SOCIALIZATION

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, June 24, 2017

Talkin Soalan Lazim Bila Nak Kawen [Raya Special]




-Talkin Soalan Lazim Bila Nak Kawen-


wahai kamu bin/ti ibu kamu, hendaklah kamu ingat dan bersedia. akan tiba padamu hari raya, di mana kamu akan menjadi kaunter pertanyaan..


wahai kamu bin/ti ibu kamu.. apabila datang kepadamu para sahabat, sepupu sepapat, pakcik makcik jauh dan dekat... maka janganlah kamu berdukacita, gusar dan gementar. tatkala mereka menghampirimu, pandanglah mereka dengan tenang dan sabar. tatkala mereka menyoal kamu bertalu-talu:

siapakah pacarmu?

di manakah pasanganmu?

orang manakah si dia?

apakah kerjayanya?

berapakah umurnya?

sudahkah bertemu keluarganya?

dan bilakah kamu akan bersatu dengannya?



maka tenanglah kamu menghadapi mereka. janganlah dipalingkan muka mahupun meninggi suara. jawablah dengan sabar dan penuh hikmah;

siapa pun dia, itu ketentuanNya

dia berada dalam rahmat Yang Esa

orang berasal dari Adam dan Hawa

kerjanya mentaati iman dan agama

usianya menghitung hari seperti kita

bertemu keluarga pabila tiba masanya

dan jika bersatu itu ialah perkahwinan.. maka sesungguhnya jodoh maut itu rahsia Yang Maha Kuasa.



wahai kamu bin ibu kamu. tetapkanlah hatimu. ketahuilah yakni kamu sedang dalam ujian yang besar dan benar. bahawasanya hari raya itu benar, ziarah sanak saudara itu benar, dihimpunkan dan disoal serta dipersoalkan itu benar, dihitung gaji kamu dan usia kamu itu benar, dibandingbezakan dengan orang lain itu benar, dan dikenen-kenen itu benar.


lantaran itu janganlah kamu berpaling dan berlaku mungkar. senyumlah, bertabahlah. sendirian kamu menjawab pelbagai soalan. yakinlah, dan berimanlah. nescaya kelak mereka kan faham ataupun bosan.


ketahuilah, dan ingatlah. sesungguhnya mati itu pasti. jodoh itu pasti. takde jodoh pun pasti. dan haruslah kamu steady membela diri di aidilfitri.


#TalkinSoalanLazimBilaNakKawen


-pesanan khidmat masyarakat

28 Ramadhan 1438H

Wednesday, August 7, 2013

Adab Beraya dan Berhari Raya


assalamualaikum! salam sejahtera ke atas kamu. dah siap potong daging perap ayam rebus kerang kopek udang beli santan goreng kerisik hiris bawang cari lengkuas cabut serai potong halia anyam ketupat isi lemang basuh beras sapu sawang cat rumah lap kipas vakum karpet basuh kusyen cari saprah iron baju gantung kad reply mesej raya semua?

ohooii... dah nak raya ooiii...



amcam? semua preparation dah setel? pergh.. power. +1. well... kalo ikotkan hari ni mungkin hari terakhir ramadhan taon ni. huk.. sedeyh. yeah i know orang akan cakap "eleh sedih la sangat. ibadat tak banyak mana pun." and that's the point. sebab ibadat tak ramai la aku sedeyh. tah dapat peluang ber-ramadan lagi ke tidak lepas ni aku pon taktau. ntah2 raya esok pon aku tak sempat. haa.. em~ jadi, alhamdulillah, kita syukur dapat manfaatkan ramadhan kali ni dengan cara kita. semoga ibadah dan amalan kita diterimaNya. moga yang baek-baek sahaja. doa ye. =)

anyway

raya! aku nak cakap pasal adab beraya. berhari raya. kalau nak ikotkan, banyak benda buleh cerita pasal adab berhari raya ni. all in all, kita berbalik pada agama lah. tu tunjang kita. ^^ korang boleh klik kat SINI  untuk lebih penjelasan tentang adab-adab dalam islam dan hukum hakam berkaitan hari raya. now, aku nak kongsi pendapat tentang adab beraya pulak.

beraya kat sini aku istilahkan sebagai pergi bertandang ke rumah orang dan terima kunjungan orang ke rumah kita. ada do's and don'ts dia. amende!? haaa...




1. kalau pegi umah orang, jangan ada benci expectations. what kills a good story kat tv? yes, iklan. so dalam journey korang nak beraya tu, expectations tu iklan la. hehe. jangan expect tuan rumah nak layan kau macam YB macam menteri, or nak hidang makan sesedap, bagi duit raya etc. kamoonn.. cer pegi umah orang dengan niat nak ziarah, nak bermaafan, nak amik peluang tanya kabor... kan ke elok tu?

then, kalau buleh jangan laa membandingbezantarakan rumah2 yang kita kunjungi. mula2 pegi umah pak mat jual soratkabor tu, makan ketupat rendang daging. pastu rumah kak maznah janda meletop yang pak husin bilal berkenan tu, makan buffet ayam golek kambing bakor spaghetti lasagna segala tok nenek semua ada. korang pon compare la.. "raya sini lagi syok kan? tadi rumah pak mat makan rendang daging je." haa... tak elok oiii... 


2. lepas tu... bila bertandang umah orang.. kena hormat tuan rumah. nak masuk bagi salam. kalo 3 kali bagi salam takde orang sahut/jawab, sila paham. mungkin tuan rumah takde, or sebok, or tanak korang beraya situ. hahaha padan muka. tapi bagi salam pon kena la kuat... ini bagi salam macam nak tanya jawapan soalan objektif masa exam SPM kat member sebelah.. selow nak mampuih! memang malaikat pon tepuk dahi~~ kalo umah ada loceng, tekan loceng. kalo tadek... laung salam kekuat. ASSALAMUALAIKOOOOOMMMM!! OOO TUAN RUMAAHH!! JANGAN LA KEDEKUT SANGAT!! JEMPUT LA KAMI MASOKK!! PANAIH KAT LUAQ NI OOOOIII!!!

dah masuk rumah, jangan tunjuk perangai huduh korang tu please. jangan dok buat pi duduk teros kat kusyen or meja makan or depan tv. amboih seropa rumah sendiri pulak. ~.~ pi cari tuan rumah, beraya dulu. kalu korang tak mumaiyiz lagi syok la, buleh salam ikot dan. sukahati je nak salam semua. hehe. tapi kita dah besor kan? haa.. takleh selamber je sua tangan sambut tangan sumorang. adab, adab jugak. agama jangan tolak tepi. know your mahram and non-mahram. nak cerita pasal dengan sapa kita boleh/tak boleh salam pun panjang. so korang boleh la google2, bukak2 quran lepas ni ye. =)


aurat muslimah . sumber gambor


3. makan! Allah... korang pon tau korang nak beraya banyak rumah lagi kan. ni baru rumah skandal skarang. japgi nak gi umah ex-skandal nombor 3 plak. pastu jawatankuasa alumni bekas-bekas kekasih korang pun jemput ke rumah dorang; kena pergi tu, tanda #walaupunkitajauhterpisahtapikitakawanselamanya. si dia pun cakap mak ayah suruh datang ke rumah raya ni, nak menengok kata deme. tu tak kira rumah crush lagi - pon kena jemput - tentu2 la nak pegi! secondary crush lagi. apa pepatah korang tu; kalau tak dapat orangnya, dapat beraya instagram twitpic gambor sesama sekeping dua pon jadilah? haa... so makan berpada-pada.

makan tu bajet2 . agak2 sedap sangat, ok la rasa lebih sket. tapi jangan melantak sampai kenyang kat satu rumah! karang pegi umah orang laen korang dah tak makan plak. haa... kecik ati tuan rumah weh. siyes. orang melayu ni wajibnya pegi umah kena makan. kalo tak makan tu tanda tak sudi. kalo tak tambah nasik/makan tandanya nak habaq makanan tak sedap. so... mintak bungkus. hahahaha. ngek. know your limit ok? gauge your consumption. penting ni. jaga diri sendiri dan jaga hati orang laen, demi kemasylahatan bersama. hehe... 


