SOCIALIZATION

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

7 Adab bila Mesej Crush


lol


hai. assalamualaikum. salam kemerdekaan. dah wish crush 'salam merdeka' ? hehehe

korang ingat tak zaman2 irc dulu? tak sure la korang sempat enjoy zaman chatting kat mirc ke tak. klo korang sempat, maybe korang pon 80's kids macam aku. hehehe. nanti aku buat entri khas reminiscing borak2 kat irc, YM, MSN semua tu. oh memori betol. haha

zaman chatting2 irc dulu kan... benda paling best sekali bila chatting ialah dapat email or nombor tepon orang yang kita dok chat tu. pergh... achievement unlocked beb! rasa hepi dia... taktau nak cerita. hahaha. zaman sekarang? lagi mudah benornye. so dapat/bagi nombor tepon orang, kengkawan semua tu... macam dah jadi keperluan dah. tapi... bila dapat nombor tepon 'crush' ? wohooo!! happiest person on earth la hari tu! ekeke. so, korang dah dapat nombor tepon crush korang??

hahahahaha omg aku sendiri tak pasti samada i'm the right person to write this. tapi tu la. since kawan2 aku ada crush dan dorang dok tanya aku "an, cemana nak start kenal2 dia ni?" and stuff... aku rasa aku bleh la share dengan korang jugak sket2. meh tengok!



1. ambik masa

ya heard me? lol
takyah kalut2. tulis elok2... tone, mood, grammar... semua check. pikir sebelom text. kang ada silap or typo yang tak sepatutnya... korang gak malu. haaa...  ekeke. ingat, terlajak perahu boleh diundur. terlajak mesej... ikot nasib la~ lol


2. watlek watkul watpis

hahahaha

jangan kerap sangat mesej! mementang baru dapat nombot... hamboih... kemaen laju dan selalu korang mesej ye. kalu boleh setiap sejam korang nak text 'watpe tu~' . rileks... jangan jadi creepy. kalo selalu sangat mesej nanti crush korang rasa annoyed, rasa korang ni creepy. chill. tengok time yang agak2 sesuai untuk text, dan bagi crush korang masa untuk reply. kalo dorang lambat reply, jangan korang nanges sedu sedan lak anggap crush dah mengelak korang whatsoever. slow ride, take it easy. =p


3. gambor

ni... subjektif benornye. even those in relationship pon tak berapa into sharing pics. some people la. tapi certain people takde masalah pon. generally, sesekali mesej tanya kabo ke, kongsi cerita ke... tarok la gambor sesantek sket. yes, emoticons (or sekarang panggil apa... emoji ek? aa) memang membantu. so kalo korang tengah makan sedap2 ke, share la gambor meal tu kat crush korang dengan text "jemput makan~" .. haha. cliche nak mampuih. contoh je... korang kan ske gambor makanan.. ekeke

tapi! haa.. jangan berlebih-lebih lak! appropriate pics only. selfie korang tu kalo senonoh takpe la skali skala bagi kekonon nk tarik perhatian. tpi selalu2 sangat... orang nyampah japgi kot... hokhok


4. crack a joke

laughter is the best medicine. being kelakar itu bagos. so bila mesej tu takyah aa serius sangat... tensi kot serius2 sokmo. dah la korang pon tengah nak bagi good impression kan. so be cheerful. dan mohon be careful lah jugak ye. takot2 funny for you but not for him/her je... hihi~

aint that true? lol

5. jangan tulis novel

korang nak text macam bual2 borak2 lite2 kan? so elakkan daripada menceritakan keseluruhan perjalanan korang dari kecik sampai besor beserta future plan korang kat crush. satgi dia reply 'k' je, nanges tepi pintu kot. haha. tulis panjang takpe, tapi jangan panjang sangat. agak2 la, ok? best is, keep it short and simple.


