Monday, September 5, 2011

Mentibang Laut??

korang tau tak mentibang tu apa? korang tau tak mentibang laut tu apa??

pernah dengar tak nama mentibang laut tu?? pernah tengok?? pernah makan (!?)?

haaa... kalau tak silap aku laa... mentibang laut ni dari kecik lagi kita dah dok sebut2. tapi biasanya kita guna time nak maki atau kutuk orang la. sebagai contoh;

"mentibang laut punya budak! aku pesan beli sardin, hang beli milo tin!"

ataupon..

"ko ni betol2 mentibang laut la... soalan senang camni pon ko takleh jawab."

jadi kan... benda ni buatkan aku terfikir... mentibang laut ni menatang bengong ke? lemau tahap mana sangat sampai jadi adjective dan dirujuk kat orang atau perlakuan yang kita tak suka?

dari dulu aku dok tanya kat manusia sekeliling - dari sekecik2 budak yang pandai menjawab, sampai la ke orang2 tua yang hidop sangat lama dan insyaAllah banyak pengalamannya. "mentibang laut tu apa dia?"

paling best bila aku tanya kat orang yang memang selalu sebut dan guna perkataan "mentibang laut" tu sendiri. nak tau apa jawapan dorang? ni antara jawapn yang fofuler ye..

1. ntah.
2. menatang yang hidop dalam laut, tapi taktau rupa dia macam mana.
3. menatang macam umang-umang, tapi boleh terbang. (huh!?)
4. menatang macam obor-obor.
5. adik-beradik mentimun laut.

obviously... masyarakat Malaysia ni masih ramai yang belom certain pasal mentibang laut. takyah kata kat orang, aku sendiri sampai sekarang tak yakin yang mentibang laut adalah menatang ni;


sebab menatang ni aku panggil "belangkas". we'olls urban sangat kowt~... hahahaha

paling best...korang leh tengok kat SINI. ^^

hehehe... nanti aku cerita pasal adik beradik mentibang laut pulak - si mentarang dan mentibang darat. bwahaha!

3 comments:

~Kirin Selama Perak~ said...

KSP tau makan ja
wakakaka
:p

phyto hystrix said...

assalamualaikum..

goodness,cantiknye background!! :D i have no idea what mentibang is too. tapi bunyi die kelakar. mcm sape yg kena kata mentibang tu,kesian je tp nk gelak sebabb perkataan tu macam..sounds to me like 'cicak kobeng' automatik rs nk gelak. ok xde kaitan! maaf2! :D

antara said...

@KSP - lebeyh kuang la kita. hahaha

@phytohystrix - hakhak. background free. amik kat tenet je. lol.

tu la. smpai skrg tak dpt kenal pasti mentibang tu sebenornye apa. kena buat Monster Quest nih. hehe