Saturday, August 31, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - Kenduri Kahwin Cara Potluck!?


assalamualaikum!! hai bakal tunang orang sekalian. dah mula pangkah kalendar?

well this might sound a bit out of nowhere crazy whatever .. but .. let's take it academically. selalunya kendurik kawen orang buat majlis makan kan? orang either masak sendiri makanan semua or order catering je kan? what if...

what if kendurik kawen .. para tetamu yang bawak makanan masing-masing? you know... like potluck.

kenduri kahwin cara potluck!


ha!

i've been thinking tau.

all this while kita pergi kendurik ada makan2. and makan2 biasanya tuan rumah sediakan. normally, commonly, ada nasik, lauk ayam, lauk daging, sampingan sikit2, pencuci mulut, and air. ok kita spesifik sikit. ada nasik briyani or nasik minyak or nasik hujan panas. kalo yang ada saket2 tu, ada nasik puteh disediakan untuk dorang. nasik beras perang je takde. mahal kot hehe. pastu lauk... kalo ayam tu biasanya masak merah, masak gulai, masak pedas, or simply goreng je... and then daging masak gulai, masak kicap, masak rempah pedas, goreng kunyit... then maybe ada acar buah or dalca or pajeri nenas ikan kering or ikan keli goreng dan seumpamanya. then ada buah tembikai, oren sebagai pencuci mulut. then air sirap or mango or air kaler2 laen, perisa2 laen. kalo kaya sket, ada la eskrem. dan itu la yang selalu kita makan kat kenduri kahwin. haa...

why not kita buat something luar kebiasaan masyarakat kita orang melayu. kita buat kenduri kawen - secara potluck! ini definisi dia;

A potluck is a gathering of people where each person or group of people may contribute a dish of food prepared by the person or the group of people, to be shared among the group. source

ok lemme put myself in the situation. let's say aku buat kendurik kan. so aku invite semua2 datang kendurik. and of course with a reminder - "diharap tuan/puan/encik/cik membawa makanan sendiri ke majlis" . hahahaha. damn... sounds bad eh? wait wait... jangan flip table lagi. let's proceed to the scenario. ok korang kena bawak makanan sendiri. sah2 kat jemputan tu dimaklumkan majlis tu potluck. bila pot luck, maksudnya apa? haa... maksud dia... semua yang hadir akan bawak makanan sendiri, lepas tu kongsi2. and i mean SEMUA.

so korang masak or beli la apa yang korang rasa nak bawak pegi kendurik aku tu. bear in mind, bukan korang je yang bawak makanan... semua yang hadir akan bawak makanan. so what can you expect from a potluck? yeah!! plentiful of food!! haven!! macam2 jenis makanan la weh. tak mungkin sumorang bawak bihun? takkan sumorang pon nak bawak jenis makanan yang sama kan? haaa... even kalo sama pon.. rasa dia mesti laen2! there you go. a variety!


look at all the food there! just imagine kalo 500-600 orang bawak hidangan masing2. omg~~

just imagine... korang bawak mee goreng. tak payah banyak pon... dalam satu tupperware untuk 2-3 orang makan ok la. pastu kat kendurik, ada disediakan meja2 panjang, untuk para tetamu letak makanan yang dorang bawak. haaa... kat situ ada bihun goreng, ada nasik kerabu, ada pulut panggang, ada patin masak lemak tempoyak, lauk asam pedas, daging goreng, gulai kawah, nasik ambeng, burger, pizza, spaghetti, oi banyak sangat jenis makanan oi aku tak larat nak list-kan. tak ke nampak meriah kat situ? sesape yang suka instagram gambor makanan tu mesti buleh gila - taktau nak snap n uplod gambor makanan apa sebab banyak sangat. hahaha. 
^^ im still playing host here right? ok. aku pon taknak la kejam kat tetamu... datang jejaoh pastu kena bawak makanan sendiri plak. of course.. dah lauk banyak... aku sediakan nasik la utk tetamu. aku sedia tempat makan, cutlery pinggan cawan semua exactly macam every kenduri should be. so korang just amik pinggan, sudu garfu, then amik nasik... then pegi la cedok kuah2 lauk2 yang ada kat situ... 

isn't that great?

korang ada wide variety to choose from. agak2 tak sedap satu jenis lauk ni... pegi la rasa lauk laen plak. kalo betol sumorang bawak makanan sendiri.. korang takkan sempat nak merasa semua pon. hahaha. kompem kenyang n puas hati! why? ok kalo aku buat lauk ayam goreng, then gulai daging n dalca n sayur goreng kunyit. tapi korang cuma suka makan gulai daging je. laen2 tak kena dengan selera korang. kan dah rasa tak best tu... datang jejaoh tapi makan satu lauk je. kesian tau... so kalo ada potluck camtu... korang akan ada macam2 pilihan! and let's say korang on diet konon... so tanak makan nasik. nak ratah lauk saja korang segan. very well!! kat atas meja tu ada ikan goreng, ada cake, ada baked beans, ada salad coleslaw roti john tok nenek bagai. pegi lah makan yang mana nak. or korang vegetarian especially. tak makan daging and stuff. don'r worry! musti ada yang malas masak then bawak sandwich sayur je. tak pun megi goreng kosong. how thoughtful eh? best kan dapat makan!? ^^

well aku (still playing host) sediakan nasi sebagai main course... then ada la dessert sket2, buah2 ke apa ke. of course air aku prepare la kan... hihi. lengkap tak? very executable right?? hahahaha. kamonn... pikir positif!

first, potluck memang sorga makanan. kalo semua bawak makanan, insyaAllah akan ada banyak pilihan untuk korang makan. second, korang dapat pahala extra. memenuhi jemputan dah pahala, pastu bawak makanan dengan ikhlas dah pahala lagi, pastu korang turut dapat pahala sebab jamu orang lain makan dengan makanan yang korang bawak tu. Allah... =') third, insyaAllah makanan akan cukup untuk semua tetamu yang hadir dan mudah2an tak berlaku pembaziran. nice isn't it?? ^^

segala jenis makanan ada dekat kenduri cara potluck ni. korang tak rasa hepi ke? :p


ok korang komplen... korang bawak makanan dalam tupperware sendiri. pastu nak balek dah ni. bekas2 makanan korang tu tanak la tinggal kan. no problem bro! habiskan makanan dalam bekas korang tu, or punggah masuk kat pinggan yang tuan rumah sediakan. then bekas tu boleh la bawak balek! tah-daahh!! ok korang bawak makanan berkuah, then bekas dah bau lauk berminyak bagai. jangan risau... kalo aku yang host, aku akan pastikan ada orang yang kerojenye basoh bekas makanan korang tu bersih2. kalo rasa nak tapau makanan yang ada, sila! memang untuk korang pon. kalo kita buat betol2 macam potluck, then it'll be macam potluck lah (in the name of kenduri). hahahaha

as for the host... aku berani jamin sangat banyak penjimatan dapat dibuat. all you have to do.. just prepare nasik dengan air untuk orang makan. pastu pinggan mangkuk cawan sudu garfu. pastu sedia meja kerusi untuk orang duduk and makan. maybe some youngsters or adolescents untuk basuh2 bekas makanan yang tetamu bawak. that's it! tu je. makan2 laen sume orang bawak kongsi2. saving kaw2 beb! lol!