6. jangan gado dalam text. no-no

tu makan dia. ekeke

ohoo... ni berat. dah la korang crush kat dia. pastu korang yang text dia. pastu korang lak pegi argue dengan dia dalam text. hey! manusia mudah salah faham thru text/messaging tau. so jangan besorkan benda kecik. say things nicely, even if you don't agree with certain things. kajian menunjukkan banyak masalah jadik bila gado over text. kekeliruan, kemarahan, kebersalahsangkaan... semua bleh timbul. haa... amboih ni dah bunyi serius ni. erk... =p


7. self-actualization

dalam bahasa mudahnya, di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. mudahnya ~.~"  awak dengan dia tadek apa2 hubungan rasmi like suami isteri, tunangan bagai kan? so jangan nak emo lebih2. kontrol. after all, friendship lasts forever. =) biasanya crush2 ni tahan 2-3 bulan. tapi kalo dah 3-4 semester dok text 'hai, watpe tu'...  4-5 kali final exams pon dok wish 'good luck! saya doakan awak!' ... tu tandanya korang berkenan kat dia dah la tu...

so? lagi mau tunggu? tadak orang kalu, pegi cakap sama itu orang dulu... "saya suka sama kamu." kasi tutup itu buku, jumpak amma appa family satu, kasi bukak buku baru, kawen dapat anak cucu. ada mahu? ^^

=)

Monday, March 31, 2014

Atototo... Meh Sini Meh

source




assalamualaikum. haip haip. #PrayForMH370

pernah tak... korang rasa nak pujuk kawan korang.. tapi tak reti cemana. taktau nak buat apa. tapi nak jugak tolong kalau buleh. haa... dalam quick post ni, aku nak kongsi, acaner nak handle mereka yang memerlukan pelukan hangat dan bahu korang ni. bagi yang tak reti, ni lah 101 paling ringkas untuk korang. iqra!


1. pujuk dorang untuk cerita, luah

luah perasaan, bukan muntah makanan. well muntah makanan pon satu kelegaan so yeah. anyway! kalo dah nampak member tu macam ada something tak kena je.. jangan aa korang buat deekk buat tak perasan plak. pegi la tanya, kenapa, what went wrong, anything korang bleh tolong etc. cer blajor2 jadi caring sket. hish. tapi kalo gaya dorang memang perlu masa untuk bersendiri or berdiam diri, takyah aa paksa2 dia cakap lak. em em


2. bagi perhatian, jadi pendengar berkesan

susah untuk orang cerita masalah kat kita or orang laen sebenarnya. it takes courage and trust, tahu? so kalo beliau dah start cerita or kongsi pasal apa yang bthering dia tu... please please be attentive. respek, dengar baek2 masa dia cerita. takyah time2 dia cerita tu korang pon sebok nak mencelah na bagi nasihat bagai. hold on. cuba paham dulu keadaan dorang. fokus

sebaeknya korang cakap bila korang nak perjelas sesuatu point, or nak mintak penjelasan point, or nak tanya/trigger soalan suapay dorang cerita lebih lagi. tengok masa yang sesuai. time long pause ke, lepas dia macam dah abes cakap ke, time tu memang moment. 

support dorang punya cakap. takyah la nak setipa masa sebut seua perkataan yang korang nak ekspressi-kan. guna bahasa tubuh (body language.) eye contact, angguk kepala, mimik muka, such. mata tu angan melilau! nanti dorang ingat korang tak berminat dengan pengkisahan dia. potong ooo~~


3. kalau rasa dorang taknak nasihat, jangan bagi nasihat

ye la... kita dah tengok kawan tu dah sedih2... mesti la rasa nak tolong kan? paling2 koman rasa nak reply je apa yang patut. nak bagi words of wisdom la kot. but wait. tak semua orang yang kongsi masalah dengan kita sebab dorang nak nasihat kita. kadangkala (selalunya la..) orang share cerita ni sebab nak luahkan; they just want to be heard. nak orang dengar je, itu pon mungkin dah legakan dorang.

unless dorang sendiri mintak pendapat, then jangan lak korang buat macam "eh ni masalah kau, apa tanya aku. aku dengor je." orang camni patut celup dalam air gula pastu ikat kat sarang semut api.


been there?

4. ingat - it's about them.

ada spesis manusia yang pantang dengar pasal orang... mesti nak cakap pasal dia jugak. jangan jadi manusia tu. dia mengadu pasal boipren dia curang, ko cerita pasal boipren kau setia. dia cerita pasal tunang dia buat perangai, kau cerita pasal tunang kawan ko yang baek bak malaikat. semua nak ada cerita pasal ko. annoying weh!

sekarang dia tu nak cerita pasal dia, bukan nak tau pasal korang punya bezantara kisah dengan dia. so please, fokus kat dia, ok? pasal korang tu nanti2 la kot... simpan dulu.


