SOCIALIZATION

Saturday, March 26, 2011

Dialog2 Kekanak Riang: Week 5



chekgu: buat la main2..chekgu cubit hang satgi. =)
budak : alang-alang baik cekgu tumbok teghuih =D

.............................

budak : cikgu2, kami panggey cikgu zafuan buleh?
chekgu: kenapa?
budak : sebab azhan panjang sangat nak sebut.

.............................

budak A: sir, dia buat saya~
budak B: manada! tuhan yang buat hang la. haa.. tu dia..boo~

.............................

budak : sir2, nak tolong angkat beg! =D
chekgu: em? thank you. tapi takyah la. berat ni.
budak : ... (nak nangis..)
chekgu: =.=" nah..
budak : (lari~) tak mau kawan sir!

.............................

chekgu: awai kamu mai sekolah?
budak2: sebab nak salam dengan cekgu!

.............................

budak : wek! =P
chekgu: bluek!! >=p
budak : =D
chekgu: ^^

.............................

budak 1: malam sabtu nanti cekgu habaq kena tutup lampu. kalau tutop lampu malam tu, macam mana nak tengok tv?
budak 2: bodo la hang ni. cekgu kata tutup lampu ja. tv hang bukak la. awat, suis lampu dengan tv rumah hang skali ka??

.............................

chekgu: baek, chekgu nak tanya. Nabi kita lahir tahun apa~?
budak-budak : arnab!

.............................

budak e: sir2. tu isteri sir ka? (sambil tunjuk kat sorg cekgu pompuan ni)
chekgu : kamu rasa?
budak e & f : dak.
chekgu : pasai pa kamu cakap dak?
budak f: sebab kalau isteri chekgu mesti lagi cantik.

.............................

chekgu: okay. how many months in a year? berapa bulan kita ada dalam setahun?
budak-budak: dua blas!!
chekgu: cuba sebut~
budak-budak: saaatu! duuaa! tiiigaa! emmmpaat! liiimaa! eenaaam! tuuujoh! laapan! sembilan! sepuloh! sebelas! dua blas!

.............................

budak : sir, kami pakai inai!
chekgu: uik? kenapa kamu pakai inai?
budak : kami tengok sir pakai inai cantik. kami habaq kat mak kami, kami nak pakai jugak. nak cantik macam jari sir. =D

Thursday, March 24, 2011

Permainan Budak Kampung Dulu2: Layang-layang

hai! bertemu lagi kita dalam rancangan~... Anak Sape Tu Eh?

hahaha.. sonok2. sok trak kelas. so bleh la spend masa menaip sket2..^^ kali ni nak ceghite pasei lelayang. ^^

aku dok kampung. so anak kampung cam aku ni, kelazimannya kreatip. hehe. dan tak reti dok diam. belom2 ni aku dah habaq pasai main guli dengan gasin kan? kali ni layang2 lak. haa... men layang2 ni bermusim. tak macam guli, leh men tetiap petang sepanjang tahun, layang2 ni kami main time lepas amik padi. musim menuai dalam bahasa formalnye.

slalu time2 or musim ni, angin kuat. tak tau la kenapa, tapi asal musim amik padi ja, mesti musim angin. heehehe... so despite habuk dengan debu tanah bendang yang sentiasa beterbangan dek hamburan mesin padi tetiap hari dari pagi ke malam, ada benda lain gak yang beterbangan di langit biru pada ketika yang sama - layang2 kami! ^^

meh aku cerita pembikinan layang2 termahsyur. haha. memula, beli kat kedai. lepas ikat benang, dah bleh main. .. hehehehe... itu keja malas beb!! budak kampung tak kayo, dan tak malas.. so kami buat sindrik je layang2 kami. amik ketas sorat habaq, or ketas minyak yang kita dok balut buku skolah tu... ha, ukur elok2 ikut besaq mana kita nak. kenapa ketas minyak? sebab ringan! nak buat pakai plastik lapik meja... erm..berat,. takot tak naik. hehe.. pastu, masuk hutan or semak, cari buluh, raut bagi haluih, buat tulang layang2. lekat kat ketas layang2 tadi dengan gam kanji. takpon kalo ada duit sket, beli pita selofan. lepas tu amik benang yang agak tebal/kuat sket...ikat teraju layang2 tu...then.. tah-daaah!! shiap! ^^



nampak cam senang. kan? hehe.. tak semudah tu. banyak faktor ketelitian yang diteliti. =D semua bahan yang diguna kena ambik kira banyak faktor... ketas tak leh tebal2...nanti berat. sama jugak benang. kalo berat, layang2 susah naik tinggi. lepas tu tulang lelayang tu kena ukur betol2.. kena buat alignment, balancing elok2... kalo tak..nanti layang2 memusin tak tentu arah...silap2 menjunam terus.. mau lingkup. haha. part paling susah, is bila nak ikat teraju dia. pergh... test drive berkali2... adjusment lagi la banyak kali. sampai la dapat the perfect setting, baru syok main!!

