SOCIALIZATION

Tuesday, November 29, 2011

SPP Oh SPP - Episod 1

minggu sudah, aku kena intebiu SPP. SPP tu maksud dia Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. aku panggil Sikit Punya Payah. bwahaha. payah sungguh~~ =="


pasai interbiu aku tu kat Kedah, jadi aku nak ceghita kat hangpa dalam loghat utagha. buleh no? ^^

ni nak habaq mai kat hang... dua tiga hari sebelom interbiu tu, aku punya la kalut dok pulun mengaji nota! tu diaaa.... dulu ka, nak pereksa ja baca buku, nota bagai. ni nak intebiu pon kena mengadap nota jugak!? pasai pa, gila apa mengaji nak interbiu? bukan nak tau masok apa pon kan??

pasai taktao masok apa tu la aku dok pulun baca nota, baq hang... nun dia!! segala tok nenek dasar kerajaan tu kena baca, dari zaman Tun Razak punya ceghita, sampai ke Che Det punya 2020, sampai ke pak lah punya PIPP, sampai laaa kat benda2 hat Najib dengan Muhyiddin dok pom pang pom pang dalam RMK10 baru ni...

sungguh habaq kat hang~~ segala nama menteri pon aku jenuh dok hapai. tak kira nama sultan2 negeri lagi. siap dengan dasar pendidikan yang baru, yang lama, aku tibai habih! sumbat boh dalam otak ni. tepu!! buleh buat kek dah. hahaha


tu dia, nak tunjuk penangan cuak nak kena intebiu SPP. haruih la cuak wei.. satgi kalu tak luluih, malu kat kengkawan oooo. depa pakat hoorey luluih intebiu, cepat sah jawatan, naik DG41... aku dok tunggu panggilan intebiu lagi. mana nak letak mukaaa... cek maluu! hahaha.

kepada kengkawan hat rajin kongsi nota2 kat fesbuk, emel, belog bagai semua tu.... aku ucap tima kaseh sungguh2 kat hangpa~ cukup berguna, bukan takat untuk intebiu, tapi buleh pakai sampai bila2. oghang kata, ilmu tu tak mati. kan? hehe. haa...Tuhan saja hat mampu balaih jasa hangpa. hangpa memang best!


******

okeh. setel bab intro. ni nak masuk cerita sehari sebelom SPP.

ok. ramai yang taktau. ni nak bagi tau. aku la ni gheja temporary (cukup tempoh, lari. bwahaha!) kat Bangi, Selangor Darul Ehsan. dok sini la. sekali aku kena intebiu kat mana hangpa tau?? nuuuuuu... kat Jabatan Pelajaran, Aloq Setaq, Kedah nu! mampuih baq ang... tepok dahi aku bila tau tu. jaoh kemain! tapi pasai wojib punya pasai, aku balek jugak la Kedah~

aku balek sensoghang. drive Ford TX3 aku tu la! mola cadang nak naek baih, tapi pikiaq... ish, satgi menyusah diri pulak... laih2 aku kata... pedeghaih dengan keta la senang! keluaq duit la sikit. takpa la. ni ingat kat anak bangsa punya pasai, gagah jugak! hahaha

nak jadi cerita, pagi tu aku kena pi keja jugak! tempat keja aku ada Majlis Konvokesyen. dah nak bagi haru lagi... aku dengan kengkawan opis aku kena tulong pakaikan jubah kat orang2 besaq nih! wei, bukan depa tu besaq. tapi pangkat2 depa tu... semua golongan bijak pandai dan berprofil tinggi. ada profesor, ada doktor, ada chartered valuer, ada dato'2, datin2... gerun oooOoOoo! depa tu semua ahli senat institut pendidikan tempat aku keja la ni. so, depa la VIP. tapi takpa la, depa tak banyak songeh. hehe


dah! selesai bagi depa pakai baju. segak kemain lagi noo.. hehe. habeh ja buat tu, aku teruih pecut balek. waktu tu pukoi 11.30 pagi camtu la.

hmm... sepanjang kat highway tu... aku tak ingat berapa kali... tapi memang ada la aku terlelap masa drive. hahaha. gila. tapi sungguh.... aku mengantuk sangat2. nak berenti rehat, aku takot lari timing. sebab memang aku dok rush ligan masa pon. buleh2 nak sampai kat tol Bandar Baru, Kedah, sebelom pukoi lima, sebab nak jumpak abang ipaq aku... dia janji nak tulong sahkan salinan sijil semua...

aku rasa aku tekan minyak... dalam 110-120 lebih2 sikit la. besanya, kalu dari kL nak sampai bandar baru tu... dalam 4 jam jugak... tapi kan. hari tu... aku sampai kat sana pukoi 2.30 petang. tolak berenti isi minyak, berenti p jamban, bawak selow sebab construction bersepak sepanjang highway... dengan roadblock siap kat simpang nak masuk Tepeng tuu... 3 jam ja aku bawak dari Putrajaya sampai bandaq baru?? mak aih! berapa keping la surat cinta dari polis aku nak dapat nanti. hahaha. zzz...

alang2 dah tersampai awai dari timing... aku kol la abg ipaq aku tuu... ah sudah. dia tak jawab. mati hang an. aku punya cuak, aku teruih kol kak aku. kak kata abang ada bagi ceramah. patot la tak angkat tepon. zzz... kalut la aku pon. nak tunggu kat situ sampai pukoi lima ka?? aih... lama sangat kot. last2 aku kata, elok pi cari dia ja. senang cerita.