5. sensitip sket. respek. jangan jadi judgmental

jangan lelebih plak. biar dia cerita apa2. korang react/respond pada level sederhana. ni.. sikit2 nak OMG! kenapa dia buat camtu?? WTH, ko biar betul!? SERIOUSLY!??? dan seumpamanya. memang masak aa... orang tengok ko lelebih centu pon naik meluat. last2 dia cakap "taklah, aku memaen je hahaha dah malas nak citer.." .. hapo pon tak dapek jang~

kalaupon ada benda yang korang rasa salah or tak betul or tak kena... jangan melatah. jangan meluap meledak menghambur kata2 mengguris jiwa. cakap elok2, berhemah dan berhikmah. 


6. takde orang boleh tolong kita berubah kalo kita taknak berubah

make sure dorang make a move. cakap je tak guna der... ikan takkan jadi kari dengan sendirinya kalo tak kita yang masak. ok kedai masak pomboleyh. ~.~

so! bagi support. cer bagi sokongan moral untuk dorang buat benda2 yang bagos untuk kuar dari belenggu masalah dan kesengsaraan. jika perlu, bagi idea korang sekali. kot2 dorang rasa itu boleh membantu... em? sharing is caring!!


selamat menjadi Pembimbing Rakan Sebaya yang berkaliber!!


Sunday, July 28, 2013

Iftar Jama'ie Blogger Perak (wilayah tengah) 2013


assalamualaikum! ^^ pekabor? dah abeh duit gaji beli barang raya? hiks

haritu!!


iftar jama'ie blogger perak (wilayah tengah) . tu tangan adib bytheway. =p


alhamdulillah... haritu, 21 julai 2013, bersamaan 12 ramadan 1434 hijrah, hari ahad.. kitorang berjaya menjayakan majlis berbuka puasa secara berjemaah dengan jayanya~ hahaha. ^^ syukur syukur! despite perancangan yang boleh dikatakan last minit jugak... iftar jama'ie yang sederhana dapat dilaksana - thanks to komitmen, bantuan dan sokongan semua pihak yang terlibat! uhuu.. terharu. =']

well, the journey began bila ada yang cakap "jom bukak puasa sama2!" set! teros kitorang jadikkan event ni "majlis berbuka puasa Blogger Perak (wilayah tengah)". dari situ kitorang gather member2 yang nak join, yang boleh join. then decide tarikh, masa, tempat etc. jadi, end result dia kitorang tetapkan satu weekend yang mostly semua free, makan kat restoran Sofina seafood kat persiaran inspen, gate 1 putrajaya.

sebagai insan yang ditugaskan booking tempat dan order makanan, aku kena la gerak awal. so izan dari kajang amik aku kat bangi pergi kedai makan. kitorang sampai sana kul 3. punya excited nak place order nih... sekali kedai tu pon tutop lagi daaa... facepalm kejap. haha. since tanak buang masa, kitorang gerak ke cyberjaya, amik rahim mesir, kawan izan. pastuh baru faiz roger cakap kedai dah bukak. ok excited balek. hahaha. pegi kedai, order2 semua, siap. baru pukul 4 lebeyh, banyak lagi masa. nak buat apa pastuh??


demonstrasi jalanan. haha. buat putu kacang weh! tradisional auumm~


since kitorang datang dari multiple lokasi, first thing first nak kena ensemble the army! haha. lepak alamanda putrajaya dulu beb~ ^^ so kitorang berempat pegi alamanda - meet and greet adib dengan hani kat sana. awal gak budak2 ni sampai. then tak lama lepas mini reunion tu, wawa pon sampai dengan kakak dia, dan kawan kakak dia. ohooii makin meriah! =) lepas lepak2 kat rasa tu, buat macam rumah sendiri... sampai lagi comrades daripada division setapak - shah alam. ada aim, qila, al, kawan2 al. lepas solat asar kat surau sementara alamanda yang dah macam permanent je aku tengok tu, baru laa kitorang gerak ke tempat makan~





kat sana!!

waaahhh... makin makin meriah!! dalam pukul nam setengah membawak ke pukul tujuh tu, baru la semua2 yang RSVP ada. wheee!! syok wooo~~ time tu my colleagues, athirra dengan syidah sampai... then tak lama pastu pikah, nisa dengan arip pulak sampai. cukup orang dah? belooommm... glad-fully 14 orang student inspen, yang aku ajor dorang kat sana dulu, pun sampai and join the party. hahaha. yeayy!! altogether iftar kitorang haritu ada 34 orang yang join. semua2 la, alhamdulillah~~ sonok sangat rasa! ^^




nampak tak senyuman yang terukir kat muka picek tu? ekeke

the everyone!

