SOCIALIZATION

Friday, February 17, 2012

Gadis2 Nak Tau Tak? Ini Hal Orang Lelaki~

banyak2 benda dalam dunia ni kan... mesti banyak yang kita tak tau. yeah, hal-ehwal alam ghaib tu takyah cakap laa.. tu dah jadi rahsia Tuhan. apa yang kita tau pun hanya sekelumit cuma. =)



ok. taknak merapu macam2. nak straight to ampang point je. 

tengah hari tadi, tengah aku siap2 nak pegi mesejid nak solat jumaat... tetiba aku ter-usha timeline twitter kejap. eh ada orang bertanya tentang sesuatu! tentang apakah? Tentang Dhia kah?? hahaha. (sudah la kau an... =p) 

ada member aku nih, dia tanya, lebey kurang camni -  "apa perasaan pi solat jumaat?" wohooo... time2 tu jugak aku rasa nak buat entri baru nak bagi gambaran camna kaum Adam bersolat jumaat secara generalnya. tapi memandangkan aku kesuntukan masa, aku k.i.v dulu. nah, sekarang, sekadar nak kongsi dengan korang para gegirl dan gegadis yang aku jamin tak pernah pegi solat jumaat seumur hidup - aku citer sket2 dari sudut pengalaman aku sebagai lelaki yang alhamdulillah stakat ni pegi solat jumaat tetiap minggu (melainkan ada keuzuran yang ditakdirkanNya) hee..

******

al kisah biasanya pada hari jumaat, budak2 sekolah habis sesi pagi pukul 12.15 tengahari. tu paling lewat. dan opis2 kerajaan or swasta pun normally tutup tingkap kunci pintu around kul 12 camtu la. so, bertebaranlah seraya kaum Adam di muka bumi Tuhan ini, berpersiapan  diri nak jadi tetamu Allah di kala Zuhur penghulu segala hari.


yang pegi jumaat nih, ada banyak kategori. satu, kategori rakan masjid. biasanya pakcik2, atok2, tokwan2 dan  uncle2 yang berusia 40-an ke atas pegi mesejid awal2. alhamdulillah, kalau dulu kita tengok ramai yang pegi awal sebab nak melepak minum kopi free (bekas2 tak habis bulan puasa tahun lepas tuu...), tak pun sebab nak makan pisang free sambil borak2 hal politik dan agama dan jiran dan politik jiran. tapi sekarang dah banyak berubah ke arah yang lebih baek - ramai orang2 tua, veteren semua ni... datang awal, duduk iktikaf dalam masjid, solat sunat, mengaji Quran dan seumpamanya. sejuk ati nengok, kan? cayalah pakcik! ^^

kategori kedua, adalah golongan2 marhaen. haha. maksud aku, yang general la. pegi dalam setengah jam or limabelas minit sebelom masuk waktu Zohor. aaa, aku termasuk la dalam golongan marhaen ni. biasanya time2 kebanyakkan mesejid dah mula sesak. kalo kat Bangi tu... siap hampar tikar gulung kat atas jalan tar kat parking mesejid tu dah. yang pasti, kat ruang solat dalam masjid tu memang limited space. nak2 pulak kalo mesejid tu pasang ekon dan sliding door keliling... budak tak sunat lagi pon nak dudok dalam tuuu~~ selesa weh. ekeke

golongan ketiga ada jugak! ni spesis betol2 datang nak solat je. ekeke. bukan apa, tapi ada segelintir umat nabi akhir zaman nih.... tak berapa sensitip. umm.. maap cakap. tapi ada yang suka datang mesjid lepas khutbah pertama habis. lagi tak syok, ada yang datang betol2 dekat2 nak bangun nak solat dah. tapi yelah... aku pon kannye baek, nak komen2 bagai kan. pikir positip je - mungkin orang2 camtu yang Tuhan bagi hidayah nanti. aku? entah ke dapat ke tak... ha~


******

orait. sambung citer. biasanye bila sampai mesjid kan... kitorang cari port nak parking kasuit. hahaha. aku tak tau la orang len, tapi mungkin muka aku ada ciri2 stokis kasut free kot. paling koman, sekali mesti hilang setiap sem. pegi lah mesjid mana pun. random sungguh! LOL. kalo hilang dua2 belah aku memang redha. tapi kalo hilang sebelah only?... alahai.. mau je aku buat announcement pakai mikropon mesjid, meh la amik sebelah lagi ni... pakai pegi buat ibadah. dapat gak aku pahala2 tempias. hehe


hoih! lupa lak nak cakap. alaahh.. kasot... aku cakap kasot, bukan bermakna kasot kulit ke, kalot tutup ke, kasot sukan ke... bagi aku selipar = kasut. aku sebut sama je - kasot! ekeke. jangan kompuish noo~ ^^"

bila sampai awal kat mesejid, normally kitorang akan solat sunat dulu, pastuh baru dudok - tunggu azan pertama. azan pertama tu tandanya masuk waktu. ish... tok bilal skarang sume hebat2. mendayuuu azann dorang. sejuk telinga, sejuk ati dengor. lepas tu baru buat solat sunat sebelom jumaat. then tengok la sape yang naik atas mimbar tu... normally tok khatib adalah merangkap tok imam solat jumaat jugak. tapi ada je tok khatib orang laen, tok imam orang laen. jangan pelik pulak ye. =) 

dah lepas azan kedua, barulah tok khatib berdiri teguh di balik mimbar nan gah, penuh penghayatan nak menyampaikan khutbah beliau. bab tok khatib ni pon banyak stail... ada yang baca teks khutbah laju macam konsortium Sani Ekspres. ada yang baca selo-melo sangat jugak. ikot lah. tapi setakat pengalaman aku... kalau khatibnya orang2 berumur, dah tua... maka selow-lah dia baca teks. kekadang teks pun ringkas je. orang paham~. tapi kalau yang naik mimbar tu spesis imam muda... memang laju dan lantang lah khutbahnya. kekadang, ada yang tak pakai teks. masing2 punya stail-lah. janji mesej sampai. ye tak? ^^

******

part dengar khutbah paling syok. bukan syok apa - tapi syok tengok gelagat orang laen. aku normally memang mengantok la time2 tengah hari rembang camtu. nak pulak setan dok kelebet mata suroh tutup... memang mamai la kan. tapi ku gagahi juaa.. ekeke. siyes weh, ramai yang terlelap semasa dan sepanjang khatib baca khutbah. aku pon pernah...hahaha. tapi wahai gadis2.. ketahuilah... cabaran untuk tak terlelap masa tu... memang unik, memang indescribable. hanya kitorang yang pegi solat jumaat je tau susah payahnye nak celik mata pasang telinga time khutbah. perrghh... xD

korang bayangkan laaa... takyah cakap budak2 kecik. yang dewasa pon tewas beb. tersengguk-sengguk tanda faham. LOL! aku rasa laa... time2 tu setan dok bertenggek kat tenguk, bahu kitorang ouh. tu yang berat sungguh tu. tunduk punya tunduk...syoookk dok layan ekon mesjid.. sekali dahi dah cecah lantai! sujud awal nampak, brader?? penuh toma'ninah! hahaha.

haa!! satu lagi ciri unik dalam mesjid time2 khutbah. masa tu, tabung mesjid akan bergerak! bukan la poltergeist ke, malaikat tulong gerakkan ke...--" kitorang passing2 tabung sedekah tu, macam kita main kotak beracun laaa. tapi dalam tabung tu penuh duit, bukan rachon. hehe. dapat kat kita, pass kat orang sebelah. just go with the flow. kena nasib, sampai kat orang yang tengah 'tertido'... memang menjangkau la sikit nak hulur kat orang di sinun nuu... haha. 

aku ada pengalaman.. gerak orang tengah tido time2 khutbah. tapi... adoih.. fobia kot. --" kenapa? sebab the moment aku tepuk paha enche hamba Allah tersebut, dia terus terjaga dalam keadaan terkezut! dan dia jerit kuat2 apa yang sedang dimimpikannya - dalam masjid - di kala khatib tengah berkhutbah dan orang laen semua senyap. sumpah obvious beb. loud and clear.... just use your imagination la. kesian don brader tuu.. itu la last aku gerak orang tengah tido time khutbah. serik. bukan apa... takot, nanti jadi camtu lagi... sape yang malu? mereka dan keluarga mereka (ini dialog iklan dan drama tv. sape tak tau, korang bukan lahir tahun 80an. hahaha. kidding2. =p)

satu lagi #thatawkwardmoment ... or maybe #thatannoyingmoment ... is bila tengah syok2 dengar imam baca surah2 tu... sekali ada bunyi henpon daaaaa!! pergh... memang potong sungguh. haha. kalo call, aku rasa paling2 koman pon kejap je la... sekali dua bunyi, pastuh tak dijawab.. reti bahasa la kan untuk tak call dah. tapi yang spesis pasang alert untuk mesej pon stock nak play full song. dah tu, volume tak nak kalah pulak... kalo time sunyi camtu, volume 1 pon dah bleh dengar satu mesjid... inikan pulak kau pasang 100%. terbaik lah bro. jenuh tok imam baca surah kuat2, nak lawan bunyi tepon ngko. hahaha


