SOCIALIZATION

Sunday, January 27, 2013

Siapa Siti Sifir!?


hai adik-adik! apa khabar semua? bertemu lagi kita dalam rancangaaaaannn... A-L-O-N-G .. ALONG!!

wohooo... ini satu ceritera intelektual hebat zaman aku kekanak dulu. siri televisyen, rancangan kanak-kanak - A.L.O.N.G - yang pernah menjadi kegemaran dan tatapan wajib bagi ramai dalam kalangan kita. in b4 "hahaha korang dah tua!"

bagi adik2, korang2 yang dok kerut2 dahi, pikir ... menatang apa la ALONG ni... meh aku story sejarahnya sket2.



rancangan A L O N G (dibaca Along)  ni merupakan rancangan pendidikan bagi kanak-kanak riang macam aku. hahaha. watak utama dia, seekor kucing kaler brown, yang bernama Along. tak lama lepas tu, along pon ada adik beradik - Angah dan Achik. kucing jugak. luls. rancangan ni memang edukeshenel dan bermoral tinggi, sesuai untuk tontonan umum/sekeluarga. 

Along ni memang best. time tu, rating siaran tv1 memang melonjak pasal Along. mana tak nya... balek main je, mesti ngadap tv dulu - nak tengok along. kekadang maghrib pon laju je solatnya; tanak miss tengok along punya pasal. hahaha. aku hilang ingatan pulak tentang bila rancangan ni mula-mula disiarkan kat tv. tapi kalau tak silap around 1995 or 1996 camtu. Along disiarkan kat TV1. pernah diulang siar kat TV2 kot. seingat aku, dia on air tiap jam 7 malam (sebab 7.30 malam ada doraemon..) hehe..

dalam rancangan ALONG ni, ada macam2 segmen... antara yang power dan terkesan kat jiwa dan sanubari aku... ialah segmen resipi Ela dan Eli. bhahaha... dorang punya resipi memang klakor. dalam banyak2 tu, ni paling lejen;

"resipi kue teow goreng telur bergoyang.

1. ambik kue teow. letak dalam pinggan. 
2. pastu letak telur mata sparuh masak kt atas, 
3. goyang pinggan. 
jadi la 'kue teow goreng telur bergoyang' " . 

hahaha. aku sanggup berkayuh pegi pasar malam esok malamnya sebab nak beli kuey teow, dan paksa mama masak telur mata separuh masak - semata-mata nak tiru resipi ela eli. LOL xD haiyoo rindu. dorang bukan je masak.. tapi pandai berpantun ooo! ^^

dan... paling paling paling paling lejen sekali pasal rancangan Along ni... ialah.. segmen yang paling dinantikan oleh semua kekanak zaman tu. miss part laen takpe, jangan segmen ni. apadia!?

Siti Sifir!!

perrgghh... disebabkan si Siti Sifir ni laaa aku jadi terer hafal sifir 1 sampai 12, tahu? siyes! siti sifir ni budak lagi dalam segmen tu. dia cukup suka melawa. pakai baju nak fancy je. pastu spek mata gelap dia... memang fashionista! ada yang bulat besor, ada bintang. luls. paling tak tinggal, payung plastik. ekeke. tapi... dia punya ajaran.. haaa. memang one of a kind. dengan lagu yang template untuk semua sifir.. memang WIN!

satu.. darab dua.. dua! dua.. darab dua.. empat! bla bla bla sampai doblas. ekeke. berkesan yo!

tapi tu cerita dekat2 20 tahon duluu... sekarang? ha. aku sendiri tertanya tanya... mana pegi siti sifir ni ek? aku pon tanya la kat twitter... agak2 umo dia berapa sekarang ni? hm... last-last aku ambik inisiatif; aku google sendiri. nak tau, nak cari siti sifir punya pasal...

homaaaiii... banyak benda baru yang aku baru discover. dalam dok cari pasal siti sifir tu... tetiba aku terrrjumpak maklumat ni. - orang yang bawak watak along, yang pakai kostum along, jadi maskot rancangan tu dulu... adalah . . .


beto kushairy ialah Along! sumber

Beto Kushairy!!! wohoooo.

memang aku tak pernah sangka pon. hahaha. khabarnya kisah ni diceritakan dan disahkan sendiri oleh isteri beto. pergh... dulu pakai2 kostum, sekarang... ha. hero malaya! cayalah bro. salute!

now now... back to my main mission. along kita dah tau. so apa cerita siti sifir sekarang? haa... aku gugel punya gugel punya gugel... gambor mula2 skali yang aku dapat... ni~


is she really the siti sifir?

kalo korang search sendiri pon.. taip la keyword siti sifir. memang akan ada kuar gambor ni. tapi tu la... takde bukti kukuh atau apa2 yang boleh mengesahkan gambor ni. tapi... kalo mengikut gayanya... ada rupa dah tu. dengan rambut wavy curly nye tu... memek muka tu... ada la. ekeke xD

lepas tu... aku carik lagi info pasal dia. tetiba aku teringat... siti sifir bukan sorang! yes. bukan sorang. pernah ada siti sifir versi baru. dalam rancangan along jugak la, tapi gayanya matang sket berbanding siti sifir yang mula2 tu.

so ni antara input2 yang aku dapat daripada internet..



ohooo... dulu skola convent ek? baek. make sense. memang kalau hari2 hafal sifir, layak sangat lah ke convent. ekeke. aku cari lagi..


lepas convent dia pegi politeknik ungku omar? amik accountancy? aaa.. make sense lagi, sebab hari2 makan nombor je kejenye. ekeke. tapi ada yang cakap dia pegi poli sultan azlan shah. errr... aku baca lagi...


