SOCIALIZATION

Wednesday, October 10, 2012

Siri Jom Tawen-Tawen! - Tanda Kenduri Dah Dekat

Assalamualaikum, salam sejahtera. salam tahniah bagi yang tak lama lagi nak menikah. ^^

ohoooiii... lagi sebulan dua kenduri korang ye? wah wah, syok la. berdua bersatu gittew. lepas ni bleh la bercinta sakan. kan cinta lepas nikah tu orang kata lebih indah? hehe

ni sedetik sebulan lebih je lagi nak kendurik korang. kad kawen dah siap ke? dah senaraikan jemputan ke? haa.. tu penting. elok la prepare awal2 semua tu. bukan apa, nak memudahkan urusan semua pihak. jemputan better jangan last2 minit. takot2 nanti yang dijemput tak dapat datang, sebab ada hal lain. wuwuu... sedeyh kan? hee.. so, kalau boleh, siapkan kad jemputan dan edarkan awal sket. 

tapi ada satu perkara yang memang korang akan buat dan siapkan cuma sehari dua sebelum kendurik. apa dia?



tah-daahh!! papan tunjuk arah!!! hahaha

betol la aku tulis kat tajuk entri tu. tanda kendurik dah dekat. papan tanda tunjuk arah tu memang nak bawak tetamu yang datang dari mana2 jugak la - ke kendurik korang kan? ekeke xD

penting wei papan tanda ni. serius. pengalaman aku handle kendurik2 kawen ni, papan tandalah yang cukup banyak membantu. kenapa? ok, memang la korang dah letak peta kat kad jemputan kan. tapi, peta tu tak la detail sangat. selalunya kita letak landmark yang penting2 je. kalo stakat ada pokok pinang sebatang kat tepi simpang nak masuk ke jalan rumah korang tu, takdenye dilukis dalam peta. ahaks!

jom kita tengok perihal papan tanda dan petunjuk arah!!


1. Camne bleh sesat?

melainkan otak korang diprogramkan tally teros dengan satelit Google kat atas langit tu, korang tentu2 manusia biasa yg perlukan panduan. dah la tempat kendurik tu tak pernah pon korang sampai. memang virgin lah dalam istilah geography - nye. haha. thank God ada peta kat kad jemputan. so korang pon follow la ikot peta dalam kad tu. aik!! penat dah cari masjid macam dalam kad ni. apsal tak jumpak2? dah 3 kali pusing kawasan yg sama - sampai korang nampak mcm muka penduduk tempatan la - tapi tak jumpak pon rumah kendurik? rasanya betul dah. hm....


2. Otak google map 
bila tengok kad jemputan... tengok majlis buat kat mana... Oooooo... tau tempat ni. biasa sampai sini. tengok balik peta... aahhaa... masuk ikot sini ke. oh situ pon boleh! tahu2. ok! so korang pon dengan segerombolan kawan2 berkonvoi la berbijik-bijik kereta nak pegi kendurik best fren korang nih. yeah, dengan keterbiasaan korang dengan kawasan tu, maka korang sampai la dengan jayanya~~ 
tapi baru sampai kat pekannye. kenduriknye dalam taman mana ek? err.... kejap. tadi patut masuk sini.. eh salah jalan. kat mane ni? alamaakkk!! kad jemputan tak bawak!!! ok kawan2 dah bengang... harapkan korang, korang hampeh. hahaha. fine!!! cari papan tanda!!!

papan tanda kenduri . kredit gambar


3. Pentingnya petunjuk arah

bila jadik macam kes yang disebut kat atas tu, baru korang sedar kepentingan papan tanda tunjuk arah. hehe... dah jenuh sesat2, nampak papan tanda ke rumah pengantin, teros rasa nak cium2 papan tu. hahaha

bila musim kawen, wajib la korang nampak petunjuk arah ni bersepah2 kat jalan. tepi jalan, tengah jalan, kat tiang lampu trafik, kat pokok, kat simpang2, roundabout. lantak! janji tetamu tak penin nak cari kendurik. sebaiknya, letak la petunjuk arah kat jalan2 utama nak sampai kawasan korang, especially kat simpang2 dan roundabout. lepas tu, kalo boleh letak kat setiap simpang yang membawak tetamu direct ke rumah korang. takyah la main2, letak merata lepas tu sampai ke jalan mati hujung kampung korang letak banner besar2 - GOTCHA!!! memang.... ~.~"