4. bila bersembang tu... jaga bahasa. kontrol gelak beb. jangan over2. and kalo bersembang tu pikir2 topik yang sesuai. yang sensitip2 cuba elakkan... atau tak berlebihan. orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengor2... kalo kuih tak sedap, telan je. simpan dalam ati. jangan dah kunyah rasa tak sedap pastu cakap "makcik buat ke kuih ni? siyes tak sedap makcik.." pastu letak balek biskot korang dah gigit tu dalam balang... ~.~ bior berlainan pendapat ke apa ke, janji jangan sampai gadoh. jangan sampai mencemar kemurnian dan keharmonian hari raya yang ceria. =)


sumber: facebook habib jewels

5. paling penting! ni. ni paling penting. JANGAN asik main henpon time beraya kat rumah orang. elok2 ramai2 dok berkumpul, makan bersembang... korang dok belek henpon... main twitter main facebook instagram gambor langsir kusyen biskot lauk raya semua bagai. hamboih. ni aku paling pantang. sekali-sekala time awkward moment tu, bleh la gtau kat kawan2 kat timeline yang korang tengah kebas muka sebab tertumpahkan air sirap bandung yang baru dituang oleh anak tuan rumah yang cun/kacak tu sebab neves tengok si dia sampai tak berkedip mata masa nak amik biskot yang tak sedap tu sebab korang taktau sangat nak buat apa dah nak cover excited yang bergelodak di jiwa tu. em em... tapi kalo tengah sembang dengan tuan rumah, dengan orang lebih tua yang patut kita hormat... jangan la main henpon. silent, off, anything. give yourself a good time borak2 macam orang normal. boleh? orait.

6. set masa! timing tu penting ooo... memang la korang seronok dapat beraya kat rumah crush korang... lagi2 dia plak melayan korang sembang makan segala. rasa takmau balek! tapi beringat la sama... korang maybe ada rumah laen yang nak dikunjungi, yang perlu diziarahi. or kalo korang dengan kawan2, kena pikir gak kawan2 korang tu nak kemana2 pulak. don't be selfish tau. takdenye kalau jodoh tak kemana. jodoh pun reti berjalan, tahu? dia pon nak kemana-mana jugak. dia nak beraya ke lain jugak.. kannye nak ngadap muka sangap korang je. jangan sampai tuan rumah cakap "aa.. kitorang nak beraya ke rumah sebelah ni, jom la ikot sekali." .. tu tanda korang kena halau cara halus la tu. tak paham lagi taktau la. ekeke. so time your time wisely. ok?

7. bawak duit raya. haaa... ni strategi. especially kalo korang bertandang ke rumah enche/cik bakal kan. biasanya akan ada budak2 kecik. adik dia ke, anak sepupu dia ke, cucu cicit mak ayah dia ke... jadi! layan la kanak2 tu~ kalo korang naturally suka main dengan budak2, then +1 dah. tapi kalo tak biasa... inilah masanya nak biasa2kan. orang tua2 suka tengok anak2 muda yang pandai layan kekanak. dorang akan ada rasa kebolehpercayaan kat orang2 yang good with kids ni. siyes. aku study psychology ok.. hahaha. so time nak balek tu... agak2 tak ramai budaknye, hulur2 la duit raya kat deme... kalo ramai pon takpe asal korang mampu la. jangan memilih budak lak! itu resis namanya. lol!


bagi duit raya ikot kemampuan ye. tak mampu, takpe. hehe


noharom panjang nak arwah aku tulih kali ni. pointnye sikit je.. merapu je lebeyh! hahaha.

aku sembang semua2 ni secara general lah ye. bab2 khusus macam pakaian, transportation, alergik, status n relationship, korang punya circle of life etc etc tu... kena pikir sendiri la. kalau pakai baju kain chiffon tu, make sure jugak la dalam dia lining tak jarang. songkok sama hitam, butang baju melayu kaler laen2 derr. hahaha.

all in all.. aku doakan raya korang ceria happening selamat dan penuh barakah. jangan membazir ye. itu amalan geng korang yang baru balek daripada bercuti panjang. hehe. selamat hari raya!


Sunday, July 28, 2013

Iftar Jama'ie Blogger Perak (wilayah tengah) 2013


assalamualaikum! ^^ pekabor? dah abeh duit gaji beli barang raya? hiks

haritu!!


iftar jama'ie blogger perak (wilayah tengah) . tu tangan adib bytheway. =p


alhamdulillah... haritu, 21 julai 2013, bersamaan 12 ramadan 1434 hijrah, hari ahad.. kitorang berjaya menjayakan majlis berbuka puasa secara berjemaah dengan jayanya~ hahaha. ^^ syukur syukur! despite perancangan yang boleh dikatakan last minit jugak... iftar jama'ie yang sederhana dapat dilaksana - thanks to komitmen, bantuan dan sokongan semua pihak yang terlibat! uhuu.. terharu. =']

well, the journey began bila ada yang cakap "jom bukak puasa sama2!" set! teros kitorang jadikkan event ni "majlis berbuka puasa Blogger Perak (wilayah tengah)". dari situ kitorang gather member2 yang nak join, yang boleh join. then decide tarikh, masa, tempat etc. jadi, end result dia kitorang tetapkan satu weekend yang mostly semua free, makan kat restoran Sofina seafood kat persiaran inspen, gate 1 putrajaya.

sebagai insan yang ditugaskan booking tempat dan order makanan, aku kena la gerak awal. so izan dari kajang amik aku kat bangi pergi kedai makan. kitorang sampai sana kul 3. punya excited nak place order nih... sekali kedai tu pon tutop lagi daaa... facepalm kejap. haha. since tanak buang masa, kitorang gerak ke cyberjaya, amik rahim mesir, kawan izan. pastuh baru faiz roger cakap kedai dah bukak. ok excited balek. hahaha. pegi kedai, order2 semua, siap. baru pukul 4 lebeyh, banyak lagi masa. nak buat apa pastuh??


demonstrasi jalanan. haha. buat putu kacang weh! tradisional auumm~


since kitorang datang dari multiple lokasi, first thing first nak kena ensemble the army! haha. lepak alamanda putrajaya dulu beb~ ^^ so kitorang berempat pegi alamanda - meet and greet adib dengan hani kat sana. awal gak budak2 ni sampai. then tak lama lepas mini reunion tu, wawa pon sampai dengan kakak dia, dan kawan kakak dia. ohooii makin meriah! =) lepas lepak2 kat rasa tu, buat macam rumah sendiri... sampai lagi comrades daripada division setapak - shah alam. ada aim, qila, al, kawan2 al. lepas solat asar kat surau sementara alamanda yang dah macam permanent je aku tengok tu, baru laa kitorang gerak ke tempat makan~





kat sana!!

waaahhh... makin makin meriah!! dalam pukul nam setengah membawak ke pukul tujuh tu, baru la semua2 yang RSVP ada. wheee!! syok wooo~~ time tu my colleagues, athirra dengan syidah sampai... then tak lama pastu pikah, nisa dengan arip pulak sampai. cukup orang dah? belooommm... glad-fully 14 orang student inspen, yang aku ajor dorang kat sana dulu, pun sampai and join the party. hahaha. yeayy!! altogether iftar kitorang haritu ada 34 orang yang join. semua2 la, alhamdulillah~~ sonok sangat rasa! ^^




nampak tak senyuman yang terukir kat muka picek tu? ekeke

the everyone!

me with the INSPEN'S!
boys dah jalan dulu, tak sempat bergambor. wuu..



adik beradik sanak sedara blogger perak!!


 tapi tu la... masa tak berapa nak mengizinkan. sempat makan sama2, sembang sikit2 je... especially dengan those yang bukan budak2 blogger perak. uhuu... =( takpe la. semoga dalam masa yang singkat tu ada ikatan silaturrahim dan kemesraan yang terjalin sempena majlis sederhana di malam ramadhan yang mulia. ecewah! =p hehe... ada rejeki kita makan2 lagi okay? yay!!


and then?


lepas makan tu... kitorang pegi depan istana kehakiman kat presint 2 putrajaya. buat apa? apa lagi... bincang tentang masa depan lah! hahaha. takde lah. pegi rehat2, amik2 gambor buat kenangan. bukan selalu dapat gather reramai cemtu. hee... 

haa... with them friends i have, how could i possibly not be thankful? merci, Allah. gracias. alhamdulillah. =)


jakim . CEO . cekgu

dah macam poster filem/ cover album lak. ekeke



the we!


syukur sangat2 . segala perancangan dan urusan dipermudahkan. and may i say, it was a success!! taktau nak cakap hepi nya aku rasa camna. indescribable. hee... thanks.

special thanks to adib (adired studios) yang memang official photographer videographer editor er er er Blogger Perak. sampai abeh betri kemre dia kitorang punya lenjan. hahaha. ni hasilan beliau!!!



bagi yang cuba/nak datang tapi tak kesampaian... uhuu.. takpe la. nak buat camne kan. maybe lain kali insyaAllah. and to everybody; semua yang join terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung. terima kaseh!! thank YOU!! ada rejeki kita gather2 lagi!!


till then

hahahahaha

Wednesday, July 24, 2013

[TUTORIAL] Part 2 - Cara Buat Meriam Tanah


salam setengah ramadhan! dah pegi tukar duit raya kat bank?

ok. haritu aku buat tutorial meriam katak atau meriam tin. ada orang siap request aku buat video tutorial! erm.. sebenornye aku memang berhajat pon. cuma takde kesempatan lagi. nanti2 la, aku dah balek kampung nanti... kita tengok camne ye?

baek! kali ni, kita advance ke level seterusnya! meriam tanah!!


meriam tanah versi gelung konkrit/paip pvc. sumber gambar


bahan-bahan nak buat meriam tanah;

tin susu tepung / tin milo yang sama saiz (dalam 5-6 bijik)
karbaid
api
air


alatan

pisau / gunting besi
cangkul
kayu / buluh pencucuh


cara-cara buat meriam tanah

1. bersihkan tin. buang bawah/bontot tin guna pisau/gunting. bagi tin jadi satu silinder yang berlobang atas dan bawah. AWAS! hati2 dengan kepingan zink/besi tin. nanti luka plak. 

tinggalkan satu tin untuk dijadikan bekas takung karbaid nanti. jadi tin tu jangan buang bontot dia. just tebuk kat tepi tin tu sebagai lubang pencucuh. (rujuk rajah)


tin untuk body meriam dan pencucuh



2. korek tanah dengan cangkul. korek ikot kedalaman yang sesuai untuk letak tin/meriam. kalau main kat tanah rata, pastikan hujung bunker meriam tu ada ruang extra untuk api keluar. kalau main tepi parit, pastikan hujung meriam betul2 kat tebing parit/sungai/tali air.

pastikan tin muat-muat dengan lebar lubang bagi mengelakkan tin melompat, teranjak atau bersepai.

pastikan hujung meriam tak terkambus.... kalau tak, memang lingkup. jahanam~


3. susun tin yang dah ditebuk tu sepanjang-panjang lubang yang dikorek. amik tin yang tak dibuang bontot-nya tadi, isikan dengan karbaid dan air. letak kat pangkal meriam.


4. ambik kayu/buluh pencucuh, pelekat api kat hujung buluh dan 'ketuk' tempat cucuh meriam.


ni situasi kalau main kat tebing parit/sungai/tali air


KAABOOOOOMMM!!! 


simple kan? semudah 1,2,3 .. ABC. ekeke.

safety measurement;

kalau agak2 takot tin melambung or bersepai... elok korang timbun/kambus meriam tu dengan tanah kejab2... pastu tindih dengan apa2 benda berat. just in case.

kalau korang cucuh meriam tapi tak meletup... JANGAN pergi sua muka kat hujung/muncung meriam konon2 nak check tengok apa yang tak kena. ketuk tin pencucuh dengan api sampai at least ada bunyi meletup walopon kecik or tak kuat, atau sampai lubang pencucuh keluar api (kitorang panggil pelita) .. then only korang selamat nak keluarkan tin yang ada karbaid tu untuk check defect whatsoever. pandai2 timing, ok?

untuk entri lama yang lebih merapu, klik SINI


All in all, SAFETY FIRST!!


DISCLAIMER

- penulis cuma ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam. ok? get it right. hehe

- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula atau nak share, saya izinkan. just kreditkan ke sini je. thank you in advance! hehe

- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri. kena marah ke, kena tangkap ke... penulis tak jamin haa.. hiks~

Sunday, July 14, 2013

[TUTORIAL] - Part 1: Meriam Katak/Tin


assalamualaikum! salam sejahtera. dah belajor buat biskot raya kegemaran bakal mak mertua korang?

ramadhan kareem... lately aku banyak dapat requests untuk buat entri pasal meriam. ni semua based on aku punya tutorial dulu tu. tapi tu duluuu sangat. taon 2011. so taon ni nak kena renew la kot. orang suroh simplify. yang suroh translate ke english pon ada gak... sebab dorang google translate tak berjaya katanya. bahasa terok. hahaha

so!

sebagai mukadimahnya, aku akan start dgn tutorial buat meriam katak atau nama lain dia meriam tin. paling senang. masa darjah 2 aku dah master buat ni. hahaha. jom!


bahan2 diperlukan

tin kosong (lagi besor tin lagi power)
karbaid / kabad
air
api


alatan

kain
paku
penukul
buluh/kayu panjang


cara2 buat meriam katak / meriam tin


meriam katak / tin 

1. bersihkan tin. penutup tin boleh dijadikan pelapik karbaid nanti, so jangan buang. amik paku n penukul, then tebuk satu lubang kat tengah2 bahagian bawah tin.


make sure kabad tak "lemas"


2. letak karbaid atas pelapik/bekas. campur air sikit. tutup karbaid dengan tin yang ditebuk tadi. terlangkupkan, bagi lubang ditebuk tu kat sebelah atas.


tutup dulu lubang tu untuk beberapa saat, (sampai hilang bunyi hssss...) lepas tu baru cucuh


3. cucuh api kat hujung buluh/kayu panjang yang dibalut kain. then, lekat api tu kat lubang tin. .. BOOOMM!! dan tengok tin tu 'lompat' , terbang ke langit. there you go. meriam katak. hehe


voila!



senang kan? hahaha


technically speaking, senang je. cuma ada beberapa perkara la yang menentukan meriam tu menjadi or tak.

firstly aku nak pesan, kalo korang nak buat meriam katak ni, make sure tin tu tin baru, bukan tin lama yang dah nak reput atau nampak mudah pecah. penting sangat2, sebab kalo salah pilih tin... bleh bersepai beb!

kendian... part karbaid dengan air tu. it's a process of learning. try la letak seketul karbaid sebesor ibu jari, then air dalam beberapa titik or dalam sesudu camtu.. lepas tutup dengan tin tu, kena "peram" sket for a few seconds. lepas tu baru cucuh. aa... itu tekniknya. 

kalo salah amount campuran kabad+air+timing, maybe tak menjadi. takpe. cuba dan terus cuba. korang kena pepandai adjust ye. cuma! jangan over. karbaid jangan terlalu banyak beb... risau jadi periuk api je karang.. haa~ ini serius. ok?


untuk entri versi merapu lebeyh, sila klik SINI


all in all, safety first! =)


DISCLAIMER

- penulis cuma ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam. ok? get it right. hehe

- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula atau nak share, saya izinkan. just kreditkan ke sini je. thank you in advance! hehe

- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri. kena marah ke, kena tangkap ke... penulis tak jamin haa.. hiks~

Thursday, August 23, 2012

Hanya Sekepal Dua - Empatbelas

assalamualaikum.



