dari dulu lagi benornye... aku perati je iklan2 kat TV ni. ada yang best. ada yang tak best. hahaha. well, everybody's a critic. ekeke
iklan susu sustagen . taknak makan konon... chaiit.. hahaha |
anyway!
paling aku nak komplen sekali iklan susu baby, susu tepung rumusan untuk bayi, makanan kesehatan anak2 kecik, dan seumpamanyalah. banyak jenama dah susu budak sekarang ni ye? zaman aku dulu.. seingat aku... Neslac dengan Dumex. oh ada satu brand lagi, Snow. yang tu mahal noharom. tapi sedap! merasa sekali je sebab aku tarik tin susu tu dari rak supermarket jatuh ke lantai semasa abah aku tengah dukung aku dok belek susu brand laen. kemek tin tu. atas rasa bertanggungjawab, abah bayaq la susu tu, beli untuk aku. hahaha. lupa lak harga dia berapa. yang Neslac dengan Dumex tu aku ingat la sangat sebab kedaghah yang tu je silih ganti. tapi Neslac lagi sedap la tapi. pastu aku tak suka milo. masa tu aku layan Ovaltine. pastu
uih apa aku melalut ni.
dush dush! aku tengok iklan susu budak sekarang ni... ada 2 karekter utama. satu, budak, dua, mak budak. ada yang bagi anak tu minum susu masa sarapan pagi, ada yang bagi masa nak pi sekolah, ada yang bagi tengahari, hari cuti, hari sukan budak tu... memacam lah. semua iklan tunjuk betapa berkhasiatnya produk dorang tu. DHA la, AHA la, asid folic la, nitrogen liquid la.. eh. pastu dorang punya tagline atau punchline pon boleh tahan. sel-sel otak telah berhubung, agar menjadi lebih lagi, khasiat 100% untuk anak, bla bla bla. macam2 oo... kalo korang jenis mak bapak buta tuli je terpengaruh dengan iklan, aku jamin korang kayap sebab beli semua produk tu. hehe..
ni iklan ROTIMAN yang aku suka tu. ni pon bapak dia takde awal2. hujung2 lepas budak tu nak beli roti, takde duit, baru nampak bapak dia. -.-" hahaha |
tak. pokoknya yang aku tak puas hati sekarang ni. ni. aku nak tanya. bapak budak tu mana? mana?? mana bapak bebudak tu?? mana laki para ibu dalam iklan tu??
punya payah nak jumpak iklan camtu yang ada bapak budak tu sekali. ok ada la, aku ingat yang budak tu tuang susu pastu abang dia minum, tuang lagi pastu kakak dia minum, tuang lagi pastu bapak dia lak nak minum. ok ok. oh ada lagi. iklan dutch lady yang dulu yang aku suka gila2 tu. yang budak pompuan tu jerit "ROTTIIIIII" tu. hehehe. ada lagi tak? kalo ada, ingatkan aku balek. tapi takmo la iklan doluuu2... yang lama2 sentiasa ada bapak dalam itu ceritaaa... lebih2 lagi iklan sabun. "eeiii... baju ayah berbauu!!" . hantu betol
ni. mak dia japgi pegi tengok dia main bola. pak dia manaaaaa!? |
kalo tak caya, korang tengok sendiri. mak budak tu bancuh susu, bagi anak dia minum. siang ke malam ke, dorang dua je. ada yang anak tertinggal bekal apa tah, mak dia berkayuh berlari terbang berguling sampai ke sekolah, hantar bekal. ada yang camping kat dalam hutan pon ada! memalam lak tu, tengok kelip2 katanya. pon berdua je. gila hapa orang pompuan dengan anak kecik dok dalam hutan enjoy2 tengok pokok tengok kelip2 yang ta banyak mana tu oii!?
together. berdua je ke? ke ke ke??? kenapaaaaaaaa... |
yang aku lagi marahnye, bila budak tu ada event kat sekolah. hari sukan, pertandingan bolasepak, pertandingan olahraga... bagos la mak dia pegi. tapi kenapa mak dia je pegi!?? sebab mak dia bancuh susu? sebab mak dia bancuh milo?? bapak dia kenapa tak pegi sekali!?? aaaarrgghhh!!! ini tidak adil!! ambik la cuti kalau dah keje pon. bukan budak tu hari2 lawan bola tanduk masuk gol. bukan dia hari2 lumba lari jatuh luka kat kaki. dan bukan hari2 budak tu ajak ko gi camping kat hutan malam2 tengok kelip2. kenapa biar bini ko buat semua tu sendiri!???
*cough* emo jap.
tengok iklan ni. mak dia je attend tgk dia perform. bapak dia mana?? grrrr |
hahahaha. bangkai apa aku melalut ni oi! ngaaaa~
2 comments:
Hahahaha..mmg bebetul emo. Tp it's understandable. Single father pun ramai dekat malaysia ni...kecik hati diorg iklan semua pasal ibu2 je..
BAru ku sedar, ke mana hilang ayahnya hehe, lepas ni mungkin iklan ada ayahnya sekali :)
Post a Comment