SOCIALIZATION

Thursday, June 26, 2014

Tak Semua Petrol Sama. Petronas Primax 95 dengan Advanced Energy Formula baharu, Lagi Power!!


helloooo para pentidaksuka petrol nasional dan pentidakpercaya produk negara sekalian, dah bayar saman trafik? hikhik

sebelom2 ni, aku skeptikel tau. bagi aku, minyak semua sama. minyak tu peristilahan bagi petrol yakni bahan bakar la. fuel, kata orang kampung aku. em em... yaa. pada pendapatan aku, tak kesah la Petronas ke, Shell ke, BHPetrol ke, Petron ke, Caltex ke.. hatta Buraq Oil sekali pun - ko bayar RM20, ko dapat isi 9.5238095238 liter petrol. jarak penggunaan tertakluk pada kudrat kenderaan yang ko isi tu. isi 20 minyak shell kat kete saga sama je dengan isi 20 minyak petronas kat kete saga.

tapi!

ini betul betul!!

tapi Lewis Hamilton telah buktikan bahawa aku silap! dia buktikan bulan lepas. hahahaha. baru-baru ni.... well, tak baru sangat la pon... haritu ni... Petronas dah lancarkan petrol/minyak/bahan bakar baharu! yeaahh!! Petronas Primax 95 with Advanced Energy Formula!! whee!!! *letup2 bungapi kat langit* . wei awat hang seronok sangat ni, an? haaa... tu la ampa taktau! ketepikan kejap member baek aku si Lewis Hamilton dan kejuaraan yang diraih beliau. aku nak cerita pasal pengalaman aku sendiri guna petrol Primax 95 dengan 'Penyelesaian Teknologi Bendalir' nih.

dengar cerita... Mercedes AMG Petronas Formula One team menang besor series kali ni. nak lagi power, dorang berjaya naik podium dengan 30% lebih penjimatan (pengurangan dalam penggunaan) bahan api berbanding season lepas2. fuyyooo... hebat tu! maka menerusi kepakaran dan kejuruteraan bendalir yang dorang ada, Petronas’ Primax’s Technical Performance Consultant bekerjasama dengan pengemudi jentera lumba Mercedes AMG Petronas Formula One team sendiri; Lewis Hamilton (itu yang aku baca online hiks) - terhasillah petrol primax 95 yang baharu untuk kegunaan komersil, untuk pemandu2 marhaen macam kita ni~ yay!!

aku bukan Abang Nara, bukan Ben Ashaari, bukan Cik Epal, bukan mana2 blogger retis or tweetpemes. dorang maybe dijemput oleh petronas untuk launching petrol tu, or dibagi sample buat minum ke buat masak ke... no. aku rakyat marhaen yang try sendiri isi minyak/petrol tu dalam tangki kenderaan yang aku guna. 1st hand experience ok! huhu. dan hasilnya?

awesome!!!

taktau apa benda dorang dah buat dengan petrol tu... tak tau apa benda dorang modify kat primax 95 Xtra yang dulu tu... tapi Primax 95 Advanced Energy Formula ni memang lebih menjimatkan dan lebih berkuasa! siyes beb, tak tipu.


aku jenis kira dan catat mileage kereta dan fuel consumption dan berapa ringgit yang abes untuk kuantiti or jarak tertentu. jadi aku memang tau sangat la banyak mana guna etc. so, Ford Escape 2.0 yang aku biasa bawak ni dulunya isi la minyak petronas ke, shell ke, mana2 pon; - (pada subsidiari kerajaan yang menjadikan petrol RM2.10 seliter) aku isi RM10, dia pegi +/- 30 kilometer je beb. dengan penggunaan jalan bandar. kalo highway or perjalanan jauh (kurang main brek, gear) dia pegi +/-40 kilo. kaw2 punya tak jimat kan? hahaha. nasib badan~~

tapi segalanya berubah! lepas aku dok isi petrol baru ni... hey! ada perubahan ketara!! RM10 boleh pegi +/- 38 kilometer pada penggunaan jalan bandar! aku isi 20, dia pegi +/- 81 kilometer! waahhh! ini sudah bagos! tu dengan selalu brek, tukar gear, pasang ekon. mantap ah! belum try kat highway lagi tu. memang fuel economy, memang better, greater efficiency. sekarang aku percaya - tak semua minyak sama. ^^ so itu kat enjin kereta lama, cc besor beb. bayangkan kalo pakai kat kete cc 1.3, 1.5, 1.6 dan seangkatan... memang pergi lebih jauh lah! terbaek!!


cubalah! korang mesti rasa!
ini testimoni ikhlas dari aku ye. aku tak dibayar or diupah untuk tulis ni. betul2 nak kongsi dengan korang je, supaya korang pon merasa keberhasilan minyak yang dimajukan ni. all in all, kalo korang tak caya, korang bleh try sendiri. maybe result tak sama, tapi tak cuba taktau la jawabnya. heee...

okay! tu je nak cerita. btw kini korang boleh miliki Volkswagen Polo Sedan 1.6 pada ansuran RM199 sebulan!! tertakluk pada terma dan syarat la tapi. lol!


Wednesday, June 25, 2014

Hanya Sekepal Dua - Tigapuluhdua


helo helo.. siapa sana... mari kita melompat terkinja-kinja. helo helo.. nama apa... mari kita bungee jumping bersama-sama~~

on on on... panda!! luls~
assalamualaikum! kom apa.. kombet! bet apa.. betmen! men apa.. mentol! tol apa.. tolak! lak apa.. laksa! sa apa.. satu! tu apa.. tunang! nang apa.. nangka! ka apa.. kayu! yu apa... you ni cantik lah cubit pipi sket bleh? ahaks!

ok aku tengah weng. steady la makan painkiller kan. tapi sebab mood nak menulis tu datang... aku tak mampu menolak. macam period la. mana bleh halang2. luls~ hep hep!! lama sangat sekepal dua ni aku tak hapdet. sampai hilang followers ha. ekeke. takpe la... salah aku gak.. sape soh selalu sangat takde kat skola.. kan takde bahan nak tulih. akakaka. nasib badan~~ tapi betol beb... siyes sebok gegila punyo! meh aku story sket. tapi korang kannye baca pon. ah lantak la, aku citer gak. huhu

haa!! korang ingat tak, aku citer dulu yang aku ajor badan korporat ni choral speaking? yeah!! haritu aku cerita progress je kan? ni hapdet result. alhamdulillah!!! dorang champion beb!!! national champion! region slangor + nismilan juara korel spiking antara region2 kat mesia nih. whee! aku tompang hepi.. berkat usaha gigih dorang yang banyaknye. aku dengan aza contribute sket2 je. =)

pastu apa ek? em... ha! aku pegi kem smarak tari! wuih best kem nih... peringkat negeri slangor. aku gi bwk team daerah kuale slango. kem tu 3 hari 2 malam, kat resort apanamatah kat kuala langat tu. ok. kem tu ekceli power gak. dia kompolkan best dancers daripada seluruh negeri utk kononnya bagi seminar. aku memula dapat surat tu aku dah suspek semacam. kenapa dia sebut nak "penari terbaek anda" pulak. apsal nak terbaek? kalo nak buat bengkel, amik la yang lite2 je kan. hmmm.. rupanya kesuspekan aku berbalas! hari ahad nak pegi kem, hari sabtu baru dapat notis surat yang lengkap dengan reka konsep kem bagai. noharooommm.... pertandingan rupanya!!!

pucat la kejap aku pon. patot la kat surat dia pesan suroh sediakan penari terbaek, siap kostum dan lagu dan tarian. aku ingatkan nak show ala2 je... sekali bertanding daaa... ~.~" pastu kitorang pon dalam last2 minit tu buat beberapa call. tepon organizer bagai, nak tanya details, mengadu dapat surat n notis lambat bla bla bla. kesimpulannya, setiap daerah dah dicabutkan undi untuk rekagerak tarian apa. pom! daerah aku dapat zapin komtemp. dan guru pengiring mestilah seorang choreographer. masaakkk.. aku bukan choreographer lah! -.- nak taknak, kena hadap gak la. uhuuu... bunyi mcm aku steady je. heh, takde maknenye... bertanding kot. peringkat negeri kot. ketaq woi!

ni anak2 tari saya!! paling kiri gambar, baju hitam tu, anak paling taat. ahaks! ^^

then aku dan bebudak daerah aku pon pegi sana~ kat sana kitorang di divide kan ikot peringkat menengah dan rendah. setiap daerah kena koreograf tarian yang berlainan. dan budak2 ni dibahagi-campur-adukkan. maknanya... drpd 4 budak daerah aku yang aku bawak, 2 je stay, lagi 2 pegi daerah laen. dan aku terima lagi 6 budak dari daerah laen2 jugak. haaa... meriah gittew~ hehe. so! dapat la anak2 baru! ^^ yay!! sonok! tapi kesian kat budak2 ni... ye la... dorang nak menang kan. aku plak kannye reti ngajor nari sangat. menari pon tak pandai. kalo ranting kayu tu kita gerak2kan, lagi cantik dari aku nari.. acaner. ahaha.

well.. to be honest, aku rasa sangat kerdil la... ha, ni nak luah perasaan la ni. hiks. bagi daerah2 laen, koreografer dorang semua yang memang carma dengan tarian. budak2 dorang bawak dah sampai national level, sampai wakil malaysia ke obesi bagai. pengalaman ngajor menari paling2 koman 8-9 taon professionally. aku? ngeh. cekgu cabuk je. aku bukan penari profesional. aku takde achievement power2 cam cekgu2 tarian laen. huuu... kecik je aku rasa dok kat kem tu. huk.. =( tapi ... pikirkan anak2 yang diamanahkan kat aku... aku gagahkan jugak. buat yang sehabes semampu baek untuk dorang. maka berlatih lah dorang dengan cekgu marhaen sorang ni.... hekhek. aku reka gerak, pola lantai, pecahan yada yada semua simple2 je. kena la dengan tema dan lagu yang kitorang dapat. budak2 pon nampak enjoy. syukur~ ^^

jeng jeng jeng!! tibalah malam pertandingan. semua team power2 weh... lompat guling panjat terbang semua ada! mati laa... nampak dah aku kat mana. hahaha. tapi budak2 ni baek sangat... one of them siap cakap "takpe cekgu... kita buat yang terbaek. menang kalah rezeki." huu... nak nanges. atifahh... T____T oh budak tu nama atifah. somel budaknya. penari terbaek aku setakat ni. hiks. nak je aku buat anak budak tu. seb bek mikior dia ada mak bapak hahaha. oh! ya. bertanding. jeng jeng jeng!! kalah.... huhu. takde rejeki. tapi drpd 10 daerah tu, team aku nombot 4 peringkat rendah, nombor 7 keseluruhan. alhamdulillah~ pastu atifah pujuk aku... "takpe la, laen kali kita cuba lagi" dengan senyuman. wuwuu...  hahaha

sebelom bertanding. hokhok

peserta sekolah rendah. yang menengah aku tanak uplod. kang korang jeles. ahaks! xD


pastu pastu...

