About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednessday - Leap Year's Day






Sunday, February 26, 2012

Hanya Sekepal Dua - Empat

ok. ada cerita poyo, ada cerita seram. nak tau yang seram? baca sampai abes. eh tapi kalo korang jenis mudah berimaginasi ke, cepat cuak ke.. jangan baca sampai habis ye.. hehee...

onigiri... bukan 'oni' saje ye. --"

blerrghh... minggu ni dapat jadual baru, ouh! sebelom ni aku ajar English year 2, PJ year 2 and 3, dan PK year 1 and 3 kan? aku jugak merupakan guru kelas satu kelas tahun 2. sekarang dah laen bro~~

al-kisahnye ada cekgu sekolah aku ni ditukarkan ke sekolah laen. secara kebetulan, beliau cekgu English, dan memang pegang subjek English je. dah camtu la jadinye; bak kata cekgu2 skolah, patah tumbuh hilang berganti? haha. so, secara otomatisnya aku kena amik segala portfolio dia.

bukan calang2 orangnye. beliau ajor kelas2 yang hardcore kot. kelas yang budak2nye - bak kata orang kedah; ketegaq nak mampuih, baloq liat. hahaha. jadi, aku diamanahkan untuk handle kelas yang teras-keras semua ni. pergh... doakan aku bertabah.

so? jadual aku jadi fully English. 3 kelas tahun 2 (KSSR jugakk..) , tu belom kira tasmi'. ahaha. Tasmi' tetap kena masuk beb. lol! err... itu baru bab ngajor. tak kira jawatan2 beliau yang disandang sebelom nih. mati laa.. nak kena coach budak2 badminton pulaak~ haritu galas glove dengan baseball bat, nanti kena usung raket dengan bulu tangkis plak. ngahaha. hensem la lengan aku nanti. err.. lengan dan tangan je la. ekeke xD

hoh! ada cerita best!

dalam minggu ni aku dengar cerita baruu~~ ni la citer seramnye. al maklum, sekolah ni di tengah2 hutan. aku pon tak berapa pasti kenapa aku asik dijodohkan dengan kawasan perhutanan. --" ye la, dulu universiti pon dalam hutan. dah posting, kerja pon dalam area berhutan jugak? haha

citernye camnih. dulu... area puncak alam ni hutan menarong. bukan takat under development, tapi memang undeveloped lah! last2 gomen cadang nak bangunkan kawasan ni. so tu yang naik kawasan perumahan bersepah-sepah tu. bila naik kawasan, maknanya pencerahan hutan pon berlaku la kan - sebab nak bagi laluan kat pembangunan pesat (konon la pesat...) hee~

bila aku sebut pencerahan hutan... apa yang terlintas kat otak dan benak korang? perhutanan? perhilitan? habitat haiwan terancam? hahaha. ok2, ada kaitan. tapi... selain haiwan... apa yang tinggal dalam hutan? heee... 

kalau korang hypothetical thinkers, memang korang akan cakap ada organisasi rahsia USSR atau rumah agam Freemason kat dalam hutan tu. tapi kalo korang rakyat Malaysia yang tipikal... yes, you're right. it's the unseen realm i'm talking about. wooooo~~ ^^

pergh... kisahnye memang ternyata benar. sebab bukan setakat penduduk2 sini je yang cakap kat aku, malah cekgu2, ustaz2 dan ustazah2 pon gtau benda yang sama! patut la masa aku sampai2 kat sini dulu... aku dah kne tegur dengan sorang ustaz kat sekolah. bukan apa. dia tanya aku, apa perasaan kena tinggal kat kawasan ni. aku cakap la, aku terkejut jugak - sebab masuk jauh ke dalam area hutan2, tetiba ada pekan, ada bandar. macam bandar bunian.

huish! teros ditegurnye aku. direct. bukan marah, cuma ustaz cakap... jangan cakap sembarangan... sebab... sini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

this is Robert the doll. go Google about him to know more... if you want to.

aku sambung minggu depan lah kot, ye? hikhik! ^^ kisah benar sensasi camni kena slow2 sket citer. ni pon aku tengah rasa tak sedap ati nih, dok sensorang kat umah ni. macam ada je yang tengah tengok aku menaip cerita pasal 'dorang' ni... ehe..

okeh!! tak sedap ati dan badan. haha. taknak teruskan cerita lagi. nextime yo! sekarang korang layan la dialog bebudak yang aku sempat rakam dalam otak ni. hihi~~ *seram sejuk*


*****

budak 1 : wei, sir cakap jangan gunting lagi. sir suroh buat kat rumah la.
budak 2 : sir cakap sape ade gunting boleh buat sekarang la. ko yang terlupa sir pesan, ko cakap sir suruh buat kat rumah pulak.

*****

budak : cikgu, hubungan sulit tu ape?
aku     : err... mana kamu dapat perkataan tu? --"
budak : ala cikgu, jawab la dulu. hubungan sulit tu ape~
aku     : hubungan sulit tu macam... orang tu kawan dengan kawan dia, tapi orang laen tak tahu. haa..
budak : kalau camtu, saye pun ada hubungan sulit, cikgu! saye kawan dengan X tapi kawan saye yang laen tak tau. Cikgu, best ke ada hubungan sulit?
aku     : ntah. kamu rasa?
budak : mesti la best!!

*****

aku     : kenapa kamu curi air tin tu?
budak : saye tak curi, cikgu. saye amik je. kawan saye yang suruh.
aku     : habis tu kalau kawan kamu suroh kamu terjun dari tingkat 4, kamu terjun la!?
budak : kalau waktu PJ saye terjun la cikgu..
aku     : menjawab!!

*****

aku         : sehari berapa kali kamu gosok gigi?
budak A : saye 3 kali!
budak B : saye 5 kali!
budak C : saye tak gosok gigi.
aku         : kenapa kamu tak gosok gigi?
budak C : sebab nanti bila tak gosok gigi nanti gigi rosak. lepas tu bila rosak nurse datang ganti gigi baru. sir, saye nak kawen dengan nurse. sir isteri sir, nurse kan?

*****

budak : sir kenape sir masuk kelas dengan cikgu baru?
aku     : ha? cikgu baru? sape? mana?
budak : kat tepi sir tu.
aku     : sudah. kamu merepek. now open your textbook....page...
- aku ingat aku sorang je yang nampak "cikgu" lagi sorang tu...-


Saturday, February 25, 2012

A-B-C



"Adik. Bangun dik."

Mawar menyapa lembut adiknya yang sedang enak diulit mimpi nan indah. Hari masih awal. Seawal ayam jantan berkokok di dahan mempelam di belakang rumah mereka. 

"Em?" sahut Melati, perlahan. Matanya dibuka separuh, melihat patung beruang kesayangannya di sisi hujung bantal. Terkebil-kebil seketika, tatkala dia sedar bahawa kakaknya sedang duduk bersimpuh di belakangnya. Dalam kemalasan sejuk angin yang menyapa dari kipas dinding, Melati cuba untuk melawan kehendaknya yang mahukan gebar tebal meliputi tubuhnya yang kecil daripada terkena deru dingin yang amat menyelesakan. Ah, enaknya jika dapat bersuam kuku di dalam gebar tebal bercorak Mashimaro yang comel ni, cetus hatinya.

"Bangun la. Dah Subuh ni. Tak elok lambat-lambatkan solat. Report dekat mama nanti, ha." tegas Mawar. Dia tahu benar perangai Melati. Budaknya rajin, suka menolong ibu di dapur. Suka mengemas rumah. Suka memasak - walaupun tidak menjadi seperti masakan yang normal dan dikenali. Pernah, Melati cuba memasak sendiri untuk hidangan sekeluarga makan tengahari. Hendak ditolong, ditegahnya pula. Sudahnya, satu keluarga makan di luar dek masakan Melati yang hangus dan tidak cukup syarat. 

Melati seorang gadis yang ceria, berperawakan manis, sejuk dipandang. Wajahnya periang, matanya buntang, senyumnya mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya. Pergilah ke mana-mana kenduri, pasti ada yang menegur. Pergilah ke mana-mana majlis keramaian, tentu sahaja ada yang berkenan. Namun, di sebalik keayuan adiknya itu, Mawar tahu yang Melati cukup susah untuk dipisahkan dengan tidur - lebih-lebih lagi di musim cuti, musim hujan begini.

Mawar bingkas bangun dari katil. Ditinggalkan Melati yang sedang berkilas-kalih di dalam selimut, sambil muka dipekup ke bantal yang empuk. Mawar tersenyum. Dilangkahi bendul pintu bilik air, lantas diputar paip di dinding. Perlahan air mengalir, lalu ditadahnya dengan kedua belah tangan, terus dikumur-kumurnya beberapa kali. Sambil air ditadah, Mawar berniat. Wudhu'.

******

Hujan sejak semalam. Ayam masih berkokok.

Matanya digosok-gosok lembut. Dikuis air mata yang terbit di alis. Dia sudah biasa menangis di dalam mimpi, tanpa sedar yang sememangnya dia mengalirkan air mata di dunia nyata. Digagahkan jemari halus menekup muka; Melati menyelak rambut yang menutupi wajahnya. Untuk seketika dia terasyik dengan haruman rambutnya sendiri. Bau limau gedang. Kiranya bak petua orang dulu-dulu; andai ingin rambut lembut, cantik dan wangi, maka lumurkanlah dengan perahan limau gedang yang dicampur air basuhan beras. Amalkan sekali seminggu. Kalau itu petua karut, lihat sahajalah hasilnya. Nah, lurus halus dan lembut rambutnya yang lebat dan panjang itu sebagai bukti. Terima kasih bonda atas petua yang diwariskan sejak peninggalan moyang mereka.

Di hujung katil Melati melihat sesusuk tubuh sedang berdiri menghadap dinding. Kumat kamit mulut Mawar melafaz bacaan wajib dan sunat. Dalam telekung cotton yang putih bersih, hadiah pemberian arwah nenek tercinta, Mawar tampak tenang mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu. Melati tersenyum nipis. Sejuk hati melihat kakak kesayangannya sedang menunaikan solat subuh. 

Melati mengeliat jauh-jauh. Tegang habis segala urat leher, paha dan belikatnya. Ditarik nafas dalam-dalam, ditahannya udara tersebut dalam paru-paru untuk beberapa ketika, lantas dihelanya perlahan. Diteruskannya mengerekot di dalam selimut, sambil mengalih pandangan ke arah jam dinding.

"Ah. Kenapa waktu-waktu macam ni..." bentak hati Melati. Dia bingung. Digeleng-gelengkan kepalanya demi menghindar dua nama dan wajah daripada tampil di kotak memori - setidak-tidaknya pada waktu ini; waktu Melati takut untuk dilukai. Lagi.

Hujan semakin sayup.

*******

Telefon pintarnya dicapai dari bawah bantal. Dalam kekuyuan matanya yang malas mahu dicelik, digagahi juga melihat paparan telefon. Oh, ada tiga pesanan ringkas yang belum dibaca, dan beberapa notifikasi daripada aplikasi twitter, facebook, whatsapp, blackberry messenger dan gtalk. Sungguh, malam tadi Melati masuk tidur lebih awal daripada biasa. Dibacanya satu per satu pesanan ringkas yang ada; namun dia tidak berdaya untuk menarikan jemarinya membalas kesemua pesanan yang tiba. 

"Nantilah." bisik hati Melati.

"Astaga budak ni. Adik! Melati Nur Amirah binti Mustafa! Bangun subuh, cepat!" Mawar menjerit di tikar sejadah, sejurus dia terpandang adik perempuannya itu masih lagi berkelubung selimut Mashimaro kegemarannya walau setelah dia selesai berdoa selepas solat.

"Ati ABC la kak"

"ABC? Ati mengigau apa ni? Hei?"

"ABC la, kak Mawar. Allah bagi cuti, ABC. Akak ni, macam tak biasa pulak."

"Oooooohh." Mawar menahan ketawa. "Patut la adik tidur awal semalam." 

"Itu lah. Apa lah akak ni, hal adik sendiri pun tak tahu."

Melati memeluk patung beruang kegemarannya. Selimut Mashimaro terus membungkus tubuhnya yang kesejukan. Matanya dipejam rapat. Telefonnya disemat ke dalam poket baju tidurnya. Dalam lena, Melati tersenyum.


Sunday, February 19, 2012

Hanya Sekepal Dua - Tiga

minggu lepas aku kalut sungguh. sebab? hahaha. khabar2 mengatakan orang PPD dengan Nazir nak datang sekolah. nak check dokumen dan sistem filing KSSR budak.


pergh~... buat korang yang taktau KSSR tu apadia... meh aku nak gtau. KSSR tu kurikulum standard untuk budak2 sekolah rendah, menggantikan KBSR. so amende KSSR ni?

Aizat kawan aku cakap; "Kita Susah Student Rileks". dan senior aku cakap; "Kita Sama-Sama Rebah". hahahaha. it's Kurikulum Standard Sekolah Rendah. =) tapi serius beb.. memang renyah. penin kapla ooo~ sedangkan cekgu2 lama pon serabut perot memikior pasal KSSR ni, apatah aku yang baru berjinak-jinak dengan dunia pendidikan sekolah rendah ni. ecewah! =p

tapi... malangnya (chewah malang konon, padahal hepi melonjak girang) pegawai2 tu sume tak datang~... alaa~ ^^ hahaha. aku punya lega tu taktau nak cakap la camne. sebab? aku satu hapa pon tak buat lagi! even file peribadi pon takde lagi, tahu? ekeke. macam mana aku tak cuak. dibuatnye dorang bertandang, pastuh nak tengok aku ke.. (selaku guru baru, kena expect terjahan2 tak diduga camtu) ..mengelupur aku nak jawab. memang aku pikir, kalo aku kne check la kan... aku dah set dalam otak - nak buat macam kena sawan tarik. bwahahaha. that's my prison-break plan. LOL . alhamdulillah~ mujur dorang tak datang. xD

******

lepas tu... korang ingat tak, aku pernah cakap nak mengelak daripada handle kelab seni budaya / tarian sekolah, kan? ngeh.... nak jadi cerita... satu tengahari yang tenang tu, aku tengah sembang2 dengan sorang cekgu ni pasal kelas dan budak2. tetiba! ada sorang cekgu laen menghampiri kitorang. memula aku wat tak dulik la, sebab aku ingat dia nak lalu je (kitorang masa tu tengah block jalan yang sempit tu... bwahaha). sekali... dia singgah daaa~

tak semena-mena dia tanya nama aku. aku iyakan la, sebab memang dia sebut nama aku pon. ghopenye... dia tu cekgu tarian sekolah!! --" aku dah terkesima kejap. alahai...kenapa la plak dia memburu aku di tengahari yang mulia ni~~ dan macam yang aku jangka... memang dia dah aim aku sejak hari aku terlibat aerobik untuk marathon haritu.

bleeerrrgh... lagi aku jem bila dia cakap, guru penolong kanan kokurikulum yang suggest nama aku kat dia. dan.. disokong beberapa guru laen (yang aku rasa memang nak trollolol-kan aku ... --"). #facepalm sekejap, secara figurative. so dia pon cerita la pasal budak2 tarian, aktiviti, pencapaian, perancangan, etc etc. ada la dia sebut bab2 wakil Malaysia pegi Turki, Kazakhstan, Rusia semua tu... unsur2 offer tu pun ada. tapi...

err... korang jangan pikir aku kekwat ke, mengelat ke, pemalas ke.. (well.. malas tu ada la sikit...=p) sebenornye, aku rasa aku belom bersedia. kot. ntah. rasa tak layak je. yelah~ sape la aku ni kan, nak galas amanah sebesar gunung Tursina. chewah! eh tapi siyes... rasa kerdil diri ini, tahu? budak2 tu dah advance. tenaga pengajar dorang pon memang penari kebudayaan, artis tari yang professional. so... segan lah aku nak melukut di tepi gantang; bagai dagang mengkuang layu. hikhik. tapi tu la... aku dijemput jugak untuk datang2 tengok budak2 ni pektis, buat show... bla bla bla.~

insyaAllah. janji tu tak, tapi aku cakap, kalau ada ap2 yang boleh aku sumbang bakti untuk sekolah - dalam kemampuan dan sedayaan aku - aku akan cuba sebaeknya. =) so, lemme be clear sini. takde istilah aku pegi overseas atas tiket tarian ye. takyah nak chewah2, jelly2 sangat. banyak lagi kje laen nak kne buat. hahaha. tapi kalo rezeki tuhan nak bagi... sapelah aku nak menolaknye~ ^^" ye tak? hee...

****** 

tu baru part tarian... belom kira aku kne "tolong" cekgu laen untuk aktiviti luar darjah. cekgu petang mintak tolong untuk Action Song. cekgu pagi mintak tolong untuk Public Speaking dan Choral Speaking. ini sume kes English Carnival bulan tiga ni la. hoh.. sekarang baru aku perasan, asal mende2 English je, mesti aku yang kena. hahaha. tu tak campur lagi cekgu2 yang buat program ijazah, mintak tolong untuk assignment2 dorang. hahaha. macam la aku ni tere sangat. ekeke. takpe an, takpe... welcome everything with open hands and heart and mind. *hachhhoooo~~*

ni, minggu depan ni nak start training untuk team softball skolah pulak. dah la aku tak pandai mana pun maen softball ni, disuruhnye coaching pulak. risau2. kang jadi tikus baiki labu ke... memang cepat dapat transer ke skolah laen. reject ah cekgu ni. buat habis duit skolah je. hahaha. tapi takpe, yang softball ni aku suka. hehe. my cup of tea jugak la (besides basketball). so, berusaha sehabis baek demi sekolah terchenta! ^_^ (awal2 ni je semangat... kang lunyai la tuuu) LOL!

orait! maleh nk cerita banyak2 psal kerja. korang enjoice la situasi2 yang tertakdirnya dengan budak2 ni. haha. ^^

*******

budak : sir, aeroplane tu ape?
aku     : aeroplane is kenderaan yang terbang kat langit. yang selalu ada kat aiport tu. tahu tak ape dia?
budak : elephant ke?
aku     : ... --" elephant tu maksud dia apa~... dalam bahasa melayu..em?
budak : (senyap..) ... aeroplane.

*****

aku   : alright. what is thankful?
*senyap*
aku   : okay. what about.. thank you. class?
kelas : THANK YOU TIICHER! *semua budak kemas2 meja*
aku   : hoooiii!! sape suroh kemas barang!
budak : sir cakap thank you tadi? bukan kelas dah habis ke?

*****

berbisik-bisik
budak A : ko tau tak, sir dah kawen. isteri sir lawa~
budak B : mane ko tau? sir bagitau ke?
budak A : muka sir macam yang berlakon citer kat tv tu. mak aku kate kalau muke same, itu adik beradik.
budak B : dah tu?
budak A : pelakon tu dah kawen. so mesti sir dah kawen jugak. sir kan abang die
budak B : ooo....

*****

aku   : who knows the song 'Old Mac Donald had a farm?' 
kelas : yeeeeessss!!!
aku   : cuba nyanyi sikit?
kelas : old macdonald had a farm, E-I-E-I-O. i'm lovin it! *seriously satu kelas sebut "I'm lovin it"*
aku   : ....

*****

budak 1 : assalamualaikum ustaz
budak 2 : kenape ko panggil tiicher, ustaz?
budak 1 : budak2 kelas sebelah panggil sir, ustaz. eh kenape kau panggil sir, tiicher? tiicher untuk pompuan la.
budak 2 : sir ganti tiicher M, aku panggil la sir tiicher jugak!

*****


time English kelas pandai
aku       : kenapa kamu panggil cekgu, ustaz?
budak a : sebab ustaz ada janggut macam ustaz
aku       : habes tu, ustaz A takde janggut pun kamu panggil ustaz jugak kenapa?
budak b : muke cekgu macam ustaz Don kat tv tu.
aku       : hoih.. memandai je. mana sama~ 
budak b : memang tak same. ustaz tu pakai eye-shadow, cekgu tak pakai eye-shadow. ustaz, pakai la eye-shadow esok!


so, sape cakap februari ada maksimum 29 hari? =D

Saturday, February 18, 2012

It's been a while, Mama

Assalamualaikum


mama.

mama yang dirindui. pe kabor? mama tengah buat apa tu? alhamdulillah, adik sehat setakat ni. (jangan cakap 'tak tanya pon'...tensen teruk nanti.. --")  kakak pun alhamdulillah sehat. rasanya la. semalam baru akak call adik. tapi kami tak cakap panjang pun. standard la, masing2 kedekut kredit. ekeke. just dia tanya sehat ke tak, dah makan ke belom, ada kat mana sekarang, tak balek kampung ke... lebih2 kurang camtu la. macam yang mama selalu tanya bila call adik dulu... =]

em! abah mana, mama? lama tak dengar pasal abah. *jerit kuat2* bizi sangat keee~~?? LOL! senyap je orang tua tu.. jem betol. haha. erk... mama jangan habaq kat abah pulak adik mengadu ni. segan la adik... abah tu dah la macho. bekas askar plak tu. ok takde kaitan. hahaha!. em, tapi nanti mama bagitau kat abah, adik ada benda sikit nak cerita. tapi nanti la. belom masanya. kot. *wink wink* ^^"

mama

cepatnya masa berlalu. mama rasa tak?

semalam kan... adik dok teringat sangat kat mama dengan abah. especially mama. mama pun tau kenapa kan? em... semalam hati adik tak tenang. gundah gulana gula-gula. dalam hati ada taman gula-gula kapas. hee. adik rasa resah. rasa sunyi. rasa... ntah. hahaha. jadi... lepas balek dari sekolah, adik solat maghrib siap2, lepas tu adik mengaji. mama selalu pesan, kalau hati tak tenang, rasa ada perkara tak terluah... ngaji lah quran. tapi... semalam adik tak ngaji untuk adik sangat pun. adik ngaji untuk mama... adik rindu, nak mengaji dengan mama. =)

dulu... biasanya lepas maghrib, mesti mama yang ajar adik mengaji. haha. dulu adik tak suka sangat... sebab mama kacau time adik nak tengok tv, nak tengok kartun. kadang2 adik malas2 mengaji, adik lari pegi surau - lepas tu tengok kat rumah ijam. hee... adik rasa mama tau, tapi mama biar je... =p jangan marah haa~ ^^

semalam, hampir semalaman adik ngaji untuk mama. kalo ada orang lalu lalang depan rumah ni, rasanya dorang mesti ingat ada majlis tahlil bunian. ekeke. em.. niat ngaji tu pun dah bercampur aduk. kejap nak sedekah kat mama, kejap nak tenangkan hati sendiri, kejap nak elakkan daripada rasa kosong...

rasa kosong

yep. perasaan tu. perasaan yang wujud sejak 18 Februari 2007. hari yang adik paling tak suka dalam hidup ni. hari yang paling adik tak boleh terima kewujudannya. sebab? mama tau kenapa? sebab itulah harinya mama berhenti bercakap dengan adik. itulah hari mama berhenti jawab soalan2 adik. hari tu jugak mama dah takmau tengok muka adik. mama pejam mata rapat2. mama tak pedulikan adik langsung dah. mama tak ambil berat pasal abah dah. mama tak tanya pasal kakak dan cucu-cucu mama dah. kecik ati kami, ma.. ehe.. dan... itulah jugak hari terakhir adik salam, cium tangan mama, cium pipi mama... hari terakhir mama usap rambut adik...

mama tau.. sampai hari ni adik tertanya-tanya,.. eh salah. adik tak puas hati; kenapa mama suruh adik pegi beli surat khabar kat pekan pagi tu...

mama..

dah lima tahun, ma. lima tahun bukan tempoh yang singkat oooo. mungkin orang lain cakap, pejam-celik pejam celik dah lima tahun. kagum jugak la adik dengan orang camtu - mampu pejam celik je kejenye sampai bertahun-tahun. hehe. mungkin. tapi...dalam lima tahun ni jugak lah adik telan istilah berdikari. yes! buat kari sendirii. =p

mama nak tahu... banyak benda sedeyh yang adik pendam selama ni. adik tak cerita kat sapa pon... tapi, adik nak cerita kat mama, boleh? ... ok tak boleh. faaaaiiinnn~ #jalanseretbantal haha! =p

selalu kan...kan kan. bila orang cerita pasal keluarga dorang...kan.. adik mesti terdiam. heee... lebih2 lagi bila orang bercerita tentang mak dorang. hari ni mak dorang masak apa, mak dorang buat apa, pegi mana.... dan dorang pulak buat apa untuk mak dorang. ada yang belikan hadiah untuk mak, ada yang bawak mak pegi bercuti, ada yang bagi duit utk beli barang rumah, paling2 koman pun bawak pegi makan tempat best2. adik seronok dengar pasal family orang lain, hepi, harmoni. adik boleh senyum, boleh gelak ketawa. adik pun tau mama hari2 buat apa. tido je kan?. ekeke. pegi mana pun... tak pegi mana sangat kot, ye? ^_^ cuma... dalam hati adik terkilan... sebab.. adik dah tak mampu buat apa-apa langsung dah untuk mama... macam mana orang laen buat untuk mak dorang~

masa mama ada dulu pon... adik tak sempat nak buat apa sangat untuk mama. (nada menyesal nih. nyesal2). bila adik masuk maktab, barulah adik boleh bagi duit sikit kat mama bulan2. itu pun lima puluh, seratus je sebulan. elok jugak la kot adik masuk maktab. kalo dok rumah je, perabih duit mama, perabih beras kat dapor je tak guna gak. ekeke. em.. adik nak bagi banyak2 adik tak mampu. dapat bulan2 pun rm345 je. ikotkan hati nak je bagi semua tu kat mama.. tapi nanti kena buat loan balek la pulak. mama jugak broker-nye. hihi. tapi mama cakap tak perlu pun adik bagi duit kat mama macam tu. sebab masa tu adik masih study. nak pakai duit banyak, beli itu ini. belum ada kemampuan nak sara diri, apatah pulak nak sara family kan. mama cakap nanti dah kerja nanti, dah ada gaji tetap, baru boleh tolong mama jaga family. hooraay!

mama

sekarang adik dah kerja, ma. k-e-r-j-a. bangga tak? hehe. adik dah ada kerja tetap. yeaahh~~ anak mama yang jahat ni dah jadi cekgu skolah rendah! bwahaha... mama dulu kata, kalo adik jadi cekgu, mampuih budak2 kena tibai dengan rotan. konon2 samurai la nak slash2 orang bagai. hikhik. ^^ adik dah ada gaji sendiri. wlopon tak banyak, tapi takat2 nak makan tu... tak mewah, tapi tak susah la kata orang. hee. adik pernah bagitau kat mama... gaji first kerja nanti, adik nak bawak mama abah pegi makan sedap2. nak bagi mama pegang duit adik sikit, buat belanja rumah - kot2 la mama nak tambah rumah setingkat lagi ke. ngehehe. pastuh nak masukkan dalam akaun tabung haji mama dengan abah. nak bawak or hantar mama abah pegi buat umrah, buat haji. tapi? tapi semuanya tinggal impian je sekarang, ma... semuanya..

