SOCIALIZATION

Thursday, September 29, 2011

Wake Me Up When September Ends

dah... bangun2. September dah nak abes dah pon. as for today, harini dah 29. esok hari terakhir dalam bulan September. so bangun la hari ni. kelipak kelipuk mata, kedip2 tonyoh mata, tepuk2 pipi, menguap puas2. =)

bagi aku, frasa "Wake me up when September ends" tu sangat kena dengan situasi sekarang. kenapa? hehe... lemme take you back into June... dari bulan enam haritu, aku sangat tak produktif dan tak proaktif. dari bulan jun sampai la september, aku gagal dalam mendapatkan kerja. aku gagal dalam melakukan aktiviti2 berfaedah. aku gagal dalam mengekalkan berat badan under 55kg...

apa je yg aku buat selama 4 bulan nih? haa... bukan aku tak carik keja. aku cari la. tapi sesungguhnya Tuhan maha kaya, satu kerja bergaji pon tak sangkut dengan aku. so, aku end up hari2 ajar budak2 mengaji, ajar English, etc etc. lepas tuh, aku dok tensen sebab dok area sinih takleh main basketball. aku tak dapat nak bersukan! memang la, orang kata kalo nak bersenam tu, tak payah nanti ada padang - lari keliling rumah pon kira bersenam. but that's not my thing~ huuu..


paling aku tensen - bab makan. sumpah aku cakap, makin2 aku nak jaga makan, makin kuat lak aku makan. dah la akak aku ni pandai masak. bila masak asik sedap je... mana aku tak suap nasi dengan lauk masuk mulut?? haih... lepas tu, stress, sebab rasa badan naik. sebab perot lagi tinggi dari dada. stress, sebab bila pakai seluar saiz 28, dah mula rasa ketat kat pinggang. ngee~


dan paling2 aku risau, super stressing... ialah menanti posting kerja. aduhh... tobat la letih dok rumah tak buat apa. i'm not a TV person. siyes, aku bukan rajin sangat tengok tv. tapi rajin gak la tengok Nat Geo, Discovery, History Channel tu. bleh tambah ilmu. sementara dok jadi penunggu setia surat pinangan dari kementerian nih, berapa ratus dah duit aku habis beli buku, beli bahan bacaan. sebab? bosannye lah dok umah.... tu tak kira duit aku habis isi minyak keta, bayar tol, pergi merata ikot suka je, sebab tak tau nak buat apa kat umah. hmm... nasib aku tak beli PS3/Xbox360 je. siyes aku dah survey bendalah tu haritu. hehe..

aku risau... sebab aku dah lama sangat berhibernasi nih. yelah, consider tido la tu, dh dok umah tak buat apa pon! aku risau aku takleh nak recall knowledge yang aku simpan hasil belajar 6 tahun sebagai guru pelatih bila diperlukan nanti. parang kalau tak diasah, lagikan tumpul. samalah dengan ilmu. kalo ko tak guna, tak share, mana nak datang pengalaman, nak mantapkan ilmu dan skill yang ada tu?


dibuatnye aku layan kemalasan nih... sebab dah terbiasa berbulan2 dok saje macam nih... susah la aku nak kickstart balek bila kena mengajar nanti. siyes. aku takot lingkup anak orang je. tapi nak buat macam mana. aku cuma mampu buat dan berusaha apa yang terdaya je la. mudah2an ada berkat.

nak malapkan lagi masa depan, aku dah give-up dengan penantian posting kerja ni. sebab? sebab baru2 ni government announce macam2 khabar yang... ada pro dan kontra nye. haritu, kitorang dicanang-canang akan ber-posting bulan 7. paling lambat bulan 8. alih2, habis bulan lapan, habok pon tarak. lepas tu, naik harapan kata hujung bulan 9 dan awal bulan 10. tengok2, memang la ada posting. tapi bukan aku dan kengkawan seperjuangan. tapi geng2 GSTT dan KPLI PPC yang dapat perkhabaran gembira tu.

hancur luluh hati aku. sumpah aku terasa dengan tindakan gov. bukan aku nak kata GSTT dan KPLI PPC tu tak layak or sort. bukan aku nak cakap kami lagi berhak dapat posting dulu berbanding dorang. tapi, apa relevannya govmen bagi berita gembira kat 13,000+ GSTT dan KPLI PPC tapi takde perkhabaran langsung pasal kitorang budak2 TESL/TEYL cohort 4 ni, yang jumlahnya lbeyh kurang 3,000 nih?.

