SOCIALIZATION

Sunday, May 26, 2013

10 Tanda Dialah Orangnya!


assalamualaikum. hai gegadis baru abes exam. dah bawak si dia jumpak mak abah? ^^




actually... aku nak tulih pasal kawen2. yelah. musim2 ni la orang dok cari info pasal kawen. musim cuti sekolah. bersepah kenduri weh! alhamdulillah... banyak jemputan. ramai yang nak melangsungkan perkahwinan or majlis pertunangan. aku doakan semua2 bahgia dari sini sampai sana. insyaAllah. =)

so ironinya lately ramai yang dok tanya aku hal2 berkaitan hati dan perasaan. chewah! bukan tanya pasal aku.. tapi mintak pendapat aku pasal dorang dan their subject matter. ergh... aku rasa macam nak bungee jump tanpa harness set tahu? aku yang cetek ilmu ni pulak yang ditanya. -.-

anyways... based on sedut2 ilmu dan pengalaman orang ... plus pembacaan, aku rasa boleh la nak kongsikan sket2 apa yang aku rasa boleh korang/dorang amik sebagai point - nak tau samada si dia yang korang dok berkenan tu the right person untuk korang, or not really, or camne2 ntah. hahaha. jom baca...

*warning. psychological content advised*


be the right one!


10 tanda dialah orangnya~


1. korang rasa excited

tak kesah la korang baru kawan ke, dah lama kawan ke... tiap kali jumpak je, tengok je... dah rasa hepi. rasa seronok. hati berbonga-bonga. bukan takat dengar suara... dengar bunyi tapak kasut time dia berjalan pon dah buat korang melompat terkinja-kinja di dalam jiwa. sah-lah... lantak pi hati nak deny2 pon, logistiknya korang memang ada taroh something spesel punya rasa sama itu orang. hehe~


2. sebut je masa depan, ada muka dia

semua orang pon ada cita2, angan2, impian. so bila korang dok pikir2 nak beli rumah apa, kat mana... tetiba teringat - dia suka rumah macam mana... nak dok mana.. bila korang pikir2 nak beli kereta apa, nak beli bila... tetiba tertanya - dia suka kereta apa, suka kaler apa.. senang cakap asal pikir je pasal future, ade je dia muncul sama. tambah2 lak bila dok berangan nak kawen ala2 raikan cinta kat astro tu... mula la terbayang dia dok kat seblah time majlis resepsi tu... haa... lagi mau deny? ekeke


3. korang rasa selesa
bila dengan dia... korang rasa korang bleh jadi diri korang. well aku tak maksudkan sebelom/semasa bukan dengan dia korang ni beruang mahupon serangga.. tapi bila dengan dia korang rasa tak serabut. tak penin kepala nak pikir nak pakai apa, nak impress dia macam mana... and korang pon leh terima dia serabai macam korang jugak. mutual. cerah dan empatsegisama. senang kan? bak kata orang.. terima seadanya? hehe


4. dialah orang pertama untuk macam2 benda

korang hepi ke, sedih ke, dapat tiket candy crush ke, kena maki sebab mintak tiket candy crush ke... semualah - semuanya kalo boleh korang nak gitau si dia ni dulu. okay maybe orang ke 3 or 4 - selepas mak, abah, best friend (optional). cer pikir... out of berbilion kawan korang kat dunia ni dengan planet zuhal, kenapa mesti dia antara yang terawal tau segala hal? haaa... ada lettew.. =p




5. rasa hepi je.. even buat menda tahpapa

sebelom2 ni korang tak pernah pon masuk library... tapi sejak2 ada dia dok study situ... amboih kemaen rajin korang pegi library! siap apply jadi pustakawan kot! haha. kalau sebelom ni korang bertekad takkan sentuh tempoyak biar dirasuah beribu ringgit pon... tapi lepas dapat tau dia suka masak lemak tempoyak ikan patin... kalut la korang pon berguru dan bereksperimen masak lauk tu sedap2. siap jadi penggemar tegar weh! punya nak ada something in common la...luls! contoh2 laen seumpamanya pon applicable. so sila terasa ye kawan2. hahaha


6. tetap rasa nak impress-kan dia
well... walopon korang dah rasa dia bleh switch on suis 'terima seadanya' tu... tapi korang tetap nak buat something yang outstanding. contohnya? pakai kemeja yang dia suka tengok, pakai kasut yang dia hadiahkan... pakai tudung bawal ... *coughs* .. korang akan start baca buku 'How To Impress The One You Like Though They Don't Like You - Really - At First (Actually All The Time, Baby), tanya apa kesukaan or kegemaran dia... buat perkara yang dia rasa berharga, etc etc. kalo boleh hari2 pon nak nampak fresh. so korang akan cuba sedaya upaya utk nampak fresh setiap hari selama 29,200 hari .. bersamaan 365 hari setahun (tolak hari tahun lompat) selama 80 tahun... what a will! 


