About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Thursday, July 17, 2014

Menanti Mentari - Surat dan Suratan




Assalamualaikum. Sayangku, Salmah.
Tadi pagi. Aku ke pantai. Deru bayu dingin yang menghembus, melambai aku untuk menitip gigi-gigi air di jernih pasir nan halus. Pepohon rimbun dan rendang menarikan dedaun hijau dek dibelai angin manja. Aku pandang ke langit. Biru. Lembut. Dicatan awan putih menghiasi rona indah kejadian. Sayup-sayup aku lihat di hujung lautan sana ada gemawan cahya mentari pagi yang malu-malu menampil diri namun tetap memuput sinar samar ke wajah ku.
 
Perlahan aku melangkah menuruti cengkerang-cengkerang kecil yang terdampar di pasir pantai. Ombak bersahaja menyapa kaki ku, yang bersamanya kadang ikan-ikan kecil bermain, melintasi lopak dan jejak yang aku tinggalkan. Ada masanya aku menghela nafas panjang. Menghirup nyamannya damai pagi. Sedamai bilamana aku memandang wajahmu. 
Salmah.
Aku ingin berkongsi dengan kamu. Sesuatu yang lama dulu aku tahu. Sesuatu yang lama dahulu aku ingin memberitahu. Namun dulunya aku hanya bercerita pada bulan... pada bintang. Pada langit malam yang sunyi, hanya bertemankan bayu bersahaja. Tatkala purnama, aku berceloteh pada diriku sendiri, akan perihal ombak dan pantai. Namun kini... aku mahu kau juga tahu, cerita mereka. cerita ombak dan pantai.

Kata orang tua, laut dan pantai berpisah tiada. Iya. Jelajahilah kita ke seluruh dunia sekalipun... hakikat itu tidak dapat tidak, harus kita benarkan. Tahukah kamu, Salmah... tiada pantai yang mencurangi ombak? Tahukah kamu, bahawa tiada ombak yang mengingkari pantai? Tahukah kamu, Salmah... bahawa kita bisa menjadi seperti ombak dan pantai. 
Bagi diri ku... kamu ibarat pantai. Sedang aku ombak. Mengapa? Adakah aku lebih berkuasa dek angkuhnya aku menghempas ke darat? Adakah kerna aku lebih agung kerna tanpa ombak, pantai hanya daratan pasir yang dipinggir? Adakah kerna kau cuma ibarat pasiran pantai yang hanya bisa tersenyum tatkala hadirku mengusik sunyimu? Tidak.
Dan sebaliknya.. pantailah kekuatan ombak. Pantailah tempat ombak meredup kasih. Pantailah tempat sang ombak kembali - walau setiap kali pun ombak menjengah seketika dan seraya berlalu pergi. Bilamana ombak menyapa lembut, pantai mengalu kehadirannya. Bilamana jua ombak mengentam meribut; pantai jua yang sabar menerima, mendakap erat sang ombak yang dibadai amarah... lantas menenangkannya, sebelum melepaskan ombak membawa diri. Biarpun berkali ombak hadir dan pergi, pantai tetap setia menanti. Biar ombak rapuh, hilang arah tuju, hilang pedoman kerna gilanya sang angin meniup menghela memaksa ke sana ke mari... bagai anak seluang yang jauh melaut, ke pantai jua ia kembali. bagai penggila ombak meribut, pantailah jua ia mencari. 
Itulah kamu, Salmah. Pantai tempat aku berlabuh. Tempat aku meneduh kasih, menumpang sayang, merindu menagih. 
Buat Salmah, bakal isteriku.
Bagai ombak dan pantai... aku ingin kamu tahu. Bahawa hadirmu dalam hidupku adalah pelengkap yang selama ini ku tunggu. Mustajab doa ayah ibu, makbul hasrat dan pinta ku- ingin aku berteman hidup sesempurna kamu, seistimewa kamu, Salmah. Semoga kita dapat menerima satu sama lain, seadanya. Semoga urusan kita dipermudahkan. Dan semoga kita dapat menerima qada dan qadar, ketentuan Tuhan. Akhir kalam, balaslah utusan ini sebelum hari pernikahan kita. Semoga apa yang terbuku akan terluah, semoga langit yang mendung, kan kembali cerah.

