SOCIALIZATION

Thursday, March 23, 2017

Pesto - Simply Italiano!


korang suka makan western food? chicken chop, lamb chop, steak, smoked and grilled salmon, pasta, spaghetti bolognese carbonara olio dan seumpamanya tu?

saya suka!! 



ekceli asalkan makanan je, normally aku memang suka la. hahaha. tak kesah la western ke, italian ke, mexican ke, oriental ke, japanese ke, malayese ke... asal sedap, memang aku layan. hehe. speaking of sedap, ni aku nak share dengan korang pasal satu gerai masakan makanan barat yang voila! :D

kalau2 korang ter-berjenjalan kat area puncak alam ni, dan korang penggemar westerns (food tau, bukan omputehnye. hahaha) maka aku dengan kompidennya nak suggest korang untuk makan kat gerai "Pesto" . haaaa... eh ni bukan entry berbayar. aku takde dapat komisen apa pon. hahaha. betul2 ikhlas kabo kat korang ni. hehe



makanan kat sini, siyesli setakat aku dah pergi berkali-kali dan oder memacam, takde yang mengecewakan. memang authentic rasa hidangan dia. yang paling best, ada dua kategori makanan yang disediakan kat menu. first, ada kategori menu utama. semua2 signature Pesto ada kat dalam kategori tu. harga? berbaloi dengan rasa. siyes! or kalau korang baru nak merasa2, boleh try makanan dalam menu set bajet. haaaa. set bajet ni meals bawah rm10. bukan satu dua jenis je, ada banyak weh! jenuh mikir nak makan apa. semua menyelerakan. hee

every day, Pesto ada sediakan menu istimewa untuk hari tu. something like yang takde dalam menu. and normally today's special dia tu dalam kategori set bajet. so kalo gamak2 tetau nak makan apa sangat, try je menu istimewa hari tu. cara, kan? 

gerai or kedai makan ni tak la besor2 canggih manggih macam restoran bagai. kedainya simple je. siap kongsi satu pintu dengan kedai makan laen. Pesto ni one of kedai2 makan di food court fasa 2 puncak alam. aku selalu sebut food court belakang petronas, or kedai tepi mesjid. ^^ senang je nak cari pesto kat food court ni. dia ada banner "PESTO" warna hijau. very minimalistic, dan senang nak jumpak. aku tak ingat kedai ni kongsi dengan kedai apa/sapa, tapi very dekat hujung2 lot kedai2 yang ada. haaaa, kedai nombor 3! alaaahh, korang datang sinih cari lah. teros leh makan sesedap dengan gumbira. hahaha

brader yang masak untuk pesto ni, aku tak ingat nama dia. ekeke. ada dia cakap masa aku sembang2 puji masakan dia haritu. tapi aku lupa lak. tenggelam dalam keenakan spaghetti carbonara dengan chicken olio spicy yang aku order. ahaks! dan bagi aku, bro ni bukan level cook dah ni. dia dah tahap chef dah weh. based on apa yang dia cerita time borak2 tu, aku bleh kata dia ni pakar dalam masakan barat dan italian. no wonder la semua sedap2 hingga menjilat pinggan! whee!!


walopon beliau nampak macam chef masakan jepun, tapi dia masak western! hehe. nanti aku tanya dia bleh masak japanese cuisine tak. kot la kan. hikhik


so, kalo ada masa, or ada terasa nak makan western (food.. =p) yang sedap2 level restoran mahal2 dan hotel grand2 tapi dengan harga marhaen dan berbaloi, gi makan kat Pesto food court fasa 2 puncak alam, ok? try la mention yang korang dapat info ni dari blog aku ni. kot2 ada rejeki korang, dapat diskaun. lagi tambah rejeki, dapat makan free. hihihi. nak soh aku belanja? buuleehhhhh~~ lemme know, ayte? ^^



1 comment:

Anonymous said...

Belanja berbuka sana pleaseeee.... XD