SOCIALIZATION

Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Saturday, June 24, 2017

Talkin Soalan Lazim Bila Nak Kawen [Raya Special]




-Talkin Soalan Lazim Bila Nak Kawen-


wahai kamu bin/ti ibu kamu, hendaklah kamu ingat dan bersedia. akan tiba padamu hari raya, di mana kamu akan menjadi kaunter pertanyaan..


wahai kamu bin/ti ibu kamu.. apabila datang kepadamu para sahabat, sepupu sepapat, pakcik makcik jauh dan dekat... maka janganlah kamu berdukacita, gusar dan gementar. tatkala mereka menghampirimu, pandanglah mereka dengan tenang dan sabar. tatkala mereka menyoal kamu bertalu-talu:

siapakah pacarmu?

di manakah pasanganmu?

orang manakah si dia?

apakah kerjayanya?

berapakah umurnya?

sudahkah bertemu keluarganya?

dan bilakah kamu akan bersatu dengannya?



maka tenanglah kamu menghadapi mereka. janganlah dipalingkan muka mahupun meninggi suara. jawablah dengan sabar dan penuh hikmah;

siapa pun dia, itu ketentuanNya

dia berada dalam rahmat Yang Esa

orang berasal dari Adam dan Hawa

kerjanya mentaati iman dan agama

usianya menghitung hari seperti kita

bertemu keluarga pabila tiba masanya

dan jika bersatu itu ialah perkahwinan.. maka sesungguhnya jodoh maut itu rahsia Yang Maha Kuasa.



wahai kamu bin ibu kamu. tetapkanlah hatimu. ketahuilah yakni kamu sedang dalam ujian yang besar dan benar. bahawasanya hari raya itu benar, ziarah sanak saudara itu benar, dihimpunkan dan disoal serta dipersoalkan itu benar, dihitung gaji kamu dan usia kamu itu benar, dibandingbezakan dengan orang lain itu benar, dan dikenen-kenen itu benar.


lantaran itu janganlah kamu berpaling dan berlaku mungkar. senyumlah, bertabahlah. sendirian kamu menjawab pelbagai soalan. yakinlah, dan berimanlah. nescaya kelak mereka kan faham ataupun bosan.


ketahuilah, dan ingatlah. sesungguhnya mati itu pasti. jodoh itu pasti. takde jodoh pun pasti. dan haruslah kamu steady membela diri di aidilfitri.


#TalkinSoalanLazimBilaNakKawen


-pesanan khidmat masyarakat

28 Ramadhan 1438H

Wednesday, April 10, 2013

Tengok Betul-Betul...




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





-use your eyes, with your brain. seeing is believing. you'll crack the trick. =)

Friday, March 22, 2013

10 Tanda Korang Kena Friendzoned [WARNING - Truth Hurts]



olla senoritas! besame mucho. luls~ ^^

lately aku banyak dengor orang kena sailang. wuhuuu... kesian kat yang kena sailang tu. musti marah gegiler kan? em em... tapikan... kalo kena sailang korang rasa marah (maybe).. kalo kena friendzoned, korang rasa camna ek?




wait.. korang tau tak maksud friendzoned tu apa? mihmihmih... itu perbendaharaan kata yang baru. baru je fofulerr setaon dua kebelakangan nih. sama naik la dengan sailang. hehehe. friendzoned tu maksudnya macam "just friends" la... or dalam ertikata kasor sket... orang tu maleh layan kau lebih2 macam yang kau harapkan. aww... 

penah kena? penah buat kat orang? atotototo... hahaha. aku nak share kat sini, apa tanda-tanda korang kena friendzoned dengan beliau/mereka. sila tabahkan hati siap2.. =p


1. Tak pernah mulakan call/mesej

asik2 korang je yang call. asik2 korang je yang mesej dia. dia reply jugak... tapi tu la. reply je la. takde lak nak tetibekan hari korang dengan mesej "hai. watpe tu?" atau "morning! dah sarapan?" or "sehat?" macam yang korang dok buat almost hari2 tu kan... satu yang korang mesej, satu la dia reply. try la bila2 pon, centu gak gayanya. sah la, korang kat level 34 of friendzonalization. hiks~


2. Selalu keluar dalam kumpulan yang ramai

kalo betol orang tu nak kenal korang je... takdenye dia soh roger satu batalion kawan2 yang korang kenal untuk keluar sekali. ngehngeh... memang killjoy la bagi korang. tapi bagi dia, lagi ramai lagi baek. dia just taknak korang pikir bukan2. kata kawan~~ .. =p






3. Jarak

tak kesah la korang duduk ke, berdiri ke, berjalan ke... mesti berjarak punyalah dengan dia. kalo makan semeja tu.. payah la korang nak dapat dok sebelah or betol2 depan dia - unless kawan2 korang bersubahat dah pakat reserved seats sendiri. camne nak detect fungsi jarak ni? makin dekat korang dengan dia, makin tak banyak dia bercakap dengan korang. hakhak... terasa tak? sila2. xD


4. Sembang takde objektif

sembang lebat ni bukan maksud aku dia menipu. tapi ... dia sembang segala macam tok nenek topik dengan korang. tak berfokus langsung. kalo betol nak kenal orang, korang akan sembang hal2 hidup masing2 - cakap pasal kawan2, keluarga, kerja/kerjaya, interests and preferences... seumpamanya lah. tapi tengok2, dia ajak sembang pasal drama tv semalam, pasal banjir, pasal jiran dia gaduh... yang pelik2 ah. hihi... sedor2 le yang korang ni tengah menuju ambang kehampaan. luls~


typo kat situ. "Hit Like An Arrow" . malas nak edit. luls~

5. Ada je alasan
selalunya kalo orang tu betol2 nak kat korang, or at least nak bagi korang peluang... dia akan sedaya upaya carik peluang nak kenal korang. tapi tapi... bila korang ajak kuar ramai2 main boling, dia kensel. bila ajak pegi charity event pun dia kensel. tapi bila kawan laen ajak ... nak pulak dia. haa... bukan nak ngelak daripada korang. bukan tak suka. cuma korang ni tak berapa nak penting sangat bagi dia. uhuk.. tak reti-reti bahasa lagi? atototo... jangan aa nanges, baru 5.. ada lagi 5... simpan dulu ayor mata tu ye. hahaha


6. Cakap pasal orang laen

dalam korang sebok2 nak kenal dia... korang pon tanya la, orang camne yang dia suka. dia pon cerita la ciri2 orang tu bagi menjawab soalan korang. tup tup dia sebut "kalo macam si mat luthfi ----- ok jugak kan? hahaha" or "saya suka la tengok anwar hadi ------- tu. sejuk je mata!" or "bertuahnya kalau dapat kenal aiman azlan ----- tu?" ... dah kena pulak ciri2 yang disebut tu banyak takde kat korang... hoho... lagi mau tanya ka? xD





7. Cuba kenenkan korang dengan kawan dia

hahaha. ini ultimate joykill orang kata. elok2 korang berkenan kat dia ni.. tetiba dia boleh cakap yang kawan dia tu nampak sesuai dengan korang. dia pon cerita la pom pang pom pang pasal kawan dia tu - dengan harapan/niat nak kenalkan korang kat kawan tu. dia bukan apa.. sebagai kawan, dia nak tengok korang gembira - dengan orang lain. -_____- tak ke korang rasa awkward ... laen yang dihajat, laen yang nak dapat. hihi.. tu tandanya dia tak berapa into you... em em..*pats shoulder*


