SOCIALIZATION

Monday, September 2, 2013

Termasuk Tertandas Terpompuan!


assalamualaikum! salam rage, salam flip table, salam trolollolol. dah isi minyak kete penuh2? hihihi

ok2. rege minyak dah naik. orang pon dah naik minyak. aku tanak la fan the fire kan. so apakata korang chillax, tenang.. lupakan kejap hal duniawi tu.. meh baca kesah benor aku ni meh. kot2 bleh jadi obat duka lara korang buat sementara waktu.. hehe~



amende yang aku nak kabor sangat ni? haaaa... ini hari aku punya journey cukup epic. ok aku bayangkan korang ramai2 sebut "cer citer, cer citer, cer citer" .. ekeke. hmm... where do i begin . . .

ceritanya camni...

hari ni aku kena pegi yuniversiti melaya (yu-em) . sori aku eja camni... taknak searchable kat google, nanti kecoh. hihi. anyway, aku pegi sana untuk register program masters aku. aku belek sorat tawaran tu.. katanya registration mula pukul 9. since aku tahu hari ni hari senayan (isnin) yakni hari keroje, dan yu-em pulak kat kolumpo... al maklumnya pepagi tu wajibul ghunnah jem kan. oh heaven knows how much i hate traffic congestion. sangat tak suka sangkut dalam jem. so? cara terbaek untuk elak jem kat situ ialah... sampai kat sana sebelom jalan start jem~~

dari punchak ni aku gerak awal la jugak, dalam pukul 5.45 camtu. alhamdulillah... jalan masih lengang. tak banyak kete. gedebak gedebik gedebuk, aku sampai la kat yuem lebih kurang pukul 6 lebih camtu. acaranya aku taktau sangat perihal kawasan yuem nih. pernah masuk 2-3 kali je sebelum ni. so kalo ikot arahannya, aku kena pegi register kat ai-pi-es. mana pulak la ai-pi-es tu... ~.~ so demi menimba ilmu, aku pon round2 la cari bangunan yang dimaksudkan...

aku tengok jam... subuh dah masuk. ok aku tau ada mesjid kat luar pagar yuem tu. tapi aku plan nak solat kat ai-pi-es tu je. cadangnye la. sekali bila aku jumpak bangunan tu... tak pulak aku jumpak suraunye. zzz... noob. rileks2, plan b... aku cakap dalam hati. hahaha. depan ai-pi-es tu ada kolej kediaman. kolej doblas. ha!! itulah kolej yang aku pernah menginap dulu masa pertandingan tarian yang buat kat yuem ni! ok. kalo situ aku tau surau dia kat mana. jejoms!

lagaknya aku dah macam student senior situ dah. selamber je melangkah menuju ke puncak jaya. hahaha. aku tengok area parking... lapang. kosong. tadek kete langsung. ooohh... betol la. budak2 masing cuti sem. minggu depan baru masuk start kelas. baek2. good. takyah aku nak buat2 muka warden takot orang nampak. kot2 la kan... hahaha. so, yeah. aku kenal kolej tu dan selok belok blok-nya. takde masalah lah. =)

pagi2 yang sejuk camtu memang mengundang... >.< sebelom ke surau, moh kita ke bilik ayor dulu, bisik hati kecilku. ekeke. ye ye... aku dah biasa dengan blok tu, so tau la tandas kat seblah mana. so level konfiden tu tinggi. tak sesat punyo~.. hehe. jalan punya jalan punya jalan... sampai la kat toilet. ok, buang ayor kecik dulu. haa... lega. ^^ alang2 kat situ, amik wuduk ah teros.

niat... basuh muka tiga kali... basuh tangan...

tetiba aku dengor bunyik tapak kaki a.k.a footsteps. aku berenti basuh tangan kejap, nak dengor bebetul... ke aku salah dengar ni? hoh! bunyik makin dekat! ada suara.. pompuan!!? weh!!

berderau darah aku!! dup dap dup dap jantung aku! malapetaka apakah ini!!? no, aku bukan takot sebab nampak antu ke hape ke... aku cuak sebab... aku termasuk tandas pompuan ooooiiii!!!

siot siot siot! camne leh jadik camni!? alalalala... itu bunyik tapak kaki 2-3 orang tu... dorang menuju ke sini!! ke tandas!!! buat apa? pegi mati la dorang nak buat apa - aku tengah gelabah ni oi!! camno nak keluar ni... karang kalo dorang nampak aku, bantainya dorang jerit ke.... memang masak! aduuuhhh... takde option - aku kensel sudahkan wuduk, teros cecepat masuk salah satu toilet, teros tutup pintu. lock. ngaaa...