bila petang2 tu...kalo musim layang2.. ramai la budak kampung bersepahan dalam bendang yang dah dituai/diamik padi. tanah lapang, so seronok la berlari2 seluas2 alam! tapi main layang2 ni takyah sesusah nak lari cam selalu kita tengok lam tv tu... kena teknik dia... sambil baring atas pokok pon leh terbangkan layang2 dengan jayanya. hehe.. faktor paling tak bleh elak ialah... angin. yang tu penentu naik tak naik layang2 tu. kalo tak kena timing... main panas je la jawabnya.. layang2 dok seret atas tanah. geram. hahaha

part paling syok...kalo lawan jahanamkan layang2 kawan.. heee... camna? putuskan tali dia. easy. =D budak jahat cam aku reti aa benda2 keji ni. ^^ kami tumbuk serpihan botol kaca banyak2...tumbok guna lesung batu ooo! bila dah jadi serebok, tuang gam kanji kat serbok kaca tu.. gaul2 bagi rata. lepas tu? lurut serbok kaca tu sepanjang2 tali layang2 kita... apa gunanya? haa.. bila dok kat langit nanti..tali layang2 tu kan panjang kan. so.. sepanjang tali tu ada serbok kaca. sumpah tajam wa cakap lu! pernah luka teruk ye.. hm.. tujuan dia.. masa main ramai2 nanti... ada kemungkinan tali layang2 orang lain akan ter-eksiden dengan tali layang2 kita... so kalo ada kaca tu... tali dia akan putus terus bila ter-make contact dengan tali layang2 kita.. wahahaha.. keji tak? ^^ so kira layang2 kita terus megah beterbangan di angkasa lah.. sedang layang2 orang terputus talinya.. hanyut ditiup angin... jatuh di perantauan...jauh di balik bukit sana.. hahahaha. aku memang jahat~ ^^

hm...speaking of that... think i better stop here.. =) tgh demam ni benarnye..ehe. srroooottt.~ ^^

Sunday, March 20, 2011

Bom Tangan



mudah datang, mudah pergi, itu cara kau hidup
oh ambil, ambil, ambil semuanya tapi kau tak pernah beri
patut dah tahu kau memang masalah, daripada kucupan pertama
telah mata kau terbuka luas, kenapa ia terbuka?

dah beri semua yang ku ada dan kau buang dalam tong sampah
kau buang dalam tong sampah, kau buat
untuk berikan aku semua kasihmu sahaja yang aku tanyakan
sebab apa yang kau tak faham ialah

aku akan tangkap bom tangan untuk mu
baling tanganku ke atas pisau untuk mu
aku akan lompat di depan keretapi untuk mu
kau tahu aku akan buat semuanya untukmu

aku akan lalui semua kesakitan ini
ambil sebutir peluru terus ke otakku
ya, aku sanggup mati untukmu bayi
tapi kau tak akan buat yang sama

tak, tak tak tak..

hitam, hitam, hitam dan biru, pukul aku sampai aku bisu
beritahu syaiton yang aku cakap, hey, bila kau sampai dari tempat yang kau datang
perempuan gila, perempuan jahat, hanya itulah kau, yeah
kau akan senyum di wajah ku kemudian cabut brek keluar dari keretaku

dah beri semua yang ku ada dan kau buang dalam tong sampah
kau buang dalam tong sampah, ya kau buat
untuk berikan aku semua kasihmu sahaja yang aku tanyakan
sebab apa yang kau tak faham ialah

aku akan tangkap bom tangan untuk mu
baling tanganku ke atas pisau untuk mu
aku akan lompat di depan keretapi untuk mu
kau tahu aku akan buat semuanya untukmu

aku akan lalui semua kesakitan ini
ambil sebutir peluru terus ke otakku
ya, aku sanggup mati untukmu bayi
tapi kau tak akan buat yang sama