amcam? best tak idea aku? haa... mesti la best! rare! manade orang kita buat kendurik kawen cara potluck lagi weh. kompem masok TV masok soratkabor majalah saji pengantin wanita rapi semua! hihi


ini lauk biasa kenduri2 kahwin

ini lauk kenduri cara potluck. compare la dengan gambor kat atas... mana lebih mengujakan? hahaha

well frankly speaking potluck tu sendiri bukanlah rare. banyak je majlis makan2 kat mesjid, kat churches, kat family gatherings yang buat potluck. so maybe itu skala kecik. but potluck is potluck - no matter how small or big the occasion is, right? dia kecik sebab jemputan kecik. kalo jemputan ramai dan yang hadir ramai... jadi la besor potluck tu! in this case - kenduri kawen. :D all in all, it's about not being selfish. it's about sharing!!

come on guys! think about it!! ada persoalan? ulasan? pros n cons? jom. bincangkan! :D


Saturday, August 17, 2013

Ensiklopedia Tudung: A Guy's Guide to Hijab


assalamualaikum! hai. selamat hari raya ke berapa dah ntah. oh, sepuluh! ^^ dah mengucap panjang tengok berat badan sendiri? dah puasa enam? 

time-time raya ni kan... memang musim orang bergaya. macam2 pesen baju raya ada. ok kalo baju melayu tu memang template dia dah camtu, takleh buat apa sangat. boleh tambah2 lace, sulam sikit2 ja kat tangan leher semua tu. sorry dudes.

tapi!

pelbagai jenis dan gaya tudung/bertudung . sumber

kalo baju pompuan... hamboih... meriah! beratus warna, beribu gaya! duit pon silap2 beribu gak belanja. hahaha. anyway aku tanak citer pasal baju harini. aku nak share pasal tudung! pesen2 tudung doluu2 sampai la terkini. letih oo buat research, observation, survey pasal tudung ni. segala tok nenek jenis tudung ada sekarang. tapi alhamdulillah... konsensus tu ada. hehe. 

jom kita tengok pesen2 tudung serta pro dan kons-nya. jangan risau, insyaAllah sume gambor2 kat entri ni syaria compliant. hehe.. auumm!

ok let's start.

kalo doluu2 kan... orang tak pakai tudung sangat. banyak free-hair. tapi ada jugak pengaruh2 fesyen menular meresap ke jiwa2 para wanita masa tu. maka, atas kesedaran yang ada, terciptalah tudung jenis skaf (scarf). paling simple. kecik je. letak atas kepala, ikat kat belakang or kat bawah dagu. siap. yay~

pros - senang nak pakai. corak pelbagai. pengudaraan baik! nampak trendy gaya Europe.
cons - of course tutup rambut.. tapi bahagian leher dan dada memang wide open lah. ehe.. kalo salah pilih jenis kain tudung (satin for example), panas kepala karang.. berpeluh.. rambut berbuah. hiks~

tudung 'scarf' . sori lukis tak lawa.. T_____T

so bila centu.. ada la yang komplen. tak sesuai. tak kena dengan agama. aa.. betul la tu. jadi? jadi scarf punya opposite time2 tu ialah tudung labuh! ^^

tudung labuh ni bukan baru. dari zaman our great great tok nek tok wan onyang kita lagi dah ada. paling syaria compliant. so kalo dulu sape pakai tudung labuh ni... orang leh take a guess la. samada budak sekolah arab, budak ma'ahad, budak tahfiz, or ustajah. selalunya la.. tapi sekarang tudung labuh dah jadi trend yang bawak positive vibe. yay!! kudos!


tudung labuh . sumber

dulu2 tudung labuh ni tak banyak kaler. hitam or kelabu je yang popular. tapi sekarang dah ada kaler2 yang bersesuaian dengan baju dan seumpamanya. ada gak yang berniqab, so nak match la dengan tudung tu kan. aa~

pros -simple. bertepatan dengan saranan agama islam, tutup rambut tutup dada, longgar, selesa, santek, sejuk mata nengoknye. =)
cons - err... well some of them told me panas sikit pakai tudung labuh ni. dan sambungannya... biar panas dunia jangan panas akhirat sana. em em. legit2. hihi


itu zaman2 70an, 80an... bila masuk 90an... boom! era tudung bawal bermula!! haa... tudung bawal ni paling lejen setakat ni. nanti aku buat entri khas pasal tudung bawal je. muehehehe...

tudung bawal ni dapat nama sebab kain tudung tu patsegi sama macam ikan bawal tu. mula2 ada bawal plain je... pastu sikit2 orang mula design2 bagi menarik. bawal plain dengan batu, bawal plain dengan kerawang tepi, kerawang belakang (hujung).. then ada bawal ekslusif dengan hiasan manik dan bunga timbul, bunga atas kepala, etc. now bila dah malas sarat2 tu orang tukor kaler lak. bawal corak2 meriah, 2-tone, tiga tone... macam2! tapi bagi aku, bawal plain/kerawang jugak terbaek. ahaha

setengah orang tak prefer bawal sebab kain dia jarang dan/atau singkat. for your information, ada je bawal yang kain dia tak jarang, dan ada jugak bawal bidang 60. itu semua atas pilihan masing2. pergh.. kaw2 aku bekap tudung bawal. hahahaha 


dua yang tengah tu. satu tudung bawal gaya lepas, satu silang ke bahu. santek kan? em! ^^ 


pros - simple. santek. bawal senang nak dipakai! letak atas kepala, kelepet tepi muka sket, tarik bagi sama hujung dia, pin kat bawah dagu dengan kat dada... siap! bawal stail lepas. or boleh silang hujung bawal ke bahu, pon santek! senang nak iron. sesuai untuk semua peringkat umur. sape je pakai otometik nampak sopan santek sesuai ayu anggun lawa manis cun jelita menawan semua2 lah! tak panas tak mahal tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. 

