SOCIALIZATION

Thursday, March 3, 2011

Senjata dari objek2 biasa: Teacher's Guide - siri 1



KAPUR TULIS
cara guna: patahkan kapur2 tulis tu kepada ketulan2 kecil (sebesar kuku). tetapkan sasaran. kira/anggar jarak dan rintangan angin kipas dalam kelas. setelah trajektori dikunci, tuju sasaran (budak) pada kelajuan yang bersesuaian.
p.s: untuk lebih berkat, gunakan kapur yang telah sedia kecil hasil penulisan guru di papan hitam. | gunakan kapur warna warni untuk lebih keceriaan. | ambilkira murid2 dalam radius sasaran. elakkan kapur sesat. | untuk hasil terbaik, pastikan sasaran memang tengah bersembang atau bermain bersama rakan.


PEMBARIS KUNING (kayu)
cara guna: libas pada meja sekuat hati. belauan supersonic (bunyi PANG) yang terbentuk hasil dari pertembungan permukaan rata belakang pembaris dengan meja akan menakutkan budak, dan menghentikan segala perlakuan dan bunyian di dalam kelas. boleh juga digunakan untuk melibas tapak tangan/kaki/belakang/bontot budak, tetapi perlu dipastikan budak itu bukan anak peguam, doktor atau kepochi.
p.s: penggunaan berulang akan menyebabkan pembaris patah | pastikan senjata disimpan di tempat selamat (terutama ketika pencerapan) | elakkan mengetuk kepala/buku lima budak bagi mengelakkan kecederaan jelas.


BUKU TEKS
cara guna: antara cara mudah, murah dan berkesan. arahkan budak berdiri dengan sebelah kaki sahaja. letak buku teks di atas kepalanya, dan minta dia mengawal pernafasan dan emosi supaya buku tidak jatuh. sekiranya buku jatuh, tambahkan kuantiti buku supaya pusat graviti menjadi rendah. kaedah psikologi ini efektif ke atas budak yang gemar berlari dalam kelas.
p.s: buku teks juga boleh digulung menjadi silinder, dan dilibas ke permukaan meja/papan tulis, atau bontot/kaki budak (pada kelajuan selamat). berfungsi seperti pembaris kuning.


PEMADAM (DUSTER)
cara guna: sama seperti kapur tulis - dituju kepada sasaran pada kelajuan minimum. bertujuan bukan untuk mencederakan, tetapi untuk mendapatkan perhatian. lebih efektif berbanding kapur tulis, terutama dalam menembak sasaran yang sedang bergerak. sesuai untuk mendiamkan kumpulan murid yang tak reti bahasa (lontar ke tengah2 perkumpulan murid tersebut, beserta wajah serius/geram/tak puas hati)
p.s: pastikan budak tidak mempunyai asma/lelah (debu kapur boleh mengakibatkan lelah) | jangan sesekali mengutip sendiri pemadam yang telah dibaling. ini akan menampakkan kelembutan hati guru | pastikan pentadbir sekolah tiada di sekitar kelas ketika melontar | jika kelas menggunakan pemadam papan putih (marker), cuba untuk tidak mengenai baju murid


BUKU REKOD MENGAJAR
cara guna: sesuai untuk menghukum individu yang nakal. arahkan murid berdiri di hadapan kelas secara solo. suruh murid luruskan tangan ke hadapan (seperti ketika meluruskan barisan). letak buku rekod di atas kedua tangan yang diluruskan itu, dan paksa budak tersebut menahan buku rekod mengajar di atas tangannya selama yang boleh. berat sebuah buku rekod biasanya mampu melenguhkan tangan budak antara darjah 2 hingga 5. jika budak kelihatan kental dan alah bisa tegal biasa, tambahkan beban di atas buku rekod.
p.s: pastikan tangan benar2 lurus 90 darjah | pastikan buku rekod berbalut plastik (dikhuatiri peluh budak akan mengotori buku) | tambahkan beban dan lanjutkan tempoh hukuman mengikut tahap kemampuan/ketegaran budak | kurang sesuai untuk pelajar perempuan

5 comments:

mia Olive said...

hahaaa..post nampak skema tp lawak r!

ieraLEE said...

wahahaha! i see u got some free time plotting eh?

Antara said...

@mia - u got the gist kan? hehe. thanks. ^^

@iera - sure got~ hahahaha

MohdIzwan said...

Best...hahaa..

Antara said...

panduan bersama..hahaha