balek kem tu aku ingat pegi sekolah la cam biasa. sekali! opis cakap ppd panggil buat persembahan untuk hari guru peringkat daerah plak. ngaaa... join group koir daerah. ngee!! aku mana pandai menyanyi weh~~ haha. tapi surat dah keluar. nama dah naik. em em... pegi je lah! hahaha. training 2-3 hari sebelum cuti skola... pastu bukak skola tadi treneng lagi 2 hari. pastu 18 jun tadi sambutannya. perform. whee!! puas! syok wooo!!! dapat sumbang-kan suara hahaha. dapat kenalan baru, dapat tambah kengkawan, dapat pengalaman yang bernilai. berbaloi ah! hihihi. walhal kat sekolah budak dah bising kenapa cekgu/ticer/ustaz/sir azhan ni tak masuk2 kelas langsung. siap komplen kat guru kelas dorang lak tuh! hahaha. rindu le konon... padahal suke je aku tak masuk. kot. hehehe. takpe la. ni dah nak puasa... takde event luar sangat dah kot. hiks


team koir kuale selangor awesome!!! :D
oh! ada lagi aku nak cerita! ni baru lagi ni. hari sokan skolah! hahaha. wei syok wei!! taon ni same la macam taon2 lepas... 2 hari buat sokan. sabtu n ahad. biasa la budak ribu-riban kan... ramai gilos... hehe. ok! sabtu! acara utk tahap satu. sukaneka je la tapi. tapi syok! suke tengok bebudak ni ha. kelas2 yang aku ajor semua masuk acara final. bangga2. hahaha. hari ahad, temasya paling besar. olahraga acara padang balapan tahap dua semua hari ahad. semua acara2 final lah. taon lepas aku rumah kuning. nombor dua keseluruhan. taon ni aku rumah biru.. siap penolong ketua beb! lol! gilak!! rumah biru menang acara perbarisan! nombor satu wooo.... lepas tu untuk acara sukan kan... sebelum kejohanan/temasya rumah kitorang nombot 5 drpd 6 pasukan. pergh.... memang tak nampak cahaya harapan dah pon. dengan pulak ada budak buat pasal tanak masuk acara akhir lah, tarikh diri lah, tak datang lah.... abeh... kacau program. memang tak nampak peluang pon. tup tup.... eh banyak pulak acara kitorang menang. emas banyak! sekali bila kumpul mata semua... waaahhh!! rumah biru tempat kedua keseluruhan!!! hahahaha syoknya!! ok nombot 1 rumah kuning. lol. takpe la. sonok2! rejeki wooo!! ^^ olahragawati harapan pon dari rumah kitorang. whee!!! 

with my two best athletes. tudung hitam, ain. best runner/sprinter. tudung putih, nabila, olahragawati harapan. dua2 ni my pride n joy. #girlpower !!


wooohooooo!! banyaknya aku menulis kali ni! ni nama dia lepas gian. hahaha. ok2. aku kena tido nih. korang layan la anak2 aku punya karenah kat bawah ni ek. hehe. thanks baca!!

****

*dalam kelas tasmi'*
me      : siapa tau tarikh puasa tahun ni?
budak : saya!
me      : ha, bila?
budak : 1 ramadhan!!
me      : okaaaayyy....


me      : lepas surah yusuf, surah apa?
budak : taiyoob!!

****

*kelas ganti waktu bahasa arab*
me         : surah apa yang cerita pasal nabi musa dan nabi isa?
kelas      : . . . . 
me         : dia mula dengan perkataan 'ma'
budak 1 : saya tau!! madinah!!
me         : salah. surah apa, cepat! surah al.. ma...
budak 2 : al maunah!
me         : al ma'idah laaahh!!


me         : surah ni bunyi dia macam nama perempuan. ada nama tu dalam kelas ni
budak a : ha! surah syafiqah!
me         : suka hati kamu je kan... salah. dia mula huruf 'N'
budak a : Najwa latif!! 
budak b : najwa latif mana ada dalam kelas ni. ticer! nurliyana!!
me         : surah An-Nisa' laa...
budak c : itu mula huruf A la ustaz...
me         : okkaaaaaaaayyyy....

****

budak : ticer, ticer kenapa pergi tak kembali?
me      : -____- ayat tu betulkan, please...

****

budak : ticer, ticer tengok bola tak?
me      : tengok la sikit2. kenapa?
budak : ticer sokong team mana? saya suka spain, ayah suka england, mama suka brazil.
me      : mak kamu pon tengok bola? hebat
budak : a'ah. mama kata dia suka brazil sebab ada bra. saya tak paham tapi mama gelak2 je.
me      : ~.~"

****

budak : ustaz, abang saya cakap rumah biru banyak dosa. kenapa ustaz?
me      : -.- kamu balek, cakap kat dia... bawak2 la bertaubat~ 

****

me         : in the US, they have underground subways
budak x : kat sini ground floor, cekgu
me         : ha? apa yang ground?
budak x : subway. kat tesco ada
budak y : kat setia city mall dia LG, ticer.