cons - takde. tudung bawal takde cacat celanya. hahahaha. ok la~ jenis kain dan gaya pemakai je yang mungkin membuatkan tudung bawal tak berapa syaria compliant tapi tu semua atas pilihan si pemakai so tudung bawal tak salah. hiks jadah bias gila aku ni. em em. #teamtudungbawal #teamkurungcotton #ultrasbawal 


well.. tudung bawal ni kalo nak lagi kemas memang la lipat2 bagai. dan orang pon dah makin malas.. so? so... sape cipta tudung malas dia WIN la!! hahaha

lepas zaman kegemilangan bawal, ada pendatang baru! ini permulaan era pesen tudung yang macam2. pencabar pertama tudung bawal ialah tudung malas! ohooo... kalo tak silap aku asalnya dari indonesia. kenapa aku kata tudung malas? sebab tudung ni ready-made plug-n-play. nak pakai takyah kelebet2 bagai. serelom je kat kepala. siap. tak ke malas tu? haha


tudung ekin si bini mawi. sumber


well, mula2 tudung malas ni kaler hitam je. kelabu. lepas tu... boom! kemunculan tudung ekin! apa pulak tudung ekin tu!? well.. frankly speaking tudung ekin ialah tudung malas yang berwarna-warni. kenapa ekin? sebab ekin (mawi) yang kabornye jadi pelopor tudung jenis tu kat malaysia. katanya~~

pros - senang gila nak pakai. yang malas2 tu sure suka. hahaha. material kain yang sejuk, sedap pakai. tak perlu iron. ada awning keras. kalo angin tipu ke, hujan ribut ke.. awning maintain je. lol!
cons - normally agak singkat.. cukup2 paras dada je. then kain dia jenis jatuh/melekap... so kalo tak kena gaya kat dada tu.. err.. em. itulah. haa~


bosan. bosan. bila mawi dan ekin dah tak sepopular zaman2 gemilang dorang tu... gegadis fashionistas pon cari alternatif baru. try punya try... maka wujudlah pulak gaya bertudung shawl dan pashmina!!

mula2 shawl meletop dulu. pergh.. masa tu pasar malam, butik semua pakat jual selendang. lawa2 semua. then mula la era penggunaan youtube untuk mereka yang kreatif - buat tutorial camno nak belit-belit shawl sebagai hijab. boom!! jadi hit!! gegadis pejuang shawl pon mula berani pakai shawl ke kelas, kuliah dan opis. hehe...


tudung selendang/shawl . ni paling simple yang aku dapat cari. laen2 semua belas2 step dia. ~.~ . sumber


pros - shawl biasanya nipis, so air ventilation memang cun. syok je kepala, tak panas. gaya tudung yang laen daripada kebiasaan. yang muka bujur paling lawa pakai shawl belit2. *coughs*
cons - time consuming. nak belit shawl tu saja dah berapa jam. kang tak jadi kena buat balek. pastu ada possibility mati tercekik/terbelit selendang kat leher tu. darah tak jalan. em em. oh, sebab dia nipis.. so agak transparent. lagi see-thru daripada bawal. aa~


disebabkan shawl/selendang tu nipis... tak berapa syaria compliant... maka pencinta agama cari alternatif dan penambahbaikan untuk pesen shawl. tup tup. boom!! viral kat malaysia, bertudung gaya Hana Tajima - pakai pashmina! thanks to youtube, again.

pashmina ni sama je macam shawl. belit2 dia level labyrinth jugak. bezanya cuma pashmina ni lagi up. material dia sedap pakai, lembut. well maybe panas sket kot sebab sedikit tebal banding dengan shawl biasa. then dia banyak corak! lawa2 weh. kalo sape yang kreatif tu memang2 sesuai pakai pashmina. yang muda belia paling banyak pakai pashmina. baru indie! ekeke


ni snippet daripada video ntahsapentahni buat tutorial pakai pashmina. level belit; 34 . sumber


pros - pashmina tak jarang. tak transparent tak see thru. banyak corak banyak design, tapi gaya pakai dia lagi banyak! luls. bidang pashmina besor, so belit kepala belit leher doblas tigablas round pon still banyak lebih dan cukup kain untuk tutup dada. dah la santek2, murah2 lak tudung pashmina ni. haa
cons - well korang mungkin berharap malaysia ni tak panas sangat... atau mungkin korang takde keperluan nak toleh2 kiri kanan belakang sangat bagi mengelakkan suffocation yang severe...


ada satu lagi adik kepada tudung jenis shawl. nama dia half moon. haaa... ini paling baru setakat pengetahuan aku. 

actually dia sama je macam shawl, selendang. cuma... rekaan dia semi bulat. hemisphere. separa bulan. hence, half moon. spesis ni belit-belit macam shawl macam pashmina jugak. cuma bezanya halfmoon banyak main dengan warna dan design. paling common half-moon 2-3 tone. then eksklusif sket, ada jenis jahit bunga timbul/tampal atas. cara pakai pon unik... memang aku takleh nak mengajuk kat sini sebab tak reti. lol~


si fatin liyana pakai shawl half moon . sumber

pros - separuh bulat, tak petak macam shawl/pashmina
cons - separuh bulat, tak petak macam shawl/pashmina..


bila gegadis pejuang fashion penat nak belit2.. dorang nak back to basic lak. maka... meletop satu lagi gaya/jenis tudung... tudung syria.

aku tak pasti samada memang asal dia dari Syria or camna. tapi tu la nama dia. tudung syria ni benornye upgraded version of tudung ekin/malas je. bezanya ekin ada awning, syria tadek awning. kalo ada awning pon pendek je... kalo hujan abeh mekap luntur. hahaha. then tudung syria ni benornye yang mulakan trend color combo dan corak2 yang lebih daring. tompok2 harimau bintang, belang2 zebra....


tudung syria jugak ni. tapi versi labuh. kain lycra sama macam tudung ekin. sumber

pros - lebih kurang sama je macam tudung ekin. cuma takde awning je la. then variasi corak,warna dan pattern yang lebih uptodate dan menarik.
cons - normally tudung syria ni di-design singkat. bila singkat ni... tak berapa menutup dada la kan. so... pepandai la nak tutup camna. unless memang nak uji iman kaum adam la kan... hiks


kenal heliza helmi? haa... dia pon dah trending dengan tudung heliza - nye dah sekarang.