jika badan ku di atas api
ooh, kau lihat aku terbakar ke bawah dalam api
kau kata kau cintaku, kau pembohong
sebab kau tak, pernah, pernah pun, bayi

tapi kasih aku masih akan tangkap bom tangan untuk mu
baling tanganku ke atas pisau untuk mu
aku akan lompat di depan keretapi untuk mu
kau tahu aku akan buat semuanya untukmu

aku akan lalui semua kesakitan ini
ambil sebutir peluru terus ke otakku
ya, aku sanggup mati untukmu bayi
tapi kau tak akan buat yang sama

tak, kau tak akan buat yang sama
kau tak sanggup buat yang sama
ooh, kau tak pernah buat yang sama
tak, tak, tak, tak..

terjemahan dari Bruno Mars' "Grenade"

lol

Friday, March 18, 2011

Jatuh

aku tak tahu bagaimana, aku tak tahu kenapa
tapi nampaknya, gadis, kau telah menyentuh hidupku
kau dalam mimpi-mimpi ku, kau dalam hati ku
aku bukan aku, bila kita berjauhan

sesuatu yang aneh telah mendatangi aku
angin kencang melintasi lautan-lautan ku
dan gadis tahukah kau matamu adalah untuk dipersalahkan
dan apa yang harus aku lakukan jika aku tidak dapat menghapuskanmu
aku datang untuk mencari dan kau tidak rasa yang sama

kerna aku sedang jatuh..jatuh.. gadis aku sedang jatuh untukmu
dan aku berdoa engkau turut jatuh juga
aku telah jatuh..jatuh..
semenjak detik aku melabuhkan mata di atasmu

aku hilang langkahku, aku hilang tanah aku
aku hilang diriku bila kau di sekeliling
aku berpegang untuk diriku
daripada lemas dalam matamu

gadis apa yang telah kau lakukan padaku?
untuk buatkan aku jatuh sungguh terdesak
untuk fikirkan aku tak tahu nama engkau pon
bagaimana aku harus hidup jika aku tak dapat mengatasi ini
kau tentukan dan kau tak rasa yang sama

kerna aku sedang jatuh..jatuh.. gadis aku sedang jatuh untukmu
dan aku berdoa engkau turut jatuh juga
aku telah jatuh..jatuh..

akan kau tinggal atau akan kau pergi?
syurga tahu pegangan masa depanku
soalan-soalan berpeleseran di mindaku
dari pecah hari hingga gelap malam
aku tak tahu apa yang telah mendatangi aku

tak bolehkah kau nampak aku sedang jatuh..jatuh.. gadis aku sedang jatuh untukmu
dan aku berdoa engkau turut jatuh juga
aku telah jatuh..jatuh..
semenjak detik
aku melabuhkan mata di atasmu

terjemahan dari N'Sync "Falling"

^^

Thursday, March 17, 2011

A letter to myself

yo!

what's up dude! haven't seen you for quite some while. where have you been? fishing in the ocean? hahaha. well anything dude, i just hope you're doin fine, like i do. ^^

bro, we've got things that we really need to talk about. are ya ready for this? if not, you better stop here and read later. go clean yourself first, eat healthy breakfast, then come over to my letter to dig the gist.

if you're reading this line, i bet you're fully prepared of what's coming your way. haha. real, buddy. i'm telling you, this ain't gonna be easy on you.

okay, let's start. first and none other than the first thing first - the comic. the comic!! what comic?? geez don't tell me you have forgotten. it's the project you're running with your friends, remember? oh ya...aha.. now you remember? great. heh. dude, the dateline is near. have you completed all the drawings? nay? thought so. whoa2.. don't start freaking out. chill, buddy. you still have time, but not that much. so, a friendly reminder - do allocate some time to do it. i know you're super busy, but not to push you around, you need to cater this matter as well.

are we good, pal? nice. the second thing is.. bout your career. your teaching. to be specific, your practicum stuff. man it's a hard time you're goin through, and i can tell. looking at your life, the past 4-5 weeks occupied you the max of your time! luckily you survived the first half. hehe. now now. this holiday, it is the best time for you to complete everything required for your portfolio and stuff. you know you missed a lot of things, right. and compared to others' folio, yours is just waaaaayyy too incomplete. dude, face the truth. told ya it's not gonna be easy on you. but cool, work on it slow and steady. by the end of hols, i bet u can 70 percent complete it. promise me you do your thang, ayte?

