SOCIALIZATION

Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Monday, December 30, 2013

100 Soalan Spontan


hello hello!! happy new year!! oh belom. saje la wish awal2... nanti new year kang tak sempat wish kata tak prihatin lak. hiks~



ni! dah nak abes taon 2013. soalan wajib nak tanya ni. aritu dengor2 ada azam 2013... apa cer? ahahaha. ok ok aku tanak trollolol korang yang ada azam bagai ni. bagus tau ada azam iltizam zam zam alakazam, korang ada matlamat nak berjuang. takpe, tak tercapai pon takpe asalkan korang dah berusaha. chewah, positip nak arwah. hahaha

aku dapat emel. dalam emel tu ada benda2 yang aku letak kat bawah ni. actually aku nak ajak main game. jawab semua 100 soalan kat bawah ni, pastu tag 5 blogger laen utk dorang buat jugak perkara yang sama. tapi tanak lah. sape rasa nak jawab, bleh jawab sendiri. nak tulis boleh, nak jawab dalam hati pomboleyh. tapi kalo rasa2 nak cerita kat aku, meh meh. sudi mudi nak dengor/baca. hehe

so! jom? soalan2 merangkumi 2013 saya!!


waktu mula menjawab- 8.43 pm, 29 disember 2013


1. Last kiss
- kiss kat mana tu? em em.. kalo kat pipi baru dapat dari makcik. minggu sudah

2. Last phone call
- 3 hours ago

3. Last text message
- sms? ke whatsapp? wechat? ahaks

4. Last song you listened to
- Livin on a prayer (Bon Jovi)

5. Last time you cried
- cried sebab sedeyh ke sebab hepi? define2. =p

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice
- aa.. tak paham soalan. next

7. Been cheated on
- yep

8. Kissed someone and regretted it
- nope

9. Lost someone special
- yeah..

10. Been depressed
- ada ke? macam tadek je.. hmm..

11. Been drunk and threw up
- mabok? huih haroomm... mana pernah

THIS YEAR HAVE YOU:
12. had sex
- never. not just this year ok. tak pernah. tunggu kawen. meoowss~~

13. How many people have you had sex with this year?
- ko baca balek jawapan soalan atas ni bleh? malas ulang

15. Made a new friend
- yes! ramai!

17. Laughed until you cried
- ada! banyak kali. selalu kot! hahaha

18. Met someone who changed you
- sorta. hehe

19. Found out who your true friends were
- what team!? wildcats! lol

20. Found out someone was talking about you
- erm... ada2.. good talk bad talk dua2 ada.


HEY
26. What did you do for your last Birthday
- aku hilangkan kunci kereta hahahahahahahaihh...

