assalamualaikum. salam witir. dah start malas gi solat teraweh? hehehe
haritu... masa kitorang makan moreh lepas teraweh... aku duduk2 la lepak dengan member aku ni. tengah syok dok sembang baek punya... tetiba dia jadi macam tak ketauhala. err.. tak keruan. haa.. kejap dia bersila, kejap dia duduk tahiyat awal, kejap2 betulkan kepiah. ish, tak buleh ke dia ni duduk diam2 elok2 sikit... tengok macam aku, bersimpuh je dari mula makan sampai sudah. hmm...
rupa2nya... ada sebab. tak tak bukan dia ada buasir. sebabnya... dia tertangkap syok kat sorang gadis ayu yang lalu kat belakang aku masa dok makan tadi. patut la sat bukak spek, sat pakai. mata dah kelabu asap! hahaha. aku perati je la dia... sambil senyum. kita paham la kan. hehe. lepas gadis tu hilang dari pandangan, baru dia normal balek. aku sakat la;
"hamboih... nampak gadis je teros cerah dunia! hahaha." dia balas
"eh manade... mende ko cakap ni. haha. makan2"
sikit lagi aku nak starlite dahi dia dengan sudu cedok gulai daging tu. sikit lagi. hm... orang in state of denial macam tu la. jari ada sepuluh pun dia kata dak aih, lapan ja... ~.~
actually... when you feel good, it shows. when you like someone, you will feel good. then it shows la jugak obviously. scientifically proven you know. haa.. i'm not talking zero ooo. hehe. here, some good tips for you to
1. degupan jantung menderap laju
di setiap ada kamoo mengapa jantung ku berdetak.. berdetak lebih kencang... seperti genderang mahu perang. bak kata fahrin ahmad, ali cafe KUAT! hahaha. bila kita syok kat someone (or something) tu, ada satu sistem dalam badan kita yg beroperasi dipanggil "adrenaline rush". A-Rush ni yang buatkan darah dipam lebih laju (especially ke/dari jantung), dan hormon pon join sekaki. sebab tu korang rasa berdebar... dup dap dup dap dup dap...
been there? hakhak xD |
2. berpeluh
satu downside adrenaline rush ni ialah dia jugak provoke hormon - which explains pengeluaran peluh yang extra daripada biasa. ketiak tu takyah cakap la... tapi paling obvious ialah kat tapak tangan. sweaty palm memang common. sebab tu kadang2 korang akan rasa tak selesa... kejap2 nak basuh tangan la, nak tisu la, main rambut la, lap tangan kat kain seluar baju la... haa.. tak pernah sedor lettew sebelum ni. ekeke
3. bertukar!
belom. bukan sesenang nak dapat number fon dia. ekeke. tapi, suara. yeaaahhh~~ lelaki akan rendahkan ton dan suara dia, dan pompuan pulak akan bercakap lebih laju sikit daripada kebiasaan - bila bercakap berkomunikasi berinteraksi dengan orang yang dia suka. sebab tu kalo tengok kawan korang pom pang pom pang bersembang dengan korang waktu lunch, tapi tetiba tepon dia bunyi.. teros tukor suara, jadi gentleman nak arwah. hahaha. petanda besor weh. ^^
4. anak mata mencapah
ini... ini korang takleh tengok sendiri. agak pelik kot bila korang tengah borak2 dengan crush korang, pastu tetiba keluarkan compact dari dalam handbag then tengok cermin semata-mata nak kompemkan anak mata korang mengembang seperti yang diperkatakan... em em. tapi siyes. ni pon salah adrenaline rush tadi. nak pulak si dia puji "eh mata awak cantik..." ... korang pon lagi la jegil bijik mata tu.. pom pecah! mati... hahaha
5. euphoria
no. bukan sepupu Sony Xperia. euphoria ni macam... angau kot. secara sains-nya, bila korang rasa hepi, badan akan produce extra dopamine, bahan kimia yang buat korang rasa donia ni korang yang ponyaaa~~ ya betol... makin hepi makin tinggi level dopamine, pastu korang high, pastu pengsan. eh ada tau kes orang pengsan bila nampak or bercakap dengan orang yang dia suka. ni la punca dia. hee...
6. you jump i jump
you die, i say bye byesubconsciously kita akan terikut-ikut tingkahlaku orang yang kita suka tu. kalo dia gelak tutup mulut, kita akan tertutup mulut dengan tangan jugak walopon sebelum ni kita gelak nganga luas2 sampai leh masuk siku. kalo dia makan dengan sudu garfu, korang akan cuba ikot cara dia makan walopon sebelom ni tanganlah sudu-garfu-sudip-senduk korang. em em. tu belom cerita body language lagi tu. haaa... chapter laen ok? hikhik
7. tetiba segans...
bukan segan malas. tapi segan maluu.. tersipu-sipu... uhuuu... orang kulit cerah paling senang nak detect. bila dia segan or malu or seumpamanya, muka dia habes merah! dok la diam macam mana pun, orang nampak gak.. hahaha. ini selalu jadi. bila segan2 ni... mula la tak tentu arah. buat apa pon tak kena. typo la, slip of tongue la, tanya soalan bukan2 la... haih. terasa tak? ekeke
8. rama-rama dalam perut
orang kampung aku kata, butterflies in my stomach. kekadang tu bukan butterflies je... satu zoo ada dalam perot! lagi kesian kat yang ada jurassic park dalam stomach tu... hahaha. ni pon salah adrenaline rush. dia pam darah keluar daripada organ2 dalaman macam perut, pegi kat otot2 kita. sebab tu kita rasa cergas semacam.. rasa nak lari pecut 100 meter berhalangan pun mampu time tu. so now korang paham kenapa kehadiran (apatah lagi sokongan) enche/cik crush adalah pemangkin dan mungkin jugak punca kejayaan korang habiskan larian 400 meter di tempat kedua walopon korang tak pernah jogging pon sebelum ni? hehe...
oh ya. sebab ni jugak korang rasa kurang selera makan. perot rasa gerak2 je.. tak selesa. apa orang puteh kata... makan tak lalu, tidoq tak lena, mandi tak payah... em? heee
9. berangan
tipoooooooo... tipu la korang tak berangan pasal dia. tipu la korang takde letak harapan kat dia. tipu la korang takde doakan dia, dan dia dengan korang. hahahaha. takpe2. itu normal. itu namanya memburu impian.. kuuuu jejak.. jalan yang berlikuuuu... ke lagu ni? tuhan tolong.. lembutkan.. hati diaaaaa~~ =p
****
amacam? semua tu kena kat idung korang ke? jatuh bertimpa-timpa dari langit ketang ketang atas kepala sendiri? ekekeke. takde la. mungkin korang pon tau benda2 ni... tapi tau tak bererti mengetahui. tak bermaksud memahami. so... refleksi diri. k? pandai2 laaa... dah besor dah.
oh bytheway. ini semua hasil pembacaan dan permerhatian aku ye. kalo ada salah silap tu, mohon tegur, mohon kongsi. insyaAllah kita sama2 perbaiki. hiks all in all! berpaksilah pada agama~ kerna menerusi agama je, korang akan selamat donia akhirat. wallahualam~ ^^
p/s: ni baru interaksi dunia nyata... kalo kat fb kat twitter, acaner? ahaks! nanti kita kupas kat entri laen. adieu!!
No comments:
Post a Comment