SOCIALIZATION

Monday, February 13, 2017

Hanya Sekepal Dua - "Baik Baik Sayang"


baik lah sangaaaaatttt~~~ hahahaha


tahun ni aku dapat ngajo kelas darjah 5. dua kelas tahun 5, satu kelas tahun 6. setakat ni camtu lah. kedepan2 ni tetau lagi. huhu. sebabnya, jadual kat sekolah aku ni sokmo dirombak. bukan saje2, tapi ada keperluan2 yang musti diadjust. contohnya, ada cekgu pindah keluar, ada cekgu pindah masuk, ada yang naik pangkat, ada yang tukar kelas, ada yang tukar subjek... dan macam2 lagi lah. senang cakap, kitorang kena sentiasa ready je untuk perubahan2 yang tak dapat dielakkan camtu. huhu

anyways, by far aku hepi dengan jadual aku. kalo kekal cenggini sepanjang taon pon aku okay. hahahaha. sebabnya, setakat ni budak2 yang aku ajar alhamdulillah tak menyerabutkan kepala aku yang memang sokmo serabai ni. ekeke. macam taon lepas, aku stress sket. ekceli stress banyak. muehehe. ye lah, taon lepas ajar 2 kelas tahun 6. penin keplaaa ooiii~~ bukan penin kenapa sangat. tapi it's me la kot. aku tak berapa into mengajar for exam. tapi tu lah. year 6 kan nak upsr. so, nak taknak, kena la pulun bagi dorang buleh hadam untuk hadap upsr tu. em.. taktau la nak kata good thing ke tak. tapi yelah... 'saya yang menurut perintah..' ehehe. buat kije biar bersungguh, baru jadi pahala. ye dak? ^^

nasib baek laaa aku ada kekanak tahun 4 taon lepas. dorang laaa pengubat saket kepala saket hati saket segala kat aku ni. ngajo dorang was really enjoyable. aku buat kuiz, buat skit, drama, role play, sing-a-long, puppet show, exhibition, presentations... eh macam2 lah. i had so much fun dengan dorang. and i got to be their class teacher plak hujung2 taon tu. ganti cekgu kelas dorang yang cuti bersalin. hahaha. then ada another cekgu yang teamed-up dengan aku untuk handle kelas tu. so basically kitorang berdua jadi mak abah bebudak tu la. ekeke. alhamdulillah, everything went smoothly.

sekarang dorang dah darjah 5. tapi aku tak ngajo dorang dah. dorang kelas laen, aku kelas laen. tp i still get to see them la. sambil2 jalan nak turun or naik ke kelas yang aku ajar tu, kalau aku lalu depan kelas dorang, surely dorang akan panggil "teacher!" sambil lelambai dari dalam kelas. hehehe. happy weh. rasa dihargai. chewahhh! hahaha.

now, my year 6 class pun alhamdulillah setakat ni takde perangai yang membuatkan aku rasa nak rebus buku dan bagi dorang minum. huhu. yeah walopon ujian diagnostik dorang tak memberangsangkan markahnya... tapi at least dorang tunjuk kesungguhan nak fulfill apa yang aku expect from them. tak banyak pon aku mintak.... just siapkan kerja yang aku bagi on time, dan jangan take me for granted. senang je kan? hihi. tu pon ada jugak yang ingat aku ni buleh kawtim2 senang2 camtu. okaayy. sekali dua tak buat kerja tak bawak buku, aku tegur la. pastu buat lagi centu, aku warning la kan. pastu masih dok buat lupa nak siapkan kerja, tinggal buku kat rumah, and worst cakap buku hilang tapi aku check dalam beg dia ada - with kerja yang tak buat langsung... memang silap laa ingat aku ni baek sangat. hahahaha. 

i can be an angel, i can be very evil. you can earn everything, or you will get nothing. so act wisely towards me. 

gittewwww. camtu je aku cakap kat dorang. ekeke. syukur, budak2 ni paham dan memahami. sekarang nampak la perubahan sket. dah kurang perangai culas2 memaen tu. and other classes yang aku ajar pon growing positive attitude same. hee. i think i'll be having fun jugak taon ni, insyaAllah.