HA!! kan betol aku cakap, ada dua siti sifir! tengok tu. siap ngaku lagi. pergh!! ada official statement! wallaoo... ni taon lepas ni. apsal Melodi tak buat coverage? Nona? Majalah 3? kamon laa.. beliau lejen kot. takkan nak cover Amalina je... hewhew~ ^^ ni aku sertakan bukti pengukuhan. yeah~





nampak? nampak? KYUEM tu... pastu masuk univ kat overseas. wah... memang Sifir punya Siti. tak main la simply2 ni. ekeke. tahniah~ tak caya? boleh try check profile facebook dia kat SINI . 

haa... amcam? dah terungkai misteri siti sifir? luls~ wait wait. ni... siti sifir yang 2nd version. so yang 1st version pulak camne? apa cerita? aku gagal mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang tu. jadi... ni je ada..




betul ke? tadi SS yg kedua tu, masih blajor lagi. ni.. dah keje lak. hm hm.. so itu post tahun 2011. godek punya godek, aku jumpak pulak yang ni...




orang cakap... ni la siti sifir yang dicari-cari sangat tu. dah bertudung dah sekarang. dan dah kawen dah pun. hewhew... tapi.. betul ke ni siti sifir tu? wallahualam...

kalo korang nak sembang lagi panjang2 pasal siti sifir ni, korang leh join forum di mana aku quote maklumat2 ni semua, kat SINI dan SINI


fuh!! aku habiskan setengah hari nak cari maklumat pasal siti sifir ni saje. sikit punya gigih! hahaha. yes i'm a go-getter. problem? luls. aku rasa setakat ni je aku mampu selongkar pasal siti sifir kesayangan ramai ni. semua maklumat yang aku share kat sini adalah bersumberkan internet dan orang lain semata-mata. kalu dorang mohong, aku pon ter-mohong jugak la. hihi. tapi kalau semua ni betul... alhamdulillah. terubat rindu. chewah!! xD

wallahualam~ ^^


Saturday, January 26, 2013

Kebenaran Tentang Pembohongan


assalamualaikum. yuhuuu... apa kabor yob? yong? puas idop menipu? hehehe


the art of not telling the truth...


sape kat sini tak pernah menipu... angkat tangan! jap nak kira.... em.. em.. ramainye ngaku tak pernah nipu. ok good! now.. sape kat sini yang pernah tak menyatakan kebenaran, angkat tangan! hahaha... haip, haip, tipu dosa. ngaku cepat. luls~

bagos la kalo korang rasa korang tak pernah menipu. tapi... tapi je la kan~ aku bajet2... we are all liars. well maybe aku salah. tapi.. itulah. hehe. so malam ni... meh nak share ilmu2 psikologi sket dengan korang. kebenaran2 tentang pembohongan. ini by the way takde kaitan dengan rancangan astro - "betul ke bohong" tu ye. hahaha

correct me if i'm wrong ya. =)


kenapa kita orang berbohong?

banyak sebab. antara yang paling femes, ialah sebab nak alihkan kesalahan atau lari daripada dipersalahkan. awak dah amik duit mak kat dalam purse atas sofa tu dia masa dia tengah masak.. lepas tu mama bising duit short tak pasal2. awak pon cakap la.. mama ada beli barang tapi tak amik resit kot~ em em.. selamat la bontot awak ye. hish.

sometimes kita bohong sebab nak jaga hati orang. bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak? aaa.. kalo korang gtau benda betol - yang sebenornya awak dah siap assignment, dah baca dan buat nota untuk test minggu depan - mau kecik ati kawan korang tu. dah la korang tak ajak pon kan. alala alala... so nak jawab camne bila dia tanya dah siap keje ke belom? korang pon jawab la camni... "aku tak start buat apa pun lagi wei... siyes" . yeah, sila terasa . hahaha

the truth hurts a little but a lie hurts forever

paling nyata ramai antara kita yang tipu ni... sebab nak mengelak. elak apa? elak daripada buat sesuatu benda - especially benda yang kita takmau buat la. yang lelaki, kalau takmau solat.. cakap dah sudah, or kejap lagi. yang pompuan, kalau takmo solat.. cakap cuti. dan jugak, nak elak konflik. if telling the truth will cause collateral damage... you prefer not to but lie. been there?

selain tu... ada jugak yang bohong sebab nak nampak bagos. especially depan aweks/balaks. huih... benda yang takde sume pon jadi ade. yang kita tak reti pon kita cakap kita pandai. nak mengaku tak pandai bawak  keta manual, segan... apa dia laki tak pandai bawak manual. lecey aa! so depan marka, hang kata la hang tera! sekali dia suroh bawak keta nismo manual abang dia hantaq pi kolej sat... ha, nganga! berpeluh bagi alasan. tu la.. hang kata hang tera!! luls~

and.. last but not least.. kenapa kita bohong? because it's easier than telling the truth. and.. because we can. hm...


beza antara tipu lelaki dan tipu pompuan.