Terima kasih, tunangku, Sayangku Salmah.



yang sentiasa memerlukan kamu
Ombak
*****

 Deras air jernih memenuhi takungan mata Salmah yang sedari awal tiada berkedip, lantas tertumpah ia mengalir laju mendenai di pipi. Tiadalah hati yang membatu dapat menahan sebak dan kecamuk pabila meniti bait-bait jujur yang diukir Rahmat setelah mereka bergelar tunangan. Sudah beberapa kali surat itu dibacanya, sudah beberapa kali surat itu direnyuk didakap di dada... namun setiap kali pun sedih itu akan menerpa, namun remuk lagi hati Salmah merindu di jiwa.

"Sudahlah, Salmah. Kita doakan yang terbaik buat Rahmat, ya?" Fatimah cuba memujuk anak daranya yang menagis di riba. Pilu hati seorang ibu mendengar rintihan anak kesayangan, tapi apakan daya seorang hamba, semuanya ketentuan Tuhan.

Dalam esak tangis, Salmah bersuara.

"Rahmat bohong Salmah, mak. Dia pergi sebelum dia tunai janji. Dia janji nak jadi suami Salmah lepas raya. Tapi kenapa dia pergi, mak. Kenapa Tuhan jemput Rahmat pergi, sebelum Dia membahagiakan kami?"
"Salmah... istighfar banyak-banyak, nak. Istighfar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Em? Nanti sebelum raya kita ziarah kubur Rahmat ya?"

Ditatapnya gambar Rahmat. Segak bersongkok. Gambar hari pertunangan mereka. Mentari bagai mengerti, memberi izin langit mendung melitupi. 


Tuesday, July 8, 2014

Istimewa Puasa: Asal-Usul Air Katira/Kathira/Kaseer


assalamualaikum!! hai para jemaah teraweh sekalian. buat 8 ke 20? ke buat2 lupa? ihik

hoi hoi ramadhan dah hoi!! syok gila. sebab ramadhan ni macam bonus round la dalam game Crash Bandicoot tu. ataupon macam infinite ammo dalam game Halo. yeah... the feeling is superb! bulan tambah pahala dan kurangkan berat badan! wheee~~

orait. now aku tanak cerita pasal amalan, the do's and don'ts pasal ramadan. aku nak share dengan korang... pasal air katira.

uhuuu.... sedapnya ... sumber

yeaaahhh~

air kathira or ada yang eja kaseer.... belasah la mana satu pon, janji bunyi dia kathira. secara umumnya air kathira ni kaler ijou. hijau. pastu dalam dia ada macam2 isi serdak tok nenek. air kathira ni cukup femes kat negeri johor darul theme park takzim. air ni standardnya specialnya exclusively kita jumpak kat bazar2 ramadan je. bila je bazar ramadan ni? haaa... nak aku jawab dengan lutut ke camne? pikir sendiri. huhu

hatta air kathira ni sangatlah femesnya kat negeri johor, sampai ada yang kata ia berasal atau orang kampung aku cakap originated dari negeri johor. oooo... tapi ada orang johor gtau aku dia asal dari singapore? oooo... tapi ada orang singapore bagitau aku, air kathira ni asal kedah. ooo... eh itu air ketum! eh.

 ada apa dalam tu? satgi kita diskas. now meh aku cerita.. macam mana boleh wujud air katira ni...

al kisah... al kisah maka tersebutlah kisah...

dulu2... negeri johor ni kan terkenal dengan pelabuhan entepot dia. pedagang dari seluroh dunia ada lalu lalang singgah2 sahur ketuk2 ramadan kat situ. maka nak jadi cerita... pada suatu hari, bulan remdan (ramadan) pon menjelma... maka seluruh rakyat johor dan temasek pon menyanyikan lagu raihan 'harapan ramadan' tu dengan penuh gumbira~~

nak jadi cerita lagi... time tu kan ramai pedagang dari China, USSR, Jerman Barat dan Timur Tengah. ok takde kaitan. benornye time tu kebetulan ramai pedagang arab yang berlabuh kat sana. pak-pak arab ni ada satu perangai. dorang ni suka menunjuk-nunjuk kehebatan dorang. semua benda pon dorang nak tunjuk kat warga tempatan, atau lebih senang orang kampung aku kata 'local citizen.'

