About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Sunday, June 30, 2013

Wahai Lelaki, The Gegadis Have Spoken


assalamualaikum... hai para gadis peminat Ai-Lan dan Mat Lupii . dah buat solat istiqarah? ^^


baek baek... kita serius seketika. aku terpanggil (sape ntah panggil tadi.. err..) nak cakap pasal ni. sebab aku rasa aku tak dapat jawab soalan member2 aku yang hensem kachak bermaruah dan berintegriti tinggi tapi tak kawen2 lagi... hihi...




okay okay... korang akan cakap jodoh itu milik Allah. kalau dah jodoh tak kemana. right. no argument here. tapi aku nak tau jugak... dari segi generalnya... apa ciri-ciri lelaki yang pompuan cari sebagai syarat sah nak dibuat suami? haaa...

dalam islam, ada hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, yang bermaksud (lebeyh kurang) macam ni;

Nikahilah seorang wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah wanita kerana agamanya, nescaya kamu dalam kalangan mereka yang beruntung.

dan! itu jugak kriteria yang wajar diambilkira oleh perempuan dalam memilih potential hubby. haa... jadi kita dah tau apa islam sarankan. sekarang aku nak tau dari sudut umum pulak. esepecially dalam ertikata kualiti peribadi dan personaliti. jeng jeng jeng!!





ni contoh sampel ye. full scale research takyah kot aku tabur kat sini... simpan utk thesis masters nanti. hekhek!


the result is out!! hahaha. based on kajian kecil-kecilan yang aku buat - with regards, jutaan thanks kat semua yang terlibat - inilah yang aku dapat!! meh kita tengok, ciri-ciri lelaki yang pompuan cari untuk dibuat suami. ^^



  • bijak
ni jawapan populerr... haha. ramai yang mention nak suami cerdik. intelligent. add maths A+, metaphysics A+. bijak kat sini tak bermaksud semestinya kena tau semua benda, tapi at least tau perkara2 yang sang isteri tak tahu. the best of knowing is you know you didn't know the things before. ^^ suami should be a good thinker. a better thinker.

now imejin imam muda Asyraf.. hebat kan beliau? =]



  • kelakar, sense of humor
not necessarily juara raja lawak, keje sebagai stand-up comedian atau seumpamanya. tapi maybe cukup sekadar boleh buatkan isteri ketawa dengan hepi. isn't that nice? laughter is the best medicine. dorang tanak hubby muka ketat duplopatjam. macho, macho jugak. tapi why so serious? ^^

imejin ustaz Don.. sejuk je nengok nye ye? hehe


smart, and smart. perfect. =p

  • berwawasan!
hahaha. ok kelakar lak guna perkataan berwawasan. ^^ maksudnya, ada matlamat, hala tuju hidup yang jelas. dia tau tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga, sebagai suami, ayah, menantu, etc etc yang digalas sebagai seorang lelaki yang berkahwin! talk about leadership!!

imejin.. Chris Gardner (Pursuit of Happiness). kalo tak tau, sila google. haha

  • rajin
ohooo ini penting dol~~ hang kalau malaih... baloq liat... sapa nak kat hang? haa... hang tu nak jadi laki orang. kena cari nafkah. kena pi cari rejeki. kalau malaih... nak bagi anak bini makan apa? friskies? rumput? rumput rumah jiran? ekeke. and dorang cakap, kena la ringan tulang jugak - tolong buat keje umah, tolong bini masak, cuci baju, lipat kain bagai... baru A+!!

"Jika ada suami yang merasa bahawa dengan memberi nafkah pada keluarganya maka cukuplah tanggung jawabnya, alangkah naïf dan kurang tepat lah perasaan suami tersebut." - Wipsar Siwi Dona Ikasari

banyak lagi keje laen nak kene buat jugak bai... luls~


channing tatum n dad. rest your case, girls! hahaha

  • family guy
boys will be boys. kitorang takkan lupakan kengkawan. kalo ada member2 yang ajak lepak2 ngeteh memalam ke, tengok bola ke, memancing ke... susah lelaki nak tolak. kami Ramli, kami takkan terpisah! ye, insyaAllah para isteris paham tuuu... tapi!! pompuan nak suami dorang pandai prioritize. ingat, awak tu dah berbini. haaa~

dan jugak, pompuan nak suami yang pandai get along dengan keluarga besar dorang. maksudnya, dengan both parents n in laws, relatives, uncle auntie, tok nek tok wan onyang semua. ingat guys, korang kawen dengan bini korang, bermakna korang kawen dengan keluarga dia jugak. rite? hehe

imejin... your dad. or your future life partner. aww.. ke korang nak imejin Salleh Yaakob? hahahaha