ni mesti ramai fevret ni. sume nak paku laki je kan. hahaha. tapi nak buat camne, kajian memang mendapati lelaki lebih kerap/banyak menipu berbanding pompuan. adeh... malu kaum adam oii~

so kenapa lelaki menipu? biasanya macam tadi lah - nak nampak bagos. better daripada orang lain. buleh2 semua benda nak lebih. yang takdak tu taknak ngaku. tak macho laa ngaku tak cukup duit nak belanja tunang dan adik2 cik tunang tu.... so? "i tak bawak cash la awak... kad je. pinjam dulu ye? nanti i ganti" pfffttt... dasar~

tapi pompuan pulak, lebih kepada nak jaga hati orang. tau je... korang tak sampai hati nak menyatakan kebenaran kan? ye la.. kebenaran tu kan pahit. dah memang tak suka.. takde ati kat dia... tapi kalau cakap kang... meroyan mamat tu jadinya. tak sanggup nak tengok dia nanges guling2 dari lobby office sampai masuk lif naik tingkat 7 sambung guling jatuh tingkap... so bila si dia ajak kawen, korang pon cakap la "saya belum bersedia..." ataupon, ayat paling femes...  "you'll find someone better.." . yeah yeah, sila terasa lagi ye. ekeke

truth about lie

lelaki suka exaggerate pasal ketinggian dorang. pompuan suka tipu berat dan umo dorang. ironically, lelaki tak berapa rasa bersalah sangat bila menipu berbanding pompuan. haa....


ayat 50/50 .

ni antara ayat2 yang ... kalau korang prihatin, korang akan pikir dua-tiga kali sebelom percaya betol2 ayat2 ni. hehe...

- I'm fine. / saya okay.
- betri kong la. / kredit abes / sorry phone silent tadi
- tak. awak tak salah. betul~
- assignment? belum...
- saket perut la
- kitorang takde apa2 la. / kawan je
- on the way
- esok, esok
- faham
- takpe. tak kesah pon.


tanda2 orang tu 'tidak menyatakan kebenaran'

banyak tandanya... siyes banyak. nak list satu-satu kat sini memang tak larat. normally, manusia memang dilengkapkan dengan perasaan cuak bila menipu. unless seseorang tu memang kaki menipu atau dah pro bab2 putar belit ni... orang biasa akan pamerkan signal2 tertentu bila dia bohong. apadia? haa.. ni antara tanda2 yang common...

- garu hidung, garu kepala. main2 telinga. ni tandanya dia tengah unsure or tengah pikir benda apa nak cakap secara sepatutnya. hewhew~

- banyak filler dalam percakapan . macam "err.." , "aaa..." etc. skali sekala takpe lagi. ni dah selalu sangat. annoying kot. nak menipu tak pandai, tu la jadinye. ekeke

- time bercakap dia suka pandang tempat lain. cari idea lettew. hihi

- suka peluk tubuh bila berkomunikasi dengan orang. ini tanda dia prefer utk ada jarak selamat; selain daripada tampil yakin dengan statement2 yang dikeluarkan.

- kalau kita boleh check jantung setiap orang masa bercakap, kita boleh detect orang berbohong punya denyut nadi lebih cepat berbanding biasa - walaupun dalam keadaan rileks. ni sebab kita ada rasa takut kantoi dengan ayat2 pelesu yang kita tabur kurr kurr tu. haa...


aauuumm.... ada pernah buat? =p

aku nak share banyak pon.. tak berani sangat. sebab benda2 ni semua subjektif. tapi, melalui pembacaan yang tak seberapa, kajian yang tak kemana, dan pengalaman yang sekelumit cuma... itu la sikit sebanyak yang aku mampu kongsi dengan korang. nanti2 aku perhalusi benda2 psikologi ni lagi ye. hehe

paling penting, aku nak ingatkan... takde istilah tipu sunat ye. haha. pandai2 buat hukum lak. hewhew. aku berkongsi atas dasar neutral tau. takde menyebelahi mana2 pihak atau dengan tujuan apa2 sekalipun selain daripada nak kongsi ilmu. kalau korang nak soal jawab hukum hakam agama... i think aku bukanlah insan kamil yang layak membicarakan hukum sebaiknya. jadi, ada moleknya kalau korang refer kat ustad ustajah orang2 yang tinggi ilmu dia. ok? 

so again, please. tolong la jangan menipu. ok boboi? ok gegel? tak elok menipu ni. dosa~.. haa. sok mati, kat akhirat kena kerat lidah guna gunting panas.. nak? wuuu.. tamoh~..

insyaAllah. yang baek, amik. yang buruk, tinggal. buang. wallahualam.


oh sebelom terlupa. pembohongan terbesar pernah aku dengar .. dan selalu aku dengar... ialah....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

LELAKI SEMUANYA SAMA!!

hahaha xD


Thursday, January 17, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluh

assalamualaikum!! salam sejahtera ke atas anda... yang nak kawen tu, dah re-confirm dengan caterer? hehehe

yoshaaa~ ni da masok minggu ketiga skolah. alhamdulillah. minggu yang menggumbirakan jua kiranya. kenapa? ada orang masuk meminang? oh.. belum. hahaha. 