dulu yang aku tau heliza ni pakai tudung syria labuh je. tah camne dia bleh pi belit tudung tu jadi pesen2, makan wujudlah tudung heliza~ aku tak pasti tudung heliza tu merujuk kepada jenis tudung atau cara pemakaian (macam heliza) , tapi nama tu legit la. so pros n cons dia korang bleh buat perbincangan secara berkumpulan kot. 20 markah. em em...


heliza pon penin nak eksplen camne dia bleh trending-kan pesen tudung dengan nama dia. haha

noharom penat ropenye citer pasal tudung dan pesen2 tudung ni...~.~ last! paling latest sekarang, tengah hit - tudung 2-3 layer or nama lainnya aku panggil tudung tingkat.

err.. dulu2 aku panggil tudung rumpai laut sebab desing ropol2 dia tu. ekeke. tapi sejak2 dorang tambah layer ladi 2-3 layer.. bertingkat-tingkat lak rumpai dia. em em.. tudung tingkat or tudung layer ni variant tudung ekin jugak macam tudung syria. cumanya tudung ekin satu layer/tingkat.. tudung ni banyak tingkat. ada ground floor, mezzanine dan L1. kekadang sampai L2. ahaks

pros and cons dia lebih kurang macam tudung ekin dan tudung syria jugak. cuma sebab jenis ni tengah up sekarang.. harga dia bleh tahan mahal la... and design, coloration pon fresh2. pepandai la korang pilih ikot kemampuan. tepuk purse, tanya suami. eh. =p


tudung tingkat or tudung 3 layer . sumber


hooooiiii penat!!

banyak lagi jenis2 dan gaya tudung yang ada. macam tudung siti nurhaliza, tudung diana amir, tudung fareeda, tudung aidijuma, bawal 2-3 layer, jenis kain jenis material bla bla bla.... tunggu aku kaya sikit, aku terbitkan buku pasal sulalatus salatin tudung dan hijab kat malaysia ni ye. ahaha

yep. tu serba sedikit pasal tudung dan hijab yang dapat aku share dengan korang. maap la pengetahuan pon cetek. tak pandai sangat bab2 ni. so kalo ada salah silap tu, mohon betulkan ye. tegur2 la. leh aku tambah ilmu. =)


all in all... 

that's right bebeh! yang penting istiqamah ^^ sumber


wallahualam~ thanks sebab sudi buang masa kat sini! kalo rasa berguna bleh print out bagi kat jiran. xD


p.s - gadis bertudung bawal tetap paling WIN. wheee!! #teamtudungbawal #ultrasbawal


Wednesday, August 7, 2013

Adab Beraya dan Berhari Raya


assalamualaikum! salam sejahtera ke atas kamu. dah siap potong daging perap ayam rebus kerang kopek udang beli santan goreng kerisik hiris bawang cari lengkuas cabut serai potong halia anyam ketupat isi lemang basuh beras sapu sawang cat rumah lap kipas vakum karpet basuh kusyen cari saprah iron baju gantung kad reply mesej raya semua?

ohooii... dah nak raya ooiii...



amcam? semua preparation dah setel? pergh.. power. +1. well... kalo ikotkan hari ni mungkin hari terakhir ramadhan taon ni. huk.. sedeyh. yeah i know orang akan cakap "eleh sedih la sangat. ibadat tak banyak mana pun." and that's the point. sebab ibadat tak ramai la aku sedeyh. tah dapat peluang ber-ramadan lagi ke tidak lepas ni aku pon taktau. ntah2 raya esok pon aku tak sempat. haa.. em~ jadi, alhamdulillah, kita syukur dapat manfaatkan ramadhan kali ni dengan cara kita. semoga ibadah dan amalan kita diterimaNya. moga yang baek-baek sahaja. doa ye. =)

anyway

raya! aku nak cakap pasal adab beraya. berhari raya. kalau nak ikotkan, banyak benda buleh cerita pasal adab berhari raya ni. all in all, kita berbalik pada agama lah. tu tunjang kita. ^^ korang boleh klik kat SINI  untuk lebih penjelasan tentang adab-adab dalam islam dan hukum hakam berkaitan hari raya. now, aku nak kongsi pendapat tentang adab beraya pulak.

beraya kat sini aku istilahkan sebagai pergi bertandang ke rumah orang dan terima kunjungan orang ke rumah kita. ada do's and don'ts dia. amende!? haaa...




1. kalau pegi umah orang, jangan ada benci expectations. what kills a good story kat tv? yes, iklan. so dalam journey korang nak beraya tu, expectations tu iklan la. hehe. jangan expect tuan rumah nak layan kau macam YB macam menteri, or nak hidang makan sesedap, bagi duit raya etc. kamoonn.. cer pegi umah orang dengan niat nak ziarah, nak bermaafan, nak amik peluang tanya kabor... kan ke elok tu?

then, kalau buleh jangan laa membandingbezantarakan rumah2 yang kita kunjungi. mula2 pegi umah pak mat jual soratkabor tu, makan ketupat rendang daging. pastu rumah kak maznah janda meletop yang pak husin bilal berkenan tu, makan buffet ayam golek kambing bakor spaghetti lasagna segala tok nenek semua ada. korang pon compare la.. "raya sini lagi syok kan? tadi rumah pak mat makan rendang daging je." haa... tak elok oiii... 


2. lepas tu... bila bertandang umah orang.. kena hormat tuan rumah. nak masuk bagi salam. kalo 3 kali bagi salam takde orang sahut/jawab, sila paham. mungkin tuan rumah takde, or sebok, or tanak korang beraya situ. hahaha padan muka. tapi bagi salam pon kena la kuat... ini bagi salam macam nak tanya jawapan soalan objektif masa exam SPM kat member sebelah.. selow nak mampuih! memang malaikat pon tepuk dahi~~ kalo umah ada loceng, tekan loceng. kalo tadek... laung salam kekuat. ASSALAMUALAIKOOOOOMMMM!! OOO TUAN RUMAAHH!! JANGAN LA KEDEKUT SANGAT!! JEMPUT LA KAMI MASOKK!! PANAIH KAT LUAQ NI OOOOIII!!!