mama cakap mama nak tengok adik masuk universiti. tapi mama takde pun dengan adik masa hari pendaftaran dekat univ dulu? takpe la. tak penting pon. ekeke
mama cakap mama nak check result exam adik tiap2 semester. tapi mama takde pun tanya adik, dapat gred apa, pointer berapa, semua tu? tak caya ek adik leh dapat dean's list? ke, mama tak nak kalah bet? hahaha
mama cakap mama nak buat baju baru, nak pegi konvokesyen adik. beriya punya berangan. LOL. tapi mama tak datang pun masa hari adik terima ijazah tu? baju tak siap ke Kak Miah~~ ^^" ok2, gurau2. =p
mama cakap mama nak ambil gambar kita satu family lepas adik grad. adik punya la bayangkan... larat ke abah time tu nanti. hehe. tapi? dalam gambar tu ada adik dengan kakak je, ma... kenapa mama takde time tu? mama kat sungai ek... pi mengai ikan? hahaha
mama cakap nak rasa duit gaji adik. uish, sekarang pomboleyh. tapi bukan gaji cekgu la. gaji adik kje sementara harituu. ada lagi~ hehe. mama suruh adik beli kain cantik2 untuk mama. nak buat baju lagi lettew. hee.. oh boleyh je, ma~ tapi? ... 
mama cakap nak merasa naik kereta adik sendiri. ok la... adik bukan anak orang kaya (wah ter-mengata mama dengan abah plak. ekeke).. tapi alhamdulillah, ada duit sket, dapat gak la beli Ford buruk tu cash. sori, adik tau mama tak suka keta 2 pintu je. hee... nak buat camne ma, tu je mampuu~ nak tambah pintu kena tambah duit. bhahaha. em. tu, keta adik dah ada. tapi?... mama mana? tak sudi ke~~ =p 
mama cakap nak merasa duduk rumah adik sendiri. ngeh.... rasa la sangat. sekarang pun adik dok menumpang rumah orang. hehe... malu, cek maluuu~ xD. ok2. maybe in the next few years adik beli sebijik rumah sendiri. ^^ tapi... 
mama cakap, kalau tak sempat timang cucu pun... mama nak tengok adik kawen. tooodiah! kalau tak salah adik la... mama sebut pasal kawen ni... dari adik mula masuk maktab kot. ekeke. mama nak buat kenduri, sambut menantu mama. siap bajet nak buat grand lagi kat kampung. maklum laaa, anak laki sorang. last pulak tu. hee.. tapi?... dah la calon pun takde... mama pun takde jugak! acane2? adik cadang nak suroh mama je cari... ahaha. tapi.... 


=')

adik bukan marah kat mama. takde sebab untuk adik marah pon, untuk adik merajuk dengan mama. tapi.. adik terkilan sebab adik tak dapat tunaikan semua hajat mama tu. haha. err, ok "haha" tak sesuai letak kat situ.. --" . adik tak sempat tunaikan even satu pun hasrat mama... itu yang buatkan adik sebak sangat. maafkan adik, ma.. maafkan adik..ye? =|


mama.

nak tanya.

kat sana ada internet tak? mama ada webcam tak? jom skype!


adik... rindu nak tengok mama. adik rindu nak dengar suara mama.


adik rindu nak peluk mama, salam mama, cium tangan cium pipi mama...kucup dahi mama. adik rindu nak baring atas paha mama. nak tidur kat lengan mama... adik rindu mama belai, usap rambut adik...

...

adik nak cakap... yang adik sayang mama sangat2. adik mintak maaf ma, kalau adik bukan anak yang baik, kalau adik tak jadi anak macam mana yang mama harapkan. cuma adik nak mama tahu.... walaupun adik tak sempat ucap adik sayang mama.... tapi adik sentiasa sayangkan mama. sentiasa rindukan mama. hanya doa yang dapat adik kirim untuk mama kat sana. mudah2an Dia dengar dan perkenankan doa adik...

mama... adik tak mampu nak menulis dah..eheh... =')

i love you, mama.


till then


dari anakmu yang jahat dan degil...

-adik-

Friday, February 17, 2012

Gadis2 Nak Tau Tak? Ini Hal Orang Lelaki~

banyak2 benda dalam dunia ni kan... mesti banyak yang kita tak tau. yeah, hal-ehwal alam ghaib tu takyah cakap laa.. tu dah jadi rahsia Tuhan. apa yang kita tau pun hanya sekelumit cuma. =)



ok. taknak merapu macam2. nak straight to ampang point je. 

tengah hari tadi, tengah aku siap2 nak pegi mesejid nak solat jumaat... tetiba aku ter-usha timeline twitter kejap. eh ada orang bertanya tentang sesuatu! tentang apakah? Tentang Dhia kah?? hahaha. (sudah la kau an... =p) 

ada member aku nih, dia tanya, lebey kurang camni -  "apa perasaan pi solat jumaat?" wohooo... time2 tu jugak aku rasa nak buat entri baru nak bagi gambaran camna kaum Adam bersolat jumaat secara generalnya. tapi memandangkan aku kesuntukan masa, aku k.i.v dulu. nah, sekarang, sekadar nak kongsi dengan korang para gegirl dan gegadis yang aku jamin tak pernah pegi solat jumaat seumur hidup - aku citer sket2 dari sudut pengalaman aku sebagai lelaki yang alhamdulillah stakat ni pegi solat jumaat tetiap minggu (melainkan ada keuzuran yang ditakdirkanNya) hee..

******

al kisah biasanya pada hari jumaat, budak2 sekolah habis sesi pagi pukul 12.15 tengahari. tu paling lewat. dan opis2 kerajaan or swasta pun normally tutup tingkap kunci pintu around kul 12 camtu la. so, bertebaranlah seraya kaum Adam di muka bumi Tuhan ini, berpersiapan  diri nak jadi tetamu Allah di kala Zuhur penghulu segala hari.


yang pegi jumaat nih, ada banyak kategori. satu, kategori rakan masjid. biasanya pakcik2, atok2, tokwan2 dan  uncle2 yang berusia 40-an ke atas pegi mesejid awal2. alhamdulillah, kalau dulu kita tengok ramai yang pegi awal sebab nak melepak minum kopi free (bekas2 tak habis bulan puasa tahun lepas tuu...), tak pun sebab nak makan pisang free sambil borak2 hal politik dan agama dan jiran dan politik jiran. tapi sekarang dah banyak berubah ke arah yang lebih baek - ramai orang2 tua, veteren semua ni... datang awal, duduk iktikaf dalam masjid, solat sunat, mengaji Quran dan seumpamanya. sejuk ati nengok, kan? cayalah pakcik! ^^

kategori kedua, adalah golongan2 marhaen. haha. maksud aku, yang general la. pegi dalam setengah jam or limabelas minit sebelom masuk waktu Zohor. aaa, aku termasuk la dalam golongan marhaen ni. biasanya time2 kebanyakkan mesejid dah mula sesak. kalo kat Bangi tu... siap hampar tikar gulung kat atas jalan tar kat parking mesejid tu dah. yang pasti, kat ruang solat dalam masjid tu memang limited space. nak2 pulak kalo mesejid tu pasang ekon dan sliding door keliling... budak tak sunat lagi pon nak dudok dalam tuuu~~ selesa weh. ekeke

golongan ketiga ada jugak! ni spesis betol2 datang nak solat je. ekeke. bukan apa, tapi ada segelintir umat nabi akhir zaman nih.... tak berapa sensitip. umm.. maap cakap. tapi ada yang suka datang mesjid lepas khutbah pertama habis. lagi tak syok, ada yang datang betol2 dekat2 nak bangun nak solat dah. tapi yelah... aku pon kannye baek, nak komen2 bagai kan. pikir positip je - mungkin orang2 camtu yang Tuhan bagi hidayah nanti. aku? entah ke dapat ke tak... ha~


******

orait. sambung citer. biasanye bila sampai mesjid kan... kitorang cari port nak parking kasuit. hahaha. aku tak tau la orang len, tapi mungkin muka aku ada ciri2 stokis kasut free kot. paling koman, sekali mesti hilang setiap sem. pegi lah mesjid mana pun. random sungguh! LOL. kalo hilang dua2 belah aku memang redha. tapi kalo hilang sebelah only?... alahai.. mau je aku buat announcement pakai mikropon mesjid, meh la amik sebelah lagi ni... pakai pegi buat ibadah. dapat gak aku pahala2 tempias. hehe


hoih! lupa lak nak cakap. alaahh.. kasot... aku cakap kasot, bukan bermakna kasot kulit ke, kalot tutup ke, kasot sukan ke... bagi aku selipar = kasut. aku sebut sama je - kasot! ekeke. jangan kompuish noo~ ^^"

bila sampai awal kat mesejid, normally kitorang akan solat sunat dulu, pastuh baru dudok - tunggu azan pertama. azan pertama tu tandanya masuk waktu. ish... tok bilal skarang sume hebat2. mendayuuu azann dorang. sejuk telinga, sejuk ati dengor. lepas tu baru buat solat sunat sebelom jumaat. then tengok la sape yang naik atas mimbar tu... normally tok khatib adalah merangkap tok imam solat jumaat jugak. tapi ada je tok khatib orang laen, tok imam orang laen. jangan pelik pulak ye. =) 

dah lepas azan kedua, barulah tok khatib berdiri teguh di balik mimbar nan gah, penuh penghayatan nak menyampaikan khutbah beliau. bab tok khatib ni pon banyak stail... ada yang baca teks khutbah laju macam konsortium Sani Ekspres. ada yang baca selo-melo sangat jugak. ikot lah. tapi setakat pengalaman aku... kalau khatibnya orang2 berumur, dah tua... maka selow-lah dia baca teks. kekadang teks pun ringkas je. orang paham~. tapi kalau yang naik mimbar tu spesis imam muda... memang laju dan lantang lah khutbahnya. kekadang, ada yang tak pakai teks. masing2 punya stail-lah. janji mesej sampai. ye tak? ^^