ok... memang budak2 pompuan. silap. gadis2 ye kawan2... >.< aaaa... camne buleh ada orang lak ni?? bukan patot dorang sume cuti ke? oh wait... jap2 dorang bersembang... curik dengor sikit ... aha... aha?... ooh~... em.. ohh... ha? laa... tepuk dahi la aku. dorang ni budak2 baru masuk. undergrads. minggu ni minggu ha-lu-an-sis-wa kat yuem. budak2 lama, seniors memang la tak masuk lagi, tapi yang baru nak start pengajian dah ada dah. and aku tak tau langsung pasal tu! sumpah! tak teringat plak nak check on undergrads, bila dorang masuk register start kuliah whatsoever. ~.~ 

dalam jamban tu aku jenuh cuak... aku terpaksa mencangkung atas tebing mangkuk tandas duduk tu tahu?? kenapa? kang kalo aku duduk watlek watpis watkul kaki kat atas lantai karang... suspicious lak dorang. dah la aku tengah pakai kain pelikat! kalo aku tak angkat kain, obviously - manade (secara generalnya) pompuan pakai kain pelikat. kalo aku angkat kain, kaki aku ada bulu roma yang wajar lelaki sejati ada kot. kang kalo dorang terperasan semua tu... tak ke timbul prasangka syak wasangka prasasti seni segala? haaa... think aan, think.

sambil2 aku mencangkung tu, aku tweet la situasi dan perasaan aku sedikit sebanyak. rare wei.. bukan selalu. hahaha. anyway... noharom lama kot aku kena dok dalam jamban tu! blergh... dah la tak solat subuh lagi ni. aiyok... acaner acaner ni. tadi aku dengor dorang sembang. macam2 cerita dah keluar. yang aku tak patot dengor pon ... ada. terpaksa la dengor ~.~ ya Tuhan, ampunilah ketidaksengajaanku ini... ops, sori, itu takleh citer kat sini. hahaha. then.. aku dengor bunyik shower. aaaaaarrghh.... apsal la dorang pegi mandi awal2 pagi ni!! basuh muka gosok gigi amik wuduk pegi solat teros dah la. apsal time2 ni korang nak mandi! aku nak kuar karang.. kalo dibuatnye terserempak... acaner!? haruuuuu... getus hatiku yang berkecamuk. em em~

frankly speaking.. dalam otak aku takde pikir benda bukan2 pon ye.. tak sempat. jaoh lagi nak darah2 hidung. hahaha. sebab cuak sgt. aku just nak keluar je dari situ dengan selamat dan jayanya. but how!? dalam hati aku teros baca ayat seribu dinar. kang baca kuat2 kang, lari tak cukup tanah kot dorang. hahaha. then... aku dengor shower dah stop... tapi gosip tak stop lagi la. -.- sudah2 la gelak2 tu... blah cepat! eh marah pulak aku. hehe. lamaaa aku tunggu... sunyi... bunyi tapak kaki makin lama makin sayup. jauh... jauh... tak dengar dah. yes! aan... it's now or never!! jom larik!!

terus aku bukak selak kunci pintu jamban tu, ready nak pecut. dalam otak dah ada GPS dok tunjuk laluan keluar dari blok. macam counter strike oo dia punya feeling. ok, this is it. bukak pintu, lepas tu, lari - kata hatiku bersemangat!

damn

directly depan pintu... depan cermin tu... ada sorang gadis. tadinya mungkin dia tengah belek2 muka kat cermin... sekarang muka dia tengok muka aku. tak pasti samada dia ni putih sangat, or pucat lesi sebab tekejut tengok aku, tapi di bawah sinar lampu kalimantang tu aku tengok dia cerah la. err, tak perlu kot aku describe lebih2 pasal perawakkan diri dia time tu. biar aku je simpan buat kenangan. biarlah rahsia. i leave it to your imagination. hahahaha =p mata kitorang bertentang. dia tengok aku atas bawah, aku tengok dia atas je. i mean, muka! okkaaaaayyy... awkward moment level 99 . . .

"kejap! kejap!! awak jangan jerit! please, i beg you. please. keep calm." pandai pulak aku bagi arahan

"ok ok. wait. kenapa... macam mana.." 

uhuu, suara gadis bangun pagi fresh2 memang lunak camtu ek? ohh.. ok snap back. aku pon eksplen la kat dia dari mula peristiwa sampai la matlamat aku seterusnya...

"hahahahaha. kesian gila kat awak! camne nak buat ye? em... " eh eh, dia pulak pikir nak buat camna? ini sudah bagos. "kejap. awak tunggu sini."

itulah ayat yang paling lejen hari ni. itulah ayat yang menjadi penyelamat maruah aku. itulah ayat yang menjadi penentu hidup mati seorang lelaki  yang kecuakkan di dalam tandas wanita dek kerana level kondifennya yang tiada tara.

dia menghilang. balek bilek katanya. dayyumm!! dia nak buat apa!? ok aku makin cuak. panggil warden ke!? alalalala... somehow, tak lama lepas tu... gadis penyelamat hariku pun tiba-

"awak pakai ni"

"awak gila??"

"dah tu awak nak lalu depan bilik2 pompuan semua ni macam mana? kang kalau dorang repot, susah awak"

betul jugak... dah la time2 tu memang time orang bangun tido nak bersiap-siap. hmm.. tapi...