money. this is the hardest part. dude you should start watching over your spending and expenditures. half of the total amount is gone already. what have you been twirling your cash on, dude? man..i really hate to nag, seriously. watch your flow, buddy. don't eat junks. eat good food, and wisely. you can survive a meal a day right? well, i'm not really cool with the idea, but looking at you... and your life, i think you should cut your meals short. from twice a day, to once. you have no problem with that i think. besides, you don't want any muffin top to appear when you wear your jeans and trousers, eh buddy? haha. i know how much you hate having muffin top around your belly ^^.

dude, i really need to make a move. things are calling. i have plenty of matters to discuss with ya, but time is money now. haha. got it? time, money~ you look blur. haha. (you don't get my joke, do ya).. erm. talk to ya later pal! till then, take care! =D

Saturday, March 12, 2011

Dialog2 Kekanak Riang: Week 4



budak : cikguu!
chekgu: ye~
budak : ye~
chekgu: hey!
budak : hey! =D

..........................

budak A: cikgu2 birthday cikgu bila?
chekgu : bulan oktober
budak B: bulan o..to.ber bila cikgu?
budak A: bulan cuti skolah la. hang ni...

..........................

budak a: rumah kami ada estro, rumah hang takdak
budak b: eleh. takat tengok tv 1 sampai 3 je hari-hari, baek tak payah ada astro

..........................

budak: sir, kemarin sir rampaih pemadam dia ka? jom lawan dengan kami sir!

..........................

budak 1: ticer2, ticer rumah sukan rumah apa?
budak 2: sir masuk la rumah kami. nanti sukan antara guru, sir mesti boleh menang. cikgu2 rumah laen malas bersukan
budak 3: sir takdak la time sukan nanti. kan sir?

..........................

(kelas ganti)
chekgu: okay, hari ni chekgu taknak ngaja
budak-budak: alaaaa....

..........................

budak : cikgu, kenapa cikgu dah lama tak masuk kelaih kami?
chekgu: chekgu tak ajaq kelas kamu. nanti kalau ada chekgu yang tak masuk, baru chekgu masuk, ganti. ok?
budak : oo.. ok. nanti cikgu N, cikgu J yang ajaq kelaih kami nak besalin. cikgu masuk tau! cikgu dah janji..haa..

..........................

chekgu : kenapa kamu pukoi dia??
budak 11: cikgu X kata kalau jumpak dia dengan ulaq, pukoi dia dulu
chekgu : =.=" cikgu tu melawak la~ lagipon, ada kamu nampak ulaq??
budak 11: (geleng kepala)
chekgu : ha! dah tu? kenapa kamu pukoi dia jugak???
budak 11: dah jumpak dia dulu..
chekgu : melawan2!
(senyap kejap)..
budak 14: cikgu, rumah saya kemarin masuk ulaq!

..........................

budak : cikgu, dalam banyak2 basikal, basikal apa ada 3 taya?
chekgu: basikal yang tambah taya kecik kat taya belakang, kan?
budak : salah~ basikal kami~. ahaha cikgu salah

..........................

budak : sir, sir dah kawen?
chekgu: dah. nampak cincin batu besaq kt jari ni?
budak : tipu... abang saya pon pakai cincin besaq macam ni jugak. dia tak kawen pon lagi
chekgu: habis kalau orang dah kawen dia pakai cincin macam mana?
budak : dia pakai dua cincin. satu maih, satu lagi maih puteh.
chekgu: oooo...mana kamu tau?
budak : kak saya pakai macam tu. cikgu, nanti kenughi cikgu mai tau. saya tunjuk cincin tu
chekgu: aaa... oke2 =)

..........................

budak : sir, kenapa sir nanges?

..........................

*6 more weeks to go. seriously, i've grown some love towards these beautiful children - the colours of my teaching life. =)

Friday, March 11, 2011

Lalala~

Soalan struktur.
A. Nyatakan lima (5) keseronokan persekolahan sesi petang.

1. buleh bangun tido lambat. lepas suboh leh tido balek.
2. buleh sarapan weekdays breakfast kat McD
3. budak2 lebih ceria dan riang
4. murid sentiasa mendengar kata guru
5. waktu culas yang lebih (rehat dan time solat)
6.