SELAMAT HARI RAYA!!! 
Happy Eid Mubarak, Eid Al Fitr. Jolly good holidays, woot woot! ^^ 


amcam raya?? ada baek? ada dapat banyak duit raya? pegi beraya mana je? rumah ex korang? ke, rumah crush? ke... crush dgn ex korang tetibe datang beraya serentak kat rumah korang? hahaha

raya kali ni happening sangat bagi aku.

yeppa. macam2 jadik. macam2 hal naik cerita. siap naik pelamin! bergambor je la... bukan aku yang menikah pon.. =p  hehe. anyways, part happening2 raya ni aku kiv untuk entry raya nanti. ok?

actually kan...

aku nak ucapkan thanks, thank YOU, arigatou, terima kaseh yang tak terhingga kat korang - readers and viewers - sebab sudi singgah kat blog picisan ni. terharu sangat, bila ada yang bertanyakan ; bila nak update entri? bila nak ada sambungan cerita? mana sekepal dua yang baru? etc etc... sokongan kalian amat2 dihargai. em!

huhu... so far, entri/siri sekepal dua ni paling dapat sambutan daripada korang. aku pon tak paham kenapa. maybe sebab cerita budak2 kat sekolah tu menghiburkan kot. harapnye lah. nasib baek dorang budak2, so takyah aku kreditkan kisah yg aku tulis tu kat dorang. takyah bayar royalti. hahaha

bukan takmoh hapdet tau. tapi... ada kekangan2 yang membataskan. chewah, ayat nak kerajaan je. lol! insyaAllah, aku akan cuba rerajinkan diri hapdet belog tepi jalan ni ye.

anyway aku dah tulih draf utk sekepal dua 14 ni dah bulan puasa haritu. sebelom cuti sekolah aku bajet nak publish. sekali aku terdelete plaakk... adeii... senak otak aku takleh terima hakikat yang aku klik delete dan okay tu dalam keadaan separa sedar. zzz... takpelah. aku cover balek kat sini yeh? hihi

nak cakap banyak ni. tapi kat entri laen kot. so here, the happenings kat skola sebelom rayaaa~ enjoice!! ^^

*****

budak : sir, sir balik kampung tak?
me      : yes~
budak : sir balik kampung sape?
me      : kampung cikgu lah. why?
budak : ooo... ingatkan sir raye kat kampung isteri sir.

*****

budak A : sir, saye tak bawak buku hari ni, sir.
budak B : saye pun , sir
budak C : saye tinggal buku kat rumah
me          : kenapa kamu tak bawak?
budak A : mak saye cakap dah nak raye, takyah belajar
me          : mak kamu ke... kamu? esok cikgu nak kamu bawak. faham?
budak B : esok saye tak datang sekolah tau sir! mak saye cakap tak payah datang dah. 

*****

me         : all right, let's talk about hari raya! what do you usually wear during raya??
budak 1 : bahulu!
budak 2 : mercun!
me         : no no. i said "wear". pakai. what we normally wear, pakai, time2 raya?
budak 1 : almond london!!

*****

me      : sape pandai buat ketupat?
budak : ustaz! saye!
me      : kamu pandai? bagitau sikit, macam mana buat ketupat.
budak : senang je ustaz... ambik lighter. lepas tu cucuh, baling la dekat kawan!
me      : tu mercun ketupat . . . cikgu tanya ketupat yang makan tu~
budak : oh! yang tu? saye pandai ustaz!! bukan susah pun nak makan ketupat. ape la ustaz ni.

*****

budak : sir, kenape sir pakai songkok?
me      : kamu agak kenapa?
budak : rambut sir panjang kan?
me      : . . .

*****

budak a : sir, nanti sir raye dekat mane?
me         : cikgu balik rumah cikgu
budak b : rumah cikgu dekat mane?
me         : rumah cikgu dekat dengan rumah kamu. hahaha. (aku gelak jahat) kampung kamu kat mana?
budak a : kampung dia dekat dengan kampung saye, sir.
me         : kat mana tu?
budak b : dekat kampung cikgu laa. kan tadi cikgu cakap rumah cikgu dekat dengan rumah saye..
me         : . . .

*****

budak : ticer, ticer dah kawen ke belom?
me      : kamu ni tak habis2 tanya soalan tu. ha, kamu rasa ?
budak : dah. ticer dah ade anak jugak kan!
me      : haih budak ni.. ha, apa nama anak cikgu?
budak : mane saye tahu. anak ticer, bukan anak saye. kenape tanye saye

*****

me     : okay. since today is the last day of schooling before raya holiday, i would like to wish you all, selamat hari raya, maaf zahir batin. cikgu doakan kamu semua selamat berhari raya. come back in one piece, okay?
budak : sir! sir baca one piece jugak??

*****

budak  : ustaz, kalau saye bagi kad raye dekat mak saye, takpe kan?
me       : eh mesti la takpe. dapat pahala lagi, tau.
budak  : tapi mak saye dah takde. macam mane saye nak bagi, ustaz?

*aku terdiam... sebak..  aku hanya mampu usap kepala dia..*

me       : kamu doa banyak2 untuk mak kamu ye? nanti Tuhan sampaikan salam kamu kat mak kamu
budak  : em! terima kasih ustaz!



Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

-A'an-

Friday, August 10, 2012

If I Could Turn Back Time . . .

Assalamualaikum..

dear Puan Salmiah binti Saidin. how are you doing? I hope you're doing fine and great - just like you were. =)

mama. hari ni kan... 10 ogos dah, ma. kalo ikot kalendar islam / hijrah, hari ni dah 21 ramadhan. a'ah. dah bulan puasa, ma. sori la adik tak bagitau mama awal2. tapi adik rasa mama lebih tau kan. ehe

hari ni ma... banyak sangat benda jadi.

kalau kat sekolah tu, hari ni hari last ujian formatif. budak2 dah habis paper dorang dah. skarang cekgu2 tengah kalut nak tanda kertas dengan key in markah online. hee.. biasa la ma~ dah camtu kejenye. ^^

hari ni seluruh Malaysia bergembira tau ma! sebab Pandelela Rinong menang pingat gangsa dalam acara terjun kat sukan Olimpik kat London. huioo~~ gempak kan? tu la. adik tak sempat tengok acara tu pon. bangun pagi tadi tengok kat internet je. tah2 dah ada result. whee!! bangga kan ma? ^^


tadi kan ma... adik kena basoh dengan chekgu2 sekeliling adik~ hahaha. bukan buli ma.. tapi dorang ramai2 usik adik pasal bab kawen. pergh... kebetulan semua pakat tengah free time tu. memang masak laa kena bahan tadi. dah la adik bujang, paling muda kat sana lak tu. yang kecoh2 tadi semua laki orang, bini orang.. semua pangkat2 kak-abang dah. ekeke

takde apa pon. just dorang ngusik je la. bila nak kawen. nanti nak kendurik macam mana. lepas tu dorang cerita pengalaman dorang dalam bab-bab kawen nih. dari dorang berkenalan la, zaman belajar la, zaman keje la... hihi. sonok gak ma. tambah ilmu~~ adik boleh dengar je la. hik hik..


