SOCIALIZATION

Thursday, October 22, 2015

Lubuk Jersey NBA MLB NFL NHL! Rare ooiii!!!


assalamualaikum! ogenki ka? hahaha. ooooohisashiburi deshou~ ne.... =p 

ye ye aku tau. been a while gak aku tak menulih kat sini. ekeke. maap la, banyak circumstances. hiks. nak buat macam mana... time ada idea, mood takde... time ad mood, idea tadek... so... mereput la aku pon. hahaha

hey! abaikan. now im back! kejap je a tapi. ekeke. haaa~ kali ni aku ada idea, dan ada mood. so, ada la entry. hihik. aku nak cerita pasal apa? jeng jeng jeng!! meh aku buat review, flashback sket. ala2 quantico. luls

al kisahnya aku ni peminat tegar sokan2 amarekaaa... macam baseball MLB, american football NFL, basketball NBA, dan hockey NHL. mintak maap la... bolasepak or orang kampung aku kata 'soccer' tu aku kurang minat. ngee... =p anyway. disebabkan aku minat sokan2 yang aku consider rare bagi masyarakat Malaysia ni, maka aku tak banyak akses kepada sports merchandise yang aku gemari. kalau macam jersi bola tu, merata ada. dari butik al-ikhsan sampai ke pasar malam, uptown downtown... semua buleh dapat. 

tapi jersey, baju, merchandise NBA NFL MLB NHL tobat nak jumpak kat sini sesenang tu. pegi bundle pon belom tentu ada. huhu. so... selaku peminat tegar sokan2 tu, aku kuciwa la sket sebab rasa macam dianaktirikan. chewaahhh! hahaha

tapi!

tapi kini, aku... dan korang2/dorang2 yang minat sukan amarekaa ni dah takyah serabut kepala otak buat akaun paypal semata-mata nak beli jersi secara atas talian. yaayyy!! sebab? sebab ada sorang brader ni dah bukak kedai - that's right! - kedai, physical store, yang jual merchandise NBA NFL NHL MLB nih. wohoooo!!

ye ke ni? betul ke ni an?? haaa... korang bleh belek2 gambor2 yang dikirimkan ni. aku nak tolong promo ni. hehehe. 


first look . steady kan? 

tak ke kau gila sekejap nampak jersey2 team favourite ko? hahaha

ada jersey / uniform MLB, NFL, NHL! peergghh... kalu aku ke sini ni, mau sebakul dua aku bungkus jersey2 yang ada. haha





brader hairul yang cool. tokey kedai.  mesti la cool. nampak kipas belakang dia tu? tala kat dia sentiasa. ekeke

wohoooo!! nampak? nampak?? hahahaha. mau aku kelupur kegirangan atas lantai kat kedai ni kalo dapat sambar selai dua jersey team / player fevret aku. muehehehe

ekceli kedai ni kedai sports and printing. brader ni memang pro ah bab2 prin memerin ni. tapi kalau korang nak print assignment or thesis or working paper bagai, sini bukan la one stop korang. ekeke. 

ni antara servis yang ada. 


eh lupa mention, ada cycling jugak. hahaha. ni antara yang brader tu offer kat kedai dia. check it out!

aku kalo bab jersey2 sokan2 fevret ni, aku cerewet sket. kalu buleh nak yang sejibik macam player pakai masa game/match. on field, istilah orang kampung aku. ekeke. so how bout kedai ni? ada baek?? haaa.... bagi aku... TERBAEK!! kualiti memang cun. dengan material dia, dengan stitching dia, dengan siap ada nama player and nombor berjahit/bersulam... harga pon berpatutan. ko nak apa lagi? mana lagi nak cari barang rare sebagos tu beb!  

and aku difahamkan, kalo korang berkenan certain jersey, especially MLB, NFL, NHL, NBA, tapi korang pegi store ni, takde jersey yang korang nak... jangan nanges dulu. sembang dengan brader tokey kedai tu. korang boleh tempah kat dia beb! order barang yang korang hajatkan. brader awesome ni carikan untuk korang. tak payah keriau, tak payah serabut kepala otak nak beli online sendiri. order je kat dia kat kedai ni, then sampai barang, pegi amik. steady. betul tak? hehehe

kalo aku nak promo satu2, mau makan sehari punya menulih. hahah. so... amacam? cara tak? hihihi. kalo korang berminat nak memiliki barang2 rare nih, sila2 la jengah kedai ni beb. kat mana? haaa... nah, amik alamat sama contact number;


brader Hairul - 018_356_44_38 . sori gambor tak cun. biasa la, aku  tak reti fotografi... =p

No 28, bazaar asy-syarif, meru, klang. agak2 taktau lokasi, buleh waze. takpon google map. tak pon, datang punchak allemm, amik aku jadi tour guide. wheee! tapi ada upah la. jersey selai cukup.  =p bhahaha

so! aku sembang banyak tak guna. aku tau korang berminat, macam aku jugak. ekeke. jadi silalah berkunjung ke kedai yang rare dan power dan awesome ni. bawak kengkawan adik beradik jiran tetangga. support! hehe . kalo korang pegi sana or contact kedai ni nak beli barang, mention2 la sket nama aku... moga2 terbukak pintu hati dia nak hadiahkan aku jersey cun2 selai dua. korang pon dapat pahala.. kekeke


****

ayte! takat tu je aku menulih kali ni. nak tegok aku menulih lagi, doa2 la aku ada idea dan mood serentak. takpon, ada orang mintak tolong promo barang lagi. hahaha
 
oh bytheway. kepada korang2 yang nak beli equipment softball/baseball... macam gloves, bats, cleats, etc... buleh email aku ye. or komen kat entri ni. nanti aku bagi details. hehe.

till next time! ^^


Wednesday, July 8, 2015

Beruang dan Gadis Kedai Roti



of bear and muffins. luls~


lepas dinner tadi, aku teringat kat kawan aku ni. let's call him Bear. Bear ni baek orangnya. hoi dia belom arwah lagi.. -.-" dia member maktab n universiti aku. dia jugak bekas roommate aku nombot dua. yeah FYI kat maktab n universiti kami kena tukor2 rumet atas kuasa HEP. so, dia nombor dua.

Bear suka main game macam aku gak. so somehow kitorang ngam la. awal2 dulu dia takde komputer lagi, so dia selalu menepek kat katil belakang aku, sambil tengok aku men game. bila ada game yang playable aku main 2 orang, aku ajak la dia. dia suka main game basketball, shooting, dengan game buat burger ke apa tah... haa! diner dash, fish frenzy dengan zombie vs plants. luls~ aku tak layan game2 camtu. so after some time, dia beli komputer sendiri sebab nak men game2 flash tu. ekeke

bear suka main basketball for real, bukan video game je. and he was quite good. i'm sure he still is. =) sebabkan dia tinggi dan katang, maka position beliau sokmo forward dgn centre je. ekeke. paling syok bila dia shoot pastu tak score. dia punya expression tu best - normally dia akan pejam mata, kerut dahi pastu tunduk bawah. tension. dan itu memberikan aku peluang untuk rebound, step out the perimeter, and shoot for 3.... and score. ekeke. kekadang tu kalo aku check beyond 3pt line pastu masuk balek buat layup pon sempat. betapa dia punya nak recover daripada failure tu amik masa la ceritanya. hiks

banyak gak benda natang bear ni suka. ye lah, dah jadi rumet kan, memang tau la memacam. but one thing yang dia cukup suka dalam kalangan segala yang dia suka - adalah sorang gadis ni. hehue~

al kisaaahhh...

ceritanya bermula pada suatu petang yang panas terik, di mana aku dan bear berjalan merentasi semak samun tepi maktab, melintasi blok berhantu, meranduk dan memanjat pagar yang memisahkan jalanraya dengan compund maktab - semata-mata maleh nak geguling turun bukit lalu ikot main entrance - untuk ke tesco berdekatan. dekat benor maktab aku dengan tesco tu. malas punya pasal, ikot short cut ler. huhu

time tu around satu lebih. baru abes kelas language development untuk aku, dan social studies bagi kelas bear. memandangkan aku lapo dan bear ni berkali ganda lapo, kitorang decided nak makan kat tesco. satu, sebab kafe mami (pengusaha kafe tu kami panggil mami) dah naik rege sket. dua, sebab duit dah vanquished daripada wallet aku. abeh dah. so kena gi withdraw. atm terdekat, tu la, dalam tesco. 

gedebak gedebik gedebuk, kitorang sampai la kat tesco. memandangkan atm tengah ramai orang beratur, bear ajak aku makan dulu. tapi aku tadek duit, makanya sebabkan bear yg macho ni baek, dia cakap dia nak belanja aku. yaayyy. hahaha. maka, apa lagi. straight kitorang gi makan kat pelita dalam tesco tu. nasik kandaq aaa... hehe. time tu murah lagi. ayam seketul beso, dengan nasik n sayur kobis kuning tu, baru rm 3.50 . sekarang tetau la. korang kali 2 kot. wallahualam~

and then lepas makan, kitorang pon jenjalan la dalam tesco tu~ noharom, terasa gay kejap. hahahaha. so aku pon tuju straight ke mesin atm tepi kedai buku kat esclator utama tu. lepas amik duit, kitorang nak balek la terus. tetiba aku terasa macam nak beli muffins. kesahnya dalam tesco tu ada satu bakery. Fairy. biasa dengar tak? franchise kot. Fairy nama kedai roti n kek tu. cut it short, aku memang suka muffins, dan kedai fairy tu punya blueberry muffins dia memang sedap! aku dah biasa pegi beli situ, so pada hari kejadian bukanlah pertama kali aku masuk kedai tu kaedahnya.

tapi not for bear. pada hari kejadian, itulah hari pertama dia masuk ke kedai tu. bear bukanlah makhluk yang sukakan gandum dan jagung. apatah lagi whip cream. makanya, masuklah bear ke dalam fairy tu dengan tiada perasaan melainkan ingin membrowse produk2 yang dipamerkan di rak2 comel berwarna putih itu sahaja.

aku taktau apa yang berlaku semasa aku dok amik dulang, amik penyepit, tarok blueberry muffins atas dulang dan bawak ke kaunter. tapi bila nak bayar tu, aku noticed something. bear ada sebungkus roti full grain ke whole meal ntah, kat tangan dia. i was like.. whaaaaattttt~!?

aku yang tenggelam dalam kekeliruan ni cuba mencungap nafas daripada terus lemas di lautan disbelief. hahaha. kiri kanan depan belakang, 180 degree, 360 degree aku pusing - cari punca. kenapa mamat ni tetiba beli roti yang dia tak pernah2 beli?? dalam mayapada aku berpusing berputar mencari kebenaran tu, then aku terpandang sesuatu yang aku sendiri masa tu macam tak berapa nak percaya . macam mana buleh ada bidadari sorga dalam kedai roti kat tesco!? 