16 Januari 2012. tarikh keramat bagi aku. no, bukan tarikh aku tamatkan zaman bujang.. ~.~ hihi. tapi, tarikh mula aku berkhidmat sebagai pgawai perkhidmatn pelaajaran siswajah (sori bukan typo, tapi tanak taip elok2... nanti google-able... hehe..) atau dalam nama lainnya - chekgu. ^^ dan kelmarin/semalam .. 16 Januari 2013, genaplah setahun aku berkhidmat kat skola terchentaaa... wuwuu... hepi birthday to my career~ hepi birthday to yoooouuuu... and meeeeee.... hahaha .


syukur sangat2.

tahniah jugak aku ucapkan kat kawan2 seperjuangan aku... budak2 TEYL cohort 4 maktab prguruan prsekutuan (sekarang dah nama lain, tapi aku still suka panggil maktab. hee..) yang se-posting dengan aku taon lepas. serta tak lupa jugak kengkawan cohort 4 TEYL/TESL/TOEFL/TESOL/TEFL/bla bla bla, dan budak2 program laen yang seangkatan dengan kami... aku ucapkan selamat ulangtahon perkhidmatan yang pertama!!

aku doa, semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki, diberi petunjuk dan hidayah agar cemerlang dunia akhirat, especially dalam kita laksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah yang terpikul kat bahu masing2. bukan takat bahu, dukung kat belakang, kendong kat depan, junjung atas kepala... semua ada! hahaha. kalu panjang umo... lagi 30 tahun lebeyh kita pencen la. apedehal~~ ye tak? kata team #SetiaHujungNyawa. so, rileks sudeh... Luls! xD

setaon jadik chekgu ni... alhamdulillah... banyak benor ngajor aku pasal kehidupan. chewah. ayat template ke camne? hahaha. tak tak. siyes ni. =) hidup dah keroje ni, laen sangat dengan idop zaman belajor dulu. of course... sape yang tak rindu zaman blajor weh. zaman beronggeng dengan kengkawan... zaman jerit ELAUN DAH MASUK!!! tetiap bulan dan semester. hihi. tapi bila dah bekerjaya ni, lain pulak cara kita enjoy life-nya.

nooo... takde dah nak jerit2 GAJI DAH MASUK!!! kat skolah. hahaha. tebiat tu dah tak bleh pakai dah. ^^ tapi tu la... dulu aku dok hu-ha hu-ha dengan kengkawan. sekarang? still dapat hu-ha hu-ha jugak beb. dengan anak-anak. =) anak-anak didik yang sehari-hari buat aku ceria dan rasa ... nikmatnya hidup sebagai seorang pendidik. seorang chekgu.

kalau aku nak cerita satu per satu apa yang aku lalui sepanjang aku dah kerja ni... memang entri ni jadi tobat panjang, sampai hujung nyawa. eh. :p jadi... mungkin aku akan kongsikan dengan korang from time to time. insyaAllah. tu pon kalo sudi baca la... tau, korang skip aku tulih panjang2 ni, teros baca dialog bebudak yang aku share tu. hahaha. terasa tak? terasa tak?? ekeke xD

takpe. memang aku suka korang baca pasal budak2 tu pon. sebab aku nak kongsi, apa yang buatkan aku hepi, syukur jadi chekgu. =) cumanya, aku mintak.. korang doakanlah aku dapat jalankan segala amanah yang aku galas ni dengan baek ye. taon ni pegang banyak portfolio... pengakap, kelab muzik dan kebudayaan, kelab softball, coach softball, PSKPP, penyelaras bersama PBS, guru kelas, dan banyak lagi jawatan2 laen yang kalo aku list pn korang kannye kesah. hahaha. tapi.. mohon doa2 la aku buleh handle semuanya dengan baek ye. ameenn.. ^^

nah. hadiah untuk korang pulak. hadiah la sangat... hahaha. enjoice!!

****

me      : apa lari2 kat koridor ni? kalau jatuh macam mana?
budak : kalau jatuh, sakit, ticer..
me      : dah tu, kenapa lari2?
budak : kalau saya jalan macam mana nak jatuh..
me      : kamu nak ke jatuh!? ha?
budak : saya nak lari...
me      : eeeeiiii... masuk kelas. cepat. jangan berlari!
budak : ok! *jalan... 4-5 langkah.. lepas tu lari...*

****

budak : ticer, kenapa kitorang kena panggil 'ticer' ?
me      : kenapa?
budak : sebab kalau chekgu laki, biasanya panggil 'sir'
me      : kalau kamu panggil cekgu 'sir', cekgu jadi garang. cekgu jadi Hulk !
budak : ape tu? 
me      : err.. tahu Hulk tak? yang kaler hijau tu... yang besor2, koyak2 baju tu...
budak : ... kenapa ticer nak koyak baju? baju sape?
me      : takpelah... pegi siapkan latihan... -.-

****

budak A : ticer, kenapa ticer pakai songkok?
me          : kenapa tanya?
budak B : ticer botak ke?
budak C : hish kau ni! ticer ada rambut la. rambut ticer panjaaaang... macam mermaid
me          : dah kenapa mermaid....
budak B : manade . ko tipu. aku penah tengok rambut ticer. masa ticer tak pakai songkok...
budak A : bila? bila?? 
budak B : masa ticer solat kat bilik guru.
budak C : ticer, kenapa ticer solat bukak songkok?
me          : err....

****

kelas : good afternoon, sir! *3 saat*
me     : em?
kelas : good afternoon, ticer! *3 saat*
me     : assalamualaikum, class.
kelas : waaaaalaikummusssalaaaam waraaahmatullaaaaahh hiwabarakaaaatuh, ustaz! *9 saat*

****

me         : what is the meaning of 'rubbish?"
budak 1 : arnab!
budak 2 : finish!
budak 3 : pemadam!

