak 2 : ayah. baru je bulan satu tadi. eksiden
me         : takziah jugak tau.. banyak2 doa kat ayah. kamu?
budak 3 : ayah saye. dari awal tahun tadi.
me         : em.. takziah jugak ye.. doa banyak2 kat ayah
budak 3 : ok. nanti ayah balek dari kelantan saya cakap kat ayah.


****
budak a : cekgu, dia jatuh!
me         : *sambil tolong budak tu bangun* lenkali jalan elok2, jangan lari2. ok?
budak b : ok. terima kasih ustaz~
budak c : *berbisik kat telinga aku* ustaz... tadi dia sengaja buat2 jatuh sebab nak ustaz tolong dia bangun...
me         : ~.~

****

budak : ticer, ticer dah kawen?
me      : kenapa? kamu rasa?
budak : dah
me      : sebab?
budak : sebab ticer hensem. kalau orang hensem mesti dah kawen
me      : mengarut. ~.~
budak : kakak saya cantik. dia putih macam ticer. dia dah kawen. abang saya tak hensem. dia tak kawin lagi


****

budak : sir, sir kawen dengan cekgu pagi ke?
me      : dah pulaakk... why??
budak : selalu sir datang sekolah pagi2... mesti nak tengok isteri sir. macam ayah saye. selalu pegi ofis mak saye waktu pagi, hantar bekal makan tengahari.
tetiba ada cekgu pompuan lalu ... dia tegur aku...
budak : ooooo....
me      : hooooiii!!

*****

budak x        : cekgu, kenapa cekgu tak main bolasepak?
me                : em? adik cekgu dah main dah.
budak y        : sape?
me                : aidil zafuan
budak x & y : ooooo...
budak x        : ha'ah la. nama cekgu same dgn dia! muka cekgu pon same macam dia! huioo... 
budak y        : lee chong weii tu adik cekgu jugak ke? muka dekat2 jugak..
me                : taklah. itu abang cekgu
budak x & y : ooooo!!
budak y        : ha! kan aku dah cakap dulu cekgu ni cina, ko tak caye!!!


****

budak : ticer, kenapa.. dalam tv.. bila ada orang kiss, kita kena tutup mata? mama saye selalu tutupkan mata saye
me      : erm... kalau tak tutup mata, nanti kuman2 kat tv tu lompat masuk mata kamu. haa..
budak : ticer ni agak2 la nak tipu pon. saye tau la kenapa. tak elok budak2 tengok kan? hehe
me      : dah tu tanya lagi? hish...
budak : saje je test ticer. hehe. .. ticer muka ticer merah!


****

budak I  : ustaz, baby datang dari mana?
budak II : dari dalam perut kan ustaz?
me          : taklah. baby boleh dapat kat farmasi. tak caya balek nanti tanya mak ayah, mana dorang dapat kamu
keesokkan harinya...
budak I  : ustaz tipu!! manade baby boleh beli kat farmasi!!
me          : dah tu?
budak I  : kat jusco je ada!
me          : hahahaha. sape cakap?
budak I  : mak saye. tapi mak beli saye kat jusco. adik saye kat tesco. sebab tu muka kitorang laen.
me          : oooo . . .


amcam? puas? ekeke ^^


Sunday, March 10, 2013

Enche Lejen!


assalamualaikum. hai korang2 yang postmodernists, skeptics, socialists, dan Marxists sekalian. dah belajar bersyukur? =p




ok. entri pendek.


cer korang tengok gambor kat bawah ni...


demi menghormati privacy


nampak? nampak?? hahahaha.

gambor ni masa aku pegi seminar patriotisme dan perspektif islam. event tu buat kat dalam satu lobi besor berhawa dingin. aku ter-duduk kat satu meja ni... which was a hot spot for the veterans. the big shots. Zzz... aku sorang je under 30 kat situ. laen2 sume 40+, 50+ .. orang2 hebat weii!!

tolak tepi hal2 politik yang dorang sembang sampai segala rahsia kerajaan pon keluar dan menepu dalam otak aku. hahaha. apa yang menarik perhatian... tengah dorang dok sembang2 hal2 orang tua.. (which aku suka) tetiba enche lejen ni (aku gelar pakcik lejen sebab whenever dia cakap sumorang diam dan dengar dan setuju.. pergh~) keluorkan beg kecik...

