About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Monday, May 29, 2017

Puasa Yang-Yok.. Haa, Kantoi.. Ayookk~


kamoonnn.. macam tak biasa je. =p ekeke

orang tua2 dulu buat pantun. puasa yang yok, yang yang yok, tengah hari bukak periuk! hahaha. maksudnya apa tu? maksudnya puasa sekerat hari je la. setengah hari. or dalam bahasa mudahnya, tak puasaaaa~ xD


haaippp... ekeke


bila korang start puasa penuh? penuh as in puasa bila takde keuzuran, especially yang perempuan. so kalo period 5 hari, lagi 25 hari korang puasa steady, kira penuh la tu. dan penuh jugak bermaksud dari terbit fajar sampai masuk waktu maghrib/berbuka yang sah, sepanjang bulan ramadhan. kalo hari2 puasa pon, sebulan pon, tapi hari2 jugak tengah hari makan megi makan nasik lebih2 sahur hari tuu... penuh la sangaaattt. penuh tanda tanya sungguh. ekeke

aku start lambat gak. darjah 2 baru start puasa penuh. ye ye, penuh sehari, dan hari2 sepanjang ramadhan. hehe. alhamdulillah. kenapa darjah 2 baru start? sebab darjah 2 aku dah sunat. so abah kata, dah jadi lelaki sejati. kena lagi kuat, lagi puasa steady2. heyaargghh!! super saiya!! hahaha. but yes, aku sunat cuti sekolah tengah taon, puasanya hujung taon. dah sejak tu, sampai sekarang, alhamdulillah takde perangai curik2 minum air paip kat surau ke, buat2 terlupa puasa ke lepas termelantak makanan kenyang sepinggan... dan seumpamanya yang aku buat masa sebelom darjah 2 tu. lol

betul beb. aku masa kecik bleh tahan nakal. buas pon ye gak. buas as in aktif, suka main lari2 panjat2 pokok, tak hengat dunia. pastu letih, lapo. pastu nak makan. hikhik. seingat aku, aku mula belajar posa masa umur 5 taon. itu kira puasa yang dengan niat la tu. sebelom2 tu puasa gak, tapi tak niat. tahan je tak makan, tapi bila lapar, amik je nasik lauk yang ada. mama memang siapkan pun untuk aku. ekeke. alah, umo 4 taon, standard la tu. hihi

masa umo 5 taon, start puasa dengan niat. bangun sahur beb! noharom aku cukup liat tobat nak bangun sahur. masa memula belajor puasa tu, aku siap makan sahur, kunyah makanan sambil pejam mata je kat meja makan. itu pon lepas mama seret turon dari katil, sandarkan aku kat bangku. bhahahaha xD makanya kunyah la aku pon nasik puteh telur goreng gaul kicap - sambil mata pejam... siyes. aku ingat lagi, memang kena bebel la. tapi layankan je. ^^

pastu sambung tido balek. pastu bangun. pastu tahan laaaa lapo sampai tengah hari. haaa.. time tu mula la. mula la aku mencari cari jalan untuk menghilangkan kelesuan keletihan kelaparan dan kedahagaan. hahahaha. kalo kat rumah, biasanya aku selongkar bawah tudung saji. kot laaa ada lebih2 sahur tadi, itu je la aku tibai. kalo atas meja makan tu kosong, aku bukak kabinet lauk. haaa.. kitorang ada kabinet khas untuk simpan makanan tak habes, tau. especially lauk2 la. hehe. selooooww je aku jengket2 pegi dapur, bukak pintu kabinet. kreeeekkkk, bunyi pintu lemari lauk tu dibukak. sambil2 tu dalam hati dah degup degap dah ni, kot kantoi dengan mama abah ke, mati aku kena syarahan. silap2 kena bantai dengan getah paip ke, dengan penyangkut baju ke, dengan buluh kuning ke. hiks. macam mission impossible ooo!! hahaha

tu kalo lapo sangat la, memang aku cari makanan. tapi yang lebih penting ialah, melegakan dahaga tu. oh mann... tak perlu bancuh milo vico sume. takyah tunggu sirap bandung teh o ais bagai. aku dapat teguk air paip pon jadi lah. ekekeke. masa umo 5 taon tu, siyes aku direct gile curik2 ponteng puasa. nak bukak peti ais, tak berani... makanya aku tadah tangan dengan mulot kat paip sinki dapur je. hahaha. tak pon, aku minum time dalam bilik air. tenang je bukak paip bagi air mengalir. pastu hirup. Allahu.... nikmatnya... hahahaha xD. kemonnn... 5 taon, beb. mumaiyiz pon tak berapa lagi. hehehe
steadyyy.. hahaha. kredit gambar


bila naik darjah satu, aku ada integriti yang tinggi sket. sket je la. ponteng tu ponteng gak. bahahaha. cuma tak la beriya tak kesahnya tu. hehe. kalau kat sekolah, memang steady. ada kengkawan aku siap parents dorang datang sekolah time rehat, bawakkan bekal makanan bagi dorang makan. terang2 tu! iye lah, nak beli makanan memang takde, kantin tutup sepanjang bulan puasa. so mak bapak yang prihatin ni, dorang datang la bagi anak dorang makan. aku rilek je. chewah. hahaha. padahaaalll...