B. Berikan lima (5) kekurangan persekolahan sesi petang.

1. petang
2. panas
3. takleh tido petang
4. budak suka keluar kelas suka hati
5. kesesakan lalulintas setiap hari (di bandar2 utama)
6. mengantok
7. tak boleh bersukan petang2 dah (tiada istilah PJ bersama budak)
8. budak suka cakap pasal kawen (tak padan dengan umo...) =.="
9. petang
10. selalu miss tengok American Idol live
11. kena siapkan dua persalinan - utk mengajar dan solat Jumaat (jumaat sahaja)
12. masa shopping yang terhad (kedai bukak kul 11..kne siap2 segala, kul 12 kne g skola dh.. baleknye malam, 7-8 pm. kedai tutup kul 10..) ~
13. petang

Wednesday, March 9, 2011

Do you know

that moon is made of cheese?

that stars are actually not as crispy as they look?

that sky is actually the sea?

that Martians are generally good looking?

that a cordless mouse is not genius?

that 2 + 3 = 7E?

that 3 is the most hated number by the ancient Egyptians?

that glass is considered plural in United Kingdom?

that a coin has 4 sides? (sometimes 3)

that FBI was founded by Napoleon Bonaparte's nephew?

that rugby was invented in prison?

that American football was invented because of the hate of passing the rugby ball backwards?

that a can of Coke can choke?

that lipsticks were the accidental result of a dude tasting the moist of red berries at the tip of a stick?

that one second is cut short 0.1827314052617388590877187878639683665 nanosecond each year?

that cheese is the most wanted flavour for perfume in the world?

that torchlight defies most laws of physics?

that rainbow is actually a circle, instead of 'n' look?

that every fan has a switch to turn them off and on?

that the letter A is actually a tired H?

that the clockwise movement was determined by a Greek who tried to count the stars in the night sky from left to right?

that Tic-Tac-Toe is the loud version of Chit-chateaus?

that white is the baddest colour of all?

that America had 53.8 states before the Constitution?

that Calf of Iowa was the early name for California?

that you are going to doubt most, even all of information above, though many and most of them are true?

that you have just gone through a metaphysic process called 'thinking about thinking'?

that I have consumed some precious minutes of your taken-for-granted life? =D

Saturday, March 5, 2011

Dialog2 Kekanak Riang: Week 3



budak: tedu tedu. tedu mathuk telaih tami ta? tami tuka tedu mathuk.
chekgu: tedu ta mathuk telas tamu. ethok tedu mathuk ye
budak: tedu tenapa tedu takap matham tami?

................................

budak: sir, bila nak tengok tom & jerry?
chekgu: next week, minggu depan, k.
budak: ooo. ok. (jerit kepada kelas) weii sir cakap tengok tom & jerry esok!

................................

budak: cekgu, kenapa cekgu suka nyanyi lagu bom?
chekgu: ha??
budak: tu lagu grenade tu

................................

budak A, B dan C tengah main lari2 dalam kelas
budak D: sir ni baik oo. dia tak marah orang.
chekgu: Tu!! yang belakang tu!! A, B, C! tiga2 mai sini. cepaaatt!! ... cekgu cakap apa tadi? SINI!
kelas:....
budak E: (tengok budak D) hang muhong

................................

budak a: wei petang ni ada kawad.
budak b: mana hang tau?
budak a: aku masuk
budak b: awat hang masuk!!? hang pengkaq, mana buleh kawad. adui..kalah dah.

................................

budak 1: sir, sir ajaq kami PJ aa? sir kami nak main bola
budak 2: sir, kami takmau main bola. tadi ada kawan kami sepak bola kena kgheta sir. kami takot kena lagi

................................

chekgu: okay class. i want you to take out your exercise book..do you have it with you?
budak: sir kami tak understand. sir cakap la melayu
chekgu: (geram) ei getik benor le mike ni ha... udoh le degey ghope hape, ngaji pon maleh. beda'ah nak ke luor keleh ghajin bebenor..eiii..
budak: (terdiam kejap).. sir cakap apa sir?
chekgu: kamu suroh sir cakap melayu. ha, melayu la tu!
budak: sir cakap english balek lah~..

................................

budak c: ticer2, kenapa ticer suka ajaq kami nyanyi?
budak d: ticer dulu nyanyi dengan P. Ramlee aa?
budak f: ticer masuk 2AM la. lagu sori2 tu.. apa la hang ni..