****

me          : who likes burger?
kelas       : *angkat tangan*
me          : ok, what kind of burger? what burger?
budak I   : burger king!
budak II  : bergeeerr.......mmmbira!
budak III : bergetah!
me           : kamu nak rasa BER...jemur kat tengah panas? nak kena tarik side-burn sampai BERGEnang air mata? nak BERGE..limpangan kat koridor kelas tak? em?


hihihi... acah2 bagi cuak je tu. ^^ nak posa dah ni oooiii!! more to come. thanks for your stay! =]

oh sorry. did i tell you, team choral speaking skola kitorang menang naib johan peringkat daerah? hiks. kredit to ticer yati yg buat almost everything. aku sebok2 tambah2 skrip je. ahaks. tahniah semua!! ^^


congratulations!!


Friday, June 13, 2014

Antara Happy bila Kurus dan Gemuk bila Happy


=)

bukan sekali. tapi beberapa kali. ada anak murid aku yang petah bercakap or cerdik advance, dorang suka bertanya. kekadang soalan2 dorang tu out of the box, kekadang out of the planet hahaha. korang yang baca Hanya Sekepal Dua paham kot. hiks. tapi ada satu soalan ni yang dorang tanya kat aku... aku sendiri terkebil-kebil kejap masa nak jawab. first encounter aku dengan soalan cepuk cemas tu ialah taon lepas.

cerita dia camni... aku kat sekolah budak2 panggil macam2. cekgu, ticer, sir, and ustaz. aku tak kesah pon. but eventually, panggilan ustaz tu yang triggered soalan power ni. budak tu cakap apa tau?

"ustaz, kenapa ustaz tak gemuk?"
aku tanya balek, "kenapa tanya saya camtu?"
"sebab selalu saya tengok ustaz2 ustazah2 ni gemuk2. kenapa ustaz kurus?" 

hah. ambik. tu makan dia. agak2 korang aku jawab apa? haaa.... hehehe. kalau aku jawab aku bukan ostad, dia akan ada tanggapan 'oh patut la tak gemuk sebab bukan ostad.' teeeeettt. takleh jawab camtu. so? penin tau pikir jawapan yang 'sesuai' dengan soalan tu. nak taknak aku kena putarbelit jugak la sket bagi dia puas ati, memenuhi curiosity dia tu. last2 aku cakap kat dia

"tak elok membandingbezakan rupa paras orang. setiap kejadian Tuhan buat ada hikmah. ok?" *cough* pasnih nak apply pencetus amarah ummah lah. hiks 

anyways!

ya? korang bleh jawab tak soalan tu? kenapa ustaz2, ustazah2 mostly dorang ni big in size or plus size? yang ustaznya buncit, boroi... yang ustazahnya kembang, tembun... aku terpikir soalan tu tau. sebab... bila aku sendiri perati keliling... yaaa~~ that boy was right! and aku even penah encounter budak yang bila aku tanya pasal ambition dia cakap nak jadi ustazah, tapi dia tukar pulak... sebab dia kata "kalau jadi ustazah nanti gem-" "Hey!" aku jerit kat dia sebelum dia habiskan perkataan tu. sungguh tak sopan. adeh~~

so.. yeah. why aa? benda ni memang common ke, bermusim ke, phenomenal ke, camne?

mind the G word. i know it's sensitive to some. so aku tanak guna istilah tu ye. aku akan sub dengan perkataan2 laen yang lebih sesuai tapi kena dengan konteks.

aku ada buat survey tau. mini research so called. aku pernah tanya2 para ustaz para ustazah ilmuan agama ni pasal hal ni. well, tak la secara direct. gila hapa nak pi tanya "ostad, awat ostad sehat sangat ni?" haaa... masak aku kena tazkirah satgi hahaha. ada la cara aku halus, tapi efektif. chewah! ehehe. based on aku punya dapatan... ada beberapa perkara yang menarik minat aku nak kongsi dengan korang mengenai kenapa orang2 alim ni kebanyakkannya berbadan besar.

happiness

kegembiraan

itulah kunci utama dorang. itulah faktor dorang berbadan besor. itulah key point dorang untuk teruskan hidup dengan bersaiz camtu tanpa pedulik apa orang nak cakap. so aku pon kaji dalam2 benda ni. aku baca underlying meanings. aku baca between the lines. surprisingly banyak jawapan yang tercabang daripada peristilahan 'gembira' tu. aku pilih dua yang paling teramat sangat utama.



1. orang2 alim ni fokus dia kat akhirat dah. dia memang aim sana lebih banding dengan dunia. tuntutan akhirat over kehendak dunia. akhirat tuntut dorang beramal, beriman, bertaqwa. Tuhan tak pandang paras rupa. yang pandang rupa ni manusia je. kita hidup bukan untuk please manusia yang kita jumpak sementara je kat dunia ni, tapi untuk please 'azzawajalla yang abadi selamanya kat Sana. sebab tu dorang makan bila nak makan, makan apa nak makan.. janji ibadat jalan, janji kemungkaran tinggal. bagi dorang itulah kegembiraan mutlak. haa... nampak? kurus2 katang2 lansing2 ni dunia je. hiks~

2. orang2 alim, baek ustaz or ustazah - dorang rata-ratanya dah berkeluarga. jarang laaa ko nak jumpak or nampak or kenal ostad or ustajah or orang2 berilmu tinggi bab2 agama ni single. sebab Tuhan memang mudahkan jodoh dorang (insyaAllah) maka dorang yang ada title ustaz ustazah ni memang family person la senang cakap. bila dah berfamily, biasanya dorang tau peranan masing2. like... tugas isteri ialah melayan suami, tugas suami ialah melayan isteri. jadi?