******

part dengar khutbah paling syok. bukan syok apa - tapi syok tengok gelagat orang laen. aku normally memang mengantok la time2 tengah hari rembang camtu. nak pulak setan dok kelebet mata suroh tutup... memang mamai la kan. tapi ku gagahi juaa.. ekeke. siyes weh, ramai yang terlelap semasa dan sepanjang khatib baca khutbah. aku pon pernah...hahaha. tapi wahai gadis2.. ketahuilah... cabaran untuk tak terlelap masa tu... memang unik, memang indescribable. hanya kitorang yang pegi solat jumaat je tau susah payahnye nak celik mata pasang telinga time khutbah. perrghh... xD

korang bayangkan laaa... takyah cakap budak2 kecik. yang dewasa pon tewas beb. tersengguk-sengguk tanda faham. LOL! aku rasa laa... time2 tu setan dok bertenggek kat tenguk, bahu kitorang ouh. tu yang berat sungguh tu. tunduk punya tunduk...syoookk dok layan ekon mesjid.. sekali dahi dah cecah lantai! sujud awal nampak, brader?? penuh toma'ninah! hahaha.

haa!! satu lagi ciri unik dalam mesjid time2 khutbah. masa tu, tabung mesjid akan bergerak! bukan la poltergeist ke, malaikat tulong gerakkan ke...--" kitorang passing2 tabung sedekah tu, macam kita main kotak beracun laaa. tapi dalam tabung tu penuh duit, bukan rachon. hehe. dapat kat kita, pass kat orang sebelah. just go with the flow. kena nasib, sampai kat orang yang tengah 'tertido'... memang menjangkau la sikit nak hulur kat orang di sinun nuu... haha. 

aku ada pengalaman.. gerak orang tengah tido time2 khutbah. tapi... adoih.. fobia kot. --" kenapa? sebab the moment aku tepuk paha enche hamba Allah tersebut, dia terus terjaga dalam keadaan terkezut! dan dia jerit kuat2 apa yang sedang dimimpikannya - dalam masjid - di kala khatib tengah berkhutbah dan orang laen semua senyap. sumpah obvious beb. loud and clear.... just use your imagination la. kesian don brader tuu.. itu la last aku gerak orang tengah tido time khutbah. serik. bukan apa... takot, nanti jadi camtu lagi... sape yang malu? mereka dan keluarga mereka (ini dialog iklan dan drama tv. sape tak tau, korang bukan lahir tahun 80an. hahaha. kidding2. =p)

satu lagi #thatawkwardmoment ... or maybe #thatannoyingmoment ... is bila tengah syok2 dengar imam baca surah2 tu... sekali ada bunyi henpon daaaaa!! pergh... memang potong sungguh. haha. kalo call, aku rasa paling2 koman pon kejap je la... sekali dua bunyi, pastuh tak dijawab.. reti bahasa la kan untuk tak call dah. tapi yang spesis pasang alert untuk mesej pon stock nak play full song. dah tu, volume tak nak kalah pulak... kalo time sunyi camtu, volume 1 pon dah bleh dengar satu mesjid... inikan pulak kau pasang 100%. terbaik lah bro. jenuh tok imam baca surah kuat2, nak lawan bunyi tepon ngko. hahaha


******

dah abes khutbah kedua, baru lah boleh solat jumaat~ lepas habis solat... doa~~ lepas habis doa.. salam2 orang kiri kanan, pastuh buat hal masing2. ekeke. maksud aku, kalo yang rajin tu... dorang buat la solat sunat lagi ke, stay dalam mesjid baca Quran ke... yang tak berapa rajin or ada komitmen laen (e.g. kerja sekolah sesi petang macam aku), kenalah bergegas ke tempat simpan kasuit tadi - dengan harapan kasut... ok, selipar tu masih wujud, setia menanti kepulangan tuan masing2. haha. certain masjid ada stail dorang buat makan2 lepas jumaat. tapi habis grand pon... bubur kacang je la kot. kalo biasa2 tu, 3-4 tandan pisang je. hehe. tu pon licin disapu dek jemaah! hahaha

heh? mak aih... panjang giler aku wat entri nih. mesti korang bosan/nyampah baca kan? sori la... aku tak berapa reti tulih cerita pendek2 ni... ehe...

oh sebelom terlupa. korang jangan tak tau plak. sebenarnye pompuan bleh je pegi solat jumaat berjemaah macam lelaki. siyes. kalo tak silap aku la, memang dibolehkan. tapi... ada sebabnya kenapa tuhan soh kaum lelaki yang pegi, dan kaum pompuan tak payah. nak sembang hal2 agama... aku sendiri jahil nan hardcore. so, korang google je la ek. takpon tanya orang cerdik pandai agama. ade je. jangan malas sangat! haip2. hehe

dah! dah abeh dah pon cerita pasal solat jumaat. harap2, ada la sikit2 gambaran yang korang leh buat, ye? tak pon... tengok je TV1 tetiap jumaat tengahari. dorang broadcast live dari masjid2 lagi. cuma time solat je la. takde plak dorang fokus, zoom kat orang yg tertido tu kan. ekeke. orait! selamat berimejin! ^^

Sunday, February 12, 2012

Hanya Sekepal Dua - Dua


Minggu ni dah masuk minggu yang 'heavy'. hehe... Kalau minggu-minggu lalu aku masuk kelas ganti je kan. Kali ni aku dah dapat kelas sendiri! bhahaha... takde lah istilah honeymoon dah. ekeke. 



Bila dah dapat jadual sendiri ni... memang attachment theory sungguh la. Aku dapat 33 waktu ngajor. Pergh... full tu~ tabah la engkau an. hehe. Aku kena ngajor English, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, dan jugak Tasmi'! Dah pulak tu, kena dengan tahun satu-dua-tiga. Memang macam orang tu cakap; 'sapu habis' lah! ekeke

Hm... part mengajor setakat ni alhamdulillah ok. Tapi part filing dan dokumentasi budak2 tu.... adoih... --" serabut beb! Terkial-kial aku nak isi borang-borang bagai. Maklum lah, baru lagi. heee~ nasib baek cekgu2 lama kat sekolah ni baek-baek. Sudi tolong aku, maklumkan segala bagai yang berkaitan. Alhamdulillah~

So, bermulalah era sebenor-benornye keje aku kat sekolah. Selain ngajor, tentu-tentulah ada tugas-tugas laen kan? haha... sape cakap keje cekgu senang, mai sini nak siku lelaju. =D

Memula aku dapat arahan tolong cekgu pagi untuk Public Speaking. Kena handle budak nak pegi bertanding bulan tiga nih. Pastuh... Action Song pulak untuk budak-budak tahap satu. Itu baru part English. Baru ni yang lepas, aku jadi urusetia bahagian 'warming up' sempena puncak run a.k.a merentas desa. hahaha. Nasib baek bukan aku yang handle the do-the-dew. Mana la aku reti aerobik semua tu. hee...

Lepas tu, sekarang ni aku tengah dalam team softball sekolah pulak! Kena latih budak-budak untuk tournament bulan empat nih. Sekolah kitorang pulak tuan rumah~~ padahal team softball ni tak pernah wujud pon sebelom ni. Jadi memang kena start from zero. ngee... Takpelah an, ni la masanya nak curah bakti kat sekolah. Luckily aku ada pengalaman main softball, jadi player wakil sekolah bagai. So boleh la guna ilmu tu sikit-sikit. ^^ (kenapa la sekolah ni takde court basketball~)

Ada jugak ura-ura aku kena 'bantu' kelab muzik dan kebudayaan lepas nih. Aiseh... penat aku menyorok, taknak bagi dorang tau aku ni penari kebudayaan. Last-last kantoi jugak. Ni semua aerobik la punya pasal. --" Aku punya la cover line, taknak tunjuk sangat yang aku ni reti menari. Tapi tah camne cekgu2 semua boleh detect pulaaakk~~ T_T dorang tak habeh2 ngusik aku "tahun ni ada orang baru la pergi overseas~" ... brrr... Kenapa? Sebab budak-budak kebudayaan sekolah ni memang giat wakil sekolah, negeri dan Malaysia pegi buat persembahan dan masuk pertandingan. Tahun lepas wakil negara pergi Turki. Tahun ni pergi Kazakhstan ... dan Rusia kalo tak silap. Jangan cakap aku beruntung walhal aku sedang berkufur nikmat nih. hahaha. Ntah. Kalo diberi pilihan, aku taknak involve kot... Tak layak. =)

Hm... taknak citer pasal KSSR dengan hal-ehwal mengajar lagi. Serabut! haha... kang korang bosan lak. ^^ so! nah, bingkisan kisah budak-budak minggu lepas. enjoice! =D

********

di kelas tahun 2...
budak : cikgu, cikgu datang sekolah dengan ape?
aku     : dengan kereta.
budak : datang dengan sape?
aku     : sorang je.
budak : anak-anak cikgu mane? kenapa tak bawak sekali?
aku     : err... anak-anak cikgu ade dekat rumah. kecik2 lagi. (bajet2 yakin)
budak : isteri cikgu keje dekat mane?
aku     : amik kertas ni... kamu lukis gambar rumah kamu. cepat. warnakan cantik2. --"

****

aku   : okay. look at the picture. this is a flashlight.
kelas : flashlight!
aku   : right! so what is flashlight dalam bahasa melayu?
kelas : torchlight!!

****

waktu PJ tahun 3
aku                    : ok. budak pompuan. kamu nak main apa waktu PJ ni?
budak pompuan : gelung rotan!
aku                    : baek. budak laki nak main bolasepak?
budak                : sir, nak main gelung rotan dengan budak pompuan boleh?
aku                    : ... 

****

kelas tasmi'
budak A : tiicher, may i toilet?
budak B : wei nak keluar kene cakap arab la dengan ustaz On! mane boleh cakap bahasa melayu!

****

berbisik-bisik
budak 1 : wei, sir azhan dah kawen ke belom?
budak 2 : sir azhan dah kawen la. tengok cincin kat jari dia. orang kawen je pakai cincin.
budak 1 : tapi abang aku pon pakai cincin macam tu. tapi dia tak kawen lagi.
budak 3 : abang ko dah kawen la! dengan kakak aku. kakak aku cakap dorang kawen kat Sungai Buloh.

*ok.. jangan pikir bukan2. --" aku dah tanya budak2 ni... ropenye kakak dengan abang dorang pegi dinner je ... haih budak2, budak2...

****

aku        : kalau nak gigi yang cantik, kita kena selalu berus gigi... 
budak a : (menyampuk) cikgu, gigi cikgu putih! cantik
aku        : ye ke? (bangga kejap) thank you~
budak b : sir, hari tu saye tengok cite kat Astro. discovery. dia cakap kalau nak gigi kuat kene selalu cium orang. saye cium mama tiap2 pagi, sir!
aku        : aaa.... elok. elok2... em.. cukup takat tu. --" bukak buku teks, page 25... now.


Saturday, February 11, 2012

Menanti Mentari


Salmah bukanlah gadis yang boleh dibeli kasih dan sayangnya. Kalau diikutkan, sudah tidak cukup jari hendak membilang jumlah jejaka yang hadir dalam ruang peribadi Salmah, cuba untuk memilikinya. Yang datang bukannya calang-calang. Ada anak orang berada, ada yang kacak bitara, ada yang manis syumul bersahaja. Namun dia tidak sewenang-wenangnya layu dek pujuk rayu, usikan dan gesaan orang-orang di sekeliling. Dia ada ketetapan hati sendiri. 


Hujan

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Sayup. Dalam hujan sederhana lebat yang turun membasahi bumi, dan dalam hujan yang sama lebatnya di dalam hati Salmah, dia tersentak dek deringan yang perlahan. Salmah mengeliat dan melunjur jauh-jauh, matanya melirik rintik hujan yang laju menuruni bumbung parkir kereta di hadapan rumah, menerpa ke lantai simen.

"Astaghfirullahal'azim~" Dikedip-kedipkan mata yang kuyu. Nah, baru tersedar yang anggota penglihatannya tadi menakung garam galian cair. Digosok-gosok matanya, menghapus air yang terbit dek kesedihan hati mengenang perihal jiwa yang... entah. Bangun dari muka pintu, Salmah berjalan longlai ke meja kopi di ruang tamu.

Salmah mencapai telefon bimbit. Satu pesanan ringkas diterima. Dibacanya tenang, sambil perlahan mengukir kuntuman senyum yang manis di wajah. Salmah menghela nafas, matanya tidak lekang dari paparan telefon bimbit, lantas jemari runcingnya bingkas menari di papan kekunci penuh, membalas pesanan yang diterima. Dihantar.

"Hai, menung jauh nampak? Dah tu senyum sendiri pulak." Fatimah menegur dari dapur. Sejuk hatinya melihat anak perempuan seorang itu tampak gembira. Manis wajah Salmah, semanis wajah dirinya di masa muda.

"Kau dengan budak tu. macam mana?" Soalan maut di pagi hari.

"Macam mana apa, mak? Budak mana? Ish. Mak masak apa pagi ni? Sedapnya bau!"

"Kau tak payah nak alih-alih tajuk. Orang bercinta memang macam tu. Angau. Mak belom masak lagi kau dah bau sedap-sedap." Pedas ibu Salmah membalas. Untuk seketika, tersipu Salmah dibuatnya. Kebas muka.

"Mak tak tahu kamu dengan dia macam mana. Tapi mak tengok rancak juga kamu dengan telefon." Fatimah menyambung pantas - sebelum anak gadisnya itu mula berhujah bertingkah menepis. "Kalau kamu dah berkenan, mak tak ada masalah. Cuma nanti kenal-kenalkanlah budak tu elok-elok dekat mak, dekat ayah."

*******

Hujan belum berhenti

Salmah diam. Senyum tidak, monyok pun tidak. Dia faham akan maksud ibu tercinta. Namun, dia juga faham yang ibu tercinta tidak dapat memahami dirinya - mungkin belum memahami. Benar, memang dia rancak berutusan pesanan dan seumpama. Namun... Hatinya bingung. Hatinya masih dibelenggu luka lalu. Luka yang hampir mungkin membuatkan Salmah serik ingin berkasih. Lagi.

Lagipun, mungkin belum masanya untuk Salmah menerima siapa-siapa dalam hidupnya. Bukanlah terlalu memilih, bukan berdolak-dalih. Tetapi dia, belum bersedia. Cukuplah hatinya yang dilukai; tidak mahu pula dia melukai.

Fatimah pun tahu. Derai hati yang luluh bukanlah mudah untuk dikutip dan dicantum semula. Fatimah tahu, cebisan hati yang dihiris bukanlah sesuatu yang mudah diubati dan dijahit semula. Fatimah tahu, anaknya tegar berusaha bangkit dari jatuh yang tinggi. Tiap kali Salmah berdoa, jelas terpancar di wajahnya sinar ketulusan mengharap redha, belas dan petunjuk Ilahi. Dan demikian jugalah Fatimah, demi Salmah. 

Wanita yang berusia menjangkau setengah abad itu membasuh tangannya. Sayur-sayuran di sinki ditinggalkan. Tuala kecil di pintu peti sejuk dicapai; mengeringkan tangan. Perlahan, Fatimah melangkah keluar dari dapur, menuju ke arah Salmah yang sedang duduk-duduk di bangku rotan pusaka peninggalan keturunan mereka. Salmah menoleh ke arah ibu yang sedang melangkah mendekati. Bingkas dia membetulkan kusyen yang tadinya tunggang-langgang, menyediakan tempat buat ibu melabuhkan punggung disebelahnya. Tersenyum Salmah, lebar.

"Ala... mak carikanlah. Ye? Ye?"

"Eh budak ni. Kau ke yang nak kawen, ke... kau nak mak yang kawen? Ayah kau nak letak mana?

Serentak dua beranak itu ketawa. 

Fatimah duduk di kiri anaknya itu. Dirangkulnya Salmah. Dipeluknya erat. Kasih ibu sampai ke syurga. Dahi Salmah dikucup lembut. Fatimah dan anak gadis manja itu saling berpandangan. Di dalam hati, mereka saling berdoa dan mendoakan.

********

Hujan masih belum berhenti

Monday, February 6, 2012

Perihal Eskrem

korang ske makan eskrem tak? aiskrim. ice cream. aku sebut eskrem je. hehe

kalo suke, korang suke flavour ap? mesti ramai yang suka chocolate kan. hehe... standard la tu. tak pon, strawberry. common dah. ^^ 

aku kan... saaaangat gila-kan eskrem. hihi. eskrem bukan je sedap tau. tapi bagi aku, eskrem boleh jadi terapi fisiologi dan psikologi. betoooll.. taktau la kat orang laen kan, tapi setakat aku idop ni... eskrem memang banyak manfaat la. ekeke

dedulu... kekecik dulu... paling syok makan eksrem dalam plastik panjang tu. alaaa, yang home-made tu. paling senang nak buat! 


aku sendiri rajin buat bendalah ni. bancuh je air sirap ke, air oren ke, air laici ke...kalo agak2 ada milo, bancuh milo la! baru ho-liao!! hahaha. pastuh tuang dalam plastik yang orang selalu guna isi sagon tuuu... ikat elok2, pastuh letak dalam peti sejuk kat tempat ais tu. wohooo!! sebelom pegi sekolah mesti amik satu tiub. balek sekolah satu tiub lagi. petang nak pegi sekolah arab amik satu lagi. sehari tu dalam 5-6 tiub jugak la aku telan. memang mama seligi lelaju. hahaha

dengan eskrem ni jugak la aku carik duit poket dulu. selain daripada tak makan kat sekolah, aku jual eskrem kat rumah. buat banyak2, pastuh bagitau kat member2 yang umah aku ada eskrem milo, eskrem bandung. memang lakuuu~~ sampai mama tak larat layan budak2 datang rumah sebab nak beli eskrem. rasa macam nak letak je peti ais tu depan rumah - pandai2 korang la. ekeke. tapi tak banyak la untungnye... satu plastik tu baru sekupang. buat dalam 30 sehari, sepuluh dah abeh aku makan sendiri. mana nak datang untung banyak? bhahaha xD

kalo nak up sket, beli kat kedai beb! budak2 tak mampu nak beli eskrem dalam cawan yang kena cedok pakai sudu kayu tu. sooo.... apa lagi, eskrem pop la! alaahh.. eskrem pop, yang satu tiub sekupang tuuu.. yang warna warni tuu.. haha. 