me with the INSPEN'S!
boys dah jalan dulu, tak sempat bergambor. wuu..



adik beradik sanak sedara blogger perak!!


 tapi tu la... masa tak berapa nak mengizinkan. sempat makan sama2, sembang sikit2 je... especially dengan those yang bukan budak2 blogger perak. uhuu... =( takpe la. semoga dalam masa yang singkat tu ada ikatan silaturrahim dan kemesraan yang terjalin sempena majlis sederhana di malam ramadhan yang mulia. ecewah! =p hehe... ada rejeki kita makan2 lagi okay? yay!!


and then?


lepas makan tu... kitorang pegi depan istana kehakiman kat presint 2 putrajaya. buat apa? apa lagi... bincang tentang masa depan lah! hahaha. takde lah. pegi rehat2, amik2 gambor buat kenangan. bukan selalu dapat gather reramai cemtu. hee... 

haa... with them friends i have, how could i possibly not be thankful? merci, Allah. gracias. alhamdulillah. =)


jakim . CEO . cekgu

dah macam poster filem/ cover album lak. ekeke



the we!


syukur sangat2 . segala perancangan dan urusan dipermudahkan. and may i say, it was a success!! taktau nak cakap hepi nya aku rasa camna. indescribable. hee... thanks.

special thanks to adib (adired studios) yang memang official photographer videographer editor er er er Blogger Perak. sampai abeh betri kemre dia kitorang punya lenjan. hahaha. ni hasilan beliau!!!



bagi yang cuba/nak datang tapi tak kesampaian... uhuu.. takpe la. nak buat camne kan. maybe lain kali insyaAllah. and to everybody; semua yang join terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung. terima kaseh!! thank YOU!! ada rejeki kita gather2 lagi!!


till then

hahahahaha

Friday, March 22, 2013

10 Tanda Korang Kena Friendzoned [WARNING - Truth Hurts]



olla senoritas! besame mucho. luls~ ^^

lately aku banyak dengor orang kena sailang. wuhuuu... kesian kat yang kena sailang tu. musti marah gegiler kan? em em... tapikan... kalo kena sailang korang rasa marah (maybe).. kalo kena friendzoned, korang rasa camna ek?




wait.. korang tau tak maksud friendzoned tu apa? mihmihmih... itu perbendaharaan kata yang baru. baru je fofulerr setaon dua kebelakangan nih. sama naik la dengan sailang. hehehe. friendzoned tu maksudnya macam "just friends" la... or dalam ertikata kasor sket... orang tu maleh layan kau lebih2 macam yang kau harapkan. aww... 

penah kena? penah buat kat orang? atotototo... hahaha. aku nak share kat sini, apa tanda-tanda korang kena friendzoned dengan beliau/mereka. sila tabahkan hati siap2.. =p


1. Tak pernah mulakan call/mesej

asik2 korang je yang call. asik2 korang je yang mesej dia. dia reply jugak... tapi tu la. reply je la. takde lak nak tetibekan hari korang dengan mesej "hai. watpe tu?" atau "morning! dah sarapan?" or "sehat?" macam yang korang dok buat almost hari2 tu kan... satu yang korang mesej, satu la dia reply. try la bila2 pon, centu gak gayanya. sah la, korang kat level 34 of friendzonalization. hiks~


2. Selalu keluar dalam kumpulan yang ramai

kalo betol orang tu nak kenal korang je... takdenye dia soh roger satu batalion kawan2 yang korang kenal untuk keluar sekali. ngehngeh... memang killjoy la bagi korang. tapi bagi dia, lagi ramai lagi baek. dia just taknak korang pikir bukan2. kata kawan~~ .. =p






3. Jarak

tak kesah la korang duduk ke, berdiri ke, berjalan ke... mesti berjarak punyalah dengan dia. kalo makan semeja tu.. payah la korang nak dapat dok sebelah or betol2 depan dia - unless kawan2 korang bersubahat dah pakat reserved seats sendiri. camne nak detect fungsi jarak ni? makin dekat korang dengan dia, makin tak banyak dia bercakap dengan korang. hakhak... terasa tak? sila2. xD