******

dah abes khutbah kedua, baru lah boleh solat jumaat~ lepas habis solat... doa~~ lepas habis doa.. salam2 orang kiri kanan, pastuh buat hal masing2. ekeke. maksud aku, kalo yang rajin tu... dorang buat la solat sunat lagi ke, stay dalam mesjid baca Quran ke... yang tak berapa rajin or ada komitmen laen (e.g. kerja sekolah sesi petang macam aku), kenalah bergegas ke tempat simpan kasuit tadi - dengan harapan kasut... ok, selipar tu masih wujud, setia menanti kepulangan tuan masing2. haha. certain masjid ada stail dorang buat makan2 lepas jumaat. tapi habis grand pon... bubur kacang je la kot. kalo biasa2 tu, 3-4 tandan pisang je. hehe. tu pon licin disapu dek jemaah! hahaha

heh? mak aih... panjang giler aku wat entri nih. mesti korang bosan/nyampah baca kan? sori la... aku tak berapa reti tulih cerita pendek2 ni... ehe...

oh sebelom terlupa. korang jangan tak tau plak. sebenarnye pompuan bleh je pegi solat jumaat berjemaah macam lelaki. siyes. kalo tak silap aku la, memang dibolehkan. tapi... ada sebabnya kenapa tuhan soh kaum lelaki yang pegi, dan kaum pompuan tak payah. nak sembang hal2 agama... aku sendiri jahil nan hardcore. so, korang google je la ek. takpon tanya orang cerdik pandai agama. ade je. jangan malas sangat! haip2. hehe

dah! dah abeh dah pon cerita pasal solat jumaat. harap2, ada la sikit2 gambaran yang korang leh buat, ye? tak pon... tengok je TV1 tetiap jumaat tengahari. dorang broadcast live dari masjid2 lagi. cuma time solat je la. takde plak dorang fokus, zoom kat orang yg tertido tu kan. ekeke. orait! selamat berimejin! ^^

7 comments:

Anisa Hang Tuah said...

an..aku tak pernah solat jumaat..tp teringin,

erk

Nur Intan Syafinaz said...

Adik aku nasib baik dtg sbelum khutbah..sebab aku paksa..hahaha..
mmg perempuan boleh solat jumaat jugak, dan bile dah solat jumaat, takyah solat zuhur dah..tp aku tak pernah pergi, sbb takut lelaki ramai giler..haha

Antara said...

nis, simpan hajat kau. mudah2an kau dapat tunai kat mekah nanti. =)

intan, tu antara sebab kaum hawa tak diwojibkan pegi jumaat kot. hehe

Anonymous said...

Thank you aan!! Aku baru baca entry hang and seriously its really helpful and now i know.well done! :D.
From,
Penyumbang soalan entri ini ;)

Anonymous said...

baru dengar dr ustaz minggu lepas, lelaki muslim kena ada dlm masjid sblum khutbah dibaca,,sebab, malaikat akan catit kehadiran org yg dtg awal ke masjid.. bila khatib naik mimbar, malaikat akan tutup buku kehadiran awal..sebab diorang akan pergi duduk dekat dgn khatib yg baca khutbah hari tu..

org yg dtg lewat @ lepas khutbah mula dibaca pun akan dicatit sbg hadir, tp sekadar hadir je la..xde pahala plus.. :)

Tea Dean said...

beshhh gak entri ni. tapi kami penah la p solat jumaat :) sonok gak. tapi sekali sekala p mmg la besh. tak sama perasaan org yg p tetiap minggu hehe

Antara said...

@ummu - yep. aku pon pnah dgr camtu jgk. moga2 ibadah aku , ibadah kita diterima~ ^^

@cik tea - tahniah! at least merasa. hehe