  • setia
you jump i jump. pastu masa dorang hanyut, jack berpaut kat tangan rose. rose cakap "don't let go" .. last2 jack mati sbb hypothermia, pastu rose lepaskan tangan jack.. jack tenggelam ke dasar laut - bersama janji don't let go rose. 

err... =p

sapa yang nak pasangan dia curang!? main kayu tiga, tungku kaki tiga, segitiga bermuda bla bla bla... ? sape? sape?? semua isteri nak suami dia setia. takde dah istilah skandal2, kekasih gelap, setiausaha sulit bla bla bla semua tu. the one the only is the bini. get it boys? hehe

imejin Jay Gatsby ... ok jangan. tukar2. err.. Channing Tatum? hahaha takde kaitan xD

  • gentleman
tak cakap kasar... tak mengasari wanita... protective... dependable... romantic some-more. alahaaii... pompuan ni kaum yang memang Tuhan cipta manja, tuan2.... ganas/kasor camne pon... tetap ada soft spot dalam diri dorang utk dibelai dan dijaga lelaki. siyes~ percayalah cakap kak ton. hahaha. ^^ 

so lelaki yang gentleman adalah pilihan sukaramai!! imejin Anwar Hadi ... haaaaaaaaaaaaaaaaaaa... laju je korang! ekekeke




  • jujur
siddiq, amanah, tabligh, fatanah. tu ciri2 yang ada kat nabi2. nabi2 lelaki. lelaki taknak contohi nabi ke? ^^ pompuan suka lelaki yang jujur. especially kalo dah jadi suami... tentu2lah teda rahasia antara kita. heee.. jujur kat sini bukan setakat bercakap benar, tapi jugak tidak menyembunyikan kebenaran. kata hidup bersama... so bakpe nak sorok2 lantas timbulkan syak wasangka?

bayangkan kalo lelaki semua betul2 jujur sejak azali... mesti pompuan tensen sebab takleh jerit kuat2 or tulis dalam blog or update status fesbuk; "LELAKI SEMUANYA PENTIPU!!" 

hahahahaha




ekceli.. baaaaaaaaaaanyak lagi yang dijawab benornye. kalo aku nak tulis kat sini, segala penyayang, pengasih, penampar, pentanggungjawab, penyelesai masalah, penyejuk mata, penghawa dingin, semua aku kena ulas. jadi aku select yang banyak diperkatakan je ye. huhu~

well. sebenarnya banyak lagi faktor dalaman or luaran yang mempengaruhi potensi kebolehjadian seseorang lelaki itu sebagai suami kepada seorang perempuan. nasihat aku (yang belom kawen ni.. LOL!) kepada korang2... bertimbang-tara lah. kita manusia teda sempurna. 


Maha Suci Allah yang menciptakan semuanya berpasangan daripada yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka, juga daripada apa yang mereka tidak ketahui.” - Surah Yasiin: 36

 “ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptkan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya itu mengandungi keterangan-keterangan untuk orang yang berfikir.” - Surah ar-Rum:21

toleransi amalan mulia. terima, seadanya. setia hujung nyawa. insyaAllah~ ^^ extra reading, "3 Kunci Sebelom Kawen"

thanks for reading! thank you everybody yang sporting and supporting!!


Wednesday, June 26, 2013

Kalau Awak Tak Suka Saya...


assalamualaikum!! hai!! ok jangan cakap apa2... ye aku tau aku bizi mengalahkan menteri. hahaha. ini namanya kehidupan baii~~ ^^

al kisah aku rasa nak kongsi satu cerita dengan korang. tak sure kenapa aku selalu teringat kat watak dan plot cerita ni lately. tapi tu la... tiap kali ingat pun aku mesti senyum. hehe...

