minggu sudah, aku kena intebiu SPP. SPP tu maksud dia Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. aku panggil Sikit Punya Payah. bwahaha. payah sungguh~~ =="
pasai interbiu aku tu kat Kedah, jadi aku nak ceghita kat hangpa dalam loghat utagha. buleh no? ^^
ni nak habaq mai kat hang... dua tiga hari sebelom interbiu tu, aku punya la kalut dok pulun mengaji nota! tu diaaa.... dulu ka, nak pereksa ja baca buku, nota bagai. ni nak intebiu pon kena mengadap nota jugak!? pasai pa, gila apa mengaji nak interbiu? bukan nak tau masok apa pon kan??
pasai taktao masok apa tu la aku dok pulun baca nota, baq hang... nun dia!! segala tok nenek dasar kerajaan tu kena baca, dari zaman Tun Razak punya ceghita, sampai ke Che Det punya 2020, sampai ke pak lah punya PIPP, sampai laaa kat benda2 hat Najib dengan Muhyiddin dok pom pang pom pang dalam RMK10 baru ni...
sungguh habaq kat hang~~ segala nama menteri pon aku jenuh dok hapai. tak kira nama sultan2 negeri lagi. siap dengan dasar pendidikan yang baru, yang lama, aku tibai habih! sumbat boh dalam otak ni. tepu!! buleh buat kek dah. hahaha
tu dia, nak tunjuk penangan cuak nak kena intebiu SPP. haruih la cuak wei.. satgi kalu tak luluih, malu kat kengkawan oooo. depa pakat hoorey luluih intebiu, cepat sah jawatan, naik DG41... aku dok tunggu panggilan intebiu lagi. mana nak letak mukaaa... cek maluu! hahaha.
kepada kengkawan hat rajin kongsi nota2 kat fesbuk, emel, belog bagai semua tu.... aku ucap tima kaseh sungguh2 kat hangpa~ cukup berguna, bukan takat untuk intebiu, tapi buleh pakai sampai bila2. oghang kata, ilmu tu tak mati. kan? hehe. haa...Tuhan saja hat mampu balaih jasa hangpa. hangpa memang best!
******
okeh. setel bab intro. ni nak masuk cerita sehari sebelom SPP.
ok. ramai yang taktau. ni nak bagi tau. aku la ni gheja temporary (cukup tempoh, lari. bwahaha!) kat Bangi, Selangor Darul Ehsan. dok sini la. sekali aku kena intebiu kat mana hangpa tau?? nuuuuuu... kat Jabatan Pelajaran, Aloq Setaq, Kedah nu! mampuih baq ang... tepok dahi aku bila tau tu. jaoh kemain! tapi pasai wojib punya pasai, aku balek jugak la Kedah~
aku balek sensoghang. drive Ford TX3 aku tu la! mola cadang nak naek baih, tapi pikiaq... ish, satgi menyusah diri pulak... laih2 aku kata... pedeghaih dengan keta la senang! keluaq duit la sikit. takpa la. ni ingat kat anak bangsa punya pasai, gagah jugak! hahaha
nak jadi cerita, pagi tu aku kena pi keja jugak! tempat keja aku ada Majlis Konvokesyen. dah nak bagi haru lagi... aku dengan kengkawan opis aku kena tulong pakaikan jubah kat orang2 besaq nih! wei, bukan depa tu besaq. tapi pangkat2 depa tu... semua golongan bijak pandai dan berprofil tinggi. ada profesor, ada doktor, ada chartered valuer, ada dato'2, datin2... gerun oooOoOoo! depa tu semua ahli senat institut pendidikan tempat aku keja la ni. so, depa la VIP. tapi takpa la, depa tak banyak songeh. hehe
dah! selesai bagi depa pakai baju. segak kemain lagi noo.. hehe. habeh ja buat tu, aku teruih pecut balek. waktu tu pukoi 11.30 pagi camtu la.
hmm... sepanjang kat highway tu... aku tak ingat berapa kali... tapi memang ada la aku terlelap masa drive. hahaha. gila. tapi sungguh.... aku mengantuk sangat2. nak berenti rehat, aku takot lari timing. sebab memang aku dok rush ligan masa pon. buleh2 nak sampai kat tol Bandar Baru, Kedah, sebelom pukoi lima, sebab nak jumpak abang ipaq aku... dia janji nak tulong sahkan salinan sijil semua...
aku rasa aku tekan minyak... dalam 110-120 lebih2 sikit la. besanya, kalu dari kL nak sampai bandar baru tu... dalam 4 jam jugak... tapi kan. hari tu... aku sampai kat sana pukoi 2.30 petang. tolak berenti isi minyak, berenti p jamban, bawak selow sebab construction bersepak sepanjang highway... dengan roadblock siap kat simpang nak masuk Tepeng tuu... 3 jam ja aku bawak dari Putrajaya sampai bandaq baru?? mak aih! berapa keping la surat cinta dari polis aku nak dapat nanti. hahaha. zzz...
alang2 dah tersampai awai dari timing... aku kol la abg ipaq aku tuu... ah sudah. dia tak jawab. mati hang an. aku punya cuak, aku teruih kol kak aku. kak kata abang ada bagi ceramah. patot la tak angkat tepon. zzz... kalut la aku pon. nak tunggu kat situ sampai pukoi lima ka?? aih... lama sangat kot. last2 aku kata, elok pi cari dia ja. senang cerita.
nak cari tang mana pulak daaaahh...==" aku mana besa pi opis dia kat kepala bataih nu. hambooiihh... aku pon mesej dia. mula2 aku nak suroh dia pi Sunway Mall kat Seberang Jaya. ... elok aku dok drive, teringat nak pi tempat laen. mesej lagi... habaq kata nak jumpak kat Jusco Bandar Perda....
serabut sangat aihh!! last2 aku mesej, kata tak jadi. aku pi kepala batas, cari dia. bhahahaha. gigih ni, nak cop pengesahan salinan sijil ja pon... haa.. tapi tu la hangpa taktau. kalu tak cop pengesahan tu, esok depa tak bagi masuk intebiu ooo!! jangan buat main. ^^
pedeghaih punya pedeghaih, last2 aku sampai la kat kepala batas, pulau pinang. bukan hat kedah nuuu... hehe. ha... tu lagu mana. nak cari tang mana pon taktau. aku fedap. tetiba, masa dok melilau cari opis dia yang aku sendiri taktau punca tu... aku nampak hospital. ha elok!!
elok sangat. aku pon dok saket dada dari kemarin lagi. dia dah ni.... memang Tuhan nak tunjuk jalan pi hospital kot... haha. aku mesej abang ipaq aku .."abang, adik pi hospital kepala batas"
******
tu...aku fast forward. takmau cerita kat hangpa, apa jadi kat hospital. hahahaha. yang pasti, aku berjaya dapatkan cop sahkan salinan sijil tu. yeaayy!! bwahaha =D
aku balek rumah kat sungai petani dulu. malam tu punya pulun last minit baca bagi perabih segala mak nenek yang budak2 ni dah buat nota. sampai tak makan weii, punya ketaq perot. hahaha. lantak la. korban la sikit, daripada kacau kedepan2 nanti, kan. hehe
uih...hujan lebat ni... hm... nanti lah aku sambong cerita. heeee...
2 comments:
can't wait for the 2nd episode..
hahaa...
tu diaaa.....pedeghaih x mau2...huhuhu..x sabar nak baca episod 2 nih habaq hang...
Post a Comment