oraitto. amende super sunday nih? haa... dalam kontek laen aku tak tau la kan. tapi super sunday yang aku nak cakap ni ialah pasal agenda JUALAN KERETA terpakai (used/2nd hand cars/vehicles). ^^
dah nama pon super sunday, tentu2lah dibuat pada hari ahad kan. hehe. ok. kepada korang yang khususnya memang nak cari kereta, nak beli used car, or even nak jual kereta... korang boleh la pegi ke Petaling Jaya tiap2 hari ahad. sebab, Super Sunday nih adalah event di mana beratus-ratus kenderaan terpakai dijual dengan harga yang bleh tahan affordablenye (berbanding tempat2 laen).
al-kisah aku sebelom ni cuma dengor je pasal Super Sunday nih. first time dengor masa sebelom aku beli Ford TX3 aku nih. tapi tak pegi situ pon. sampai lah minggu lepas, pakcik aku ajak satu family gi 'shopping kereta' kat PJ. lol!! ke super sunday lah tu!
and tu lah the very first time aku sampai kat area Super Sunday diadakan. peerrggghh!! gempak, wa cakap luuu!! segala tok nenek jenis kereta ada! Proton? Perodua? Nissan, Honda, Toyota, Chevrolet, Cherry, Kia, Hyundai, Suzuki... bersepah! BMW, Mercedes, Peugeot, Chrysler pon ada!!
memang mantop gua cakap luuu... kitorang pegi sebab nak sevey keta untuk Abang Alif, tunang Kak Ain. dia yang nak beli keta, ganti keta Satria GTi dia yang hilang kena curi haritu. dengan bajet tak berapa besor, maka Super Sunday antara tempat terbaek lah untuk angkut kereta murah dengan steady. hehe
korang bayangkan la. satu kompleks deretan kedai tu... setiap kereta yang ada kat parking area tu adalah untuk dijual. tu tak kira parking 4 tingkat yang luas kat satu bangunan tu. yang best-nya, setiap tingkat tu penuh dengan kereta! hahaha. syok!
kat sana punya la ramai manusia yang scouting kereta. seronok! dah macam market pulak. masing2 round2, jalan tengok kereta yang berkenan, sembang2 pasal kereta, ambik contact. senang cakap, meriah la! heee... so, kitorang pon tak terkecuali - scouting keta gak.
keta pertama yang menarik perhatian aku kat situ - Mitsubishi Gallant. pergh~ hensem sangat keta tu.... bagi otai2 keta, Mitsubishi Gallant nih memang legend kat selekoh dan highway. dengan itu aku sangat berbangga bila Ford aku kalah speed dengan Gallant, suatu ketika dahulu. hehe.
lepas tu, aku ter-berkenan dekat sebijik Toyota Corolla coupe pulaaakk~ hensem keta tu, muscle car jugak. 2-doors sporty hatch-back. klasik habes beb~ alah, aku tak amik plak gambo kete Gallant dgn Corolla klasik tu. =="
hm...scout punya scout... tak banyak sangat pon kereta dalam kategori yang aku minat. lagipon, aku dah ada Ford buruk sebijik. bela yang tu dah la. pakai sampai takleh pakai dah. hehe.
eh tak abes lagi!! lepas super sunday kat PJ tu...kitorang gi Sg Buloh plak! kata si abg Alif, kat situ ada kereta2 otai. wuuuu... daripada aku mengantok, terus segar. yelah, memang my cup of tea la kereta2 lama ni kan. nak jugak tengok, otai tara mana sangat keta2 kat situuu.
ok. dah sampai kedai. daripada berpuluh keta kat situ... 1st thing yang menarik perhatian aku ialah...
Toyota Celica '86 wooot woooooooottt!! terbaek lah jumpak sebijik muscle car kat situ. hensem habes kete ni! garang seh~. Celica nih kalo kat highway... Ford aku tak larat kejar. berani jamin! hahaha. ni la kete idaman abg Alif. dia nak beli keta ni, tapi... tu la. maintenance mahal seh. dengan makan minyak kaw2nye lagi. hehe. tapi siyes, aku drooooll tahap speechless tgk Celica '86 ni. =)
***
bagi yang nak cari kereta terpakai, boleh la usha2 kat super sunday tu nanti. manatau, kot2 ada yang berkenan dan berkemampuan. bawak balek je! hehe.
oh lupa plak! ada dua bijik BMW 3 Series untuk dijual. satu tahun 2003, RM 59k +, satu lagi tahun 2006, 70k +. murah dah tuuu... =D
1 comment:
abah aku pnah pakai mitsubishi gallant dri thn 1994-1999. kete tu jarang nak meragam. enjin pon baik. jalan jauh xde mslh ekon.
mmg sebuah kete yg rare
Post a Comment