ini kisah benar. =)




dulu... zaman2 aku sekolah menengah dulu... aku aktif bepersatuan, berpebadanan, berunitan, berbagai-bagaian lah. then one fine school break, aku dapat ofer pegi satu kursus kepimpinan kat pusat ko negeri perak. elok la... aku pon tak berapa terpimpin sangat time2 tu. ekeke

tak perlu kot aku cerita isi kandungan dan tentatif program kitorang kat sana... takde kaitan sangat dengan matlamat cerita aku ni. hehe. to cut it short, kat kursus tu aku dapat ramai kawan baru. dan ada la sekeping dua yang jadi kawan rapat. good buddies, orang kata. hee..

among those young lads, ada sorang mamat ni. aku panggil dia 'fireman' . kenapa fireman? luls.. sebab masa kitorang tengah supper biskot meri dan teh O suam masa malam first day kat kursus tu, dia tersembur semua isi mulot (yakni biskot meri + air teh O suam + ayaq lioq) yang dia tengah kunyah - kat muka member kitorang yang malang sebab duduk direct depan dia time tu - sebab gadis yang fireman berkenan ni out of of the blue panggil nama dia dengan suara yang aku boleh kata agak manja la... hahahaha... i wish moment tu divideokan. xD

speaking of gadis... haa... ini point aku benornye. aku cut it short lagi. masa hari last kitorang kat sana, fireman ni resah gelisah macam kucing nak beranak. then dia jumpak aku, luah isi hati.. awww! xD dia suka kat budak pompuan sorang ni, tapi dia taktau nak buat apa. so dia tanya aku...

*dialog dan gaya bahasa mungkin sedikit berbeza dengan situasi asal*

"an.. aku syok kat dia la"
"dah tu? pi la cakap kat dia. cakap kat aku buat pa."
"ko tolong cakapkan boleh? ... eh tak boleh, nanti dia syok kat ko plak"
"hahaha. tak mungkin. alaa... ko pegi cakap sendiri. baru gentleman! kata ketua pelajar sekolah~~"
"ok... aku try. kalau jadi pelik2 ko cover aku tau"
"ok!"


aku perati budak pompuan tu dok usha2 kitorang gak. maybe dia pon ada hati kat mamat ni... so memang cara lah kan. so to say, si fireman a.k.a my best buddy kat sana tu pegi la menuju ke gadis pojaan hati beliau yang tengah gelak2 dengan kengkawan pompuan dia yang laen.

si fireman ni penghulu kem/kursus kitorang... so semua orang kenal la. bab bagi arahan, command, memang dia power. semua orang dia jerkah. tapi bila kat budak pompuan tu... alahai... lembut gigi dari lidah. kalau 10 orang sebaris kena marah, 9 orang tu teruk kena tengking... sampai kat that girl - senyap. hahahaha. having said that, seluruh alam tau la kisah fireman ni syok kat budak tu. ekeke

bila fireman sampai kat budak pompuan tu... semua orang... and i meant SEMUA orang diam. tengok dorang. pergh!! drama beb!! confession hour. moment of truth!! weehoooo!! ok aku dah giggle2 dah masa tu... tapi aku alihkan pandangan, tengok tempat laen sambil dalam hati doa moga beliau berjaya. ^^

tetiba aku dengar orang menjerit. kuat! lagi2 suara pompuan. nyaring bingit telinga oi!! dah kenapa pulak~~

tak lama lepas tu fireman datang kat aku, cuit bahu aku;


"an.. tolong aku" . aku pusing, tengok keliling.. sumorang macam ternganga.. aku tengok muka fireman..
"tolong apa?"
"tolong cabut ubat stapler" . heh? 
"mana?"
"sini" . sambil dia tunjuk ubat staple yang melekat kat lopak tepi dahi dia. 


noharooooommm!!!


apa gila laaa kawan aku sorang tu. adeii.. rupanya, masa dia pegi cakap "awak, sebenarnya saya suka kat awak" kat budak pompuan tu... dia ada ayat tambahan - "kalau awak tak suka saya, saya tembak dahi saya dengan stapler-gun ni" - sambil dia letak staple-gun yang dia capai masa lalu kat tepi meja fasilitator yang tengah pasang alas meja untuk letak hadiah sempena majlis penutup kejap lagi tu...