................................

chekgu: who knows fido dido? the 7-Up mascot?
budak: ticer2! saya tau pedo dedo
chekgu: bukaann~ =.="

................................

budak Aa: cekgu kaki saya saket, dia tendang
budak Bb: padan muka hang. lari kelaih lagi. cekgu suroh aku sepak hang. hang nak kata apa??
chekgu: cekgu kata.. nak repot kat BAPAK dia..PETANG ni.. bukan sepak dengan tendang~

................................

budak 3: sir2, kami suka kaler biru. sir suka kaler apa?
budak 4: sir suka kaler putih kan?
budak 3: laa... sama dengan kakak kami. sir suka kakak kami ka?

=>

Thursday, March 3, 2011

Senjata dari objek2 biasa: Teacher's Guide - siri 1



KAPUR TULIS
cara guna: patahkan kapur2 tulis tu kepada ketulan2 kecil (sebesar kuku). tetapkan sasaran. kira/anggar jarak dan rintangan angin kipas dalam kelas. setelah trajektori dikunci, tuju sasaran (budak) pada kelajuan yang bersesuaian.
p.s: untuk lebih berkat, gunakan kapur yang telah sedia kecil hasil penulisan guru di papan hitam. | gunakan kapur warna warni untuk lebih keceriaan. | ambilkira murid2 dalam radius sasaran. elakkan kapur sesat. | untuk hasil terbaik, pastikan sasaran memang tengah bersembang atau bermain bersama rakan.


PEMBARIS KUNING (kayu)
cara guna: libas pada meja sekuat hati. belauan supersonic (bunyi PANG) yang terbentuk hasil dari pertembungan permukaan rata belakang pembaris dengan meja akan menakutkan budak, dan menghentikan segala perlakuan dan bunyian di dalam kelas. boleh juga digunakan untuk melibas tapak tangan/kaki/belakang/bontot budak, tetapi perlu dipastikan budak itu bukan anak peguam, doktor atau kepochi.
p.s: penggunaan berulang akan menyebabkan pembaris patah | pastikan senjata disimpan di tempat selamat (terutama ketika pencerapan) | elakkan mengetuk kepala/buku lima budak bagi mengelakkan kecederaan jelas.


BUKU TEKS
cara guna: antara cara mudah, murah dan berkesan. arahkan budak berdiri dengan sebelah kaki sahaja. letak buku teks di atas kepalanya, dan minta dia mengawal pernafasan dan emosi supaya buku tidak jatuh. sekiranya buku jatuh, tambahkan kuantiti buku supaya pusat graviti menjadi rendah. kaedah psikologi ini efektif ke atas budak yang gemar berlari dalam kelas.
p.s: buku teks juga boleh digulung menjadi silinder, dan dilibas ke permukaan meja/papan tulis, atau bontot/kaki budak (pada kelajuan selamat). berfungsi seperti pembaris kuning.


PEMADAM (DUSTER)
cara guna: sama seperti kapur tulis - dituju kepada sasaran pada kelajuan minimum. bertujuan bukan untuk mencederakan, tetapi untuk mendapatkan perhatian. lebih efektif berbanding kapur tulis, terutama dalam menembak sasaran yang sedang bergerak. sesuai untuk mendiamkan kumpulan murid yang tak reti bahasa (lontar ke tengah2 perkumpulan murid tersebut, beserta wajah serius/geram/tak puas hati)
p.s: pastikan budak tidak mempunyai asma/lelah (debu kapur boleh mengakibatkan lelah) | jangan sesekali mengutip sendiri pemadam yang telah dibaling. ini akan menampakkan kelembutan hati guru | pastikan pentadbir sekolah tiada di sekitar kelas ketika melontar | jika kelas menggunakan pemadam papan putih (marker), cuba untuk tidak mengenai baju murid


BUKU REKOD MENGAJAR
cara guna: sesuai untuk menghukum individu yang nakal. arahkan murid berdiri di hadapan kelas secara solo. suruh murid luruskan tangan ke hadapan (seperti ketika meluruskan barisan). letak buku rekod di atas kedua tangan yang diluruskan itu, dan paksa budak tersebut menahan buku rekod mengajar di atas tangannya selama yang boleh. berat sebuah buku rekod biasanya mampu melenguhkan tangan budak antara darjah 2 hingga 5. jika budak kelihatan kental dan alah bisa tegal biasa, tambahkan beban di atas buku rekod.
p.s: pastikan tangan benar2 lurus 90 darjah | pastikan buku rekod berbalut plastik (dikhuatiri peluh budak akan mengotori buku) | tambahkan beban dan lanjutkan tempoh hukuman mengikut tahap kemampuan/ketegaran budak | kurang sesuai untuk pelajar perempuan