****

*budak tahun 6*
budak : sir, mana kereta sir?
me      : eh.. kamu tahu kereta sir yang mana ke?
budak : tahu! kereta sir yang BMW putih tu kan? haritu saya nampak ada budak tahun 1 sepak bola kena kereta sir.
me      : aaa... em. tu bukan kereta cekgu...
budak : fuh! selamat bukan kereta sir. penat saya tipu tadi. baru nak mintak maaf. takpelah
me      : . . .

****

budak : sir, sir makin cerah la. makin putih
me      : yeke? cekgu tak nampak pun...
budak : iye... sir dah kawen ek?
me      : uih.. dah naik darjah tiga ni, tanya soalan ni lagi? hahaha
budak : dah sir tak jawab2..

****

budak a : sir, kenapa sekarang sir ada janggut?
budak b : tahnye... masa ajar kitorang, takde pun.
me         : agak2 kamu kenapa?
budak a : sir dapat baby baru!
me         : kenapa kalau dapat baby baru.. nak kena simpan janggut?
budak a : sebab... baby suka main janggut. macam adik saye. ke, sir kawen lagi?
me         : heh? kenapa pulak....
budak b : sebab isteri baru sir suka tarik janggut sir!! kan kan!
budak a : muka sir dah merah! hahaha


i love my job. luls~ ^^

Saturday, January 12, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen - Walimah di Dewan atau di Rumah?

assalamualaikum. salam sejahtera. salam Mother Russia. hahaha

lama aku tak hapdet pasal kawen2 ni kan? ye la.. dah skarang bukan musim dia.. tapi korang tunggu la, bulan dua nanti. kan ada cuti sekolah. chinese new year kan? haa.. musti ada kendurik punya. hehe. makan free lagi. wheee!!

al kisahnya, bila sebot pasal kenduri ni... antara perkara wojib yang dipikiorkan oleh pengantin dan pihak mempelai.. ialah.. kat mana nak buat kenduri ni oi!


khemah kenduri. kredit gambor

sekarang ni kalo kita tengok... ramai walimah dibuat di dewan dan balairaya kampung sebelah. kenapa? kenapa tak buat kat rumah macam doluuu doluuu...? haa... ada pro and cons nya beb. meh kita tengok kelebihan dan kekurangan buat majlis kenduri kawen kat rumah, dengan di dewan.


kenduri kat rumah

eventually, masih ramai yang suka buat majlis kat rumah sendiri. i mean rumah keluarga la. ni bukan faktor bandar or kampung. sebabnya, aku tengok yang dekat pekan2 besor, kat taman2 perumahan kat bandor pon... ramai je lagi yang prefer beriuh-rendah kat rumah. not to mention kampung la - sebab kampung payah sikit nak cari dewan yang sesuai. kalu ada pon, dewan sekolah or balairaya ketua kampung punya. hiks

kenapa buat kat rumah? benornye, kalu buat kat rumah ni, orang kata lagi meriah. mana tak meriahnya, segala kerja kawen dibuat di situ. haa... daripada tumbuk inai, gubah bilik pengantin, sampai la pasang khemah susun kerusi meja bagai - semuanya kat rumah korang. happening yo! tetambah pulak kalau adek beradek, sedara mara ramai... memang gamat la satu rumah. semua pakat berkampung kat situ, sebelum, pada dan selepas hari kenduri. 

antara laen kelebihan buat kat rumah ialah.. ada bilik pengantin. haa.. kalo korang buat kat dewan, acer celah mana ko nak pasang bilik kat dalam dewan tu? letak tilam kelambu bagai kat mana? luls. jadinya, klo kat rumah, dapat la korang berhias lebeyh sket bilik yang sebelom ni macam tongkang pecah tak pernah kemas tu.. ekeke.

bilik pengantin. kredit

lagi satu.. kalo buat kat rumah, sedara mara korang boleh berehat dengan tenang sket. maklumlah, masing2 penat perah keringat, nak jayakan majlis kawen korang yang hampir terlajak umur gilang gemilang tu... jadi kalo rasa nak berehat, boleh la duduk2, lepak2 kat bilik ke, kat dapur ke, kat blakang rumah ke... rileks je. nak solat, nak bersihkan diri pun senang. anytime je. rasa2 nak lari daripada crowd, gi lepak rumah jiran sebelah. hahaha.

tapi... kontranya pulak... kalau buat kat rumah, korang la renyah sikit kena buat kerja. macam aku cakap tadi, contohnya kalo memang nak ada bilik pengantin, elok la kt rumah. tapi kalau masing2 malas nak jenuh2 decorate tongkang pecah tu bagi jadi istana... baek buat kat dewan/hotel je. buleh kalau taknak buat bilik pengantin kat rumah pon... tapi nanti tetamu2 yang datang, kawan2 korang yg kepoh2 tu, makcik2 yang jenis suka tengok interior design tu... kompem2 tanya.. "bilik pengantin mana?" . dah kau nak jawab "kami tak buat makcik. membazir semua tu. makcik tahu kan, membazir tu amalan shaitoonn??" camtu? luls~