mama..

hari ni.. 10 ogos 2012.

ada lebih kurang seminggu lebih je lagi nak raya, ma. kalau ikot kalender, dorang cakap kita raya 19 ogos. hari ahad. huuu... tambah tolak ada 9 hari je lagi, mama.

alhamdulillah. semalam bonus dah masuk. adik dah check. syukur, ada duit lebih nak buat belanja. boleh la tolong2 kakak sket. adik pun ada nak guna jugak. nak soppink~~ hehe

nak soppink apa?

nak soppink untuk raya aidilfitri la maa~~ takkan untuk raya haji yang lambat lagi tuu. hihi. adik kan.. teringin nak beli baju raya kaler biru. ala, warna biru lembut yang mama suka tuu. yang biru pastel tuu. haa. tapi kan, sampai hari ni adik takde jumpa baju melayu yang adik berkenan. kalau warna dia cantik, kain dia pulak tak sedap. kalo kain baju tu sedap pakai, takde lak warna yang adik berkenan. haih... sori la, anak mama ni kalo bab2 baju melayu, baju raya.. memang cerewet teruk. hahaha

hmm.. kalo nak soppink pon kan ma.. tinggal esok lusa je la. weekends, sabtu ahad. sebab isnin sampai jumaat adik keja. sabtu sekali lagi tu baru balek kampung. boleh jumpak mama, yey! ^^ tapi tapi... esok macam malas la pulak nak keluar... orang tentu2 ramai, ma. sesak. adik pun kannye tau nak soppink kat mana. rasanya.. tak kot. hee.. adik pakai baju melayu hitam yang 7 tahun lepas punya je lah ma. ok kan? ^^

tapi.. sebelom balek kampung, adik nak beli something jugak la kot. untuk kakak, dgn anak2 dia. taktau la makcik tu suka kaler apa. adik ingat nak belikan tudung je. tapi.. tu la. adik pandai pilih tudung bawal je. adik suka tudung bawal. yang stail2 fesyen2 sekarang ni... adik kureng sket. mama pun dulu pakai tudung bawal je kan? yang tudung malas tu memang takde langsung seingat adik. hee.. patut la, adik dapat genetik tudung bawal daripada mama rupanya~ hahaha

sejak2 kerja, ni la first raya adik sebagai orang bergaji. alhamdulillah. taon lepas time raya adik tak dapat keja lagi~ mama ingat tak? yang adik dok melepak kat umah akak tu. adik bukannya buat apa pon. ada la ajar english kat anak2 jiran... ajar mengaji kat budak2 tu... and that's all.

so tahun ni ada rezeki tuhan nak bagi. syukur. nanti nak pegi bank, nak kuarkan duit. dah kena bagi duit raya la mama~~ cucu2 mama tu dah pandai mintak duit raya kat acu dia ni ha. ekeke. kesian, taon lepas kakak siap pesan kat budak2 tu - jangan mintak duit raya kat acu tau, acu tak dapat keja lagi. hahaha. yey! taon ni acu dorang boleh bagi duit raya!! xD

oh. maaaaaaybe adik nak kena beli kuih raya jugak kot. sebab... yelah. kalo dulu kita buat kuih raya sama2. buat bahulu beratus ratus bijik. buat semperit, kuih tart, biskut cornflakes, kuih Y, kek cawan, kek buah... hee. dulu adik pandai buat kuih raya kan ma? biskut raya. tapi sekarang... dah tak reti kot. hm.. dulu bancuh adunan, masak apa semua dengan mama. sekarang kita masing2 jaoh.. memang tak dapat la adik nak curik2 rasa adunan bahulu tak siap kan. dah takde sape buat. hihi..


mama

lagi 10 hari nak raya, ma...

kawan2 adik... ramai yang dah belikan baju raya, tudung raya, kuih raya... untuk mak ayah dorang. kat facebook tu kan ma.. semua pakat seronok nak balek raya, nak buat kuih raya, nak kemas rumah, itu ini. macam2. semua cerita balik nanti nak jumpak mak ayah dorang, nak mintak ampun maaf, nak beraya dengan mak ayah di pagi2 raya tu... seronok dengar dorang cerita, ma. =) adik pun tumpang gembira.


em. adik..boleh tumpang gembira. je.


sebab.. adik tahu..
raya adik takkan semeriah raya dorang.
raya adik takkan sama macam raya dorang.
raya adik takkan lengkap, macam mana sempurnanya orang lain beraya dengan keluarga.. ma.


memang. adik ada kakak. adik ada anak2 buah. adik ada saudara mara, pakcik makcik, sepupu sepapat. adik ada kawan2 ramai.


tapi adik takde mama. adik takde abah.


mama tahu tak... betapa adik terkilan.. sebab tak dapat sambut ramadhan dengan mama, abah. kita dah tak dapat berpuasa, pergi teraweh, mengaji sama2 - macam dulu.

mama tahu tak... adik dah takde perasaan nak balik kampung. adik tak tahu macam mana gembiranya orang yang nak balik kampung - sebab nak jumpak mak ayah dorang. sebab nak beraya dengan mak ayah masing-masing kat kampung. apa perasaan tu ma... adik tak pernah dapat. adik tak sempat..

mama tahu tak... adik menangis dalam hati ... tiap kali ada orang yang jual2 baju, tudung, telekung kat sekolah.. ofer, suruh adik beli. beli untuk sape? katanya...


"beli la untuk mak, untuk ayah. gaji dah ada, bagi la hadiah raya untuk mak ayah"


ya Allah.... kalau adik boleh menjerit, adik jerit dah kat situ mama... kalau ikutkan hati adik memang adik dah nangis time tu jugak! tapi adik hanya mampu diam.. senyum.. adik tahan air mata ni daripada tumpah, mama.  itulah keinginan hati adik.. hasrat hati adik, hajat adik. adik memang nak belikan mama abah kain baju. adik memang nak belikan mama abah hadiah. adik memang nak mama merasa duit gaji adik. tapi adik takkan mampu buat semua tu dah mama!!!

adik dah takkan mampu.. ma...

orang lain belikan baju raya untuk mak ayah dorang..
orang lain hantarkan kad ucapan, kad raya kepada mak ayah masing2
orang lain - walaupun jauh - masih boleh telefon mak ayah dorang, tanya khabar, dengar suara, berborak..
orang lain sebok cari tiket, planning cuti dan perjalanan - nak balik kampung, nak beraya, nak salam peluk cium mak ayah dorang..

adik?
adik belikan baju raya nak bagi kat sape, ma?
adik nak hantar kad raya.. nak alamatkan kat mana, mama?
adik nak call... memang adik teringin sgt nak dengar suara mama.. tapi macam mana, ma?
adik akan balik kampung, adik akan beraya... tapi adik nak salam, peluk cium... adik nak salam tangan cium tangan cium pipi kucup dahi mama abah macam mana, mama!?? 
mama dengan abah dah takde dengan adik kat dunia ni..



dear mom...
i had you for like 18-19 years. tho it seems long - it ain't that long - for a son who longs for the love of a mother. his mother.