lepas tu satu2 barang dia kuorkan daripada beg tu.. mula2 kertas... pastu tembakau, pastu bunga cengkih, kulit kayu manis, gunting, lighter... hoh! perokok tegar gayanya! klasik!! hahaha. sambil dorang dok kutuk2 kerajaan sembang isu-isu semasa, enche lejen ni pon buat keje menggulung rokok gulung dia. steady je. aku dah tak berapa fokus kat isu2 panas, sebab dok perati dia buat keje gulung rokok tu. ohh.. camtu ke... hehe

dari jaoh tetiba ada orang tegur.. "oi! ko ingat ni rumah ngko ke nak merokok dalam dewan ni oi" sambil diikuti dengan gelak tawa dan senyum sinis.

enche lejen ni selamberr je jawab

"ada kau nampak tanda larangan "Dilarang Menggulung Rokok?" ada? ko nampak signboard dilarang merokok je kan?"


hahahahahahahahahaha!! mantap!!!


korang pernah menjawab sampai tahap #winwalkwave camtu? haaa.. klo nak jadi lejen camtu, mesti peka dengan persekitaran. mesti dah study the Do's and Don'ts bagai. baru WIN!!

eh jangan salah sangka. aku bukan promote benda tak baek tau. aku just nak korang sedor.. bak kata Mama Mariah (lecturer aku masa kat maktab) .. 
'don't just do things the right way, but more importantly.. do the right thing!'

selamat bereksperimen! ^^

Saturday, March 9, 2013

Pameran Kuceng! Neko-neko Nyaan!!



jom jom!! pegi sini!!!

Domestic HHP Cat Show 2013 . Pameran kekucing cecomels!




sebagai seorang rabbit-person, yang tak berapa cara sangat dengan kucing... aku tetap nak promo korang2 pegi event ni. surely parents boleh bawak anak2, tengok kucing2 comel kat sana! tapi hati2 bagi yang ada alahan dan asma ye. ^^

dengornye buleh adopt a cat! korang bleh ambik kucing kat sana, bawak balik, bela. waaaahh!! best kan!? tunggu apa lagi. gi carik kengkawan, terjah Space U8 kat Shah Alam hari ni jugak! ^^ err.. kat mana? direction ke sana? em, sila google please.. =p haha


oh satu lagi. aku nak promo ni jugak


Hari Kraf Kebangsaan. HKK 2013

sangat best weh... kawan aku cakap la. sebab dia dah pegi 2 kali! haaa.. sebab tak puas jenjalan kat sana sekali  je. banyak sangat benda yang menarik nak di-usha. hehe




bagi yang rasa2 nak shopping barang rumah, perabot perhiasan bagai.. macam yana samsudin dgn johan dok promo kat tv tu, bolehlah berkunjung ke hari kraf kebangsaan 2013 ni. taon lepas aku dah pegi. best! so momentum best tu rasanya dibawak ke taon ni insyaAllah. jemput! ^^

selamat berhujung minggu!


Friday, March 8, 2013

51 Fakta Tentang Wanita [WARNING - Sentap Content!]


good morning!! ^^

well! what do you know... it's International Women's Day!!! yaaayy!! the 'most awaited' day in the world is here! luls.



no, seriously. ever wonder how life would be without women in this world? who's gonna prepare your breakfast if it ain't your mom? who's gonna look after your babies if it ain't your nanny? who's gonna nag you from dawn till dusk if it ain't your sister?  =p

men cannot live without women. that's why Adam asked God to grant him a companion! and God created Eve for Adam. and women cannot live without shopping malls. that's why God creates more and more men - to build more shopping malls - for women!! hahaha. 

okaayy!! kidding. =p but really... hahaha. now now! before you dislike my post or my page, or even unfollow me for good, please.. do read these 51 facts (if you're a lady/woman you'll say "myths") about women!



1. Women love to shop. (wonder why it's numbered 1?) It is the one area of the world where they feel like they're actually in control.

2. Women especially love a bargain. The question of 'need' is irrelevant, so don't bother pointing it out. Anything on sale is fair game.

3. Women never have anything to wear. Don't question the racks of clothes in the closet; you 'just don't understand'.

4. Women need to cry. The more people listening, the louder it'll be turning.

5. Women will always ask questions that they already know the answers - just to see your answers... 

6. Women love to talk. Silence intimidates them and they feel a need to fill it, even if they have nothing to say.

7. Women need to feel like there are people worse off than they are. That's why soap operas and Oprah Winfrey-type shows are so successful.