jadi. suami cari duit, beli ayam bagi isteri. isteri masak ayam tadi, suami makan dengan isteri. kan ke harmoni? hahaha. ok ok. point aku kat sini- ustaz2 berperut ke depan (senang cakap boroi la ye enche2 suami sekalian) sebab sang isteri -isteri pandai masak! nak jaga hati isteri, kena makan masakan dia. haa... sweet kan? dah kena pulak si isteri cuak2 tak reti masak kononnya, takut lauk tak sedap... kejap masak rasa tawar, disenduknya garam secedok dua... kejap rasa tak manis, ditaburnya gula sekati dua... kejap rasa ceroi or tak pekat likat melekat, disimbahnye masuk santan sebaldi dua... padahal dah sedap dah awal2 tadi, cuma dia je rasa takot tak sedap or tak kena selera suami. ahahaha. maka penuh lah sajian enak tersebut dengan kalori, lemak tepu, protin tak larut, kolesterol dan laen2 lagi agen obesiti. hiks. makan bang aji, jangan tak makan. nanti bini majuk kata masak tak sedap pulak. yang bini dok risau, kalo tak masak or masak tak sedap nanti bang aji cari laen or bukak restoran baruuu.... lol~

itu yang suami. yang ustazah ni kenapa lepas kawen tetiba naik badan pastu tak turun2 dah? hikhik. sebab... antara jawapan popular yang aku dapat ialah... dorang dah tak kesah nak jaga bentuk badan especially. haaa... tak tipu beb. ramai para ustajah yang mengaku sebelom kawen badan dorang kecik2 slim2 sedap2 pakai saiz S je. tapi lepas kawen... em.. itulah. siap yang jawab "gemuk pon takpe, ada orang sayang." hokhok. sentap. hahaha. em. testimoni yang aku dapat ialah dorang rasa itu zaman muda2 je, dah kawen dah ada laki yang setia, benda tu duniawi je dah. now fokus pada suami, anak2, keluarga, fokus kat ibadat nak jumpak tuhan nanti. so makan la camne pon, tambah la saiz camne pon, janji hepi. gittew~~ hahaha

****

personally, aku takde masalah langsung dengan orang plus size or extra sehat or big papa/mama nih. bagi aku tu hak dorang. aku bolehlah dikatakan bersetuju dengan prinsip "janji happy" dorang. cumanya... satu je aku dok mikior ni... kalo saket, acaner?

kita pon tau kan... rata2 rakyat Malaysia ni cemerlang dalam peningkatan tahap obesiti dan menyumbang kepada penambahan jumlah diabetic pada peratusan yang mengagumkan. jadi biasanya orang2 yang plus size ni... penyakit prone. darah tinggi lah, kencing manis lah, jantung lah, salur darah tersumbat lah, gout lah, macam2 lah! korang tak risau ke kena semua2 tu? aku risau... =\ aku tak suka saket beb... walopon orang cakap saket itu penghapus dosa... takkan nak tungguh saket je baru nak cleansing dosa? kalo sehat walafiat bebas penyakit, bukan ke lebih cergas untuk tambah pahala dan pergiat usaha hapus dosa? ke aku salah? hmmm...

TAPI! haa.. ada tapi. tapi tu la... Allah Maha Kaya kan. susah benornye ko nak nampak ustaz2 ustazah2 orang2 alim orang2 agama ni saket serius2. betoooooolll.... kalo tak caya pegi selidik sendiri. kekadang nampak je beliau tu semangat sehatnye ha.. tapi takde penyakit! sehat! hepi! dah... ko nak cakap apa? hahahaha. maybe itu hadiah Tuhan. dorang jaga agama, Tuhan jaga dorang. dan mungkin betul jugak macam orang cakap... bila kita hepi, kita sehat. =)

so kesimpulannya kat sini... kalo korang rasa happy bila kurus, teruskan. janji jangan saket. kalo korang rasa tak kesah gemuk at the same time nak hepi, jadilah ostad/ustajah. hikhik. tapi paling baek ialah... korang sehat, korang hepi. saiz bukan soal utama. ok? contohilah Ustaz Don, Imam Muda Asyraff, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus. dah kawen, dah berkeluarga, tetap maintain fit. gittew... hiks! ^^ wallahualam~

p.s: ironically, MacDonald's serves fast -fatty, oily, unhealthy- food to kids; they call it "Happy Meal"

so... what say you?




Wednesday, June 11, 2014

Ha-Lam-Alip-Lam, Halam!


sumber

"mulai hari ni abah taknak anak2 abah beli coklat cadbury dah. haram!" kata Pak Ajid sambil menghisap rokok keretek seludup yang harum itu. 

em em...


unless korang memang anti scoial atau pengamal ilmu tak peduli dunia luar, korang mesti ada dengar or baca or tengok berita pasal isu cadbury dan babi lately. tak perlu kot aku cerita panjang2 sebab sebagai sa-orang rakyat Malaysia yang prihatin - especially kalau korang mengaku Islam - dah tentu korang maklum pasal penemuan DNA babi dalam 2 produk cadbury. apa nama coklat tu tah... yang ada kacang tu. tak berapa nak teliti sebab aku bukan penggemar coklat so tak makan pon so yeah.