itulah eskrem kedai paling bajet yang pernah wujud kat zaman bebudak dulu. mana la mampu nak pegang mahal2...hee. eskrem pop ni memang femes, tak kire lah sejuk ke tak. kalo rasa nak hirup2 air gula warna-warni, beli yang tak sejuk. pulas2 hujung tiub eskrem tu, pastu langgah sensorang. woot!! hahaha. 

kalo nak kunyah2, beli yg beku. paling syok time patahkan eskrem kat tengah2 tu... kena ada skill wooo!! kepak guna lutut siap! nak lagi ekstrem, patahkan kat dahi member. time kawan tu tak aware... pap! hentak ke dahi dia lelaju. hahahaha. then kongsi dengan member yang tumpang naik beskal masa balek sekolah. pergh~~ rasa macho habis bila kayuh beskal sambil gonggong eskrem kat mulut. #WIN ekeke

pastuh pastuh! korang biasa dengar tak term 'eskrem calit?' hahaha. kalo tak silap aku, nama eskrem calit ni femes kat area utara je. tuuu... eskrem scoop then letak atas cone eskrem tuuu. ha, yang tu la eskrem calit! ekeke. dulu regenye ranging dari tiga kupang (30sen), lima kupang (50 sen) dan kalo kaya sikit, sehengget. sekarang pon ade lagi... tapi harga dah naik la bai~ tak dapat la double scoop untuk rege sehengget dah. hihi.


 oh eskrem ni wlopon tak legend sangat, tapi heaven habis! macam2 perasa ada beb~ jagung, strawberry, kacang merah... paling WIN ... perisa durian. pergh.... tiap petang kalo apek eskrem tu lalu ... dengar bunyi loceng je, dari jaoh kitorang dah lari pegi kat dia. hahaha. dalam poket wajib sedia paling koman lima kupang. lepas dah beli tu, jeling2 kat member yang tak beli. hihi. jahat. nak lagi jahat? kalo ada member yang kitorang tak suka tu mintak nak rasa eskrem calit kitorang... memang kitorang tuih tuih air liur kat eskrem tu... lepas tu baru offer kat dia. sumpah dia tak jadi amik. bhahahahaha xD

********

tu zaman bebudak dulu la. memang ada lagi eskrem2 tu sekarang. hehe. tapi budak2 zaman sekarang mana nak makan eskrem camtu daaahh.. ^^

sekarang paling2 koman pon, korang pegang Cornetto satu kon, kan? waaahh. Wall's Cornetto memang la sedap. regenye pon leh tahan la. cuma kalo nak dibandingkan dengan zaman dulu, nak beli eskrem Nestle Drumstick tu pon jenuh kumpul duit syiling, tahu? hahahaha. designnye same je dengan eskrem calit - ada scoop eskrem kat atas kon. tapi lagi world la kan~ ^^ 

itu jenis yang bukak peti eskrem kat kedai. bukak sendiri. yang orang tolong bukak-kan? haaaa.... hehehe. maksud aku, yang memahal laaa... macam Baskin Robbin, Haagen-Dazs... entah apa lagi ntah. aku tak biasa makan eskrem branded2 #likeaboss nih. hikhik. sedap? tentu la kot. tengok rege  ler~... hihi


seingat aku la... seumur idop ni, aku pernah rasa sekali je Baskin Robbins punye eskrem. itu pon bukan aku beli. tapi tumpang eskrem member2 yang kebetulan jumpak dorang masa lepas dorang beli eskrem tu kat shopping mall. nasib baek la kengkawan aku ni tak buat perangai tuih-tuih air liur jugak dalam eskrem tu. hahahaha xD . Haagen-Dazs aku tak pernah rasa. budak2 ni cakap sedap! ye la kot. tengok rege pon macam.... wajib sedap je. hekhek ^^

ha! satu lagi yang femes. Tutti Frutti! penah makan sekali je jugak seumor idop. tapi beli dua kali. haha. eh tapi tutti frutti bukan eskrem...kot. itu yogurt kan? kejap nak google.. 
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.


ok memang frozen yogurt. aku sorang je kot dalam dunia ni panggil tu eskrem. hihi... kampungnye... --" 

*********

tadi aku ada cakap kebaikan eskrem kan? kalo korang nak tau dengan lebeyh lanjut, boleyh la tanya kat google. bersepah kat situ. facts n fallacies sume ade. tapi kat sini aku just nak cakap from my point of view.

eskrem sebenor-benornye bagosh untuk korang yang saket tekak. siyes. kalo yang spesis tekak merah tu, kena jangkitan kuman ke, tonsillitis ke... makan la eskrem yang soft. aku tak sure untuk orang laen, tapi bagi aku... kalo aku saket tekak...batuk2 sampai takde suara tu... memang aku carik eskrem - bukan ubat klinik. hehe. aku rasa ada penjelasan saintifik kot untuk hal nih. cer korang plak google. aku malas. ekeke


same jugak kalo badan aku panas. ala2 nak demam tu... memang aku carik eskrem la. especially bila aku saket kepala. ergh! ubat? ap tu? makanan dalam tin? hahaha. ok la, selalunya aku amik panadol la... untuk kelegaan cepat. ekeke. tapi kan... option untuk ubat... ialah eskrem. fuuhhh... tengah2 kepala nak meletup tu... dapat secawan eskrem pun jadi la... memang pergh~~ lupa habes saket tu. tapi lepas habis eskrem saket la balek kepala. bwahahaha xD

ok... maybe sume tu faktor psikologi kot. sebab, bagi aku... hujan itu satu kegembiraan. dan eskrem adalah satu lagi kegembiraan. jadi bila aku enjoy benda2 yang menggembirakan bagi aku... opkos la pain-killer kan. ^^ tapi siyesly, aku ada tabiat suka makan eskrem dalam kuantiti yang banyak... dan suka makan eskrem dalam hujan.

wohoooo!! makan eskrem dalam hujan is like a free-fall from 70,000 feet above sea level right into the ocean of joy and happiness! hahaha. sangat syok weh... bukan je makan eskrem waktu hujan lebat. tapi makan eskrem dalam hujan! pegi main hujan kat padang yang lapang di kala hujan selebat alam sambil suap eskrem satu tupperware memang out-of-this-world!!! ok itu tabiat aku masa kat maktab. dalam hujan lebat tu, aku akan bawak moto pergi cari eskrem kat kedai terdekat (biasanya tesco la) pastuh balik cepat2, terus lepak kat court basketball. siyes rasa tenang sangat2. siyes. =)
all-time fevret - VANILLA!


ha, speaking of makan eskrem satu tupperware. (tapi BUKAN Baskin Robbins or Haagen Dazs or setaraf/seharga dengannye ye... hehe). yeaaaahhh~~ ni zaman2 dok maktab la jugak ni. pegi tesco jalan kaki, pastuh straight cari eskrem. normally aku carik Nestle or Walls or King's or Marigold... tapi perasa ikot kepinginan-ketika-itu... (but not chocolate...hee). asal aku berkenan je, aku akan amik - dan pegi makan eskrem satu liter tu sampai habis. normally kalo kat tesco tu aku lepak kat foodcourt je, sebab situ ada sudu. hihihi. suap eskrem macam makan nasik tuuu. aaa, camtu je la aku makan. auummm~ sedap weh... puas. ^^

*********

kejap... kenapa aku citer pasal eskrem nih?

err...

ntah. 

bwahahaha xD

******

UPDATE!

haaaaaaa!!!! aku baru teringat kenapa aku cerita panjang2 pasal eskrem nih. citernye camnih~... kelmarin... aku teriiiiiiingin sangat nak makan eskrem Wall's Selection Fruit Salad. dari tahun lepas lagi aku teringin nak makan eskrem tuuu.... tapi selalu tak dapat beli. dan tak pernah berjaya beli...

asal aku nak beli je, bleh plak kat tempat or kedai tu tak jual. lagi tensen bila flavour tu je yang habes. wuuwuuuu~~ selalu sangat camtu. 

so semalam aku gigih drive ford buruk aku gi cari Wall's Fruit Salad tu. aku gi supermarket yang berdekatan. lepas tu kan... dah sampai kat supermarket tu... aku jenjalan la sensorang... pusing2~ round2... tengok2 barang. lepas tu, aku masuk kedai buku. cari buku... cari alat tulis... macam2 lah. dah pusing2 kejap dalam kedai buku tu, aku pon balek umah...

aku pon balek umah.... aku pon sampai umah... dah lepak2 kat rumah... suboh tadi baru aku teringat ..

AKU LUPA BELI ESKREM YANG AKU MENGIDAM SANGAT TUUUUUUUU!!!