8. Women don't need to know the food pyramid. They'll turn it to Burj Dubai for good.

9. Women hate bugs. Even the strong-willed ones need a man around when there's a spider or a wasp involved. Not to mention cockroaches...

10. Women can't keep secrets. They eat away at them from the inside. And they don't view it as being untrustworthy, providing they only tell two or three people.

11. Women always go to public restrooms in groups. It gives them a chance to gossip. 

12. Women have a list of friends. Men are listed in the 'helpful' list.

13. Women never understand why men love toys. Men understand that they wouldn't need toys if women had an 'on/off' switch.

14. Women think all men are the same. 

15. Women keep three different shampoos and two different conditioners in the shower. After a woman showers, the bathroom will smell like a tropical rain forest.

16. Women don't understand the appeal of sports. Men seek entertainment that allows them to escape reality. Women seek entertainment that reminds them of how horrible things could be.

17. If a man goes on a seven-day trip, he'll pack five days worth of clothes and will wear some things twice; if a woman goes on a seven-day trip she'll pack 21 outfits because she doesn't know what she'll feel like wearing each day. 

18. Women brush their hair before bed.

19. Watch a woman purchasing a piece of shirt - you'll know how many shirts you can buy for a guy with such amount.

20. Women are paid less than men, except for one field: Modeling.

21. Women are never wrong. Apologizing is the man's responsibility, 'It's there in the Bible'. Hmmm, who was it that gave Adam the apple?

22. Women do not know anything about cars. 'Oil-stick, oil doesn't stick?' . And they love auto transmission cars. They don't want to be in control. They want to cruise and control..

23. Women have better restrooms. They get the nice chairs and red carpet. Men just get a large bowl to share.

24. The average number of items in a typical woman's bathroom is 437. A man would not be able to identify most of these items.

25. Women love cats. Men say they love cats, but when women aren't looking, men kick cats.

26. Women love to talk on the phone. A woman can visit her girlfriend for two weeks, and upon returning home, she will call the same friend and they will talk for three hours.

27. A woman will dress up to go shopping, water the plants, empty the garbage, answer the phone, read a book, or get the mail. 

28. Women will drive miles out of their way to avoid the possibility of getting lost using a shortcut. 

29. Women (especially wives) always compare the love they receive with the love their men's cars receive.

30. Women do NOT want an honest answer to the question, 'How do I look?'

31. PMS stands for: Permissible Man-Slaughter.

32. The first thought that comes to women's mind whenever they look at a man they like is 'I don't think he's married..".

33. Women are insecure about their weight, butt, and breast sizes. 

34. Women will make three right-hand turns to avoid making one left-hand turn.

35. 'Oh, nothing,' has an entirely different meaning in woman-language than it does in man-language. 

36. Lewis Carroll's Caterpillar had nothing on women.

37. Women cannot use a map without turning the map to correspond to the direction that they are heading.

38. All women are overweight by definition; don't agree with them about it. Women always have 5 pounds to lose, but don't bring this up unless they really have 5 pounds to gain.

39. If it is not Valentines Day and you see a man in a flower shop, you can probably start up a
conversation by asking, 'What did you do?'

HAHAHA


40. Only women understand the reason for 'guest towels' and the 'good china'.

41. Did I mention that even after a careful and through explaination to the men in their lives, only women will understand the reason for 'guest towels' and the 'good china'?

42. Women want equal rights, but you rarely hear them clamoring to be let into the draft to cover the responsibilities that go with those rights. All women seek equality with men until it comes to sharing the closet, taking out the trash, and picking up the check.

43. Ever wonder why women keep all the receipts ... so full of them... in their purse, dashboard, drawers and everywhere else? 

44. Women never check to see if the lid is up. They seem to prefer taking a flying butt leap towards the bowl and then chewing men out because they 'left the seat up' instead of taking two seconds and lowering it themselves.

45. Women can get out of speeding tickets by pouting. Or the famous duck-face of course. This will get men arrested.

46. Women don't really care about a sense of humor in a guy despite claims to the contrary. You don't see women trampling over Tom Cruise to get to Gilbert Gottfried or Ryan Stiles, do you?

47. Women don't lie. They just keep the truth to themselves. For a while.

48. It's okay for women to dance with each other and not be gay, You don't see straight men dancing together. 

49. Women will spend hours dressing up to go out, and then they'll go out and spend more time checking out other women. Men can never catch women checking out other men; women will always catch men checking out other women.