alright. ni antara situasi2 dan conversations yang sokmo buat aku tersenyum bila aku kenangkan balek. hehehe. korang pernah dalam situasi cmni? ke, korang dulu pon tanya macam bebudak tu jugak? ahahaha


budak 1 : teacher tak nampak
me         : *sarcastically* i can see, sorry
budak 2 : teacher nampak laaa... ko yang tak nampak
budak 1 : teacher, i cannot see
me         : reti pooonnnn~

****

budak a : teacher, nak kena salin ke?
me         : eh no need. tengok je. memang ni pameran muzium negara, tengok2 je
budak a : ok kena salin...
budak b : teacher, salin dalam buku ke?
me         : taklah. atas baju
budak a : ahaha padan muka ko. kena jugak 
budak b : diam ah..

****

budak : teacher, nak kena salin ke tu?
me      : yes, copy this exercise into your book
budak : kalau tak bawak buku?
me      : tulis atas dahi kamu
budak : teacher, macam mana nak tulis. mana nampak dahi sendiri. eh. oohhh.. teacher perli ke... sori teacher, lambat pikap sket
me      : ....

****

me      : *simplifying instruction* please leave one line before you start with new question
budak : teacher, kena selang ke?
me      : leave . one . line
budak : selang berapa baris, teacher?
me      : which part of my words that you don't understand?
budak : weh, teacher suruh selang 4 la...
me      : oooooooonnneeee!!!

****

budak : teacher, may i go to the bathroom, please?

****

budak : teacher, may i go to the war room, please?
me      : kamu ni banyak main game ek
budak : eh, camne teacher tau?

****

budak : teacher, how old are you?
me      : i'm 964 years old
budak : teacher cakap la betul2..
me      : 'betul2'
budak : alaaa teacher niiii

****

budak x : teacher, umur teacher berapa?
me         : i'm 964 years old
budak x : alaaa, teacher ni... suka taknak bagitau betul2...
budak y : takpe, nanti hari jumaat kita tanya lagi. hari jumaat teacher takleh bohong

****

me      : alright, class. regarding yesterday's work.. i'd like to see whether you have achieved the standard set by yourselves previously. and i want to have a look at the exercises and the reflection i assigned you to do the other day. having said that, books on desk, please.
budak : teacher, i don't understand.. speak melayu, teacher..
me      : eii sabor aje le teman dengan mengkeme ni ha. udoh le keroje maleh, kerap kluo ke tandeh, ngekek pon dereh... acekeme mike kabo ke teman ghope mane mike nak pandei? udoh keleh omputeh disuruhnye cakap melayu. belajo tinggi2 ditebeh terjeghombab ke tanoh. ndak ghope itu? ndak?
budak : tudiiaaaaa... teacher cakap english balek lah teacher...
me      : ha! tau pon!


^~^

Saturday, February 4, 2017

Jom Daftar Haji - Senang Je!


aku tak pasti samada it works the same dengan orang berduit banyak - yakni berkeupayaan untuk mendapat sesuatu yang lebih berbanding kebanyakan orang - tapi kalau untuk golongan sederhana dan marhaen macam aku ni, amatlah molek kalau kita daftar haji cepat2. 


conversation dgn member yang dah daftar haji dan sedang dalam kursus haji


kenapa nak kena cepat? matematiknya mudah. makin lambat kita daftar haji, makin lambat peluang kita nak dapat pergi tunaikan haji. kenapa pulak? sebab setiap negara yang menghantar jemaah haji, ada kuota yang ditetapkan oleh kerajaan arab saudi. ada had jumlah jemaah. jadi lembaga tabung haji kena la berlaku adil dalam usaha memenuhi permintaan rakyat malaysia yang nak pergi haji di samping ikut ketetapan yang disyaratkan kerajaan saudi.