"jangan risau. saya escort awak. dorang tak syak punya. semua orang baru"

"ok... ni kain sape ni? towel sape ni? awak jangan macam-macam... kang orang ushaa pelik kang, kata saya curik pulak"

"hey! saya punyalah! bising lak dia"

there you go. aku yang dah memang berkain pelikat... now kena pakai lagi satu layer kain kat luar. kain batik. towel.. letak atas kepala... kekonon macam pompuan selalu cover rambut la bila berjalan kat koridor blok time orang kabor warden nak buat spotcheck. eh tau pulak aku. errr... ok an. dah siap. level camouflage; Russian.

keep calm... steady. jalan elok2... watlek watkul watpis. tenang je aku jalan. and of course aku menghayati watak ye... sebagai seorang gadis jalan takleh lelaju langkah besor cam dinasor. kena menapak elok2, ada lenggang sket, jalan fokus tengok depan. tangan tarik hujung tuala sket letak kat dada... cover2, kang kantoi lak gua flat. ~.~ budak pompuan yang escort aku ni pon power gak lakonan dia. siyes dia buat cam takde pape je. sambil jalan sambil sembang, gelak2 kecik ala2 gelak tutup mulut gittew~ dia ni amik course seni persembahan gamaknya. hahaha. but seriously. sepanjang aku lalu koridor hostel tu... memang agak ramai bilangan gadis2 yang selisih dengan kitorang. tapi aku berani cakap takde sorang pun yang buat muka suspek something wrong ke hape ke. even ada dua orang yang tengok aku dengan direct eye contact pastu senyum sambil berlalu. pergh!!yay!! stealth mode menjadik!!!

gedebak gedebik gedebuk, kitorang pon sampai la kat ground floor... takde tunggu lama dah. kat situ, depan2 gadis tu jugak aku tanggal kain batik beliau. hahaha. tak senonoh. ~.~

"thanks. thank you!" tersipu-sipu plak aku cakap time kaseh kat dia. em em..

"haha. nope. thank you! permulaan semester, pengalaman pertama kat univ yang cukup best bagi saya" balas si empunya kain batik dan towel wangi itu, sambil tersenyum.

awww.. ciskek. kebas muka, kebas muka.. >.<

Allah, dah nak dekat pukul 7!! subuh oi subuh!!! lepas cakap thanks lagi sekali, thank you lagi sekali, aku teros lari - literally - ke surau blok satu lagi - blok lelaki. sambil lari sambil aku terdetik dalam hati... arrghh!! tak tanya nama pon! T_______T

phew... what a memory to remember! hahahahahahaha!!


jilake apakah panjang nak arwah aku karang cerita merapu ni! LOL!. excited sangat nak cerita, ni la jadinya. Zzz...

thanks sebab sudi buang masa baca benda tak berfaedah ni! ni pengalaman pertama seumpamanya la jadik kat aku. kalo wish ada concurrence bleh tak? ekekeke. thanks for reading! for dropping by! laen kali singgah la lagi! hihi~


p.s; pompuan... sebelum tido korang pakai perfume dulu ke? ke memang natijahnya korang bangun tido otometik wangi? ke camne? aa...



10 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum.

Naaaaa cool gila cerita dlm blog. Ahaha nt senang nak throwback ye dak.
Btw, I found that you are from parit buntaq is it?
Apa pun, selamat memulakan pengajian masters anda =)

-org parit buntaq gk duk pi mai pi mai dr kecik hahahaha

MohdIzwan said...

Wahahaahhaa...mcm mirul penah kena time eng. camp kt ipik..tgh2 mndi..dtg perempuan beramai2 mndi kt shower seblah..hahahaa...

btw, mungkinkah beliau jodoh anda? comel tak die? hehee..

onney doakan yg terbaik utk semua..kih3.. :P

Unknown said...

siyes lawak..leka sekejap.release stress kje bce walaupun melalut bagai.hiiii..ok sambung kje

MohdIzwan said...

En/cik/Tuan/Puan Anon kat atas..cheq org parit buntaq jgk..

Sorry abang aan..promote diri jgk kt sini.. Lol :P

Antara said...

@hani - i wish!? hahahaha

@onney - saudara/saudari anon... waalaikumussalam. org parit buntaq gak ka? yay! geng! haha.

thanks for the wish! ^^

@onney - ambouih . laju je promote. hihi

@hana - ahaha ^^ sori bahasa tak semenggah. hihi. thanks baca!

cinta cukulet said...

lawak la...apapun all the best for ur master, belajaq rerajin jgn nak mengorat anak dara org sangat hahaha :P

Antara said...

hey!! manada ngorat pon. eksiden je tu, ok? haha

thanks! ^^

Cikgu Izmir said...

sambung master dah hang. aku degree tak abes lagi. btw ejah sorang dua awek yu-em

Unknown said...

cmne nak tersesat kat blog ni?,gara2 search pasal siti sifir.alih2 melalut. best gak blog ni..then tertunggu2 pulak kot ada entry terbaru.cesss.pjg ayat.^_^ apapun mmg terBAIK (Y)

Cik Mimpi90 said...

hahaha...so suweeettt ceritera anda...:D sokong!! InsyaAllah semoga ada kesinambungan cerita nie...hihi..selamat blaja!! :))