hahahaha

yeap. tulah punca roti tu dibeli. xD kesahnya, si bear ni dok browse roti2 sekot2 kat situ... sekali dia terpandang gadis fairy ni.... teros mata dia tak berkedip. hihihi. erm, lawa gak la pada hemat aku. dan memang taste si bear tu la. maleh aku nak describe rupa dia cemana, biar la korang berimejinasi sendiri. satu je aku kabo, gadis tu pakai spek. hehehe. anyways! rupanya si bear ni dok ralit tengok budak pompuan tu buat kerja kat belakang kaunter. dok syok tenung, tetiba mata dorang bertentang. ha! gelabah biawak natang bear ni. bhahahaha. teros dia tanya pasal roti yang kat depan dia time tu. cover maluuuu.. ekeke. somehow, bagos la. tu la point dia start bercakap dengan dak pompuan tu. gadis fairy idaman bear tu. hehe. semua ni dia gitau aku sendiri masa kami dok jalan nak balek maktab. kemaen hepi dia bercerita. selalu blurr je mamat ni. haha. aku pon pelik. kemaen selalu aku masuk fairy tu, beli muffins. takde lak aku perasan gadis fairy tu. hmm.. mungkin aku terlalu menjaga pandangan kot. em em. =p ekeke

so, i cut it short. sedari haritu, si Bear ni makin rajin la dia ke tesco untuk lunch or dinner, dan tentu2 nak gi fairy tu. tak pasal2 aku sekali dijebaknya. apa2 je la bear, asalkan ko hepi. hehehe. bear ni jenis pemalu tobat dengan pompuan. so dia ajak aku atas kapasiti aku sebagai rumet dia, dan aku memang suka beli muffins situ. padahal dia yang dah angau kat gadis fairy tu. ngeh

maka beberapa kali jugak la bertandang ke kedai tu... sampai kitorang ni memang nampak regular lah. haha. somehow aku bleh sembang2 dengan pekerja2 situ dah pon, laki pompuan semua dah bleh aku anggap member dh, punya rajin dok borak la. tapi dengan that particular girl, aku penah buat eye contact n senyum n balas senyum je, tapi bercakap memang tak pernah. hatta sebab obvious sgt perangai bear ni memang nampak nak sangat sembang dengan gadis tu tapi tak berani, aku dengan staff fairy situ pakat la komplot buat plan. every time bear beli something then nak bayar, pekerja fairy laen akan bebuat sebok attend keje laen, leaving the counter empty. pehtu dorang keep on bebuat kije, sampei la gadis fairy tu yang pegi jaga kaunter. wheheee!! pastu aku tengok yang lenlaen, kitorang sengeh2. ahahaha

aku tak ingat berapa lama aku dok teman bear kept going there solely for that purpose, tapi lama gak la kot. sampei satu level, si bear pon dah berjaya gelak2 sembang dengan gadis fairy tu. nak jadi cerita... haaa. ni part paling spesel. ihik

bear pernah cakap kat aku..

"lawa budak tu, an. suka aku tengok. tapi lagi lawa kalau dia bertudung, kan?"

masa tu kitorang tengah makan kat pelita nasik kandaq tu la - sebelum buat lawatan sosial kat fairy tu. hihihi. well, you can predict the next scene already, tapi bagi la chance aku cerita ek. hahaha. ok. lepas makan, kitorang terus gerak ke fairy. macam biasa, bear buat2 belek2 roti la sekot la kek la kat situ. at the same time, aku bayo dulu muffins aku. kebetulan s gadis fairy ni pulak yang jaga. memang right on cue lah! hehehe. lepas bayar, dia bagi baki n resit. aku amik. pastu - itulah kali pertama aku bertegur sapa dengan dia - aku cakap,

"boleh pinjam pen tak?"

"nak buat apa?" dia tanya. hehehe...

"ada orang sampaikan pesan"

dia pon kerut dahi kejap... tapi pastu dia bagi aku pen dakwat biru. dengan muka kompius or tak puas hati. ekeke. sabar noqq... xD then aku teros tulih kat belakang resit muffins tu.. 'kawan saya tu cakap awak lawa. dia kata awak mesti lagi lawa bila bertudung nanti. *smiley muka senyum*' . then aku bagi kat gadis tu. aku tengok dia baca time tu jugak. aku telan ayaq lioq dah. cuak oi, kot dia tampo aku ke apa ke... tapi tak pulak. aku tengok dia macam nak senyum, tapi tak senyum. so aku nak elakkan awkward moment, aku senyum laa dulu~ baru la dia senyum. pastu bear datang bayar roti. hahaha. huih naseb bek sempat. ekeke. emmm.. jap. come to think of it... agak2 bear tau tak pasal ni ek? sebab aku tak pernah cakap langsung pasal ni kat dia, or kat sesapa sebelum ni. ngee...


you know a few days lepas tu... we went there. again, dengan tujuan sama - bear nak tengok girl tu, dan aku teman bear. and bila kitorang sampei je situ... wow. i mean.. WOW! ni doa sape ni makbul ni? hahaha. gadis fairy tu yang sebelum ni 'free hair' , sekarang dah bertudung! Allah Allah. :D kemaen hepi si bear tu. senyum sampek tinge! hahaha. aku pon hepi. tapi more to terkejut la. like .. how? hahaha. sebab pesan bear yang aku sampaikan tu ke? which i really hope so sebab tu! hahaha

frankly speaking, sejak2 tu, hari yang kitorang nampak gadis fairy tu bertudung, si bear makin selalu ke tesco, ke fairy. hahaha. well, i guessed my job's done la kan? sejak tu jugak aku jarang ke tesco untuk teman si bear tu. ntah. rasa macam nyebok lak. ekeke. ok la tu, i did my part dah, tolong apa yang patut. biar la dia handle sendiri kan. besor panjang dah. hehe.

and then it's school holiday~~ cuti hujung tahun. yaayy!! balek kampung!! abehkan beras. hahaha. last day aku kat maktab untuk taon tu, aku gi tesco. cadangnya nak la gi fairy tu. saje, buat2 ramah. hehe. tapi kuciwa la plak! pegi2 je, tengok kedainya tutop. zzz.... hahaha. takpelah. next year bukak cuti, datang le balek ye dak? hehe


next year nye aku datang kedai fairy tu dah tutup. =|


tutop teros beb. signage kedai pon tadek. noharoomm.... apa daj jadi? bungkus ke? aiyooo... aku tanya2 la kat pekedai2 sekitar fairy tu. tdek pulak yang bagi informasi tepat dan jitu. sume cakap dah tutup. aku pon tau tu... bila tutop, kenapa tutop, pindah kemana etc, sume tatau. zzz... alih2 aku tanya si bear. hoh... dia pon taktau. erk.. hmmm

aku pon korek2 la dari bear. tanya2 dia, apa cerita. dia pon cerita... takde apa. ngee.. maksudnya takde la progress. alaa... aku ingatkan ada la dapat nombot tepon ke, tau kawan tu dok mana ke, keje mana ke lepas fairy, yadda yada. ghopenye sungguh takde cite. em. takpe lah bear. sabor ye. sian pulak aku nengok bear ni syahdu2. ehe..

and time went by. lama jugak. tapi tak lama lepas tu, kdai yang dahulunya fairy tu, dah tuko kompeni. jadi King's bakery. ke confectionery . tah, aku lupa. tapi bukan fairy. hahaha. so tadek dah la muffins beribiru aku yang sedap tuuuu.... wuwuuu~ takpelah. tuko menu. makan je apa ada. muffins tu pon mahei ceritanye. RM3.50 seketul. tapi besor. pueh le makan. haha. maka kami pon meneruskan kehidupan seperti sediakala, sepertimana sebelom si bear berkenan kat si gadis fairy yang sampai sudah aku taktau nama dia. bear tau kot. aku tak penah lak tanya. hahaha

nak jadi cerita....

few months lepas tu, time cuti skola, aku tak balek umah. si bear balek. takpe la. so aku pon amik keputusan nak jenjalan gi mall2 yang ada kat area pulau ni. saje~ bosan. hehehe. dalam mayapada aku dok merayau takde hala tuju kat satu mall ni. em...aku lupa mall mana. tapi that fateful day, memang out of nowhere sungguh la... haaaa... bleh agak dah la tu. ekeke

aku lapaq. so aku jenjalan nak cari makan. sekali aku terlintas satu kedai makan ni. sambil2 lintas slow2, dalam hati dok dilema, nak makan situ ke tak... aku tak ingat la kedai apa, samada chicken rice shop, ataupon nandos... tapi dari jauh aku terpandang sesosok tubuh dan seraut wajah yang macam pernah aku lihat... then aku stop. aku kecikkan mata, nak tengok lebih jelas, sapekah tu. aku kenal ke...? eh... macam...

"Mister Muffin!!"

siyes jelas dan lantang dan nyaring aku dengor dua perkataan tu dilaung dari jauh. dan aku leh kompemkan suara tu datang dari lembaga yang aku dok cuba kenalpasti tadi tu. bila dia lari datang makin dekat kat aku, baru la nampak lebih jela-

"Eh! Cik Roti Fairy!"

bhahahaha. ni la akibatnya bila taktau nama! panggil ikot suka je. ekeke. yaaa... memang dialah orangnya. kompem. muka sama. spec laen. dan masih terus bertudung. alhamdulillah. cuma tinggi drpd aku. kuasam, kije pakai kasut tebal, platform. hahaha. lantak2, time tu aku nak tau sangat banyak benda. and opkos, tentang bear dan dia... amboih macam tajuk novel hipstuurrr~

*****

panjang ceritanya... sampai dia sanggup mintak excuse kat manager restoran tu, untuk duduk dan bercerita kat aku. dan belanja aku makan lunch situ. ish... sumpah aku lupa kedai apa.. tapi ada logo ayam... hmmm... anyway. sepanjang cerita tu, barulah aku tau apa yang jadi. fairy tu memang tutop. mengejut jugak, dalam bulan disember tu. time cuti skola yang kitorang takde kat maktab time tu. manager dia dapat promotion ke camne tah, pastu Fairy nak tutup outlet situu... dan pemberhentian staff2 situ jugak. semua kena berhenti, kecuali bakers dorang. ooo... cenggitu ke~ baru la aku tawuuu~~ and then dia sambung cari keja right after kena berhenti tu. kat mana tah, aku lupa, sebelom yang keje sekarang ni, yang keje kat kedai makan ada logo ayam tu. aaa... kengkawan dia ada yang sambung belajor, ada yang kije tempat laen. pecah2 dah semua. ooo... ok. noted

then aku tanya. bear dengan dia apa cerita? pastu dia tengok aku, senyap. aku tengok dia balek... aku dapat rasa ada sesuatu yang dia nak sampaikan, tapi tertahan... aku cuba guna kuasa Jedi aku, Force. nak baca minda dia... tapi aku gagal. tapi pastu dia cerita gak. muehehehe~ 

ooo... cmtu ghopenye... i see~ em.. baek~

itulah kesahnya... what happened kat bear dgn gadis tu. apa yang jadi? hahaha. takleh aa citer abeh2 kat korang. kang takde la modal aku nak cerita time gathering kat kendurik si bear ke, jumpak bear kat kendurik si gadis fairy ke, or attending kendurik dorang berdua ke. ihik. comel! ^^ tu pon kalo pegi la kendurik. kalo dijemput la. sebab setau aku... aku memang lost contact teros dengan bear sejak beberapa tahun ni. rare sungguh natang tu. dengan si gadis fairy tu lagi la. kat nandos/chicken rice shop tu lah kali terakhir aku jumpak dia. takde dah any interaction via apa2 medium pastu. em. semoga dua2nya sedang tersedak teruk tapi tak sampai mati, sebab aku dok bercerita pasal dorang kat sini. ekeke

ni... dah kenapa aku tak pasal2 sembang pasal bear dan gadis fairy ni? haha. sebab tadi aku tengok iklan kurma! dan kurma mengingatkan aku kat video pendek yang si bear buat dengan kengkawan dia masa bulan puasa sempena assignment kitorang. hihi. ni kalo kengkawan semaktab secourse aku baca ni, kompem2 tau sape bear tu. hahahaha. maap la bear! aku nak je letak nama penuh ko sini, tapi kang ko sumpah aku memacam... so biar lah bear je ye? hihihi. dan cerita paling aku ingat pasal bear ni, ialah cerita dia dengan gadis fairy tu la. hehehe.


itu sahajo aku nak merapu kali ni. sian korang, baca sampai abeh, tapi takde mende pon. takde hasil pembacaan korang boring kan aku cerita? hahaha. sori ye. insyaAllah klo aku rajin2, aku share lagi benda2 bermanfaat kat korang ye. 

untuk bear dan gadis fairy, you know who you are. or were... hahaha. kalo korang tengah baca ni, silalah senyum ye. dan doakan each other bebaek. mudah2an all is well. ^^

till then!