you had done so much, so many things, so borderless effort for me. from the day i was in your womb, till the day you gave birth to me, till the last breath of yours... all those days you spent with me, feeding me, bathing me, combing my hair, knotting my shoelace, sewing my torn clothes, walking me to school, teaching me how to spell to write to speak and sing, playing hide and seek with me, sleeping next to me, nursing me, slapping me, pinching me in the stomach, twisting my ears, baking cakes and biscuits with and for me, sewing pairs of clothes and baju raya for me... saying you love me... telling me how much you care...

i just can NEVER repay all those things that you did.. mom.

i missed ... no, there's no past form for my miss towards you, mama. i miss you. i am missing you.. but always, i will.

tapi.. adik bersyukur, mama. sekurang kurangnya... adik pernah merasa beraya dengan mama, dengan abah. kat luar sana.. ramai anak2 yatim yang masih kecil. yang tak pernah merasa kasih sayang ibu dan ayah. yang mungkin lebih mengerti - apa itu rindu. syukur, adik pernah diberi ruang dan peluang untuk kenal mama abah.. untuk bermanja dengan mama abah... adik lebih bernasib baik daripada ramai kanak2 yang dah jadi yatim piatu sejak dorang kecik lagi. cuma adik terkilan... adik tak pandai menghargai peluang dan masa yang adik ada dulu...

maafkan adik, mama..abah.




em.. ramadhan dah nak habis. adik pun bukannya orang yang kuat beribadat sangat. cuma adik harap... apa yg adik dah buat, diterimaNya. insyaAllah.. tak putus doa adik untuk mama abah kat sana. kalau ada amal jariah yang adik buat, moga2 ada bahagiannya untuk mama dan abah jugak.

ramadhan kali ni.. raya kali ni..
=')

semoga... kita berjumpa di sana... nanti .. dalam redha dan rahmatNya. ameeenn..

10 Ogos 2012

selamat ulangtahun kelahiran, mama. -^^-
adik rindu mama
adik sayang mama

daripada anakmu..
azhan



em. ini.. video yang sangat mengingatkan adik kat mama dan abah. ='] selamat hari raya, mama.. abah..

Sunday, October 2, 2011

Celebrating October! Oct 2 - Blogger Perak Sekalung Kasih

ni bukan sekalung dah... berkalung-kalung kasihnya Blogger Perak hari ni. wheee!! ^^


alhamdulillah. hari ni impian jadi kenyataan. selama-lama ni aku dok hingaq pasai nak pi gathering Blogger Perak tak buleh2. wahahaha!! syok! hepi banget seh!

meh aku cerita sket2 rentetan kejadian. =)

memandangkan aku berada di kejaohan utara tanah air...takde la jaoh mana, kat negara Sungai Petani je. tapi lebih dua marhalah jugak la kalo nak ke Taiping tu, lokasi BP Sekalung Kasih ni. so, takot lambat punya pasal, aku kuar umah direct lepas suboh. dlm 6.30pagi camtu. semangat tak? hehehe

nyampah la plak bawak keta sensorang suboh2... banyak lori. zzz~ main dengan Ford buruk ni rosak pulak ekon dia, memang telan asap lori la... sebab bukak tingkap luas2. lantak lah. jangan berjelaga hidong sudeh.

gedebak gedebik gedebuk!! sampai la aku yang hina ini kat tanah tumpanh darah aku... Taiping!!! yeah. siyes. aku diberanakkan kat Hospital Taiping ye. nombor IC 87xxxx - 38 - xxxx. 38 tu kod daerah Taiping tau. hahaha.

disebabkan aku sampai agak awal, so aku amik keputusan nak tunggu good mate aku, si Ticer Anis tu datang dulu, then baru gerak ke lokasi yang dimaksudkan. sementara tunggu dia, aku round2 la taman tasek tepeng tu. woot woot! meriah la pulak! ramai seh orang ber-rekreasi pepagi hari nih. tetiba aku nampak bebudak main tuju kasut! sejenis permainan budak2 kampung. direct aku parking keta kat tepi jalan tu, turun main skali dengan budak2 tu. hahaha. wekk, tak malu! main dengan budak. dah menang bangga. hahaha

lepas abes maen tuju kasot, aku pecut cari taman suria. sumpah aku tak ingat jalan. jadi, aku serah je kat takdir. haha. aku just ikot gerak hati, hunch and instinct... pusin2, main selamber je amik simpang ikot suka hati.... tengok2... yeay!!! sampai taman suriaaa!!! wah! hebat gak aku nih. hohoho. terus aku carik ayor terojun yang best tu.

jumpak!!! so arahan seterusnya, aku cakap kat Ticer Anis soh carik aku kat ayor terojun tu while aku main2 air kt situ. wheeee!! syok laaa~ rindu2. =D

dalam 15 minit cmtu...baru la dia sampai. sembang2 kejap, teros gerak cari dewan orang ramai taman suria. aku rasa Tuhan memang anugerahkan aku ability macam GPS la. sku main tibai je jalan. sekali terus jumpak dewan tu! ngehngehngeh. xD

haaa.... kat sini la kemeriahan bermula!!!

kitorang datang je teros ada geng blogger perak yang keluar sambut. waahh! siyes cakap, ni 1st gathering Blogger Perak yang aku join - tapi geng2 blogger ni punya keramahan... pergh! macam kitorang dah kenal bertahon2 ha! sangat welcoming ye. ^^ alhamdulillah, thanks kat dorang, aku tak rasa terasing walo sekelumit pon. heee

aku tak sure lak ni gathering ke berapa BP. tapi yang pasti, gathering kali ni bukan setakat bloggers je, tapi Blogger Perak raikan anak2 yatim dari dua buah rumah anak yatim kat Taiping nih. mulia kan dorang? aku bangga sangat dengan usaha murni yang kengkawan BP ni buat. alhamdulillah, ada rezeki aku nak join berbakti kat anak2 kecil yang senasib dengan aku ni. well, actually aku masih dikira beruntung berbanding dorang... i had my mom and dad for at least 19 years... but those kids... just look at their age... dorang takde mak ayah sejak kecik lagi. kesian kan? em.. mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas kedua ibu bapa mereka.

so! Rumah Terbuka BP Sekalung Kasih. siyes wa cakap lu - ini event adalah sempena raya. raya ye kengkawan, R.A.Y.A. haha. jadi, kitorang cuba meriahkan suasana dengan sememeriahnya. ^^ best bro!! bab makan tu takyah citer la. kredit kepada sape2 yang masak/tolong2 masak dan seangkatan dengannya. sedap!! hehe.

tu part makan! tak kire part laen lagi. haaa... dalam event kali ni ada banyak segmen tau. meh aku eksplen sket segmen2 yg aku maksudkan. memula ada segmen "Eh Yang Tu Sape Ek?". haha. ni obviously aku la peneraju utama. maklum laaa... tengok kat FB je selama nih. so bila depan2 ni, nak tembak2 pon takot salah orang...cek maluuu. LOL! lepas tu ada segmen "Sekapur Sireh". segmen ni masa dorang dok bagi2 ucapan, bentangkan ketas kerja dan caturan peperangan kat dalam dewan. aku plak missed part nih, sebab gi basoh cawan kat tandas. hihi.

