SOCIALIZATION

Tuesday, September 6, 2011

Antara Kucing dan Hamster, Aku Pilih Rubah

sekarang ni kecoh pasal isu Petknode (ntah betol ke tak aku eja nih). ala, asmara asrama haiwan peliharaan tuuu. yang pemilik2 kucing belaan pilih untuk jaga baby2 dorang time cuti panjang or time dorang takde kat umah.

dulu aku tak pernah dengor pasal petknode nih...sampai la raya tadi - sepupu aku kat Bangi balek beraya kat kampong tanpa kucing2 kesayangan dorang. ajaib bin aneh la aku kan. selalunya dorang bawak balek sama. yelah, kalo bior kat umah tu... mati kering la kucing2 tu tak makan. takde orang jaga.

tanya punya tanya, rupa2nya dorang hantor kekucing tu kat hotel haiwan peliharaan. ooooo... baru la aku tau, benda macam tu wujud. sori la, budak kampung bela kucing takde hotel2 bagai. ada sangkar tikus dengan reban ayam je. hehe

ni bukan kucing. ni Arctic Fox. my favourite mammal. hehe

hm... aku plak terpikir... kalo ada hotel kucing/anjing macam hotel untuk manusia... mesti ada tempat penginapan laen, kan? apsal tak hantor ke rumah pengasih ke, resort ke... ada homestay tak? hehe

balek kat citer pekond. no, ini bukan typo. aku memang suka sebut Petknode as pekond. |pe-kon|. senang, tak tergeliat lidah.

uuuuiih.. kesian sangat la aku tengok kucing2 yang mati tuu... lagi kesian aku tengok owner2 menatang2 yang terseksa tu... tapi, lagi lagi aku kesian bila tengok pemilik dan pekerja2 kat Petknode tu... sebab? sebab dorang jenuh nak menjawab dengan Tuhan nanti.

kemon la. sah2 orang bagi pets dorang kat ko untuk dijaga dengan baek, kan? dah memang tu pon tujuan ko bukak pusat jagaan haiwan, kan?? dah tu kenapa la gamak gi menzalimi haiwan tu semua~... kalo tau tak mampu, jangan terima. dah jadi camni, baru la nak gelabah, nak nyesal bagai..~

siap bold "good care". good la sangat~

ni kes pecah amanah la ni. haa.. Nabi pernah cakap... kalo tak mampu nak pikul amanah, lebih baek jangan terima daripada kita memungkirinya kelak. yang jadi masalahnya kat sini, bila tau tak mampu, tapi nak gak kata "Yes We Can!", you can count on us! don't worry - be happy! your pets are in good hands bla bla bla.

sedih aku dengan manusia2 yang taknak guna akal elok2 nih. duit mau, tapi buat keja takmau. buat lak cincai2. hambik, silap2 haram la jadinye. wallahualam. em... aku taknak emo lebeyh2. Tuhan tau what best for them.

eh kejap...aku melalut apa nih? lari jaoh dari tajuk la!! haha =D

ok2. meh sentuh pasal tajuk sikit.

aku seorang yang suka kucing. tapi aku lagi suka arnab daripada kucing. aku suka bela hamster, tapi aku prefer untuk bela hedgehog berbanding hamster. dan impian aku adalah nak bela raccoon dan musang artik.

sangat Americanized, kan? hahaha ^^

3 comments:

phytohystrix said...

assalamualaikum

Americanized! bebenoooo :P rupenye mike suke pets yg rare. sugar glider suke x? kiut! tp die x duk diam. aktif trobang merate. :D

Antara said...

sangat. kan? hahaha.

sugar glider suke gak! tapi kecik sangat la... tak reti nak manja2. rasa nak masuk mulut, telan je. hihihi xD

phytohystrix said...

erk.. :\ jangan la telan makhluk halus sekawaii itu. ;D