satu lagi... em.. bukan nak mintak la... tapi... barang2 berharga dalam rumah tu kena 'watch out' sikit. aa... eh bukan nak kata tetamu tu tangan panjang, suka ambik barang rumah orang. taaaakk... tapi kot2 la kan, korang lupa nak simpan phone elok2, purse dgn wallet elok2... 'terjatuh' masuk dalam beg or poket orang laen pulak...aaa... takpon, budak2 main lari2 dalam rumah, tup - terlanggor pasu ke, lemari kaca ke, kristal2 kesayangan korang ke... praaang.. jatuh pecah berderai di lantai nan landai... ngaaa~ steady2.. jgn marah. pengantin kena senyum slaloooo... bior mak ayah korang je membebel dalam ati. hihiii. well tu antara risikonye lah. hewhew~


buat kenduri di dewan

tak kesah la dewan orang ramai ke, dewan sekolah ke, dewan bandaraya kuala lumpur ke, kamus dewan ke.. lobby hotel pon kira dewan jugak... tapi, asalkan bukan rumah. ni trend sekarang la ni. sebab kalau buat kat dewan, orang kata senang kerja. cuci tangan beb!

katering dewan kenduri. kredit

aku tak pasti samada dewan sediakan katering, or katering sediakan dewan.. or macam mana. biasanya asing2, tapi ada jugak yang sekalikan dua2 tu dalam pakej. ikot korang la nak rembat pakej mana. hehe. bila buat kat dewan ni... paling cara sekali ialah katering makan. haaa.... nak kabor ke mengkome semue, kalu dah namenye katering, kome adek beradek sedare mare takyah sior nak meroyan masak kemas rumah kemas dewan bagai. semua deme (katering) yang uruskan. keje korang - pakai lawa2, datang majlis, makan, amik2 gambor, borak dengan adek beradek laen, komplen pasal pengantin sikit2, makan second/third round.. lepak2... tup tup majlis dah selesai. see? effortless! hahaha

bila sebut pasal dewan, normally dewan ni tempat yang mudah dicarik. sometimes memang landmark kawasan tu adalah dewan tu sendiri. or, dewan tu dalam bangunan2 yang femes or senang dikunjungi. jadi dari satu segi, korang tak perlu rasa bersalah bila tetamu korang mengadu rumah korang jaoh masok pelusuk ceruk mana pun taktau sampai sesat2... or rasa penat sebab nak kena sediakan papan tanda kenduri nak tunjuk jalan ke rumah korang tu banyak2. why? sebab jalan nak ke dewan tu senang je. kuar highway, masuk pekan, kiri sket, kanan sket.. tah-daaaahh!! da sampai. ^^

kalau pakai dewan, biasanya advantage buat korang yang nak ada acara2 selingan or sampingan. contohnya macam nak bawak group tarian utk buat persembahan ke, live band ke, nyanyian ke.. kompang formasi, kompang selawat, brass band, kuda kepang, silat pulut, lion dance, silambam... semua buleh! sure2 muat. mesti ada ruang. silap2 nak bagi ruang buat pameran kereta dengan PC fair pon boleh. haaa.. sebab dewan biasanya luas. so ruang makan untuk tetamu majlis pun insyaAllah selesa dan menyelesakan. siap ekon lagi kot, hapo laie ekau nak jang? haha


silat pulut oi!! . kredit gambar


namun begitu... haaa.. ni cons dia. kalau kat dewan, tak leh la nak rehat2 macam kat rumah sendiri. ye, korang pengantin memang la takde rehat2 tido depan tv bawah kipas bagai. tapi tu, adek beradek korang, sanak sedara korang  yang letih2 buat keje layan tetamu semua tu. em... kat mana sangat nak rehat kalo kat dewan ek? semua tempat open, semua tempat ada orang. takde istilah golek2 amik angin beb. kang kalu balek rumah, nak kena datang dewan balek. itupon kalo rumah dekat dengan dewan. kalo jaoh? hehe..

dan... almaklumlah... kalao dah dewan ni.. biasanya kena la bayar sewa. untuk kemudahan yang disediakan la. ye betol, kalo kat rumah pon kena sewa khemah jugak 10-20 5-6 bijik. tapi maybe kos dia tak la semahal sewa dewan. unless dewan tu memang mak ayah korang punya, or kaum kerabat or apa2 je lah yang buleh cut cost sewa dewan tu - then double joy woot woot. kalo dewan sekolah, dewan kecik2 ke... tak la mahal sangat kot. tapi kalo tempat tu urban, or femes or something... em em... moga korang berkemampuan~ ^^

*****

amacam?? dah ada idea nak buat kat mana? hee... bawak2 la berbincang dengan mereka2 yang berkenaan ye. cuma, aku boleh ringkaskan kat sini... kalo rasa nak jimat kos, rajin dan tak kesah renyah2 mengemas, maybe buat kat rumah dah cukup cantik. kalo rasa malas nak susahkan sedara mara, nak cuci tangan - disamping berkemampuan.. buat kenduri kat dewan pon hensem. ^^

tepuk poket, tanya wedding planner. hahaha. selamat menjamu selera!!!

