About Me

My photo

life is short . don't shorten it

SOCIALIZATION

Sunday, May 14, 2017

Amalan Tarik Duit yang Masih Wujud

ilmu hitam atau ilmu sihir, ilmu salah ni... sejak azali lagi dah ada. tak kira lah dalam apa cara yang dipraktikkan sekali pun. ada unsur pemujaan, penyembahan, pengorbanan, seruan... macam2 lah.



di zaman moden serba canggih sekarang ni pon, masih ada amalan yang.. orang kata tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. antaranya tu lah, amalan tarik duit. biasa dengar, kan?

amalan tarik duit ni memang popular. dari dulu2, sampai zaman internet zaman space exploration today, orang masih berminat dan jadikan tarik duit ni something yang common. alah bisa tegal biasa bak kata orang. walaopon common, tapi terkadang kita tak sedar pon yang benda tu berlaku kat sekeliling kita je. ye lah, malaysia ni pulak nowadays dalam situasi kejatuhan ekonomi dan nilai ringgit... maka tak heran la ramai manusia dok buat tarik duit ni macam makan nasik hari2 je. nak sara hidup lah katakan~

aku pon tak berapa maklum sangat pasal amalan tarik duit ni. tapi dari pengamatan aku, amalan ni ekceli tak boleh kecoh2. bagi yang amalkan tarik duit ni, biasanya dorang tak tunjuk kat orang. senyap2 je. tau2 dah ada duit. even orang yang paling rapat dengan dia pon taktau berapa banyak yang kawan tu tarik sebab masa tekan2 jumlah duit yang nak ditarik tu memang kawan tu tak bagi tengok pon.. em em..

=p

betul la kannn?? korang pergi atm machine, cucuk kad dalam tu, tekan2 nombor bagai, pastu kad keluar korang tarik, duit keluar pon korang tarik. haaaaa. kan ke tarik duit gituuuu?



yang aku tak paham ialah kenapa orang kita dok kata "aku nak gi cucuk duit jap" .

why cucuk duit padahal dia pergi keluarkan duit dari bank/automated teller machine (atm)? cucuk tu kan perbuatan memasukkan sesuatu? kalo kad bank tu, betul la korang cucuk. cucuk kad tu, masukkan kad tu. or korang deposit duit kat cash deposit machine (cdm). itu maybe boleh dikata cucuk jugak. tapi bila kuarkan duit dari mesin atm, itu ambik, tarik keluar, kannye cucuk. kan? kan? aammmmm...

so, camtulah. aku benornye nak ajak korang betulkan penggunaan istilah tu. bukan cucuk duit kat mesin atm tau, tapi tarik duit. yang cucuk tu, kad je. or deposit duit kat cdm. cash withdrawal is tarik. bukan cucuk. hihi... dan meamng betul la sekarang ni ramai orang tarik duit. dari dulu lagi centu, especially bila dah dapat gaji la. ehe~

 ^^" selamat hari raya!!











































anyways. kalau betul la amalan tarik duit yang macam kita semua paham tu. yang pakai bomoh2 sume tu..., yang kena ayam golek ayam hitam ayam kepsi kenny rogers mcChicken mekdi tuuu... yang duit jatuh dari langit keluar dari pokok korek dari kubur bagai tu.... i wonder.. kenapa tak bomoh tu sendiri kayo rayo tarik duit untuk dorang sendiri aa? ke ada pantang larang, hanya bleh amik upah je, takleh buat kat diri sendiri? ke memang dia buat tapi tak tunjuk kaya depan orang? ke camne? kalo korang ada info, share kat aku please. tertanya tanya dari dulu lagi. heeee...

berapa orang berjaya baca sampai sini, angkat tangan!! o/ 

^^"