50. The most embarrassing thing for women is to find another woman wearing the same dress at a formal party. You don't hear men say, 'Oh-my-GOD, there's another man wearing a black tux, get me outta here!'

51. If you're a sporting woman, you laugh out loud upon this post - for its truthfulness. Even share it with your friends! But if you're a woman, you'll hit the comment section and tell me "you're wrong!! except for some (in whispering voice)... but you're still wrong - because you're just a man who knows nothing about women. nothing!"


Happy celebrating International Women's Day 2013!! ^^


source of FACTS (I've done some editing to suit the "general reading" label on my blog.. hehe.. if not, more and more will get butthurt. luls..)


Monday, March 4, 2013

Forum TFTN - Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang


assalamualaikum. salam sejahtera. salam perpaduan. salam takziah buat keluarga perwira-perwira agama, bangsa dan negara yang telah kehilangan insan tersayang dalam juang bakti mereka bergolok gadai bermurah nyawa demi mempertahankan Malaysia tercinta. semoga pengorbanan mereka terus menjadi jamung semangat pahlawan-pahlawan kita dalam melaksanakan tugas semapannya.

ambillah sedikit masa, dan sedekahkanlah ummul kitab buat mereka yang telah dipanggil kembali bertemuNya. Al-Fatihah..


baeklah. mohon izin saya teruskan bingkisan. sabtu lalu (2 Mac 2013) saya telah menghadiri satu forum yang dianjurkan oleh pihak/team Teach for the Needs (selepas ini akan disebut sebagai TFTN). forum ni diadakan sebagai bersempena menyambut ulangtahun pertama TFTN sendiri, di samping pelancaran Kempen Membaca TFTN 2013. forum yang julung kalinya diadakan ini mempersembahkan panelis2 hebat dalam mencakna minda - Dr Maszlee Malik, Hishamuddin Rais dan Zul Fikri Zamir, serta Anas Alam Faizli sebagai moderator.


bertempat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, forum yang giat dicanang dan disebarluas perihalnya melalui media2 sosial telah berjaya menarik lebih 400 pendengar dan pemerhati yang prihatin dengan isu yang diketengahkan. alhamdulillah. satu penanda aras yang baik kiranya. 

jadi

di sini saya ingin berkongsi serbi sedikit sekelumit cubit apa yang saya perolehi sepanjang mendengar dan memerhati selama dua jam 47 minit dari kerusi paling kiri barisan kelima ruang duduk tengah. isi dapatan saya ringkaskan dalam bahasa saya dan kefahaman saya sendiri. sekiranya pembaca tidak dapat menaakul perpuluhan ilmu yang saya kongsikan di sini, besarlah hati saya untuk menjawab sebarang pertanyaan kalian, insyaAllah.


saya mulakan.

Forum "Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang"

- sistem pendidikan sekarang terlalu menekankan sistem penilaian; hilang 'ruh' pendidikan.

- label masyarakat terhadap orang berilmu dan berpencapaian. sekiranya tidak bersekolah, tidak masuk universiti, maka hamba Allah itu dilabel tidak berilmu.

- "keilmuan itu bukan pembelajaran yang distrukturkan" - Hisham Rais.
setiap daripada kita layak dan berhak untuk belajar dan mempelajari apa sahaja yang dikehendaki, bukan dipaksi disusun dan distruktur di sekolah kini.

- "pembelajaran itu adalah untuk melahirkan manusiawi daripada, dan dalam diri manusia itu sendiri" - Hisham Rais.

- kita telah terbudayakan masyarakat kita dengan falsafah "Bangangisme"

- jangan jauh memandang ke barat sedang timur terlebih dahulu membicarakan soal tamadun dan ketamadunan. dalam erti kata lain, tahu yang betul, laksana yang benar.

- "belajar dari alam ialah sistem persekolahan yang pertama di dunia" - Dr. Maszlee
membicarakan bagaimana manusia belajar daripada tingkahlaku haiwan dan kejadian, seperti eksperimen Pavlov dan Skinner dalam teori behavioursime, dan kisah Habil dan Qabil yang diceritakan dalam al-Quran.

- sekolah perlu lebih menarik. bandingkan keterujaan kanak-kanak yang bersekolah di zaman dahulu dengan anak-anak generasi kini. di mana kurangnya daya penarik sekolah?