Tuesday, June 30, 2015

Jual Ikan Hati Kuman


irasshaimase, ramadhan! well, ahlan wasahlan ya ramadhan kareem is too mainstream. so, yeah. hahaha. assalamualaikum. =)

sumber: website punchak alemmm


alkisahnya. ritu malam aku pegi tarawikh (lepas ni aku eja teraweh je ye) kat mesjid punchak alemm. hihi. sori la aku eja camtu... malas taip bebetul, nanti searchable kat tenet. ahaks! haa... kat mesjid malam tu, ada memacam pulak kejadian yang aku saksikan. no no, bukan lailatul qadar lagi. bukan jugak kesah2 yang korang expected. macam laa aku takleh baca otak korang. hehe. meh aku rungkaikan satu persatu.

sebagai intro, aku story sket pasal setting cerita ni supaya korang boleh paham pebenda yang aku merapu ni. amboih, macam literature dah. aa.. mesjid punchak alemm ni ada dua bahagian utama. satu, dewan solat tertutup, air-conditioned. satu lagi ruang solat terbuka, open air. so, sampai je kat mesjid, aku amik pot kat ruang solat terbuka. kenapa tak kejar saf depan? haa... ekceli aku fikir.. aku nak buat 8 rakaat je teraweh. mesjid tu buat 20. so kalo aku dok dalam ruang solat utama tu... by the time aku nak beransur lepas 8 rakaat... tak ke ada kelompongan kat saf tu? dorang solat nak terus sambung je, takde masa nak tunggu2 saf clear yang lapan dulu baru continue rakaat2 seterusnya. so aku niat bagi lah dorang yang lebh istiqamah nak buat 20 solat kat dalam tu dengan carpet tebal dengan ekon sejuk bagai. bagi keselesaan tu kat yang lebih layak. aku sedar diri, sedar ruang. hehe

so, aku sampai2 je, aku dok second row dari depan. untuk bulan puasa ni, ruang solat tertutup tu dikhaskan untuk orang dewasa sajoo, especially untuk waktu solat maghrib, isya' dan teraweh. maka kanak2 tak dibenarkan masuk. bukan diskriminasi, tapi ada asbab nya. dulu memang free for all. budak nak masuk, masuk la. dia ada hak kan. dah la dia sampai dulu. haha. tapi... em.. natijahnya, walau bukan semua, tapi keramaian dorang tu... em.. dorang tak solat leklok satu hal, pastu bising, sembang dengan kengkawan, main.. time tengah solat lak tu. time doa ke apa ke, takyah cakap la. siap lari2 lagi. adoi... ganggu jemaah laen.. maka, nak mengelakkan kejadian seumpamanya berulang, kanak2 dilarang masuk solat di dewan tertutup / ruang solat utama. kena dok luar kat ruang solat terbuka~~ fair enough kan? haa

anyway, aku perati je gelagat manusia kat situ. yes opkos ramai berebut-rebut nak masuk dewan solat utama... bagos la tu. bukan macam aku. sampai2 je teros duduk luar. hahaha. tapi kan... yang tak bestnya.. kebanyakkan la, bukan semua - dorang nak solat dalam dewan utama tu bukan sebab nak rebut saf depan2... tapi sebab nak ekon. siyes beb. aku dengor berapa ramai gak la dok jalan2, especially yang muda2 belia.. sambil cakap "solat kat dalam la, sejuk, ekon, best" dan seumpamanya. em. takpelah. moga ekon yang sejuk tu dapat beri lebih keselesaan kat dorang, seterusnya bagi lagi khusyuk solat, insyaAllah. husnuzon~

nak jadi cerita... ada satu pakcik ni.. pakcik ke.. aku macam boleh panggil brader je. haha. bapak budak ni, datang dengan anak dia. dorang berjalan laju je, straight menghala ke dewan solat utama. sampai je kat entrance dewan tu, ada pengawal pintu dewan tu stopped kan dorang. pakcik tu cakap elok2, anak2 kecik takleh masuk... haa.. betul la tu, pakcik tu buat kije dia kan. signboard sikit punya besor tulih situ. saje je buat2 tak nampak lak brader tu. ahaha. ok2 maybe dia memang tak perasan. hehe. lepas tu ... tepuk dahi aku tengok. korang nak tau apa bapak budak tu cakap kat anak dia;

"ayah masuk solat dalam tau. ayah nak ekon. abang dok luar ye. habes solat cari ayah, takpun tunggu kat kereta."

maakkk aiihh...

budak tu kalo ikot pengamatan aku... dalam 5-6 tahun. ok la deserve dok luar... tapi yang bapaknya tu pegi masuk tinggal anak dok blur2 plupplap plupplap mata mengantuk sensorang tu apehal? bleergghhh... sebab nak ekon pulak tu alasannya. adoi la hai. anak tu kecik lagi, bang... perlu bimbingan. kalo dah tinggal je kat luar... yang membimbingnya sape? kengkawan sebaya dia. em... kelaut laaa jawabnya senah ooiii...

i mean.. come on. budak tu... budak kot. awak tu bapaknye. cer sesama dok je luar open air tu, guide budak tu solat, jaga dia jangan bagi bising, main ke apa ke... kan ke lagi baek tu? aman damai tenteram sejahtera semua pihak. kalo alasannya nak kejar saf depan, aku terima lagi la kan. tapi.. sebab nak ekon. ngaaa... terkebil kebil aku dengar. pehtu budak tu pon... melilau la dia kat ruang solat terbuka tu.. cari kawan ke main ke aku tak perasan dah lepas bapak dia masuk tanpa menoleh ke belakang lagi... haha. hoiih an hoih.. positip2... dia nak merapatkan saf kot.. em em...

actually, bagos gak la aku nampak kejadian tu. ye la... aku kawen pon belom, maybe persepsi aku macam tu. tapi setidaknya aku boleh fikir logik tu, kira ok kot. insyaAllah, kalau ada rezeki aku jadi abah kat anak2 aku nanti, aku akan ingat pesan aku sendiri ni. hikhik. kalau lupa tolong ingatkan ye. ^^"

and then... ada satu lagi benda jadi. arakian budak2 disyaratkan duduk luar. ok. then dorang berkepuk kepuk duduk row pertama ruang solat terbuka tu. ok lagi. yang tak ok nya.... tengah2 sembahyang isya ni... boleh pulak dia main sepak terajang dengan member2 dia. yaAllah. bukan sorang dua... depan aku je 6 orang main tendang2 member sebelah. -_____- well opkos aku tak khusyuk beb sebab aku noticed benda ni. ahaha. kantoi. ~.~" kalo ikot hati aku la... senak budak2 tu aku choke slam. smackdown, stone cold stunner. bhahahaha. sabaq an.. posa.. eh posa apa, time tu tengah solat. kalo aku stunner dorang, batal la solat aku sekali. ekeke

now imagine. setengah row tu, penuh budak2.. dan almost semuanya main masa solat. paling takde sangat pon dorang gelak2 sembang2.. haha. senget laa budak2 ni. dah apa cerita dengan saf jemaah tu? tak ke terputus? ngaa... wallahualam. tu God's call. pandai2 la Dia. hehe. pastu pastu... lepas sudah solat isya tu, time jemaah tengah doa apa semua... ada pakcik guardian pintu dewan tadi ni bangun, datang kat budak2 depan aku. aku agak2, masak dah budak2 ni kena marah. kena bebel. kalo cara2 camtu kat kampung time aku kecik2 dulu... kalo tak makan penampar, mesti merasa kena tibai dengan rotan ke, hanger baju ke... paling koman pun musti kena pulas perot or tarik telinga, tarik sideburn. noharommm... saket oii tarik sideburn.

pakcik tu besor tau... tinggi. aku sendiri takot tengok dia. ekceli, mulanya, cadangnya aku nak la tegur budak2 tu cara elok. pesan2 la kan. jangan la memaen. solat leklok... sekali pakcik guardian of the galaxy tu dah main peranan, guess cukup la kot. kalo dia marah aku pon aku nanges tengok orang besor towering personality camtu. takot. hahaha. tapi yang tak syoknya... pakcik tu marah budak2 tu.. namun aku yang terasa. ngaa... dah kenapa?? haa.. sebab.. sebab.. dia kata apa tau;

"kamu nak solat, solat betul2! jangan main2! kalau nak main2, pegi duduk belakang. takpun balek rumah, jangan datang buat bising waktu orang solat. mengganggu, tau tak? kamu belajar apa kat sekolah ni? ha? cekgu tak ajar kamu ke?"

bagaikan halilintar membelah bumi... except bukan bumi yang terbelah, tapi hatiku yang terguris. uhuk...

sekali lagi, based on pengamatan aku... budak2 yang bising tu, main waktu solat tu... tak gaya dah sekolah besor2 pon... paling kuat aku berani cakap tak lebih darjah 2. tapi rasanya dalam umur 5-6 taon jugak.

yelah. salah budak2 tu. bising. betul. pakcik tu pon tegur. betul. tapi tapi... kenapa kena salahkan sekolaaaahhh.... T____T aku terasa la sebab aku cekgu. walopon aku bukan ustaz, ustazah yang ngajo pendidikan islam ke moral ke... tapi still tanggungjawab mengajar tu aku pikul sama. opkos la cubit peha kiri, peha kanan terasa saket. wallahualam. tak pernah try. jap nak try....... tipu ah! hahaha.

look. bukan aku nak sensitip kememe bagai. tak. tapi aku nak kita sama2 pikir sini. memang tanggungjawab cekgu kat sekolah mendidik, mengajar, membentuk bukan saja ilmu, tapi sahsiah bagai. bagi budak2 berkembang secara holistik. tapi jangan la pulak kita lupa... yang budak2 ni insyaAllah masih ada mak bapak... maka... em. itulah. aku tak rasa semua sebaris budak2 tu anak cekgu kan. hahaha. so... it's safe to say manners start from home. parents lebih berperanan dalam membentuk peribadi, perangai anak2 sedari rumah. but now.. kenapa the tanggungjawab macam dah shifted kat cekgu2 kat sekolah ye?

aku pon ada childhood. aku nakal jugak dulu. hehe. aku pon main2 gak dalam surau. siyes. tapi.. takde la waktu solat, bang. nak main lari2, nak kejar2, bising2... kitorang lari kat luar surau. jaoh dari compound surau jugak pon. waktu solat, kitorang sendiri dok saf belakang, bagi laluan kat orang2 lebih dewasa pegi saf depan. takyah nanti ada signboard larangan masuk ke, kanak2 dok belakang ke. tak tunggu kena suruh, kitorang dah dididik untuk paham keadaan, situasi. sape yang didik? mak ayah kitorang kat rumah yang pupuk nilai2 tu. cekgu2 kat sekolah cuma bagi pengukuhan, pengayaan je.

and then dulu bila kitorang buat salah... yang patut kena tegur... anybody would tegur. lantak la hang anak sapa pun. dan biasanya orang akan cakap "mak bapak hangpa tak ajaq ka buat perangai elok2?" yadda yadda... hee.. but then again, take a look. "mak bapak" . takde lak dorang cakap "ustaz ustazah kat sekolah tak ajar kamu agama ka?" or "kat sekolah tak belajar jadi baik ka?" or "cekgu hangpa ka yang ajaq jadi buruk perangai macam ni?" ngee...

so!

ladies and gentlemen. especially parents. =) somehow it's a note to myself jugak. most important thing kita kena ingat - didikan dan pendidikan bermula dari rumah. kita yang mencorak anak2, bentuk keperibadian dorang. jangan nak nanti orang lain yang buat kije hakiki kita tu. ok?