T_T

Saturday, February 4, 2012

Hanya Sekepal Dua - Satu

Minggu pertama aku kat sekolah, adalah minggu penyesuaian diri dengan persekitaran. Al maklum lah... tempat baru~ totally asing bagi aku. Kalao tak dek kerana posting nih, aku rasa tak sampai lagi aku kat area Kuala Selangor dan Puncak Alam tu. haha


So first week ialah minggu memperkenalkan diri. Siyesly, seminggu. Bukan kat murid2, tapi kat kakitangan skolah. Paham2 je la, cekgu nye ada 130 orang... sehari tak sempat nak mengadap sorang2 cekgu senior. So, semuanya jadi sambil lalu je. hahaha. Dalam kalut2 aku buat keje2 keguruan tu, kalut jugak la aku menjawab soalan2 lazim dan soalan cepuk-cemas cekgu2 yang ada. Standard la - tanya nama penuh, asal dari mana, sebelum ni belajar mana, degree apa, lama dah ke grad... etc etc etc.

Paling aku tak larat nak eksplen dengan detail; ada dua soalan nih. Satu - "Cikgu ni cikgu praktikum kan?" hek! Nampak sangat sekolah ni selalu dapat cekgu praktikum dari UNISEL (macam mana aku tau? Sebab dorang siap ada satu buku khas untuk student UNISEL yang amik pendidikan untuk praktikum kat skolah aku tu. haha). So menjawab lah aku seadanyaaa. Memang takleh lari dari kena eksplen pasal ijazah dan tempat pengajian aku. Takpe2, dorang memang taktau sangat pon. Cer citer cer citer... hahaha

Soalan kedua - dan aku rasa soalan wojib yang semua cekgu baru ditanya secara pukal... "Dah kawen?" ngeee... Nak jawab soalan ni tak susah; just bagitau perkara sebenar la. "Belom". Senang kan? Taaaapiii... haaa~ after-effect soalan tu yang jenuh nak tepis. Macam2 la dorang punya komen, pendapat, cadangan bagai. LOL. Senyum je la, an... =]

************

Lepas minggu first tu, cuti ghayo chino. Banyak gak la ceritanya kalo aku nak cerita.. tapi bukan kat entri ni kot. heee... nanti ek? ^^

Ok. Abeh je cuti raya seminggu, maka bermulalah kehidupan aku sebagai cekgu akademik kat sekolah~. Aku tau, aku agak lambat berbanding dengan kengkawan aku yang laen. Mostly budak2 laen dan start ngajar dah pon. Dah dapat kelas masing2. Dah tau berapa waktu/jam kena mengajar, darjah berapa, dan laen2. Aku ni dah masuk dua minggu kat sekolah pon still takde jadual tetap lagi. hee... takpelah, aku pikir positip je. Ada hikmah tu.

Jadi! Seminggu tadi aku buat ap je? hahaha. Relief classes! kelas ganti bersepah-sepah! Dari hari Isnin sampai lah Jumaat, keje aku masuk kelas cekgu laen yang tak hadir kat sekolah. Macam2 la aku kne ngajor - English, BM, PSV, P. Islam, ... Tasmi' pon aku kena. ekeke. Tapi saya suka!!

Dalam aku dok masuk kelas yang pelbagai ni lah, aku dapat kenal budak2 kat sekolah tu macam mana. Seronok ada, sedih ada... nak marah pon ada. hee... 

Seriously, pengalaman mengajar. Hampir semua cekgu kat sini pesan - 

"ko kalau baru masuk kelas tu jangan nak buat baek sangat. Tahu kau jenis baek, tak reti marah2 bagai. Tapi dengan budak ko kena garang sket. Tegas. Kalo awal2 ko dah baek dengan budak2, sakit kau nak handle kelas nanti."

Camtu la lebih kurang maksud yang dorang nak sampaikan kat aku. Ayat tu aku gubah ikot sedap aku la... xde la dorang cakap kat aku ikot skrip tu kannn... haha. So? Cenggitu dah la jadiknye. Aku cuba jadi garang segarang yang boleh. Memang muka ketat habes ah! Senyum pon tak. Grrr!!!

Tapi aku tak sukaaaaaa~~ T_T itu bukan akuuuu.... huk.. =( aku jenis hepi2, gumbira-ceria, lompat-lompat... dan seumpamanya. (mesti korang bayangkan budak terencat kan...--"). Bila aku buat2 garang pun... aku jadi tak selesa. Nak mengajar pon macam kekok je. Dah la dengan suara aku yang ala2 Saloma nih... (wahahaha) ... memang tak reti la aku nak jerkah orang, kann... So instead of menjerit... aku tenung tajam2 kat semua budak... redupkan pandangan... suroh dorang berdiri... angkat tangan kanan... pastuh letak kat mulot - macam isyarat "shhh-jangan-bising" tu. Ha, buat la camtu sampai semua diam... baru duduk. ekeke

Takpelah. Mungkin ni sesuatu yang aku kena carry on jugak untuk beberapa ketika. Cekgu2 laen pon cakap... mula2 memang la macam tu. Semua tu sebab nak bagi budak hormat kat kita. Bukan kita nak marah tak pasal2. Tapi nak budak tahu bezakan dengan sape dorang boleh buat main, dengan sape dorang kena dengar cakap. Sort of la. InsyaAllah. Aku pon masih dalam proses belajar. Terkial-kial lagi. Tapi so far, belom ada rekod aku back-hand budak ke, siku budak laju2 ke, suroh gilap kasut aku ke.... dan seumpamanya. hahaha. Aku harap rekod tu bersih sampai aku pencen. Harap2 laa... ekeke ^^

Satu lagi benda yang aku rasa kelakar sikit2. Budak2 kompius nak panggil aku apa. Cikgu ke? Sir? Tiicher? Mr. Azhan? Ustaz?? hahaha. siyes weh... budak2 ni part panggil title tu... dorang sangat tak sure. Slow je bila nak panggil nama aku. Sampai pernah ada satu kelas tu, dorang campur semua panggilan untuk aku. 

"Aaaaassalaaaamualaikum cikgu/sir/tiicher/ustaz!"

LOL! Itu sangat I-dont-know-what-to-say moment. haha. Selalunya, bila aku masuk kelas aku bagi salam. Even kelas English pon. Budak2 ni pulak dah terbiasa "good afternoon cikgu" bila waktu English. So dorang penin. ekeke. Comel tengok dorang penin. hahaha. Yang panggilan Ustaz tu paling aku tak tahan. Hepi dan terharu. Obvious reason - aku masuk kelas ganti ajar P. Islam dan Tasmi'. Time tu memang dorang panggil aku ustaz. Ok, clear. Taaaapii... title tu lekat kot! Asal aku lalu je depan kelas budak2 tu, dorang jerit "Ustaz On!" err... Ustaz is one thing. But... On?? Sejak bila nama aku ada hurup O?? ngeee... haha. Takpe lah. Mudah2an dengan panggilan budak2 tu, jadi satu doa untuk aku perbaiki diri yang hina ni. InsyaAllah~ ^_^

Ha! Cakap banyak pon tak guna. jom, aku ada sediakan sikit2 telatah budak2 untuk dikongsi-cerita dengan korang. wheee!! ^^

************

budak A : Cikgu! Dia nak makan pemadam saye!
aku         : Hoih! Kenapa nak makan pemadam pulak ni??
budak B : sebab semalam dia makan pemadam saya. (muka nak nanges...) 
aku         : --"

*****

budak : Cikgu, boleh tak saye nak main dengan senyap?
aku     : ha? main dengan senyap tu macam mane?
budak : ..... (tenung aku lama2...muka straight... senyaaaapp je....)
aku     : err... pegi baca buku, boleh? 

*****

budak 1 : Ustaz, jangan pedulikan dia. Dia memang suke cakap sorang2.
budak 2 : Ha'ah. Dia memang macam tu. Tapi dulu dia pernah angkat kawan kitorang, buang kat tangga depan tuuu...
budak 3 : weii mane ade!! Dia tolak bagi jatuh je laaa... Ok la tu.

*****

budak : Sir. ai taulit
aku     : ha??
budak : ai taulit
aku     : kamu cakap ape nih?
budak : ai taulit.
aku     : ...ok. (tak tau nak cakap apa...)
budak ni nak cakap "I toilet"

*****

budak c : Tiicher, cikgu J suruh kami pegi bilik yu-bi-kei (UBK)
aku       : UBK tu apa?
budak c : unit bas sekolah
budak d : UBK tu ubi keledek laaahh!

*****

Dalam satu kelas, masa aku tengah menulis kat papan putih kat depan, ada budak nyanyi slow2 lagu "Cinta Muka Buku". Lepas tu, aku dengar ada budak 'boooo' kat dia. Budak yang nyanyi tu pon terus nanges.

aku     : Kenapa kamu 'booo' dia?
budak : dia nyanyi lagu cinta muka buku. mane ade orang nanyi lagu tu dah sekarang cikgu! kami nyanyi lagu awan nano.
aku     : habes kamu tu pandai sangat la nyanyi? cuba nyanyi lagu awan nano tu, cikgu nak dengar.

budak tu pon dengan penuh kompiden nyanyi lagu Awan Nano... sekali ada satu dua part lirik dia salah...

aku     : kata kat orang. kamu nyanyi pon salah~
seluruh kelas :  booooooooooooooooooooooooooooooooooo (nice... dua budak nanges. #facepalm)