4. Sembang takde objektif

sembang lebat ni bukan maksud aku dia menipu. tapi ... dia sembang segala macam tok nenek topik dengan korang. tak berfokus langsung. kalo betol nak kenal orang, korang akan sembang hal2 hidup masing2 - cakap pasal kawan2, keluarga, kerja/kerjaya, interests and preferences... seumpamanya lah. tapi tengok2, dia ajak sembang pasal drama tv semalam, pasal banjir, pasal jiran dia gaduh... yang pelik2 ah. hihi... sedor2 le yang korang ni tengah menuju ambang kehampaan. luls~


typo kat situ. "Hit Like An Arrow" . malas nak edit. luls~

5. Ada je alasan
selalunya kalo orang tu betol2 nak kat korang, or at least nak bagi korang peluang... dia akan sedaya upaya carik peluang nak kenal korang. tapi tapi... bila korang ajak kuar ramai2 main boling, dia kensel. bila ajak pegi charity event pun dia kensel. tapi bila kawan laen ajak ... nak pulak dia. haa... bukan nak ngelak daripada korang. bukan tak suka. cuma korang ni tak berapa nak penting sangat bagi dia. uhuk.. tak reti-reti bahasa lagi? atototo... jangan aa nanges, baru 5.. ada lagi 5... simpan dulu ayor mata tu ye. hahaha


6. Cakap pasal orang laen

dalam korang sebok2 nak kenal dia... korang pon tanya la, orang camne yang dia suka. dia pon cerita la ciri2 orang tu bagi menjawab soalan korang. tup tup dia sebut "kalo macam si mat luthfi ----- ok jugak kan? hahaha" or "saya suka la tengok anwar hadi ------- tu. sejuk je mata!" or "bertuahnya kalau dapat kenal aiman azlan ----- tu?" ... dah kena pulak ciri2 yang disebut tu banyak takde kat korang... hoho... lagi mau tanya ka? xD





7. Cuba kenenkan korang dengan kawan dia

hahaha. ini ultimate joykill orang kata. elok2 korang berkenan kat dia ni.. tetiba dia boleh cakap yang kawan dia tu nampak sesuai dengan korang. dia pon cerita la pom pang pom pang pasal kawan dia tu - dengan harapan/niat nak kenalkan korang kat kawan tu. dia bukan apa.. sebagai kawan, dia nak tengok korang gembira - dengan orang lain. -_____- tak ke korang rasa awkward ... laen yang dihajat, laen yang nak dapat. hihi.. tu tandanya dia tak berapa into you... em em..*pats shoulder*


8. Kurang eye contact
well... maybe dia ikot tuntutan agama. kena redupkan pandangan. jauhi zina mata, zina hati, zina segala jenis zina. tapi secara psikologinya, less eye contact = less interested. bayangkan la, korang dok sembang2 dengan dia ni... korang tanya, dia jawab. korang buat lawak, dia gelak - tapi mata melilau. kekadang sambil jawab soalan korang or gelak tu, mata dia dok tenung henset kat tangan ke, tengok kiri kanan, perati orang lain ke... aa.. korang dah boleh start tekan X kat penjuru kanan browser korang ni ye... hiks



9. Tak banyak tanya 

korang dengan semangat membara nak ta'aruf ni kononnya - tanya soalan memacam! dia pon dengan steadynye, jawab je sume soalan kau. tapi kan... kenapa korang je yang tanya, dia je jawab? bila lak dia nak tanya? sampai terpaksa korang jawab soalan yang korang tanya kat dia tu just sebab nak intro-kan diri. ngee... nak tunggu dia tanya.. memang harapan laa.. em em


10. Gelap masa depan

takde. takdenye dia nak cakap "jumpa lagi insyaAllah" atau "next time ye!" atau "thank you so much for today!" ... memang tak la~ hewhew. sebaliknya, korang yang gigih cakap "kalau ada jodoh, jumpe lagi ye. eh" pastu gelak2 konon2 lawak.. padahal dia senyum je dengar, takde respon verbal pon. hak... finishing yang memang finished ah bagi korang. luls~...




amcam? teguh baca sampai abes? kental jiwa korang ek.. walopon korang yang buat semua2 tu kat friendzone-list korang. hahahaha xD

em em... a friendly reminder. tak semua yang aku cakap kat atas ni betol tau. jangan buat rujukan abadi pulak. ~.~ banyak je faktor yang memungkinkan dan menidakkannya. jadi, pepandai korang la nak nilai dan buat pertimbangan. all in all, berusahalah ke arah yang halal dengan berlandaskan cara islam dan syariat. insyaAllah~ ^^


dah. jangan nanges dah. k? hihi..