amik hang. lama tak menulih... hahaha


Tuesday, June 2, 2015

Aku Tak Puas Hati Tengok Iklan Sekarang


dari dulu lagi benornye... aku perati je iklan2 kat TV ni. ada yang best. ada yang tak best. hahaha. well, everybody's a critic. ekeke

iklan susu sustagen . taknak makan konon... chaiit.. hahaha


anyway!

paling aku nak komplen sekali iklan susu baby, susu tepung rumusan untuk bayi, makanan kesehatan anak2 kecik, dan seumpamanyalah. banyak jenama dah susu budak sekarang ni ye? zaman aku dulu.. seingat aku... Neslac dengan Dumex. oh ada satu brand lagi, Snow. yang tu mahal noharom. tapi sedap! merasa sekali je sebab aku tarik tin susu tu dari rak supermarket jatuh ke lantai semasa abah aku tengah dukung aku dok belek susu brand laen. kemek tin tu. atas rasa bertanggungjawab, abah bayaq la susu tu, beli untuk aku. hahaha. lupa lak harga dia berapa. yang Neslac dengan Dumex tu aku ingat la sangat sebab kedaghah yang tu je silih ganti. tapi Neslac lagi sedap la tapi. pastu aku tak suka milo. masa tu aku layan Ovaltine. pastu

uih apa aku melalut ni.

dush dush! aku tengok iklan susu budak sekarang ni... ada 2 karekter utama. satu, budak, dua, mak budak. ada yang bagi anak tu minum susu masa sarapan pagi, ada yang bagi masa nak pi sekolah, ada yang bagi tengahari, hari cuti, hari sukan budak tu... memacam lah. semua iklan tunjuk betapa berkhasiatnya produk dorang tu. DHA la, AHA la, asid folic la, nitrogen liquid la.. eh. pastu dorang punya tagline atau punchline pon boleh tahan. sel-sel otak telah berhubung, agar menjadi lebih lagi, khasiat 100% untuk anak, bla bla bla. macam2 oo... kalo korang jenis mak bapak buta tuli je terpengaruh dengan iklan, aku jamin korang kayap sebab beli semua produk tu. hehe..

ni iklan ROTIMAN yang aku suka tu. ni pon bapak dia takde awal2. hujung2 lepas budak tu nak beli roti, takde duit, baru nampak bapak dia. -.-" hahaha

tak. pokoknya yang aku tak puas hati sekarang ni. ni. aku nak tanya. bapak budak tu mana? mana?? mana bapak bebudak tu?? mana laki para ibu dalam iklan tu?? 

punya payah nak jumpak iklan camtu yang ada bapak budak tu sekali. ok ada la, aku ingat yang budak tu tuang susu pastu abang dia minum, tuang lagi pastu kakak dia minum, tuang lagi pastu bapak dia lak nak minum. ok ok. oh ada lagi. iklan dutch lady yang dulu yang aku suka gila2 tu. yang budak pompuan tu jerit "ROTTIIIIII" tu. hehehe. ada lagi tak? kalo ada, ingatkan aku balek. tapi takmo la iklan doluuu2... yang lama2 sentiasa ada bapak dalam itu ceritaaa... lebih2 lagi iklan sabun. "eeiii... baju ayah berbauu!!" . hantu betol


ni. mak dia japgi pegi tengok dia main bola. pak dia manaaaaa!?

kalo tak caya, korang tengok sendiri. mak budak tu bancuh susu, bagi anak dia minum. siang ke malam ke, dorang dua je. ada yang anak tertinggal bekal apa tah, mak dia berkayuh berlari terbang berguling sampai ke sekolah, hantar bekal. ada yang camping kat dalam hutan pon ada! memalam lak tu, tengok kelip2 katanya. pon berdua je. gila hapa orang pompuan dengan anak kecik dok dalam hutan enjoy2 tengok pokok tengok kelip2 yang ta banyak mana tu oii!?


together. berdua je ke? ke ke ke??? kenapaaaaaaaa...
dah bapak budak tu? mana? gi keje dah? ooo... semua mak-mak tu housewife la ek? hmm... tak logik tak logik.... bapak dorang keje apa? kul berapa gi keja? sebab environment kalo ala2 pagi tu, macam cerah semacam je. dorang tak bangun sekali ke? ok la bapak dia kuar keje awal2 lepas subuh nak elak jem. tapi budak tu dok kat umah tu macam lambat je nak gi sekolah? cerah sangat dah matahari naik oi! ke buat weekend? hmm...

yang aku lagi marahnye, bila budak tu ada event kat sekolah. hari sukan, pertandingan bolasepak, pertandingan olahraga... bagos la mak dia pegi. tapi kenapa mak dia je pegi!?? sebab mak dia bancuh susu? sebab mak dia bancuh milo?? bapak dia kenapa tak pegi sekali!??  aaaarrgghhh!!! ini tidak adil!! ambik la cuti kalau dah keje pon. bukan budak tu hari2 lawan bola tanduk masuk gol. bukan dia hari2 lumba lari jatuh luka kat kaki. dan bukan hari2 budak tu ajak ko gi camping kat hutan malam2 tengok kelip2. kenapa biar bini ko buat semua tu sendiri!???

*cough* emo jap.

tengok iklan ni. mak dia je attend tgk dia perform. bapak dia mana?? grrrr
so.. yeah. aku demand kompeni2 buat iklan ni pikir balek peranan suami/ayah dalam institusi kekeluargaan. jangan tunjuk kat masyarakat bahawa keje bancuh susu bancuh milo sapu planta kat roti cuci luka anak tu keje para ibu je. jangan train masyarakat dengan kononnya ibu-ibu yang perlu attend event anak2 kat sekolah bawak anak2 jenjalan taman sendiri tanpa husband/ayah budak tu disebabkan bapak budak tu kije dan tak dapat cuti or anggap event anak dia tu takde mende sangat. unless memang mesej nak disampaikan tu bermaksud single mother can survive. then aku hands off. zzzz...


hahahaha. bangkai apa aku melalut ni oi! ngaaaa~


Friday, May 1, 2015

Bukan Secawan Teh Saya


bebaru ni aku dok perati kat fesbuk, ramai nau dok haplod status dan gegambo pasal pesta buku antarabangsa kuala lumpur (PBAKL / KLIBF) yang tengah berlangsung sedari minggu lepas klo tak silap aku. meriah satu hal. mengujakan lagi! aku hantu buku kan~ hehe

well, banyak gak la input yang aku bleh perati dari segala toknenek yang dorang share kat facebook bagai tu. dasat gak ye. sampai 3-4 tingkat katanya penuh gerai buku memacam. setengah hari pusing tak cukup tu. duit tentu2 lagi tak cukup ye tak? ahahaha

anyway

some of my friends yang pegi tu memang kaki buku. dan kaki dorang hensem, tak huduh cam kaki aku. eh. hahaha. lepas dorang pegi pesta buku tu dan bawak balek segerombolan buku2 pada harga huntonglaaakaya sekian2... dorang sembang mesej kat aku

"aku tengok banyak publisher2 baru. ko taknak buat buku ke? buat la buku indie. ko kan indie"
sumber: Kosmo online


eventually masa tu aku tengah makan roti gardenia yang dah naik harga jadi lapanplolimasen akibat tekanan GST baru2 ni tu. siyes cakap sikit lagi nak tersembur akibat tersedak baca mesej tu. nasib aku kenang lima sen tu je aku tahan jugak takmo sembur. -.-

kata dorang, sekarang kan banyak publisher2 untuk penulis2 baru, penulis2 kreatif, penulis2 berbakat bagai. industri penulisan dan perbukuan tengah giat sekarang ni. rugi tak join! kata dorang la~

lepas aku kunyah roti tu elok2 dan aku telan baek2, aku pon senyum sambil balas mesej dorang..

"saya marhaen cuma... teda bakat teda daya sepertimana mereka.. =)" muehehe... cliche tak cliche tak? ekeke

well. hmm...

interaksi tu buatkan aku terpikir kejap, then terpikir lama2... hehe. kenapa dorang cakap camtu? muka aku ni muka lapaq buat buku sangat ke camne? ahaha. xD em.. dorang cakap, sekarang genre indie genre alternatif kan tengah meletop vavavoom kekabomm piu piu bagai kan? dan penulisan aku kreatip. time aku baca kreatip tu aku tengah nak minum teh o suam. lagi 2 inci gelas tu nak sampai kat bibir aku, then aku stop - gelak puas2 dulu. kang tersedak air lagi parak. lol

kreatip?!? perli rapaaaatttt!! aku mengeja pon dok salah2 lagi, amende! ekeke

tapi betul kat one part. sekarang ni buku2 bercorak bertema indie , alternative, noharom gila laju membiak kat pasaran kita. dia dah macam fenomena dah. aku tak tau buku apa/mana yang buatkan indie mula2 cipta nama kat arus perdana genre2 buku kat Malaysia. klo macam k-pop tu seingat aku, wonder girls kot. tapi buku genre indie/alternatif ni tak pulak aku maklum. tapi setau aku, genre indie atau alternative/creative writing ni memang dah jadi satu anjakan paradigma dah. power baq aaannnggg~

sumber . p.s- penulisan di SUMBER gambar ni menarik. sila ke sana dan buat bacaan. =)
so berbalek kepada soalan kengkawan aku tu... takmau ke tulis, publish buku sendiri? ngaaa... what nonsense orang merapek tah. aku mana pandai mengarang! merapu buleh laaa! hahahaha. pastu dorang kutuk2 aku. kojaaqqq ~.~

pada hemat aku la... aku tak layak tulih buku. berangan pon tak layak. kalau aku tulih buku, buku tu malu nak ngaku aku author dia. lels. well, to be honest aku memang suka menulis. mengarang, mengesei bagai. that's why la kat blog ni ada segala tok nenek cerita. it's my passion. =) tapi tu la. kalo ada satu genre khas buleh wujudkan utk gaya penulisan aku ni, maybe buleh aku tulis n publish buku sendiri. let's say genre... Aanisme. wakakaka xD

tahlah. somehow gaya olahan, garapan buku2 bercorak bertema bergenre indie/alternative ni tak berapa kena dengan jiwa aku. bukan aku main tengok tajuk dengan cover buku je ye. aku dah baca a few ok. tapi tengok kekanak remaja muda belia sekarang berebut beli baca buku2 centu. lebih dekat di hati dorang barangkali? pengisian, olahan, garapan, gaya mutu keunggulan.. hmmm... maybe sebab aku dah tua kot... so aku karang cerita pon macam orang doluuu2... macam yang tulih kitab kuning sebelom rasm uthmani tuuu... hekhek.

namun begitu (tudia..) sebelom2 ni ada beberapa insan dari beberapa penerbit buku2 camtu yang approached aku, tanya nak tak berkarya then dorang terbitkan? i was like... what?? dorang ni rabun teruk ke camne... aku menulis tahpape je kot. asal bleh ofer centu. hey. hilang pertimbangankah kamu? a few of them cakap yes ada orang recommended dorang untuk melamar aku jadi penulis bawah naungan kampeni dorang. ada jugak yang kata terbaca koleksi aku merapu kat blog ni. ngaaa... tetau la nak cakap apa. alhamdulillah. syukur. ada orang yang pikir or rasa i have a shot at it. *happytears.gif*

walaubagaimanapun... hee.. aku declined. sebab? sebab aku bengong. hahahaha. sebab aku rasa aku tak layak pon~ tak berkualiti pon keje2 aku, penulisan aku. sampah sarap semata. em~ kang buang duit buang masa buang tenaga dorang je susah payah baca skrip aku yang senget ni. skrip senget, aku pon senget. bhahaha. tengok lah camne. hadiah menang mengarang hari guru 2 taon lepas pon aku tak bukak lagi lolololol ok takde kaitan.

contoh lagi buku genre indie . sumber 

so bagi korang yang suka buku2 centu... macam terbitan/keluaran dubook, fixi, lejen, selut, yadda yadda... buku macam pecah, kelabu, invasi, lelaki simpanan, KL noir - to name a few,  aku taktau sangat sori... emm, apa yang buat korang suka cerita2 centu ek? share sket. =) mekaseyh!