7. korang rasa boleh kongsi apa saja dengan dia

termasuk la rahsia kengkawan korang. eh. hahahaha. kidding2. well.. to make it short - korang selesa kongsi cerita dengan dia, termasuklah/especially perkara2 yang korang memang tak cerita kat orang laen or orang laen tak tau langsung. or things like... em.. M&Ms? yeah korang suka sangat M&Ms sampai korang tak sanggup nak share dengan sape pon... tapi dengan dia... tak nanti dia mintak sikit, sebalang M&Ms korang bagi. haa... hehe




8. kengkawan dan family korang pon suka dia

well.. ni bagi kes yang dah berkawan or dah berkenalan la. at least tahu sikit2. of course, semua orang nak restu keluarga kan? wlopon some people think they can handle it themselves without... tapi restu keluarga dan kengkawan tu ada rahmatnya tahu? haa... so kot mana pon, try cerita sket2 kat those yang korang rapat... bagi2 kenal ke... kalo dorang berkenan dan approve... joy to the world ouh ! ^^ kalo tak approve... you prove them wrong. bleh gitu? hiks~


9. terdetik rasa 'inilah dia!' kat dalam hati...
lepas korang dah doa, mintak pertolongan kat Allah, mintak Tuhan bagi ketetapan hati, ketenangan... korang dah buat solat istiqarah, dah cuba sungguh2 dapatkan petunjuk daripadaNya... dan alhamdulillah, rasa or perasaan kat dia tu makin kuat. insyaAllah... tu tanda dia Tuhan pun restu lagi memberkati. =)


10. dan dia pon rasa camtu jugak~~

syukurlah. kalau dah camtu jalan ceritanya... eloklah korang langsung majlis ye. moga barakah. benda baek elok disegerakan. Allah suka, Nabi suka. mak ayah sedara mara adik beradik kawan2 jiran2 pon suka. insyaAllah~ ^^


a surgeon, maybe? hm... =p


****

so! ada tak tanda2 yang aku kongsi kat sini jadi kat korang? wujud kat itu orang? ekeke. well, aku cuma berkongsi something yang secara psikologinya boleh digunapakai secara am atau general ya. perlu diingat, lain padang lain belalang. kita semua berbeza. cuma dan beza itu, ada yang sama. pandai2 la ye. ^^

dan buat kawan2 yang bertanya dan tertanya-tanya... aku harap aku ada tolong jawab soalan2 dan persoalan korang sedikit sebanyak kat sini. aauuummm~~

semoga yang baik2 sahaja!! :D


6 comments:

MohdIzwan said...

woww...syok nie...

Terasa sikit2...*ouchh..hahahaa..

Apa pon..benda yg lepas..jgn dikenang..ye dak? *apa kaitan ntah..hak3..

bubbles said...

menarik!! and tq so much 4 d info..:)

Anonymous said...

great opinion brother..
semua tu sy rasa.. cuma nak tnya pendapat kaum adam laa kan..
klau lelaki tu ajak kita g jumpe family die.. what i mean is,
slow2 je jumpakan kite dgn fmily die.. first, adik2 dia, lpas tu mkcik dia, then nenek dia pulak..
is that mean saya daa boleh berangan terbang di awan bersama si dia..??
hehe..
mhon pencerahan..

luqman said...

buat cik kak atas ni. saya rasa tu tanda dia selesa dengan cik kak. dan tak salah kalau saya kata dia nak sediakan cik kak untuk terima dia dan family dia seadanya, dan begitu jugak nak family dia terima cik kak seadanya. boleh start berangan, hahaha. tapi eloklah berterus terang kalau niat masing2 dah baik. all the best!

Lafazkanlah said...

Info yang menarik! Ada kebarangkalian persamaan.....huhuhu.

Antara said...

@Zeu - iye? alhamdulillah. moga jodoh! :D