SOCIALIZATION

Wednesday, May 1, 2013

Demi Anak-Anak



assalamualaikum!! dah pektis kaler2 jari telunjuk dengan pen marker konon2 rehearsal mengundi nanti? hihik

haaa...

haritu kan aku cakap aku akan super bizi kan? yeap. itulah yang terjadik pon. siyes sebok weyh~ merata kena pegi, macam2 kena buat. tapi aku malas nak cerita panjang2... so aku bagi isi penting je bleh tak? hahaha

okay! memula.. sabtu tadi. aku attended satu English Camp ni. katanya lah camp. tapi bengkel je. hihi. harus la nama nak grand, noq! haa... buat pe kat sini? memperkasakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua? nuuuu... kitorang pegi... to have fun!!

syok ooo... kat sana, kitorang cecekgu inggerish ni didedahkan kepada sinar ultraungu cara2 nak ngajor english dengan lebeyh berkesan. haa... best! macam2 aku belajor. dari classroom management, pegi phonetics and phonology, pegi language art... semua syok! 

trainers bengkel tu terdiri daripada ENS (english native speakers) yang didatangkan khas daripada obesi untuk ajor kitorang camne nak jadikkan lesson kita lagi menarik dan berkesan. macam2 aktiviti kitorang buat. story telling, total physical response, games, nyanyi2... puas belajor banyak benda baru yang insyaAllah bermanfaat untuk digunapakai kat skola nanti. demi anak-anak.. hehe. whee!! nah aku sajikan sket2 dapatan camp tu. hehe


ni masa classroom management. interactive abesh! 


ni masa phonetics and phonology. dia punya english.. pergh.. London weh. jenuh nak paham. haha

ni masa language art. menyanyi! dan nyanyi! dan nyanyi segumbira hati!! wheee

sonok! buatkan aku dan cekgu2 inggerish laen rasa motivated nak ngajor. nak implement benda2 best camtu kat skola dengan budak2. haha. insyaAllah... yang baek kita try naaa... hiks~

then.. hari ahad pulak.

aku kena pegi pangkor!! pangkoq. lantak la ampa nak sebut camna. ekeke. pangkor lagi. taon lepas kursus kat pangkor gak. kali ni... pon situ gak. resort yang sama lak tu! adeii.. nasib la makanan dia sedap2, so aku tak kesah la revisit. ekeke

pegi sana buat apa?? haa... aku ringkaskan cerita - kitorang pegi mewakili daerah masing2 dalam negri slangor. kalo macam aku, wakil kuale slangor la. pegi sana atas tiket kesenian dan kebudayaan. ada seni tari, ada seni teater. tapi semua tu seni persembahan la. kena buat modul untuk present kat kmentrian plajaran... so that dorang akan review, then kalo ok... akan jadi modul untuk digunapakai satu negeri/negara. wallahualam~

tak kesah! janji... i had my time there! best la, dapat jumpak kawan2... dapat kawan2 baru... kenal2 orang. pastu aktiviti kitorang pon komprehensif. memang menepati tajuk kursus lah. takde menyimpang langsung. hehe. yeap. kena menari. ohuuuu... lamanya tak menari. aku dah nak pencen dah pon.. tapi boss suroh pegi jugak. demi anak-anak katanya. ngaa... call of duty ni. so.. takleh tolak la kan. hakhak

so kat sana kitorang blajor acaner nak ngajor tarian tradisional kat budak2. zapin, inang, joget. camne nak siapkan budak.. kostum mekap bagai. haaa... hambik kau an. menari reti, siap budak tak pandai. kan dah kena lahar. ekeke. oh ya! kreasi pon team aku buat. aku bawak lagu Rampai Tari Meriah Latah Che Kiah. nama taknak kalah kan! hahaha. rindu punya pasal, kita reka gerak. tribute!! ^^ 

nah aku kongsi sket2. sket je ni... kalo ikot banyak sangat tak larat cerita. hahaha

ni time blajor siap budak. aduii... tak pandai la akuu.. T____T


blajor pemilihan busana. banyak lak nak kena study. aih... tapi takpe la. ilmu tu bernilai. hehe


manis-manis lara lebaran. selamat hari raya!! hahaha


makan hati tak tengok? harus la. holiday kot! hahaha. tapi balek skola pecah kepala la... bertimbun buku nak kena semak, ketas2 instrument nak kena tanda.. adeii... @____@

balek ari rabu. khamis gi skola.. jumaat ponteng skola!! hahaha. pi mana pulak~~

pi UM oi, UM! universiti malaya!!

buat apa? haa... pon demi anak-anak. ekeke. budak2 ni ada dua event. satu bertanding tarian. satu lagi show . so jumaat rehearsal - spacing pentas bagai. sabtu show pulak. ahad baru bertanding. padatnya lah jadual budak2 retis budaya ni. haha. haaaiihh...

so jumaat berlabuh, datanglah sabtuuuu... pagi2 sabtu tu dah ada kat hotel legend. nama baru dia sunway putra hotel kot. ada apa? aa.. budak2 ni show sempena majlis pelancaran novel. novel terbaru Siti Rosmizah. kaki2 novel surely kenal kot. femes beliau ni. majlis pelancaran novel dia je dah buat kat hotel grand2, panggil press, jemput peminat, undang artis buat persembahan teater dan nyanyian. perghh... aku cam tak caya je aku terlibat dengan dengan semua2 ni. hahaha

pasal novel Siti Rosmizah tu, korang leh google kot. "curi-curi cinta" dah ada kat pasaran. pastu novel "takdir itu milik aku" pulak bakal difilemkan. suke la korang ye. hahaha. nanti la aku give it a try baca novel melayu lak. hee

oh ya! masuk bab bertanding.

humangaaii... skola2 yang masuk bertanding semuanya hebat2. reputasi dah ada. nama dah gah. aku rasa bertuah dapat join event seumpamanya. bleh kenal otai2 bagai. rasa kerdil je diri ini bila ada dalam kalangan dorang yang power2 tu. hiks. takpe la.. aku pegi pon nak belajar. demi anak-anak. =)

lebeyh daripada suploh buah skola bertanding, hantar team terbaek dorang. skola aku pon tak nak kalah kan. harus la budak2 aku pon dah berlatih kaw-kaw punyooo! sape tak nak menag kan? hihi. tapi nak buat camne... taon ni tadek rejeki. skola2 yang disebut-sebut, dijangka-jangka - semua tak dapat tempat. haa.. tu la kuasa Tuhan. hahaha. sokaayy, aku cakap kat budak2, kita takde rezeki kali ni. maybe nextime. dorang ok je. janji makan kenyang, buleh main lari2... ok la tu.. luls!

citer banyak tak guna. nah tengok sedut sedan ktorang! ^^


ni budak2 skola aku. maap ye anak2... nak pegi wet land kena menang.. em em.. haha


ni budak2 laki sk bkt jlutong. mana pegi dak2 pompuan dia tah. haa.. dorang bawak lagu asli. pergh~ layak johan!


ni skola power gak. puchong prdna. tempat ketiga. cayalah!!


ketua pngarah jkkn turon beb~ haaa... tahniah buat semua!


tuuudiaa... banyak gila gambaq kali ni. lepas geram punya pasal sebab dah lama sangat tak uplod. ekeke. tatap la puas2 ye. aku dah tak larat nak cerita. a picture speaks a thousand words kan. so let it be. hahaha

oh! gambor last utk sajian semua. . .






selamat mengundi!! xD


2 comments:

hanisakura said...

Comelnye la hai anak2 awak. Kemain posing ^^

phytohystrix said...

Why so fun-packeddd! Envious! :)