SOCIALIZATION

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhdua

assalamualaikum!! salam sejahtera.. salam maarabbuka ya bakal ahlil kubuuurr.. ^^

lama aku tak hapdet siri hanya sekepal dua ni kan? aa... sori la. macam biasa, kesebokkan mengejar urusan dunia dan akhirat membataskan masa nak menaip panjang2, laju2 dan selalu2.. hee~

denda kat sekolah. luls. sumber


bila aku tengok budak2 sekarang... aku suka compare dengan zaman aku sekolah dulu. well, aku percaya korang pon centu kan? hehe... banyak. siyes banyak bezanya. unless korang memang skolah rendah zaman millennium, maybe tak jaoh beza la dengan keadaan sekarang. antara banyak2 yang boleh kita nilai, aku nak ajak korang imbau kenangan dan buat analisis sket. let's talk about denda dan hukuman.

zaman dulu... zaman aku doluu2...

sumpah budak pakat takot kat cekgu. apsal? haa.. cekgu2 masa tu semua ada kuasa mendenda. menghukum! sape je buat salah.. kalo dibuktikan salah... abeh la~ kompem kena denda. lagi teruk, kena hukum. dah la tu, denda zaman dulu sangatlah pelbagai. meh kita tengok satu2..


ketuk ketampi

ini paling old-skool, paling common, paling general. dan jugak paling senang nak execute. cekgu tak payah guna tenaga pon. cakap je budak buat salah apa, then nak kena ketuk ketampi berapa kali. hihi. amcam? memori tak? ^^ aku rasa rata2 dalam kalangan kita yang bersekolah zaman 80an 90an dulu paling koman mesti pernah kena denda ketuk ketampi. takyah tipu laa.. ekeke.

taktau ketuk ketampi tu macam mana? pergh... urban sangat ni. hahaha. senang je. paling basic - silang tangan pegang telinga (tangan kanan pegang cuping telinga kiri, dan sebaliknya), lepas tu ulang aktiviti mencangkung-berdiri continuously sampai abeh kiraan denda tu. kalo kena seratus, seratus ah kau ketuk ketampi. nampak senang kan? tapi sekali kena... haa... ketor lutut oi! xD
ketuk ketampi tengah panas secara berjemaah. sumber


ketuk ketampi ni feveret cekgu2 yang mulut jahat tapi hati baek. cekgu2 tak naek tangan tampor lempang budak. apatah lagi rotan. tak gamak... tapi... tapi nak denda jugak! so, suroh ketuk ketampi lah! exercise katanya. ekeke. padan la muka. kalo kena denda secara berjemaah, buleh la gelak2 lagi. kalo kena sorang2? depan perhimpunan? perrghh... jatuh saham beb~~ hakhakhak


cubit/pulas perut

ini pon common gak ni. seangkatan la dengan ketuk ketampi. haa.. tapi saketnya memang makan dalam. sebab? sebab cekgu biasanya cakap slow2 je kat telinga kita...

"kenapa tak bawak buku? kenapa tak siap kerja cekgu? em? emm??"

sambil dia 'em em?' tu... tangan dia dah kat perut kita dah. gulp.. cuak beb!! daripada tau jawapan pon, terus tak tau nak cakap apa! segala alasan ... padam. shut down. hahaha. dah bila kita tak jawab, maka terasa la perut kita dipulas-pulas pada kadar slow n steady namun sakit sekali. uuuhhh... dapnye, cekgu cakap. muka kita pon straight je.. tegak je pandang depan. time tu satu kelas senyap... tapi tengok kita la. cover2, nak nanges dengan taknak nages same banyak. uuuhhh... cekgu tak sudah membebel lagi... ekeke

selalunya yang buat denda cubit perut ni.. cekgu pompuan la. nak lempang budak tak kena gaya plak. so, cubit perot nampak cam 'ibu-ibu' sket. baru prihatin! hahaha. kalo tak cubit perot, biasanya cekgu2 cubit lengan. tapi jarang kot. sebab cubit lengan tak feel. itu otot. perot lemak gebuuu~.. muehehe. yang kena cubit ni tak kira budak laki pompuan. same je. ~.~ kekadang tu sampai terangkat dibuatnya ha. tapi nak buat camne. dah salah sendiri. hadap je la... mihmihmih~


berdiri atas kerusi/bangku

hahaha. zaman dulu... kalo kena berdiri atas kerusi ni... antara denda yang paling memalukan lah. sah-sah kau sorang je yang top of the world dalam kelas tu. pastu kena pulak budak kelas sebelah yang kau minat tu lalu depan kelas time2 tu jugak... arggh!! merah padam la muka... >.< malu oi, malu!


