Thursday, October 4, 2012

10 Cara Nak Jadi Tak Happy

korang gila2 sangat kan? macam aku la... aku memang super playful. super fun all the time. tapi, bagi korang yang tak suka enjoy dan tak bersyukur dengan ke-hepi-an korang tu, meh aku ajar camne nak jadi tak hepi. ^^




1. jadikan merungut dan komplen itu zikir harian

amalan ni baek buat korang yang rasa dah ramai sangat kawan dalam dunia ni. dan pulak kawan2 tu korang rasa semuanya buat semak hidup korang je. so, start your day with a whine! segala serba serbi yang korang buat, silalah mengeluh, merungut, sampai rasa menyampah. cakap kuat2 tau, bukan dalam hati. bagi sumorang keliling kau dengar. good way to chase your friends away.


2. tanam kepala dalam pasir tepi pantai, dan berdalihlah yang korang ada masalah.

sumorang ada masalah. cuma berat dengan ringan je. sumorang nak selesai masalah, sebab tu serabut cari jalan penyelesaian. tapi kalo korang rasa masalah tu pembunuh nombor satu, so larilah daripada masalah. memang kalo korang lari laju2, masalah tu bleh tertinggal jaooooooohhh kat blakang korang pun.


3. selalu2kanlah bandingkan kelebihan orang lain dengan kekurangan diri. 
tentu! orang lain sentiasa lebih bagos daripada kita! so, teruskanlah bermuram durja. oh perot korang berbunyik.. lapar. jangan banding dengan orang somalia, orang rohingya yang kebuluran mati tak makan tu. bandingkanlah dengan orang2 yang memang ada restoran sendiri, boleh makan setiap masa, bila2 dorang suka. oh.. korang dapat elaun 600 je sebulan. compare la dengan anak2 orang kayo yang tak keje pon dapat 1000 tetiap minggu. memang hidup ni tak pernah wujud istilah zuhud dan syukur ye tak?


4. teruskan ber "kalaulah"

tak kesah la kalau lah tu nak pakai untuk benda yang dah lepas ke, yang tengah jadi ke, or yang akan datang. kalaulah ni memang efektif untuk korang rasa down gila2 - dengan meng-imejin segala benda yang lebeyh baek daripada apa yang dah korang dapat. serius beb. mesti korang puas dapat rasa menyesal sangat2 bila berbaku-bakul kalaulah tu terkesan kat hati. "kalaulah aku kapel dengan dia dulu.. mesti hepi dah sekarang.. " or "kalaulah dia approach aku masa belajar aritu, mesti skarang kitorang dah bergelar hubby and wifey" dan seumpamanya, tentu dapat buat korang rasa hidup dah tak bermakna. try la!




5. teruskan buat benda2 yang korang memang tak suka, atau ditegah.

tak perlu kajian kot. kalo dah tak suka tu, korang memang akan rasa tak best. kan? haaa... keep on doing that! kompem korang akan rasa down gegila dan unhappy. another thing - kita hidop berpaksi virtue ethics. good = good, bad = bad. agama pon ajar camtu kan. so kalo la korang rasa dah banyak sangat pahala, taktau nak buat apa (mati pon lambat lagi - as if korang leh set bila nak mati) , why not korang langgar suruhan Tuhan? no, korang takkan hepi. serius. tapi itu yang korang nak kan~~


6. hiduplah dalam kepura-puraan

ooohhh... korang rasa korang memang patut menang Academy Award, atau Oscar, atau Grammy dan lain2. so, pura-pura tu makanan la ek? elok la. buat hari-hari. every time la senang. cakap bohong setiap masa. amalkan sikap menidakkan kebenaran. sembunyikan kebenaran. insyaAllah, hidup korang takkan tenang.


7. amalkan sikap suka mengubah orang lain (bukan diri sendiri) 
jyeaaaahhh!! ini cukup WIN! orang lain manade yang  betul beb. korang je. yang laen sume salah. sume tak kena. hahaha. so? sebagai pesuruhjaya kebenaran, pegi la tegur sume orang. bukan tego cakap hai, hello whatsoever. pegi la ubah dorang ikot kemahuan korang. diri korang tu memang sempurna serba serbi pon.




8. jadilah "pemuas hati sejagat".

memandangkan korang hebat... why not korang puaskan je hati semua orang? ikot je cakap orang, telunjuk orang. eh taaakkk... kalo kita pikirkan sikit pon pasal diri kita, itu namanya pentingkan diri tuuu!! Mr. nice guy tak leh pentingkan diri! wajib patuh kata2 orang walopon korang tau tu salah dan over limit korang.


9. pujalah kebendaan dan keduniaan.
hidop sekali je bai~~ dunia ni dicipta untuk kita. akhirat? boleh tunggu tuu~~


10. percaya, dan buat sebijik-sebijik apa yang aku tulis dari nombot 1 sampai 9 kat atas ni tanpa ada second thought or rasa nak tengok the underlying/hidden meaning.




em. itu je lah yang aku dapat kongsikan dengan korang yang sentiasa rasa dun. wallahualam.... selamat mencuba!! ^^

2 comments:

Some Tea along the road... said...

Aiii macam menggelegak ja entri yg ni? Hehehehe

haniekunie said...

huih.. panassss.. ttbe rase nak pecah kepala