tapi tu tak bermakna aku tak amik pusing hal ni. well kalo ikot ati aku nak je waive kecoh2 ni. tapi tak boleh. why? sebab ada beberapa manusia yang - kalo aku panggil bengap, dorang marah - malas nak cari ilmu, cari kebenaran, lepas tu buat tanggapan. 

aku taktau la bila mula benda ni, or dari mana punca sebenar. tapi aku mula2 dapat tau pasal news babi dalam cadbury ni melalui group kat whatsapp. kat situ penghantar tu bagi gambor/printscreen nih

katanya DNA babi dkesan dalam coklat cadbury

aku tak la melatah pon. just masa tu masih lagi curious betol ke idok benda ni. ye lah... zaman teknologi canggih sekarang ni, memacam bleh buat. setakat edit gambor bagi jadi kenyataan camtu, ramai yang pandai. sehinggalah... aku carik internet untuk cari lebih maklumat pasal tu.

oo... dah viral rupanya. dah jadi isu besor. aku je antara yang terlambat luls. okay. gedebak gedebik gedebuk, kuar la updates pasal kementerian kesihatan sahkan ada DNA babi dalam produk/sampel ujian tu, then JAKIM di-bombard dan dipersoal kewibawaan dorang, then media sosial dihujani gambar2 edit berunsur jenaka pasal babi dan coklat dan cadbury dan segala tok nenek yang dorang rasa bleh buat lawak. lepas tu naik news pasal beberapa pasaraya mula menarik balek produk2 cadbury especially those two tu dari rak atas dasar keprihatinan dan sensitiviti orang islam. ada jugak pihak yang taknak buat camtu atas alasan perkara tu tak betul or maybe dorang taknak tanggung rugi or ntah lah aku malas nak bising2 especially bila aku dah tergelak tengok satu bar coklat tu dilelong dengan rege singgit. 

macam2 versi cerita keluar. ada yang kata betul ada sebab itu agenda halus pihak tak bertanggungjawab nak bagi orang islam ni makan benda haram. ada pulak yang kata benda tu 'tercemar' masa pembuatan or whatever. ada yang kata benda tu tak benar samasekali. tengok je la berita dan updates yang ditulis;

sumber | tengok tarikh tu. ni awal2 lagi. pastu..

sumber | JAKIM gantung sijil sementara kajian/siasatan.. pastu..

sumber | dah pulak?? hmmm...

aku tak pasti samada mereka2 yang terlibat dan terbabit secara langsung ni adalah telus atau berkepentingan atau menjaga kepentingan. bukan aku nak mempersoalkan kewibawaan sesapa, tapi sebagai rakyat marhaen yang penin kepala... aku pon ada sikit goyah dengan dua badan induk yang bertanggungjawab direct berkenaan isu ni. ada satu gambar that explains everything precisely;

u got me? yeah! ni la. tepat sangat kan? haha

itulah keadaan aku dan segolongan besar rakyat Malaysia sekarang. keliru. kompuis. macam lagu ajai dan nurul tu.. "salahkan ku, jangan salahkan ku~" hahaha. so macam mana ni? dua badan di bawah naungan kerajaan kuarkan laopran/dapatan ujian yang berbeza. @___@"

ok. itu satu hal. now kita tengok cadbury tu sendiri pulak. pergh.... tak senang duduk dorang beb! siyes~ macam2 statement dan media release yang dorang bagi. semua menegaskan bahawa produk dorang tu bebas dari anasir haramjadah babi yang menjadi ketakutan segelintir umat islam malaysia khususnya yang memang takot makan babi tapi tak pulak takot makan duit judi riba anak yatim dan yang terserlah keharamannya.

ada beberapa kali aku belek suratkabo time2 tu, cadbury buat iklan muka penuh - bagi penegasan dalam kelembutan sebagai usaha membersihkan nama dorang yang dah tercemar macam coklat dia jugak. ahaks. kesian pon ada.. tapi ye la kan. lebih setengah drpd jumlah penduduk malaysia ni melayu or beragama islam. kalo betol orang islam pakat boikot cadbury... memang bungkus lari malam la dorang~~ 

perkara ni memang mengusik sensitiviti umat islam. abes satu negara rage, terus meminggirkan panda dan MH370 punya cerita. huhu. keprihatinan tu bagos.. tapi kan... part paling aku tak boleh blah ialah bila ada respon2 yang ... kang aku cakap 'kurang bijak' ... sapelah aku pulak nak kata centu kan. tapi tu la... ada pulak pihak yang beria kuarkan kenyataan untuk amik tindakan kat cadbury. nak tau apa dorang nak? haa..

dorang cakap umat islam yang dah makan cadbury ada dna babi tu kena salin/tukar darah, so cadbury kena tanggung kos proses tu semua. lepas tu ada pulak yang less extreme tapi tak berapa cerdik jugak kot... kata sape yang dah makan ceklat cadbury tu, kena samak mulut. najis mughallazah katanya.

sumber | terkedu kejap aku baca n tengok news seumpama ni.

astaghfirullah...

istighfar aku tengok kenyataan2 camtu. bukanlah nak kata aku ni ada ilmu agama sangat. aku mengaku aku jahil. tapi ada perkara2 yang aku rasa ustaz2 ustazah2 cekgu2 mak abah aku dah ajar elok2. setau dan sefahaman aku yang cetek ilmu feqah ni, kes ni adalah kes 'eksiden' atau accidental. sebelom2 ni cadbury takde isu pon pasal halal haram ni. halal je sokmo. siap perakuan jakim lagi. tup tup baru ni je naik cerita. makanya, yang korang/kita dah makan sebelum timbul isu ni, tak menjadi masalah pon. istilahnya maybe 'tak sengaja' or 'taktau' . kalau kita termakan benda haram dengan tidak sengaja atau tanpa pengetahuan atau di luar batas kemampuan atau capaian pengetahuan kita, itu tak dikira dosa.. wallahualam. seandainya aku salah mohon betulkan ye. korang bleh check dengan yang lebih bijak pandai. kita sama2 belajor.

satu lagi. samak? samak bukan ke maksudnya macam membersihkan kulit binatang dari kotor dan seumpamanya? macam korang amik kulit kambing yang fresh lepas sembelih tu, pastu nak buat kompang. kulit tu kena samak dulu.

sertu mungkin istilah yang lebih tepat kot... sebab sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah. macam tangan korang peluh2 pastu pegi belai anjing. kena la sertu tangan korang tu. dalam kes cadbury ada dna babi ni, dorang unjurkan sesape yang dah makan coklat tu untuk sertu mulut lidah tekak perut la konon. blergh... kenapa laa dorang tak pikir dulu elok2 sebelum buat kenyataan. haih~ 

nampak?

so isu nak salin darah dengan sertu mulut bagai ni la yang buatkan orang nampak islam ni renyah. menyusahkan. nak pulak orang yang malas cari nas2 dan dalil... main percaya je... abes ah! memang nampak islam ni berat nanang sokmo lah. hmm..


kepada keyboard warriors dan pejuang2 (more like ekstrimis tak kena tempat) agama sekalian... boleh tak lepas ni jangan nak melulu sangat buat kenyataan or melenting? dan jangan sukahati tuduh pihak2 yang berkenaan or bertanggungjawab membabi buta. jangan menjatuhkan hukum ke atas sesuatu yang kita tak pasti. selidik dulu elok2. ok? aku bukan nak bekap or tuduh mana2 pihak. cuma satu ingatan buat korang dan diri aku sendiri jugak.

oh dan please. jangan laa buat lawak2 bodoh yang menyentuh isu2 agama, kaum... ko melenting orang cuit pasal agama islam, pasal bangsa melayu... tapi ko yang mengaku melayu islam tapi buat lawak kuanghaja pasal agama laen, kaum/bangsa laen takpe pulak? puii... memalukan. 

so kengkawan. lepas ni. rajin2 la kita cari ilmu ye. semoga bermanfaat. wallahualam..

p.s: aku harap isu ni cepat2 setel dengan jayanya. tho aku bukan penggemar coklat which aku memang tak makan coklat especially yang berkacang bagai tu... aku harap kita bukan setakat peka pasal isu babi ni saja. banyak benda laen lagi kak esah oi... haha. bukak mata bukak telinga sket. hee.. =)


Saturday, June 7, 2014

7 Perkara yang Lelaki Buat Bila Dia Serius dalam Perhubungan

yaaaaaaaaassssssssssss!!!

assalamualaikum. hey hey hey berjumpa lagi kita dalam rancangan "hang pi mana awat lama tak update belog ingatkan dah arwah hahaha" bersama pengacara anda... tak laen tak bukan... satu satu nya.... A'an the great the hell are you thinking!??


lol

sori sori. aku masih dalam mood berkabung tuanku kesayangan mangkat ni. seronok2 pon takleh lebih2. hihi . so, apa cerita? =p cerita pasal aku nanti2 aa aku tabur kat sini. skrg kita nak cerita pasal pengetahuan am. boleh? baek. beruang dengan saya.

previously ada member aku, pompuan, tanya... camne nak tau laki tu serius ke tak in relationship? camne nak tau enche beliau tu ready ke belom? camne nak tau yang gegadis ni tak bertepuk sebelah tangan? haaa... dia tanya camtu kat aku. senyum je la aku pon. sebab aku tau, tu memang masalah yang common bagi gegadis cam dia. rasa insecure. rasa tak certain. hiks. pastu pakat salahkan laki.. "lelaki semuanya sama!!" "lelaki semua penipu!!" dan lenlaen. hahaha k2 aku gurau. (tapi kalo terasa tu, aku serius. lol) anyway aku pon kannye pakar ke natang nih. just because aku ni opinionated kot... hiks. so yeah.

halt! gegadis somel tudung bawal kurung cotton sekalian, meh hakak nak hajar sket. baca ek~ ^^


1. dia rajin bertanya

atau bahasa mudahnya, amik tau / amik berat. amik berat bukan tanya korang berat berapa kilo. sampai mampuih pon takkan cakap kan? =p so amik berat / amik peduli ni macam.... let's say korang ada assignment nak kena submit... or korang ada meeting kena attend. by the time yang korang dah setel keje korang tu, enche beliau akan tanya how was it, meeting tadi camne, keje ok ke tak.. etc. haa.. nampak? tu dia amik peduli tu, maksudnya dia serius la pasal korang. lelaki kalo dia tak serius, dia takkan sebok2 nak amik tau tanya details. k? take note.

