SOCIALIZATION

Saturday, February 18, 2012

It's been a while, Mama

Assalamualaikum


mama.

mama yang dirindui. pe kabor? mama tengah buat apa tu? alhamdulillah, adik sehat setakat ni. (jangan cakap 'tak tanya pon'...tensen teruk nanti.. --")  kakak pun alhamdulillah sehat. rasanya la. semalam baru akak call adik. tapi kami tak cakap panjang pun. standard la, masing2 kedekut kredit. ekeke. just dia tanya sehat ke tak, dah makan ke belom, ada kat mana sekarang, tak balek kampung ke... lebih2 kurang camtu la. macam yang mama selalu tanya bila call adik dulu... =]

em! abah mana, mama? lama tak dengar pasal abah. *jerit kuat2* bizi sangat keee~~?? LOL! senyap je orang tua tu.. jem betol. haha. erk... mama jangan habaq kat abah pulak adik mengadu ni. segan la adik... abah tu dah la macho. bekas askar plak tu. ok takde kaitan. hahaha!. em, tapi nanti mama bagitau kat abah, adik ada benda sikit nak cerita. tapi nanti la. belom masanya. kot. *wink wink* ^^"

mama

cepatnya masa berlalu. mama rasa tak?

semalam kan... adik dok teringat sangat kat mama dengan abah. especially mama. mama pun tau kenapa kan? em... semalam hati adik tak tenang. gundah gulana gula-gula. dalam hati ada taman gula-gula kapas. hee. adik rasa resah. rasa sunyi. rasa... ntah. hahaha. jadi... lepas balek dari sekolah, adik solat maghrib siap2, lepas tu adik mengaji. mama selalu pesan, kalau hati tak tenang, rasa ada perkara tak terluah... ngaji lah quran. tapi... semalam adik tak ngaji untuk adik sangat pun. adik ngaji untuk mama... adik rindu, nak mengaji dengan mama. =)

dulu... biasanya lepas maghrib, mesti mama yang ajar adik mengaji. haha. dulu adik tak suka sangat... sebab mama kacau time adik nak tengok tv, nak tengok kartun. kadang2 adik malas2 mengaji, adik lari pegi surau - lepas tu tengok kat rumah ijam. hee... adik rasa mama tau, tapi mama biar je... =p jangan marah haa~ ^^

semalam, hampir semalaman adik ngaji untuk mama. kalo ada orang lalu lalang depan rumah ni, rasanya dorang mesti ingat ada majlis tahlil bunian. ekeke. em.. niat ngaji tu pun dah bercampur aduk. kejap nak sedekah kat mama, kejap nak tenangkan hati sendiri, kejap nak elakkan daripada rasa kosong...

rasa kosong

yep. perasaan tu. perasaan yang wujud sejak 18 Februari 2007. hari yang adik paling tak suka dalam hidup ni. hari yang paling adik tak boleh terima kewujudannya. sebab? mama tau kenapa? sebab itulah harinya mama berhenti bercakap dengan adik. itulah hari mama berhenti jawab soalan2 adik. hari tu jugak mama dah takmau tengok muka adik. mama pejam mata rapat2. mama tak pedulikan adik langsung dah. mama tak ambil berat pasal abah dah. mama tak tanya pasal kakak dan cucu-cucu mama dah. kecik ati kami, ma.. ehe.. dan... itulah jugak hari terakhir adik salam, cium tangan mama, cium pipi mama... hari terakhir mama usap rambut adik...

mama tau.. sampai hari ni adik tertanya-tanya,.. eh salah. adik tak puas hati; kenapa mama suruh adik pegi beli surat khabar kat pekan pagi tu...

mama..

dah lima tahun, ma. lima tahun bukan tempoh yang singkat oooo. mungkin orang lain cakap, pejam-celik pejam celik dah lima tahun. kagum jugak la adik dengan orang camtu - mampu pejam celik je kejenye sampai bertahun-tahun. hehe. mungkin. tapi...dalam lima tahun ni jugak lah adik telan istilah berdikari. yes! buat kari sendirii. =p

mama nak tahu... banyak benda sedeyh yang adik pendam selama ni. adik tak cerita kat sapa pon... tapi, adik nak cerita kat mama, boleh? ... ok tak boleh. faaaaiiinnn~ #jalanseretbantal haha! =p

selalu kan...kan kan. bila orang cerita pasal keluarga dorang...kan.. adik mesti terdiam. heee... lebih2 lagi bila orang bercerita tentang mak dorang. hari ni mak dorang masak apa, mak dorang buat apa, pegi mana.... dan dorang pulak buat apa untuk mak dorang. ada yang belikan hadiah untuk mak, ada yang bawak mak pegi bercuti, ada yang bagi duit utk beli barang rumah, paling2 koman pun bawak pegi makan tempat best2. adik seronok dengar pasal family orang lain, hepi, harmoni. adik boleh senyum, boleh gelak ketawa. adik pun tau mama hari2 buat apa. tido je kan?. ekeke. pegi mana pun... tak pegi mana sangat kot, ye? ^_^ cuma... dalam hati adik terkilan... sebab.. adik dah tak mampu buat apa-apa langsung dah untuk mama... macam mana orang laen buat untuk mak dorang~

masa mama ada dulu pon... adik tak sempat nak buat apa sangat untuk mama. (nada menyesal nih. nyesal2). bila adik masuk maktab, barulah adik boleh bagi duit sikit kat mama bulan2. itu pun lima puluh, seratus je sebulan. elok jugak la kot adik masuk maktab. kalo dok rumah je, perabih duit mama, perabih beras kat dapor je tak guna gak. ekeke. em.. adik nak bagi banyak2 adik tak mampu. dapat bulan2 pun rm345 je. ikotkan hati nak je bagi semua tu kat mama.. tapi nanti kena buat loan balek la pulak. mama jugak broker-nye. hihi. tapi mama cakap tak perlu pun adik bagi duit kat mama macam tu. sebab masa tu adik masih study. nak pakai duit banyak, beli itu ini. belum ada kemampuan nak sara diri, apatah pulak nak sara family kan. mama cakap nanti dah kerja nanti, dah ada gaji tetap, baru boleh tolong mama jaga family. hooraay!

mama

sekarang adik dah kerja, ma. k-e-r-j-a. bangga tak? hehe. adik dah ada kerja tetap. yeaahh~~ anak mama yang jahat ni dah jadi cekgu skolah rendah! bwahaha... mama dulu kata, kalo adik jadi cekgu, mampuih budak2 kena tibai dengan rotan. konon2 samurai la nak slash2 orang bagai. hikhik. ^^ adik dah ada gaji sendiri. wlopon tak banyak, tapi takat2 nak makan tu... tak mewah, tapi tak susah la kata orang. hee. adik pernah bagitau kat mama... gaji first kerja nanti, adik nak bawak mama abah pegi makan sedap2. nak bagi mama pegang duit adik sikit, buat belanja rumah - kot2 la mama nak tambah rumah setingkat lagi ke. ngehehe. pastuh nak masukkan dalam akaun tabung haji mama dengan abah. nak bawak or hantar mama abah pegi buat umrah, buat haji. tapi? tapi semuanya tinggal impian je sekarang, ma... semuanya..

mama cakap mama nak tengok adik masuk universiti. tapi mama takde pun dengan adik masa hari pendaftaran dekat univ dulu? takpe la. tak penting pon. ekeke
mama cakap mama nak check result exam adik tiap2 semester. tapi mama takde pun tanya adik, dapat gred apa, pointer berapa, semua tu? tak caya ek adik leh dapat dean's list? ke, mama tak nak kalah bet? hahaha
mama cakap mama nak buat baju baru, nak pegi konvokesyen adik. beriya punya berangan. LOL. tapi mama tak datang pun masa hari adik terima ijazah tu? baju tak siap ke Kak Miah~~ ^^" ok2, gurau2. =p
mama cakap mama nak ambil gambar kita satu family lepas adik grad. adik punya la bayangkan... larat ke abah time tu nanti. hehe. tapi? dalam gambar tu ada adik dengan kakak je, ma... kenapa mama takde time tu? mama kat sungai ek... pi mengai ikan? hahaha
mama cakap nak rasa duit gaji adik. uish, sekarang pomboleyh. tapi bukan gaji cekgu la. gaji adik kje sementara harituu. ada lagi~ hehe. mama suruh adik beli kain cantik2 untuk mama. nak buat baju lagi lettew. hee.. oh boleyh je, ma~ tapi? ... 
mama cakap nak merasa naik kereta adik sendiri. ok la... adik bukan anak orang kaya (wah ter-mengata mama dengan abah plak. ekeke).. tapi alhamdulillah, ada duit sket, dapat gak la beli Ford buruk tu cash. sori, adik tau mama tak suka keta 2 pintu je. hee... nak buat camne ma, tu je mampuu~ nak tambah pintu kena tambah duit. bhahaha. em. tu, keta adik dah ada. tapi?... mama mana? tak sudi ke~~ =p 
mama cakap nak merasa duduk rumah adik sendiri. ngeh.... rasa la sangat. sekarang pun adik dok menumpang rumah orang. hehe... malu, cek maluuu~ xD. ok2. maybe in the next few years adik beli sebijik rumah sendiri. ^^ tapi... 
mama cakap, kalau tak sempat timang cucu pun... mama nak tengok adik kawen. tooodiah! kalau tak salah adik la... mama sebut pasal kawen ni... dari adik mula masuk maktab kot. ekeke. mama nak buat kenduri, sambut menantu mama. siap bajet nak buat grand lagi kat kampung. maklum laaa, anak laki sorang. last pulak tu. hee.. tapi?... dah la calon pun takde... mama pun takde jugak! acane2? adik cadang nak suroh mama je cari... ahaha. tapi.... 


=')

adik bukan marah kat mama. takde sebab untuk adik marah pon, untuk adik merajuk dengan mama. tapi.. adik terkilan sebab adik tak dapat tunaikan semua hajat mama tu. haha. err, ok "haha" tak sesuai letak kat situ.. --" . adik tak sempat tunaikan even satu pun hasrat mama... itu yang buatkan adik sebak sangat. maafkan adik, ma.. maafkan adik..ye? =|


mama.

nak tanya.

kat sana ada internet tak? mama ada webcam tak? jom skype!


adik... rindu nak tengok mama. adik rindu nak dengar suara mama.


adik rindu nak peluk mama, salam mama, cium tangan cium pipi mama...kucup dahi mama. adik rindu nak baring atas paha mama. nak tidur kat lengan mama... adik rindu mama belai, usap rambut adik...

...

adik nak cakap... yang adik sayang mama sangat2. adik mintak maaf ma, kalau adik bukan anak yang baik, kalau adik tak jadi anak macam mana yang mama harapkan. cuma adik nak mama tahu.... walaupun adik tak sempat ucap adik sayang mama.... tapi adik sentiasa sayangkan mama. sentiasa rindukan mama. hanya doa yang dapat adik kirim untuk mama kat sana. mudah2an Dia dengar dan perkenankan doa adik...

mama... adik tak mampu nak menulis dah..eheh... =')

i love you, mama.


till then


dari anakmu yang jahat dan degil...

-adik-

10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

A'an....aku nangis lahhhh

aku suka semua entri kau..

tapi kali ni mmg touching

memangg memang menguji keegoan aku yg setiap hari akan bertelingkah dgn ibu aku....

a'an..

kau sila tabah..

:|

terima kasih utk entri yg menyedarkan

Antara said...

tenkiu, nis. kau pun, bertabah jugak! aku cuma berkongsi apa yang mampu. =)

Aleen Aiden said...

mungkin alin tak dapat rasa apa yang kamu rasa, doakan untuk dia selalu ya.. :)

Norhaida said...

sebak bila baca....same goes to me...last week my father also passed away...anak yatim piatu dh...hanya doa yg mampu kita bagi a'an...

Antara said...

@alin - insyaAllah. terima kaseh ye. =)

@norhaida - em.. kita sama2 banyakkan doa untuk dorang ye. mudah2an...

Anonymous said...

sngt tersentuh ;( stay strong cekgu ;)

maizalicious said...

berair jugak la mata bila baca ni. tetibe rndu mak kat rumah :(

maizalicious said...

berair jugak la mata bila baca ni. tetibe rndu mak kat rumah :(

Antara said...

rindu kat mak? let her know. =)

Unknown said...

entry ni buat aku makin bersemangat kat mak aku..ya selagi ade peluang,aku tak kisah korbankan kehendak demi mak aku.