Bila dah dapat jadual sendiri ni... memang attachment theory sungguh la. Aku dapat 33 waktu ngajor. Pergh... full tu~ tabah la engkau an. hehe. Aku kena ngajor English, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, dan jugak Tasmi'! Dah pulak tu, kena dengan tahun satu-dua-tiga. Memang macam orang tu cakap; 'sapu habis' lah! ekeke
Hm... part mengajor setakat ni alhamdulillah ok. Tapi part filing dan dokumentasi budak2 tu.... adoih... --" serabut beb! Terkial-kial aku nak isi borang-borang bagai. Maklum lah, baru lagi. heee~ nasib baek cekgu2 lama kat sekolah ni baek-baek. Sudi tolong aku, maklumkan segala bagai yang berkaitan. Alhamdulillah~
So, bermulalah era sebenor-benornye keje aku kat sekolah. Selain ngajor, tentu-tentulah ada tugas-tugas laen kan? haha... sape cakap keje cekgu senang, mai sini nak siku lelaju. =D
Memula aku dapat arahan tolong cekgu pagi untuk Public Speaking. Kena handle budak nak pegi bertanding bulan tiga nih. Pastuh... Action Song pulak untuk budak-budak tahap satu. Itu baru part English. Baru ni yang lepas, aku jadi urusetia bahagian 'warming up' sempena puncak run a.k.a merentas desa. hahaha. Nasib baek bukan aku yang handle the do-the-dew. Mana la aku reti aerobik semua tu. hee...
Lepas tu, sekarang ni aku tengah dalam team softball sekolah pulak! Kena latih budak-budak untuk tournament bulan empat nih. Sekolah kitorang pulak tuan rumah~~ padahal team softball ni tak pernah wujud pon sebelom ni. Jadi memang kena start from zero. ngee... Takpelah an, ni la masanya nak curah bakti kat sekolah. Luckily aku ada pengalaman main softball, jadi player wakil sekolah bagai. So boleh la guna ilmu tu sikit-sikit. ^^ (kenapa la sekolah ni takde court basketball~)
Ada jugak ura-ura aku kena 'bantu' kelab muzik dan kebudayaan lepas nih. Aiseh... penat aku menyorok, taknak bagi dorang tau aku ni penari kebudayaan. Last-last kantoi jugak. Ni semua aerobik la punya pasal. --" Aku punya la cover line, taknak tunjuk sangat yang aku ni reti menari. Tapi tah camne cekgu2 semua boleh detect pulaaakk~~ T_T dorang tak habeh2 ngusik aku "tahun ni ada orang baru la pergi overseas~" ... brrr... Kenapa? Sebab budak-budak kebudayaan sekolah ni memang giat wakil sekolah, negeri dan Malaysia pegi buat persembahan dan masuk pertandingan. Tahun lepas wakil negara pergi Turki. Tahun ni pergi Kazakhstan ... dan Rusia kalo tak silap. Jangan cakap aku beruntung walhal aku sedang berkufur nikmat nih. hahaha. Ntah. Kalo diberi pilihan, aku taknak involve kot... Tak layak. =)
Hm... taknak citer pasal KSSR dengan hal-ehwal mengajar lagi. Serabut! haha... kang korang bosan lak. ^^ so! nah, bingkisan kisah budak-budak minggu lepas. enjoice! =D
********
di kelas tahun 2...
budak : cikgu, cikgu datang sekolah dengan ape?
aku : dengan kereta.
budak : datang dengan sape?
aku : sorang je.
budak : anak-anak cikgu mane? kenapa tak bawak sekali?
aku : err... anak-anak cikgu ade dekat rumah. kecik2 lagi. (bajet2 yakin)
budak : isteri cikgu keje dekat mane?
aku : amik kertas ni... kamu lukis gambar rumah kamu. cepat. warnakan cantik2. --"
****
aku : okay. look at the picture. this is a flashlight.
kelas : flashlight!
aku : right! so what is flashlight dalam bahasa melayu?
kelas : torchlight!!
****
waktu PJ tahun 3
aku : ok. budak pompuan. kamu nak main apa waktu PJ ni?
budak pompuan : gelung rotan!
aku : baek. budak laki nak main bolasepak?
budak : sir, nak main gelung rotan dengan budak pompuan boleh?
aku : ...
****
kelas tasmi'
budak A : tiicher, may i toilet?
budak B : wei nak keluar kene cakap arab la dengan ustaz On! mane boleh cakap bahasa melayu!
****
berbisik-bisik
budak 1 : wei, sir azhan dah kawen ke belom?
budak 2 : sir azhan dah kawen la. tengok cincin kat jari dia. orang kawen je pakai cincin.
budak 1 : tapi abang aku pon pakai cincin macam tu. tapi dia tak kawen lagi.
budak 3 : abang ko dah kawen la! dengan kakak aku. kakak aku cakap dorang kawen kat Sungai Buloh.
*ok.. jangan pikir bukan2. --" aku dah tanya budak2 ni... ropenye kakak dengan abang dorang pegi dinner je ... haih budak2, budak2...
****
aku : kalau nak gigi yang cantik, kita kena selalu berus gigi...
budak a : (menyampuk) cikgu, gigi cikgu putih! cantik
aku : ye ke? (bangga kejap) thank you~
budak b : sir, hari tu saye tengok cite kat Astro. discovery. dia cakap kalau nak gigi kuat kene selalu cium orang. saye cium mama tiap2 pagi, sir!
aku : aaa.... elok. elok2... em.. cukup takat tu. --" bukak buku teks, page 25... now.
6 comments:
Hahaha, Seronokkkk~ Macam2 tol perangai budakbudak. ^_^
Onigiri!!
Wey, sangat comel budak-budak tu!
aku nak jadi murid ko gak ar.
aku pun kanak2 umur 9 tahun
heeee^^
Cikgu A'an, nama cikgu ape???:p
hahaha... seronok dan comel kan? ekeke
comel je .hehe
ahaaaa.... so suweeeettt =)
nak jadi cikgu sekolah rendah jugak ahh macam ni. hahaha
Post a Comment