SOCIALIZATION

Friday, September 16, 2011

Merdekalah Malaysia Raya!!

Selamat Hari Malaysia, Malaysia!

alhamdulillah. aku rasa amat sangatlah berbangganya terlahir pada 1987 dan masih hidup sampai hari ni. 23 tahun (forever21) aku bernyawa dan berlari mengejar kaki pelangi, aku sempat saksikan sendiri jatuh bangun Malaysia, suram gemilang Malaysia, datang pergi perubahan dan memacam lagi.

syukur.


sempena hari ni, 16 September 2011, di mana negara kita buat sambutan ulangtahun Kemerdekaan serentak dengan Hari Malaysia, in conjunction dengan Aidilfitri jugak, aku pon tanak lepaskan peluang nak bercerita tentang apa yang aku rasa hari ni.

kenangan.

incase korang tak alert, tema Hari Malaysia kali ni ialah Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. kalau diperhatikan pada perarakan sambutan pagi tadi kat Dataran Merdeka (yang aku tengok secara langsung dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi kat TV1, TV3), memang tampak jelas usaha kerajaan nak link-kan orang2 lama atau generasi emas dengan generasi muda sekarang.

yah! kita tak lari dari cliche sambutan - ada perarakan, ada pancaragam, ada persembahan kebudayaan, dan jugak formasi2 khusus bertemakan sambutan, dengan lagu2 patriotik lama dan baru. cuma, yang aku nampak... ada anjakan paradigma kat orang2 sekarang sambut ulangtahun kemerdekaan - sedikit berbeza dengan dulu2.

apa yang aku perhatikan, generasi sekarang lebih garang dan kreatif dalam mempelbagaikan cara dorang tunjukkan rasa cinta dan menghargai kemerdekaan dan Malaysia.

zaman dah maju. sekarang kita lebih senang nak sampaikan sesuatu mesej; tak kesah la secara eksplisit atau implisit. paling ketara, kita ada lagu2 baru yang digubah mengikot peredaran semasa. kalau budak2 muda sekarang suka lagi berunsur hiphop, r&b, pop dan etc, so kita ada lagu2 patriotik yang disesuaikan dengan jiwa orang muda sekarang. video pon macam tu. iklan kat tv pon macam tu. even pertandingan2 berkaitan pon semuanya menjurus ke arah menarik minat generasi muda belia. tapi tujuannya masih sama; nak pupuk semangat patriotisme dalam jiwa kita. beza cuma - pendekatan dan method je. ^^


zaman dulu? hahaha. takde la aku idop zaman gi sekolah pakai songkok tapi ber-short warna biru gelap tu kan.  hee... cuma aku teringat zaman kanak2... zaman sekolah... cemana aku beriya-iya sangat bila tiba je sambutan ulangtahun kemerdekaan. ^^

dah budak kampung, aku pon sambut cara budak kampung la. yep, kibarkan bendera itu wajib! aku dengan abah mesti masuk hutan, nak cari buluh sebab nak buat tiang bendera, nak pacak depan rumah. lepas tu, basikal aku mesti ber-bendera jugak! paling koman mesti ada 2 - satu kat handle, satu lagi kat pelantar belakang. haha!

pernah aku amik upah panjat pokok nyoq (pokok kelape~) untuk pasang bendera kat pucuk pokok. terbaek lah! upahnye tak mahal pon..berapa kupang je untuk satu bendera. tapi aku buat jugak, sebab aku rasa bangga bila dapat tengok bendera Malaysia tu berkibar megah tinggi di angkasa. bleh aku berlagak dengan member - tu aku la yang pasang. hehehe

time sekolah paling syok. muka aku tak pernah miss koir, nyanyi lagu2 patriotik. wahaha. bukan la aku nyanyi sedap sangat pon. tapi.. ntah. cekgu2 malas nak select lain kot. lagipon, aku memang sentiasa bersemangat bila nyanyi lagu patriotik. hee... lagu yang paling aku suka - "Nyalakan Tekad". seram sejuk tiap kali nyanyi lagu tu. bergemuruh jiwa ouh! (Faizal Tahir pulak. hehe).

zaman sekarang ada lagi ke bendera Malaysia yang 20sen tu? yang tiang bendera ada cekelat bulat2 kecik warna warni tu. =D sangat nostalgia okeyh! ha..bendera tu la yang aku usung ke hulu ke hilir, pegi skolah balek skolah. pegi sekolah arab (kafa) pon aku selit bendera 20sen tu kat songkok tau! hahaha.


hm! itu dulu~ sekarang dah lain. ^^ bendera pon dah makin berkualiti. pasang kat kereta, motor, bumbung rumah. terbaik lah! lagu2 pon dan makin rancak, makin trendy - which is good la, maknanya kita alert dengan perkembangan. just, aku prefer the oldies kot. the evergreens. hehe.

tapi..yang aku noticed jugak... rakyat Malaysia ni cukup suka shopping time2 nih. haha. ok tak salahkan sesapa. betol la...shopping time ada sale. jimat. tapi tu la... tak ramai yang sudi sertai perbarisan, perarakan, pancaragam etc. em, memang la ada, cuma bilangannye agak kureng memberangsangkan - berbanding ribuan lagi yang berhabisan kat shoppin complex. haha. takpe lah. perbezaan individu. orang kata aku kuno; aku terima. ^^

anyway! hari ni aku cukup hepi! =D

thank you, God. thanks for Your blessings.

"Kemegahan Negaraku"



Selamat Hari Malaysia!

No comments: