assalamualaikum, salam sejahtera. hai pengundi2 baru dan penyokong2 tegar kepimpinan idaman. seronok tangkap hantu?
google doodle khas sempena pilihan raya umum ke 13 Malaysia |
hari ni, Ahad, 5 Mei 2013 bersamaan 24 Jamadilakhir 1434 Hijri... merupakan hari yang aku isytiharkan sebagai Hari Berinai Kebangsaan. hehe. sebabnya? kalo korang tengok newsfeed facebook, timeline twitter, dan segala tok nenek sumber media hari ni - semuanya dibanjiri dengan gambor jari. yaaa... jari! jari telunjuk yang dicalit dengan ink kaler blue-black sebagai tanda yang korang dah cukup umur, diberi kepercayaan untuk membuat pilihan, dan telah melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Pilihan Raya Umum ke 13 weii!! Malaysia memilih!! haa... kan dah terikut iklan. hahaha.
aku nak ulas banyak isu pasal pilihan raya kali ni! tapi, esok2 lah kot. hari ni kita tengok seleksi gambar2 yang aku suka; mewarnai hari mengundi yang serba macam jadi . nanti2 la aku buat postmortem ye. hehehe. yosh!!
perkakasan undi disediakan oleh pihak SPR |
orang ramai pakat balik kampung untuk mengundi. syabas! |
pemandangan biasa dan seumpamanya kat mana-mana sahaja seluruh negara |
PRU 13 jadi tumpuan media seluruh dunia |
suasana di pusat mengundi. lebih kurang je kat semua pusat membuang undi seluruh negara. gambar diambil seawal pagi... kalau tengah hari, camne la gamaknye ye... |
Tuan Guru Nik Aziz dilihat sama-sama beratur untuk membuang undi. Teladan yang patut dicontohi... tak macam Najib... datang-datang je terus potong line pegi undi. haih laa.. |
Tun Mahathir dan isteri selepas membuang undi, memadamkan fitnah yang mereka ke Eropah sebab lari daripada mengundi |
orang ramai membantu warga tua dan mereka yang kurang berupaya untuk membuat undi. Humanity is still there thank God! |
antara gelagat pengundi-pengundi sepanjang tempoh berkempen dan membuang undi. walau kita lain fahaman, tapi kita tetap kawan.. err.. kawen. hahaha. +1! |
isu paling hot sepanjang PRU 13 - penggunaan dakwat kekal ... yang tak berapa nak kekal katanya. banyak kes dilaporkan dakwat mudah hilang/tanggal.. tak seperti yang diuar-uarkan. hmm... |
petugas SPR mengira undi sambil diperhatikan wakil pihak yang bertanding. |
isu dakwat kekal terus jadi bahan bualan. luls~ |
banyak lagi gambor2 yang menarik... tapi aku malas nak uplod. so korang boleh start collecting dan buat scrapbooks. nanti PRU 15 bleh show off kat anak cucu betapa heroicnya korang masa PRU 13 yang dianggap 'the Mother of elections' ni. hehehe...
bagi yang dah mengundi, tahniah diucapkan. semoga beroleh pahala atas amanah yang dah dilaksanakan. bagi yang tak mengundi, or belum boleh mengundi... doa2 la supaya dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk membuang undi di pilihan raya seterusnya. insyaAllah~ benda baek Tuhan tolong ^^
alritey... time to stick my eyes and ears kat tv and twitter. updates pasal win-lose la, apa lagi. huhu. jom!!
walau apapun keputusan kelak, terimalah seadanya. kerana.. anda jualah yang telah memainkan peranan, dalam menentukan masa depan Malaysia
kredit gambar2.
http://www.abc.net.au/news/2013-05-05/an-malaysia-election-2013-gallery/4670668http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/indonesia-keeps-close-watch-on-malaysian/652906.html
http://borneobulletin.com.bn/index.php/2013/05/01/malaysia-braces-for-its-closest-election-ever/
http://hakaluka.blogspot.com/2013/04/pru-13-tips-memilih-calon-dalam.html
http://www.selangorku.com/?p=27421&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=80-tampil-mengundi-pru13-catat-sejarah
https://www.facebook.com/likeperekacerita
https://www.facebook.com/AnalisisPolitikTerkini
https://www.facebook.com/otaireformasiII
http://kulaanniring.blogspot.com/2013/05/kantoi-citer-bangla-mengundi-rupanya.html
http://akuanakpahang.blogspot.com/2013/04/calon-calon-bebas-pru-2013.html
No comments:
Post a Comment