27. What time did you wake up today
- 6.27 am.

29. Name something you CANNOT wait for
- musim manggis. ouhhh... dap uh dap uh

30. Last time you saw your all of your siblings at the same time
- early this month

31. What is one thing you wish you could change about your life
- my shoelace

32. What are you listening to right now
- the rhythm of the falling rain

33. When is the last time you had sex?
- godforsaken berapa kali nak cakap.. tak pernah laa...

34. Who's getting on your nerves right now
- nobody

35. Most visited webpage
- google homepage. ok i lied. twitter~

36. Favorite colour
- black!

37. Nicknames
- banyak... an, a'an, antara, an jepun, ken, 4k, kanipan, yada yada yada....

38. Relationship Status
- ain't we are all related? ba dum tss

39. Zodiac sign
- libra

40. Male or female
- jap nak check.. male! wait what??

41. Primary school
- sksb

42. Secondary School
- gunung rapat, panglima bukit gantang, raja lope nor rashid

43. High school/college
- maktab perguruan persekutuan pulau pinang

44. Eye color
- hazelicious!

46. Height
- 170 cm

47. Do you have a crush on someone
- do you want me to get friendzoned?

48. What do you like about yourself
- everything! muehehe

49. Piercings
- haroomm..

50. Tattoos
- harooooommmm..

51. Righty or lefty
- bothy! no la, kidding. righty

FIRSTS:
53. First piercing
- tadek

54. First best friend
- ajib, my next-door neighbour kat kampung

55. First hookup
- *breathes heavily*

56. First Bestfriend
- wait... is this some kinda test or something?

RIGHT NOW:
59. Eating
- not eating

60. Drinking
- not drinking. dahaga la pulak.. hmm...

61. I'm about to
- buat air. kau ah ni tanya pasal dahaga lak. hish

62. Listening to
- the rhythm of the falling rain

63. Waiting for
- orang masuk meminang. hiks..

YOUR FUTURE:
64. Want kids?
- of course! nak 18

65. Get married?
- nak jugak! nak sekarang! omnomnom

66. Career
- retired

WHICH IS BETTER:
67. Lips or eyes
- eyes!

68. Hugs or kisses
- combo!

69. Shorter or taller
- yang sedang sedang sajaa~~

70. Older or Younger
- depends on purpose. eh

71. Romantic or spontaneous
- combo!

72. Nice stomach or nice arms
- what? parts of the buffalo?

73. Sensitive or loud
- next

74. Hook-up or relationship
- relationship after hook up. power! hahaha

HAVE YOU EVER:
76. Kissed a stranger
- nope. tapi.. cam best je.. =p

77. Drank hard liquor
- never. harooommm

78. Lost glasses/contacts
- glasses? tak pakai. contacts? nombor tepon? 2-3 kali gak..

79. Had sex
- aku tumbok gak kau ni karang..

80. Broken someone's heart
- based on stories i've heard... yeashh... adeh~ sorry...

82. Been arrested
- nope. saya bukan rafizi.

83. Turned someone down
- pon pernah. sorry.. =(

84. Cried when someone died
- tell me bout it, i'll write ya a novel

85. Fallen for a friend
- fallen like fallen angel? or falling n'sync? hiks... umm... next!

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself
- of course i'm awesome!

87. Miracles
- yup!

88. Love at first sight
- yep

89. Heaven
- tu dalam rukun iman ok. tak caya dosa

90. Santa Clause
- kenapa 'Claus' tu ada suffix e? ni soalan morphology ke apa ni?

91. Kiss on the first date
- nope. ko nak aku mampos kena panah petir?

92. Angels
- der... rukun iman der...

93. How would you label yourself?
- QR code

94. Someone You Pray Everyday For
- mom. dad. entire universe

95. Did you sing today
- hell yeah!

96. Who From All Your Ex's have You Cared The Most About
- obviously you do not know me, do ya. manade ex's .. sorang ex je. luls

97. If you could go back in time, how far would you go?
- whoa... pegi baca surah Al-Asr sana. em em..

98. Out Of Everything In The World What Do You Wish For
- =)

99. Are you afraid of falling in love?
- nope. kenapa soalan ni dok number 99? penat tunggu tau. eh. =p

100. Do you like the way you look?
- alhamdulillah. ^^


wheee!! dah jawab. lagi syok soalan2 cemni daripada exam MUET. ahahaha. so, rasa nak share gak? copy je soalan2 ni, then tulis jawapan korang. nanti 10-20 taon nanti tengok balek jawapan yang korang buat. sure senyum gelak2 punya. hee..

happy new year!!


Sunday, May 5, 2013

May the 5th be with You!


assalamualaikum, salam sejahtera. hai pengundi2 baru dan penyokong2 tegar kepimpinan idaman. seronok tangkap hantu?

google doodle khas sempena pilihan raya umum ke 13 Malaysia


hari ni, Ahad, 5 Mei 2013 bersamaan 24 Jamadilakhir 1434 Hijri... merupakan hari yang aku isytiharkan sebagai Hari Berinai Kebangsaan. hehe. sebabnya? kalo korang tengok newsfeed facebook, timeline twitter, dan segala tok nenek sumber media hari ni - semuanya dibanjiri dengan gambor jari. yaaa... jari! jari telunjuk yang dicalit dengan ink kaler blue-black sebagai tanda yang korang dah cukup umur,  diberi kepercayaan untuk membuat pilihan, dan telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Pilihan Raya Umum ke 13 weii!! Malaysia memilih!! haa... kan dah terikut iklan. hahaha.

