SOCIALIZATION

Thursday, August 1, 2013

Kisah Cinta 22 Ramadan 1434 Hijrah


- ini ialah kisah benar yang diolah semula supaya menjadi satu cerita yang lebih tampil drama - 




"salam. wei, jom pegi pasar malam. aku nak cari air katiraaaaa!!"

"jom"

mesejnya aku balas. ringkas. tapi penuh makna, ok. itu tandanya aku setuju nak habiskan masa berjalan kaki dengan Aan di pasar malam yang kian susut pengunjungnya dek kerana aliran trafik terarah ke bazar ramadan fasa 2 yang menjanjikan lebih banyak pilihan lauk tunjuk dan murtabak yang semakin tak kena pada harganya. nipis. mahal. tak sedap. pakej lengkap. tahniah lah~

hari ni si gila Aan gila macam biasa. dengan t-shirt Aerosmith dia, dengan kain pelikat dia, selamba bersahaja kayuh basikal datang jumpa aku di kepala pasar malam. muka dia nampak bersinar. semangat katira katanya. apa-apa lah an, asal kau bahagia.

"ko sorang je? bini mana?" aku mengusik.

"ni, depan aku ni." celaka Aan. 

kiri kanan jalan ramai peniaga sibuk mempromosi jualan. nasik, lauk, kuih, kasut, mercun. macam-macam gaya, macam-macam ragam. seronok aku tengok. dalam hati aku tergetus, berapa untung mereka tu? kalau berniaga di bazar ramadan mungkin lebih berlipat ganda. berapa sewa tapak pasar malam ni? pukul berapa tutup kedai? sedap ke makanan yang dorang jual? ok too many minds. ah... lantaklah. yang pasti aku kena beli makanan. Aan pun dah sibuk menyinggah gerai-gerai yang ada, tengok-tengok lauk. hairan juga aku dengan dia hari ni. selalunya dia masak. ni first time dia ajak aku ke pasar malam sepanjang ramadan kali ni. oh... maybe barang dapur dia dah habis.

di tengah-tengah pasar malam ada sesusuk tubuh yang sedang duduk di atas bangku plastik warna merah. sambil tangannya menulis sesuatu di atas meja, abang rambut ketak yang duduk berhadapannya tercari-cari sesuatu dari poket seluar. aku perhati. ah... dompet duit. lantas beberapa keping duit kertas warna merah dia keluarkan dari dompet, dihulur kepada lelaki berkopiah yang telah selesai menulis tadi. tangan kanan mereka berjabat, sambil tangan kiri abang rambut ketak tu memegang erat tangan seorang kanak-kanak perempuan comel di sisinya. comel. abang rambut ketak tu tak lah comel pun. mesti mak budak tu comel. aku rasa lah.

"hoi mengelamun!" Aan jerit di telinga kiri aku.

"ko dah bayar zakat?"

"dah. awal-awal bukak kaunter hari tu lagi. malas tangguh-tangguh. takut lupa."

"tak ajak..."

"dah ko nampak pakcik tu kan? nak aku tarik tangan pergi situ ke? ke nak aku cakap kuat-kuat; LA! KO TAK BAYAR ZAKAT FITRAH LAGI!? CEPAT LA BAYAR SEKARANG!"

baaaa.... aish, puasa. jaga mulut, jaga mulut. tak guna betul. habis orang sekeliling tengok aku. dasar mulut longkang. puaka.

****

matahari kian jingga. jam Seiko dengan permukaan anti calar aku dah tunjuk pukul enam dua puluh empat petang. dua kali pergi balik hujung ke hujung pasar malam, hasilnya hampa. air katira tiada. em... aku tak pasti samada nak gelakkan si gila tu, atau nak kesian. biarlah, mungkin di lain hari dia jumpa la tu. aku dah ada sebungkus nasi ayam lauk ayam madu bersambal lebih di tangan kanan, dan satu plastik besar air tebu di tangan kiri. cukup. masa untuk balik.