sedeyh sangat. rasa macam tak dipedulikkan. kalo taknak amik kitorang posting lagi pon, at least bagitau la kan. bagi black n white, senang kitorang nak urus hidup. nak posting taon depan ke, lapan belas taon depan ke... lantak la kalo dah itu agendanye. tapi bagitau la awal2. ni, nak keje sementara pon tak boleh, tak dapat. sebab? takot2 nanti dah kerja, tetiba dapat posting. positive thinking pon ada limit kot. ni kes gantung tak bertali ni yang aku cukup pantang. haih.


hari2 dari start bulan julai tu aku tunggu posmen datang dengan penuh harapan. tiap kali posmen datang mesti aku berdoa, moga antara surat2 yang dia sumbat dalam peti depan rumah tu, ada la surat posting aku. tapi... sampai hari ni... semua tu tinggal harapan.

aku surf web guna google chrome. rank no 1 kat widget 'most visited' ni... dah jadi page MOE. second baru fb, then twitter, then yahoo, NFL dan google+. nampak sangat aku lawat page MOE lagi kerap dari aku check fb dgn twitter aku. haa... punya la berharapan, kot2 la bleh check online... tapi... sampai hari ni... hanya kehampaan yang aku jengah. haih~

sebab tu... i really... really hope... "somebody" to wake me up - when September ends. letih spending months in despair. tu baru chapter posting. belom kira bab laen2 lagi. macam....

anywhooooo~~

October is just around the corner, baby!!


wohooo!! ok, kalo korang nak kata aku bias pon, kata lah. sebab to me, bulan oktober a.k.a bulan sepuloh adalah antara bulan yang penuh dengan warna warni. banyak dan insyaAllah BANYAK good things selalunya happen in October.

dah. abeh dah pasal september. now lemme cerita why aku sangat2 welcoming October nih.

January is the 1st month of the year. macam Monday blues, January pon kira slow2 blues jgk. tak rancak. hehe.

February baru nak up sket. normally Chinese New Year dlm bulan Feb. and.. tu je lah pon. hahaha.

March? ok la, ada cuti sekolah. banyak kendurik. what more? no idea. lol!.

April macam soft2 touch gittew. cam romantik je nama April nih. tapi tu la, padan dengan nama, April pon tak meriah sangat. cuti pon takde.. hahaha

May agak uptrend. banyak gak la event dalam bulan May. hari ibu, hari guru, hari buruh, harimau. siap cuti sekolah start hujung bulan. haa. but still, tu je? kikiki

June ada apa ek? ok, cuti skolah dah abeh. kena start study. kalo yg dah abeh study, bulan nih bulan buang masa, perabih duit elaun. bwahaha

July sangat kritikal. duit dah abih, simpanan takde, blanja tetap nak belanja. camne tu? ok, mula stress. LOL!

August... lagi laaa penin kepala. time duit takde la macam2 benda nak jadi. siyes, taktau la bagi korang, tapi bagi aku... Ogos selalunya jadi bulan ujian. penuh dugaan ouh!

September adalah denouement bagi chaotic August. biasanya bulan September suasana jadi tenang, kecoh2 pon dah reda... mula nak sprout events and happenings. bulan 9 kan ada cuti skolah..hehe. oh lupa lak! the 9/11 tu. aa, yang tu tak tenang. hee...


OCTOBER!!


November. denouement bagi October. I find November as romantic and calming. taktau kenapa. hm...

December lebih kurang October la. banyak kejadian yang menceriakan suasana. tapi tak semeriah bulan sepuloh, despite it's my second favourite month in a year. but yeah, December sgt subjektif ye.

erk... kata nak cerita pasal Oktober? hahaha. keji sangat kan, tipu orang. ^^ bukan la. pasal Oktober, aku cerita starting 1st Oct la~ ^^ insyaAllah, aku akan cuba update hari2. dan hari2 ada info pasal bulan Oktober. wheee! ^^

dah. letih menaip, tenung laptop dari tadi. jom, menari!


***************

p.s; sori sebab lama tak update blog n entry. sebok sket ujung2 nih. heee... takpe la, most of the time aku merapu je banyak. bukan ilmiah sgt entri2 aku ni ha. tak rugi kalo tak baca. ^^ tapi, buat korang yang sudi baca, even just view page ni je pon, aku hargai2 sangat2.


sorry kalo aku banyak buang masa korang, baca entri ntahapapantah kat sini. dan, thanks sangat, terima kasih sebab sudi buang masa korang kat sini. ehe. ^^

1 comment:

phytohystrix said...

hm,baru faham. not that easy to plan when we're bound with government and things like this happen. kalau tulis surat dkt kpm plus another to BH,maybe they can look into the issue..