SOCIALIZATION

Saturday, August 31, 2013

Siri Jom Tawen-Tawen! - Kenduri Kahwin Cara Potluck!?


assalamualaikum!! hai bakal tunang orang sekalian. dah mula pangkah kalendar?

well this might sound a bit out of nowhere crazy whatever .. but .. let's take it academically. selalunya kendurik kawen orang buat majlis makan kan? orang either masak sendiri makanan semua or order catering je kan? what if...

what if kendurik kawen .. para tetamu yang bawak makanan masing-masing? you know... like potluck.

kenduri kahwin cara potluck!


ha!

i've been thinking tau.

all this while kita pergi kendurik ada makan2. and makan2 biasanya tuan rumah sediakan. normally, commonly, ada nasik, lauk ayam, lauk daging, sampingan sikit2, pencuci mulut, and air. ok kita spesifik sikit. ada nasik briyani or nasik minyak or nasik hujan panas. kalo yang ada saket2 tu, ada nasik puteh disediakan untuk dorang. nasik beras perang je takde. mahal kot hehe. pastu lauk... kalo ayam tu biasanya masak merah, masak gulai, masak pedas, or simply goreng je... and then daging masak gulai, masak kicap, masak rempah pedas, goreng kunyit... then maybe ada acar buah or dalca or pajeri nenas ikan kering or ikan keli goreng dan seumpamanya. then ada buah tembikai, oren sebagai pencuci mulut. then air sirap or mango or air kaler2 laen, perisa2 laen. kalo kaya sket, ada la eskrem. dan itu la yang selalu kita makan kat kenduri kahwin. haa...

why not kita buat something luar kebiasaan masyarakat kita orang melayu. kita buat kenduri kawen - secara potluck! ini definisi dia;

A potluck is a gathering of people where each person or group of people may contribute a dish of food prepared by the person or the group of people, to be shared among the group. source

ok lemme put myself in the situation. let's say aku buat kendurik kan. so aku invite semua2 datang kendurik. and of course with a reminder - "diharap tuan/puan/encik/cik membawa makanan sendiri ke majlis" . hahahaha. damn... sounds bad eh? wait wait... jangan flip table lagi. let's proceed to the scenario. ok korang kena bawak makanan sendiri. sah2 kat jemputan tu dimaklumkan majlis tu potluck. bila pot luck, maksudnya apa? haa... maksud dia... semua yang hadir akan bawak makanan sendiri, lepas tu kongsi2. and i mean SEMUA.

so korang masak or beli la apa yang korang rasa nak bawak pegi kendurik aku tu. bear in mind, bukan korang je yang bawak makanan... semua yang hadir akan bawak makanan. so what can you expect from a potluck? yeah!! plentiful of food!! haven!! macam2 jenis makanan la weh. tak mungkin sumorang bawak bihun? takkan sumorang pon nak bawak jenis makanan yang sama kan? haaa... even kalo sama pon.. rasa dia mesti laen2! there you go. a variety!


look at all the food there! just imagine kalo 500-600 orang bawak hidangan masing2. omg~~

just imagine... korang bawak mee goreng. tak payah banyak pon... dalam satu tupperware untuk 2-3 orang makan ok la. pastu kat kendurik, ada disediakan meja2 panjang, untuk para tetamu letak makanan yang dorang bawak. haaa... kat situ ada bihun goreng, ada nasik kerabu, ada pulut panggang, ada patin masak lemak tempoyak, lauk asam pedas, daging goreng, gulai kawah, nasik ambeng, burger, pizza, spaghetti, oi banyak sangat jenis makanan oi aku tak larat nak list-kan. tak ke nampak meriah kat situ? sesape yang suka instagram gambor makanan tu mesti buleh gila - taktau nak snap n uplod gambor makanan apa sebab banyak sangat. hahaha. 
^^ im still playing host here right? ok. aku pon taknak la kejam kat tetamu... datang jejaoh pastu kena bawak makanan sendiri plak. of course.. dah lauk banyak... aku sediakan nasik la utk tetamu. aku sedia tempat makan, cutlery pinggan cawan semua exactly macam every kenduri should be. so korang just amik pinggan, sudu garfu, then amik nasik... then pegi la cedok kuah2 lauk2 yang ada kat situ... 

isn't that great?