makanya, langkah terbaek ialah dengan mengikut giliran pendaftar. contoh, kalo korang daftar tahun ni, mungkin giliran pergi haji yang dijangkakan untuk korang ialah pada tahun ke 60 akan datang. daftar tahun 2017, dapat giliran tunai haji tahun 2077. haaa... kalo sekarang umur 20, masa tu umur 80... em em. kalau la umur doploh tahun 2017 ni. kenapa lama sangat? sebab saban hari dan tahun ramai yang mendaftar haji. dan yang korang tengok dapat pergi haji tahun lepas, tahun ni japgi tu, mungkin dorang pon dah mendaftar haji 10, 20 tahun sudah. ehehe. sebab tu laaa ada parents yang dah ada kesedaran ni, bila lahir je anak dorang, terus daftarkan untuk haji. haaa... ada la syarat2nya. tapi tu la. camtu lah cara kalau nak elakkan daripada dapat pergi mekah di usia 90 tahun. ^^"

tapi ye lah. rezeki masing2. manatahu, Tuhan nak tolong, ada rezeki korang pergi lebih awal dari yang dijangkakan kan. Tuhan nampak niat dan usaha korang tu. alhamdulillah. tapi apa2 pun, takde ruginya daftar seawal mungkin. makin2 beruntung adalah. insyaAllah =)

so kesedaran dah ada. camne nak daftar haji ni? first, tengok syarat2 kelayakan untuk mendaftar ni dulu;

1. kena ada akaun tabung haji 
2. tabungan minimum untuk layak daftar haji = RM 1,300.00 sahaja 
3. tiada rekod pendaftaran yang aktif 
4. pendaftar mesti bukan yang baru menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun 
5. boleh daftar haji guna/melalui KWSP, tapi mesti berumur bawah 55 tahun 
*syarat tambahan - untuk wanita berumur bawah 45 tahun;
kerajaan arab saudi mewajibkan bakal haji wanita pada usia bawah 45 tahun pergi dengan seorang mahram lelaki. 

okaaayyy. having said that. camne nak daftar haji?

semua perkara mengenai urusan haji di malaysia ialah di bawah lembaga tabung haji. maka, kenalah mendaftar dengan tabung haji. end of story. hehehe. takdelah. kalau dulu kita nak daftar haji kena pergi kaunter tabung haji, baru buleh daftar. tapi sekarang dah canggih. dah maju. ada saluran2 lain untuk kemudahan kita mendaftar haji.

kalau prefer urusan dengan handler atau pegawai dalam bentuk manusia, iaitu urusan over the counter jugak, boleh pergi ke lembaga tabung haji, atau bank islam, atau bank rakyat. haaa. dorang akan entertain korang yang nak jadi tetamu Allah ni leklok. hehe. jangan lupa bawak buku akaun tabung haji, kad pengenalan. oh and duit. hihi

malas nak keluar rumah? susah dapat parking? letusan gunung berapi merisaukan anda? okay, takyah gi kaunter pon boleh. online je ^^

layari - www.tabunghaji.gov.my <-- ke="" klik="" laman="" p="" untuk="" web="">

          - https://www.e-thijari.com.my <-- ke="" klik="" laman="" p="" untuk="" web="">

anyways. untuk yang nak guna portal e-thijari tu, korang kena dapatkan nombor pin dulu kat kaunter tabung haji. ummm... tapi tapi, laman web tu memudahkan korang di masa akan datang. macam online banking. alaa, macam maybank2u, cimbclick etc etc. haaa. e-thijari ni untuk tabung haji korang boleh semak akaun, daftar haji, urusan kewangan bagai. so, berbaloi guna. 

speaking of maybank2u, korang jugak boleh daftar haji via maybank2u tau! haaa... caranya? ok korang kena ada akaun tabung haji dulu. dah ada akaun, pergi link-kan akaun tabung haji korang dengan akaun maybank korang. camno? poie ke mesin ATM maybank, daftar nombor akaun tabung haji korang. pastu? kena aktifkan la online banking korang kan. maybank2u, please. hehe. pastu lagi? klik

login --> accounts & banking --> transfers --> Tabung Haji --> Hajj registration. 

senang, kan? maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. hehehe

so, guys. bagi yang dah mendaftar, tahniah. bagi yang belum mendaftar, silalah daftar segera. insyaAllah, moga dipermudahkan urusan. jangan fikir lambat ke cepat dulu. yang penting sekarang, kita niat dan usaha nak tunaikan rukun islam kelima ni leklok. mudah2an ada rezeki. benda baek Tuhan tolong. insyaAllah. =)

em em...


sebarang khilaf info ke apa, sila tegur dan betulkan ye. wallahualam. ^^