nak cari tang mana pulak daaaahh...==" aku mana besa pi opis dia kat kepala bataih nu. hambooiihh... aku pon mesej dia. mula2 aku nak suroh dia pi Sunway Mall kat Seberang Jaya. ... elok aku dok drive, teringat nak pi tempat laen. mesej lagi... habaq kata nak jumpak kat Jusco Bandar Perda....

serabut sangat aihh!! last2 aku mesej, kata tak jadi. aku pi kepala batas, cari dia. bhahahaha. gigih ni, nak cop pengesahan salinan sijil ja pon... haa.. tapi tu la hangpa taktau. kalu tak cop pengesahan tu, esok depa tak bagi masuk intebiu ooo!! jangan buat main. ^^

pedeghaih punya pedeghaih, last2 aku sampai la kat kepala batas, pulau pinang. bukan hat kedah nuuu... hehe. ha... tu lagu mana. nak cari tang mana pon taktau. aku fedap. tetiba, masa dok melilau cari opis dia yang aku sendiri taktau punca tu... aku nampak hospital. ha elok!!

elok sangat. aku pon dok saket dada dari kemarin lagi. dia dah ni.... memang Tuhan nak tunjuk jalan pi hospital kot... haha. aku mesej abang ipaq aku .."abang, adik pi hospital kepala batas"


******

tu...aku fast forward. takmau cerita kat hangpa, apa jadi kat hospital. hahahaha. yang pasti, aku berjaya dapatkan cop sahkan salinan sijil tu. yeaayy!! bwahaha =D

aku balek rumah kat sungai petani dulu. malam tu punya pulun last minit baca bagi perabih segala mak nenek yang budak2 ni dah buat nota. sampai tak makan weii, punya ketaq perot. hahaha. lantak la. korban la sikit, daripada kacau kedepan2 nanti, kan. hehe

uih...hujan lebat ni... hm... nanti lah aku sambong cerita. heeee...

Saturday, November 26, 2011

Mari Shopping Kereta!

okay. hari ni Saturday, tapi aku nak buat gak entri pasal super sunday. kenapa? sebab aku cadang nak buat entri pasal nih ahad lepas. sekali sebok bagai~~ langsung aku terlupa. sampai la hari ni, ada free time. baru bleh update. hehe

oraitto. amende super sunday nih? haa... dalam kontek laen aku tak tau la kan. tapi super sunday yang aku nak cakap ni ialah pasal agenda JUALAN KERETA terpakai (used/2nd hand cars/vehicles). ^^


dah nama pon super sunday, tentu2lah dibuat pada hari ahad kan. hehe. ok. kepada korang yang khususnya memang nak cari kereta, nak beli used car, or even nak jual kereta... korang boleh la pegi ke Petaling Jaya tiap2 hari ahad. sebab, Super Sunday nih adalah event di mana beratus-ratus kenderaan terpakai dijual dengan harga yang bleh tahan affordablenye (berbanding tempat2 laen).

al-kisah aku sebelom ni cuma dengor je pasal Super Sunday nih. first time dengor masa sebelom aku beli Ford TX3 aku nih. tapi tak pegi situ pon. sampai lah minggu lepas, pakcik aku ajak satu family gi 'shopping kereta' kat PJ. lol!! ke super sunday lah tu!

and tu lah the very first time aku sampai kat area Super Sunday diadakan. peerrggghh!! gempak, wa cakap luuu!! segala tok nenek jenis kereta ada! Proton? Perodua? Nissan, Honda, Toyota, Chevrolet, Cherry, Kia, Hyundai, Suzuki... bersepah! BMW, Mercedes, Peugeot, Chrysler pon ada!!


memang mantop gua cakap luuu... kitorang pegi sebab nak sevey keta untuk Abang Alif, tunang Kak Ain. dia yang nak beli keta, ganti keta Satria GTi dia yang hilang kena curi haritu. dengan bajet tak berapa besor, maka Super Sunday antara tempat terbaek lah untuk angkut kereta murah dengan steady. hehe

korang bayangkan la. satu kompleks deretan kedai tu... setiap kereta yang ada kat parking area tu adalah untuk dijual. tu tak kira parking 4 tingkat yang luas kat satu bangunan tu. yang best-nya, setiap tingkat tu penuh dengan kereta! hahaha. syok!


kat sana punya la ramai manusia yang scouting kereta. seronok! dah macam market pulak. masing2 round2, jalan tengok kereta yang berkenan, sembang2 pasal kereta, ambik contact. senang cakap, meriah la! heee... so, kitorang pon tak terkecuali - scouting keta gak.

keta pertama yang menarik perhatian aku kat situ - Mitsubishi Gallant. pergh~ hensem sangat keta tu.... bagi otai2 keta, Mitsubishi Gallant nih memang legend kat selekoh dan highway. dengan itu aku sangat berbangga bila Ford aku kalah speed dengan Gallant, suatu ketika dahulu. hehe.

lepas tu, aku ter-berkenan dekat sebijik Toyota Corolla coupe pulaaakk~ hensem keta tu, muscle car jugak.  2-doors sporty hatch-back. klasik habes beb~ alah, aku tak amik plak gambo kete Gallant dgn Corolla klasik tu. =="


hm...scout punya scout... tak banyak sangat pon kereta dalam kategori yang aku minat. lagipon, aku dah ada Ford buruk sebijik. bela yang tu dah la. pakai sampai takleh pakai dah. hehe.

eh tak abes lagi!! lepas super sunday kat PJ tu...kitorang gi Sg Buloh plak! kata si abg Alif, kat situ ada kereta2 otai. wuuuu... daripada aku mengantok, terus segar. yelah, memang my cup of tea la kereta2 lama ni kan. nak jugak tengok, otai tara mana sangat keta2 kat situuu.

ok. dah sampai kedai. daripada berpuluh keta kat situ... 1st thing yang menarik perhatian aku ialah...