hihi. normally lepas balek sekolah aku mesti teros mandi tengahari tu. mandi la wei, nak segarkan badan. rumah aku ada shower tau. kolah air ada jugak, tapi aku lagi suka mandi pakai shower. syok, rasa macam main hujan lebat lak. hehe. so bila bukak shower, air pon membasahi tubuhku... dari kepala sampei kaki... ahemm... dengan penuh ketenangan, aku pejam mata, menikmati pancuran air ke kepala, ke muka... perlahan-lahan aku bukak mulut, sambil dalam hati konon2nya berfikir pasal benda laen. em em... lantas mengalirlah air jernih menuruni ubun2 ku, ke muka, ke bibir, masuk ke mulut yang acah2 terbuka tanpa disedari... srruuuuuppp.... gulp... lagi2... sruuuppp... gulp... ulang 4-5 kali sampai rasa kenyang dan timbul rasa bersalah sedikit sebanyak... barulah aku cakap kuat2 kat diri sendiri;

"Allah. air masuk mulut! tertelan pulak. heshh..."

seraya itu aku cakap dalam hati, takpa2, tak sengaja... terminum takpa...nak buat camna... hadiah la tu Tuhan bagi tu. terlupa takpa. em em. dan aku sudahi sesi mandi manda tadi dengan senyuman dan kesegaran badan serta kepuasan hilang kedahagaan. japgi gamak2 dahaga balek, aku pergi la mandi lagi, dan ulang terlupa terminum tak sengaja tu. alhamdulillah, boleh bertahan sampai bukak puasa pada maghribnya. hahahahahahaha

and basically mak abah aku tau je aku buat perangai tu. dorang takde la marah maki ke hape, cuma japgi time berbuka sesama tu dorang tanya la, berapa kali dah berbuka hari ni. lololol. dan aku pon makan dengan senyap sambil acah2 tak paham or tak dengar soalan dorang. hikhik. aan aan.. ^^ tapi aku tak pernah purak2 saket ke, buat2 saket perot ke gasrik ke, semata nak mintak buleh bukak puasa. haaa... tak baek menipu. terlupa terminum tak sengaja, takpe. tipu takleh, dosa. muehehehe. xD

so bila dah darjah 2, dah rasa besor sket, dah rasa lelaki sangat dah, makanya dari situlah aku tinggalkan amalan puasa yang yuk, puasa half-day aku sebelom2 tu~ hehe. and time tu ada sorang budak pompuan kat kampung aku yang aku minat. syok kat dia. demi menjaga imej seorang lelaki yang wajib puasa penuh, lantas aku pon gigihkan diri berpuasa penuh mulai taon tuuuu... so nanti bila beraya gi rumah dia, ada la point nak cakap, aku posa penuh. takde tinggal2 takde sekerat2. mesti dia pon akan  cakap waaahhh.. hebatnya, kecik2 lagi dah puasa penuh.. terus, dia akan nampak aku sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan berdedikasi. and that was the kind of dress i wore to impress. hahahahaha. gataaaaiii~ padahal raya bila pi rumah dia, aku diam je. ketaq satu badan ooiii... minum ayaq oren sunkist pon rasa tawaq hebiaq... punya segan/malu la bila dia ada kat2 situ. ekeke xD

anyways! itulah. itulah. pengalaman aku belajar2 berpuasa, perangai2 aku bila berpuasa, dan titik tolak tambah bahagi darab aku berpuasa penuh, sampai sekarang~ syukur mak abah aku didik aku elok2. semoga sedikit sebanyak apa2 yang baek yang aku buat selama hidup ni, sampai laa pahala kat dorang. rindu pulak kat mama abah. ni taon kesepuluh ramadhan, raya, hari2 biasa without them with me here on this world. eheh. al-fatihah buat mama, buat abah. semoga mama abah tenang kat sana ye. adik rindu. =')

sooooo... korang puasa yng yuk jugak kan? kan? eleh ngaku je laaa... cer citer. citer sini habeh sini je. steady2. ekeke xD


3 comments:

LuLu said...

Hahahaha sedap noh telah air shower..kami dulu xde shower so, xgamak nak telan air kolah..heeee~
AlFatihah buat mama dan abah An moga rahmat Allah buat mereka..:)

azhan zaffuan said...

@ lulu. - woots! ayaq kolah pomboleyh! ekeke. em, tenkiuuu. ameennn. =)

LuLu said...

Yuhhhh..ade lelumut..tetiba terbayang, kan best jadi ikan..24jam telan air..hahahaha!! XD