Monday, January 7, 2013

Hanya Sekepal Dua - Sembilanbelas


assalamualaikum!! kom apa? kombat! bat apa? batman! man apa? mentol! tol apa? tolak! lak apa? laksa! sa apa? satu! tu apa? tunang! nang apa? nangka! ka apa? kayu! yu apa? yu ni comellah! xD

pekaba? lama tak nampak? hakhak soalan template. ^^ em em, ada yang rindu kat saya Hanya Sekepal Dua tak?? hihiii~




hehoii.... sekolah dah setat balek!!! back to school wooooii!! hahaha. hepi lah hepi. 

hepi kenapa? hepi laa.. dapat jumpak budak2. dapat ngajor budak2. dapat jadi macam budak2 jugak. ekeke. tapi taon ni ada kelainan sket. hok... aku jadi bapak budak lah oii!!

nuuu... bukan bini aku bersalin. yeah, bini pon tarak, bersalin pediaa... ekeke. tapi ... aku jadi guru kelas lah oh oh!! well taon lepas pon jadik jugak, tapi on-off. kali ni full time beb! alhamdulillah. ni cara tuhan nak ajor aku erti tanggungjawab dan amanah - persediaan menjadi abah mithali. hahaha

speaking of sekolah baru bukak... sure2 paling menarik perhatian ialah... gelagat bebudak yang baru masok taon satuuuu~ ^^ siyes weh. macam2 bleh tengok. yang nanges nak balek umah tu takyah cakap la. memang acara wajib. luls. tu tak kira yang peluk kaki mak, kaki ayah - tak nak lepas, tak nak bagi balek. ada yang lari daripada sesi orientasi, sebab tanak skolah. adegan cekgu2 berlari berkejaran ligan budak tu dah common. hectic - tapi tetap joyful yo! ekeke

teringat aku zezaman kekanak riang dulu. especially masa masok darjah satu. arwah mak abah pesan, pegi sekolah jangan nanges. malu kalau budak laki nanges. nanti takdak orang nak kawan. ok, aku semat ketat2 dalam jiwa. memang - memang aku tak nanges. tapi yang masuk sekelas dengan aku masa tu, semua pakat nanges. in the end takde jugak orang  kawan dengan aku masa 1st day tu sebab aku tak nanges. -____-

tapi... hari 1st tu jugak lah rekod aku ter-menanges dan ter-balek rumah. hahahaha. kenapa?

helo, tak main la kena buli2 ni. kami gengsete tau! ekeke. citernye camni... aku tak berapa suka budak yang dudok tepi aku masa tu... dah la budak tu pengotor sket - suka korek2 hidung, pastu calit kat dalam poket baju... ergh! memang aku pressure wei! tapi aku senyap je la.. ~.~ pastu aku dok dengor dia takde duit nak belanja - sebab dah abes beli guli (masa tu tengah top musim guli) pagi tadi..

jadi aku pon pikir jaoh... ada kebarangkalian dia nak pinjam duit aku (bawak 40 sen je oi... cukup la nak beli sepiring nasik lauk daging dengan air oren secawan. alhamdulillah ^^) untuk beli guli or beli jajan waktu balek sekolah nanti... so aku bajet2, kalo dia pengotor - orang tanak kawan. kalo aku pengotor, mesti dia pon tanak kawan kan? jadinya... nak tau aku buat apa? haa.. demi nak sorok duit syiling aku tu... aku masukkan sekeping syiling 20 sen dalam mulut aku. kulum, kemam bawah lidah. pengotor tak? pengotor tak? hahaha

tengok2.. tup! betol ramalan aku (6th sense aku dah berkesan sejak sebelom tadika lagi rasanya..) tak lama lepas tu, dia toleh tengok kat aku, dia cakap..
"an, pinjam dopang (dua kupang/20 sen) . mak aku tak bagi duit belanja harini."

aku ni jenis kalo orang tegur, aku mesti balas punya. so.. aku pon cakap la kat dia - dengan fluent-nya;

"aku ada dopang ja wei. satgi nak beli ayaq. aku bawak banyak ni ja" sambil tunjuk 20 sen yang aku kuarkan daripada poket suar aku.

"ooo.." dia balas. phew! lega... selamat dua kupang aku. ^^ em. em... kejap. mana lagi dua kupang tu?


hahahaha!! aku nanges kaw kaw oooiii!!! muka elok2 puteh - jadi merah padam!!!  time tu semua yang tengah nanges.. semua diam - tengok kat aku. dah apehal 'anak bosnia' sorang ni. tetiba je? haa...

AKU TERTELAN DUIT SYILING DUA KUPANG LAAA!! MEMANG LA AKU KERIAAAAUU KUAT-KUAAAATT!!!!!

dengan cikgu kelas usik aku, kata nanti duit tu tumbuh pokok dalam perot... lepas tu berbuah duit syiling .. lepas tu aku jadi gemuk... memang laaa aku hilang pedoman. last2 office call abah aku, soh meh amik kat sekolah. ekeke. balik rumah kena gelak dengan mama. Zzz... 

tapi tu la pengalaman 1st day masok derjah 1. memang memorable abes! takkan lupa ah. hewhew... 

nanti2 la aku kongsi cerita lagi ek. now, meh aku kongsi dialog bebudak kelas2 yang aku ajor dan budak2 laen yang pon aku tak dapat lupa jugak - at least seminggu ni la. hahaha. yosh!! (expect dialog berulang ye. soalan wajib aku tak leh elak. luls~)


****

me    : alright. i'm gonna teach you english from now on. let me be clear, saya suka kalau kamu panggil saya cikgu atau teacher. ok? panggil apa?
kelas : teacher!
me    : good. call me teacher. is it ok?
kelas : yes sir!

