So first week ialah minggu memperkenalkan diri. Siyesly, seminggu. Bukan kat murid2, tapi kat kakitangan skolah. Paham2 je la, cekgu nye ada 130 orang... sehari tak sempat nak mengadap sorang2 cekgu senior. So, semuanya jadi sambil lalu je. hahaha. Dalam kalut2 aku buat keje2 keguruan tu, kalut jugak la aku menjawab soalan2 lazim dan soalan cepuk-cemas cekgu2 yang ada. Standard la - tanya nama penuh, asal dari mana, sebelum ni belajar mana, degree apa, lama dah ke grad... etc etc etc.
Paling aku tak larat nak eksplen dengan detail; ada dua soalan nih. Satu - "Cikgu ni cikgu praktikum kan?" hek! Nampak sangat sekolah ni selalu dapat cekgu praktikum dari UNISEL (macam mana aku tau? Sebab dorang siap ada satu buku khas untuk student UNISEL yang amik pendidikan untuk praktikum kat skolah aku tu. haha). So menjawab lah aku seadanyaaa. Memang takleh lari dari kena eksplen pasal ijazah dan tempat pengajian aku. Takpe2, dorang memang taktau sangat pon. Cer citer cer citer... hahaha
Soalan kedua - dan aku rasa soalan wojib yang semua cekgu baru ditanya secara pukal... "Dah kawen?" ngeee... Nak jawab soalan ni tak susah; just bagitau perkara sebenar la. "Belom". Senang kan? Taaaapiii... haaa~ after-effect soalan tu yang jenuh nak tepis. Macam2 la dorang punya komen, pendapat, cadangan bagai. LOL. Senyum je la, an... =]
************
Lepas minggu first tu, cuti ghayo chino. Banyak gak la ceritanya kalo aku nak cerita.. tapi bukan kat entri ni kot. heee... nanti ek? ^^
Ok. Abeh je cuti raya seminggu, maka bermulalah kehidupan aku sebagai cekgu akademik kat sekolah~. Aku tau, aku agak lambat berbanding dengan kengkawan aku yang laen. Mostly budak2 laen dan start ngajar dah pon. Dah dapat kelas masing2. Dah tau berapa waktu/jam kena mengajar, darjah berapa, dan laen2. Aku ni dah masuk dua minggu kat sekolah pon still takde jadual tetap lagi. hee... takpelah, aku pikir positip je. Ada hikmah tu.
Jadi! Seminggu tadi aku buat ap je? hahaha. Relief classes! kelas ganti bersepah-sepah! Dari hari Isnin sampai lah Jumaat, keje aku masuk kelas cekgu laen yang tak hadir kat sekolah. Macam2 la aku kne ngajor - English, BM, PSV, P. Islam, ... Tasmi' pon aku kena. ekeke. Tapi saya suka!!
Dalam aku dok masuk kelas yang pelbagai ni lah, aku dapat kenal budak2 kat sekolah tu macam mana. Seronok ada, sedih ada... nak marah pon ada. hee...
Seriously, pengalaman mengajar. Hampir semua cekgu kat sini pesan -
"ko kalau baru masuk kelas tu jangan nak buat baek sangat. Tahu kau jenis baek, tak reti marah2 bagai. Tapi dengan budak ko kena garang sket. Tegas. Kalo awal2 ko dah baek dengan budak2, sakit kau nak handle kelas nanti."
Camtu la lebih kurang maksud yang dorang nak sampaikan kat aku. Ayat tu aku gubah ikot sedap aku la... xde la dorang cakap kat aku ikot skrip tu kannn... haha. So? Cenggitu dah la jadiknye. Aku cuba jadi garang segarang yang boleh. Memang muka ketat habes ah! Senyum pon tak. Grrr!!!