puak arab ni suka berhibur. sebab tu Nabi sendiri dulu ada sentuh pasal hiburan sebab nabi tau dah kalau tak limit tok-tok arab ni, dorang enjoy lebih lagi dari nora danish enjoy bagi 4 bintang. em em... maka sedari mula pedagang timur tengah ni lepak kat johor, dorang dah masuk jarum sama orang melayu. haaa... segala ghazal gambus zapin tu dorang la ajar sebagai satu bentuk hiburan. jubah, baju labuh, tarbus, geng arab2 ni yang ajor kita pakai yang masa tu orang melayu semua cuma tau pakai baju kulit Topman, Marks & Spencer dan Marc Jacobs je. tulisan jawi pon dorang yang bawak perkenal kat kita. tapi elok gak la. ada la ciri2 islamik, kan. hehe. 

so.. satu petang di bulan ramadan... al kisah maka duduk2lah sang ketua kampung sama nakhoda kapal dagang dari timur tengah yusuff taiyoob~~ berborak-borak hal freemason. tetiba keluar soalan dari tok ketua;

"sheikh. karang nak buka puasa dah ni. ek." pak sheikh tu pon senyum. angguk2. dia balas
"yes. i know that. we brought islam to you, remember?" amboih. skiping londonn... 
"alhamdulillah. ek. so... kitorang biasa bukak puasa sini makan otak2 je sheikh. ek."
"yaa... we olls biasa makan nasik arab hadhralmawt. kambing golek. unta golek. poor you people~"

tok ketua layan je pak arab debab janggut bertocang ikat reben tu. pastu tok ketua tanya

"kat sana tuan sheikh minum apa, ek? dengar kata Brandy dengan Stout tu dah normal. ek?" . tersedak pak arab tu. kantoi. tapi takpe, dia cover balek.
"hey you melayu! tua kutok tak sadar diri! weolls orang arab keturunan nabi. weols minum yang mulia2 tau!" bentak tok sheikh kita tadi sambil hembus asap shisha. "kalau you tak percaya, i boleh tunjuk." nampak? menunjuk lagi. hahaha

pastu tok sheikh tu pon bangun, pegi kat store dalam kapal dia. dia belek semua barang dagangan yang dia bawak. hmmm... ada banyak makanan je. buah2an. dengan bekal air bersih. maklum laa, air kat kepulauan melayu ni masa tu kan banyak bakteria E-coli. lepas tu dia pegi naik dapur kat mezzanine kapal tu cari bini muda dia.

elok je bini pak arab tu baru sudah masak. terkejut dia tengok al-hubbi dia tercungap-cungap masuk dapur.

"yang, kenapa ni?" alahai lembut je suara...
"you. mati i, you. they all nak minum something special. i mana tau air apa. air zam-zam special la tapi they all dah minum musim haji lepas2. camne ni you... malu i nanti, malu!"
"aww... there there." pujuk bini pak arab tadi. "you bagi la minyak dhob kat dorang, buat minum. olive oil ke. em?" tertawa kecil tok sheikh debab tu. pandai bini dia buat lawak.
"you ni kelakar tau. hehe. takpelah, you pegi tengok kat store, ambik je apa2 yang you rasa boleh makan or minum. you buat lah camne pon, janji gempak. sehat berkhasiat dan sedap. ok?"
"ovaltine je lah centu?
"nope! kena guna bahan dari tempat kita. kurma bagai. go go go. i'll wait."