berdiri atas kerusi. lejen! sumber

berdiri atas kerusi/bangku ni biasanya denda cekgu bagi atas kesalahan bising dalam kelas, main lari2 dalam kelas, tak baca sama2, tak hafal sifir... luls. tengok mood cekgu tu la. kalo dia agak2 menyampah dengan perangai kita yang suka lari2 ni... dia suroh aa berdiri atas kerusi. ha... berdiri la sampai habes waktu. kalau sejam, sejam la berdiri. tu kira baek la berdiri elok2... kena disuroh berdiri sebelah kaki? berdiri sambil junjung beg? ekeke

zaman aku skolah, berdiri atas kerusi ni kita bleh tengok hampir setiap hari, setiap kelas. lalu je kat koridor kelas2 tu... mesti ada budak kena berdiri. tak sorang2, berpasangan. lagi syok, tengok satu kelas kena denda berdiri atas kerusi. macam koir dah gayanye. hakhak. selalu time2 bahasa melayu, english, pendidikan seni... ada la makhluk2 tu. nak lagi ekstrem? berdiri atas meja. itu memang nampak sangat kau salah berat tu. cekgu dah geram sangat dah tu, tapi taknak lempang jugak lagi. berdiri atas kerusi pon kau bising lagi.. ha, stand on the table!! kipas siling tu tengah pusing nombor 5... sejengkal lebih sket je daripada kepala. senyap terus 3 kelas sederet. hahaha


junjung bangku/kerusi

ini pon sebenornye lejen gak. cuma tak ramai cekgu praktikkan. cekgu lebih selesa tampor budak lelaju daripada seksa budak lama2. ekeke. tapi memang patot pon... dah la kau lari2 luar kelas time cekgu lambat masuk sebab mesorat, pastu dalam kelas kau tak bawak buku... kerja semalam pon tak siap.. dah tak bawak buku, ko pegi kacau member sebelah dengan belakang time cekgu ngajor... haa, ini makan dia~


lenguh beb kena junjung kerusi~ hik

kerusi budak2 dulu takde macam sekarang. dulu takde kerusi plastik. yang ada cuma kerusi kayu yang berat tu. apa lagi beb... dah la kena berdiri kat depan kelas, kena junjung kerusi kat atas kepala plak! pergh... time tu memang kau berharap sangat kena denda berdiri atas kerusi. meja pun takpe. takpon ketuk ketampi seratus kali pon takpe. haha... tapi junjung saje ok lagi... kena cekgu buat gila, disurohnya junjung sambil round sekolah. demam ngko seminggu! hahaha. bukan sebab penat, tapi malu! >.<

tapi cekgu2 biasanya tak la kejam sangat. kalo kena junjung bangku camtu, normally kejap je. sekadar nak bagi pengajaran. nak ko rasa malu, menyesal sket. agak2 cekgu tengok ko muka dah sebek nak nanges tapi kekonon tahan macho, berlagak dengan cekgu.. takpon kaki dah ketor2 tu... cekgu bagi la duduk. kesian. manade cekgu sampai ati nak seksa anak didik dia. =)

oh, biasanya budak laki je yang kena denda junjung kerusi atas kepala ni. sebab tu budak2 laki zaman aku dulu tough2. ehem... ekeke


tarik sideburn

peeerrgghhh!! ini paling sakit antara denda2 yang menyakitkan. tarik sideburn beb!! memang ko tough la camne pon. kental la camne pon. klo kena tarik sideburn tu... memang berair la mataa~~ hahaha.

ni pon budak laki je kena. aish... tension lak aku. apsal budak laki ada banyak enakmen denda dan kedendaan banding dengan dak pompuan ni. ngeh. ~.~ haha


saket ooo kena tarik rambut. >.<

tapi cekgu2 pompuan jugak yang suka tarik sideburn ni! arrgghh... tu la orang cakap.. tangan yang halus, lembut tu.. jangan sangka tak bisa menyakitkan! ekeke. slow je cekgu capai rambut tepi telinga ni... dia pegang secubit je... pastu... slow2 cekgu tarik sideburn ke atas... uuuuhhhh... same je rasanya macam budak pompuan kena cubit perot. tak tak. lagi saket ooiii!! >.<

normally kalo tak dengar cakap cekgu, tak siap keje umah, tak dapat jawab soalan matematik.. memang ini la makannye. hikhik... tapi takpe~ sakit kejap je. lepas tu cekgu pujuk, bagi cekelat. pesan, jangan buat dah. kalo tak, kena denda lagi. atototo... kan dah ilang saket tu? hahaha

****

haih. banyak lagi denda2 yang ada zaman kita sekolah dulu. err... kita ke? aku je kot. korang2 tak kena... pffftt... anyways, semua denda yang aku cerita kali ni... semua aku pernah kena! tu belom cerita cuci tandas, cium tiang gol, kena lempang roket etc etc. muehehe xD biasa la. ketua kelas, ketua kelas jugak. nombor satu dalam kelas, dalam darjah, tak kesah. pandai english pun, tapi lembap matematik.. kena jugak. bhahahaha . well, at least aku pernah merasa pengalaman tu semua. dan sikit pun aku tak dendam dengan cekgu2 yang pernah denda aku dulu. aku nak berterima kasih lagi adalah!

budak sekarang? baru tegur sikit... dah balek rumah repot mak ayah kata cekgu pukul, cekgu cabul, cekgu denda teruk2 sambil tunjuk lebam kat tangan yang dia dakwa cekgu buat walhal dia yang langgor bucu meja time lari2 dengan kawan dalam kelas kat sekolah tadi. dah tu acaner... aku tak kata semua denda2 zaman dulu tu bagos. tapi.. tu la. sekadar nak compare dengan sekarang. =)


kena denda dengan kengkawan paling best!! hahaha . sumber

aa.. kali ni takde dialog2 menarik. aku kumpol untuk entri laen kali ye. tak berapa banyak la. asik2 budak tanya pasal kawen, pasal umor, pasal anak... korang pon bosan gak nak baca. tak rare dah. ekeke ..=p

jumpak lagi di laen entri, insyaAllah!!


Tuesday, November 29, 2011

SPP Oh SPP - Episod 1

minggu sudah, aku kena intebiu SPP. SPP tu maksud dia Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. aku panggil Sikit Punya Payah. bwahaha. payah sungguh~~ =="


pasai interbiu aku tu kat Kedah, jadi aku nak ceghita kat hangpa dalam loghat utagha. buleh no? ^^

ni nak habaq mai kat hang... dua tiga hari sebelom interbiu tu, aku punya la kalut dok pulun mengaji nota! tu diaaa.... dulu ka, nak pereksa ja baca buku, nota bagai. ni nak intebiu pon kena mengadap nota jugak!? pasai pa, gila apa mengaji nak interbiu? bukan nak tau masok apa pon kan??

pasai taktao masok apa tu la aku dok pulun baca nota, baq hang... nun dia!! segala tok nenek dasar kerajaan tu kena baca, dari zaman Tun Razak punya ceghita, sampai ke Che Det punya 2020, sampai ke pak lah punya PIPP, sampai laaa kat benda2 hat Najib dengan Muhyiddin dok pom pang pom pang dalam RMK10 baru ni...

sungguh habaq kat hang~~ segala nama menteri pon aku jenuh dok hapai. tak kira nama sultan2 negeri lagi. siap dengan dasar pendidikan yang baru, yang lama, aku tibai habih! sumbat boh dalam otak ni. tepu!! buleh buat kek dah. hahaha


tu dia, nak tunjuk penangan cuak nak kena intebiu SPP. haruih la cuak wei.. satgi kalu tak luluih, malu kat kengkawan oooo. depa pakat hoorey luluih intebiu, cepat sah jawatan, naik DG41... aku dok tunggu panggilan intebiu lagi. mana nak letak mukaaa... cek maluu! hahaha.

kepada kengkawan hat rajin kongsi nota2 kat fesbuk, emel, belog bagai semua tu.... aku ucap tima kaseh sungguh2 kat hangpa~ cukup berguna, bukan takat untuk intebiu, tapi buleh pakai sampai bila2. oghang kata, ilmu tu tak mati. kan? hehe. haa...Tuhan saja hat mampu balaih jasa hangpa. hangpa memang best!


******

okeh. setel bab intro. ni nak masuk cerita sehari sebelom SPP.

ok. ramai yang taktau. ni nak bagi tau. aku la ni gheja temporary (cukup tempoh, lari. bwahaha!) kat Bangi, Selangor Darul Ehsan. dok sini la. sekali aku kena intebiu kat mana hangpa tau?? nuuuuuu... kat Jabatan Pelajaran, Aloq Setaq, Kedah nu! mampuih baq ang... tepok dahi aku bila tau tu. jaoh kemain! tapi pasai wojib punya pasai, aku balek jugak la Kedah~

aku balek sensoghang. drive Ford TX3 aku tu la! mola cadang nak naek baih, tapi pikiaq... ish, satgi menyusah diri pulak... laih2 aku kata... pedeghaih dengan keta la senang! keluaq duit la sikit. takpa la. ni ingat kat anak bangsa punya pasai, gagah jugak! hahaha

nak jadi cerita, pagi tu aku kena pi keja jugak! tempat keja aku ada Majlis Konvokesyen. dah nak bagi haru lagi... aku dengan kengkawan opis aku kena tulong pakaikan jubah kat orang2 besaq nih! wei, bukan depa tu besaq. tapi pangkat2 depa tu... semua golongan bijak pandai dan berprofil tinggi. ada profesor, ada doktor, ada chartered valuer, ada dato'2, datin2... gerun oooOoOoo! depa tu semua ahli senat institut pendidikan tempat aku keja la ni. so, depa la VIP. tapi takpa la, depa tak banyak songeh. hehe


dah! selesai bagi depa pakai baju. segak kemain lagi noo.. hehe. habeh ja buat tu, aku teruih pecut balek. waktu tu pukoi 11.30 pagi camtu la.

hmm... sepanjang kat highway tu... aku tak ingat berapa kali... tapi memang ada la aku terlelap masa drive. hahaha. gila. tapi sungguh.... aku mengantuk sangat2. nak berenti rehat, aku takot lari timing. sebab memang aku dok rush ligan masa pon. buleh2 nak sampai kat tol Bandar Baru, Kedah, sebelom pukoi lima, sebab nak jumpak abang ipaq aku... dia janji nak tulong sahkan salinan sijil semua...

aku rasa aku tekan minyak... dalam 110-120 lebih2 sikit la. besanya, kalu dari kL nak sampai bandar baru tu... dalam 4 jam jugak... tapi kan. hari tu... aku sampai kat sana pukoi 2.30 petang. tolak berenti isi minyak, berenti p jamban, bawak selow sebab construction bersepak sepanjang highway... dengan roadblock siap kat simpang nak masuk Tepeng tuu... 3 jam ja aku bawak dari Putrajaya sampai bandaq baru?? mak aih! berapa keping la surat cinta dari polis aku nak dapat nanti. hahaha. zzz...

alang2 dah tersampai awai dari timing... aku kol la abg ipaq aku tuu... ah sudah. dia tak jawab. mati hang an. aku punya cuak, aku teruih kol kak aku. kak kata abang ada bagi ceramah. patot la tak angkat tepon. zzz... kalut la aku pon. nak tunggu kat situ sampai pukoi lima ka?? aih... lama sangat kot. last2 aku kata, elok pi cari dia ja. senang cerita.


nak cari tang mana pulak daaaahh...==" aku mana besa pi opis dia kat kepala bataih nu. hambooiihh... aku pon mesej dia. mula2 aku nak suroh dia pi Sunway Mall kat Seberang Jaya. ... elok aku dok drive, teringat nak pi tempat laen. mesej lagi... habaq kata nak jumpak kat Jusco Bandar Perda....

serabut sangat aihh!! last2 aku mesej, kata tak jadi. aku pi kepala batas, cari dia. bhahahaha. gigih ni, nak cop pengesahan salinan sijil ja pon... haa.. tapi tu la hangpa taktau. kalu tak cop pengesahan tu, esok depa tak bagi masuk intebiu ooo!! jangan buat main. ^^

pedeghaih punya pedeghaih, last2 aku sampai la kat kepala batas, pulau pinang. bukan hat kedah nuuu... hehe. ha... tu lagu mana. nak cari tang mana pon taktau. aku fedap. tetiba, masa dok melilau cari opis dia yang aku sendiri taktau punca tu... aku nampak hospital. ha elok!!

elok sangat. aku pon dok saket dada dari kemarin lagi. dia dah ni.... memang Tuhan nak tunjuk jalan pi hospital kot... haha. aku mesej abang ipaq aku .."abang, adik pi hospital kepala batas"


******

tu...aku fast forward. takmau cerita kat hangpa, apa jadi kat hospital. hahahaha. yang pasti, aku berjaya dapatkan cop sahkan salinan sijil tu. yeaayy!! bwahaha =D

aku balek rumah kat sungai petani dulu. malam tu punya pulun last minit baca bagi perabih segala mak nenek yang budak2 ni dah buat nota. sampai tak makan weii, punya ketaq perot. hahaha. lantak la. korban la sikit, daripada kacau kedepan2 nanti, kan. hehe

uih...hujan lebat ni... hm... nanti lah aku sambong cerita. heeee...