acaranya budak pompuan tu tak cakap apa pon... dia gelak2 je tengok perangai sengal si fireman tu.... tah gamaknya dia neves kot.. dia ter-tarik/tekan handle staple-gun tu betol2... TANG!! tepat kat lopak tepi dahi yang kita selalu urut2 bila pening kepala tu... adoooiihhh~~ patot la sumorang menjerit. aku je tak jerit - sebab tak tengok! hakhakhak

senget betol member aku sorang ni. agak2 la nak dramatik pon kan...

sudahnya? sudahnya ...




dorang dah sah sebagai sepasang suami isteri. dah ada anak sorang dah pun. ekeke ^^ kuat benor jodoh dorang ye, sekuat dawai kokot yang melekat kat dahi si fireman .. (aku tau la kuat sebab aku yang tolong cabut... -.-)


hahaha!! hoi Mohd Aiman (aku lupa nama penuh ngko. ampun!) dan Aisyah Nur Adawiyah (ye kot eja centu.. maap kalo salah.. hakhak) .. tahniah!! semoga terus bahagia!! semoga jodoh korang kekal di donia sampai sorga sanaaa!! kenangan "kalau awak tak suka saya" korang tu kami takkan lupa sampai bila-bila!! ^^

kalau dah jodoh... =)

Saturday, June 8, 2013

Awak Suka Warna Apa?


assalamualaikum!! salam hampir sya'aban. dah ready nak ganti buku amalan? hihihi...

speaking of amalan...




dulu aku pernah tulih entri pasal warna jugak. tapi itu bersempena warna2 angry bird. korang bleh trace balek kat SINI. so kali ni nak tulih benda yang sama ke? hehe

lebeyh kurang la. korang pon tau, garam tetap masin walau kat negara mana sekali pon. err.. point aku kat sini.. aku nak kongsi lebih lagi daripada kaler2 yang aku dah describe dulu. aku cuba simplify sesimple mungkin. kita cerita pasal kaler2 yang aku belom cerita, ok?

oh ya! disclaimer. apa yang aku share pasal personaliti warna ni tak semestinya tepat jitu mahupun persis ye. ini semua berdasarkan hasil aku buat kajian kecil2an dan jugak pembacaan. boleh laa nak buat refleksi sket2... hee.. jom kita tengok siapa yang kena!!


maroon velvet


maroon / merah hati

orang yang suka kaler maroon biasanya matang. sama macam campuran merah + hitam yang menjadikan warna maroon tu, camtu la pengalaman pahit manis suka duka korang yang sukakan maroon. generally korang think before talk, walk the talk, dan more act less talk. =)


pink / merah jambu
tak bermakna korang jambu pon. haha. orang yang suka kaler pink ni memang hati dia lembut sangat. mudah disentuh dan tersentuh. korang ni fragile... sensitip... dan sukakan perhatian. sebab korang memang berkisar ligat pasal perasaan... normally korang serabut, especially bila nak buat keputusan. 


orange / oren / jingga 

ni kaler orang2 yang kreatif, yang suka benda2 happening dan seronok. sosial dia memang A+, ramah or mudah mesra/buat kawan dengan orang. senang didekati, biasanya popular. selalu bersifat ingin tahu dan bersikap kebudak-budakkan. dramatik A+ jugak. haha


annoying orange. luls~



turquoise / terkuih? hahahaha

tau kan camna kaler turquoise? aku nak eksplen pon tak reti. hehe. ok. yang suka kaler turquoise ni jenis orang yang kompleks. kreatif, imaginatif. selalu kerja kuat nak capai hasrat/matlamat. jangan tertipu di sebalik complexion dorang yang jernih tu.. sebab kat luar nampak tenang... dalam jiwa mungkin terseksa. haa~

turquoise dress



purple / ungu
yang ske kaler ungu ni biasanya berprofil tinggi. selalunya memang femes. ada friends, ada fans. artistik. nilai seni dia tinggi. ego dorang lebih tebal sket berbanding yang lain2. spesis2 taste tinggi oi~ hehe. dorang suka to be in control. position n power ialah nama tengah dorang. 


lavender / err... ungu yang lain dari ungu tadi... -.-

lebeyh kurang je dengan ungu, cuma aku bagi details sket. dorang ni spesis classy, high cultured. benda2 formal dan protokol adalah makanan dorang. tak keterlaluan kalo aku cakap orang yang prefer warna lavender ni jenis yang high-maintenance. hehe..