Sunday, February 3, 2013

Di Sabtu Itu... Hey!


...blup blup blupp... hepi hoi syok hoii!! hahaha




camni citernye... sabtu tadi, (kalo ikot waktu aku menulis entri ni.. semalam ah) aku turon bangi. aku call kedai sukan kat bangi tu, tanya pasal glove softball. dia cakap ada! aku dengan semangatnya siap2 pagi tu, teros gerak dari punchak, tegak ke bangi. thanks to a friend of mine, sebab bagi pinjam keta beliau... jasamu dikenang, sahabat. ^^

then sesampai aku kat area shah alam, kedai tu call aku balek. dia cakap

"maaf dik, glove yang adik nak tu dah takde. yang tadi tu kak silap tengok. maaf ye"

i was like... -__________-

haih.. sabor je lah. dah tu.. ni nak buat apa ni? nak patah balek punchak? mesti aku lagi frust japgi. hahaha. so... dah alang2 aku keluar ni, baek keluar betol2! yeah!! so nak buat apa? mari menuju ke destinasi yang tak pasti. hahaha

somehow... i felt like nak jumpak kengkawan la sesabtu camtu. why not kan? ok. so aku pon roger le them good frens of mine yg aku pikir2 ada kat area bangi-kajang-serdang-putrajaya~

jom, alamanda! sekarang.

lebeyh kurang camtu la mesej aku kat dorang semua. muehehehe. but seriously, i was just taking chances. aku tak menaruh harapan sangat nak dapat gather dengan dorang... ye la, masing2 aku tau - ada komitmen yang tinggi kat study, kat keje, kat keluarga... so i was expecting some or several 'no' lah.

but i was wrong.

almost semua yang aku ajak outing tu respon positif! waaahhh!! jingle bell jingle bell jingle all the way~! hahaha. hepi nih, hepi! dapat jumpak dengan kengkawan! wheeee!! despite some of them la yang tak dapat join.. macam si jeton. mamat tu sabtu2 pon kije, then petang nak balek umah kat parit. takpelah. nextime ye bro. ^^

to cut a long day, a long story short - alhamdulillah. aku dapat jumpak dorang kat alamanda, putrajaya... ^^

special thanks to Faiz, Izan, Intan, Ain, Pikah, Zida, Suraya.. sebab sudi datang dari jaohh nek keta nek teksi.., dan bersepah-sepah bersama-sama kat sana. korang simply the best!! sori jugak kalo dah tersusahkan korang, kena datang secara tidak dirancang. hewhew. what can i say, i'm unexpected. =p ekeke

ni token of kenangan kitorang berhoyeh-hoyeh kat sana. ^^ (in b4, sori paeh aku abehkan your last piece of polaroid paper! hihiks)

the girls (sorang dah balek, pegi kursus kawen. luls)

ni abang stranger yg snap. beliau tangan gegor. abeh kelabu gambor. ekeke. thanks abang apanamantah!

the without me . ~.~


apa yang jadik kat sana, bior kite simpan buat kenangan ye. hihi~

****

dan sebelah malamnya pulak... hahaha.. aku join budak2 Blogger Perak di perantauan (luar negeri perak. luls~) ber-mini-gathering kat iCity, shah alam. hahaha. memang baby day out sungguh! sape je yang ada? ada Aim, Pisyek, Adib, Hanie, Qila, Sya, Naq, kawan Naq (lupa lak nama beliau). memang gilo ah kalau dok dengan dorang ni. bergambor je kejenye.

well... malang sekali aku tadek gambor2 kitorang bersepah kat icity tu, (dibaca aku takde kemre/phone canggih2 macam budak2 laen) sebab bb kesayangans aku ni gelong. betri pon kong. so... handheld was shut down almost ALL THE TIME (on kejap2 je sebab nak roger budak2 ni dan tweet quarter after one.. ahaks!). thanks bb. bb patut thanks kat aku benornya, sebab masih setia... hahaha. hm~~ nanti kalo ada gambor, aku hapdet eh! ^^


phew. i had a good time!!! alhamdulillah. thank You Allah, for these precious gifts called friends. and the togetherness. =')

nextime lepak lagi yok!? :D