aku nak ulas banyak isu pasal pilihan raya kali ni! tapi, esok2 lah kot. hari ni kita tengok seleksi gambar2 yang aku suka; mewarnai hari mengundi yang serba macam jadi . nanti2 la aku buat postmortem ye. hehehe. yosh!!

perkakasan undi disediakan oleh pihak SPR

orang ramai pakat balik kampung untuk mengundi. syabas!

pemandangan biasa dan seumpamanya kat mana-mana sahaja seluruh negara


PRU 13 jadi tumpuan media seluruh dunia


suasana di pusat mengundi. lebih kurang je kat semua pusat membuang undi seluruh negara. gambar diambil seawal pagi... kalau tengah hari, camne la gamaknye ye...


Tuan Guru Nik Aziz dilihat sama-sama beratur untuk membuang undi. Teladan yang patut dicontohi... tak macam  Najib... datang-datang je terus potong line pegi undi. haih laa..

Tun Mahathir dan isteri selepas membuang undi, memadamkan fitnah yang mereka ke Eropah sebab lari daripada mengundi


orang ramai membantu warga tua dan mereka yang kurang berupaya untuk membuat undi. Humanity is still there thank God!

isu pengundi hantu dan pengundi import. dalam gambor ni budak tu ditahan sebab dorang suspek orang asing yang diupah untuk mengundi oleh pihak tertentu. malangnya telahan tu salah. banyak lagi kes seumpamanya.. huu.. nampak sangat kita ni racists... -.-


antara gelagat pengundi-pengundi sepanjang tempoh berkempen dan membuang undi. walau kita lain fahaman, tapi kita tetap kawan.. err.. kawen. hahaha. +1!


isu paling hot sepanjang PRU 13 - penggunaan dakwat kekal ... yang tak berapa nak kekal katanya. banyak kes dilaporkan dakwat mudah hilang/tanggal.. tak seperti yang diuar-uarkan. hmm...


petugas SPR mengira undi sambil diperhatikan wakil pihak yang bertanding. 


isu dakwat kekal terus jadi bahan bualan. luls~


banyak lagi gambor2 yang menarik... tapi aku malas nak uplod. so korang boleh start collecting dan buat scrapbooks. nanti PRU 15 bleh show off kat anak cucu betapa heroicnya korang masa PRU 13 yang dianggap 'the Mother of elections' ni. hehehe...

bagi yang dah mengundi, tahniah diucapkan. semoga beroleh pahala atas amanah yang dah dilaksanakan. bagi yang tak mengundi, or belum boleh mengundi... doa2 la supaya dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk membuang undi di pilihan raya seterusnya. insyaAllah~ benda baek Tuhan tolong ^^

alritey... time to stick my eyes and ears kat tv and twitter. updates pasal win-lose la, apa lagi. huhu. jom!!


walau apapun keputusan kelak, terimalah seadanya. kerana.. anda jualah yang telah memainkan peranan, dalam menentukan masa depan Malaysia


kredit gambar2.
http://www.abc.net.au/news/2013-05-05/an-malaysia-election-2013-gallery/4670668

http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/indonesia-keeps-close-watch-on-malaysian/652906.html

http://borneobulletin.com.bn/index.php/2013/05/01/malaysia-braces-for-its-closest-election-ever/

http://hakaluka.blogspot.com/2013/04/pru-13-tips-memilih-calon-dalam.html

http://www.selangorku.com/?p=27421&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=80-tampil-mengundi-pru13-catat-sejarah

https://www.facebook.com/likeperekacerita

https://www.facebook.com/AnalisisPolitikTerkini

https://www.facebook.com/otaireformasiII

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/05/kantoi-citer-bangla-mengundi-rupanya.html

http://akuanakpahang.blogspot.com/2013/04/calon-calon-bebas-pru-2013.html

Saturday, March 9, 2013

Pameran Kuceng! Neko-neko Nyaan!!



jom jom!! pegi sini!!!