Tapi aku tak sukaaaaaa~~ T_T itu bukan akuuuu.... huk.. =( aku jenis hepi2, gumbira-ceria, lompat-lompat... dan seumpamanya. (mesti korang bayangkan budak terencat kan...--"). Bila aku buat2 garang pun... aku jadi tak selesa. Nak mengajar pon macam kekok je. Dah la dengan suara aku yang ala2 Saloma nih... (wahahaha) ... memang tak reti la aku nak jerkah orang, kann... So instead of menjerit... aku tenung tajam2 kat semua budak... redupkan pandangan... suroh dorang berdiri... angkat tangan kanan... pastuh letak kat mulot - macam isyarat "shhh-jangan-bising" tu. Ha, buat la camtu sampai semua diam... baru duduk. ekeke
Takpelah. Mungkin ni sesuatu yang aku kena carry on jugak untuk beberapa ketika. Cekgu2 laen pon cakap... mula2 memang la macam tu. Semua tu sebab nak bagi budak hormat kat kita. Bukan kita nak marah tak pasal2. Tapi nak budak tahu bezakan dengan sape dorang boleh buat main, dengan sape dorang kena dengar cakap. Sort of la. InsyaAllah. Aku pon masih dalam proses belajar. Terkial-kial lagi. Tapi so far, belom ada rekod aku back-hand budak ke, siku budak laju2 ke, suroh gilap kasut aku ke.... dan seumpamanya. hahaha. Aku harap rekod tu bersih sampai aku pencen. Harap2 laa... ekeke ^^
Satu lagi benda yang aku rasa kelakar sikit2. Budak2 kompius nak panggil aku apa. Cikgu ke? Sir? Tiicher? Mr. Azhan? Ustaz?? hahaha. siyes weh... budak2 ni part panggil title tu... dorang sangat tak sure. Slow je bila nak panggil nama aku. Sampai pernah ada satu kelas tu, dorang campur semua panggilan untuk aku.
"Aaaaassalaaaamualaikum cikgu/sir/tiicher/ustaz!"
LOL! Itu sangat I-dont-know-what-to-say moment. haha. Selalunya, bila aku masuk kelas aku bagi salam. Even kelas English pon. Budak2 ni pulak dah terbiasa "good afternoon cikgu" bila waktu English. So dorang penin. ekeke. Comel tengok dorang penin. hahaha. Yang panggilan Ustaz tu paling aku tak tahan. Hepi dan terharu. Obvious reason - aku masuk kelas ganti ajar P. Islam dan Tasmi'. Time tu memang dorang panggil aku ustaz. Ok, clear. Taaaapii... title tu lekat kot! Asal aku lalu je depan kelas budak2 tu, dorang jerit "Ustaz On!" err... Ustaz is one thing. But... On?? Sejak bila nama aku ada hurup O?? ngeee... haha. Takpe lah. Mudah2an dengan panggilan budak2 tu, jadi satu doa untuk aku perbaiki diri yang hina ni. InsyaAllah~ ^_^
Ha! Cakap banyak pon tak guna. jom, aku ada sediakan sikit2 telatah budak2 untuk dikongsi-cerita dengan korang. wheee!! ^^
************
budak A : Cikgu! Dia nak makan pemadam saye!
aku : Hoih! Kenapa nak makan pemadam pulak ni??
budak B : sebab semalam dia makan pemadam saya. (muka nak nanges...)
aku : --"
*****
budak : Cikgu, boleh tak saye nak main dengan senyap?
aku : ha? main dengan senyap tu macam mane?
budak : ..... (tenung aku lama2...muka straight... senyaaaapp je....)
aku : ha? main dengan senyap tu macam mane?
budak : ..... (tenung aku lama2...muka straight... senyaaaapp je....)
aku : err... pegi baca buku, boleh?
*****
budak 1 : Ustaz, jangan pedulikan dia. Dia memang suke cakap sorang2.
budak 2 : Ha'ah. Dia memang macam tu. Tapi dulu dia pernah angkat kawan kitorang, buang kat tangga depan tuuu...
budak 3 : weii mane ade!! Dia tolak bagi jatuh je laaa... Ok la tu.
*****
budak : Sir. ai taulit
aku : ha??
budak : ai taulit
aku : kamu cakap ape nih?
budak : ai taulit.
aku : ...ok. (tak tau nak cakap apa...)
budak ni nak cakap "I toilet"
*****
budak c : Tiicher, cikgu J suruh kami pegi bilik yu-bi-kei (UBK)
aku : UBK tu apa?
budak c : unit bas sekolah
budak d : UBK tu ubi keledek laaahh!
*****
Dalam satu kelas, masa aku tengah menulis kat papan putih kat depan, ada budak nyanyi slow2 lagu "Cinta Muka Buku". Lepas tu, aku dengar ada budak 'boooo' kat dia. Budak yang nyanyi tu pon terus nanges.
aku : Kenapa kamu 'booo' dia?
budak : dia nyanyi lagu cinta muka buku. mane ade orang nanyi lagu tu dah sekarang cikgu! kami nyanyi lagu awan nano.
aku : habes kamu tu pandai sangat la nyanyi? cuba nyanyi lagu awan nano tu, cikgu nak dengar.
budak tu pon dengan penuh kompiden nyanyi lagu Awan Nano... sekali ada satu dua part lirik dia salah...
aku : kata kat orang. kamu nyanyi pon salah~
seluruh kelas : booooooooooooooooooooooooooooooooooo (nice... dua budak nanges. #facepalm)
1 comment:
Keletah kanak2 yg tak pernah buatku jemu...
hehee...
Post a Comment