8. Kurang eye contact
well... maybe dia ikot tuntutan agama. kena redupkan pandangan. jauhi zina mata, zina hati, zina segala jenis zina. tapi secara psikologinya, less eye contact = less interested. bayangkan la, korang dok sembang2 dengan dia ni... korang tanya, dia jawab. korang buat lawak, dia gelak - tapi mata melilau. kekadang sambil jawab soalan korang or gelak tu, mata dia dok tenung henset kat tangan ke, tengok kiri kanan, perati orang lain ke... aa.. korang dah boleh start tekan X kat penjuru kanan browser korang ni ye... hiks



9. Tak banyak tanya 

korang dengan semangat membara nak ta'aruf ni kononnya - tanya soalan memacam! dia pon dengan steadynye, jawab je sume soalan kau. tapi kan... kenapa korang je yang tanya, dia je jawab? bila lak dia nak tanya? sampai terpaksa korang jawab soalan yang korang tanya kat dia tu just sebab nak intro-kan diri. ngee... nak tunggu dia tanya.. memang harapan laa.. em em


10. Gelap masa depan

takde. takdenye dia nak cakap "jumpa lagi insyaAllah" atau "next time ye!" atau "thank you so much for today!" ... memang tak la~ hewhew. sebaliknya, korang yang gigih cakap "kalau ada jodoh, jumpe lagi ye. eh" pastu gelak2 konon2 lawak.. padahal dia senyum je dengar, takde respon verbal pon. hak... finishing yang memang finished ah bagi korang. luls~...




amcam? teguh baca sampai abes? kental jiwa korang ek.. walopon korang yang buat semua2 tu kat friendzone-list korang. hahahaha xD

em em... a friendly reminder. tak semua yang aku cakap kat atas ni betol tau. jangan buat rujukan abadi pulak. ~.~ banyak je faktor yang memungkinkan dan menidakkannya. jadi, pepandai korang la nak nilai dan buat pertimbangan. all in all, berusahalah ke arah yang halal dengan berlandaskan cara islam dan syariat. insyaAllah~ ^^


dah. jangan nanges dah. k? hihi..



Friday, March 15, 2013

Hanya Sekepal Dua - Duapuluhtiga


assalamualaikum. salam sejahtera. dah khatam quran? ^^




uhuuu... bulan yang sebok!! segala tok nenek dorang nak buat dalam sebulan dua yang mulia ni. tiada istilah honeymoon ataupon hari raya ye kawan2. everyday is busy day.

standard la kot... kalo bab pengurusan pentadbiran tu, segala data diri dan kerjaya kena key in. kena register. e-ooperrasii lah, e-espiyelji lah, e-gtukar lah. eh. hihi... (maaf segala singkatan dan shortform terpaksa dicacamarbakan bagi mengelakkan carian2 hot golongan pendidik masuk ke blog ni...=p) ha! lepas tu dengan aku jadik setiyausahaa pepereksaan dan pnyelaras bersama espipibies lagi... kne daftar cekgu, kne daftar kelas, budak... kalo sikit takpe gak. ini... huuu... tabah2..

tu baru hal2 kepengkeranian. blom aku citer hal kelas. haha.. time2 ni la kementewian nak turon, jabatan pelajawan nak turon, nazeerr, pipidi.. semua lah! nak tengok skola lah, kelas lah, cekgu lah... dengan budak2 aku sendiri blajornye tak seberapa, kejenye lagilah ntah kemana... mana aku tak garu kepala? luls... 

siyes. hampir hari2 aku jadi abah kat anak2 aku ni. mithali tak mithali, tu aku tak tau la. yang aku tau, segala kebajikan budak2 ni memang atas kepala dengan bahu aku lah. kejap2 budak demam... kne antor gi klinik. tak pon antor balek rumah. kejap2 budak injured jatuh luka... kne rawat luka tu time tu jugak... kejap2 budak muntah dalam kelas.. kne jadi cleaner kejap, bersihkan muntah dorang tu, then salinkan baju seluar semua. hm hm.. tinggal budak2 ni tak panggil aku abah/ayah je lagi. hahaha

dah tu.. musim2 ni jugak laa segala kejohanan sokan nak diadakan. bola baling pon time ni, olahraga pon time ni, takraw, bolasepak, softball, kawad kaki, kompang formasi, pertandingan tarian... ngee...

aku head coach sofbol. memandangkan sofbol bukan sukan utama skola nih, jadiknya budak2 aku pon bukan la dalam kalangan "tetap dan berpencen". hahaha. rata2 memang atlet, tapi dorang join sukan laen gak. dah tu? haa... time training musti clash. cekgu2 laen dah booking budak2 ni utk team dorang... dah tinggal laa aku dok polish yang mana ada. hewhew... at the same time boss suroh aku assist team tarian; jadik pengurus dan jurulatih tari ... serta... jurulatih kompang formasi. ngaaa... yang lagi saket kepala, pertandingan tiga2 bendalah tu suma dalam 2 minggu yang sama nanti! brrr.. kalo buleh cerakin2kan badan aku nih, aku dah divide 4-5 dah. hahaha

so.. itulah secara ringkas idop aku lately~ pagi kul 7.30 dah berkayuh ke skolah, treneng bola lisut sampai kul 10+ .. then kul 12 da masuk skola balek, utk ngajor sesi petang. ada masa2 sket, pikir pasal tarian dgn kompang formasi. sabtu takyah cakap aa... berapa kali je sabtu dalam 3 bulan ni yang betol2 free... laen sume ada aktiviti skola. huhu...

serabut kan? korang baca pon maybe sambil kerut2 dahi. tapi taktau laa kalo korang baca sambil gelak guling2 cakap "padan muka kau, sape soh jadi cekgu? hahaha" kat aku. ekeke.

tapi tu la. rejeki Tuhan bagi camni. ada la yang dia plan utk aku ni, insyaAllah. ^^ naseb laa ada budak2 yang hari2 buat aku tergelak dan hilang tensen dengan lawak2 innocent dorang tu. hihi. yok, dah lama kan aku tak post pasal dorang? korang siap rindu2 lagi... tapi kat dorang la kan, kannye kat aku pon. em em.. hiks.

nah! enjoice!! ^^

****

kelas relief tahun 1
me         : assalamualaikum class
kelas      : waalaikumussalam . . .
budak    : ustaz razif!
me         : ha? kenapa razif?
budak    : sebab saya tak pandai sebut nama ustaz "azhan", jadi saya sebut la nama yang lain
me         : tu kamu sebut betul tu??
budak    : eh.. ha'ah la! 

****

kelas relief tahun 3
budak A : sir! kenapa sir tak ajar kami English dah...
budak B : ha'ah la sir... kami rindu sir~
me          : ye ke rindu? tah2 kamu seronok cekgu tak ajar kamu dah...
budak B : manade sir... kitorang hari2 tunggu sir masuk kelas kitorang
me          : kenapa?
budak A : kalo sir masuk sir slalu ajar nyanyi, main game! tak belajar teruk2!

****

nampak budak teraburkan buku yang dia bawak . . .
me      : haa... bawak elok2 sket *sambil tolong kutipkan buku*
budak : eh ticer jangan la macam ni... malu la kalau kawan saya nampak
me      : kenapa pulak?
budak : ye la... tadi dia nak tolong saya cakap tak payah..
me      : dah tu kamu menyesal la sekarang?
budak : tak la... tapi malu la kalau ketua kelas tak larat bawak buku... err.. ticer, tolong... tapi jangan bagitau kelas saya yang ticer tolong saya tau!

****

me         : baek, cekgu nak tanya... sape kat sini yang dah takde mak atau ayah? atau takde dua2 dah?
ada 2-3 orang budak angkat tangan
me         : ha, kamu... siapa yang dah takde?
budak 1 : ayah. 
me         : oh... sejak bila? kenapa meninggal?
budak 1 : saya tak ingat bila. em... sebab sakit
me         : takziah ye. banyak2 doa kat ayah tau. aa.. kamu?
budak 2 : ayah. baru je bulan satu tadi. eksiden
me         : takziah jugak tau.. banyak2 doa kat ayah. kamu?
budak 3 : ayah saye. dari awal tahun tadi.
me         : em.. takziah jugak ye.. doa banyak2 kat ayah
budak 3 : ok. nanti ayah balek dari kelantan saya cakap kat ayah.


****
budak a : cekgu, dia jatuh!
me         : *sambil tolong budak tu bangun* lenkali jalan elok2, jangan lari2. ok?
budak b : ok. terima kasih ustaz~
budak c : *berbisik kat telinga aku* ustaz... tadi dia sengaja buat2 jatuh sebab nak ustaz tolong dia bangun...
me         : ~.~

****

budak : ticer, ticer dah kawen?
me      : kenapa? kamu rasa?
budak : dah
me      : sebab?
budak : sebab ticer hensem. kalau orang hensem mesti dah kawen
me      : mengarut. ~.~
budak : kakak saya cantik. dia putih macam ticer. dia dah kawen. abang saya tak hensem. dia tak kawin lagi


****

budak : sir, sir kawen dengan cekgu pagi ke?
me      : dah pulaakk... why??
budak : selalu sir datang sekolah pagi2... mesti nak tengok isteri sir. macam ayah saye. selalu pegi ofis mak saye waktu pagi, hantar bekal makan tengahari.
tetiba ada cekgu pompuan lalu ... dia tegur aku...
budak : ooooo....
me      : hooooiii!!

*****

budak x        : cekgu, kenapa cekgu tak main bolasepak?
me                : em? adik cekgu dah main dah.
budak y        : sape?
me                : aidil zafuan
budak x & y : ooooo...
budak x        : ha'ah la. nama cekgu same dgn dia! muka cekgu pon same macam dia! huioo... 
budak y        : lee chong weii tu adik cekgu jugak ke? muka dekat2 jugak..
me                : taklah. itu abang cekgu
budak x & y : ooooo!!
budak y        : ha! kan aku dah cakap dulu cekgu ni cina, ko tak caye!!!


****

budak : ticer, kenapa.. dalam tv.. bila ada orang kiss, kita kena tutup mata? mama saye selalu tutupkan mata saye
me      : erm... kalau tak tutup mata, nanti kuman2 kat tv tu lompat masuk mata kamu. haa..
budak : ticer ni agak2 la nak tipu pon. saye tau la kenapa. tak elok budak2 tengok kan? hehe
me      : dah tu tanya lagi? hish...
budak : saje je test ticer. hehe. .. ticer muka ticer merah!


****

budak I  : ustaz, baby datang dari mana?
budak II : dari dalam perut kan ustaz?
me          : taklah. baby boleh dapat kat farmasi. tak caya balek nanti tanya mak ayah, mana dorang dapat kamu
keesokkan harinya...
budak I  : ustaz tipu!! manade baby boleh beli kat farmasi!!
me          : dah tu?
budak I  : kat jusco je ada!
me          : hahahaha. sape cakap?
budak I  : mak saye. tapi mak beli saye kat jusco. adik saye kat tesco. sebab tu muka kitorang laen.
me          : oooo . . .


amcam? puas? ekeke ^^


Sunday, March 10, 2013

Enche Lejen!


assalamualaikum. hai korang2 yang postmodernists, skeptics, socialists, dan Marxists sekalian. dah belajar bersyukur? =p




ok. entri pendek.


cer korang tengok gambor kat bawah ni...


demi menghormati privacy


nampak? nampak?? hahahaha.

gambor ni masa aku pegi seminar patriotisme dan perspektif islam. event tu buat kat dalam satu lobi besor berhawa dingin. aku ter-duduk kat satu meja ni... which was a hot spot for the veterans. the big shots. Zzz... aku sorang je under 30 kat situ. laen2 sume 40+, 50+ .. orang2 hebat weii!!

tolak tepi hal2 politik yang dorang sembang sampai segala rahsia kerajaan pon keluar dan menepu dalam otak aku. hahaha. apa yang menarik perhatian... tengah dorang dok sembang2 hal2 orang tua.. (which aku suka) tetiba enche lejen ni (aku gelar pakcik lejen sebab whenever dia cakap sumorang diam dan dengar dan setuju.. pergh~) keluorkan beg kecik...

lepas tu satu2 barang dia kuorkan daripada beg tu.. mula2 kertas... pastu tembakau, pastu bunga cengkih, kulit kayu manis, gunting, lighter... hoh! perokok tegar gayanya! klasik!! hahaha. sambil dorang dok kutuk2 kerajaan sembang isu-isu semasa, enche lejen ni pon buat keje menggulung rokok gulung dia. steady je. aku dah tak berapa fokus kat isu2 panas, sebab dok perati dia buat keje gulung rokok tu. ohh.. camtu ke... hehe

dari jaoh tetiba ada orang tegur.. "oi! ko ingat ni rumah ngko ke nak merokok dalam dewan ni oi" sambil diikuti dengan gelak tawa dan senyum sinis.

enche lejen ni selamberr je jawab

"ada kau nampak tanda larangan "Dilarang Menggulung Rokok?" ada? ko nampak signboard dilarang merokok je kan?"


hahahahahahahahahaha!! mantap!!!


korang pernah menjawab sampai tahap #winwalkwave camtu? haaa.. klo nak jadi lejen camtu, mesti peka dengan persekitaran. mesti dah study the Do's and Don'ts bagai. baru WIN!!

eh jangan salah sangka. aku bukan promote benda tak baek tau. aku just nak korang sedor.. bak kata Mama Mariah (lecturer aku masa kat maktab) .. 
'don't just do things the right way, but more importantly.. do the right thing!'

selamat bereksperimen! ^^

Saturday, March 9, 2013

Pameran Kuceng! Neko-neko Nyaan!!



jom jom!! pegi sini!!!

Domestic HHP Cat Show 2013 . Pameran kekucing cecomels!




sebagai seorang rabbit-person, yang tak berapa cara sangat dengan kucing... aku tetap nak promo korang2 pegi event ni. surely parents boleh bawak anak2, tengok kucing2 comel kat sana! tapi hati2 bagi yang ada alahan dan asma ye. ^^

dengornye buleh adopt a cat! korang bleh ambik kucing kat sana, bawak balik, bela. waaaahh!! best kan!? tunggu apa lagi. gi carik kengkawan, terjah Space U8 kat Shah Alam hari ni jugak! ^^ err.. kat mana? direction ke sana? em, sila google please.. =p haha


oh satu lagi. aku nak promo ni jugak


Hari Kraf Kebangsaan. HKK 2013

sangat best weh... kawan aku cakap la. sebab dia dah pegi 2 kali! haaa.. sebab tak puas jenjalan kat sana sekali  je. banyak sangat benda yang menarik nak di-usha. hehe




bagi yang rasa2 nak shopping barang rumah, perabot perhiasan bagai.. macam yana samsudin dgn johan dok promo kat tv tu, bolehlah berkunjung ke hari kraf kebangsaan 2013 ni. taon lepas aku dah pegi. best! so momentum best tu rasanya dibawak ke taon ni insyaAllah. jemput! ^^

selamat berhujung minggu!


Monday, January 7, 2013

Hanya Sekepal Dua - Sembilanbelas


assalamualaikum!! kom apa? kombat! bat apa? batman! man apa? mentol! tol apa? tolak! lak apa? laksa! sa apa? satu! tu apa? tunang! nang apa? nangka! ka apa? kayu! yu apa? yu ni comellah! xD

pekaba? lama tak nampak? hakhak soalan template. ^^ em em, ada yang rindu kat saya Hanya Sekepal Dua tak?? hihiii~




hehoii.... sekolah dah setat balek!!! back to school wooooii!! hahaha. hepi lah hepi. 

hepi kenapa? hepi laa.. dapat jumpak budak2. dapat ngajor budak2. dapat jadi macam budak2 jugak. ekeke. tapi taon ni ada kelainan sket. hok... aku jadi bapak budak lah oii!!

nuuu... bukan bini aku bersalin. yeah, bini pon tarak, bersalin pediaa... ekeke. tapi ... aku jadi guru kelas lah oh oh!! well taon lepas pon jadik jugak, tapi on-off. kali ni full time beb! alhamdulillah. ni cara tuhan nak ajor aku erti tanggungjawab dan amanah - persediaan menjadi abah mithali. hahaha

speaking of sekolah baru bukak... sure2 paling menarik perhatian ialah... gelagat bebudak yang baru masok taon satuuuu~ ^^ siyes weh. macam2 bleh tengok. yang nanges nak balek umah tu takyah cakap la. memang acara wajib. luls. tu tak kira yang peluk kaki mak, kaki ayah - tak nak lepas, tak nak bagi balek. ada yang lari daripada sesi orientasi, sebab tanak skolah. adegan cekgu2 berlari berkejaran ligan budak tu dah common. hectic - tapi tetap joyful yo! ekeke

teringat aku zezaman kekanak riang dulu. especially masa masok darjah satu. arwah mak abah pesan, pegi sekolah jangan nanges. malu kalau budak laki nanges. nanti takdak orang nak kawan. ok, aku semat ketat2 dalam jiwa. memang - memang aku tak nanges. tapi yang masuk sekelas dengan aku masa tu, semua pakat nanges. in the end takde jugak orang  kawan dengan aku masa 1st day tu sebab aku tak nanges. -____-

tapi... hari 1st tu jugak lah rekod aku ter-menanges dan ter-balek rumah. hahahaha. kenapa?

helo, tak main la kena buli2 ni. kami gengsete tau! ekeke. citernye camni... aku tak berapa suka budak yang dudok tepi aku masa tu... dah la budak tu pengotor sket - suka korek2 hidung, pastu calit kat dalam poket baju... ergh! memang aku pressure wei! tapi aku senyap je la.. ~.~ pastu aku dok dengor dia takde duit nak belanja - sebab dah abes beli guli (masa tu tengah top musim guli) pagi tadi..

jadi aku pon pikir jaoh... ada kebarangkalian dia nak pinjam duit aku (bawak 40 sen je oi... cukup la nak beli sepiring nasik lauk daging dengan air oren secawan. alhamdulillah ^^) untuk beli guli or beli jajan waktu balek sekolah nanti... so aku bajet2, kalo dia pengotor - orang tanak kawan. kalo aku pengotor, mesti dia pon tanak kawan kan? jadinya... nak tau aku buat apa? haa.. demi nak sorok duit syiling aku tu... aku masukkan sekeping syiling 20 sen dalam mulut aku. kulum, kemam bawah lidah. pengotor tak? pengotor tak? hahaha

tengok2.. tup! betol ramalan aku (6th sense aku dah berkesan sejak sebelom tadika lagi rasanya..) tak lama lepas tu, dia toleh tengok kat aku, dia cakap..
"an, pinjam dopang (dua kupang/20 sen) . mak aku tak bagi duit belanja harini."

aku ni jenis kalo orang tegur, aku mesti balas punya. so.. aku pon cakap la kat dia - dengan fluent-nya;

"aku ada dopang ja wei. satgi nak beli ayaq. aku bawak banyak ni ja" sambil tunjuk 20 sen yang aku kuarkan daripada poket suar aku.

"ooo.." dia balas. phew! lega... selamat dua kupang aku. ^^ em. em... kejap. mana lagi dua kupang tu?


hahahaha!! aku nanges kaw kaw oooiii!!! muka elok2 puteh - jadi merah padam!!!  time tu semua yang tengah nanges.. semua diam - tengok kat aku. dah apehal 'anak bosnia' sorang ni. tetiba je? haa...

AKU TERTELAN DUIT SYILING DUA KUPANG LAAA!! MEMANG LA AKU KERIAAAAUU KUAT-KUAAAATT!!!!!

dengan cikgu kelas usik aku, kata nanti duit tu tumbuh pokok dalam perot... lepas tu berbuah duit syiling .. lepas tu aku jadi gemuk... memang laaa aku hilang pedoman. last2 office call abah aku, soh meh amik kat sekolah. ekeke. balik rumah kena gelak dengan mama. Zzz... 

tapi tu la pengalaman 1st day masok derjah 1. memang memorable abes! takkan lupa ah. hewhew... 

nanti2 la aku kongsi cerita lagi ek. now, meh aku kongsi dialog bebudak kelas2 yang aku ajor dan budak2 laen yang pon aku tak dapat lupa jugak - at least seminggu ni la. hahaha. yosh!! (expect dialog berulang ye. soalan wajib aku tak leh elak. luls~)


****

me    : alright. i'm gonna teach you english from now on. let me be clear, saya suka kalau kamu panggil saya cikgu atau teacher. ok? panggil apa?
kelas : teacher!
me    : good. call me teacher. is it ok?
kelas : yes sir!

****

me      : whomever wants to go to the washroom, ask my permission 1st - in English.
budak : sir, nak pegi tandas!
me      : chekgu cakap apa tadi? in english please.
budak : teacher, toilet.
me      : saya nak in a full sentence. repeat after me - "may i go..."
budak : teacher tak tahan.. nak tu dah...
me      : GO!!!

****

budak : teacher, teacher dah kawen?

****

me      : okay. that's all for today. before i end this class... any question? ada soalan nak tanya chekgu?
budak : teacher, kenapa songkok teacher tinggi sangat?

****

budak A : ustaz, ni waktu BI, bukan waktu agama.
me          : saya ajar kamu english.
budak B : wow! ustaz boleh ajar english? bukan ustaz ajar arab ke? habis nanti waktu arab ustaz ajar lagi? ustaz tak penat ke?

****

budak : teacher, teacher ada berapa adik beradik?
me      : err.. kenapa?
budak : haritu saya nampak abang teacher. dia muka macam teacher, tapi dia tak pakai songkok. dia pakai serban
me      : ha!? sape dia?
budak : ustaz don . dia abang teacher ke, adik teacher?

****

budak 1 : teacher, kenapa teacher pakai cincin?
budak 2 : teacher dah kawen kan!
budak 1 : patut la haritu aku nampak anak teacher! dia kecik je, kecik dari kita.
budak 2 : anak teacher sama umo adik ko ke? 
me         : hello?.. saya tak cakap apa-apa pon. -____-

****

me         : okay. this question.. "how old are you?" . so nak jawab apa? jawabnya... "I am eight years old."
budak a : ha? sir eight years old? saya pon eight year old!
budak b : saya pon eight!
budak c : saya pon! teacher sama umo kita la weh!
kelas      : yeaaaaaayyy!!! *semua start lompat, bersorak*

****

budak : teacher, haritu teacher ajar BI, kenapa harini teacher ajar mengaji?
me      : err.. *tengah pikir jawapan*
budak : haaa... teacher tipu kami ek... teacher ni ustaz kan? saya dah agak dah~ 

****

*budak tahun lepas datang buat 'social visit' kat bilik guru..*
budak : sir, sir dah ada anak?
me      : ha? kenapa tanya camtu?
budak : ye la... tahun lepas sir kata sir takde baby. takkan la tahun ni takde baby lagi. 
me      : heh?? kenapa nak kena ada baby tahun ni?
budak : seronok la ada baby, sir! mama saye tiap2 tahun bagi saye baby, buat adik.
me      : aaa... em.. bagoslah camtu. tahniah~
budak : sir nak? nanti saye suroh mama saye bagi sir satu.
me      : tak payah!!!



Monday, November 12, 2012

Hanya Sekepal Dua - Lapanbelas

assalamualaikum. salam sejahtera. salam muhibbah. salam perpaduan. salam satu Malaysia, satu Singapore, satu Indonesia, satu Thailand, satu Myanmar, satu Australia, satu Rusia, satu Jepun, satu Kanada, satu United Kingdom, satu India, satu Mesir dan satu Amerika.

wheeeee!! sekolah dah cutiiiiii!!! ^^




haip. sebelom korang fitnah profesion keguruan  dengan macam2 tohmahan dan prasangka negatif (ada ke prasangka positif?) meh aku eksplen. yes, memang cuti sekolah bermaksud cikgu cuti jugak. tapi .... cuma cuti daripada mengajar ye kawan2~

cekgu cuti mengajar sebab budak cuti. dah budak takde kat sekolah, ko nak hajor sape kan? haha. taaapiii... itu tak bermakna cekgu2 cuti kerja. kenapa aku cakap camtu? sebab... kerja cekgu bukan tertakluk kat mengajor dalam kelas je. banyak lagi...

dan sebelom aku pulak merepek cerita tugas2 sebagai sa-orang guru dan penjawat awam ni, nak petah2 meroyan menceritakan hal yang orang taknak dengor or amik tau pon benornye, i better put it this way - waktu cuti pon cekgu2 kena keja jugak - dan bukannya bersenang lenang sangat macam tanggapan masyarakat pada amnya. =) trust me, it's not like what you think. anyway, awak kena pakai dulu kasut tu, baru tahu ketat ke longgar. ^^


back to my setori~


hujung2 tahon ni... sekolah memang bizi. sebok gegila! siyes wei~ macam2 program ada. macam2 kena buat. tak larat nak list kat sini sebab banyak sangat. huhu. tapi... bagi aku... setahun pertama ngajor nih, cukup banyak bagi aku pengalaman yang berharga. cukup2 banyak.

bak kata orang. pengalaman tu mengajar kita. mematangkan kita. alhamdulillah. aku syukur dengan segala jadi, segala apa yang dah aku lalui. mudah2an, semua tu dapat bantu aku dalam menjalankan tugas, tanggungjawab, amanah aku sebagai seorang guru (khususnya) dengan lebih baek, dan sebaiknya. insyaAllah. doa2kan lah ye? ^^

nah! kali ni entri bergambor! whee~

****



this is my year 2 "eeeeedaman" . the class yang budak2nye rajin sket datang. hari2 last pon ramai. see? haha the other two classes tak sempat amik gambor. ramai tak datang~ wuwu..


racun dan penawar. ahaha 


these pics were taken masa hujung2 persekolahan. ada masa hari anugerah, hari last sekolah, etc. yeah, my pride n joy. ^^





ni bawah ni.. budak2 tarian skola. dorang ni powderful menari. semua peringkat dorang sapu. sekolah, daerah, negeri, kebangsaan. siap wakil Malaysia ke banyak negara ok? no no.. bukan aku juruletih tari dorang...aku tolong2 je. harap maklum ye. hihi~



there, my guru besor cemerlang. memang beliau sungguh cemerlang. nak cerita pencapaian dia dengan skola, segala kejayaan yang dia bawak... letih nak tulih entri ni. hehe. anyways, ni hari last beliau kat skola.. sebab beliau akan mula berkhidmat kat skola baru mulai januari depan. sigh.

takpe la. kami doakan tuan haji terus cemerlang dan meneruskan kecemerlangan. semoga!!

agak2 apa yang kitorg tengah borak tu? cer teka. ekeke xD




ni la putri. yang dapat 100% paper english ekjem finale aritu. hee. cerdik budaknya. rajin. dalam kelas pon aktif. bagus la. moga2 dia jadi contoh kat kawan2 dia yang lain. aku doakan kejayaan semua, insyaAllah~ ^^



from putri~ ^^-

and this one... huuu... =') terharu bila budak drjh 2 bagi ni kat aku. Allah. terima kasih atas kurniaMu. .



dah. taknak letak banyak2. kang bergenang. hahaha. here; sikit2 yang aku mampu share dgn korang. enjoice! ^^

****

budak A : ustaz, ustaz nampak macam artis la
me          : mengada kamu ni
budak B : betul la ustaz.. bila ustaz tak pakai songkok, nampak macam faizal tahir
budak A : macam jehan miskin pon ada ustaz!
me          : yeke? ada macam muka nora danish tak?
budak A & B : ada!!!

****

budak : sir, tahun depan sir ajar kami lagi tak?
me      : i don't know. maybe yes maybe no... why?
budak : ala... kenape sir tak ajar kami dah..
me      : i didn't say i won't be teaching you... i just said tak tau lagi~
budak : tadi sir cakap sir don't know, lepas tu tak tau lagi... yang mana satu ni...
me      : kamu paham tak cikgu cakap apa?
budak : tak.

****

budak 1 : sir... kenapa sir pakai cincin?
budak 2 : sebab sir dah kawen! kan sir?
budak 3 : sir belom kawen laaa...
me         : kamu, kenapa cakap saya dah kawen? kamu pulak, kenapa kata belom kawen?
budak 2 : sebab sir pakai cincin! orang dah kawen je pakai cincin, macam kakak saye.
budak 3 : manade orang kawen pakai sampai dua cincin?
budak 1 : korang ni tak tau ke!! satu cincin tu girlfren sir bagi. satu lagi isteri sir bagi!
budak 2 & 3 : Oooooooooo. . . . .