Toyota Celica '86 wooot woooooooottt!! terbaek lah jumpak sebijik muscle car kat situ. hensem habes kete ni! garang seh~. Celica nih kalo kat highway... Ford aku tak larat kejar. berani jamin! hahaha. ni la kete idaman abg Alif. dia nak beli keta ni, tapi... tu la. maintenance mahal seh. dengan makan minyak kaw2nye lagi. hehe. tapi siyes, aku drooooll tahap speechless tgk Celica '86 ni. =)


memang otai sungguh tempat tu. Volvo, Dodge, Chrysler, Jaguar, Mini, yang lama2 banyak kat situ. tapi sedikit slack - harga kete2 kat situ agak mahaalll~ ^^" kalo tak mahal, rasanya abg Alif dah angkut bawak balek dah Celica turbo tu. hahaha

***

bagi yang nak cari kereta terpakai, boleh la usha2 kat super sunday tu nanti. manatau, kot2 ada yang berkenan dan berkemampuan. bawak balek je! hehe.

oh lupa plak! ada dua bijik BMW 3 Series untuk dijual. satu tahun 2003, RM 59k +, satu lagi tahun 2006, 70k +. murah dah tuuu... =D

Friday, November 18, 2011

Anda Berkacha-Mata? Bagi Saya Anda Bijak!

adakah anda seorang yang memakai kaca mata? adakah anda seorang pengguna kanta lekap? jika jawapan anda ialah "YA!", maka secara otomatisnya anda telah menerima setinggi kekaguman dari saya. ^^


siyes. dari kecik lagi... sampai la aku besor, aku sangat kagum dan respek dengan orang yang pakai spek mata.  sumpah tak tipu. 

sebab?

sebab dalam otak aku dah tertanam satu ideologi. MEREKA YANG PAKAI CERMIN MATA ADALAH GOLONGAN CERDIK PANDAI. #mythbusterplease


ini gambar Tomiko Van. yg tengah tu. yg specky tu. yg baju oren tu. Tomiko Van. dia artis Jepun, bukan Korea. ye, saye minat Tomiko Van. sekian.

hahaha. yesss!! itulah tanggapan dan fikiran aku terhadap golongan bermata empat nih. ok, sekarang dah ramai mata dua macam normal. tapi still berkanta lekap lekit tu. kire same la kan. but still. why aku kagum???

sebab bagi aku, orang yang pakai spek mata nih = orang yang pandai! dorang rajin baca buku! rajin sangat baca buku, sampai rabun! haa~~ gempak tak? comel kan? siyes weii... aku pikir camtu. bukan menganjeng or membahan. tulus ikhlas suci murni bersih hati, memang aku sentiasa fikir camtu. even sampai sekarang!


ok, korang nak gelakkan aku ke, nak kata aku kolot ke, kuno ke...stereotaip ke... tipikel ke... ikot korang lah. dan lantak jugaklah walopon korang or dorang pakai spek mata sebab banyak tengok tv ke, tenung komputer ke, penyakit keturunan ke... yang pasti, aku tetap anggap korang dan dorang yang pakai cermin mata a.k.a kaca mata nih sebagai pandai. sekurang-kurangnya lagi pandai daripada aku. dan aku tak pernah anggap kerabunan itu satu kekurangan or kelemahan bagi korang ye. =)


dalam family aku, mak abah kakak, semua pakai spectacles. so, itu dah bagi aku tekanan... dengan aku menganggap diri aku sendiri bodo piang. tak cerdik macam dorang. hahaha.. lepas tuh, kawan2 yang dapat cemerlang dalam akademik pon, ramai yang pakai spec. tu tak kira cekgu2 kat sekolah, dengan lecturer2 kat maktab n univ lagi. pergh~~ yang handal2 semua bermata 4! hahaha

eh chopp!! korang jangan salah anggap plak!! ok. bila aku cakap those yg pakai spec tu aku label cerdik, tak bermakna aku cakap those yg tak pakai spec tu tak cerdik!! taaaaaaaakk!! korang tak bengong macam aku. haha! =D siyeesly, ketidakpintaran itu hanya digalas oleh aku je. ok? clear? lol!

so senang citer, camnih. 

tak pakai spec = cerdik
pakai spec = cerdik lebeyh. heee...


ha!! lupa lak. those yang pakai contact lens tu... sumpah gua tabik spring sama lu orang! lu orang punya keberanian nak letak bendalah plastik tu kat mata sendiri, dengan guna hujung jari je, memang mengerikan bagi gua.  brrrrr.... so, extra kredit bagi korang. salute!!!





eh banyak pulak gambor aku letak dalam entri pendek nih. ekikiki ^^

Kecelaruan Makanan

semalam... erk.. kelmarin. eh. yesterday ==" aku gi makan dengan kengkawan kat satu kedai ni. well. tak nampak macam kedai pon, lebeyh kepada stall biasa je. tepi2 jalan tu je. tapi ada meja-bangku serta berbumbung zink (apa la aku merepek nih... >.<")


nak dijadikan cerita, kitorang memang tengah lapor banget. so tengok lauk2 untuk nasik campor...tak berapa berkenan. kureng menyelerakan. kitorang pon tanya...

"kak, goreng2 dah ada?"

"ada. nasik, mee, bihun..."

ok cun. tengah2ari buta camni makan nasik goreng...erm... lantak la. tu je option yang ada. heee. acaranya, kitorang pon order la makanan~~

"nasik goreng biasa, tambah telur dadar. nasik goreng hailam, dengan nasik goreng pataya." orait, setel. al kisahnye dalam otak masing2 dok terbayang la menu seperti yang tertera kat banner kedai tu kan.

lepas dekat2 setengah jam jugak la tunggu, makanan pon sampai~ . yang "bestnye", makanan kitorang sampai satu per satu. lol? order sama2 kot. takpe lah kak, ikot la camne pon. hee..

ok. memula sekali sampai nasik goreng. cantik kaler dia, gelap2 sikit. boh kicap kot. tapi tak berkuah la. pastuh ada telur mata. eh? nasik goreng biasa yang aku order ke ni? nampak macam betol dah kaler nasik tu, tapi telur goreng tu silap kot... kitorang pon nak kepastian, kitorang tanya kak yg amik order tuu...

"tu nasik goreng hailam, dik"

ok aku tak dapat google gambo nasik hailam. so, ni mee hailam. bwahaha

hoh!? o.O tekezot den. kalo yang hailam2 ni...bukan ke ada kuah2 bagai? koman2 pon kuah kicap la membanjiri nasik/mee tu. ini....dah macam nasik goreng kampong je aku tgk? erk... kitorang tak puas hati, so tanya lagi 2-3 kali utk kepastian. yep, itulah ghopenye nasik goreng hailam. kering tanpa kuah, didatangkan khas bersama sekeping telur goreng. 

ok...dalam kekompiusan tu, sampai lagi satu nasik goreng. uih kaler oren terang la pulak! kering jugak, tapi ada telur dadar. haaa... ok, ni ada la gaya nasik goreng biasa. memang biasa sungguh... bukan takat nampak je biasa..rasa pon biasa gak..ekeke.. tawor aje ye..hm~ nasib la.

finally, nasik goreng pattaya pon sampai... cantek, balut dengan telur goreng - macam pattaya yang sepatotnya. eh wait... apsal macam pulau je nasik goreng pattaya tu? lol - nasik goreng pattaya berkuah ye!! banjir kot! sebijik macam ladna/hailan, cuma bezanya kuah pattaya nih ala2 sos cair gittew~. pergh... sangat baru bagi aku yang sebelom2 ni cuma pernah tgk dan makan nasik goreng pattaya 'biasa' (tanpa kuah).

oh wait!! pattaya 'biasa' ni... bukan takat berbalut telur dan berkuah banjir... tapi siap ada ayam!!! bwahahaha xD ni menu negara mana nih kak? aigooo.... memang rare lah!

hihihi.... kitorang makan masing2 senyap je... dok memikior keistimewaan menu kedai tu. haha. ok maybe aku or kitorang yang jakun, tak pernah jumpak cara masakan nasik goreng hailam dan pattaya semacam tu. tapi tu lah.... memang tak pernah pon.

kalo korang ada suggestion mana2 kedai yang masak camtu... or lagi pelik dari tu (at least bercanggah dengan norma2 masakan biasa) lemme know ye. nak terai... ^^

p.s; cadang nak amik gambor nasik... tapi teringat lepas habis makan dah pon... so, macam tak senonoh je aku nak uplod gambor sisa makanan dan pinggan kosong kat sini.... hihik ^^"

Tuesday, November 15, 2011

Korang Takleh Biadap Lagi Ke?

kacang lupakan kulit. 

manusia ni hebat. makhluk paling hebat ciptaan Tuhan. tak terbanding dengan makhluk2 lain.

tapi... jangan kau rasa kau hebat sangat, sampai nak perkecikkan orang laen. tu namenye bongkak, angkuh.


baru2 ni aku bukak youtube, sebab nak cari video tarian tradisional dan moden. memandangkan aku kne handle department seni persembahan, so nak cari la video2 yang boleh dan sesuai, nak ambik idea. dalam dok syok streaming and buffering bagai, ada la satu video nih...

video tarian zapin budak2 kolej (aku taknak namakan kat sini). video amatur je, rekod persembahan sempena majlis perasmian something. sonok gak tengok, senyum2 gak la bila tengok part2 dorang salah step bagai tu (teringat kat show2 dengan anak2 Latah Che Kiah dulu) hehe. tapi enjoy. ^^

pastuh... baru aku perasan... kat bawah video tu kan ada ruangan komen2 kan? aku tengok panjang2 pulak komen yang ada. klo setakat yang "wah... abam tengah tu hensem lah!", "yang tepi sekali tu single lagi x?", "tahniah! gerak cantik, cuma..." bla bla bla tu, memang ada. dan banyak gak la. tapi bila aku scroll2 balek, ada komen2 yang macam tengah berperang.

aku pon baca laa... ni antara komen yang aku sempat baca dan ingat...

"weiy.. kowg ny org tue ke hape...nari lagu tue2... org ta dgr dh la lagu2 basi ny~~ skrg zmn techno! mane adew org dengar lagu p ramli, joget2 semue dah. haha "

"ala..setakat melempailempai camtu korg bleh aaa.... com n breakdance wit us! B-Battle jom, tgk sape power!"

"such slowpoke's moves. easy. not energetic at all. compared to today's dances, this is waaaaayy too lame. 8 bit lol. korang, get out dari kotak melayu tu. global sikit :D"  

"aku ingat dah pupos menari2 lagu melayu nih. ad lagi ek? sori aaa.. guwa taw shuffle, krumping, tectonic... yamakasi pon guwa layan. tp lagu2 org mati ni.... dengar pon dh saket tinger...korang pon ley gi MAMPOS sekali  hahaha"

ada la lagi. takmoh tulih banyak2. tapi tu antara yang buatkan aku berasap jugak la.

wah waaaahh... cam #ramjad jejari dorang menaip apa yang otak bengong dan hati dorang yang busuk tu fikirkan ye. aku panas hati betol! hish! kalo ikotkan perasaan, memang aku trolll kaw2 budak2 hingusan tuh. >=[ aku tak kesah kalo dorang melahar... tapi ini dah kes menghina, ap cerr??

mana pegi rasa hormat dan respek budak2 nih? takde adab langsung! cakap/taip ikot sedap ati, mulot, jari je. camni ke orang Malaysia? nak spesifik lagi, camni ke orang Melayu?? tak reti hormat orang lain, kutuk orang, perlekeh persenda budaya warisan sendiri, dan agung2kan budaya barat semua tu... camtu Melayu?

ha camtu lah! tengok sendiri lah sebilangan melayu Malaysia skarang. tu lah budaya kebanggaan dorang. mana tutur, mana sopan, mana budi bicara... semua kelaut! ok, korang nak tuduh aku bias pon, rasanya korang leh pikir sendiri kot... komen dengan bahasa macam tu...sah2 orang Melayu. taktau la kalau aku skeptikel dan stereotaip kan. tapi pada hemat aku yang hina nih, takde bangsa laen dah nak komen camtu gayanye....

***

aku seorang yang pegang prinsip kesemakmuran sejagat. aku sangat humanistik. aku maklum dan terima perbezaan individu, personaliti, pendapat, perangai, etc. tapi... aku cukup pantang bila orang menghina orang lain, dans eumpamanya. dalam hal ni, aku sangat MASAK (pakej utk emosi Marah+Sedih+Kuciwa) dengan apa yang budak2 tu komen kat video tu.

adik2, abang2...dan kakak2. gua tak kesah lu orang nak suka tectonic ke, nak sapel dari suboh sampai suboh esoknye ke, nak krumping sampai cramp, tercabot lengan ke.... lantak lu orang lah. jangan menyusahkan mak bapak, cekgu2 kat sekolah, polis dan masyarakat setempat sudah. tapi.... gua pantang lu hina2 laen orang punya minat, effort. 
marah betol aku. sudah la korang tak minat nak sanjung warisan bangsa sendiri - tak kesah la kan, tu hak korang. korang nak puja dewa2 tektonik ke, breakdance ke... amik lah. buat lah. tapi apsal sampai korang nak perlekeh seni budaya sendiri? mana pegi kesedaran sivik korang, ha? bahasa tu takleh 'elok' lagi? weii... orang laen pon tectonik gak, sapel gak. tapi takde la mulot longkang cam korang. kengkawan aku pon sapel, krumping jgk. tapi takde la busuk ati nak keji2 budaya orang laen, or budaya sendiri.  
dah kalo korang minat budaya dan seni dari barat tu, ha buat la. takde sape nak dengki pon! tapi jangan la sampai korang lupa budaya sendiri. asal usul korang. korang tak suke budaya sendiri - takpe. takde masalah. tapi jangan ko perlekeh macam pecacai. same jgk dengan budaya orang laen, bangsa laen; tolong hormat prinsip, amalan dan pegangan dorang.  tolong balek, belajar agama elok2... fahami konsep "hormat-menghormati", respect, dan berbuat baek sesama manusia. 

***

huh... tak pasal2 aku emo kat sinih. >=[ tapi dari gaya dorang komen tu...nampak sangat agasnye. budak2 baru nak up la tu. baru nak kenal dunia. nasib baek budak2 tu bukan kat depan aku. klo tak memang dorang makan nasik lauk tumit kaki aku la jawabnye.

sila amik perhatian. aku bukan melabel sape2. yg buat perangai ni hanya mungkin (harapnye lah) segelintir kecik dari ramai2 penduduk manusia dan dunia nih. aku tak cakap semua, atau kebanyakkan. so, jangan la korang yang tak bersalah ni nak terasa plak ye. tapi kalo terasa tu... maknanya tergolong dalam kategori 'segelintir kecik' tu la. hehe...

second time aku check video tu... semua komen dah di-removed oleh youtube/tuan punya video. elok jugak la padam. benda buruk huduh ni jangan dibanggakan sangat, nak ditayang bagi satu dunia nampak yg kita nih bodoh, takde adab.

sori, pembaca sekalian. bahasa kali ni kureng sopan. ini pon dah lepas tapis berapa kali ntah. hehe. just, satu je aku nak pesan. tak kesah la kita ni bangsa ap sekalipon - Cina ke, Iban ke, Melayu ke, Kadazan ke, India ke... kita kena ada nilai respek kat diri sendiri, budaya kita, dan jugak budaya orang laen. tolong lah... kalau kita nak dihargai, kita mestilah pandai menghargai.


Sunday, November 13, 2011

Senjata dari objek2 biasa: Teacher's Guide - Edisi Denda Dulu-dulu

Dalam siri 1 Senjata Dari Objek2 Biasa: Teacher's Guide kita telah melihat bagaimana kapur tulis, pembaris panjang dan buku teks dapat menjadi alat "bantu cikgu mengajar budak yang tak dengar ajar" di dalam kelas.

kali ini, dalam Edisi Dulu-dulu, kita akan mengenali kepelbagaigunaan objek2 berskala besar.



MEJA TULIS
cara guna : meja tulis berfungsi sebagai alat gantian kepada pipi dan belakang murid-murid. langkah pertama, kumpulkan sepenuh tenaga amarah anda di tapak tangan. sekiranya rasa ingin menampar budak, elakkan daripada menjadikan pipi budak tersebut sebagai sasaran. alihkan fokus anda kepada meja beliau, dan hayunkan tangan berkuasa amarah tadi ke permukaan meja tersebut dengan separuh kekuatan. Ini bagi mengelakkan kerosakan pada meja serta tulang tapak tangan anda.

tamparan dengan kuasa yang terkumpul mampu memecah keheningan kelas atau sebaliknya. belauan bunyi "PANNGG!" yang terhasil mampu membuatkan murid tersebut, serta rakan2 beliau terdiam seketika. dalam suasana bening itu, anda bolehlah menjalankan tugas menasihati atau mengindoktrinasi murid-murid dengan lebih berkesan.

nota : kesakitan yang anda rasai pada tapak tangan anda selepas menepuk/menampar permukaan meja tersebut, adalah gambaran paling hampir dengan kesakitan yang bakal/mungkin dirasai oleh murid anda - sekiranya penampar tersebut hinggap di pipi beliau/mereka.






KERUSI / BANGKU
cara guna : kerusi boleh berfungsi sebagai senjata fisiologi dan/atau psikologi.

secara fisiologinya, murid-murid bolehlah didenda dengan mengangkat kerusi mereka sendiri dan menahannya daripada mencecah lantai. beban atau berat kerusi tersebut dapat memberi tekanan fizikal kepada anggota badan yang digunakan. kebiasaannya, murid lebih gemar menjunjung kerusi di atas kepala mereka sebagai alternatif kepada cara memegang kerusi di hadapan badan dengan kedua belah tangan. Sebagai nilai tambah, denda seumpama ini dapat membantu melatih dan membina kekuatan otot murid tersebut!

secara psikologinya pula, kerusi digunakan sebagai alat menambah ketinggian dan mencuri perhatian di dalam kelas. arahkan murid tersebut berdiri di atas kerusi, sudah memadai untuk membuatkannya terdiam dan menahan sebak di dada akibat malu diperhatikan oleh rakan sekelas serta pihak lain yang lalu-lalang di luar bilik darjah. Walaubagaimana pun, dendaan seumpama ini tidak digalakkan untuk dikenakan terhadap ramai murid pada satu-satu masa. Ini bagi mengelakkan mereka yang didenda berdiri di atas kerusi menjadi bangga dan berasa seronok kerana mendapat perhatian yang lebih berbanding rakan2 lain.

nota : terdapat juga guru yang menggunakan kerusi sebagai alat melepaskan geram dan amarah. ada direkodkan guru yang menendang kerusi (berserta murid) sehingga keluar bilik darjah, serta guru yang membaling kerusi ke arah murid dengan kelajuan 3 Mach dan menyebabkan kecederaan berskala besar. Perbuatan seumpama ini adalah DITEGAH dan dilarang sekeras-kerasnya bagi menjamin kemashlahatan guru dan murid-murid.






PAPAN HITAM (Blackboard)
cara guna : panggil murid yang ingin didenda ke hadapan kelas. pastikan dia/mereka berdiri menghadap papan hitam. letakkan kedua belah tangan murid di papan tulis, dengan kesemua hujung kuku bersentuhan papan tersebut. arahkan murid untuk mencakar papan hitam tersebut dengan kuku mereka, dari atas ke bawah. bagi kebanyakan manusia biasa, kesan geseran antara kuku dengan papan hitam, serta bunyi yang terhasil daripadanya mampu memberikan kesan ngilu yang amat menusuk telinga dan kalbu. ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri murid untuk tidak melakukan kesalahan lagi, agar tidak didenda seumpamanya.

nota : anda dinasihatkan menutup telinga sendiri terlebih dahulu demi mengelakkan rasa ngilu itu menghantui hari anda. sebarang kecacatan pendengaran atau komplikasi minda adalah tanggungan sendiri.




MEJA GURU.
cara guna : ... lu pikir lah sendiri. =="

Friday, November 11, 2011

It's Not About Eleben Eleben Eleben

hari ni macam2 jadi. ok, tapi paling unforgettable...is the one yg aku nak citer nih.


tengahari tadi... aku gi solat jumaat kat masjid kat kampung abu bakar baginda nih. standard la aku pi dalam pukol 12.20 tu, so sempat la ngaji sikit2 sebelom masuk waktu (zohor 1.01 pm). baru cadang nak amik kitab, tetibe ada sorang pakcik unknown nih...

"assalamualaikum"

datangnya harum sungguh! bau minyak atar mahal. hehe.. ok, kidding, aku tak sure bau minyak atar ke, bau minyak angin ke...tapi memang wangi.

wei! ni bukan cerita hantu ok~ jangan cuak plak...hehe. ok sambong ceghite.

"waalaikumussalam" jawab aku dengan wajah yang tenang, setenang wajah Lee Chong Wei masa dia menang Terbuka Perancis. pakcik yang berjubah kelabu pastel tu pon dudok la kat sebelah aku. dihulurnya tangan kanan, lantas dengan penuh istiqamahnya aku sambut salam beliau. hee...

"anak, dari mana?"

"dari depan tu je." jawab aku dengan penuh naif dan kompiden. lepas tu pakcik tu senyum tahan gelak. dia rephrase balek, yang dia nak tau aku asal dari mana, sebab tak nampak gaya orang sini. ciss... malu sekejap. hee...

dengan loghat kL-nye, pakcik yang aku agak dalam lingkungan 40-an ni tanya aku.

"anak ni, cikgu ke?" hah! hambik kau an. ni camne nak eksplen nih. a total stranger, tengok aku, teros cop aku 'cikgu.' nak kata aku pakai nametag...tak pulak. harini aku pakai full set baju melayu johor, tapi takde plak print nama or title "cikgu" kat belakang baju... hoorrr... belom sempat aku cakap apa2, pakcik tu sambung...











"anak. kenapa kita tak makan tupai?"

o.O"

waktu kejadian: 12.43 tghari.
11.11.11


Thursday, November 10, 2011

Baju Kurung + Tudung Bawal + Kayuh Beskal = WIN!!

Hello dear bloggers, blogwalkers, trollolers, retis, skeptics, post-modernists and orang2 beriman. =)

Salam AidilAdha. sori lambat wish, tapi still nak wish jgk. so, Salam AidilAdha. ^^

gambar paling WIN abad ini!! =D

yes i know. aku dah sangat lama tak update entri. (okay previous entri pon cakap benda ni jugak... lemau la kau an..=p) haha. dahh!! aku tamoh eksplen sabab mosababnya aku tak update belog nih. nak direct ke isi utama je. bleyh ek? hee..

aku nak cakap pasal beberapa benda teros kat sinih. hehe. let's go secara skemanya! =D


satu!
semalam kan~ langit cerah sangat! siyes cerah, sampaikan takde secalit awan langsung. siyes tak tipu. dan malam ni... langit lagi cerah!! terang benderang - dengan cahaya bulan penuh. ^^ okay semalam pon penuh jugak, tapi malam ni...lagi penuh!! =D


al-maklum...aku sejenis makhluk yang sangat teramat suka-sayang-chenta-kan bulan penuh. ok, nak panggil aku lunatic ke, psychopath ke...werewolf (erk..) ke... panggil lah. yang pasti, aku memang jadi sayu tiap kali aku hayati bulan penuh. ehe...

teringat zaman2 muda dulu. kalau kat maktab, aku suka lepak tepi tebing bukit dekat selekoh tepi library tu... baring atas rumput...dan tenung bulan purnama sampai terlelap. suboh baru terjaga. hihi. aku jugak pernah buat perkara yang sama - dalam waktu hujan! itu lagi heaven, ok~ ^^ ya Allah, rindunye. nak baring kat padang yang luas, or di puncak pokok manggis - sambil renung full moon.

kalau kat univ pon cmtu gak. asal full moon je, mesti aku pegi baring kat tepi sungai belakang dewan penginapan misc tu. dengan dilimpahi cahaya bulan penuh...dan deru air sungai mengalir...disapa angin malam yang tenang... pergh. memang win!! haha

okayyy... bulan penuh buatkan aku ter-pergi bawah laluan memori (down memory lane..) ekiki. demi Tuhan, aku sangat mengagumi kejadian dan keindahan full moon. alhamdulillah, syukur aku dikurniakan penglihatan yang sempurna - untuk aku terus menghayati dan menghargai keagungan ciptaanNya. =)

fly me to the moon... and let me play among the stars~ ehe..


dua!
musim haji dah nak abes. well, actually dah abes dah. ramai jemaah yang dah mula pulang ke tanahair masing2, lepas selesaikan ibadah haji. alhamdulillah~ aku tumpang hepi bila dengar perkhabaran macam nih.


ye lah. bukan semua orang mampu nak tunaikan haji, kan? yang sehat tubuh badan, tapi tak berkemampuan kewangan. yang banyak duit plak, diuji dgn sakit-susah dan sebagainya. jadi bagi para haji dan hajjah yang dapat sempurnakan rukun Islam ke 5 tu, wajib2lah bersyukur atas nikmat kurniaNya. kan? ^^

dalam dok tengok tv tu, aku terfikir... agak2 mampu ke aku nanti nak pegi haji? bile? dengan sape? dan yang paling laju struck my mind... sempat ke aku buat haji? =|

yelah. mengingatkan arwahnye mak abah aku pon... dorang pon pasang niat nak pegi haji sesama jugak. simpan duit segala. daftar semua2 siap! tapi... dorang tak sempat jadi tetamu Allah kat Mekah... dorang dah dapat tiket percutian kekal, "the permanent vacation". perginye sekaligus la pulak kan? memang makbul hasrat dorang...