Domestic HHP Cat Show 2013 . Pameran kekucing cecomels!




sebagai seorang rabbit-person, yang tak berapa cara sangat dengan kucing... aku tetap nak promo korang2 pegi event ni. surely parents boleh bawak anak2, tengok kucing2 comel kat sana! tapi hati2 bagi yang ada alahan dan asma ye. ^^

dengornye buleh adopt a cat! korang bleh ambik kucing kat sana, bawak balik, bela. waaaahh!! best kan!? tunggu apa lagi. gi carik kengkawan, terjah Space U8 kat Shah Alam hari ni jugak! ^^ err.. kat mana? direction ke sana? em, sila google please.. =p haha


oh satu lagi. aku nak promo ni jugak


Hari Kraf Kebangsaan. HKK 2013

sangat best weh... kawan aku cakap la. sebab dia dah pegi 2 kali! haaa.. sebab tak puas jenjalan kat sana sekali  je. banyak sangat benda yang menarik nak di-usha. hehe




bagi yang rasa2 nak shopping barang rumah, perabot perhiasan bagai.. macam yana samsudin dgn johan dok promo kat tv tu, bolehlah berkunjung ke hari kraf kebangsaan 2013 ni. taon lepas aku dah pegi. best! so momentum best tu rasanya dibawak ke taon ni insyaAllah. jemput! ^^

selamat berhujung minggu!


Tuesday, January 1, 2013

Attention! A Tension!!

wohooooooo!! it's nuuuyeerrrr bebeh!!

assalamualaikum!




ekceli aku tengah kalut filing dokumen untuk budak2 ni. em em... tapi gedik nak post entri jugak. so... ekeke.

ha! i'll keep it short. banyak benda yang aku plan untuk tahun baru ni. dan banyak jugak yang skolah dah plan untuk aku ... biasa lah tu. cuma yang aku tak tau... apa yang Dia plan untuk aku. huhu... harap2 all iz well lah ye. insyaAllah~

untuk blog ni... mohon dengan izinNya, Siri Jom Tawen-Tawen! akan diteruskan.. begitu jugak dengan Menanti Mentari ... tapi MM tak berani janji update selalu2... menatang tu ikot mood. hahaha. dan kalau berkeupayaan, siri Hanya Sekepal Dua akan membuat kemunculan semula tak lama lagi! hoho... tapi bergantung pada keadaan jugak.. kalo takde bingkisan best2 daripada budak2, so takde la sekepal dua tau! luls~ ^^

yang lain2 tu... macam biasa lah. ada benda nak tulih, ada la update. hehe. yosh! sebelom aku akhiri entri bidan terjun ni... nak maklumkan kejap. some friends of mine mintak tolong carikkan calon suami/isteri kat dorang. macam laaa aku ni agensi bertauliah kan.. hakhak. tapi orang dah mintak tolong, maknanya orang bagi kepercayaan. alhamdulillah... terharu2.. ni sikit2 preview yang aku bleh bagi secara general kat sini.


1. Encik X
Islam . belum pernah berkahwin . 24 tahun . berkerjaya . hensem . pandai mengaji . ada kereta dah . dalam perancangan nak beli rumah . looking for someone lebih muda atau sebaya (cikgu masuk top 3) .

2. Cik Y
Islam . bujang . 23 tahun . berkerjaya (akauntan) . comel orangnya . ada kereta jugak dah . nak beli rumah dengan enche suami insyaAllah . looking for someone yang jaga solat, jaga ibadat, dan ceria2 selalu.

3. Cik W
Islam . bujang . 25 tahun . tengah sambung Master kat United Kingdom (nak abih dah) . sweet orangnya . cadang nak beli keta dan umah lepas balik Malaysia nanti . tak prefer orang yang pemarah/baran .


so.. kepada korang yang rasa nak bersuami/beristeri tapi takde calon jugak lagi, bleh emel aku untuk maklumat lanjut. siyes2. okeh? aaa..


dah. nak tidoq. sok skolah! bye. Zzz...



takmau pi sekolah boleh tak? ngaaaa.... -_____-