lavender


brown / perang / coklat

kaler brown melambangkan brownies yang sedap dimakan. ok gurau. orang yang ske kaler brown biasanya tampil matang, tenang dan bersahaja. dorang jenis cool dan suka berfikir daripada bercakap. orang2 yang suka brown boleh jadi perunding dan penyelesai masalah yang baik. jarang2 marah, tapi sekali dia hangin...


gray / grey / kelabu
warna kelabu dikaitkan dengan warna 50-50. kombinasi putih + hitam menjadikan kelabu kelam seperti... kelabu. ehe. dorang yang suka kaler gray tak semestinya suka baca 50 Shades of Grey, tapi dorang memang suka bereksperimen dan ambil risiko. spesis suka belajar daripada kesilapan. normally dorang pemalu~ em em..




laen2 nanti kita bincangkan lagi ye. hehehe. oh! sumber gambar, google. alaa.. lupa lak nak kreditkan. uu~ maaf2.. untuk kaler2 laen yang aku dah tulis dulu, bleh refer  SINI.

wallahualam~ ^^



Thursday, June 6, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - Salam Kaut/Keruk/Korek?


assalamualaikum. salam isra' mikraj. dah puas makan kenduri cuti ni? hehe

speaking of kendurik...


korang biasa dengar tak orang cakap.. "salam kaut" .. or "salam keruk" .. "duit becek?" .. or istilah paling umum dia, "duit salam" . biasa dengar? ok. good. biasa bagi? biasa dapat? hehe..


duit salam or salam kaut or salam keruk ... samo yo jang oi. haha . sumber


istilah dia banyak. apparently aku rasa ikot tempat. kalau kat tempat aku dorang sebut salam kaut. ada tempat laen cakap salam keruk.. salam korek pon ada. semua tu lebih kurang je bunyiknye kan? kenapa nama centu? haa..

sebab nama salam ni diambik sempena perlakuan salam tu sendiri. the execution. ok. let me treat you like an innocent child who follows your parents to a wedding...

korang dalam kereta... dengar mak abah dok sembang pasal kakak korang yang dah konvo baru-baru ni. dorang pon sembang pasal future, pasal kereta, pasal rumah, pasal kakak nak menikah, bakal menantu... korang pon tanya dalam hati.. "are we there yet?" . dah agak lama sikit korang mengelamun sambil tengok kereta banyak kot jalan dan memikirkan kenapa ekon tak sejuk2... tup tup nak sampai rumah pengantin dah~

masa tu pukul satu tengahari. panas terik. so time abah korang dok melilau cari parking tu... korang perasan mak korang kalut2 bukak handbag chanel yang abah korang belikan kat dia sempena birthday bulan lepas, cari dan tanya pasal sampul duit raya. so sebagai anak yang naif dan innocent, korang tanya la, nak buat apa sampul duit raya, mak? memandangkan mak korang pon jenis penyayang dan manjakan korang, dia pun jawab.. nak isi duit la lembab sayang.. =)

so korang pon tak puas hati, kenapa nak isi duit raya sedangkan bukan hari raya. tapi nak tanya lebih2 takot makan penampar terlebih dahulu sebelom makan nasik.. so.. korang pon diam~

bila mak korang jumpak sampul duit raya taon lepas dalam drawer deshbod yang penuh dengan CD lagu2 pop yeh yeh dan ceramah ustaz azhar idrus tu, dia pon masokkan sejumlah duit kertas yang dilipat kemas ke dalam sampul. lepas tu, sambil betul2kan tudung, sampul tu mak korang bagi kat abah. abah ambik sampul dengan tangan kanan, masuk poket baju. setel side parking bawah pokok ketapang yang tak berapa banyak daun tu, korang pon keluar la dari kereta menuju ke kemah kendurik yang agak jaoh dari kereta memandangkan parking yang dekat2 dah full house. sambil berjalan korang dengar la mak abah korang bincang pasal warna tema kendurik tu, berapa bijik khemah yang naik, suara DJ/MC yang konon2 dorang kenal, tetamu2 yang mungkin kenal dorang, dan sebagainya.