i need to cut some weight la... hmm... gambar hiasan . sumber


2. reasoning / penyebaban (ada ke perkataan tu? hahaha)

reasoning ye adik2, bukan excuses, bukan bagi alasan. sebab dan alasan berbeda. contohnya macam korang call pastu enche beliau tak jawab. or korang mesej pastu dia reply lambat. rileks~ jangan melenting mengamuk fip table bagai lagi. dengar dulu paseipa jadi camtu. lelaki kalo dia serius dengan korang dia akan eksplen kenapa dia buat camtu, kenapa jadi camni, etc. so maybe dia ada hal ke tadi, or terlupa or something... hey itu kira bagos tau laki yang bagitau kenapa/sebab/why. kalo dia tak bother pon nak jelaskan... maybe dia rasa perkara tu tak penting. or... korang tak penting. uhuu... buuuurrrnnn~~

tapi satu je la. jangan expect laki eksplen semua benda sendiri. dorang tak diprogramkan camtu. sometimes you just have to ask. =) tak susah pon. tanya la why. they will tell insyaAllah. ^^


3. hulurkan tangan ringankan beban

dah macam rancangan bersamamu plak. eh tapi memang bersama korang pon kan? haa.. laki yang serius pasal teman dia, dia akan offer help. dia rajin nak menolong. well secara lumrahnya lelaki memang akan tolong sesapa je yang memerlukan sebab tu tanggungjawab sosial sebagai seorang lelaki. tapi secara amnya laki akan tolong bila orang mintak tolong. namun begitu, kalo dengan korang.. dia akan ofer nak tolong - even korang tak sempat mintak tolong lagipon, or tak rasa nak ditolong pon. ehem~


HAHAHAHA i think it'll work xD
let's say korang gi pasar malam sesama. pastu korang beli kentang goreng, beli nasik, etc. alah... baru 3 plastik. mampu je korang jinjing kan? and tetiba enche beliau ofer, meh nak pegangkan, meh nak bawakkan barang tu... atototo... nampak? suke lettew. ~.~ hahaha

mohom paham. lelaki ni natijahnya pemalas. 1 nafsu 9 akal. salah satu akal lelaki ialah cari alasan elak buat keja or bersusahpayah hahaha. tapi bila dia tanya "nak saya tolong ke?" or "anything i can help you with?" .. sedarlah kamu bahawa sesungguhnya kamu berada dalam kalangan mereka2 yang beroleh keberuntungan. hiks. 


4. merencana dan merancang

laki... kalo dia tak serius dengan korang... dia takkan sebut anything pasal future. percaya lah. laki paling takot dengan future. betol~~ generally la. *coughs* tapi kalo dia ada tanya2 korang, esok buat apa... minggu depan pi mana... event korang tu bila... korang ada plan apa2 ke whatday whattime whatnot... tu tandanya dia nak merencana masa dia yang kat depan2 tu - dengan korang. paham? mesti la dengan korang. kalo tak, dia dah tanya Mila Kunis or Scarlett Johansson  dah... hai Scarlett Johansson, sok buat apa? weekends ni gi piknik jom?... ^^ blergh~~

bila laki tanya pasal korang punya time and schedule, tu maksudnya awak tu diambil ke dalam akaun (taken into account orang kampung aku kata.) tu petanda besor yang lelaki serius dalam perhubungan. ingat, masa tu subjektif ye. eh salah. relatif. haaa..



5. ambil peduli pasal study / keje korang

kalo dia betol kesah pasal korang, mesti dia nak semua benda smooth je untuk korang. dan kalau dia luangkan masa pikir pasal keje / study korang, bagi idea / cadangan / pikirkan jalan camne nak bagi apa yang korang usahakan tu berjaya...dia memang serius dengan korang la tu jawabnya. maybe korang tak sama field/lapangan especially bab keje. korang doktor, dia penghibur jalanan. korang jurutera, dia jururawat. korang cekgu, dia mat dispatch. tapi dia amik tau gak pasal career korang, cari cara camna nak suit-kan diri dia dengan korang punya lifestyle or keperluan hidup. silalah hargai lelaki2 yang macam ni senah oi. payah nak mampuih nak jumpak dah la ni... em em~


6. kurang / tak berkira 

ni subjektif ni. hahaha. kalo aku... hoih. sesen pon aku kira lol! i mean, kalo betol dia serius dengan korang... insyaAllah bab2 duit ni kalo dia mampu, dia tak bunyi. let's say korang kuar makan ke, shopping ke... dia tak bising la nak bayar makan untuk korang sekali walopon selalunya dia sendiri posa poket. or korang ada berkenan pretty little things ke apa ke kan... tak banyak bunyi punya - dia belikan kat korang. so tak perlu la dia cakap "saya keluar duit ni untuk awak sebab saya nak awak tau walaupun saya berkira tapi dengan awak saya tak kesah sebab saya nak serius dengan awak" baru korang nak tau pengorbanan yang dia buat tu kan. sendiri mau ingat laa... ekeke


7. dia nak jumpak mak ayah korang

ultimate seriousness. keseriusan ulung. once enche beliau cakap camtu... that's it. dia determined la tu. tobat serius. korang bleh abaikan point nombor 1 sampai 6 tadi. tak wujud pon takpe. sebab once point nombor 7 ni muncul -at any time, any point of your life- maka 1 sampai 6 akan otometik timbul. insyaAllah~ .. wallahualam.. hiks ^^

hahahaha! depends la kan. luls~
****

well well... (cakap macam suara Maleficent) sebenornye ada banyak lagi perkara yang bleh dijadikan ukuran or penanda aras. tapi aku bagi 7 yang biasa, common dan general. perlu diingat, manusia ni berbeza-beza. tak semua boleh dinilai dengan cara yang sama. so para gadis yang masih tertanya-tanya pasal enche beliau sekalian... semoga entri ni membantu ye. ^^

nampak? haha