- tugas guru kini telah melangkaui amanah hakiki mereka; yakni mengajar dan mendidik. keguruan dan pendidikan sekarang telah diolah menjadi satu 'perniagaan' - guru mesti melayan murid/pelajar sebagai 'client', bukan anak.




- masyarakat tegar menyalahkan guru dalam kegagalan meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak mereka. namun tak ramai masyarakat yang tegar untuk mencari kebenaran di sebalik tuduhan yang mereka lemparkan.

- kita (guru) perlu lebih kreatif dalam mendidik. tapi bagaimana ingin berkreasi jika kreativiti disekat oleh empat kalimat keramat yang menaungi para penjawat awam - Saya Yang Menurut Perintah . (?)

- "ilmuan islami tidak mendoktrin, tetapi menstimuli pemikiran" - Dr. Maszlee
ini ditegaskan dalam membandingtara sistem persekolahan dan pendidikan barat dengan apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas Baginda) serta institusi ilmuan islam.

- sekolah perlu lebih bersifat autonomous, yakni berkuasa mutlak dalam menentukan apa yang perlu dan patut diajar. fenomena ini telah diwujudkan (sekolah berprestasi tinggi, sekolah kluster, dsb) namun autonomous di sini lebih merujuk kepada sistem yang dilaksanakan di Jerman, Korea, dan beberapa negara berkependidikan tinggi yang lain.

- mampukah pendidikan bebas daripada pengaruh (apatah lagi cengkaman) politik?

- muzik merupakan intipati ilmu dan pendidikan yang mahal dan intelektual. terdapat 12 bab yang membicarakan tentang muzik - dalam kitab/buku perubatan lampau - oleh ilmuan islam. (rujuk Al Kindi)

- TNB - TNC . Tenaga Nasional Berhad - Timbalan Naib Canselor. dekat, tapi jauh.

- anak-anak generasi kini telah dituakan sebelum masanya.

- kenapa kejar masa dalam menimba ilmu? 
ramai pelajar universiti sekarang tidak menikmati/menghargai tempoh 5 - 6 tahun hidup di kampus. rata-rata mahu menghabiskan tempoh pengajian dengan lebih cepat. jadi, di mana kemanisan mencari ilmu dengan dengan tenang, tawadu' dan istiqamah?

- pendemokrasian pendidikan.
apa yang didemokrasikan bila semuanya dilihat pada statistik dan data? di mana kebebasan memperoleh ilmu dan hidup sebagai manusia yang berbeza dan berkepelbagaian? pendidikan perlukan ketulusan.

- pembelajaran mungkin diniagakan. tetapi tidak pendidikan.

- “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim] | lantas apa yang dimaksudkan dengan ganjil itu? 

maka Rasulullah (selawat dan salam ke atas Baginda) menjawab; "orang-orang yang melakukan kebaikan ketika manusia telah rosak (dan merosakkan)" [Hadis Muslim]

justeru, jangan takut untuk menjadi orang yang ganjil daripada kebiasaan - untuk merubah sesuatu menjadi baik, atau menjadikan perkara baik itu kepada yang lebih baik.

- universiti berasal daripada perkataan 'universal' . namun ia telah hilang sifat universaliti itu.

- masyarakat kita dibenihkan dengan mutual prejudice dan mutual misconception.

- "Bebalisme" dan watak kepandiran berleluasa. ianya barah.

- bangunkan volunteerisme dan kesukarelaan dalam diri. yang menolong, pasti ditolong.


*****

itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan daripada apa yang diperbincangkan dalam forum yang saya kira cukup kritis, berilmiah dan berhikmah. molek kiranya andai apa yang saya kongsikan di sini dapat kita sama2 fikirkan demi kemasylahatan kita bersama. apa yang baik itu hadirnya dari Tuhan, dan yang buruk adalah khilaf kita yang hina.

kalian boleh menonton rakaman penuh forum TFTN ini di;




bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Teach for the Needs (TFTN), kalian boleh menjengah pautan2 dan media sosial berikut;




Teach For The Needs (laman utama) | TFTN Volunteers (facebook) | TFTNofficial (twitter)


saya kongsikan juga di sini, quote yang menarik oleh panelis, Hishamuddin Rais.

"the most difficult thing in the world is to be yourself"
"kalau tak tahu Al-Farabi itu adalah 'the second Aristotle', sila bakar universiti anda. kecuali UIA"
"Be a Marco Polo, not Robinson Crusoe"


sebarkan kebaikan. sekian. wallahualam.