dah masuk rumah, jangan tunjuk perangai huduh korang tu please. jangan dok buat pi duduk teros kat kusyen or meja makan or depan tv. amboih seropa rumah sendiri pulak. ~.~ pi cari tuan rumah, beraya dulu. kalu korang tak mumaiyiz lagi syok la, buleh salam ikot dan. sukahati je nak salam semua. hehe. tapi kita dah besor kan? haa.. takleh selamber je sua tangan sambut tangan sumorang. adab, adab jugak. agama jangan tolak tepi. know your mahram and non-mahram. nak cerita pasal dengan sapa kita boleh/tak boleh salam pun panjang. so korang boleh la google2, bukak2 quran lepas ni ye. =)


aurat muslimah . sumber gambor


3. makan! Allah... korang pon tau korang nak beraya banyak rumah lagi kan. ni baru rumah skandal skarang. japgi nak gi umah ex-skandal nombor 3 plak. pastu jawatankuasa alumni bekas-bekas kekasih korang pun jemput ke rumah dorang; kena pergi tu, tanda #walaupunkitajauhterpisahtapikitakawanselamanya. si dia pun cakap mak ayah suruh datang ke rumah raya ni, nak menengok kata deme. tu tak kira rumah crush lagi - pon kena jemput - tentu2 la nak pegi! secondary crush lagi. apa pepatah korang tu; kalau tak dapat orangnya, dapat beraya instagram twitpic gambor sesama sekeping dua pon jadilah? haa... so makan berpada-pada.

makan tu bajet2 . agak2 sedap sangat, ok la rasa lebih sket. tapi jangan melantak sampai kenyang kat satu rumah! karang pegi umah orang laen korang dah tak makan plak. haa... kecik ati tuan rumah weh. siyes. orang melayu ni wajibnya pegi umah kena makan. kalo tak makan tu tanda tak sudi. kalo tak tambah nasik/makan tandanya nak habaq makanan tak sedap. so... mintak bungkus. hahahaha. ngek. know your limit ok? gauge your consumption. penting ni. jaga diri sendiri dan jaga hati orang laen, demi kemasylahatan bersama. hehe... 


4. bila bersembang tu... jaga bahasa. kontrol gelak beb. jangan over2. and kalo bersembang tu pikir2 topik yang sesuai. yang sensitip2 cuba elakkan... atau tak berlebihan. orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengor2... kalo kuih tak sedap, telan je. simpan dalam ati. jangan dah kunyah rasa tak sedap pastu cakap "makcik buat ke kuih ni? siyes tak sedap makcik.." pastu letak balek biskot korang dah gigit tu dalam balang... ~.~ bior berlainan pendapat ke apa ke, janji jangan sampai gadoh. jangan sampai mencemar kemurnian dan keharmonian hari raya yang ceria. =)


sumber: facebook habib jewels

5. paling penting! ni. ni paling penting. JANGAN asik main henpon time beraya kat rumah orang. elok2 ramai2 dok berkumpul, makan bersembang... korang dok belek henpon... main twitter main facebook instagram gambor langsir kusyen biskot lauk raya semua bagai. hamboih. ni aku paling pantang. sekali-sekala time awkward moment tu, bleh la gtau kat kawan2 kat timeline yang korang tengah kebas muka sebab tertumpahkan air sirap bandung yang baru dituang oleh anak tuan rumah yang cun/kacak tu sebab neves tengok si dia sampai tak berkedip mata masa nak amik biskot yang tak sedap tu sebab korang taktau sangat nak buat apa dah nak cover excited yang bergelodak di jiwa tu. em em... tapi kalo tengah sembang dengan tuan rumah, dengan orang lebih tua yang patut kita hormat... jangan la main henpon. silent, off, anything. give yourself a good time borak2 macam orang normal. boleh? orait.

6. set masa! timing tu penting ooo... memang la korang seronok dapat beraya kat rumah crush korang... lagi2 dia plak melayan korang sembang makan segala. rasa takmau balek! tapi beringat la sama... korang maybe ada rumah laen yang nak dikunjungi, yang perlu diziarahi. or kalo korang dengan kawan2, kena pikir gak kawan2 korang tu nak kemana2 pulak. don't be selfish tau. takdenye kalau jodoh tak kemana. jodoh pun reti berjalan, tahu? dia pon nak kemana-mana jugak. dia nak beraya ke lain jugak.. kannye nak ngadap muka sangap korang je. jangan sampai tuan rumah cakap "aa.. kitorang nak beraya ke rumah sebelah ni, jom la ikot sekali." .. tu tanda korang kena halau cara halus la tu. tak paham lagi taktau la. ekeke. so time your time wisely. ok?

7. bawak duit raya. haaa... ni strategi. especially kalo korang bertandang ke rumah enche/cik bakal kan. biasanya akan ada budak2 kecik. adik dia ke, anak sepupu dia ke, cucu cicit mak ayah dia ke... jadi! layan la kanak2 tu~ kalo korang naturally suka main dengan budak2, then +1 dah. tapi kalo tak biasa... inilah masanya nak biasa2kan. orang tua2 suka tengok anak2 muda yang pandai layan kekanak. dorang akan ada rasa kebolehpercayaan kat orang2 yang good with kids ni. siyes. aku study psychology ok.. hahaha. so time nak balek tu... agak2 tak ramai budaknye, hulur2 la duit raya kat deme... kalo ramai pon takpe asal korang mampu la. jangan memilih budak lak! itu resis namanya. lol!


bagi duit raya ikot kemampuan ye. tak mampu, takpe. hehe


noharom panjang nak arwah aku tulih kali ni. pointnye sikit je.. merapu je lebeyh! hahaha.

aku sembang semua2 ni secara general lah ye. bab2 khusus macam pakaian, transportation, alergik, status n relationship, korang punya circle of life etc etc tu... kena pikir sendiri la. kalau pakai baju kain chiffon tu, make sure jugak la dalam dia lining tak jarang. songkok sama hitam, butang baju melayu kaler laen2 derr. hahaha.

all in all.. aku doakan raya korang ceria happening selamat dan penuh barakah. jangan membazir ye. itu amalan geng korang yang baru balek daripada bercuti panjang. hehe. selamat hari raya!


Monday, August 5, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhtujuh


assalamualaikum!! salam sejahtera. salam hujung ramadhan. dah siap segala persiapan raya dan persiapan nak bernikah lepas raya?

whee!!

sumber gambor


dah nak raya ooiii... hehe. well, obviously ada mixed feelings lah. ada rasa hepi, rasa sedih. hepi sebab raya itu satu kegembiraan yang dijanjikan bagi orang2 yang berpuasa. sedih sebab ramadhan dah nak abes... so taktau sempat lagi ke nak jumpak ramadhan laen kali. em em. tapi tu la. life goes on. everything happens for a reason. He is the best Planner. so keep calm, and go with the flow. =)

speaking of ramadhan

aku perati anak2 aku sepanjang bulan puasa kali ni. ohoo... macam2 perangai. yang normal, yang pelik2, semua ada. yang aku tak pernah terpikir pon jadi. hahaha.

bayangkan, kalo hari2 biasa budaknya pegi tandas kejap je. tapi time bulan puasa... mau dekat 5 minit satu trip. pastuh balek kelas, dah basah lencun. kuyup, main air. bila aku tanya "kamu main air ek?" .. saje la nak test.. sekali dia boleh jawab "saya tak main air, cekgu. ni ada budak laen simbah." sambil buat muka tak bersalah. em... dah hari2 pun dia lencun macam tu... memang dia upah budak2 lain untuk simbah air kan.. ~.~ haih... hehe

sonok bila tengok perangai budak2. selalu aku compare dengan zaman aku kekecik dulu. masa darjah satu, aku belajor2 puasa. well... unfortunately tak penuh la. aku puasa selang2. tapi bila tak puasa tu, aku betul2 tak puasa. takde pulak aku buat2 puasa tapi curik2 makan. haa.. bila darjah dua baru start puasa penuh. alasan kukuh aku kena puasa penuh sejak tu ialah sebab dah sunat. luls~ ^^

budak2 sekarang ni pulak.. aa.. tak sure, mungkin tak semua. tapi setakat pemerhatian aku... macam 'manja' je. i mean, kalo yang puasa tu... nampak sungguh penatnye. dalam kelas mengantuk... malas buat keje... tak aktif dan interaktif... tido pon ada. halaaa... seingat aku la, zaman aku puasa kekecik dulu takde lak aku dengan kengkawan aku malas dalam kelas. takde pulak nak sebok2 kerap ke tandas, nak basuh muka basah kepala bagai. huhu. takdenye nak mengadu kat cekgu "ticer, lapar.." , "cekgu, penat laa" macam budak2 sekarang. hmm... mungkin nature and nurture kitorang berbeza berbanding sekarang kot. takpe lah. maybe aku yang kena adapt dengan situasi. hehe

kalo ada budak tido dalam kelas aku... normally aku suroh dia bangun, pastu lompat bintang 10 kali. bukan dera, tapi nak bagi peredaran darah tu cergas sket. takmoh aa lemau2. belajor apa pon tak masuk. tapi since budak2 ni nampak macam denda... aku iyekan je la. eksplen sekali je time mula2 execute kaedah tu. pastu... carry on je. ekeke

satu benda best pasal ramadhan ni... bila budak2 takot nak cakap bohong. takot nak tipu. hiks. selalu, budak2 aku takde buku dalam kelas. alasan? tertinggal kat umah. itu alasan paling femes. masalahnya, hari2 aku tanya pon, hari2 tertinggal. obviously bleh tau la the very reason kan. so bila masuk bulan puasa ni... aku tanya lagi.. pastu psiko2 dengan dosa pahala sket... baru laa nak jawab betol - buku dia hilang. hahaha. tau lak takot dosa. tau plak ngaku tak solat. reti pulak ngaku dia amik barang kawan tanpa kebenaran. hehe... the power of ramadhan. ^^

aa.. tak banyak dapatan kali ni. lemau2 je semua. tapi ada la sket yang menghiburkan hati. ekeke. enjoice!!


****

budak : ticer, kenapa kita kena puasa?
me      : what do you think?
budak : sebab kita nak rasa macam mana orang miskin rasa.
me      : okay. so semua orang kena puasa ke?
budak : tak.
me      : eh.. why?
budak : orang kaya je puasa. orang miskin dah rasa macam mana orang miskin rasa. jadi tak payah dah la.
me      : aa... camtu pulak dah...

****

me      : kamu puasa tak hari ni?
budak : tak, ticer
me      : kenapa?
budak : sebab kakak saya tak puasa.
me      : apa kaitan??
budak : dia makan tadi tak habis, jadi saya habiskan la. ustaz cakap makan kena habis, nanti membazir

****

budak 1 : cekgu, cekgu dah beli baju raya?
me         : you think?
budak 2 : dah. warna biru kan!?
me         : eh... memandai je. why blue?
budak 1 : sebab isteri ticer pakai baju raya warna biru. mesti la sama dengan ticer.
me         : hey!! bila masa pulak cekgu ada... err... i mean.. bila kamu tengok isteri cekgu??
budak 1 : selalu. kat tv3. Nora Danish tu kan isteri cekgu. dia kan pakai warna biru.
me         : heeyy!!
budak 2 : tapi bukan dah bercerai dengan ticer ke?
me         : heeeeyyyy!!!

****

budak a : ticer, bukak puasa ticer beli apa?
me         : normally i cook. tak beli, masak sendiri.
budak b : kenapa ticer masak? isteri ticer malas ek?
me         : what??
budak a : isteri ticer mengandung lagi ke?
me         : nooo... wait
budak b : isteri ticer tinggalkan ticer?
budak a : kesiannya ticer. dah la isteri ticer malas, mengandung. tinggalkan ticer lak tu. ish ish ish *geleng kepala*
me        : -_____________-

****

budak : cekgu, nak duit raya seringgit!
me      : em? i don't understand you. speak english please~
budak : ticer, ten ringgit please!

****

budak : ticer, nanti ticer raya balik mana?
me      : Kedah
budak : aik? haritu ticer cakap ticer orang Rusia. kenapa tak balik Rusia?
me      : err... nak ambil barang kat kakak cekgu, lepas tu baru balik Rusia.
budak : oo... kakak ticer orang Rusia jugak?
me      : tak. dia orang Jerman. suami dia orang kedah. dia duduk dengan suami dia sekarang ni. haa..
budak : ooo~

****

budak : ticer... kenapa ada orang perempuan tak puasa?
me      : mana kamu tau?
budak : haritu ada ustaz bagi ceramah tu cakap perempuan boleh tak puasa.
me      : em.. sebab ABC. Allah bagi cuti
budak : cuti?
me      : dorang tak sehat. bila tak sehat dapat cuti.
budak : ooo... patut kakak saya cakap dia tak puasa hari tu sebab saket. dia kata dia ada luka.
me      : ok kesian kakak kamu. cekgu doa dia cepat sembuh. sekarang, pegi duduk... ~.~

****

budak x : taon ni kita raya bila?
budak y : ha aku tau! 8 haribulan
budak x : taon depan?
budak y : mana la aku ingat
budak x : apa la ko ni. taon depan satu haribulan la.
budak y : bulan apa?
budak x : bulan syawal la! hahahaha