Tuesday, April 28, 2015

Menanti Mentari - Kuku Kambing



sumber


Tiga sekawan biru berlari, berkejaran sesama sendiri. Tidak tahu mana yang mengejar mana yang dikejar, mana dahulu mana akhirnya itu. Ligat. Tanpa rasa penat. Cukup bertenaga. Pantas walau bersahaja. Menarilah ketiga-tiganya mengelilingi sang besi nan satu, tunggal berputar berpaksi nan termeteri. Sambil dipaut erat kawanan biru, ia merindu. Merindu si putih yang pernah suatu ketika menemani mereka sepanjang masa, kala hidup, kala matinya semua. Namun tinggal kenangan. Penutup tengah bilah kipas itu hilang entah ke mana selepas dicabut dan dibersihkan Rahmat bulan puasa tahun sudah. Bilah-bilah plastik itu terus berputar, meniup angin menusuk isi dan temulang Rahmat. Subuh.

Sayup-sayup kedengaran ayam berkokok. Jauh dan dekat, sama sahaja bunyinya. Bertalu-talu, bersahut-sahutan menerpa ke telinga pemuda kampung itu. Acah-acah sedar, Rahmat menggagahi keringat dan semangat - membuka kelopak mata. Ah, angin kipas tiba-tiba menyapa matanya. Pedih. Lantas dipejam kembali, kononnya memberi masa untuk matan pulih dari 'kecederaan' dek angin yang tidak selaju mana itu. Alasan. Rahmat yang sedang berbaring berkain pelikat hitam berkotak merah digulung tinggi separas bawah lutut tanpa berbaju terus mengeliat, merengkoh kembali tubuh yang tadinya mengiring kaku. 

KRRRRIIIIIIIIIIIIIIINNNNGGGGGG. 5.30 pagi.

****

"Kau tak ke sawah hari ni, Mat?" Dari dapur ibu Rahmat memekik kepadanya yang sedang duduk-duduk di pinggir katil kayu bertilam toto lipat tiga pemberian rakan karibnya yang membeli-belah di Padang Besar bulan lepas. Lantang, hasil latihan menjerkah anak-anak serta ayam itik tiap-tiap petang menjelang maghrib.
"Kejap lagi mak. Nak tarik semai untuk Haji Seman sama. Lambat sikit turun katanya semalam."
"Ni bekal kau mak tak buat lagi."

Tipu. Rapatlah bagaimanapun tutupnya pintu bilik, Rahmat tetap dapat hidu bau nasi goreng buatan ibunya. Senyum. "Jap lagi orang cedok sendiri. Jangan lupa ikan masin, mak!"

"Tak kuasa aku. Goreng sendiri! Air teh kau dah dalam tupperware biasa tu."

Sambil Rahmat tersenyum mendengar omelan bonda tercinta, ada sekeping foto di tangannya - yang juga punca senyuman itu terukir lebih indah di wajah. Foto bersaiz 4R itu ditatap direnung. Gambar seorang gadis berkulit cerah mulus berambut panjang ikal mengurai dari kulit kepala menuruni kedua belah pipinya melewati bahu. Lembut paras rupa. Cantik alis mata. Terletak keningnya. Mancung hidungnya. Tertutup rapat bibir, menyerlah kuntum senyum yang diukir. Namun bau nasi goreng kegemarannya sedikit-sebanyak memanggil-manggil Rahmat ke dapur dengan kadar segera. Lantas disimpan semula foto gadis tersebut di dalam laci almari yang sedang terpelahang luas. Elok diletak, beralas kain pelikat yang belum diguna, pemberian si dia.

Daun pintu almari usang itu ditutup kembali. Rahmat bingkas bangun membetulkan gulungan kain pelikatnya yang hampir terlondeh. Kurus sangat. Lantas berjalanlah anak muda awal 20-an itu melangkah gagah menuju pintu yang disendal rapi. Kriuk kriuk bunyi anak lantai dipijak Rahmat. Menapak yakin. Matlamatnya, dapur.

****

Sesekali dia mendongak langit, melihat awan, mencari mentari pagi yang masih segan-segan menampil diri, berselindung di ufuk timur nan gemilang. Bayu lembut kadang-kadang mengusik tubuh Rahmat yang terbongkok-bongkok menanam anak padi di petak sawahnya.Peluh memercik dari segenap liang di dahi dan roma tangannya. Lencun kemeja buruk uniform kerja Rahmat lantaran tubuhnya berkumuh dek rajin membanting tulang memerah keringat demi sejemput rezeki. Kicau burung tidak segiat selalu. Barangkali masih terlalu awal, fikir Rahmat.

Ada masanya Rahmat menghela nafas panjang. Dalam disedut udara segar kampungnya yang masih belum tercemar. Ditahannya di paru-paru, seraya dihembus lembut sebelum diulang kembali beberapa kali. Sesudah nafas dihela puas, dia menyambung tugas menyucuk anak-anak padi ke selut dengan penuh tekun. Dicarik satu per satu, digenggamnya akar anak padi yang terumpun molek, lantas disemat ke tanah dengan kuku kambing milik bapa. Mujur sedari kecil ayahnya telah mengasuh Rahmat supaya terbiasa hidup susah dan bersusah payah. Dari situlah dia belajar cara mengusahakan sawah - menyemai benih, menarik anak padi, bercucuk tanam padi dan seumpamanya. Kalau diikutkan usia, rata-rata anak muda sebaya Rahmat sudahpun bekerjaya dan hidup senang-lenang disulami pendapatan lumayan di kota. Setidak-tidaknya mampu membeli Honda EX5 dengan ansuran bulanan yang berpatutan hasil berjaga siang malam mengikut syif di kilang.

Namun tidak bagi Rahmat. SPM-nya bagus. Lulus cemerlang dengan kepujian. Dua tangan juga bilangan A nya. Dan bukan juga halangan orang tua. Si ibu sampai meluat menasihati Rahmat supaya keluar mencari kerja setaraf dengan kelayakan pendidikannya. Hari-hari perkara sama diulang. Cari kerja elok, Mat. Cari kerja elok, Mat. Jampi harian ibunya. Dan sehari-hari jua lah dia terus berbakti mengerah tenaga mengusaha sawah yang ada, menepis jampi serapah bonda. Dia ada alasannya. Biar bumi bergegar langit runtuh ribut petir halilintar, biar badai mengamuk melanda, biar gunung musnah dilanggar garuda - Rahmat tetap di sawah dan batas ubi dan kebun pisang serta keladi. Dia ada alasannya.

"Kau menung apa, Mat?" Sergah si ibu. Tersedar dar anganan, Rahmat berpaling memerhati bonda tercinta sedang menuang air teh bekal dibawanya pagi tadi ke dalam cawan plastik yang biasa diguna. Teh kelat, tanpa gula. Minuman wajib mereka.
"Mak datang dengan apa? Tak dengar bunyi motor pun?" tanya Rahmat kehairanan. Biasanya kapcai C70 itu jelas dentum-dentam ekzos diperdengar tatkala dipacu ibunya Rahmat ke sawah. Tersipu sebentar dek kantoi berangan, mengelamun di tengah bendang yang luas. Ya, burung-burung mula memeriahi dada langit. Terbang rendah seakan merai sesuatu. 

"Mak datang dengan menantu mak la."
"Aik? Menantu mak yang mana ni?" Rahmat berseloroh. Di sebalik kerut dahinya, senyuman terlukis perlahan-lahan di bibir.
"Kau ingat ada ramai sangat ke yang nak ke kau? Ada pun sorang tu, bertuah dah Mat oii.."

****

Teh pekat tanpa gula itu dihirup perlahan. Masih panas. Bisa membakar lidah dan tekak andai diteguk selamba. Dengan tertib dia meletak kembali hidangan tersebut di atas meja, lantas mengacau air teh di dalam gelas kaca itu dengan sudu kecil. Kting kting kting, bunyi sudu berlaga dinding gelas. Maka kelihatan jalur-jalur halus terbit dari permukaan air naik ke udara umpama asap yang tidak menjadi.

Dilihatnya jam dinding tergantung kemas sejengkal dari atas pintu pejabat. Manusia lalu-lalang setiap ketika melintas di hadapannya tanpa menghirau kelibat Rahmat yang sedang duduk menghadap ketiadaan. Keasingan. Kegusaran. Ketakutan. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke firma terkenal seumpamanya. Itulah jua kali pertama Rahmat mendengar cakap seseorang selain ibu bapanya. Masih terngiang-ngiang kata-kata darinya yang tidak dapat tidak diturut jua Rahmat atas dasar memikirkan apa yang terbaik buat keluarga, dirinya, dan dia. Mereka. "Good luck, awak." Ungkapan semangat yang disisip buat Rahmat. Mekar mewangi di ingatan, jiwa, hati. Menjadi penguat utama kakinya melangkah ke mana dia berada sekarang.

"Awak ada pengalaman kerja?" Tersentak Rahmat mendengarnya. Hilang habis wajah si dia yang tadinya bermain di matakepala. Terus, Rahmat memandang tepat ke wajah Encik Mokhtar, pegawai penilai tempat dia mencari ruang dan peluang untuk rezeki dan kehidupan yang lebih baik. Pegawai atasan Salmah.
"Saya..."

****

Nasi goreng masakan ibunya habis dijamah bersama. Mentari kian tinggi.

Sunday, March 22, 2015

Siapa yang Skip Makan Kerak Roti tu Tandanya Memilih? #YEKE


kaedahnya aku dapat gambor ni tadi.

mari berfikir. lol

i was like... bahahahahaha. comel gila! pandai dia ni berjenaka. luls. taktau la ada yang offended ke kan, tapi ni satu anjakan yang best untuk dikupas. ekeke. inferens yang aku buleh buat kat sini berdasarkan ilmu aku yang cetek ni, mesej ni nak kata 

1. jejaka tu single sebab semua pompuan yang dia jumpak or penah usha, skip makan roti yang memula tu (kepala/kerak roti)

2. dia kata pompuan memilih sebab skip makan roti yang first tu (saje aku bold em em kot kot korang nak bash dia ekeke)

3. dia tengok pompuan makan roti sebagai filter calon pasangan.. rare bro ni, rare~~


lol! aku rasa orang yang tulih ni niatnya nak gurau je ha... saje nak kaitkan dengan kehidupan kan. =) tapi syok pulak bila pikir... skip kepingan pertama dalam sebuku roti tu dikatakan memilih? ekeke. aku punya eksaited, siap buat sketch lagi pasal ni xD

aku panggil kerak/kepala roti. korang?

aku panggil 'roti pertama' yang dimaksudkan tu sebagai "kerak/kepala roti" . well yess, korang akan kata kerak roti tu bukan ke yang coklat2 macam bingkai roti puteh tu? a'ah. itu pon kerak. tapi bukan ke keping roti yang first tu blakang dia sume coklat/brown?? lagi la berkerak kan? full kot. dah la bottom. so yeah. aku panggil kerak/kepala roti. hehehe

so korang camne?? lepas bukak bungkusan roti tu tak kesah la high 5 ke gardenia ke massimo ke mighty white ke... kepala/kerak roti tu korang makan ke tak?, or korang skip yang tu, makan yang selepasnya dan seterusnya, yang tetengah je? haa... 

maybe korang memilih macam bro single tu cakap. tu korang punya pasal la. bak kata orang kampung aku, sape makan Subway, dia la terasa kerangupan sayur-sayurannya. hek hek. maybe jugak korang macam aku - blasah je teros takyah mikior memacam. celup teh o suam sedas dua, masuk mulut, alhamdulillah~~ kerak tak kerak... first come first serve muahahaha. TAPI!

ada tapi la pulak... baru nak sedapkan hati sendiri. lol

kekadang yang skip roti memula tu, kerak roti kepala roti tu... bukan pasal memilih, tapi ada sebab saintifik! tuudiaaa... moh dengor teman beda'ah moh... hahaha

keping roti / kepala roti / kerak roti tu ada fungsi la abang~ fungsi dia bukan hiasan dunia semata-mata... nooooo~ fungsi dia... jeng jeng jeng! nak elakkan roti yang berada di antara kedua kerak roti tu jadik keras sebab terdedah kat angin. sebab kalo roti yang bahagian puteh lembut gebu tu exposed kat angin untuk suatu tempoh yang aku tak sempat kira berapa lama -.- .. dia jadi kereh (keras) , tak lembut gebu fluffy omnomnom dah. jadik lagi keras dari kerak roti tu sendiri. macam kulit pokok ketapang. penah makan kulit pokok ketapang? haa .. tu la, city boy sangat. luls~ so kalo isi roti tu dah jadi keras... nak ke korang makan lagi? haa... perasaannya enggak sama ya kalian. hehe

eksperimen paling dekat dengan kesah roti ni, korang tengok kek yang korang dah potong slices pastu simpan dalam peti ais. bahagian yang bekas kne potong tu kan open air kan? bior bior. pastu., cer korang slice lagi skali lepas lama simpan dalam peti ais tu, bandingkan bahagian yang exposed kat dunia luar tu dengan bahagian yang baru je korang potong tu. cer rasa tekstur both sides tu. haa... yang dah lama potong or yang lama kena angin tu keras kan? macam hati korang la, keras. eh. em em... yang baru potong tu lembut je, selembut belaian ibu. hiks. 
kalo korang tak paham sangat apa yang bebel tu, tengok video ni.




berbalik kat roti. haaa itu le pasei nye ada kerak roti kepala roti, roti first tu. function dia macam cover buku tu la, taknak helaian2 buku tu lingkup... oh wait. buku.. sebuku roti... cover buku. wow!! baru perasan fakta kebetulan tu! hahaha. i have to call Dewan Bahasa to register this finding. ekeke. kerak roti tu nak keep the other slices fresh. tu la paseinye. so, yeah. meh aku buat kesimpulan sket pasal kerak roti ni...

1. yang makan kerak roti tu, bagos. tak membazir (bukan tak memilih ye... hehe. or maybe jugak tak memilih.. hmm~)

2. yang skip kerak roti tu, makan keping2 laen dulu then last2 baru makan kerak tu... tak semestinya bermakna dia memilih~ maybe dia ada reason macam aku terangkan tu? husnuzon~~

3. yang skip, tak makan kerak roti tu... pon maybe ada asbab dia. jangan kata macam2, kita sangka baek~ ^^

4. yang makan kerak roti saja, isi tinggal... ni spesis beramal cara halus ni. dia tau ramai tak makan kerak roti tu tapi suka isi roti yang laen... so takpe la, dia berkorban demi kesejahteraan ramai. (ini elok ni. muehehe)

5. yang tak makan roti ... takyah la bagi kat dia. bak sinih! hahahaha

so! kepada korang yang nak mencari si dia yang tak skip roti pertama ... rentikan la method tak pekdah tuuu... semut hujung laut nampak, tapi gajah depan mata ko kedip2 je mata cakap tak nampak apa pon dah kenapa. hehe...

p.s: truth be told, aku paling suka kerak roti / kepala roti / keping roti pertama/last tu banding isi2 roti yang tengah2 sume tu. tah lah. maybe sebab isi roti tu too mainstream kot. bhahahaha. senget. xD


Monday, March 16, 2015

Menanti Mentari - Intralog




Tabir putih berenda bunga Inggeris separa telus itu berkibar dihembus bayu senja. Jendela dibiar terbuka, menjemput kicauan burung dan bunyi deruan kenderaan nun sayup berbelas tingkat di bawah sana menusuk masuk ke ruang pendengaran. Awan sirus merayap lembut di dada langit. Indah, dengan mega suria berbalam-balam di balik lembaran gebu kepulan kapas berupa-rupa dilarik pawana.

Perlahan, Salmah menarik keluar cucuk sanggul di kepalanya. Satu. Dua. Chopstick ukiran seni Jepun yang dibeli sewaktu bersiar-siar di Quincy Market tempoh hari itu diletak di atas pahanya. Salmah menggeleng-geleng kepala, menguraikan rambut yang disanggul, lepas melitupi belakang leher. Disisir lembut dengan jemarinya yang runcing, menyisip rambut ke sebelah hadapan badan, melewati bahu kanan. Diusap, dibelai, rambutnya dimain - sambil kedua mata Salmah tidak berkedip, memandang tepat ke luar balkoni apartment. Sesekali dia membetulkan kemeja labuh bercorak kartun yang dipakai, tatkala tersedar dari awangan jiwa dek pekikan hon kenderaan di jalan.

Cucuk sanggul dialih dari riba, diletak di atas meja kopi di hadapannya. Salmah bersimpuh di atas sofa yang baru dibeli secara atas talian dari seorang warga tua yang ingin berpindah untuk tinggal bersama menantunya di Iowa selepas kepergian anaknya menyertai West Point. Empuk. Perlahan-lahan dia melabuhkan kiri badan menyandar arm rest sofa kulit buatan China itu. Bantal kecil segiempat sama dilapik di bawah rusuk kiri, mengampu beban badannya yang kepenatan seharian berdiri berjalan ke sana sini atas tuntutan kerja. Tinjau matanya longlai menatap punca mambang jingga nan kelam yang berselindung jauh di ufuk barat. Desir bayu sesekali menerpa menerusi jendela yang dibuka luas, menyapa wajah Salmah yang manis, semanis teh karamel kesukaannya. Kesukaan mereka.

Salmah menghela nafas panjang. Dalam. Seraya dihembus, lantas kakinya dilunjur memenuhi segenap ruang duduk sofa 2nd hand itu. Belakang badannya disandar pada arm rest yang kini ditimbuni bantal-bantal kecil, memberi sudut pandangan baharu buat Salmah - terarah tumpuan pada sekeping foto berbingkai kayu cider bersaiz separuh A4 yang didirikan di kotak ketiga rak bukunya - tepat separas mata Salmah yang kini mula terbit getusan air di kelopak. Kian direnung foto tersebut, kian kabur pandangan Salmah. Bibirnya bergetar.

****

Senja kian berlabuh. Matahari makin menjauh. Sepertinya langit Boston bakal dihiasi berbilion taburan bintang yang jarang-jarang dapat dilihat dek pencemaran cahaya saban malam. Burung-burung musim bunga tadinya ligat berkejaran membelah angin dan celahan dahan kini mula menghilang. Siang bakal melabuhkan tirai. Deruman enjin kenderaan manusia-manusia yang pulang dari kerja juga semakin susut. Tabir separa telus turut melonglai, merindu bayu yang kini pantas meluput.

Salmah megangkat sedikit pinggulnya, menarik turun kaki kemeja cotton labuh yang dipakai melitupi separuh paha. Dibiar kakinya yang panjang tidak berkain berseluar menikmati deru angin yang ditiup kipas meja di hujung sana sofa. Dikiam kedua tangannya di bawah dada, memeluk foto kesayangannya. Foto Salmah bersama kedua orang tuanya, bersama-sama arwah Rahmat. Sedetik matanya terpejam, lantas air yang terempang di kelopak mata menderas menuruni pipi Salmah yang gebu putih kemerahan, menitip tulang rahang merangkak mencari dagu, terus menitis ke pangkal leher.

Ingin sekali dia menahan rasa menepis tangis... namun kudratnya tiada. Nafas panjang dihela beberapa kali. Dipupuk kembali semangat yang berkecamuk dipukul memori. Salmah tahu, semakin dia mengenang cerita dahulu, semakin berkocak jiwanya dipalu. Sudah. Sudah Salmah, sudah. Pesan ibu; jangan dilayan rasa itu, kelak akalmu tidak menentu. Lantaran, foto tadi ditelangkupkan di atas meja kopi, bersebelahan segelas air suam yang tiada berusik isinya. Cukup. Isya'.

****

"Hello?"

"Hei. Oh. Assalamualaikum."

"Kena- Waalaikumussalam. Kenapa dengan suara awak ni?" Salmah menzahirkan kebimbangan. Takut, kalau-kalau kesayangannya itu tidak sihat.

"Saya okay. Cuma selesema sikit." Suara di hujung talian membalas dengan nada suku ceria. Salmah hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Dah tu, nak keluar jugak ke? Awak tu kan tak sihat. Awak kena rehat. Aw-"

"Chupp! Saya tak tau pulak awak majoring in syarahan umum dekat universiti Boston ni?" Berderai ketawa Salmah mendengarnya. "Jangan la membebel memalam buta ni, makcik. Jom, ngeteh?"

"Tak nak!" Balas Salmah. Laju.

"Ngopi?"

"Tak mau!"

"Ngenasik?"

"Awak memang nak saya gemuk kan, makan nasi malam-malam, lepas tu awak guna alasan tu untuk cari lain kan? kan?"

"Awak gemuk pun tak apa sebab nanti dah kahwin dengan saya awak akan merana sampai kurus balik hahaha. Nak tak merana dengan saya?" 

Terukir senyuman di wajah Salmah, menguntum membunga mekar kasih di jiwa. "Nak! Saya nak merana dengan awak! Saya turun sekarang!!"



Tuesday, March 3, 2015

Teman Lelaki Opah Hang


ohoo... aku google 'opah' ... ini yang keluar. hahahaha. baru tau!


tadi dekat2 nak megerib tadi, aku dok lepak2 depan tv sambil tunggu azan. hosmet bukak tv3. drama slot akasia ke apa ntah. "teman lelaki upahan" tajuk dia. tajuk pon dah tau banyak krisis. dasar melayu. hahaha

aku tak la kaki drama sangat em em... tapi tadi tumpang tertengok kan, so aku layan la kejap. sape ntah hero heroin marijuana cerita tu aku pon tak kenal. yang aku paham, mamat tu tunang gadis tu. ayte. aku tengok gadis tu macam ala2 je kat mamat tu. mamat tu la mcm beriya benor kat gadis tu. since aku tak tengok dari awal, aku maleh nak buat assumptions. takde pekdah pon mikior hal romah tangge orang kan. ehek

tapi there's one part ni. aku rasa terkesan sangat.

the mamat kat dapo time tu. dok prepare bahan2 nak masak. katanya nak masak untuk Kyra (kot nama dia tu) . aku pon agak2 je la, kyra tu tunang dia, yang pi jenjalan kuar sama dengan dia kat scene2 lepas tadi. ayte, dia masak. (nota kaki; guys who cook redefine hotness)

gedebak gedebik gedebuk... tukor scene laen~ kat opis tunang laki tadi la nih. si gadis tengah buat keja or something macam kerja idk aku tak tulih skrip cerita tu. muehehe... ok pastu mamat tadi ni masuk~ bawak something dalam beg kertas kaler merah. memula aku ingat tu hadiah baju ke apa ke kan... rupanya makanan yang dia masak tadi tu. natang apa tah.. fettucine marinara? carbonara? beautiful nara? bahahaha norahom jadah makanan nama centu. boh la nama elok2 sikit...

ok la aku a bit jakun la kan, tengok bagi makanan dah nama pelik, pastuh dok dalam beg kertas lawa lak tu. dalam otak aku kalo makanan ni.. tak dok dalam sia (mangkuk tingkat), dia dok dalam tupperware. pastu masuk plastik. oooo... ni cerita orang kaya2... lupa. ohok ohok... ok la. pastu ada la dialog sket~

mamat tu beriya happy2 cakap dia masakkan fettucasdfghjkl tu untuk gadis tu. gadis tu tenang je gtau dah makan dah. pastu layan tak layan je tunang dia tu.pastu siap cakap 'lenkali kalo nak datang ke apa ke boleh tak wasap dulu ke mesej ke or call' bla bla bla... #shotsfired .. baeklah, she's got a point. terkebil kebil la kejap mamat tu. hehe... pastu usaha dia untuk berkomunikasi pon cam tak berapa berhasil je... laki tu pon bangun dan menuju ke pintu opis, nak keluar~

si gadis tu... pandang pon tak mamat (tunang dia) tu berlalu membawa diri. then timbul satu scene yang buat aku rasa nak flip je tv 64 (bahagi dua) inci umah aku ni. laki tu cakap "bye" sambil tengok tunang dia kat meja ngadap komputer tu. kooooooottt la tunang dia tu nak kalih muka tengok laki tu pastu senyum dan cakap "bye" or thank you ke apa ke kan....

bukan takat tengok... sahut "bye" pon tak! uhuuuu.... keciknya ati aku rasa~~ ala2 terpukul gittew. well, aku judging based on scene ye, bukan history. taktau la klo laki tu memang jahat dan deserved diperlakukan sedemikian kan. hokhok

pastu keluar la scene2 laen... aku pi solat etc.. then ngadap tv balek. kena plak satu scene ni memang sambungan kesah masak makanan untuk yang tersayang lah ni kan. dah malam ke camne tah, gadis tu rasa lapar or baru teringat nak tengok makanan yang dimasak untuk dia tu. dia bukak beg kertas tu... dia angkat tupperware makanan tu keluar. dia bukak tudung tupperware tu, hidu bau. "masam" katanya... =| pastu dia masukkan balek dalam beg kertas tu, then letak kat lantai, tepi tong sampah.

tong sampah.

aku ulang, tong sampah.

=\

wooii berlagak!! tunang ko susah payah nak amik ati ngko, masakkan your favourite, hantarkan kat opis bagai... ajak makan sama siap... then ko refused then ko wat dono je then dah lewat ko biar makanan tu berkuap dalam bekas tu pastu baru ko check tengok, ko agak2 masam then ko buang cenggitu je?? ko tak rasa ke ko yang salah sebab tak makan sikit awal2 tadi or bukak penutup bekas tu so at least tak berkuwap? asal ignorant sangat ni??

ko tau tak masak makanan untuk orang yang kita sayang tu besor pengertiannya?? ha??? tunang jenis hapa ko nih! dia bukannya paksa ko benti keje ke, split dua gaji ko bagi kat dia ke apa ke. dia cuma nak ko makan dengan dia, or at least rasa bendalah yang dia susahpayah masak tu!! susah sangat ke nak hargai usaha orang? susah sangat ke nak berterima kasih dan maksudkannya!!?? timbang rasa la sikeettt!!!

ok aku emo part tu. sedih kot tengok kamera dok zoom slow2 fokus kat beg kertas berisi tupperware yang ada makanan yang mamat tadi tu masak dengan niat baek tu tersandar kat tong sampah. huk... kalo la laki tu tau... gamaknya apa dia rasa... ='(

ok tu je nak share. terasa nak menulis tetibe ada point camtu. so.. yeah. ehek ehek. bye!


p.s; korang pernah makan sambil nanges?

Tuesday, February 24, 2015

Antara Mesin Tikam, SPM dan Kehidupan


assalamualaikum. hai. =)

macam la retis kan kalo aku nak tanya ada sape rindu aku ke tak kat sini kat blog ni... ehek. tapi yang pasti, aku rindu nak menulih. nak merapu. nak berkongsi.

takpelah. bior je aku jawab soalan2 kenapa korang tu kendian. sekarang sementara aku tengah ada mood nak menulih ni, korang layan la aku kejap ye. hehehe

alkisah aku tengah mengelamun... tetiba aku teringat zaman kekanak. yeah.. penuh girang gemirang. hahaha. one of the things that i recalled was... mesin tikam-tikam. haaa...

tah-daaaahhh! sumber


korang tau tak mesi tikam tu apa? well, orang kampung aku cakap "gashapon" . originated, jepun. nama asal dia la tu, gashapon. taktau paseipa nama dia gashapon.. orang kata sebab bila kita pulas2 tombol mesin tu, bunyi macam 'ga-sha' liddat.. pastu bila bendalah dalam tu jatuh bunyi 'pon' . bhahahaha. lantok le. idok le teman tau ceghite benornye. hiks

tapi aku panggil mesin tikam. or main tikam. yaaa.. kalo korang melayu kampung, mesti paham istilah tikam ni. bukan main pisau cucuk perot orang ke camne ye. tikam kat sini boleh la dimaksudkan sebagai judi. mesin tikam = mesin judi. main tikam = main judi. awwmagaaawdd a'an, ko kecik2 dah berjudi!!???

well... sedari aku belom mumayyiz lagi aku dah main mesin tikam ni. hehehe. tapi bro... rilek2. meh aku bagi penjelasan naa... firstly, aku tak rasa aku berjudi dengan main mesin tikam tu. haa... bukan nak buat hukum sendiri, tapi tu la. bagi aku eksplen dulu.

dulu aku suka gila beli cincin doposen kat mesin tu. natang cincin tu dok dalam plastik berbentuk telur. bujur. plastik tu separuh kaler putih/kelabu, separuh lagi kaler merah/biru/hijou/ laen2. bila masuk doposen, pulas2 tombol tu... ketak - sebijik telur plastik berisi cincin berwarna-warni jatuh ikot lorong 'pick here' tu.

and then bila aku besor sket, aku beralih la ke mesin tikam yang mahei siket. normally 50 sen or singgit ah. time tu femes gila mainan transformers, power rangers, ultraman, dan paling syok pokemon dan digimon. telur plastik tu tak bentuk telur bujur dah. dia jadi bulat lak. makin besor. isi dalam pon makin best. hikhik. musim pokemon tu paling aku suka. habeh duit makan time sekolah aku kumpul2 sebab nak beli figura pokemon kat mesin tu. hahahaha. gilak. semangat nak kumpul patung2 kecik pokemon digimon tu!

ni antara conoth hasil tuaian mesin tikam. hehehe. sumber
pastu bila besor ni... aku makin tak berapa nak rajin menikam. ekeke. yeah... duit takdak tu mungkin tak la. makin besor duit makin ramai insyaAllah. tapi tu la.. duit tu dah reti nak digunakan ke jalan yang lebih bermakna. chewah! hihihi

alright . meh aku ulas balek kenapa aku tak rasa berjudi dengan main mesin tikam tu. sebabnya.... aku tak bertaruh. apatah lagi menaruh harapan pada mana2 objek yang aku nak dapatkan. for example ye, aku main mesin tikam yang offer figura2 digimon. aku takde niat pon nak dapatkan memana mainan yang specific sepertimana yang diiklankan kat paparan mesin tu. sape je taknak WarGreymon kan? tapi bila aku masuk duit, pulas2 dan keletuk, jatuh plastik berisi mainan tu - tengok aku dapat Numemon je. takde hal! aku takde aim or mempertaruhkan duit aku tu dengan niat nak dapatkan figura spesifik. tak kesah. janji dapat. aku nak collect je apa yang dapat. melainkan ko masuk duit dengan niat nak dapatkan Lugia tapi dapat Raikou pastu ko tak puas hati pastu main lagi, masuk duit lagi, nak jugak dapatkan yang ko nak tu. haa... itu baru la judi kot. tu la tikam kot. kan? dari situ la gamaknya datang nama tikam ni. berhantu, nak jugak dapatkan apa yang kita nak tu. heee... so, macam kes aku, tiada pertaruhan.. maka bukanlah perjudian kan? aku redha oi. hepi dapat apa pon. ekeke

aku cakap firstly ek tadi? oh. ok. secondly, aku lupa nak cakap apa. hahahaha. so amik je first tu. lol
ni yang versi telur bujur tu. kecik je. doposen je dulu. skrg xtau brp. hehehe sumber
orait. now let's go to my point. macam la laen2 tadi point orang laen. bhahahaha. ermm.. yah. antara mesin tikam dan kehidupan. actually aku terpikir tau. ada persamaan antara mesin tkam dengan hidup kita ni.

mungkin korang tak setuju, tapi bior aku abeh cakap dulu. kang aku pitch korang dgn drop ball berkelajuan 85 kmph pada jarak 46 kaki pada paras laut baru tau. huh. =p

mesin tikam ni mengajor kita erti bersyukur. tahu? ha. well, aku nampak camtu la. say korang bawak sehengget. pastu tengok ada mesin tikam offer mainan transformers. sebijik sehengget. korang suka transformers. so korang pon masukkan singget tu, pastu pulas tombol tu. pastu jatuh la mainan tu. memang la kalo boleh korang nak Starscream kan. tapi sekali korang dapat Ironhide. instead of korang kecewa sebab tak dapat apa yang korang nak, why not korang bersyukur dan be happy dengan apa yang korang dapat tu. kan? =)

camtu la kehidupan. tak semua yang kita nak tu kita dapat. orang kampung aku cakap 'you can't always get what you want' . kadang kala kita dah usaha macam2 cara. nak capai apa yang kita hajatkan. sometimes nampak fruitful. tapi in the end, kita dapat something else (or kekadang tak dapat hasil pon).. oh? instead of korang cakap "noooo... why!" , baek la cakap "hey!! why not!" . ye dok? haaa. ada la hikmah tu. hiks

maka, kepada adik2 yang bakal dapat (ke dah dapat? erk..) result SPM tu, ketahuilah... ada sebab dalam banyak2 digimon yang aku nak tu aku dapat Agumon je, seperti mana dalam semua bentuk result yang korang harapkan korang dapat apa yang Tuhan tetapkan. bawak bertenang dan teruskan! takkan hilang mesin tikam di dunia! eh. takkan berjaya sa-orang hambaNya itu tanpa usaha. terimalah seadanya dan teruskan berusaha! yakinlah dengan ketetentuanNya. ok? ^^

noharom... jadahnya aku nak cerita pasal mesin gashapon je kot, dah jadi artikel motivasi tak bertauliah. bhahahaha. so guys! DISCLAIMER sket. =p seandainya telahan aku pasal judi tak judi mesin tikam tu salah, korang betulkan lah aku ye. it's just my humble opinion. i welcome thoughts and facts here! :D dan jangan pulak amik apa yang aku cakap pasal hukum mesin tikam tu sebagai asbab untuk korang berfoya-foya dengan natang tu plak! hamboih. -.-

dan technically aku pesan untuk bersyukur pasal kehidupan ni bukan kat korang yang amik SPM je. terpakai gak kat yang amik ekjem test lenlaen. specifically, aku sendiri. hidup ni penuh dengan ujian benornye kalo korang perati leklok. atas kita je cuba selesaikan dan harungi dengan sebaiknya. literally aku pesan kat diri sendiri dan korang yang berkenaan; tiap kepayahan ada kesenangan yang Dia sediakan. dan Tuhan takkan bebankan kita andai kita tak mampu nak hadapinya. 

a rainy day isn't an excuse to sit at home and be sad. go out and dance! who knows you'll be much happier!! embrace. ^~^



Tuesday, January 13, 2015

Hilang


korang pernah hilang apa2 tak? mesti pernah kan. kalo macam aku... hilang2 ni dari kecik dah experienced. huhu. meh aku cerita benda2 yang significant kehilangannya dalam hidup aku.