****

me      : alright. today is your last day of schooling. cikgu ada perkara sikit nak cakap. do you want me to speak in English or Malay?
budak : ala ticer, hari last ni cakap la melayu...
me      : okay. *panjang jugak la aku membebel..aku skip je la ek.* last skali cikgu nak mintak maaf kalau ada salah silap cikgu kat kamu, kalau terasa hati dengan cikgu ke... 
budak : kitorang tak kesah pun sir, kitorang tau kitorang nakal. selalu tak dengar cakap sir. memang la kena marah. kan sir?
me      : *senyum* jadi kamu boleh maafkan cikgu tak?
kelas   : boleeeeehhh~~
me      : halalkan ilmu yang kita sama2 kongsi ni ye~
kelas   : halal~
budak : sir, ilmu boleh makan ke? kenapa nak kena halal?
me      : *buat2 tak dengar...malas nak eksplen. haha* jumpa lagi tahun depan~ insyaAllah. ^^


****

ha! sebelom terlupa. hihi.. korang ingat tak aku pernah cakap yang ada budak darjah 1 yang lari2 then terserempak aku.. lepas tu dia jerit kuat.. "hai cekgu comeeeelll!!!"

hahaha. ni la budaknye!! ^^




comel kan? macam cekgu dia jugak! ekeke xD

***

jumpa lagi di laen entri!
thanks for reading
Hanya Sekepal Dua (2012)

ada rezeki, taon depan aku cerita lagi okaeyh!
take care, and happy holiday!!
=)

Monday, October 1, 2012

October - The Fun Has Arrived!!!


welcome October


ATTENTION PLEASE!

OCTOBER IS HERE!!!

sebagai seorang yang sangat menyayangi bulan Oktober, aku nak buat one-month celebration. yeap, aku dah buat dah tahon lepas. so ini dah jadi acara tahunan dah. hahaha. kau gilo ke an? yes!! memang aku gila. aku gilakan keceriaan dan kemeriahan! :D

so, apa aku nak buat? haa... event ni specially dedicated untuk anda; Children of October!


keep calm and welcome october


mulai 1st Oct 2012 sampai la 31 Oct 2012, aku nak bagi hadiah kat korang2 yang dilahirkan a.k.a sambut birthday dalam bulan Oktober. ^^

please take note: aku tak kaya, aku bukan orang senang. tapi, aku buat camni sebab aku rasa nak menghargai. selalunya, aku bagi hadiah kat kengkawan sempena ulangtahon kelahiran aku. but this time around, nak buat laen sikit. hee... jadi, aku cuma dan cuba buat apa yang termampu lah ye. ^^

ha! camne nak dapat hadiah? senang je.

1. cari aku.
or tak kesah la kalo terserempak kat tepi jalan ke, tengah jalan ke, kat pasar pagi ke... yang penting mesti real-time face-to-face. webcam, skype, YM, video call dan seumpamanya (virtual) tak dikira. hehe.

2. pastikan hari yang korang jumpak aku tu, adalah hari ulangtahon kelahiran korang! baru bleh aku bagi hadiah. contoh; birthday korang 7 Oct. maka terjumpaklah dengan aku 7hb tu - bukan hari/tarikh lain. klo korang terawal or terlepas tarikh...hehe.. sowi~ takde reserve2 ye. ^^
october is autumn


3. buktikan haritu birthday korang.
buat la camne pon. paling senang tunjuk IC or lesen memandu je. tapi klo korang ada cara lain pon ok je. nak submit resume pomboleyh... lol! asalkan aku tau dan yakin haritu birthday korang. jangan tipu plak! hahaha

4. dah setel 1-3 tu, maka insyaAllah, ada la hadiah dari aku untuk korang, sempena hari yang berbahagia itu. =)

amacam? cara tak? hahahaha. taon lepas ramai gak la yang dapat... kebetulan aku memang tak ke mana-mana~ memang senang la nak carik aku. =p lol!

anyway,
- sumpah takde hidden agenda dengan event nih. no, ni bukan kerja Illuminati Freemason bagai. takde orang upah aku pon. ikhlas ni. siyes, aku just nak celebrate dan appreciate October - born kids. tu je. ^^



- event nih terbuka buat semua manusia (diulang.. m.a.n.u.s.i.a) tanpa mengira umur, bangsa, agama, pangkat, darjat, warna kulit, bentuk badan, rupa paras, bahasa pertuturan, kewarganegaraan dan seangkatan dengannya. seandainya korang bukan manusia... em..em... kita takyah jumpak pon takpe kot. ~.~"

- hadiah tak tetap dan tak tentu. bleh berubah ikot keadaan semasa. maksud aku, kalo time tu aku mampu hadiahkan kereta Lamborghini Murcielargo, dapat la Lamborghini tu kat korang. kalo time tu aku mampu belanja teh o ais je, maka teh o ais je lah ye. hihi... korang boleh demand hadiah sebab hari tu birthday korang. just dapat tak dapat tu, aku yang tentukan. lol! haip2, jangan demand lebeyh2. sila bersyukur. hahaha


- insyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk win-win situation. so takde la korang rasa menyesal terserempak dgn aku haritu~ hee...



baek!! itu sahaja pengumuman untuk hari ni. semoga usaha yang tak seberapa ni dapat keberkatan dan keredhaanNya.  ameeenn~ ^^


harap2 kali ni ada OctTweetFest lagi!!! Happy OCTOBER everyone!



English Version


as a person that really loves October, I feel like having a one-month celebration. hahaha. are you crazy, a'an? yes! I am crazy. craze of happenings and happiness! 

so what am I gonna do? haa... this event is specially dedicated for you - Children of October!

yeap2. starting tomorrow, Oct 1 2012 until Oct 31 2012, I'll be giving gifts for those who were born, and celebrate their birthday(s) in October.

do take note. I'm not rich. I'm not a silver-spoon-fed child. but I'm doing this because I feel like appreciating. normally I'll be giving presents to my friends for my birthday. but this time, I'm giving it a twist. hee... so, I just do whatever I can, and can afford, k? ^^

so how to get your present? it's easy!

1. find me. doesn't matter if you stumble upon me anywhere, any-when, anyhow. just make sure it's on a real-time face-to-face occasion. virtual meeting is not counted. =p

2. make sure that you meet me on your BIRTHDAY! then only you can claim your present. for example; if your birthday is on Oct 7, so see me on the 7th - not on other date/day. if you're too early or too late... hehe.. sorry... no KIV. ^^ 

3. prove me that that day is your birthday. show me proof, e.g. driving licence, your ID, etc. but tell me no lie! or else... hahaha

4. once you have fulfilled the previous steps, insyaAllah, you'll get your birthday present. =) 


 swear there's no such thing as hidden agenda behind this event. seriously, I just wanna celebrate and appreciate October-born kids. that's all. ^^

this event is open for all regardless your age, race, religion, beliefs, skin colour, physical appeal, languages, nationality and the like.

presents are not fixed. changes can/may be applied accordingly. (I don't feel like translating the rest..hihi)

you can/may ask for whatever you want for your birthday. but it's up to me to grant it or not. LOL!

I'll do my best to ensure we can seal a win-win situation. We'll see how it goes. hee...

that's all folk! Godspeed. God bless. amen. ^^

Friday, September 28, 2012

Hanya Sekepal Dua - Limabelas

assalamualaikum!!

konbanwa~ ogenki desu ka? aitai katta? mo aitai tte yo. un! degozaru. ^^




hoi apalah aku merepek ni. hahaha. ok kalo korang just nak baca Hanya Sekepal Dua ni sebab dialog bebudak comels lottes tu, sila skip part ni, dan tros scroll ke bawah. ade je dialog2 dorang kat bawah tu. hehe. tapi kalo rasa ada banyak masa nak dibuang, nak dihabiskan depan skrin... aa, bleh la baca dari mula sampai abes. hiks!

actually kalo nak ikotkan, Hanya Sekepal Dua ni dah lama tak tersambung. kan? kalo korang memang ikot siri ni, korang tau la. siap ada yang rindu2 lagi ha. huhuuu.. terharu aku rasa. =') thanks buat yang selalu tanya dan request.

anyway, bukan aku maleh nak menulih ke hape ke. tapi sejak2 last pegi Kidzania tu, hidupku telah berobah! hahaha. no aku tak jadik transformers. bukan jugak pemain hoki kebangsaan. tapi...

since awal september tu... dalam minggu kedua kot... aku terlibat dengan latihan. latihan apa? haha. bukan ketenteraan. tapi kebudayaan. WHAT!?? yeah. kebudayaan. tarian, ok? tarian tradisional. so ada yang sedang tak percaya ke aku ni menari? hahaha

ni sume Pi-es-kei-pi-pi punya pasal la ni. tah apa tebiat dorang buang ntah - tetibe je tahun ni nak buat pertandingan Gem-A-Ta- RI peringkat negeri S'gor. acaranye, kuale s'gor jadik tuan rumah! haa... nak tak nak kena la hantor wakil. gedebak gedebik gedebuk, ada la orang yang tau aku ni memang penari kebudayaan. lantas (chewah ayat seni) dicariknya aku kat sekolaaahh~~

dengan titah perintah dan kuasa pihak2 berkenaan dan berwajib, maka ter-join-lah aku dalam pasukan tarian kebudayaan mewakili dan sebagai tuan rumah ke pertandingan peringkat negeri~ . oh tarian apa? tarian melayu. asli dan joget. ewahh!!

pointnye? haaa. tu la nak habaq kat hangpa. aku dok sebok menari berkaberet dari pagi sampai malam weii!! pagi2 latihan start kul 8. bawak ke petang, then rehat kejap. malam lepas isyak sambong balek... sampai kul 2 - 3 pagi. hari2 oooii~~ (kecuali ahad).

so... dengan kesebokkan yang nyata... korang pon harap maklum la - yang aku tadek kat sekolah selama 3 dua minggu setengah tu. hahaha. dah camnenye aku nak menulih pasal budak2, nak kutip dialog2 sesengomel (sengal-comel) murid-murid kalo aku sendirik tadek kat kelas? lol. tup tap tup tap, minggu ni baru aku wujud kat sekolah. hihi...

anyways, di kesempatan ni aku nak ucap terima kaseh kat korang yang doakan usaha dan kerja keras kami sempena pertandingan hari tu. alhamdulillah, banyak pengalaman berharga kami dapat. memadailah pengalaman tu sebagai hadiah dan kenangan. yesh, kitorang tak berjaya dapatkan tempat top 3. tapi takpe, kalah dengan penari profesional... tak ralat sangat. rasa berbaloi. huhuhu~

to my dearest team tarian, i love you guys. and yeah, i had a great time! ^^



eh banyak lak songehnye. korang nak baca citer budak2 ni kan? ha. nah2. amik2. pelepas rindu. ahaks! ^^

****

budak : sir, sunat tu apa?
me      : sunat tu perkara yang kalau kita buat dapat pahala, kalau tak buat takpe.
budak : ....
me      : kenapa? 
budak : cuti sekolah ni saya nak kena sunat.
me      : OooOoo~~ sunat tu!! ha elok la tu. sunat awal2. 
budak : tapi saya takut, sir... abang saya cakap macam kena gigit kucing. eh! ha betul la kucing~

****

budak A : ticer, kenape ticer lame tak masuk kelas?
me          : cikgu pergi kursus, kat sekolah lain.
budak B : sir pegi menari kan?
me          : eh? manade~~ sape cakap camtu? *cubaan cover2 line*
budak B : guru besar petang cakap.
me          : . . . .

****

budak 1 : sir, kenape sir tak datang sekolah?
budak 2 : sir marah dekat kami ke?
me         : kenapa.. kamu rindu kat cikgu ke?
budak 3 : rindu! tapi kenapa sir tak datang lame sangat?
budak 1 : isteri sir sakit ke??

****

budak : sir, sir pakai minyak wangi apa?
me      : ha? why?
budak : cakap la... sir pakai perfume apa~
me      : manade perfume... bau syampu kot.
budak : sir tipu... rambut sir dalam songkok. mane boleh bau sampai keluar. eh.. sir sabun badan pakai syampu ke?

****

budak C : ko tau tak kenape ticer lame tak datang sekolah?
budak D : tau! ustaz pegi menari.
budak C : kan! hebat la ticer. dah la boleh cakap english, boleh menari pulak tu.
budak D : haritu aku nampak ustaz kat TV!
budak C : huiooo!! kenape ko tak mintak ticer sain buku kau?
budak D : bodoh la kau ni. ustaz dalam TV la mase tu. mane boleh keluar tangan nak sain buku!
budak C : ha'ah kan....

****

budak : sir, bagitau la sir pakai minyak wangi apa~
me      : yang kamu dah dua tiga kali tanya ni.. kenapa. em?
budak : nak beli jugak.
me      : wangi ke?
budak : wangi!
me      : sir pakai minyak goreng ikan.
budak : *kerut dahi* ... minyak goreng ikan? yang Nora Danish pakai kat TV tu ke?
me      : hooooiiii!!

****

budak I  : ticer, ticer dah kawen ke belum?
me         : letih dah dengar soalan ni. hahaha
budak II : alaa.. ticer tak pernah jawab pon~
me         : agak2 cikgu tak datang 2 minggu lepas... cikgu buat apa?
budak I & II : ticer kawen lagi!!!

****

budak : ustaz, name anak ustaz ape?
me      : ni mana datang citer anak lak ni~~
budak : ade cikgu yang masuk waktu ustaz haritu, dia cakap ustaz cuti tengok isteri ustaz dapat anak. anak ustaz putih macam ustaz ke, macam isteri ustaz?
me      : haih.... kamu agak?
budak : mesti macam isteri ustaz! anak ustaz pompuan kan? name ape? bagitau laa~~

****

me    : alright class. today we're going to learn a new song . .
kelas : yeaaayyy!! *sambil ramai2 menari gangnam style

****

me    : how are you today?
kelas : i am fine, thank you!!
me    : do you miss me?
kelas : yes sir!!
me    : thank you! so can we continue our class?
kelas : no sir!!



I love my career. ^______^ 

Saturday, September 8, 2012

Hanya Sekepal Dua - Kidzania Special

assalamualaikum.

hehooiii!! apekah  hepinye hari ini. kalo ikotkan hari ni hari sekolah kan? kena ganti cuti raya yang amik dulu tu. semua sekolah rasanya. hehe...

tapi! nak dijadikkan cerita, nama aku tersenarai sebagai guru pengiring la pulak... ecewah. kemana tu? ke... KIDZANIA!!!



lol!

pergh~ memang hepi sungguh la. kidzania tu tempat yang best, tahu? haa... bagi korang yang tak tahu, Kidzania ni satu tempat permainan bertemakan education. pendidikan kerjaya. memang terbaik untuk kanak2 dan murid sekolah!

kat kidzania ni, ada maaaaaacam macam aktiviti! sekurang-kurangnya ada 60 establishments, dengan 90 aktiviti yang best untuk diterokai. Kidzania mengajar budak2 untuk mengenali lebih dekat alam pekerjaan dan kerjaya yang ada pada masa kini. 

kat sini budak2 diajar untuk 'bekerja' dan 'bekerjaya' sambil bergumbira. hehe. dorang boleh belajar macam mana nak buat Oreo, macam mana nak buat burger Marrybrown, apa tugas dan peranan jadi ahli bomba, pegawai polis, penggaya rambut dan lain2. serius seronok beb. macam keje betul! selesai tugasan, dapat gaji. pergh... then gaji tu bleh guna untuk beli barang2. macam kehidupan kita sehari-hari jugak la!




klo nak cerita atau nak tahu lebih lanjut pasal Kidzania ni, aku syorkan korang pegi teros kat sini --> kidzania.com.my dan check it out!

cumanya, apa yang menarik perhatian aku kat sini... haaa... meh nak citer. shhhh... ^^


sepanjang aku ada kat kidzania tu, aku perati la jugak gelagat parents dan penjaga budak2 yang bawak anak2 dorang ke sana. good to see some parents/guardians yang prihatin dengan minat dan kecenderungan anak2 tu. ada yang galakkan anak2 cuba macam2 aktiviti - jadi doktor, jadi bomba, jadi juruteknik etc. cumanya, ada jugak parents yang mengeluh "boring" , bosan..

for your information, Kidzania ni memang khusus untuk budak2 belajar dan have fun ye. aku tegaskan kat sini - budak-budak. jadi memang la takde aktiviti sangat untuk orang dewasa. apa yang aku sedeyh, camne bleh dorang mengeluh bosan tu? aku tengok anak2 dorang sonok je lari2 sana sini, pegi buat keje bagai. si parents yang mengeluh ni... just duduk dekat kawasan meja makan, dok dekat fountain, lepas tu cakap bosan takde benda nak buat.

kenapa tak pegi ikot, tengok budak2 tu main, belajar, buat kerja sume tu?? kenapa tak pegi bagi sokongan moral kat anak2 yang excited giler nak jadi doktor pakar kat KPJ, nak jadi anggota CSI, nak jadi DJ kat Hitz.fm tu? apa motip dorang bawak anak2 ke situ ek. nak bagi main je ke? kalo camtu baek bawak gi playground kat kawasan perumahan masing2. then lepas je budak2 tu, bagi main gelongsor, papan jongket bla bla bla.

why not dorang tengok sekeliling, amik pengajaran. jadi macam mak bapak budak laen. other parents yang tak mengeluh, dorang ikut anak2 dorang pegi main, pegi buat keja. bagi moral support, bagi opinions. itu baru betul. indulge dgn dorang sekali. ini.... dah la mengadu tiket masuk mahal, pastuh tak make use of the goods yang disediakan. acaner... hm~

then... aku peratikan budak2 ni pulak. ok, ni maybe ada a bit racism. hahaha

apparently, aku tengok anak2 non-malays ... dorang rajin "kerja". kat sana ada establishments yang ajar budak2 buat kerja, or tugas untuk dapat gaji, contohnya Pos Malaysia, Celcom, etc. bila kerja siap, budak2 ni dibayar gaji dlm bentuk cash (Kidzos) sebagai reward. dorang jugak suka explore bidang kerjaya yang top class - macam pakar bedah, jurutera komputer,

anak2 malays... mostly suka main. daripada apa yang aku nampak, dorang lebeyh suka pegi cari games and entertainment. hakhak.. takpun, pegi beli barang, mainan. or paling koman, pegi beli makanan. pastu mengadu duit sikit, nak abis. ekeke. bukan semua la camtu.. cuma kebanyakkan.. and yang aku nampak je... =p

satu lagi...

aku taktau la samada aku ni mata keranjang ke, atau hakikatnye memang camtu. hahaha. tapi! pada hemat saya yang tak smart mana ni... aku tengok kan... para petugas, staf kidzania ni... rata2nya muda2... dan berperawakan menarik.

bukan la aku ni gatai sangat dok perati orang atas-bawah. tapi... i noticed that dorang punya staf dalam kidzania ni hensem2, cantik2. bak kata omputeh - sedap mata memandang. hahaha. so aku perati la secara random, then secara teliti - memang telahan aku tepat. petugas2 dalam kidzania ni majoritinya muda2, dan lawa2. ye la... dah nak join aktiviti budak tak boleh, so cuci mata je la. =p

somehow aku terpikir... adakah ini agenda illuminati?? hahahaha. bongok. ok. aku terpikir la, memang itu kriteria untuk keje kat situ ke, ke camne. sebab kalo yang lelakinya mesti tinggi2, body fit, nampak bertenaga. kalo yg pompuannya mostly slim2, rupa santek, ala2 kakak2 gittew. hm... ada motif tak sebenarnya? or, itu cuma satu kebetulan? cer korang pikir2 sket, and gitau aku apa pandangan korang....

kalo korang tak caya, silalah ke kidzania dan witness-lah sendiri. dont worry, aku tak promo ni sebab dpt bayaran ke hape ke ye... hahaha.

hoh! terpanjang plak entri yg sepatutnya pendek ni. =p

nah. aku bagi sket2 je scene2 yang agak tomei2 jugak la yg jadi masa kat kidzania tadi. eheks!

*****

budak : cekgu, macam mana nak simpan duit ni?
me      : okay, first you go to the ATM. lepas tu buat akaun. lepas tu deposit la duit tu.
budak : salah la cekgu...
me      : dah tu camne?
budak : camni je. *lipat duit kertas tu, masuk poket.*

*****

budak A : sir, saye bosan la.
me          : so? go and play laa... tu, pegi jadi doktor kat sana tu.
budak B : dah sir... jadi doktor tak best, takde life.
me          : hamboooiihh... sape cakap jadi doktor takde life?
budak B : akak yang dekat saloon tu.
budak A : mane ade! akak tu suruh jadi doktor, boleh save life, bukan takde life.
budak B : ade! ko yang salah dengar. tu la, potong rambut pendek2 sangat. kan dah pekak.

****

tour guide : okay you have been given a cheque, right? the first thing you need to do before you go to work is to cash the money at the bank. *continues talking..*
budak      : ticer, dia cakap ape? saye tak paham~
me           : go to the bank, cash this cheque. amik duit.
budak      : oooo... cakap la macam tu. baru saye paham. ticer pegi la depan tu ganti dia, baru kami paham.

****

budak 1 : ustaz, kenapa ustaz tak pakai songkok?
me         : kenapa kamu tanya?
budak 2 : kalau ustaz pakai songkok nampak garang. kalau tak pakai nampak baik.
me         : pulak dah. so kamu rasa saya ni baek ke garang?
budak 1 : baik
me         : sebab apa?
budak 2 : sebab ustaz pakai songkok sebab nak simpan rambut ustaz yang panjang dulu je kan? bukan sebab garang. kami tau~
me         : kamu pegi main polis2 kat sana tu. cepat.. ~.~"

****

*ni budak darjah 3 kelas pandai punya perangai...*
budak : sir, kakak kat meja makan tu suka kat sir!
me      : hoi mengada. buat cerita pandai kamu ni~
budak : betul sir... kakak tu putih, sir pun putih, boleh la kawen!
me      : nak kena luku?
budak : ala sir ni... pegi la suka dekat kakak tu. nanti sir kawen dengan dia. bila sir takde kat sekolah, dia boleh ganti kelas sir.
me      : haritu kamu kata saya dah kawen kan? ha... camne ni?
budak : eh.. ha'ah la sir... ok2, saye bagitau kakak tu dia jadi isteri nombor dua sir. tau! *lari pegi kat staf pompuan tu*

****

budak : sir, saye ade banyak duit lebih ni, macam mane.
me      : pegi la belanja.
budak : tapi saye nak simpan
me      : pegi la simpan kat bank tu
budak : tak nak cim bank (cimb bank). nak tabung haji

^^