so bila sampai kat rumah pengantin, korang yang dari tadi jalan dok pegang tangan mak korang, terpaksa lepaskan pegangan tangan.. sebab mak korang nak salam makcik berbaju kurung bunga penuh siap dengan labuci dan kerawang kat tangan yang menyambut tetamu kat pintu pagar rumah tu. abah korang pon sama... laju je dia nak pi salam pakcik yang pakai songkok tinggi berbaju melayu lengkap bersamping dan bunga plastik kat poket baju tu.

tetiba korang nampak!! abah korang seluk poket baju dia, keluarkan sampul duit raya yang mak korang isi dengan duit kertas yang dilipat kemas tadi, sisip kat tapak tangan.. pastu terus salam pakcik bersongkok tinggi berbaju melayu lengkap bersamping berbunga plastik di poket baju tu. pastu korang tengok pakcik bersongkok tinggi berbaju melayu lengkap bersamping berbunga plastik di poket baju tu ambik sampul duit raya yang mak korang isi dengan duit kertas yang dilipat kemas yang mak korang bagi kat abah korang tadi yang abah korang bagi masa salam tadi, masuk poket dia. abah korang dengan pakcik bersongkok tinggi berbaju melayu lengkap bersamping berbunga plastik kat poket baju tu salam sambil berpandangan, sambil senyum gelak2. haaaaaaa.... itulah namanya salam kaut/salam keruk/salam korek/duit salam!!

noharom penat eksplen... hahahahaha


syok ooo!! sumber


perspektif salam kaut ni ada dua. satu, daripada pihak memberi. satu lagi daripada pihak menerima.

pihak memberi.. ialah wedding goers. normally kita2 lah. or parents kita lah (in case korang masih lagi budak hingusan yang tadek income sendirik or ada income tapi kedekut nak bagi..em em..) . kenapa bagi duit salam? sebab niat kita nak sedekah. nak tolong tuan rumah cover belanja yang dorang dah spent untuk kendurik tu. anyways, aku sebut sedekah kan? sedekah ni sunat. takde pon jadi satu kemestian bila pegi kenduri kena salam kaut, kena bagi duit. no such thing. niat kena betul ye. sedekah. ikhlas. =)

kenapa sampul duit raya? well.. ni pon tak semestinya sampul duit raya. kalau korang rasa nak bagi dalam briefcase pomboleyh. dalam bentuk cek pomboleyh. tak kesah.. asalkan tak nampak jumlah duit yang korang bagi tu. bukan malu sebab bagi sikit ... tapi islam kata, sebaik-baik sedekah ialah bila tangan kanan yang bagi, tangan kiri taktau pun tangan kanan bagi apa.. in this case, berapa. dan tak perlu la tulis nama kat sampul duit tu. -.- jarang laa orang bagi duit bogel takde bungkus dalam apa2... unless hati malaya. hehe.

nampak? semua sampul duit raya. haaa... hehehe . sumber


pihak menerima... ialah the hostages hosts. selalunya, parents or wakil ahli keluarga kepada pengantin yang jadi penyambut tetamu, merangkap penerima duit salam / salam kaut tu. jarang laa nak nampak pengantin sendiri yang tercongok depan pintu rumah sambil sambut tetamu dan kutip tol. hahaha. ada, bukan takdak. cuma jarang. tapi kendurik syed, member aku baru2 ni... dia lah pengantin, dia jugak sambut tetamu. lejen. sayang syed ketat2. hahaha.

obviously the hosts cuma kena prihatin bila salam tetamu. kekadang orang bagi time datang. kekadang orang salam time nak balek dah. so agak2 bila salam tu ada rasa kasor2, keras2 sket kat tapak tangan tu... sila KAUT/KOREK/KERUK elok2, jangan sampai jatuh ke lantai/tanah pulak. itu buleh dikira memalukan tetamu ye. haaa.. elok2 salam tu. kaut sampul, terus masuk poket. cukup jam... poket penuh... masuk rumah, simpan dalam satu bekas. taruk dalam lemari. risau.. kang ada pulak tangan laen yang kaut. hehehe... so sebelah malamnya nanti, agak2 sumorang dah tido... cuma tinggal yang otai2 je dok bersembang... ha bukak la bekas duit salam tu, kira sama2. alhamdulillah... semoga tuhan memberkati mereka2 yang memberi. =)


so. trivia. korang dah pernah bagi duit kaut sendiri tak? kalo belom... agak2 umo berapa yang dikira matang untuk bagi duit salam ni? hehehe...