4. Letak maklumat kat petunjuk arah

dah letak tanda arah tu, jangan la bengong sangat letak gambor anak panah je. ko hengat ko je yang nak kawen kat situ hari tu? camne nak tau anak panah tu tunjuk apa... balai raya? rumah tok ketua? kubor? kena pulak musim orang kawen, musim cuti sekolah. haa... bercabang-cabang papan yang ada kat simpang tu, siap tindih2. mana nak tau yang mana satu menunjuk ke rumah korang? haaa...

letak maklumat bagi detail sket. kalo nama pengantin tu, elok letak bin/binti skali. nama korang tu dah la femes. market. so nak lagi baik, bin/binti kan lah nama korang. ingat, bukan member2 korang je yang nak datang oi. kawan2 mak abah korang pon nak pegi kendurik korang. so bila orang tengok nama... ha~ kenal2. ni la kendurik anak si Wan Laju tu kan. hahaha

papan tanda kenduri . kredit gmabar

ataupun, korang bleh letak nama yang unik bersama. let's say korang letak nama penuh... pastu risau orang tak kenal pulak - sebab dari masuk universiti sampai habih mengaji orang dok panggil korang dengan gelaran je so orang taktau nama betul korang apa... - so letak la nama gelaran tu skali. insyaAllah, membantu~ ^^



5. Bagi special sket 

kena la pulak korang kawen dalam musim orang kawen... dah nak jadi cerita kat kawasan perumahan korang tu je ada 3-4 majlis serentak hari yang sama... penin2. risau takut tetamu jemputan korang salah kendurik. hahaha. so!? make sure petunjuk arah ke majlis korang tu unik!

tak kesah la korang nak buat besor daripada orang lain ke, nak kaler2 lawa2 ke, nak bakar obor macam pembukaan sukan olimpik london tu ke, yang penting kalau boleh bagi la berbeza daripada petunjuk arah orang lain. guna la ketas kaler ke, ketas litmus ke..eh. lagi baek, kalo korang buat unik - yang mengidentitikan korang - dan yang orang memang tahu itulah kendurik korang. contoh kalo orang kenal korang ni tokey kambing ke... letak la gambor kambing kat petunjuj arah tu. takpon letak kambing teros, ikat papan tanda tu kat kambing. ekeke. nak lagi power? korang sendiri pegi la berdiri kat setiap simpang!! hahaha xD sengal.. ~.~"




6. Sediakan plastik sebelom hujan.

biasanya papan tanda tunjuk arah ni takde la grand2 bagai. lain la banner kan. slalunye orang print atas ketas je, pastu tempek kat atas kadbod atau papan. tapi korang kne ingat.... tampal lah atas ap pon, kertas tetap kertas. dakwat tetap dakwat. kang lepas korang dah pacak signage nak ke rumah korang tu... tetibe hujan. haaa... mau luntur dakwat kat ketas print tu. silap2 dengan ketas2 tu lunyai.

so? effort la sket. habis2 bajet sangat pon, laminate la elok2 ketas tu. =) tak mahal pon. alah hantaran boleh 15-20 ribu.. takkan la nak laminate 5-10 ketas tak mampuu.... :p hahaha


7. Cakap bior teghang...

petunjuk arah tu biar jelas dan berinformasi. kalo pacan kat tepi2 jalan tu, make sure orang boleh nampak. tulisan kasi besor2 sket. biar ringkas tapi jelas. kalo print2 biasa tu, amik yang mudah dibaca. print bagi letter block besor2 sket.

korang kena ingat... yang nak pegi kendurik tu bukannye sume mata cerah terang benderang macam korang. so, print kemas2, guna warna tulisan yang kontra dengan kertas/background. ini tak... dah la pacak kat semak2 rimbun.. print atas ketas hijau, tulisan pon konon2 nak matching dgn ketas - hijau jugak. memang korang nak buat camouflage party pon..... dan takyah lak guna font fancy2, Lucida Handwriting bagai. tahu la korang tu doktor.... tak tak sume orang leh baca tulisan doktor, ok? hahaha


papan tanda kenduri. kredit gambar


8.  Anak panah tu bior betol!

ni paling penting. nama dah letak... besor dah besor. boleh baca. jelas. kemas. siap laminate dah! dah pacak dah pun!! bila tengok... eh!?? tande anak panah laaa!!

klo ada bajet, letak la digital board tu... yg ada LED bleh set macam kat dalam masjid2 tu... LOL! habis kaya dah tu, duit lebih banyak sgt, taktau nak buat apa... so buat petunjuk arah canggih2 eh. haha. lantak. janji korang dah menyenangkan tetamu. insyaAllah~



alright! tu je aku nak share pasal petunjuk arah kendurik! nanti2 aku share pasal laen pulak ok? selamat berkahwen!! ^^

No comments: