bebaru ni aku dok perati kat fesbuk, ramai nau dok haplod status dan gegambo pasal pesta buku antarabangsa kuala lumpur (PBAKL / KLIBF) yang tengah berlangsung sedari minggu lepas klo tak silap aku. meriah satu hal. mengujakan lagi! aku hantu buku kan~ hehe
well, banyak gak la input yang aku bleh perati dari segala toknenek yang dorang share kat facebook bagai tu. dasat gak ye. sampai 3-4 tingkat katanya penuh gerai buku memacam. setengah hari pusing tak cukup tu. duit tentu2 lagi tak cukup ye tak? ahahaha
anyway
some of my friends yang pegi tu memang kaki buku. dan kaki dorang hensem, tak huduh cam kaki aku. eh. hahaha. lepas dorang pegi pesta buku tu dan bawak balek segerombolan buku2 pada harga huntonglaaakaya sekian2... dorang sembang mesej kat aku
"aku tengok banyak publisher2 baru. ko taknak buat buku ke? buat la buku indie. ko kan indie"
sumber: Kosmo online |
eventually masa tu aku tengah makan roti gardenia yang dah naik harga jadi lapanplolimasen akibat tekanan GST baru2 ni tu. siyes cakap sikit lagi nak tersembur akibat tersedak baca mesej tu. nasib aku kenang lima sen tu je aku tahan jugak takmo sembur. -.-
kata dorang, sekarang kan banyak publisher2 untuk penulis2 baru, penulis2 kreatif, penulis2 berbakat bagai. industri penulisan dan perbukuan tengah giat sekarang ni. rugi tak join! kata dorang la~
lepas aku kunyah roti tu elok2 dan aku telan baek2, aku pon senyum sambil balas mesej dorang..
"saya marhaen cuma... teda bakat teda daya sepertimana mereka.. =)" muehehe... cliche tak cliche tak? ekeke
well. hmm...
interaksi tu buatkan aku terpikir kejap, then terpikir lama2... hehe. kenapa dorang cakap camtu? muka aku ni muka lapaq buat buku sangat ke camne? ahaha. xD em.. dorang cakap, sekarang genre indie genre alternatif kan tengah meletop vavavoom kekabomm piu piu bagai kan? dan penulisan aku kreatip. time aku baca kreatip tu aku tengah nak minum teh o suam. lagi 2 inci gelas tu nak sampai kat bibir aku, then aku stop - gelak puas2 dulu. kang tersedak air lagi parak. lol
kreatip?!? perli rapaaaatttt!! aku mengeja pon dok salah2 lagi, amende! ekeke
tapi betul kat one part. sekarang ni buku2 bercorak bertema indie , alternative, noharom gila laju membiak kat pasaran kita. dia dah macam fenomena dah. aku tak tau buku apa/mana yang buatkan indie mula2 cipta nama kat arus perdana genre2 buku kat Malaysia. klo macam k-pop tu seingat aku, wonder girls kot. tapi buku genre indie/alternatif ni tak pulak aku maklum. tapi setau aku, genre indie atau alternative/creative writing ni memang dah jadi satu anjakan paradigma dah. power baq aaannnggg~
sumber . p.s- penulisan di SUMBER gambar ni menarik. sila ke sana dan buat bacaan. =) |
so berbalek kepada soalan kengkawan aku tu... takmau ke tulis, publish buku sendiri? ngaaa... what nonsense orang merapek tah. aku mana pandai mengarang! merapu buleh laaa! hahahaha. pastu dorang kutuk2 aku. kojaaqqq ~.~
pada hemat aku la... aku tak layak tulih buku. berangan pon tak layak. kalau aku tulih buku, buku tu malu nak ngaku aku author dia. lels. well, to be honest aku memang suka menulis. mengarang, mengesei bagai. that's why la kat blog ni ada segala tok nenek cerita. it's my passion. =) tapi tu la. kalo ada satu genre khas buleh wujudkan utk gaya penulisan aku ni, maybe buleh aku tulis n publish buku sendiri. let's say genre... Aanisme. wakakaka xD
tahlah. somehow gaya olahan, garapan buku2 bercorak bertema bergenre indie/alternative ni tak berapa kena dengan jiwa aku. bukan aku main tengok tajuk dengan cover buku je ye. aku dah baca a few ok. tapi tengok kekanak remaja muda belia sekarang berebut beli baca buku2 centu. lebih dekat di hati dorang barangkali? pengisian, olahan, garapan, gaya mutu keunggulan.. hmmm... maybe sebab aku dah tua kot... so aku karang cerita pon macam orang doluuu2... macam yang tulih kitab kuning sebelom rasm uthmani tuuu... hekhek.
namun begitu (tudia..) sebelom2 ni ada beberapa insan dari beberapa penerbit buku2 camtu yang approached aku, tanya nak tak berkarya then dorang terbitkan? i was like... what?? dorang ni rabun teruk ke camne... aku menulis tahpape je kot. asal bleh ofer centu. hey. hilang pertimbangankah kamu? a few of them cakap yes ada orang recommended dorang untuk melamar aku jadi penulis bawah naungan kampeni dorang. ada jugak yang kata terbaca koleksi aku merapu kat blog ni. ngaaa... tetau la nak cakap apa. alhamdulillah. syukur. ada orang yang pikir or rasa i have a shot at it. *happytears.gif*
walaubagaimanapun... hee.. aku declined. sebab? sebab aku bengong. hahahaha. sebab aku rasa aku tak layak pon~ tak berkualiti pon keje2 aku, penulisan aku. sampah sarap semata. em~ kang buang duit buang masa buang tenaga dorang je susah payah baca skrip aku yang senget ni. skrip senget, aku pon senget. bhahaha. tengok lah camne. hadiah menang mengarang hari guru 2 taon lepas pon aku tak bukak lagi lolololol ok takde kaitan.
contoh lagi buku genre indie . sumber |
so bagi korang yang suka buku2 centu... macam terbitan/keluaran dubook, fixi, lejen, selut, yadda yadda... buku macam pecah, kelabu, invasi, lelaki simpanan, KL noir - to name a few, aku taktau sangat sori... emm, apa yang buat korang suka cerita2 centu ek? share sket. =) mekaseyh!
4 comments:
Ntah, sebab minat baca indie, tak romantis macam novel-novel dulu , tak berbelit sangat nak faham. Baca je, ok! faham. Simple hehe
seronok gak baca buku indie..i'm not so into novel tapi lebih kepada penulisan random terutama yang mengetengahkan elemen politik dalam penulisan mereka..dari situ dapat tahu dan 'mendengar' (baca:membaca) pendapat mereka.
buat buku la, bro! serius bila baca cerita Salmah kau aku terfikir this guy should be the next usman awang. haha over sangat pula.. tu la kau..bahasa puitis sangat =P
Exactly...suka novel melayu klasik yang lebih puitis bahasanya..novel indie ada juga yang bagus..it makes us think about the new generation and the whole future thing..tapi impaknya tak sampai ke hati..
kan kan kan. haha
Post a Comment