"sabaq. aku nak tengok tudung."

aih... dia buat dah gila dia. sumpah aku tak paham, kenapa dia ni gila sangat dengan tudung bawal dan kurung cotton. ada enam gerai yang jual tudung, baju dan kain - semua dia masuk. letih berjalan, aku duduk di tengah-tengah jalan berhampiran tiang lampu hak milik TNB. lantak. aku penat.

mata aku meliar melihat sekitar. orang makin ramai. dan ramai juga gadis-gadis muda belia. mana mereka datang? tadi tak nampak pun? oh... baru habis kelas mungkin. mula lah aku pun berangan... nak tegur menegur lah, nak berkenalan lah. haih... dasar lelaki. hahaha. ngek.


tiba tiba

aku.. terpana. aku.. terkesima. itu! di sana tu! hey!!


mata aku tertangkap satu imej wajah yang... sangat... menawan! ah... gadis impianku! jadi betullah kajian saintifik - manusia cuma perlukan dua saat untuk menyukai seseorang. ya... aku masih single, dan available, dan inilah masanya aku nak ber-mingle!! 

tenang, aku buat muka tenang, sambil mata terus perhati dia. kulitnya cerah. matanya kuyu. keningnya terletak hidungnya mancung pipinya gebu. bertudung bawal merah jambu berblaus labuh corak kotak-kotak merah-hitam berseluar slack jalur hitam kelabu berselipar jingga corak bunga ala hawaii. baik. Aan betul. gadis bertudung bawal memang ada aura ayunya yang tersendiri. Aan menang.

"cantiknya, ya Allah." terpacul ayat tu dari mulut aku yang sememangnya jujur ni. hey... patutkah aku... jika bukan sekarang, bila lagi!? Aan. mana Aan!? aku perlu bantuan dia!


****

"dah ngko kenapa masuk sini? nak beli tudung jugak?"

"ada ke orang masuk kedai tudung nak beli dapur gas?" ya.... aku berjaya buat Aan senyap. seketika. sehinggalah...

"eleh... ko takyah nak selindung aa... perangai kau tu terpancar kat muka yang gelabah. ha, kenapa?"

takdir. takdir. gadis impian aku tu masuk satu gerai tudung dengan Aan. ini peluang aku untuk at least berada dekat dengan dia. oh... jarak antara kami cuma dipisahkan oleh seorang kakak yang sedang sarat mengandung yang sedang membelek tudung-tudung yang bergantung. sumpah, aku rasa bahagia.


"an. nine o'clock" aku bagi isyarat. Aan faham. terus, dia menjeling. aku tengok riak wajah Aan, aku tengok gadis impian, aku tengok Aan. semuanya dalam tiga ke empat saat cuma.

"ohh... lawa. siyes lawa. tapi..."

aku benci Aan punya tapi. 'tapi' Aan selalu menyedihkan. selalu betul. tak. tak. bukan kali ni. bila lagi Aan nak salah. ini kalilah!! perlahan, sambil membelek kain tudung bawal yang di atas meja papan, Aan berbisik;

"ko check jari dia. ada cincin or tak."

pantas! aku dengan pantas bertindak. ya aku tak pandai berlakon, tapi setidaknya aku cuba. aku beralih ke sebelah sana satu lagi, di mana aku boleh nampak dia dengan lebih jelas lagi tanpa ada penghalang di antara kami. kini... pada posisi aku berdiri, dan tempat dia berdiri, tiada apa halangan lagi. sambil aku mula berdrama, konon-konon membelek tudung... gadis itu terus aku curi-curi perhati. ah... wajahnya lembut. sejuk mata memandang. tersenyum aku sendiri. 

hoi!! fokus!! tengok jari!! ok ok. snap back to reality. aku alihkan pandangan curi aku kepada tangannya. jarinya. mengintai kalau-kalau ada kilauan di antara jari kelingking dan jari han....

ada.

aku kembali ke tempat Aan berborak dengan abang pemilik gerai.

"ada. dua-dua belah tangan"

"hmm..." Aan buat muka. aku benci muka tu. muka yang nak nyatakan kebenaran. 

"tapi cincin silver. or stainless steel. bukan emas. belah rotan je. takde batu." aku teguh dengan pendirian bahawa aku masih berpeluang.

"ok. rileks. ada cara lagi..."


sudah hampir pukul tujuh malam. ah... persetan dengan waktu. aku ada urusan yang perlu diselesaikan! 


****

buntu. aku buntu. si gadis impian di depan mata. tapi aku tak mampu berbuat apa-apa! hendak ditegur, aku malu. mahu bertanya, aku malu. tapi hati ingin bertanya... adakah dia sudah berpunya!? argh!! cepat la pilih tudung tu... jangan layan sangat abang gerai yang tampak gatal tu please. tolong... saya merayu pada awak. berboraklah dengan saya pulak!! penat... penat aku bermonolog dalaman menanti dia selesai dan sedia untuk buat bayaran.

"ko beli something from here. then when she is about to pay her items, try to commit these two things. satu, kalau dia beli satu tudung je, or murah... ko bayarkan untuk dia. tapi pastikan dia dah keluarkan purse dan nak keluarkan duit."

"kenapa?" aku musykil...

"dalam split second yang kau ada tu... cuba take a quick glance at her purse.. check whether ada gambar tunang, kekasih whatsoever tak. pepandai la kau nak nilai. k? all the best!"

setiap pesan Aan aku ingat sebijik-sebijik. Aan gila. thanks buddy!

ha! dia dah nak bayar!! laju, aku terus pergi kepada abang yang sedang berurusan dengan gadis impian aku tu. aduh... dengar suara dia yang lunak lembut halus mulus... memang jatuh gugur jantung aku. steady, steady. fokus. aku tengok dia beli satu... dua... tiga tudung. Allah... banyak pula. aku pula tak berduit sangat. sudah lah aku ambil cuma sehelai tudung yang entah apa-apa. yes, decoy. kalau orang yang beli satu tudung bayarkan untuk orang lain yang beli tiga tudung... agak-agak nampak sangat tak? baik...

mujur, tiada orang lain yang beratur nak buat bayaran selain kami berdua. ah... dia berada betul-betul di sebelah kanan aku. bahagianya rasa. rasa nak nangis! 

"berapa semua bang?" Allah.. kenapa bukan aku yang kau panggil abang.

"empat puluh lima je."

diletaknya tudung half-moon dan bawal dua-tone itu di atas hamparan tudung-tudung syria. diseluknya tote bag yang digalasnya dengan tangan kanan. dia keluarkan purse. warna pink! Aan kata orang yang suka warna pink ni orang yang lembut hatinya. perlukan perlindungan extra. aduhai, relalah aku menjadi pelindungmu, gadis misteri! tatkala dia mencari wang dalam ruang panjang nipis berzip, dengan penuh hati-hati aku mencuri-jeling ke arah purse-nya yang terbuka terpampang.. ah, slot plastik lutsinar paling bawah, di bawah kepingan-kepingan kad... ada gambar dia! hati aku bersorak sorai gembira!!

****

"jom balik"

"eh? ha. amacam??"

"you were right

Allah... umpama anda sedang gembira menaiki roller coaster yang meluncur laju - tiba-tiba terkeluar dari landasan lantas menerpa tembok Berlin pada kelajuan maksima. dan anda mati di tempat kejadian. killjoy. such killjoy. wajah pemuda tampan yang aku nampak melekat bersebelahan gambar si dia dalam purse-nya tadi buatkan jantung aku tersentak dan terhenti seketika. ah.. kecewa. lagi.

"aduhh... sorry bro.. eh tapi tak confirm lagi kan. mana tahu, kot-kot bukan?"

"dah lah an. jom balik"

"nak aku tanyakan?"

"balik"

"ok.." balas Aan, sambil menjinjit satu plastik berisi dua tudung bawal yang dibelinya.

ok. ringkas. tapi penuh makna. itu tandanya dia dah setuju nak berhenti daripada terus membelek tudung-tudung bawal beraneka warna itu dan berjalan pulang, temankan aku sambil cuba tenangkan aku yang sedia redha ini.

ah. betapa sekejap. kisah cinta 22 ramadan 1434 hijrah

****

- ini ialah kisah benar yang berlaku kepada kami. olahan cerita ini adalah dari saya sendiri, namun intipati cerita adalah asli. wallahualam~ terima kasih kerana membaca -

7 comments:

MohdIzwan said...

ye ye je kwn kan..
padahal g sensorg kn?
hak3...

Ainnur Jannah said...

katira? ape tu..
anyway bout your entry,, sangat2 menghiburkan. kesian melepas ye? xpe. jodoh awak dengan orang lain lah tu...

Antara said...

gi dengan kawan la... siyes ni. haha

hey! not my story okeh! sy cuma ceritakan from my buddy's point of view je. haha

Antara said...

oh! and thanks kalau rasa menghiburkan. tercapai matlamat. hiks. ^^ mekaseyh!

Unknown said...

terhibur ng cerpen pendek, drama ramadhan. xpa, ada yg lebih baik..

Manusia yang Selalu LUPA said...

Haha..menarik :)

Tea Dean said...

hehehe kaedah pengoratan yang dahsyat. buleh pulak nak perati sampai ke dalam purse orang haha nasib tak kena pelangkung. Mthod guru murabbi betoi! Takpalah habaq kat member tu, dimana ada bawal, disitu ada tudung, maka cubalah lagi kehkehkehkeh