seingat aku la... sedari usia aku boleh mengingat... yakni umur 2 tahun lebih (yaa... aku bleh recall kejadian2 yang aku dah alami sedari usia 2 taon lebih, sampai sekarang... dokter cakap aku ada kebarangkalian/kebolehjadian "hyperthymesia" yang positif.. sila google utk maklumat lanjut.. hehe) , benda pertama yang aku hilang ialah... puting getah dok palam mulut taknak bagi nanges tu. ahahaha. uih brand Japlo tuu... aku sayang gila puting getah tu. dari takdak gigi sampai tumbuh beberapa utas gigi (lol) aku dok kunyah natang tu. illuminati sungguh. ehehe. oh, ya. aku hilang tu masa kat rumah jiran. tak silap aku... aku baling masuk bekas mainan anak jiran kami tu. tapi ye la, aku nak cakap tak boleh lagi, nanges je la mampu. ekeke

and then... besor sket.. dalam 4 taon cmtu.. aku hilangkan pen parker abah aku. arwah dah la org tua tu skrg. tapi time tu belom arwah. so cmne leh jadi tu? haa.. enche abah tengah dukung aku tau. masa tu kat zoo taiping. pen parker tu dok dalam poket baju dia. then aku dengan nakalnya pegi amik pen tu, pastu campak ke dalam kolam ikan. ikan apa? bukan ikan koi or ikan kap tu... tak main laa.. aku campak dalam kolam ikan arapaima gigas. hahaha. noharomm.. jahat tak hengat. actually kebetulan je kolam tu kat sebelah kitorang em em.. anyway, itulah. sebabkan aku baling pen hadiah pemberian menteri besar Perak kat abah time tu kat situ, satu kolam tu dipindahkan ikan2nya sebab nak cari pen parker tu. tak jumpak jugak. gamak ikan tu telan dah kot. hiks. ampun bah... adik tak sengaja.. =p

then besor sket lagi... umo 5 taon. aku hilang botol susu kesayangan aku. bahahaha. epik ooo... aku berbotol susu sampai umo 5 taon. kau hado? ekeke. anyway taon depannya nak masuk tadika dah kan, 6 taon. jadi mama cakap kalo minum botol lagi, tak boleh sekolah. sedang aku yang dah 2-3 taon meronta-ronta nak pegi sekolah sangat2 dah ni - tatkala dengor mama cakap camtu - teros kensel nak pegi tadika/sekolah.. sebab sayang botol susu tu punya pasal. hahaha. mama tensen benornye asik kena buat susu kat aku. dah la aku ni rajin melantak. dia pernah bubuh lipas tau dalam botol susu tu, konon nak bagi aku geli la. gua tenang je kuarkan lipas tu beb, pastu basuhkan botol... pastu soh mama bancuh susu. ekeke. hati malaya beteii.. sampailah satu masa, aku buat perangai. menyebai sebab tak dapat susu suam (susu yang mama buat masa tu sejuk la pulak) .. guling2 atas lantai simen rumah. mama bengang, dia amik botol susu kesayangan aku tu, ditauknya dalam lubang jamban kat luar rumah. buntang mata aku tengok botol susu tu terapung-apung dalam lubang jamban tu. ngee... berenti nanges teros. yekk... hahahaha. lepas tu baru minum pakai cawan~ yeaayyy... sel sel otak dah berhubung. lol! tapi sedih la jugak. seminggu tak cakap dengan mama. hiks. dapat basikal terus ok. hahaha

ok selingan. lol! 

bila naik sekolah rendah... lagi banyak benda aku hilang. noharommm... dari kecik diuji kesabaran dan ketabahan. lol. kasut! cukup selalu hilang. abah sampai fedap dah belikan aku kasut skola. asik kena kebas je. pastu alat tulis. ni bukan apa... kes pinjam pastu simpan buat harta. -.-" banyak lagi lah. komik kawan, komik bambino, bujal, botol air, keychain beg Swan... buku tulis bahasa inggeris aku pon selalu ilang. tak paham betol ekeke. paling aku sedih, hilang jam tangan. aku memang ada masalah ni dari kecik ropenye. yep, aku cukup suka pakai jam tangan. dan jam pilihan aku mestilah jam analog, bukan digital. ofer la kat aku jam G-shock tok nenek pedometer bagai, aku tak minat. aku minat jam analog. simple. ada jarum panjang, jarum pendek, jarum saat tik tik tik.. setel. hehe. so jam tangan pertama aku berjenama seiko. perrghh... =p bukan aku beli la tapi. hadiah parents aku. wrist aku dengan muka/body jam sama besor hahaha. sebab mana seiko ada manufactured jam utk bebudak time tu... so yeah. aku rasa ori. sebab zaman2 tu ciplak2 replika2 ni belom ada. maka itulah. jam pertama dan kesayangan aku. tapi nak jadi cerita... aku ni tua sebelum usia. pelupa ya rabbi~ aku bukak jam tangan tu masa nak amik wudhu kat surau sekolah, sebab nak naik surau, ada pektis pertandingan bercerita. pastu aku naik teros lepas wudhu, tak amik jam tuuu.... sekali tengah2 pektis tu, aku teringat kat jam aku. teros aku lari lompat tangga kayu dari surau ke tanah - nak amik jam tu. tah-daaahhh !! dah takde. T_____T sedari tu aku dah tak beli jam memahal. tak pernah la jam aku lebih seratus hengget. huhu. serik

bila aku makin besor.. dah skola menengah pon.. hilang2 ni still jadi. ehehe. cuma... dalam bentuk yang berbeza. hilang duit tu sangatlah selalunya. pehtu hilang basikal. pastu hilang kasut (still), hilang jam, hilang wallet, hilang helmet.. oh yaa... baru2 ni pon aku hilang wallet jugak. lagi. lol. teruk sungguh laa... =} hilang moto pon pernah! tapi sebbek jumpak balek. huhu. then mula la experienced kes2 hilang yang lebih sentimental dan abstrak. chewahh... hehe. yeah~ hilang kepercayaan, hilang kawan, hilang pedoman, hilang semangat, hilang arah tuju...

bunyi serius je kan? luls. tapi tu la... aku ni jenis mudah percaya kat orang. mudah sangat. asal aku selesa dengan orang, maka dia telah memperoleh kepercayaan aku. even kat stranger pon aku percaya beb. tak heran la aku kena tapau henpon nokia 3200 kesayangan aku sebab percaya yang si polan ni takdak duit nak pegi klinik nak bawak isteri dia yang ada komplikasi nak bersalin. naif ke innocent ke, bangang ke, aku taktau... tapi aku kesian kat enche tu yang beriya nanges cerita pasal kesukaran dan kesulitan dan kesempitan hidup dia dan bini dia yang takde duit nak buat rawatan lantas tanya kat aku apa boleh aku bantu. aku tak kenal pon laki tu.. selisih kat tepi jalan time aku nak gi jual soratkabo lama je... aku plak pikir kesian.. nak tolong.. tapi takde duit bagai.. so aku soh dia pi jual fon aku kat kedai untuk dapatkan cash. simkad aku amik, fon bagi dia. aku siap doa kot isteri dia selamat menjalani rawatan. tup tup aku pegi ke klinik yang dia cakap bini dia ada situ tu sebab nak pegi melawat (pada sebelah petangnya), petugas kaunter klinik tu cakap there's no such case nor person yang register untuk kes yang aku cakapkan tu. ohh... penyamun ropenye... ~.~" haih.. nasib badan~~

ohh... hilang kawan? yeah. ada. dah besor2 ni pon ada. well actually aku tak pernah menidakkan kawan atau bahasa mudahnya "unfriend" sesapa. really. bagi aku, kawan ialah keluarga. friends are family. aku kawan sekali dan sampai mati. antara perkara yang aku cukup sangat amat paling hargai dalam donia ni... kengkawanlah. tapi... itulah. bukan semua kawan kita tu... nak kawan dengan kita. hihi. my bad. we can never satisfy everybody. or maybe you can, but i just can't. i couldn't. so... ada jugak la beberapa insan yang aku anggap kawan, aku memang kawan... namun meng-tidakkawan-kan aku dalam hidup dia/mereka. sedih.. sumpah sedih. tapi aku amik perkara tu sebagai pengajaran or balasan buat aku. maybe betul aku tak pandai jaga hati kawan... or aku simply kawan yang tak guna.. or jahat liddat. so mereka di jalan yang betul dengan meng-unfriend or kalo zaman skrg ada "unfollow" - kan aku~ takpelah. yang aku tau, takde sorang pon yang aku anggap dan panggil dan terima sebagai kawan, yang aku discard. sahabat selamanya. insyaAllah =)

and then tadi. tadi. baru petang tadi ni. ada parent hilang anak. huuu... kesian sangat. runtun hati aku tengok mak budak tu. jenuh kulukilior wandering mana laa anak dia. memang dah dipesan untuk tunggu kat mana sekian2 waktu lepas balek sekolah tu... tapi ye lah kan.. budak derjah 1~ baru hari kedua... uhu.. kesahnya budak tu ikot kawan dia balek naek bas ke naek van ntah - walhal mak dia yang patut amik. aku pon somehow terlibat la dalam usaha cari mencari dan menunggu ni. alhamdulillah... lepas maghrib tadi ada orang call gtau budak tu selamat, ada kat transit. ikot kawan dia. huuu... lega. syukur sangat. happy for both parents and kid. anyway wlopon aku takde anak lagi, tapi bleh rasa ooo dia punya cemas risau gelisah.. huk. moga2 kalo aku ada anak nanti... takde la hilang2 dorang. ameenn~~


anyhow... hilang anak tu aku belom lalui, dan mintak2 dijauhi. tapi... aku dah pon hilang mak abah. huhu. takde, dorang bukan salah naik bas pegi party ke hape. hahaha. dorang pegi bercuti. on vacation. permanent one. =') marah pulak aku. dorang pegi tak bawak aku sama. huhu. takpelah. sampai masa, ketemu lah kami kat sana. insyaAllah. yeah... aku ada dorang tak sampai 20 taon pon. sedih memang sedih. sangat. tapi aku tau, ada yang senasib atau selebih sesedih daripada aku. yang sejak lahir2 takde mak bapak pon ada. jadi, sape lah aku nak membandingtara kan kan? ketentuanNya tu mutlak terbaek. everything happens for a reason. kini aku.. hilang tempat mengaduu~~

skarang ni.. aku taktau la. kalo pikir sangat pon... jem jugak. huhu. letih. letih kehilangan benda yang kita suka, apatah orang yang kita sayang. tapi tu la. nak serik pon tak boleh. dah fitrah. maka... macam yang selalu aku cakap kat diri sendiri... just go with the flow. bila renung2 balek... ramai lagi yang lebih kurang bernasib baek drpd aku. mereka2 yang terlibat dengan tragedi MH370, MH17, Air Asia yang terhempas baru2 ni, banjir mega yang melanda recently, sekolah kena bom, dan macam2 lagi. setidaknya aku patut bersyukur, aku masih ada insan2 yang aku jaga, yang aku sayang... dan masih ada yang jugak sayangkan aku. syukur... perasaan tu masih ada.. masih tidak hilang; walaupon satu ketika aku dah tolak tepi such feeling, sebab aku takot. takot akan hilang lagi. . . em~

apapa pon... yang pasti aku tak putus usaha, tak putus harapan, tak putus doa. insyaAllah. moga segala urusan dipermudahkan.aku harap dengan setiap kehilangan yang lalu, adalah kesediaan untuk aku terima gantian yang lebih baek, yang Dia aturkan. ameenn..

maaf lah ye. agak serius plak entri kali ni. ni sume sebab kes budak hilang tadi. teros aku terkesan. melalut panjang2 ni. hahaha. dah lah. nak gi mendengar lagu kejap. mata ne! ^^