***

sempena hari baek bulan baek ni, saya nak mintak ampun mintak maaf seandainya ada sebarang salah silap saya kat anda/kalian, secara sedar atau tidak, secara langsung atau tidak, lebih2 lagi menerusi penulisan kat blog ni. sorry tau.. ehe

dan jugak, terima kasih atas kesudian untuk luangkan masa baca entri2 yang tahpapa kat sini. i really appreciate it. thanks a bunch. sangat2. 



selamat hari raya eid mubarak!!
aidilfitri mulia

maaf zahir & batin

=)

Thursday, August 1, 2013

Kisah Cinta 22 Ramadan 1434 Hijrah


- ini ialah kisah benar yang diolah semula supaya menjadi satu cerita yang lebih tampil drama - 




"salam. wei, jom pegi pasar malam. aku nak cari air katiraaaaa!!"

"jom"

mesejnya aku balas. ringkas. tapi penuh makna, ok. itu tandanya aku setuju nak habiskan masa berjalan kaki dengan Aan di pasar malam yang kian susut pengunjungnya dek kerana aliran trafik terarah ke bazar ramadan fasa 2 yang menjanjikan lebih banyak pilihan lauk tunjuk dan murtabak yang semakin tak kena pada harganya. nipis. mahal. tak sedap. pakej lengkap. tahniah lah~

hari ni si gila Aan gila macam biasa. dengan t-shirt Aerosmith dia, dengan kain pelikat dia, selamba bersahaja kayuh basikal datang jumpa aku di kepala pasar malam. muka dia nampak bersinar. semangat katira katanya. apa-apa lah an, asal kau bahagia.

"ko sorang je? bini mana?" aku mengusik.

"ni, depan aku ni." celaka Aan. 

kiri kanan jalan ramai peniaga sibuk mempromosi jualan. nasik, lauk, kuih, kasut, mercun. macam-macam gaya, macam-macam ragam. seronok aku tengok. dalam hati aku tergetus, berapa untung mereka tu? kalau berniaga di bazar ramadan mungkin lebih berlipat ganda. berapa sewa tapak pasar malam ni? pukul berapa tutup kedai? sedap ke makanan yang dorang jual? ok too many minds. ah... lantaklah. yang pasti aku kena beli makanan. Aan pun dah sibuk menyinggah gerai-gerai yang ada, tengok-tengok lauk. hairan juga aku dengan dia hari ni. selalunya dia masak. ni first time dia ajak aku ke pasar malam sepanjang ramadan kali ni. oh... maybe barang dapur dia dah habis.

di tengah-tengah pasar malam ada sesusuk tubuh yang sedang duduk di atas bangku plastik warna merah. sambil tangannya menulis sesuatu di atas meja, abang rambut ketak yang duduk berhadapannya tercari-cari sesuatu dari poket seluar. aku perhati. ah... dompet duit. lantas beberapa keping duit kertas warna merah dia keluarkan dari dompet, dihulur kepada lelaki berkopiah yang telah selesai menulis tadi. tangan kanan mereka berjabat, sambil tangan kiri abang rambut ketak tu memegang erat tangan seorang kanak-kanak perempuan comel di sisinya. comel. abang rambut ketak tu tak lah comel pun. mesti mak budak tu comel. aku rasa lah.

"hoi mengelamun!" Aan jerit di telinga kiri aku.

"ko dah bayar zakat?"

"dah. awal-awal bukak kaunter hari tu lagi. malas tangguh-tangguh. takut lupa."

"tak ajak..."

"dah ko nampak pakcik tu kan? nak aku tarik tangan pergi situ ke? ke nak aku cakap kuat-kuat; LA! KO TAK BAYAR ZAKAT FITRAH LAGI!? CEPAT LA BAYAR SEKARANG!"

baaaa.... aish, puasa. jaga mulut, jaga mulut. tak guna betul. habis orang sekeliling tengok aku. dasar mulut longkang. puaka.

****

matahari kian jingga. jam Seiko dengan permukaan anti calar aku dah tunjuk pukul enam dua puluh empat petang. dua kali pergi balik hujung ke hujung pasar malam, hasilnya hampa. air katira tiada. em... aku tak pasti samada nak gelakkan si gila tu, atau nak kesian. biarlah, mungkin di lain hari dia jumpa la tu. aku dah ada sebungkus nasi ayam lauk ayam madu bersambal lebih di tangan kanan, dan satu plastik besar air tebu di tangan kiri. cukup. masa untuk balik.

"sabaq. aku nak tengok tudung."

aih... dia buat dah gila dia. sumpah aku tak paham, kenapa dia ni gila sangat dengan tudung bawal dan kurung cotton. ada enam gerai yang jual tudung, baju dan kain - semua dia masuk. letih berjalan, aku duduk di tengah-tengah jalan berhampiran tiang lampu hak milik TNB. lantak. aku penat.

mata aku meliar melihat sekitar. orang makin ramai. dan ramai juga gadis-gadis muda belia. mana mereka datang? tadi tak nampak pun? oh... baru habis kelas mungkin. mula lah aku pun berangan... nak tegur menegur lah, nak berkenalan lah. haih... dasar lelaki. hahaha. ngek.


tiba tiba

aku.. terpana. aku.. terkesima. itu! di sana tu! hey!!


mata aku tertangkap satu imej wajah yang... sangat... menawan! ah... gadis impianku! jadi betullah kajian saintifik - manusia cuma perlukan dua saat untuk menyukai seseorang. ya... aku masih single, dan available, dan inilah masanya aku nak ber-mingle!! 

tenang, aku buat muka tenang, sambil mata terus perhati dia. kulitnya cerah. matanya kuyu. keningnya terletak hidungnya mancung pipinya gebu. bertudung bawal merah jambu berblaus labuh corak kotak-kotak merah-hitam berseluar slack jalur hitam kelabu berselipar jingga corak bunga ala hawaii. baik. Aan betul. gadis bertudung bawal memang ada aura ayunya yang tersendiri. Aan menang.

"cantiknya, ya Allah." terpacul ayat tu dari mulut aku yang sememangnya jujur ni. hey... patutkah aku... jika bukan sekarang, bila lagi!? Aan. mana Aan!? aku perlu bantuan dia!


****

"dah ngko kenapa masuk sini? nak beli tudung jugak?"