korang ada wide variety to choose from. agak2 tak sedap satu jenis lauk ni... pegi la rasa lauk laen plak. kalo betol sumorang bawak makanan sendiri.. korang takkan sempat nak merasa semua pon. hahaha. kompem kenyang n puas hati! why? ok kalo aku buat lauk ayam goreng, then gulai daging n dalca n sayur goreng kunyit. tapi korang cuma suka makan gulai daging je. laen2 tak kena dengan selera korang. kan dah rasa tak best tu... datang jejaoh tapi makan satu lauk je. kesian tau... so kalo ada potluck camtu... korang akan ada macam2 pilihan! and let's say korang on diet konon... so tanak makan nasik. nak ratah lauk saja korang segan. very well!! kat atas meja tu ada ikan goreng, ada cake, ada baked beans, ada salad coleslaw roti john tok nenek bagai. pegi lah makan yang mana nak. or korang vegetarian especially. tak makan daging and stuff. don'r worry! musti ada yang malas masak then bawak sandwich sayur je. tak pun megi goreng kosong. how thoughtful eh? best kan dapat makan!? ^^

well aku (still playing host) sediakan nasi sebagai main course... then ada la dessert sket2, buah2 ke apa ke. of course air aku prepare la kan... hihi. lengkap tak? very executable right?? hahahaha. kamonn... pikir positif!

first, potluck memang sorga makanan. kalo semua bawak makanan, insyaAllah akan ada banyak pilihan untuk korang makan. second, korang dapat pahala extra. memenuhi jemputan dah pahala, pastu bawak makanan dengan ikhlas dah pahala lagi, pastu korang turut dapat pahala sebab jamu orang lain makan dengan makanan yang korang bawak tu. Allah... =') third, insyaAllah makanan akan cukup untuk semua tetamu yang hadir dan mudah2an tak berlaku pembaziran. nice isn't it?? ^^

segala jenis makanan ada dekat kenduri cara potluck ni. korang tak rasa hepi ke? :p


ok korang komplen... korang bawak makanan dalam tupperware sendiri. pastu nak balek dah ni. bekas2 makanan korang tu tanak la tinggal kan. no problem bro! habiskan makanan dalam bekas korang tu, or punggah masuk kat pinggan yang tuan rumah sediakan. then bekas tu boleh la bawak balek! tah-daahh!! ok korang bawak makanan berkuah, then bekas dah bau lauk berminyak bagai. jangan risau... kalo aku yang host, aku akan pastikan ada orang yang kerojenye basoh bekas makanan korang tu bersih2. kalo rasa nak tapau makanan yang ada, sila! memang untuk korang pon. kalo kita buat betol2 macam potluck, then it'll be macam potluck lah (in the name of kenduri). hahahaha

as for the host... aku berani jamin sangat banyak penjimatan dapat dibuat. all you have to do.. just prepare nasik dengan air untuk orang makan. pastu pinggan mangkuk cawan sudu garfu. pastu sedia meja kerusi untuk orang duduk and makan. maybe some youngsters or adolescents untuk basuh2 bekas makanan yang tetamu bawak. that's it! tu je. makan2 laen sume orang bawak kongsi2. saving kaw2 beb! lol!

amcam? best tak idea aku? haa... mesti la best! rare! manade orang kita buat kendurik kawen cara potluck lagi weh. kompem masok TV masok soratkabor majalah saji pengantin wanita rapi semua! hihi


ini lauk biasa kenduri2 kahwin

ini lauk kenduri cara potluck. compare la dengan gambor kat atas... mana lebih mengujakan? hahaha

well frankly speaking potluck tu sendiri bukanlah rare. banyak je majlis makan2 kat mesjid, kat churches, kat family gatherings yang buat potluck. so maybe itu skala kecik. but potluck is potluck - no matter how small or big the occasion is, right? dia kecik sebab jemputan kecik. kalo jemputan ramai dan yang hadir ramai... jadi la besor potluck tu! in this case - kenduri kawen. :D all in all, it's about not being selfish. it's about sharing!!

come on guys! think about it!! ada persoalan? ulasan? pros n cons? jom. bincangkan! :D


6 comments:

MohdIzwan said...

Tahniah..

Buah fikiran yg agak bernas..

Executable..hahaa..

Tapi tue la..ada ke parents yg nak buat mcm nie..nnt dikatakan lari dr norma kehidupan..hak3...

Antara said...

haaaaaaaaaaa!! because mainstream is too mainstream. hahaha .

AA said...

mmg kreatif idea ni. Tapi biasalah orang kita susah sikit nak terima benda baru. Tak pasal2 nanti cakap tuan rumah tak cukup bajet atau kedekut. :P HAHAHA :D

mamiraysha said...

Nanti banyak sangat kedengaran pengumuman.. " siapa ada terambik tupperware saya kaler purple? baru je beli tu.. tupun main kutu tau..huhu.."

Cer try buat.. mana tahu lepas tu jadi trend..

Antara said...

@mamiraysha hahahaha!! itu power!! macam best kalo jadi tu! yay!! haha ^^

Anonymous said...

Sebagai seorang melayu, saya bangkang idea ini 67%!! Sebab melayu ni tamak, kalau pi buffet tu nak makan sekali ngan meja or letak kerusi kat situ terus. Tak kesian kat orang kemudian. Kalau boleh nak amek makanan buffet pakai dulang air yg besi tu. Tak cara guna pinggan KATANYAAA. ~ #JustMySekupang