assalamualaikum! salam sejahtera. dah belajor buat biskot raya kegemaran bakal mak mertua korang?
ramadhan kareem... lately aku banyak dapat requests untuk buat entri pasal meriam. ni semua based on aku punya tutorial dulu tu. tapi tu duluuu sangat. taon 2011. so taon ni nak kena renew la kot. orang suroh simplify. yang suroh translate ke english pon ada gak... sebab dorang google translate tak berjaya katanya. bahasa terok. hahaha
so!
sebagai mukadimahnya, aku akan start dgn tutorial buat meriam katak atau nama lain dia meriam tin. paling senang. masa darjah 2 aku dah master buat ni. hahaha. jom!
bahan2 diperlukan
tin kosong (lagi besor tin lagi power)
karbaid / kabad
air
api
alatan
kain
paku
penukul
buluh/kayu panjang
cara2 buat meriam katak / meriam tin
meriam katak / tin |
1. bersihkan tin. penutup tin boleh dijadikan pelapik karbaid nanti, so jangan buang. amik paku n penukul, then tebuk satu lubang kat tengah2 bahagian bawah tin.
make sure kabad tak "lemas" |
2. letak karbaid atas pelapik/bekas. campur air sikit. tutup karbaid dengan tin yang ditebuk tadi. terlangkupkan, bagi lubang ditebuk tu kat sebelah atas.
tutup dulu lubang tu untuk beberapa saat, (sampai hilang bunyi hssss...) lepas tu baru cucuh |
3. cucuh api kat hujung buluh/kayu panjang yang dibalut kain. then, lekat api tu kat lubang tin. .. BOOOMM!! dan tengok tin tu 'lompat' , terbang ke langit. there you go. meriam katak. hehe
voila! |
senang kan? hahaha
technically speaking, senang je. cuma ada beberapa perkara la yang menentukan meriam tu menjadi or tak.
firstly aku nak pesan, kalo korang nak buat meriam katak ni, make sure tin tu tin baru, bukan tin lama yang dah nak reput atau nampak mudah pecah. penting sangat2, sebab kalo salah pilih tin... bleh bersepai beb!
kendian... part karbaid dengan air tu. it's a process of learning. try la letak seketul karbaid sebesor ibu jari, then air dalam beberapa titik or dalam sesudu camtu.. lepas tutup dengan tin tu, kena "peram" sket for a few seconds. lepas tu baru cucuh. aa... itu tekniknya.
kalo salah amount campuran kabad+air+timing, maybe tak menjadi. takpe. cuba dan terus cuba. korang kena pepandai adjust ye. cuma! jangan over. karbaid jangan terlalu banyak beb... risau jadi periuk api je karang.. haa~ ini serius. ok?
untuk entri versi merapu lebeyh, sila klik SINI
all in all, safety first! =)
DISCLAIMER
- penulis cuma ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam. ok? get it right. hehe
- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula atau nak share, saya izinkan. just kreditkan ke sini je. thank you in advance! hehe
- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri. kena marah ke, kena tangkap ke... penulis tak jamin haa.. hiks~
4 comments:
Dulu time kecik2..
Penah la main bnda nie..
tp tgk kot jauh ja la..
sepupu yg main..
Kami kecik lg..sbb tue kami tgk ja..
sepupu kami korek lubang..lepas tue letak kabad dlm lubang dgn ayaq..lepas tue tutup dgn tin..dan bakaq..kebaboomm..tin lompat naik atas..
Kami tepuk tgn tgk tin tue meloncat..
seronok..wee~~wew~~
Hampa mesti lejen kan kat kampung dlu..hik2.. :P
hamboii
Mohon guna imej.
sila2. gunalah. kreditkan ke sini je ye. mekaseyh~ ^^
Post a Comment