"ada ke orang masuk kedai tudung nak beli dapur gas?" ya.... aku berjaya buat Aan senyap. seketika. sehinggalah...

"eleh... ko takyah nak selindung aa... perangai kau tu terpancar kat muka yang gelabah. ha, kenapa?"

takdir. takdir. gadis impian aku tu masuk satu gerai tudung dengan Aan. ini peluang aku untuk at least berada dekat dengan dia. oh... jarak antara kami cuma dipisahkan oleh seorang kakak yang sedang sarat mengandung yang sedang membelek tudung-tudung yang bergantung. sumpah, aku rasa bahagia.


"an. nine o'clock" aku bagi isyarat. Aan faham. terus, dia menjeling. aku tengok riak wajah Aan, aku tengok gadis impian, aku tengok Aan. semuanya dalam tiga ke empat saat cuma.

"ohh... lawa. siyes lawa. tapi..."

aku benci Aan punya tapi. 'tapi' Aan selalu menyedihkan. selalu betul. tak. tak. bukan kali ni. bila lagi Aan nak salah. ini kalilah!! perlahan, sambil membelek kain tudung bawal yang di atas meja papan, Aan berbisik;

"ko check jari dia. ada cincin or tak."

pantas! aku dengan pantas bertindak. ya aku tak pandai berlakon, tapi setidaknya aku cuba. aku beralih ke sebelah sana satu lagi, di mana aku boleh nampak dia dengan lebih jelas lagi tanpa ada penghalang di antara kami. kini... pada posisi aku berdiri, dan tempat dia berdiri, tiada apa halangan lagi. sambil aku mula berdrama, konon-konon membelek tudung... gadis itu terus aku curi-curi perhati. ah... wajahnya lembut. sejuk mata memandang. tersenyum aku sendiri. 

hoi!! fokus!! tengok jari!! ok ok. snap back to reality. aku alihkan pandangan curi aku kepada tangannya. jarinya. mengintai kalau-kalau ada kilauan di antara jari kelingking dan jari han....

ada.

aku kembali ke tempat Aan berborak dengan abang pemilik gerai.

"ada. dua-dua belah tangan"

"hmm..." Aan buat muka. aku benci muka tu. muka yang nak nyatakan kebenaran. 

"tapi cincin silver. or stainless steel. bukan emas. belah rotan je. takde batu." aku teguh dengan pendirian bahawa aku masih berpeluang.

"ok. rileks. ada cara lagi..."


sudah hampir pukul tujuh malam. ah... persetan dengan waktu. aku ada urusan yang perlu diselesaikan! 


****

buntu. aku buntu. si gadis impian di depan mata. tapi aku tak mampu berbuat apa-apa! hendak ditegur, aku malu. mahu bertanya, aku malu. tapi hati ingin bertanya... adakah dia sudah berpunya!? argh!! cepat la pilih tudung tu... jangan layan sangat abang gerai yang tampak gatal tu please. tolong... saya merayu pada awak. berboraklah dengan saya pulak!! penat... penat aku bermonolog dalaman menanti dia selesai dan sedia untuk buat bayaran.

"ko beli something from here. then when she is about to pay her items, try to commit these two things. satu, kalau dia beli satu tudung je, or murah... ko bayarkan untuk dia. tapi pastikan dia dah keluarkan purse dan nak keluarkan duit."

"kenapa?" aku musykil...

"dalam split second yang kau ada tu... cuba take a quick glance at her purse.. check whether ada gambar tunang, kekasih whatsoever tak. pepandai la kau nak nilai. k? all the best!"

setiap pesan Aan aku ingat sebijik-sebijik. Aan gila. thanks buddy!

ha! dia dah nak bayar!! laju, aku terus pergi kepada abang yang sedang berurusan dengan gadis impian aku tu. aduh... dengar suara dia yang lunak lembut halus mulus... memang jatuh gugur jantung aku. steady, steady. fokus. aku tengok dia beli satu... dua... tiga tudung. Allah... banyak pula. aku pula tak berduit sangat. sudah lah aku ambil cuma sehelai tudung yang entah apa-apa. yes, decoy. kalau orang yang beli satu tudung bayarkan untuk orang lain yang beli tiga tudung... agak-agak nampak sangat tak? baik...

mujur, tiada orang lain yang beratur nak buat bayaran selain kami berdua. ah... dia berada betul-betul di sebelah kanan aku. bahagianya rasa. rasa nak nangis! 

"berapa semua bang?" Allah.. kenapa bukan aku yang kau panggil abang.

"empat puluh lima je."

diletaknya tudung half-moon dan bawal dua-tone itu di atas hamparan tudung-tudung syria. diseluknya tote bag yang digalasnya dengan tangan kanan. dia keluarkan purse. warna pink! Aan kata orang yang suka warna pink ni orang yang lembut hatinya. perlukan perlindungan extra. aduhai, relalah aku menjadi pelindungmu, gadis misteri! tatkala dia mencari wang dalam ruang panjang nipis berzip, dengan penuh hati-hati aku mencuri-jeling ke arah purse-nya yang terbuka terpampang.. ah, slot plastik lutsinar paling bawah, di bawah kepingan-kepingan kad... ada gambar dia! hati aku bersorak sorai gembira!!

****

"jom balik"

"eh? ha. amacam??"

"you were right

Allah... umpama anda sedang gembira menaiki roller coaster yang meluncur laju - tiba-tiba terkeluar dari landasan lantas menerpa tembok Berlin pada kelajuan maksima. dan anda mati di tempat kejadian. killjoy. such killjoy. wajah pemuda tampan yang aku nampak melekat bersebelahan gambar si dia dalam purse-nya tadi buatkan jantung aku tersentak dan terhenti seketika. ah.. kecewa. lagi.

"aduhh... sorry bro.. eh tapi tak confirm lagi kan. mana tahu, kot-kot bukan?"

"dah lah an. jom balik"

"nak aku tanyakan?"

"balik"

"ok.." balas Aan, sambil menjinjit satu plastik berisi dua tudung bawal yang dibelinya.

ok. ringkas. tapi penuh makna. itu tandanya dia dah setuju nak berhenti daripada terus membelek tudung-tudung bawal beraneka warna itu dan berjalan pulang, temankan aku sambil cuba tenangkan aku yang sedia redha ini.

ah. betapa sekejap. kisah cinta 22 ramadan 1434 hijrah

****

- ini ialah kisah benar yang berlaku kepada kami. olahan cerita ini adalah dari saya sendiri, namun intipati cerita adalah asli. wallahualam~ terima kasih kerana membaca -