sayu pulak bila terkenangkan arwah. dulu, duit elaun masuk maktab...sebulan rm 345... tak banyak aku mampu dan sempat bagi kat mama abah. cuma 150 je sebulan, untuk dorang buat belanja beli barang keperluan, bayar bil, etc etc. entah cukup entah tak. aku susah takpe, tak makan takpe...jangan dorang susah. hajat hati, bila dah bekerja... gaji nak potong masuk tabung haji dorang, nak antor mak abah pegi Mekah. tapi tu la...tak kesampaian. haha... awal plak dorang dijemput. em. takpelah. He knows His job. =)


tiga!!
sejak kelmarin hati aku berbunga mekar kuntum mengharum mewangi taman seluas saujana mata mengufuk mentari merah di kaki langit di kala senja nan indah. hahahaha xD


okaayy~. ni semua sebab drama TV3 terbaru - "Tentang Dhia". siyes aku cakap, i'm not really a TV person. tapi ntah mcmana...lepas tengok match Malaysia - Thailand (Malaysia menang, 2-1) kemarin, aku rasa macam nak stay tengok tv. kenapa, aku sndiri pon tatau. masa tu la..

so... lepas maghrib tu, aku switched channel...dari tv1 ke tv3..dan... eh.. eh?? ehh??? itu Nora Danish!! eh Nora Danish bertudung!!!! hey, Nora Danish bertudung bawal laahh!!! =D

wheee!! bonus bonanza!! ok, satu, aku memang minat Nora Danish (sorry Lisa Surihani...). kedua, imej Nora Danish bertudung tu sangat.... sangat sejuk mata memandang. ketiga... the best part of the entire bonus... dia bertudung bawal!!

untuk pengetahuan jugak, aku bukanlah pengikut setia drama melayu (ye aku tau aku talibarot Jepun dan Amarekaa... ). bleh bilang berapa sangat drama melayu yang aku folo. latest sebelom Tentang Dhia ni, aku folo Tahajjud Cinta. itu pon sebab plot ceritanye sgt sarat dgn mesej2 yang butthurting dan trolling. kritikal.


tapi aku mengaku, aku tertarik dengan cerita Tentang Dhia ni... sebab pertama (bukan utama ye) nye ialah... Nora Danish + baju kurung cotton + BERTUDUNG BAWAL + kayuh beskal tepi bendang. wheee!!

ok~ kenapa aku asik ulang pasal tudung bawal nih? ^^ sebab... memang aku rasa lebih tenang dan sejuk ati bila tengok gadis bertudung bawal - berbanding jenis2 tudung lain.

ha. jangan cepat melenting plak. ini sekadar pandangan dan pendapat aku yang hina ni ye~ aku taktau nak eksplen macamana...tapi... ish. camni la. kalau la imej Dhia tu ditampilkan tidak bertudung, atau bertudung selain tudung bawal... aku rasa mungkin aku tak se-happy sekarang kot. ehe....so kiranya macam;

Nora Danish heroin! = ouh. ok. ^^
Nora Danish bertudung! = ouh! alhamdulillah. mana2? nak tengok kejap. =)
Nora Danish pakai tudung bawal!! = manaaaa!!!??? waaaaaaaaaaaaaaahhh!! alhamdulillah~ mudah2an imej ni dikekalkan. ^^


ha... ada paham? hehe. alritey~~ let's not talk about Nora Danish or Dhia. let's discuss pasal tudung bawal. boleh?

kenapa aku nak diskas. sebab... ramai yang tanya aku...kenapa aku suka sangat dengan tudung bawal? apa, tudung2 jenis laen tak cantik ke? bukan ke tudung bawal dh out-of-date? umor aku berapa??


haha! i don't know bout you guys... or lelaki laen, or Hana Tajima. tapi bagi aku... bila aku tengok perempuan pakai tudung bawal... mesti aku rasa nak senyum. siyes!! any girl, any lady, any woman... yang pakai tudung bawal, senantiasa buatkan aku rasa nak berterima kasih kat dorang sebab pakai tudung bawal. sumpah!

bukan selendang tak cantik. bukan pashmina tak lawa. bukan tudung malas tak Malaysia. =x tapi... bila seorang perempuan itu mengenakan tudung bawal... pada pandangan aku, ada manisnya yang tersendiri, yang membuatkannya lebih menyerlah di mata aku berbanding pemakai tudung jenis laen. ehe. tudung bawal nampak simple, kemas. tak bersepah macam tudung the Lion King, atau cloak Megatron, tak berbatu ladung macam sesetengah tudung sekarang, dan tak ber-"awning kaler laen, bertudung kaler laen" pulak. pendek kata, tudung bawal seems perfect to my eyes!


maybe ramai yang tak bersetuju dengan pendapat aku. tapi takpelah. i have my own reason. walau apa pon, aku dah jadi penonton tegar siri Tentang Dhia. haha. dan aku doakan, mudah2an Nora Danish dapat kekalkan imej bertudung beliau - bukan dalam cerita je, tapi dalam kehidupan beliau jugak.

dan kerana manisnya tudung bawal...

^^

happy 11.11.11!  bagi yang mengecapi hari ulangtahon kelahiran, atau bertunang, atau bernikah kawen dan seumpamanya pada 11.11.11, tahniah aku ucapkan. semoga tarikh bersejarah ni diabadikan sebaiknya. ^^