SOCIALIZATION

Friday, March 22, 2013

10 Tanda Korang Kena Friendzoned [WARNING - Truth Hurts]



olla senoritas! besame mucho. luls~ ^^

lately aku banyak dengor orang kena sailang. wuhuuu... kesian kat yang kena sailang tu. musti marah gegiler kan? em em... tapikan... kalo kena sailang korang rasa marah (maybe).. kalo kena friendzoned, korang rasa camna ek?




wait.. korang tau tak maksud friendzoned tu apa? mihmihmih... itu perbendaharaan kata yang baru. baru je fofulerr setaon dua kebelakangan nih. sama naik la dengan sailang. hehehe. friendzoned tu maksudnya macam "just friends" la... or dalam ertikata kasor sket... orang tu maleh layan kau lebih2 macam yang kau harapkan. aww... 

penah kena? penah buat kat orang? atotototo... hahaha. aku nak share kat sini, apa tanda-tanda korang kena friendzoned dengan beliau/mereka. sila tabahkan hati siap2.. =p


1. Tak pernah mulakan call/mesej

asik2 korang je yang call. asik2 korang je yang mesej dia. dia reply jugak... tapi tu la. reply je la. takde lak nak tetibekan hari korang dengan mesej "hai. watpe tu?" atau "morning! dah sarapan?" or "sehat?" macam yang korang dok buat almost hari2 tu kan... satu yang korang mesej, satu la dia reply. try la bila2 pon, centu gak gayanya. sah la, korang kat level 34 of friendzonalization. hiks~


2. Selalu keluar dalam kumpulan yang ramai

kalo betol orang tu nak kenal korang je... takdenye dia soh roger satu batalion kawan2 yang korang kenal untuk keluar sekali. ngehngeh... memang killjoy la bagi korang. tapi bagi dia, lagi ramai lagi baek. dia just taknak korang pikir bukan2. kata kawan~~ .. =p






3. Jarak

tak kesah la korang duduk ke, berdiri ke, berjalan ke... mesti berjarak punyalah dengan dia. kalo makan semeja tu.. payah la korang nak dapat dok sebelah or betol2 depan dia - unless kawan2 korang bersubahat dah pakat reserved seats sendiri. camne nak detect fungsi jarak ni? makin dekat korang dengan dia, makin tak banyak dia bercakap dengan korang. hakhak... terasa tak? sila2. xD


4. Sembang takde objektif

sembang lebat ni bukan maksud aku dia menipu. tapi ... dia sembang segala macam tok nenek topik dengan korang. tak berfokus langsung. kalo betol nak kenal orang, korang akan sembang hal2 hidup masing2 - cakap pasal kawan2, keluarga, kerja/kerjaya, interests and preferences... seumpamanya lah. tapi tengok2, dia ajak sembang pasal drama tv semalam, pasal banjir, pasal jiran dia gaduh... yang pelik2 ah. hihi... sedor2 le yang korang ni tengah menuju ambang kehampaan. luls~


typo kat situ. "Hit Like An Arrow" . malas nak edit. luls~

5. Ada je alasan
selalunya kalo orang tu betol2 nak kat korang, or at least nak bagi korang peluang... dia akan sedaya upaya carik peluang nak kenal korang. tapi tapi... bila korang ajak kuar ramai2 main boling, dia kensel. bila ajak pegi charity event pun dia kensel. tapi bila kawan laen ajak ... nak pulak dia. haa... bukan nak ngelak daripada korang. bukan tak suka. cuma korang ni tak berapa nak penting sangat bagi dia. uhuk.. tak reti-reti bahasa lagi? atototo... jangan aa nanges, baru 5.. ada lagi 5... simpan dulu ayor mata tu ye. hahaha


6. Cakap pasal orang laen

dalam korang sebok2 nak kenal dia... korang pon tanya la, orang camne yang dia suka. dia pon cerita la ciri2 orang tu bagi menjawab soalan korang. tup tup dia sebut "kalo macam si mat luthfi ----- ok jugak kan? hahaha" or "saya suka la tengok anwar hadi ------- tu. sejuk je mata!" or "bertuahnya kalau dapat kenal aiman azlan ----- tu?" ... dah kena pulak ciri2 yang disebut tu banyak takde kat korang... hoho... lagi mau tanya ka? xD