lepas tu ada segmen "Makan2 Jangan Segan". dah pagi tu melantak bihun sup yang sedap. naik tengahari sket, ada nasik laaa!! memang murah rezeki. hehe. segmen "Meriah Kau Jah!" adalah segmen penceria suasana. anak2 yatim yang comel2 semua nih, dorang buat persembahan untuk hadirin. mula2 ada nasyid, lepas tu ada nasyid lagi, lepas tu ada bacaan surah lazim/hafazan. maklumlah, dorang budak2 tahfiz. tapi paling grand.... sorang budak tu perform solo beb!! karok siap! hahahaha. lepas tu, lagi terbaik... ada yang pandai beat-box seh!!! memang aku nganga luas2... tahfiz ber-beat-box?? pergh!! #kaumampu ? hahaha

tapi budak2 blogger perak tak dok diaaamm... kitorang serang balas dengan segmen "Yes We Can!", iaitu... kitorang pon bantai melalak jugak! nyanyi lagu raya, hei! lepas tu lagu kenangan terindah kot. hee... aku tak tally sgt dgn lagu2 indonesia nih. ^^" memang tak ingat dunia kan? siap aku berjoget atas stage. hambik kau!. hahahaha

ha! selingan. Blogger Perak jugak buat sambutan ulangtahon kelahiran kat budak2 yang sambut birthday dorang dalam bulan ni, Oktober. wahahaha!! siyes aku taktau pasal ni, tapi tentu2 la aku hepi. dan dengan hepinye aku menyemak skali budak2 tu - sebab aku pon October-born baby yo!! sukenye!! xD siap kek lagi baii.... lawa plak kek tu. besor! dan sedap! nak makan pon cam sayang je. tapi telan jugaaaak.. hihi

segmen paling gah dalam dunia... "Kau Hengat Kau Chantek!?" hahahaha. ni maksudnya sesi bergambo!!! ok, segmen ni berlangsung sepanjang masa - dari start event sampai la tutup kedai. memang terbaek lah! kenangan la wei~ siyes. hepi sgt. ^^

wallao~ sangat suka ini hari. memori yang cukup umph!!

terima kaseh yang tak terhingga buat kengkawan Blogger Perak. looking forward for this kind of event lagi int he future. insyaAllah, i'll be contributing anything within my might to make it a success. ^^

nah! sneak peak sket2. recap hari nih. lol!









dan hari ni, hari ulangtahon kelahiran Nurul Syuhada dan Noryana! Happy Birthdaaaayy!!! ^^

p.s; did i mention pasal kek? dan celebration birthday yang "diawalkan" ? . hahaha

Sunday, September 4, 2011

Bersawang!


waaahh!! interface blogspot (blogger.com) dah baruu! cantik dan kemas. suka! suka! hehehe.

ngee... berhabuk bersawang abeh blog... lama tak jenguk. raya sakan punya pasal (sebenornye takde internet ==") hehehe. lama siot tak blogwalk dan post entri.


banyak sangat nak diceritakan nih! slow2 la eh? kita share baek punyaa!! ^^ for now...nak tido kot... penat liao!! hahaha =D zzz~~

UPDATE!

aku nak puji gak lagi pasal upgrade yang blogspot dah buat.

lawa seh! kemas oooo... clean-neat-tidy. aku suka sangat. senang nak menaip. nak insert gambor, music, video dan pautan. hehe. bila menaip pon rasa sejuk je. bwahaha.

elok la. yang dulu tu ada teknikal sikit2. nak preview entry pon kekadang original post jadi celaru. so aku harap blogspot dah fix bendalah seumpama tu. bukan apa, so far blogger masih sayangkan Blogspot/blogger.com. kalo banyak flaw nanti... makin ramai la yang pakai Wordpress, Tumblr dan laen2. (well.. aku sendiri dah pakai WP dengan Tumblr. hahaha)

apsal dorang upgrade time2 ni eh? ada agenda tak? hm... mana la tau... ni nak ulangtahon 9/11 nih... macam2 dah aku baca kat tenet. yang baek ada, yang tak baek pon ada. haih...dunia2~

apa yang best pasal September ek? hm... oh!! em..

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan: Day 28 - Last Night of Ramadhan

tonight...

i performed the last 'teraweh' for this ramadhan.

sad. i feel sad.

why?

too many things...

...

what if..

tonight's the last night i could perform teraweh?

tomorrow's really the last day of fasting for me?

what if..

this is the last Ramadhan for me to celebrate..

the coming raya ... is the last one for me to cheer..

...

have i done enough deeds?

have i done enough prayers?

am i really forgiven?

by them and others?

...

dear God, Most Merciful, Most Gracious.

i am nothing but my all - thanking You...

for all the goodness and Your blessings; i could give none in return compared to everything You have given me all along..

thank You, Allah.

...

..

.

dear God..

You know..how hard i've been praying for them, ayte?

You know... how much i love them.. You do know, how much i miss them...

so Lord, please..

please...

keep them in Your love. keep them safe in a good place... the place of all the good men and all the loved ones of Yours.

is it too much?.. sorry.. can't help it.

...

mama... abah...

kengkawan adik semua seronok, mama... semua hepi, abah... sebab dapat beraya kat rumah, kat kampung... dengan mak ayah dorang..

ok.. ada kawan2 adik yang terpaksa dok jauh...beraya kat perantauan... beraya tanpa keluarga kat sisi...

tapi...

dorang still boleh webcam dengan adik beradik dorang..

dorang still boleh hantar kad raya balek rumah... terima kad raya dari rumah...

dorang still boleh... call mak ayah dorang...

dengar suara mak ayah dorang...kan?

tak macam adik.......

...

mama

adik rindu mama...

adik rindu nak anyam ketupat dengan mama...

adik rindu nak bakaq bahulu dengan mama...

adik rindu nak buat kek, buat kuih raya...masak rendang... dengan mama.

adik rindu...nak dengar suara mama...

adik rindu nak peluk mama... nak salam mama... nak cium pipi mama....

adik rindu mama sangat2~


abah...

adik rindu abah...

adik rindu nasi himpit yang abah buat...

adik rindu pasang pelita dengan abah...

adik rindu kena marah dengan abah... kena beletiaq dengan abah...

adik rindu ... nak dengar suara abah...

adik rindu nak peluk abah... nak salam abah...cium dahi abah...

adik rindu abah...

...

..

.

semoga...mama dan abah... tenang di sana.


selamat hari raya

mama, abah.

Friday, August 26, 2011

Ramadhan: Day 26 - Merdeka Raya :: Rayakan Kemerdekaan!!

hari ni dah 26 Ogos 2011. tu tak lama lagi kita akan sambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 54! bila? 31 Ogos la~ raya kedua, insyaAllah. ^^

nah intro! lagu feveret sepanjang zaman.



nice kan? ^^

wah~ seingat aku la... ni first time kot hari raya jatuh betul2 dekat dengan hari sambutan ulangtahon kemerdekaan negara.

dulu, bila raya dekat2 dengan tahun baru Cina, kita panggil Gong Xi Raya (kongsi raya). bila raya dekat2 dengan Deepavali, kita namakan Deepa-Raya. orang Malaysia ni memang kreatif. ade je yang nak di-modify-nye. hihi. kali ni, kita ada apa? yeah!! Merdeka-Raya.


nampak tu? kenapa kita sebut merdeka-raya; walopon kita raya dulu, baru sambut hari kebangsaan. haa.. tu tandanya nak ingatkan kita, yang sambutan ulangtahun kemerdekaan ni pon penting gak! kne bagi priority. =). (ekceli, sebab sedap sebut je kot..hee. aku je memandai tafsir mcm lain. ^^")

tau la korang sebok2 nak raya, kan. tapi aku harap, jangan la kita sampai terlupa, terabai nak memperingati perjuangan dan pengorbanan yang generasi terdahulu sampai la sekarang dan curahkan demi nak mengecapi dan mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati ni.