maka bersegeralah sang isteri mithali tadi ke store kapal. ditengoknya keliling... hmm.. ada kurma, kismis, buah kembang semangkuk, biji selasih, kacang badam, gam karaya, susu cair, gula Chuping, air masak... hmm

dia tengok jam Swatch hantaran kawen dia tu, dah nak dekat bukak puasa. kalo ikot masterchef, ada orang jerit "masa anda tinggal sepuluh minit lagi!" so... dia malas pikir banyak, dia amik je serba sedikit apa yang ada tadi tu, bawak masuk dapur. dah pakai apron semua, dia pon campur-aduk lah bahan2 tadi. ada yang di-blend, ada yang dicampur terus. yada yada yada... siaplah sejenis minuman baharu yang dia sendiri tak pernah try rasa. ah gasak lah. ada kurma ada selasih, sedap kalu tentu habes! wah pantun pulak mek arab ni.

elok je si isteri tok arab tadi siap tuang air ciptaan beliau ke dalam cawan2 Pyrex milik dorang untuk dijamu kepada ahli JKKK kat johor tu... maka azan maghrib pon berkumandang~~ perfect timing sungguh. lantas, tok sheikh arab debab tadi jemput tok ketua kampung minum. memuliakan tetamu katanya, (walhal kalo tak sedap or mati, tok ketua mati dulu em em..)

"whoooaaa!! delicious!! tasty!! extraordinary!!" jerit tok ketua gumbira tatkala merasa betapa sedap dan berkhasiatnya air orang arab tu. tau pulak dia berkhasiat. err... "air apa ni, tuan sheikh?"

berpeluh kejap tok arab tu. alahai... air apa pon dia taktau, ni kan pulak nama air. camne ni camne ni... lantas dia dan bini dia yang cun tu saling berpandangan. terus, terbit terpacul dari mulut comel si arab tadi-

"air kathira." - bersempena nama isteri muda beliau yang dah cipta minuman yang power tu. tersipu sipu madame kathira sambil tutup muka dengan dulang, terus lari naik kapal. tak puasa hari tu... cuti. em em...

*****

itulah dia adik2, sedikit sebanyak sejarah atau kisah asal-usul air kathira yang cukup femes di bulan romadhon dan di johor. terpulanglah korang nak percaya atau tak. ahahahaha

ok. aku reka jer cerita kat atas tu. asalnya bukan arab, tapi dari pakistan. alaa.. area2 dekat tu jugak kan huhu. tapi aku reka berpaksikan logik dan nas-nas `aqli la. hehe. ekceli tu karaya gum (gam karaya) tu la kathira/katheer. benda apa tu? nama pun pelik. haaa... tu bahasa hindi. eh pakistan. korang google lah ye. malas cerita panjang benda2 fakta ni. hahaha. kenapa kaler ijou? ekceli kaler asal dia putih keperangan sebab campuran bahan2 tu semua. ye lah, dah ada kurma, kacang, susu bagai... harus la. tapi hijau ni maybe kita dah modify campur pandan kot bagi jadi lebih sedap or lebih wangi or perasa/pewarna semata wallahualam..

susah dah nak jumpak kathira yang original sekarang. kat bazar pon biasanya menipu je banyak. letak pencelup pandan or honeydew, taruk air taruk cincau sama biji selasih sama kembang semangkuk sama gula kabung, letak label kathira. marah betul aku. 'kathira' nye takde pon. bleergghh... 

nah. ni petikan akhbar Utusan pasal air kathira. (1991)

Air Katira Minuman Popular Di Bulan Puasa - sumber


as suggested by member aku si awalludin (rakyat kedah tapi local citizenship johor em em) korang boleh jugak rujuk entri Air Kathira Abu Bakar ni untuk pencerahan yang lebih mulia. hehe

oh! baru teringat. kat area bazar ramadan PKNS shah alam ada satu booth jual air kathira. nama dia label "air kaseer." pretty sure tu air kathira sebab isi kandungan campuran bahan2 air tu memang sebijik ramuan air kathira asli/ori. rege? sebotol mineral kecik RM 4.50. em.... aku tak beli lagi sebab aku rasa mahal. hahaha. korang dah cuba? sila lah! nanti share dengan aku pengalaman korang ok? selamat berpuasa!