****

me      : whomever wants to go to the washroom, ask my permission 1st - in English.
budak : sir, nak pegi tandas!
me      : chekgu cakap apa tadi? in english please.
budak : teacher, toilet.
me      : saya nak in a full sentence. repeat after me - "may i go..."
budak : teacher tak tahan.. nak tu dah...
me      : GO!!!

****

budak : teacher, teacher dah kawen?

****

me      : okay. that's all for today. before i end this class... any question? ada soalan nak tanya chekgu?
budak : teacher, kenapa songkok teacher tinggi sangat?

****

budak A : ustaz, ni waktu BI, bukan waktu agama.
me          : saya ajar kamu english.
budak B : wow! ustaz boleh ajar english? bukan ustaz ajar arab ke? habis nanti waktu arab ustaz ajar lagi? ustaz tak penat ke?

****

budak : teacher, teacher ada berapa adik beradik?
me      : err.. kenapa?
budak : haritu saya nampak abang teacher. dia muka macam teacher, tapi dia tak pakai songkok. dia pakai serban
me      : ha!? sape dia?
budak : ustaz don . dia abang teacher ke, adik teacher?

****

budak 1 : teacher, kenapa teacher pakai cincin?
budak 2 : teacher dah kawen kan!
budak 1 : patut la haritu aku nampak anak teacher! dia kecik je, kecik dari kita.
budak 2 : anak teacher sama umo adik ko ke? 
me         : hello?.. saya tak cakap apa-apa pon. -____-

****

me         : okay. this question.. "how old are you?" . so nak jawab apa? jawabnya... "I am eight years old."
budak a : ha? sir eight years old? saya pon eight year old!
budak b : saya pon eight!
budak c : saya pon! teacher sama umo kita la weh!
kelas      : yeaaaaaayyy!!! *semua start lompat, bersorak*

****

budak : teacher, haritu teacher ajar BI, kenapa harini teacher ajar mengaji?
me      : err.. *tengah pikir jawapan*
budak : haaa... teacher tipu kami ek... teacher ni ustaz kan? saya dah agak dah~ 

****

*budak tahun lepas datang buat 'social visit' kat bilik guru..*
budak : sir, sir dah ada anak?
me      : ha? kenapa tanya camtu?
budak : ye la... tahun lepas sir kata sir takde baby. takkan la tahun ni takde baby lagi. 
me      : heh?? kenapa nak kena ada baby tahun ni?
budak : seronok la ada baby, sir! mama saye tiap2 tahun bagi saye baby, buat adik.
me      : aaa... em.. bagoslah camtu. tahniah~
budak : sir nak? nanti saye suroh mama saye bagi sir satu.
me      : tak payah!!!



Tuesday, January 1, 2013

Attention! A Tension!!

wohooooooo!! it's nuuuyeerrrr bebeh!!

assalamualaikum!




ekceli aku tengah kalut filing dokumen untuk budak2 ni. em em... tapi gedik nak post entri jugak. so... ekeke.

ha! i'll keep it short. banyak benda yang aku plan untuk tahun baru ni. dan banyak jugak yang skolah dah plan untuk aku ... biasa lah tu. cuma yang aku tak tau... apa yang Dia plan untuk aku. huhu... harap2 all iz well lah ye. insyaAllah~

untuk blog ni... mohon dengan izinNya, Siri Jom Tawen-Tawen! akan diteruskan.. begitu jugak dengan Menanti Mentari ... tapi MM tak berani janji update selalu2... menatang tu ikot mood. hahaha. dan kalau berkeupayaan, siri Hanya Sekepal Dua akan membuat kemunculan semula tak lama lagi! hoho... tapi bergantung pada keadaan jugak.. kalo takde bingkisan best2 daripada budak2, so takde la sekepal dua tau! luls~ ^^

yang lain2 tu... macam biasa lah. ada benda nak tulih, ada la update. hehe. yosh! sebelom aku akhiri entri bidan terjun ni... nak maklumkan kejap. some friends of mine mintak tolong carikkan calon suami/isteri kat dorang. macam laaa aku ni agensi bertauliah kan.. hakhak. tapi orang dah mintak tolong, maknanya orang bagi kepercayaan. alhamdulillah... terharu2.. ni sikit2 preview yang aku bleh bagi secara general kat sini.


1. Encik X
Islam . belum pernah berkahwin . 24 tahun . berkerjaya . hensem . pandai mengaji . ada kereta dah . dalam perancangan nak beli rumah . looking for someone lebih muda atau sebaya (cikgu masuk top 3) .

2. Cik Y
Islam . bujang . 23 tahun . berkerjaya (akauntan) . comel orangnya . ada kereta jugak dah . nak beli rumah dengan enche suami insyaAllah . looking for someone yang jaga solat, jaga ibadat, dan ceria2 selalu.

3. Cik W
Islam . bujang . 25 tahun . tengah sambung Master kat United Kingdom (nak abih dah) . sweet orangnya . cadang nak beli keta dan umah lepas balik Malaysia nanti . tak prefer orang yang pemarah/baran .


so.. kepada korang yang rasa nak bersuami/beristeri tapi takde calon jugak lagi, bleh emel aku untuk maklumat lanjut. siyes2. okeh? aaa..


dah. nak tidoq. sok skolah! bye. Zzz...



takmau pi sekolah boleh tak? ngaaaa.... -_____-