7. Cuba kenenkan korang dengan kawan dia

hahaha. ini ultimate joykill orang kata. elok2 korang berkenan kat dia ni.. tetiba dia boleh cakap yang kawan dia tu nampak sesuai dengan korang. dia pon cerita la pom pang pom pang pasal kawan dia tu - dengan harapan/niat nak kenalkan korang kat kawan tu. dia bukan apa.. sebagai kawan, dia nak tengok korang gembira - dengan orang lain. -_____- tak ke korang rasa awkward ... laen yang dihajat, laen yang nak dapat. hihi.. tu tandanya dia tak berapa into you... em em..*pats shoulder*


8. Kurang eye contact
well... maybe dia ikot tuntutan agama. kena redupkan pandangan. jauhi zina mata, zina hati, zina segala jenis zina. tapi secara psikologinya, less eye contact = less interested. bayangkan la, korang dok sembang2 dengan dia ni... korang tanya, dia jawab. korang buat lawak, dia gelak - tapi mata melilau. kekadang sambil jawab soalan korang or gelak tu, mata dia dok tenung henset kat tangan ke, tengok kiri kanan, perati orang lain ke... aa.. korang dah boleh start tekan X kat penjuru kanan browser korang ni ye... hiks



9. Tak banyak tanya 

korang dengan semangat membara nak ta'aruf ni kononnya - tanya soalan memacam! dia pon dengan steadynye, jawab je sume soalan kau. tapi kan... kenapa korang je yang tanya, dia je jawab? bila lak dia nak tanya? sampai terpaksa korang jawab soalan yang korang tanya kat dia tu just sebab nak intro-kan diri. ngee... nak tunggu dia tanya.. memang harapan laa.. em em


10. Gelap masa depan

takde. takdenye dia nak cakap "jumpa lagi insyaAllah" atau "next time ye!" atau "thank you so much for today!" ... memang tak la~ hewhew. sebaliknya, korang yang gigih cakap "kalau ada jodoh, jumpe lagi ye. eh" pastu gelak2 konon2 lawak.. padahal dia senyum je dengar, takde respon verbal pon. hak... finishing yang memang finished ah bagi korang. luls~...




amcam? teguh baca sampai abes? kental jiwa korang ek.. walopon korang yang buat semua2 tu kat friendzone-list korang. hahahaha xD

em em... a friendly reminder. tak semua yang aku cakap kat atas ni betol tau. jangan buat rujukan abadi pulak. ~.~ banyak je faktor yang memungkinkan dan menidakkannya. jadi, pepandai korang la nak nilai dan buat pertimbangan. all in all, berusahalah ke arah yang halal dengan berlandaskan cara islam dan syariat. insyaAllah~ ^^


dah. jangan nanges dah. k? hihi..



6 comments:

Ainnur Jannah said...

nangis tu tidak...tp terkoyaklah jugak hati ni.. HAHAHA
well...kawan pun kawan lah. redha je =')

Anonymous said...

saya terkena friendzone ni, mula2 saya cuba nak satukn kwn saya dgn crush dia, last2 crush dia suka saya dlm diam :'( dia sgt ikhlas, saya cuba kuatkn iman jaoh drpd dia, delete fb, msg, cnct no. saya takut, mcm dh sailang org punya. saya jugak takut sbb perasaan suka pd dia juga mula timbul, saya rasa takut dan bslh sgt pd kwn saya :'((

Anonymous said...

knp kena panggil friendzone..? tah pape.. serius rasa memang tak sesuai langsung ngan nama tu..mksd dia sendiri pun da bunyi di kwsn2 kawan2.. so..? apa kena mengena dgn kwn yg tak layan kita..? gila la ni semua.. serius frust.

Antara said...

utk penulis komen di atas... em.. maybe dimaksudkan dengan friendzone tu ialah zon 'kawan je' . just friend, not more than that. sedangkan the person actually nak lebih dari sekadar kawan je. aa.. centu la kot ye. wallahualam. =)

Anonymous said...

Encik writer pernah kena friendzoned/mem-friendzoned kn org x? Kalau pernah ,bila tu? Citer lerrr

Antara said...

@anonnymous di atas - pernah. dan pernah. ehehe... namanya roda2 kehidupan. hikhik. takpelah. pengalaman. dah tua2 ni go with the flow je mampu. hahaha