tolonglah. mana2 rakyat sesebuah negara pon sanggup bergolok gadai, bersabung nyawa semata-mata nak bebas dari jajahan. kita yang dah dapat kemerdekaan ni - sayangnya - ada pulak yang tak tau bersyukur. siap sanggup nak gadai maruah negara! apa la punya manusia... haih..

aku berpesan pada diri sendiri, dan jugak seluruh rakyat Malaysia. nyatakanlah, tunjukkanlah rasa kesyukuran dan berterima kasih, serta sifat menghargai kita atas kurnia nikmat kemerdekaan yang kita ada sekarang.


banyak cara yang boleh kita buat untuk tunjukkan rasa syukur dan bangga kita dengan kemerdekaan Malaysia. paling koman - kibarkanlah Jalur Gemilang~ dan berdoalah, agar Malaysia kita yang tercinta, harmoni dan sejahtera untuk tahun ni dan tahun2 mendatang. ok? =)

usaha2 laen? hehe. leh tengok contoh2 yang tersedia. kalau kreatif, bikin baru yang lagi unik dan memorable! yeaahh!! enjoy! ^^




oh by the way. korang tau tak, tahun ni - sambutan ulangtahun kemerdekaan negara dibuat serentak dengan sambutan Hari Malaysia; 16 September nanti? ^^

untuk keterangan lanjut, sila lawat portal rasmi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan: Day 25 - "Oh Meriam Buluh!" - Meriam Buluh Laa - Edisi "Teman Bangge Teman Orang Perak!"

baru2 ni trafik ke blog aku tetiba meriah dengan kehadiran viewer dari enjin carian Google. dan entri yang paling banyak di-view, ialah entri siri "Oh Meriam Buluh". (naik ke page 1 carian google dengan katakunci 'meriam buluh', 'meriam tanah', dan 'baju raya'. wheee!

beberapa hari lepas, ada seorang pensyarah warga England dari sebuah univ kat Bristol yang buat kajian sejarah Melayu dan kepulauan Melayu, hantar emel kat aku. sebab? sebab dia kagum dengan keunikan tradisi buat dan main meriam buluh yang kaum Melayu amalkan, dan mintak aku ceritakan pengalaman.



dan ada member2 aku yang cakap camni. "pandai ko buat meriam buluh ye. eh ko orang mana? Perak? patut la ko tere buat meriam!" hahahaha. aku tak paham perkaitannya. tapi, bangga2! hee.

jadi di entri terakhir untuk siri Oh Meriam Buluh ni, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua pembaca dan pengikut setia, serta korang2 yang dah bagi macam2 respon pasal blog dan entri aku nih. time kaseh, arigatou, thank you! ^^

entri kali ni - meriam buluh!



kalo entri-entri yang lepas aku cerita macam mana nak buat dan main meriam kan? macam meriam tanah dan meriam katak. tapi untuk entri meriam buluh ni...

mula2 aku nak cakap pasal langkah2 keselamatan kalau nak buat dan main meriam buluh.

1. cari/guna buluh yang sesuai
please please please. bukan semua buluh sesuai untuk dibuat meriam ye. buluh jepun takleh. buluh kuning takleh. buluh bemban takleh. buluh lemang - lagi la tak bleyh guna. cari la buluh yang berdiameter lebih dari 6 inci. kalo bleh, kulit buluh tu sendiri tebalnya lebih dari 1 inci. biasanya kami guna buluh gajah/tabung or buluh hutan.

2. ambik buluh yang matang. tak muda sangat, tak tua sangat.
buluh muda berat air. buluh agak lembut lagi, so kemungkinan untuk meriam meletup dengan bunyi yang tak sedap adalah tinggi. kalau buluh tua sangat, memang la kering. tapi tu jugak la nak buat kaki, tangan, muka, badan korang bersepai macam buluh jugak. hehe. camna nak tau buluh tu best ke tak? korang try jentik2 buluh tu. aku nak ajar tak reti, tapi kalo aku dengar sendiri bunyinye, leh tau elok ke tak.

3. ikat buluh dengan getah tayar (tayar dalam) atau dawai.
biasanya aku sendiri tak ikat meriam buluh - sebab dah tere pilih buluh yang paling baek (konon). hehe. tapi, sebagai peringatan, aku nasihatkan - ikat getah tayar/dawai kat badan buluh (antara ruas2 buluh). ni untuk elakkan dari korang terkena serpihan2 buluh sekiranya meriam korang meletop dan berkecai dengan meriahnya. kalo korang dah betol2 pro je...um...pikir lah sindri. hehe

4. JANGAN guna diesel/petrol untuk ganti minyak tanah.
ok. ni part ekstremist. selalu aku ajar guna air dengan kabad kan? kapi kali ni aku nak gtau - kalau nak meriam meletup dengan lebih power, korang leh ganti air dengan minyak tanah. hehe..
kabad + air + api = TEBABOOOMMM~!!!
kabad + minyak tanah + api = KABOOOOOOOOMMMMMMMMM!!!!!!
ada paham? hehe. 
tapi! jangan guna diesel or petrol! sebabnye... kalo diesel, kabad cepat kering, hancur, dan gas tak sempat nak banyak. so meletop tak kuat. kalo petrol... erm.. meibi rambut korang je yang hangus, or telinga korang je berdarah...ataupon semua yang dok kat meriam tu bleh register siap2...nak masuk hospital bahagia ke, atau hospital swasta (wad jagaan rapi).


5. JANGAN buat bengong letak mercun (terutamaya mercun bola/ketupat/badak) dalam meriam buluh.
elok2 bleh main banyak round... jadi takleh men teros. samada sebab meriam korang hancur, or tangan/muka yang hancur.

6. paling penting nih - JANGAN CAKAP BESAR/berlagak sangat time buat/main meriam.
orang tua2 kata... beringat sebelom kena. Tuhan tak suka kita menunjuk2, cakap besar, riak takbur segala. so walopon korang tere buat meriam, tere bancuh kabad, berani cucuh meriam dari jarak dekat... korang kena ingat, korang selamat pon dengan izin-Nya tau. haa... so kalo Dia nak teach you a lesson... anytime anywhere je Dia mampu. so, jangan bongkak takbur angkuh, kutuk orang laen, etc etc. k? baca doa mintak diselamatkan dari sebarang mala petaka dan bala bencana. seronok2 gak, tapi kena la tau limit. hehe.

7. benda2 lain yang remeh temeh, macam... jarak antara pelita/api dengan meriam, kuantiti kabad yang nak diguna, risiko2 dimarahi jiran dan dikejar warga surau dan pihak berkuasa tempatan, kemiskinan akibat banyak berbelanja beli kabad dan minyak tanah, dan laen2 yang berkaitan... rasanya aku takyah mention kat sini kot. masing2 pandai pikir dah kan? sendiri bikin, sendiri tanggung! hahaha

meh sinih nak tunjuk kehebatan meriam.



nih. from other vantage point. hehe



sekadar berkongsi pengalaman. main meriam gelung dan meriam tanah lebih selamat dari main meriam buluh. ^^ banyak faktor yang bleh menjelaskan kenyataan aku nih. tapi malas nak tulih. korang pikir la sendiri kenapa eh. huhu. cuma, meriam buluh adalah pemula khazanah tradisi main meriam menjelang hari raya. =)

mungkin... di lain kali kot (taktau la bila kan..hehe), aku cerita cemana nak buat meriam buluh.

until next time~... thanks for reading!!! ^^

*****

DISCLAIMER!
- penulis (saya la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.


- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.


- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis terlebih dahulu. ok, saya izinkan korang share. just kreditkan ke page ni je.^^ thanks~ hehe


- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^